Rabu, 11 Januari 2012

Addin

Addin


(Video) Panas!! Ulama UMNO Bidas Saiful Bukhari

Posted: 11 Jan 2012 09:03 AM PST

Fathul Bari Mat Jahaya adalah anak bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahaya Hussin. Beliau adalah penasihat agama di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU). Fathul Bari berkelulusan sarjana muda dalam bidang pengajian hadis di Universiti Madinah dan sarjana daripada Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau kini belajar peringkat doktor falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Kuala Lumpur.

Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia telah berkongsi pandangan mengenai pembebasan Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012. Anwar Ibrahim bebas daripada tuduhan liwat terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mari kita ikuti pandangan beliau, silat lihat di SINI. 

Addin :

Belajar tinggi-tinggi tapi sokong UMNO.. sadis!!

Panas!! Dakwaan Jamil Khir Baharom Seleweng Wang Zakat.. Ini Buktinya

Posted: 10 Jan 2012 11:29 PM PST

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Rabu mendedahkan bukti berhubung dakwaan penyalahgunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti tersebut ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri. "Ini termasuk baucar bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150. "Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Bukti baucar bayaran

Bukti yang dikemukakan Nik Nazmi itu berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman Jamil Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam satu kes qazaf.

Nik Nazmi berkata, dokumen kedua pula merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu meliputi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucar tersebut. "Ini mengesahkan laporan atau siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara," katanya.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia berkata, Jamil Khir dalam kenyataannya berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

"Namun Laporan Ketua Audit kita sudah nyatakan lebih awal. Jamil Khir hanya menjawab mempunyai peruntukan kerajaan RM700,000 tetapi tidak pernah sentuh langsung bahawa Laporan Ketua Audit ada menyebut bahawa kedua-dua bayaran Februari dan April itu menggunakan wang zakat dahulu," katanya.

Beliau menambah, hanya pada Disember 2010, baru wang tersebut digantikan kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil Khir tidak menyebut tentang hal ini.

"Ini bukan peruntukan kerajaan tetapi wang zakat. Ini bukan ambil dulu kemudian pulangkan. Kita pernah bangkitkan kes di Johor, (bekas) amil (menyalahgunakan wang zakat kira-kira RM20,000) yang dikenakan hukuman empat tahun penjara dan tiga sebatan.

"Kenapa beza untuk menteri?," soal Nik Nazmi.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut memperbetulkan laporan sebuah akhbar arus perdana pada 4 Januari lalu yang memetik kenyataan Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salah guna zakat tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Keadilan tidak pernah mendakwa demikian sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara," katanya ~ mStar


Bukti Salahguna Wang Zakat MAIWP

Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi 
Parti Keadilan Rakyat
Biro Komunikasi 
Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1 


Sumber :  Panas!! Dakwaan Jamil Khir Baharom Seleweng Wang Zakat.. Ini Buktinya

~anaksungaiderhaka

Anwar Bakal Saman Saiful Bukhari?

Posted: 10 Jan 2012 10:06 PM PST

Dilaporkan dalam banyak blog pro Pakatan Rakyat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memaafkan sesiapa yang memfitnahnya dan dipercayai beliau merujuk kepada Saiful Bukhari. KeadilanDaily.com melaporkan Anwar sebagai berkata: "Menurut Anwar, beliau tidak berhasrat memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku, malah sedia memaafkan pihak yang memfitnahnya selama ini. "Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam, malah sedia memaafkan."

Agak mengejutkan juga bila penulis mendapat berita dari sumber yang sama bahawa Anwar telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan tuntutan saman ke atas Saiful seawalnya pada Isnin depan. Ideanya ialah untuk menumpukan pada perbicaraan qazaf ke atas Saiful di Mahkamah Syariah.

Sementara penulis sedar bahawa hak untuk menyaman sesiapa adalah milik mutlak Datuk Seri Anwar, penulis juga berpendapat amatlah tidak wajar untuk menggugurkan saman tersebut dikala proses pengadilan berhubung dakwaan liwat itu masih belum tamat.

Pendakwaan masih mempunyai masa sehingga 25 Januari depan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Walaupun dengan meneruskan saman di peringkat sivil, tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang proses qazaf dijalankan serentak kerana ia melibatkan 2 sistem mahkamah yang berbeza.

Apatah lagi apabila penulis turut dimaklumkan bahawa penghakiman penuh oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidi Md Diah adalah sangat berbeza dengan penghakiman ringkas yang dibacakan pada pagi 9 Januari yang lepas.

Dimana yang berbeza, apa yang berbeza, semua itu masih lagi jadi tanda tanya besar. Paling tidak, penghakiman penuh ini sangat dinantikan oleh para penyokong BN untuk meneruskan fitnah jahat ke atas Anwar.

Ada yang memaklumkan penulis bahawa tindakan menarik balik saman ini adalah untuk mengelakkan Saiful dari mendedahkan kes-kes liwat yang berlaku selain daripada dalam pendakwaan asal iaitu pada 26 Jun 2008.

(Saiful pernah mendakwa telah diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar sebelum kejadian pada 26 Jun 2008, dengan beberapa kejadian itu berlaku di luar negara).

Penulis agak skeptikal dengan pandangan tersebut sebab kerana keyakinan penulis bahawa Datuk Seri Anwar memang tidak terlibat dengan kegiatan sedemikian, tapi dengan politik persepsi melebihi fakta, adalah menjadi kesilapan besar kalau kita tidak mengambil tindakan awal mematikan hujahan sedemikian.

Penulis harap Datuk Seri Anwar tidak mengulangi kesilapan pada 2004 apabila tidak mengambil tindakan saman ke atas pengadu Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda seterus membiarkan persoalan ini berlegar tanpa jawapan.

Sedikit sebanyak, kegagalan tersebut menyebabkan masih ada segelintir masyarakat yang percaya Anwar terlibat dengan menjadikan komen hakim Mahkamah Rayuan yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual sebagai senjata utama.

Semua kejadian yang berlaku ini sepatutnya memberikan iktibar kepada kita untuk belajar sesuatu darinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dimasa-masa akan datang.~sabahkini

Bongkar!! Kerajaan Melaka Di Dakwa Gagal Bayar Pampasan Tanah Hampir 16 Tahun

Posted: 10 Jan 2012 08:30 PM PST

Klik untuk besarkan
Ini adalah pendedahan yang dibuat oleh blog Penyelia DUN Bukit Baru, Melaka. Untuk rekod, DUN Bukit Baru diwakili oleh Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. 

Pemilik blog ini yang dikenali sebagai Cikgu Yusuf Wahab telah membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai dakwaan rampasan tanah oleh kerajaan negeri Melaka yang dikuasai UMNO BN.

Menurut keratan akhbar Sinar Harian di atas yang bertarikh 26 September 2008, waris pemilik tanah ini masih menuntut hak mereka yang tidak tertunai sehingga ke saat ini.

Berikut ialah luahan hati seorang pemilik tanah yang telah kecewa dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam pengambilan tanah dan tidak diberi pampasan yang sewajarnya kepada beliau.

Apakah nilai tanah individu itu tidak bernilai dan boleh diambil sesuka hati? Ikuti wawancara bahagian pertama ini bersama salah seorang pemilik tanah oleh blog Penyelia DUN Bukit Baru. Berikut adalah dakwaan pemilik tanah tersebut.



Sumber : Blog Penyelia DUN Bukit Baru

Terkini!! Mantan Pengarah Kastam Sertai PAS

Posted: 10 Jan 2012 06:48 PM PST

Kakitangan kerajaan lebih memahami apa yang berlaku dalam situasi politik negara, terutama yang berjawatan, cuma sama ada mereka ada atau tidak sikap tanggungjawab dan faham apa itu perjuangan untuk menegakkan kebenaran untu rakyat...Terkini menurut laporan twitter Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar, seorang lagi pesara Kerajaan iaitu Bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah Haji Ishak telah menyerah borang keahlian PAS.

Moga-moga ini sebagai satu lagi ransangan dan kepercayaan rakyat Malaysia terutama yang berugama Islam ingin sama-sama berjuang bersdama-sama dengan Parti PAS ~manjungmari

Sumber :  Terkini!! Mantan Pengarah Kastam Sertai PAS



Lucu!! Selepas Di Aibkan, Kementerian Pertahanan Salahkan Google

Posted: 10 Jan 2012 05:58 PM PST

Masalahnya sekarang ini, angkara mahu kelihatan "urban", diri sendiri yang terpalit malu. Bahasa Inggeris mungkin untuk beritahu "dunia luar" bahawa orang akan kagum dan lebih memahaminya tetapi akhirnya gelak yang dapat. Kami telah cuba alihkan bahasa menggunakan perkhidmatan Google Translate untuk beberapa perkataan. Hasilnya adalah seperti..

  • Baju cekak musang = football fight foxes?
Pelik bukan? Kenapa tiada sedikit pun inisiatif untuk semak semula sehingga tali leher pun jadi "neck strap"? Kenapa bergantung sepenuhnya kepada Google Translate?

Google Translate atau apa-apa perisian hanya boleh digunakan untuk terjemahan perkataan bukan terjemahan ayat sebab struktur dan lenggok ayat antara satu bahasa dengan bahasa yang lain adalah berlainan.
  • Terjemahan yang baik adalah dengan mengambil maksud keseluruhan ayat kemudian diterjemahkan
  • Bukannya, ambil perkataan demi perkataan dan terjemahkannya
  • Bunyi akan jadi amat janggal kerana struktur bahasa yang berlainan
Ya…tatacara berpakaian inikan memang peraturan rasmi kerajaan. Katakan tatacara berpakaian di MINDEF agak berlainan dengan kementerian yang lain dan ditambah sebelum ini memang tiada versi bahasa Inggeris. Setelah melalui proses alih bahasa, mesti mendapat kelulusan daripada pihak atasan bukan? 

Apa yang kami sedia maklum, biasanya artikel/pengumuman terbaru yang mahu disiarkan di laman web mesti mendapat persetujuan rasmi daripada jabatan yang berkaitan. Adakah sistem kerja & pengurusan MINDEF sudah jadi kucar-kacir? Tugas dan kerja yang diberikan kepada orang yang sepatutnya. Tidak silap kami, unit media yan mengawal laman web dan segalanya dipertanggungjawabkan kepada UKK (Unit Komunikasi Korporat)
RAWANG: Kementerian Pertahanan bergantung kepada sistem Google Translate secara percuma untuk menterjemahkan kod berpakaian kakitangannya bagi versi Inggeris di laman web kementerian tersebut yang memperlihatkan banyak kesilapan.
"Kami telah membuat pembetulan berhubung terjemahan itu. Ia kini diterjemahkan secara manual," kata Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Isnin. Beliau mengakui terjemahan yang tidak tepat itu memalukan kementerian.

Baru-baru ini, The Star melaporkan bahawa berlaku kesilapan dalam terjemahan berhubung kod berpakaian kakitangannya dalam laman web kementerian itu yang turut disebarkan dalam laman web sosial.
Laman web kementerian itu menyiarkan terjemahan seperti 'clothes that poke eye', apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: "collared shirts and tight Malay civet berbutang three" di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud "baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang". Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi,"After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat."
It's a great time to get a great-looking new PC. Offers here.
Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah, "Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman."

Kementerian itu telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter. Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis. Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh.
"Kami tidak berniat menterjemahkan perkataan tersebut dalam bahasa Inggeris seperti itu," kata Zahid ketika lawatan ke kem Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) di sini.

Bagaimanapun, pemeriksaan di laman web itu menunjukkan terjemahan bahasa Inggeris itu sudah dikeluarkan.
Geleng kepala kami membaca alasan daripada seorang yang merangkap Menteri Pertahanan. Adakah dah tiada lagi alasan lain yang boleh digunapakai? Mengapa Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi masih mahu lagi meletakkan kesalahan kepada perkhdimatan seperti Google Translate yang mereka sendiri gunakannya. Mengapa sukar untuk mengakui kesilapan sendiri? Kan lebih baik jika cuba muhasabah diri dan belajar daripada kesilapan yang lalu daripada terus menuding jari kepada yang lain?
Dalam bahasa pasar, ini boleh diistilah sebagai :
"Alasan lepas tengkuk sahaja"
Lain kali, kalau kita benar-benar nak memartabatkan Bahasa Kebangsaan, tak perlu terhegeh-hegeh meletakkan peringatan dalam Bahasa Inggeris sehingga terdapat kesalahan pada perbendaharaan kata dan tatabahasa. Letakkan sahaja dalam Bahasa Malaysia. Bahasa Kebangsaan pun sudah cukup. Kemudian bagi kami kalau nak dialih bahasa sekalipun, tidak semua istilah perlu dialihbahasa
  • baju kurung
  • baju melayu cekak musang
Sayang sekali, sebab perkara-perkara sebegini melibatkan imej jabatan itu sendiri. Sangat menjengkelkan membaca 'direct translation' yang amat kelakar itu.  Kalau tak mampu berbahasa Inggeris, berbanggalah dengan Bahasa Malaysia (bahasa kebangsaan).

Bagi kami kesilapan tatabahasa ataupun perbendaharaan kata masih lagi boleh diterima tetapi sikap yang suka menuding jari terhadap orang lain & tidak mampu mengakui kesilapan sendiri amat tidak bertanggungjawab. ~beritasemasa

Addin  :

Kah..kah..kah.. ketawa sampai terguling atas lantai (ROFL)..betul ke? Jangan ko saman Google sudah ler Zahid Hamidi.. bagi menutup kemaluan..

Seorang Gangster Yang Menangis Mendengar Bacaan Al-Quran

Posted: 10 Jan 2012 04:27 PM PST

BERLIN – Sewaktu berpindah ke bahagian barat Jerman, di masa runtuhnya tembok Berlin, Sayed Mann, kala itu 12 tahun, adalah budak yang tengah bingung mencari identiti diri. Keluarganya berasal dari Jerman Timur. Tumbuh besar di lingkungan sosialis, agama tidak pernah ada dalam kamus keluarga dan hidupnya. Ia cenderung tersenyum sinis saat melihat orang-orang pemeluk keyakinan tertentu, termasuk Muslim. 

Di Jerman Barat ia melihat situasi yang berbeza. Imigran lebih banyak dijumpai dan ia pun berkawan dengan beberapa orang asing. "Saya tidak terbiasa dengan kehidupan baru ketika itu," aku Sayed. "Kami tiap hari hidup seperti sampah. Idola kami adalah orang-orang kulit hitam Amerika yang tinggal di pemukiman yang terpencil," tuturnya.

Mengidolakan mereka, lelaki yang dulunya bernama Sved Mann itu pun juga mencontoh perilaku para imigran itu. "Saya melakukan banyak hal buruk termasuk mencuri dan sebagainya," kenang Sayed.

Hingga akhirnya ia bertemu dengan seorang imigran berasal dari Turki yang menjadi kawan akrabnya. Si kawan itulah yang kemudian mengenalkan Sayed pada Islam dan berhasil mengajaknya memeluk agama tersebut.

Kawan Sayed memiliki abang lelaki seorang imam masjid tempatan. Ketika si adik memberi thau niatnya untuk mengajak Sayed berkunjung ke masjid, sang imam mengaku pesimis.

"Saya bilang, 'Dia? Tidak Mungkin'. Tapi adik saya sudah bertekad bulat. Bahkan ia mengatakan Sayed akan memeluk Islam sepulangnya saya dari bepergian," tuturnya.

Tiga bulan kemudian, ketika si imam pulang kembali ia tiba-tiba disambut oleh Sayed dengan sapaan Assalamu'alaikum. "Wow saya terkejut. Ini benar-benar luar biasa," ujarnya. "Saya bahkan sempat bertanya (pada Sayed) 'Apa yang terjadi padamu?'".

Rupanya si imam memahami selama ini Sayed selalu mencari, namun ia tak pernah-pernah meluangkan waktu dan cenderung mengabaikan untuk pertimbangan yang bersungguh-sungguh.

"Ia mengatakan selalu percaya dengan kewujudan Tuhan, saya kira itulah yang menuntun dia," kata si imam. "Saya melihat ia bahagia setelah menemukan Islam.

Kini si imam bahkan menjadi guru mengaji Sayed. Dengan disiplin ia belajar bahasa Arab supaya dapat membaca Al Qur'an.

Tapi Sayeed tak ingin disebut pindah agama. "Tak pernah ada istilah berubah agama dalam Islam," ujarnya. "Dalam Al Qur'an disebutkan tak ada paksaan dalam beragama," imbuh Sayed lagi.

Lalu? "Saya lebih suka menganggapkan sebagai 'seseorang telah mengenalkan saya pada Islam dan saya menuju agama itu," kata Sayed.

Ketika ditanya oleh Cengiz Culture, sebuah projek bebas pembuatan filem dokumentari tentang agama dan budaya di Jerman, mengapa ia memilih Islam, dengan mantap Sayed menjawab, "Kerana pada akhirnya semuanya adalah, Islam," ujarnya menekankan pada makna kata tersebut yakni berserah diri.

Ia telah mengucapkan ikrar dengan syahadat sepuluh tahun lalu. Sejak saat itu ia rajin membaca untuk mengetahui dan mengenal lebih dalam apa makna Islam, termasuk bagi dirinya.

Islam bagi Sayed adalah menyerahkan keinginan diri di bawah kehendak Tuhan. Mengapa ia mahu melakukan? "Kerana dengan itu nanti saya dapat bertemu dengan Pencipta saya, saya dapat menjumpai syurga. Saya berhak untuk itu dan saya kira itulah Islam menurut saya saat ini," papar Sayed ketika ditanya esensi Islam.

Sejak sepuluh tahun pula, Sayed melakukan solat lima kali dalam sehari. "Ketika anda solat anda "ditiadakan" dan istirahat dari dunia dan seluruh isinya. Anda membersihkn dan menghadap Pencipta," ujarnya.

Ia mengaku tak ada strategi khusus untuk melakukan solat lima kali dalam sehari di Jerman. "Setiap orang pasti bisa menemukan tempat untuk berwudhu, membasuh diri dan melakukan solat," ujarnya tanpa beban.

Sayed mengaku menemukan keyakinannya setelah diskusi panjang dengan si kawan tadi dalam satu malam. "Setelah itu saya langsung menyatakan ingin pergi ke masjid bersamanya," ungkap Sayeed.

Ketika itu subuh dan seorang anak kecil tengah melantunkan ayat-ayat suci Al Qur'an. Tiba-tiba Sayed pun menangis. "Saya tidak tahu mengapa. Saya tidak faham bahasa Arab, saya tidak tahu apa yang ia baca, tidak tahu apa pun," kenangnya.

"Tapi hati saya jelas telah memahami sesuatu. Itu benar-benar pengalaman luar biasa," tutur Sayed. "Saya yang hidup di jalan ala gangster tiba-tiba boleh menangis dan tidak tahu mengapa."

Kini selain ketenangan dan keteraturan hidup Sayed juga menemukan hal berharga lain dalam Islam. "Ketika anda menjadi seorang Muslim, anda kehilangan teman tetapi anda mendapatkan saudara," ujarnya.

Dengan segera anda menjadi anggota sebuah keluarga. Ini sesuatu yang tidak bisa saya peroleh dalam gereja-gereja di Jerman." ~zerotional

Sumber : Seorang Gangster Yang Menangis Mendengar Bacaan Al-Quran

Memalukan!! The Wall Street Journal Persenda Website Kementerian Pertahanan

Posted: 10 Jan 2012 03:54 PM PST


Masa nak beli Kapal Selam dulu pandai pula Kementerian Pertahanan mencari seorang penterjemah untuk berurusan dengan dengan Syarikat dari Perancis tu.

Penterjemah Bahasa Perancis yang dilantik oleh Kementerian Pertahanan melalui Syarikat Perimekar dalam urusniaga itu namanya Altantuya Sharibu @ Aminah Binti Abdullah. Dilaporkan Altantuya dibayar AS$500,000 untuk khidmatnya sebagai penterjemah.. tapi sungguh malang nasib Altantuya kerana menuntut komisyen beliau dibunuh..

Kalau korang dah lupa kisah Altantuya tu silalah baca di Amanat DS Anwar Ibrahim di SINI. Itu masa Najib nak beli kapal selam.. tapi sekarang bila Zahid Hamidi pegang Kementerian Pertahanan pula, kenapa di tak bayar penterjemah untuk menterjemahkan Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris untuk Website milik Kementerian Pertahanan itu?

Kan dah memalukan Kementerian Pertahanan sendiri bila beberapa ayat Bahasa Inggeris yang digunakan di dalam Website itu menjadi bahan lawak di Twitter dan juga beberapa Blog..Lebih memalukan lagi ialah bila The Wall Street Journal turut mempersendakan Website Kementerian Pertahanan itu..

Antara ayatnya ialah yang terdapat dalam etika berpakaian dimana " Wanita dilarang berpakaian menjolok mata" telah diterjemahkan menjadi women were warned against wearing clothes "that poke the eye". "Poke the eye? Kah..kah..kah.. mahu buta tu….

Ini sebahagian dari artikel dari The Wall Street Journal itu..ASD

Next time you visit the Malaysian Ministry of Defence, which handles a defense budget totaling several billion dollars, make sure you don't wear any "clothes that poke the eye." If you're a man, though, a "tight Malay civet" is allowed – at least according to the English translations on the ministry's website.

In an embarrassing gaffe, the Ministry of Defence overlooked imperfect English translations on its website, which soon went viral on social media websites Facebook and Twitter.

Under a section called "ethical clothing" advising employees on appropriate office wear, women were warned against wearing clothes "that poke the eye" – a direct translation of the Malay phrase for revealing outfits. The civet slip came under the dress code for men, which said "collared shirts and tight Malay civet" were appropriate.

Other unfortunate translations were found throughout the website, including a section that said the Malaysian government took "drastic measures to increase the level of any national security threat" after independence from British colonial rule in 1957.

The ministry admitted to using Google Translate, a service that offers online automatic translations for over 60 languages, to provide an English-language version of their Malay website. Though many Malaysians are proficient in English and the language is taught in schools at an early age, Bahasa Malaysia (or simply "Malay") is the official language of the country - The Wall Street Journal

Ini pula ulasan dari mStar..

Kod Pakaian Mindef "Tidak Menjolok Mata" Jadi Bahan Lucu Komuniti Internet

Oleh JOSEPH SIPALAN dan JOSEPH KAOS Jr

PETALING JAYA: Anda tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata (clothes that poke eye) sekiranya bekerja di Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ia merupakan salah satu daripada keterangan "Etika Berpakaian" yang dinyatakan dalam piawaian yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.

Mereka di kalangan komuniti internet dalam rangkaian sosial secara literalnya menyatakan ROFL yang merupakan perkataan siber bagi menunjukkan reaksi seolah-olah "ketawa berguling-guling di atas lantai" apabila mereka berkongsi pautan kod berpakaian kakitangan kementerian itu terjemahan Bahasa Inggeris di laman rasminya.

"Clothes that poke eye" apabila diterjemahkan secara literal adalah pakaian yang menjolok mata bermaksud pakaian yang mendedahkan dalam Bahasa Malaysia.

Carian lain termasuk: "collared shirts and tight Malay civet berbutang three" di mana dalam Bahasa Malaysia sebenarnya bermaksud "baju Melayu berkolar cekak musang dengan tiga butang".

Sementara itu, baju batik lengan panjang berkolar / cekak musang buatan Malaysia pula diterjemahkan sebagai "long-sleeve batik shirt with collar / mongoose fight made in Malaysia".

Terdapat juga "shine close" di mana diterjemahkan daripada kasut bertutup atau kasut menutupi jari kaki.

Selain itu adalah ringkasan sejarah kementerian di laman web yang berbunyi "After the withdrawal of British army, the Malaysian Government take drastic measures to increase the level of any national security threat."

Maksud sebenar ringkasan itu dalam Bahasa Malaysia adalah "Selepas pengunduran tentera British, Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman."

Kementerian telah pun mengeluarkan versi terjemahan Bahasa Inggeris itu dari laman web beberapa jam selepas ia disebarkan secara meluas di Facebook dan Twitter.

Jurucakap kementerian itu berkata, satu penjelasan telah dibuat dan diletakkan di laman web tersebut pada Khamis.

Penjelasan itu pada laman web berkata, pembetulan sedang dilakukan pada perisian yang digunakan untuk terjemahan lebih tepat diperoleh - mStar

Kalau korang nak tengok apa yang tertulis dalam Website Kementerian Pertahanan itu dibawah ini ada dua print screen.

Tiada ulasan: