Jumaat, 27 Januari 2012

Addin

Addin


Dr. Hassan Ali Ajak Ustaz Nasharuddin Sertai UMNO?

Posted: 27 Jan 2012 09:56 AM PST

Dimaklumkan terdapat beberapa poster ceramah yang melibatkan individu-individu yang tersingkir dari PAS  tersebar di sekitar Bandar Baru Bangi. Poster ceramah "Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr. Hassan Ali" itu turut memaparkan wajah bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin walaupun tidak dinyatakan beliau sebagai salah seorang penceramah. Menurut beberapa media memaklumkan Ustaz Nasharuddin telahpun membuat laporan polis terhadap poster penipuan dan fitnah terhadap beliau.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr. Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Abdullah Zaik dan Ustaz Hassan Basri.

Yang menghairankan orang ramai kenapa gambar Ustaz Nasharuddin terpapar di banner tersebut sedangkan nama Ustaz Nasharuddin tiada di senarai penceramah yang dijemput. Adakah ini taktik untuk mengaburi mata masyarakat umum untuk menjual nama Ustaz Nasharuddin.

Di fahamkan program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat. Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan polis sebentar tadi.

Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Siapakah individu yang terlibat disebalik perancangan licik ini? Setakat ini Ustaz Nasharuddin jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.

The Wall Street Journal Ramal Pakatan Rakyat Menang PRU 13

Posted: 27 Jan 2012 07:20 AM PST


The Wall Street Journal  meramalkan Anwar akan mengatasi Najib dari segi sokongan umum walaupun hasil kajian terbaru beberapa institusi pengajian tinggi dan NGO pro Umno menunjukkan sebaliknya.

Kekuatan Anwar disokong oleh peratusan undi kaum Cina kelas pendapatan tinggi dan pertengahan yang kuat yang lebih mempercayai kepimpinan Anwar berbanding Najib  kerana faktor ketelusan memerangi rasuah dan penyelewengan di samping kaum India yang semakin sedar MIC tidak boleh diharapkan membela nasib kaum ketiga terbesar di negara ini.

Tambah akhbar itu lagi, beberapa negeri juga akan tumbang di tangan Pakatan Rakyat walaupun tidak menamakan negeri yang bakal bertukar tampuk pemerintahan selepas pilihanraya umum nanti. Ikuti temubual Anwar dengan wartawan koresponden akhbar berkenaan di Singapura, Shibani Mahtani..

Malaysia's Anwar Presses On Despite Appeal

KUALA LUMPUR—Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim said he isn't worried about state prosecutors' move to appeal a court decision acquitting him of sodomy earlier this month, and said he remains confident it won't derail his campaign to lead a new government to power in elections expected later this year.

"The judgment [in the sodomy case] was very strong" and "difficult to appeal," Mr. Anwar said in an interview with The Wall Street Journal at his political party's headquarters here Thursday. He said the appeal process, which began Jan. 20, would likely take at least six months, meaning it could loom over and outlast the election campaign.

Prime Minister Najib Razak has to call an election by March 2013, but under Malaysia's parliamentary system of government, many analysts predict it will be called much sooner, triggering one of the most fiercely fought electoral contests this resource-rich nation has ever seen. Mr. Anwar said he believes the election is unlikely to take place later than June.

Since the Jan. 9 verdict by a High Court judge—who acquitted Mr. Anwar of violating Malaysia's strict sodomy laws citing a lack of witnesses and flawed DNA evidence—the 64-year-old opposition leader has begun mobilizing support in this multiracial country, promising reforms to dismantle a decades-old affirmative-action program designed to give a leg up to the majority ethnic-Malay population while also targeting what he describes as widespread cronyism in Mr. Najib's government.

If elected, Mr. Anwar said he will accelerate privatizations and do more to enable free markets to operate more efficiently, such as improving transparency in the bidding for government contracts. ~thewallstreetjournal

Di edit dari jalan pulang

Gempar!! Bekas Ketua Polis Daerah Dedah Kejahatan UMNO

Posted: 27 Jan 2012 04:04 AM PST

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Slim River Haji Abdullah Haji Omar (gambar) berkata beliau masuk PAS kerana PAS adalah parti yang sah di sisi undang-undang Negara kerana PAS berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (ROS). Selain itu, katanya, beliau menyertai PAS kerana parti itu dipimpin oleh tokoh-tokoh ulamak yang ingin membawa negara ini kepada pemerintahan Islam.

"Saya masuk PAS kerana PAS bukan parti 'haram' dan PAS di pimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan Islam, mempunyai maruah, "bukan seperti mana parti 'Melayu' disebelah sana (Umno), yang kebanyakkan tokoh-tokoh dan kepimpinan tinggi mereka terlibat dengan pelbagai skandal,"ujarnya.

Haji Abdullah berkata PAS bukan parti haram, yang haram hanya dua, parti komunis dan parti buruh. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang di Kampung Pak Sabah, dekat sini, pada Selasa 24 Januari.

Beliau menyifatkan Umno parti pengkhianat kerana membawa masuk warga asing, diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara. Katanya, 'pendatang haram' tersebut menjadi pengundi dan menyebabkan kerajaan Terengganu jatuh dalam pilihanraya ke 11 pada tahun 2004.

"Sebelum pilihanraya 2004, mereka (Umno) bawa 2,000 orang Myanmar bangsa Rohingya yang boleh bercakap Melayu, yang rupa mereka pun lebih kurang muka kita, "melalui Langkawi pergi ke Ladang Seri Bandi (DUN Kijal Terengganu), mereka di beri kerja dengan gaji RM18 sehari, diberi kad pengenalan, jadi pengundi yang jatuhkan kerajaan PAS pada tahun 2004,"jelasnya.

Menurutnya, 'modus operandi' yang sama telah dilakukan Umno pada tahun 2008 membawa masuk warga asing yang sama ke dalam parlimen Pekan, kawasan yang dimenangi Perdana menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Sebaliknya suatu masa dulu, kata beliau, sewaktu masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, sesiapa yang mahu memohon menjadi warganegara Malaysia mestilah dikalangan mereka yang 'profesional'. Namun sekarang, menurutnya, kerana pengkhianatan Umno kepada Negara, pekerja basuh pinggan di kedai mamak pun boleh menjadi warganegara Malaysia.

Turut menyampaikan ucapan dalam Majlis tersebut adalah Naib Ketua Pemuda Ustaz Kamaruzzaman, Naib YDP Dungun Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.~bps

Lagi Blogger Pro Pakatan Rakyat Di Tahan Polis

Posted: 26 Jan 2012 10:16 PM PST

Seorang Blogger Pro-Pakatan Rakyat telah didatangi oleh SKMM bersama pihak polis lewat petang semalam. Ia berikutan isu sebuah gambar perkahwinan mewah yang menimbulkan persoalan samada pengantin lelaki tersebut adalah Musa Hasan atau sebaliknya. Blogger yang dikenali sebagai Author Faethal, pengendali antara blog ranking teratas dari kalangan blog-blog penyokong Pakatan Rakyat, iaitu blog Pulakdah.blogspot.

Blogger Faethal dibawa ke Balai Polis Sg Rambai untuk bantu siasatan manakala barangan milik Faethal seperti laptop, handphone dan modem dirampas.

Seorang demi seorang blogger Pakatan Rakyat diheret ke Balai Polis dan bakal di'mahkamah'kan. Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis.

Pihak SKMM dan Polis begitu pantas bertindak ke atas 'gagasan resistance' Pakatan Rakyat, tetapi tidak berlaku adil terhadap blogger-blogger yang pro terhadap Umno dan kerajaan pusat.

Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno dan ia termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Anwar Ibrahim. Namun tiada tindakkan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat.

Ini menunjukkan dengan jelas bahawa pihak SKMM dan juga pihak berkuasa mengamal sikap 'double standard' dan tidak keterlaluan jika kita katakan mereka adalah sebahagian dari Umno dan BN.

Diharap rakan lain semua alert dan sedia membantu blogger Pakatan Rakyat yang ditimpa musibah jahat yang hadir dari pemerintah kuku besi. Para peguam beraliran rakyat juga dialu-alukan untuk turun memberi bantuan. ~edyesdotcom

Addin :

Sesiapa nak mintak lesen besar blogger mohon dengan Umno..

Tiada ulasan: