AKU INGIN BEBAS |
PERHIMPUNAN TANPA PERMIT HANYA SAH JIKA MENYOKONG UMNO-BN Posted: 01 Jan 2012 07:23 PM PST
Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"? "Apakah pintu musyawarah sudah tertutup? Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan! Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing," katanya. Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO. Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak. "Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya. "Apa pun kena siasat siapa yang salah. Saya berpendapat golongan terpelajar mesti diberikan ruang bersuara dengan syarat aman dari rusuhan. Dalam kenyataannya awal pagi tadi, Dr Asri berkata, walaupun tidak semestinya tuntutan mahasiswa dipersetujui, mereka tidak wajar diperlakukan sedemikian. "Jika mahu tahan, tahan dengan prosedur yang betul, bukan pukul. Menindas mereka hanya membangkitkan sentimen kebencian kepada pihak kerajaan yang nanti tidak dapat diubati lagi. "Kena ingat apa yang berlaku di Tunisia!" katanya yang kini bertindak sebagai zamil di Universiti Oxford. Katanya, suruhanjaya siasatan perlu dibuat dan menasihatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifudin Abdullah berjumpa secara tertutup dengan pihak polis. |
You are subscribed to email updates from AKU INGIN BEBAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan