Selasa, 10 Januari 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kod Berpakaian Kem. Pertahanan jadi bahan lawak The Wall Street Journal..

Posted: 10 Jan 2012 08:12 AM PST


Masa nak beli Kapal Selam dulu pandai pula Kementerian Pertahanan mencari seorang penterjemah untuk berurusan dengan dengan Syarikat dari Perancis tu.


Penterjemah Bahasa Perancis yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan melalui Syarikat Perimekar dalam urusniaga itu namanya Altantuya Sharibu @ Aminah Binti Abdullah.

Dilaporkan Altantuya dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah.. tapi sungguh malang nasib Altantuya kerana menuntut komisyen beliau dibunuh..

Kalau korang dah lupa kisah Altantuya tu silalah baca di Amanat DS Anwar Ibrahim di SINI

Itu masa Najib nak beli kapal selam.. tapi sekarang bila Zahid Hamidi pegang Kementerian Pertahanan pula, kenapa di tak bayar penterjemah untuk menterjemahkan Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris untuk Website milik Kementerian Pertahanan itu?

Kan dah memalukan Kementerian Pertahanan sendiri bila beberapa ayat Bahasa Inggeris yang digunakan di dalam Website itu menjadi bahan lawak di Twitter dan juga beberapa Blog..

Lebih memalukan lagi ialah bila The Wall Street Journal turut mempersendakan Website Kementerian Pertahanan itu..

Antara ayatnya ialah yang terdapat dalam etika berpakaian dimana " Wanita dilarang berpakaian menjolok mata" telah diterjemahkan menjadi women were warned against wearing clothes "that poke the eye".

"Poke the eye? Kah..kah..kah.. mahu buta tu….

Ini sebahagian dari artikel dari The Wall Street Journal itu..

Next time you visit the Malaysian Ministry of Defence, which handles a defense budget totaling several billion dollars, make sure you don't wear any "clothes that poke the eye." If you're a man, though, a "tight Malay civet" is allowed – at least according to the English translations on the ministry's website.

In an embarrassing gaffe, the Ministry of Defence overlooked imperfect English translations on its website, which soon went viral on social media websites Facebook and Twitter.

Under a section called "ethical clothing" advising employees on appropriate office wear, women were warned against wearing clothes "that poke the eye" – a direct translation of the Malay phrase for revealing outfits. The civet slip came under the dress code for men, which said "collared shirts and tight Malay civet" were appropriate.

Other unfortunate translations were found throughout the website, including a section that said the Malaysian government took "drastic measures to increase the level of any national security threat" after independence from British colonial rule in 1957.

The ministry admitted to using Google Translate, a service that offers online automatic translations for over 60 languages, to provide an English-language version of their Malay website. Though many Malaysians are proficient in English and the language is taught in schools at an early age, Bahasa Malaysia (or simply "Malay") is the official language of the country - The Wall Street Journal

Ini pula ulasan dari mStar..
Kod Pakaian Mindef "Tidak Menjolok Mata" Jadi Bahan Lucu Komuniti Internet

Oleh JOSEPH SIPALAN dan JOSEPH KAOS Jr

PETALING JAYA: Anda tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata (clothes that poke eye) sekiranya bekerja di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia merupakan salah satu daripada keterangan "Etika Berpakaian" yang dinyatakan dalam piawaian yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

Mereka di kalangan komuniti internet dalam rangkaian sosial secara literalnya menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah "ketawa berguling-guling di atas lantai" apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.

"Clothes that poke eye" apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: "collared shirts and tight Malay civet berbutang three" di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud "baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang".

Sementara itu, baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai "long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia".

Terdapat juga "shine close" di mana diterjemahkan daripada kasut bertutup atau kasut menutupi jari kaki.

Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi "After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat."

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah "Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman."

Kementerian telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.

Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.
Link
Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh - mStar

Kalau korang nak tengok apa yang tertulis dalam Website Kementerian Pertahanan itu dibawah ini ada dua print screen..




Printscreen diatas datangnya dari SINI

Gagal halang 901, Ibrahim Ali nak jadi PM pula.. (Video Inside)

Posted: 10 Jan 2012 05:38 AM PST


Ibrahim Ali buat lawak lagi.. Setelah gagal dalam misi untuk mempertahankan keamanan negara selepas dengan menghalang Perhimpunan 901 Presiden PERKASA, Ibrahim Ali mahu menjadi Perdana Menteri pula..


Ini kerana menurut Ibrahim Ali, tugas sebagai seorang Perdana Menteri adalah mudah apa yang perlu dilakukan hanyalah memberikan arahan…

Kah..kah..kah.. Raja Katak ni dah gila kot??

Tengoklah apa yang dia kata dalam video dibawah ni..

Sebab sebenar Pengawal Peribadi DS Wan Azizah, Fayyadh keluar hospital..

Posted: 10 Jan 2012 01:18 AM PST


Kebanyakkan Media Cetak hari ini melaporkan Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Wad Hospital Seberang Jaya, kelmarin.


Ini kerana menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar. dan pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.

Tajuk yang sesuai dan tepat sebenarnya ialah 'Fayyadh sudah lari dari Hospital'.. ini kerana tak pernah lagi aku dengar seorang pesakit dibenarkan meninggalkan Hospital atau discharge dari wad pada pukul 2.00 pagi kecuali sudah sangat kritikal..

Ini laporan dari Sinar Harian


Fayyadh keluar wad, tiada kesan racun

GEORGETOWN - Pengawal peribadi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek sudah keluar dari Hospital Seberang Jaya, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, Fayyadh keluar atas kehendak sendiri kerana ingin mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital pakar.

Beliau berkata, atas permintaan sendiri pegawai perubatan memberi kelulusan untuknya keluar dengan alasan mendapatkan rawatan di hospital pakar.

"Jabatan Kimia juga sudah menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.

"Keputusan mendapati ia bebas daripada sebarang jenis dadah dan racun," katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, keputusan ujian terhadap sampel darah dan air kencing Fayyadh sudah diterimanya kelmarin.

Menurutnya, keputusan ujian itu adalah negatif, darah dan air kencingnya tidak ada kesan benda asing termasuk racun atau dadah.

Bagaimanapun, Ayub berkata siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kecederaan dialami mangsa.

Fayyadh cedera di tangan kiri dipercayai dicucuk ketika mengawal Wan Azizah naik ke pentas untuk memberi ucapan di Galeri Pejuang, Cherok To'kun, Bukit Mertajam dalam satu ceramah Ahad lalu.


Ini adalah sebab Fayyadh lari dari Hospital..


PKR dakwa pengawal Wan Azizah 'diganggu' polis

Polis didakwa mengganggu pengawal peribadi presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung kenyataan bahawa lelaki itu mungkin diberi suntikan beracun pada satu ceramah di Pulau Pinang, minggu lalu.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Mansor Othman, Fayyadh Afiq Albakry Jaafar Sidek, 26, keluar tanpa arahan doktor dari Hospital Seberang Jaya dan mendaftarkan dirinya ke sebuah hospital lain untuk mengelakkan "gangguan" polis.

Walau bagaimanapun, Mansor, yang juga Ketua PKR Pulau Pinang tidak mendedahkan di mana Fayyadh Afiq sedang dirawat.

Apabila ditanya mengapa pengawal peribadi itu berpindah ke hospital lain, Mansor mendakwa bahawa "beliau diganggu oleh anggota polis".

"Pihak polis menyoal pelbagai soalan sedangkan beliau masih tidak sihat," kata Mansor, ketika ditemui pada ceramah di Seberang Jaya malam semalam.

Mengenai sama ada Fayyadh Afiq harus memberi kerjasama polis sepenuhnya, Mansor berkata bahawa tidak salah untuk mengambil kenyataan daripada beliau tetapi anggota polis perlu menunggu sehingga beliau benar-benar sihat untuk menjawab soalan.

Sabtu lalu, pengawal peribadi itu mendakwa bahawa tangan kirinya cedera selepas ditikam dengan objek tajam ketika beliau mengiringi Wan Azizah majlis pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang (sila baca di SINI) - Malaysiakini


Diganggu seperti apa yang diceritakan oleh Fayyadh ialah, anggota polis datang menemuinya ketika lewat malam mengarahkannya berdiri, menggerakkan tangan yang telah disuntik atau ditusuk yang masih lemah, mengambil sample darahnya tanpa kebenaran waris dan yang paling menarik ketika mereka hadir mengunjungi Fayyadh seluruh jururawat dan lain-lain petugas di hospital diarah keluar dari Wad 5 itu..

Tentang laporan Jabatan Kimia yang menjalankan analisis ke atas contoh darah dan air kencing mangsa.. kenapa pula ianya dipegang oleh Pengarah Kesihatan dan tidak ditunjukkan langsung kepada keluarganya??

PANAS!! Seorang lagi Anak Muda mengaku diliwat Anwar Ibrahim?

Posted: 09 Jan 2012 11:04 PM PST


Baru semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Diah Zabidin membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan hari ini muncul pula fitnah yang baru..


Hari ini Blogger Pro UMNO menyiarkan paparan skrin yang mengandungi pengakuan seorang pemuda Indonesia kononnya beliau pernah diliwat oleh DSAI.

Apa yang kononnya ditulis oleh Yuli Arianto seperti yang dipaparkan dalam Blog Pro UMNO itu ialah "Anwar tu pandai rayu sesiapapun hingga orng lena dibuatnya.. bukan je saifil jadi mangsanya.. saya pun dah kena liwat oleh ianya.."

Apa yang tak kena?..

Ada ke orang Indonesia lenggok bahasanya bunyi macam tu?

Kalau setakat wujudkan akaun palsu, letakkan gambar pemuda "ganteng", kemudian mengaku diliwat oleh DSAI, tidak payahlah!

Menurut DCM paparan skrin ini sedang berlegar-legar di blog pencacai UMCO yang tidak pernah tahu jalan untuk bertaubat. Gambar di bawah di salin oleh beliau dari blog pencacai dari Taiping.


Yang menariknya.. ada juga pembaca Blog tersebut yang jelas tahap intelektualnya setaraf ternakan di pusat Fidlot Negara menyokong fitnah itu..

Kepada Blogger UMNO yang menyebarkan fitnah tu.. sudah-sudahlah sedara.. dengar cerita dulu dah kemalangan, nasib baik tak mampus!

Takkanlah nak mati dalam keadaan macam hakim yang bersekongkol dengan fitnah liwat yang pertama dulu kot?? Mati dalam keadaan kedua-dua belah kakinya kudung akibat di potong..

Siapa tahu Rahim Noor di mana sekarang??

Pilu hati seorang isteri menanti keputusan 'Anwar Bebas' - luahan hati DS Wan Azizah

Posted: 09 Jan 2012 08:46 PM PST


Bagi yang menghadiri pelancaran 'LANG-GAR 901' di Cheruk Tok Kun pada Sabtu 7 Jan lalu mungkin telah melihat akan sayu dan pilu hati seorang isteri mengenangkan untung nasib suaminya yang akan ditetapkan dalam masa satu hari lagi..


Dalam ucapannya yang pendek dan ringkas Presiden KeAdilan yang juga merupakan seorang Isteri dan Ibu, DS Wan Azizah telah bertukar hiba hingga menitiskan air matanya bila menyentuh tentang untung nasib suaminya..

Dengan air mata yang berlinang tegasnya walau apapun keputusan mahkamah.. beliau redha..

Bersamalah kita menyelami rasa hatinya dalam wawancara eksklusif ini..

Wan Azizah: KAU makbulkan munajat kami


SHAH ALAM - Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada petuduhan liwat sudah diketahui umum. Bagaimana pula dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail? Apa cerita di sebalik khabar gembira tersebut. Sinar Harian membawa pembaca menyelami rasa hatinya. Ikuti wawancara eksklusif Editor Sinar Harian, MAZLINDA MOHD NOR bersama Wan Azizah.

ABANG Nuar sudah siap berpakaian. Sudah sedia untuk bersarapan. Seperti biasa semua suplemen yang perlu untuk kesihatannya sudah masuk ke mulut lalu ditelan. Saya sekadar memerhatikan.

Mata menatap sayu. Hati berdetik. Mungkinkah ini sarapan pagi terakhir kami bersama?

"Ya RABB. Jauhilah kami dari berita duka itu."

Abang Nuar seperti dapat membaca kata hati saya.

"Apa juga keputusan mahkamah, keluarga kita tetap bersatu. Hati kita tetap bersama."

Abang Nuar tenang. Saya semakin pilu.

Sudah banyak dugaan yang kami lalui sepanjang kehidupan ini. Sesekali sehingga rasa tidak mampu dipikul manusia biasa sekecil saya. Amat berat.

Namun saya tetap yakin, ALLAH menduga setakat mampu umatnya.

"Ya RAHMAN... jika ini laluan yang ENGKAU tentukan untuk aku, hambamu yang kerdil ini tetap reda. Berilah aku kekuatan. Berilah aku jalan."

Dua setengah tahun hidup kami tertekan, seperti mati perlahan-lahan. Fitnah memang racun yang membunuh.

Kami membina satu kehidupan atas landas Islam. Sentiasa berusaha mendekati TUHAN. Namun semakin kerap kami sujud, semakin besar cabaran mendepan.

"Ya AZIZ... Tuhan Yang Maha Kuat. Lindungilah kami dari fitnah yang menjahanamkan. Ya JALIL... berilah kami kemuliaan.

Anak-anak dan menantu semua sudah sedia.

Ini juga kebesaran TUHAN. Selama ini baik kenduri atau hari raya, kami jarang dapat berkumpul sebegini. Tapi kali ini Izzah, Ilham, Ihsan, Nuha, Muhammad Reza, Nurul Syaheedah, dan Mohd Khairul semua ada. Hati kami bersatu, jiwa kami berpadu.

Mata anak-anak pula saya tatap. Satu persatu, silih berganti.

Ya mereka tenang. Mahu melangkah keluar meneman ayah tersayang tanpa garis-garis kedukaan.

Melihat mereka, semangat saya datang kembali. Benar kata Abang Nuar, apa juga keputusan mahkamah kami akan tetap bersama.

Malam tadi, pulang dari ceramah di Kampung Pandan malam sudah bertemu pagi. Kami kelaparan. Sambil menjamu perut di meja makan, kami bercerita, Tentang zaman sekolah, filem dan pelbagai. Kami ketawa bersama. Bahagia. Bagai tiada lara. Tiada nestapa.

Mungkinkan saat itu akan dapat diulang lagi?

"Ya RAHMAN... Engkau lebih tahu dan mengerti kasih sayang antara kami. Jangan kau putuskan Ya RABB. Jangan ada penghalang. Jangan biar jeriji besi itu memisahkan kami sekali lagi!"

Sepanjang perjalanan ke mahkamah, saya tidak pernah berhenti berdoa. Moga apa yang bermain di fikiran TUHAN akan terbalikkan.

Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta sudah penuh dengan manusia. Saya terasa gementar. Namun saya mesti kuat. Kami sudah menghampiri bangunan yang akan menentukan nasib Abang Nuar hari ini. Jadi kekuatan dan ketabahan yang saya tunjukkan tentu akan memberi tambahan semangat untuk Abang Nuar berhadapan dengan apa juga keputusan yang memungkinkan.

Melihat wajah Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, hati saya kembali tidak keruan. Mula berbolak-balik. Akan disabit bersalahkan Abang Nuar? Atau lepas?

Sejujurnya saya sudah serik untuk mengulang episod sedih 1998. Saya sudah letih untuk diheret dalam kedukaan panjang. Jika abang Nuar disabit bersalah... walau anak-anak kini sudah besar, kedukaan kami tidak ada bezanya. Malah lebih berganda.

Apakan tidak, jasad yang sudah dipanjat usia, fizikal dan jiwa sudah tidak sekuat dulu. Berita sedih yang kami terima sudah pasti merentap segala rasa.

"Mahkamah mendapati Anwar tidak bersalah dan memutuskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel asid deoksiribonuleik (DNA) tidak terusik. Mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti DNA tersebut. Maka mahkamah ditinggalkan dengan keterangan pengadu. Bagaimanapun, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan."

"Ya ALLAH... rahmat apakah yang KAU berikan kepada kami.

"Ya SAMIE'...terima kasih kerana mendengar rintihan kami selama ini."

Abang Nuar bebas!

Saya menangis. Anak-anak menangis.

Saya merangkul erat Abang Nuar. Abang Nuar membalas kejap. Saya tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sekadar mengucap syukur kepada ALLAH.

Saya perhati anak-anak. Mereka juga berpelukan.

Saat ini terasa lerai derita dari tubuh. Lerai sengsara dari jiwa.

'Ya 'ALIEM...ENGKAULAH yang lebih mengetahui.

"Ya HAKIM... ENGKAULAH sebenarnya yang menetapkan keputusan segala sesuatu.

"Syukur Ya ALLAH kerana mengizinkan kami melangkah keluar dari mahkamah dengan hati gembira."

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Segambut. Menunaikan solat Syukur tanda terima kasih kepada TUHAN.

Hari ini dada kami sudah lapang. Senyum kami masih bersisa walau tangis misih ada.

"Terima kasih Ya ALLAH. KAU jawab munajat kami, KAU lerai derita kami."


Sinar Harian

Bebas Anwar! Lautan Manusia di Seberang Jaya

Posted: 09 Jan 2012 06:19 PM PST


Sekitar Pidato Perdana 'BEBAS ANWAR' yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang membariskan beberapa Pemimpin utama Pakatan Rakyat sebagai penceramah pada 09 Jan 2012..


Pemimpin-pemimpin KeAdilan yang dibariskan sebagai penceramah yang terdiri dari YB Mohamed Azmin Ali, YB Saifuddin Nasution Ismail, YB TKM1 Datuk Mansor Othman dan YB Zuraida Kamaruddin telah tiba pada jam enam petang dalam satu konvoi yang melibatkan 30 buah kenderaan.



Setengan jam kemudian satu sidang Media telah diadakan bagi menjelaskan kronologi peristiwa apa yang telah berlaku di Mahkamah pada pagi DS Anwar Ibrahim dibebaskan.

YB Mujahid Yusoff Rawa telah hadir menggantikan TG Haji Hadi dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai penceramah yang terakhir.

Saksikan!! Ribuan rakyat membanjiri tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang




















Lagi gambar-gambar sila lihat dia SINI

Tiada ulasan: