Jumaat, 23 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Pemuda dan pemudiku.....

Posted: 23 Dec 2011 02:23 AM PST

Dalam Shahih Tirmidzi 2/240, hadis ke 3769:

Usamah bin Zaid berkata: Pada suatu malam aku datang kepada Nabi saw karena suatu keperluan, lalu beliau keluar rumah dan menyelimuti sesuatu, aku tidak tahu apa itu. Setelah aku selesai keperluanku, aku bertanya: Apa yang engkau selimuti? Kemudian membukanya: Ternyata beliau menggendong Hasan dan Husein. Lalu beliau bersabda: "Kedua anak ini adalah puteraku dan putera dari puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya, maka jadikan aku mencintai keduanya dan mencintai keduanya."

Oleh itu janganlah merasa takut untuk mengkaji sejarah pembunuhan cucu Rasulullah saw, Husain bin Ali Karamallah wajhah oleh tentera Yazid bin Muawiyah hanya kerana takut akan dikaitkan dengan syiah dan paling bimbang akhirnya dituduh sesat, apabila sesat masuk neraka. Maka, trajedi pembunuhan Hussein cucu Rasulullah tertinggal dalam lipatan sejarah, tiada siapa lagi cuba mengkaji secara terperinci, dibahas dan dicerna sebagai pedoman dalam meneruskan perjuangan mengikut garis lurus yang ditunjuk oleh beliau.

Tiada lagi pernah terasa dari dalaman diri untuk menziarahi pusara Hussein Cucu Rasulullah saw, sedangkan pusara Al-Marhum Ustaz Fadzil serta Asyahid Ustaz Ibrahim Mahmud seolah-olah menjadi kemestian kepada pejuang PAS dan tokoh gerakan Islam dari luar Kedah dan Malaysia menziarahinya bila berkunjung ke Kedah.

Mencintai Hussein dan mengkaji perjalanan sejarahnya bukanlah hak eksklusif sesiapa, ia adalah hak seluruh umat Islam yang inginkan kebenaran yang mendambakan sepenuh ketundukan kepada Allah Azzawajalla dalam menegak yang ma'aruf dan mencegah munkar.

Kajilah mengapa mengapa begitu kejam dan dahsyatnya anak Fatimah binti Muhammad Rasulullah saw serta keluarganya ini dibunuh dan dihina di Padang Karbala, Iraq hanya setelah beberapa puluh tahun kewafatan datuknya yang juga Nabi dan Rasul terakhir kita. Sudah tentu ada banyak pedoman dan pengajaran yang boleh kita dapati dari sejarah tersebut, pemuda dan pemudi ku...

Bagi ku, perjuangan Hussein r.a. adalah lambang penentangan kepada mereka yang bertopengkan Islam, tetapi sebenarnya jahat kepada Islam, manusia dan Tuhannya sendiri!!! Dan mereka ini ada disetiap zaman.

Dalam shahih Ibnu Majah, tentang Al-Hasan dan Al-Husein:
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah saw bersabda:

من أحبّ الحسن والحسين فقد أحبني ومن أبغضهما فقد أبغضني
"Barangsiapa yang mencintai Al-Hasan dan Al-Husein ia telah mencintaiku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia telah membenciku."

Sekurang-kurangnya hayatilah video-video di bawah ini...





Dalam Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 166:

Salman berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:


"Al-Hasan dan Al-Husein puteraku, barangsiapa yang mencintai mereka ia mencintaiku, barangsiapa yang mencintaiku ia dicintai oleh Allah, dan barangsiapa yang dicintai oleh Allah ia akan masuk surga. Barangsiapa yang membenci mereka ia membenciku, barangsiapa yang membenciku ia dibenci oleh Allah, dan barangsiapa yang dibenci oleh ia akan masuk neraka." Al-Hakim berkata: Hadis ini shahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim.





Dalam Ad-Durrul Mantsur tentang tafsir surat At-Taghabun: 15, As-Suyuthi berkata:

Yazid bin Abi Ziyad berkata: Pada suatu hari Nabi saw keluar dari rumah Aisyah r.ha. lalu beliau melalui di dekat rumah Fatimah (as), kemudian beliau mendengar tangisan Al-Husein. Maka beliau bersabda: "Tahukan kamu sesungguhnya tangisan Al-Husein menyakitkan aku?"



Dalam Mustadrak Al-Hakim 4: 397, kitab ta'bir mimpi:

Ibnu Abbas berkata: Aku bermimpi Rasulullah saw sebagaimana orang mimpi di siang hari, beliau memegang botol yang berisi darah. Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Nabi Allah, apa maksud dalam mimpiku ini? Rasulullah saw menjawab: "Ini adalah darah Al-Husein dan sahabat-sahabatnya, sejak hari ini hendaknya kamu menghitungnya." Ibnu Abbas berkata: Kemudian aku menghitung hari itu, maka sebelum satu hari mereka dapatkan Al-Husein terbunuh.

Al-Hakim mengatakan: hadis ini shahih menurut persyaratan Muslim

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ADUN Tendong Meninggal Dunia

Posted: 23 Dec 2011 07:52 PM PST

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Pasir Mas, Dr Muhammad Daud meninggal dunia pada awal pagi Sabtu.

Menurut Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi laman sosial Facebook milik beliau, Dr Muhammad meninggal dunia secara mengejut.

Yang Dipertua Pasir Mas PAS, Hanifa Ahmad dalam laman web Harakah Daily pada Sabtu dipetik sebagai berkata, ADUN Tendong itu dipercayai mendapat serangan jantung.

Hanifa berkata, pagi Khamis allahyarham sempat menghadiri Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Nik Aziz dan Hanifa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.

Kuasa Allah ... Bayi berkepala 2

Posted: 23 Dec 2011 06:14 AM PST

BRAZIL - Bayi Berkepala dua yang dilahirkan seorang perempuan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.Bayi tersebut terpaksa dikeluarkan dengan cara pembedahan.Imbasan menunjukkan,walaupun bayi itu mempunyai dua kepala segala organ dalaman beliau berfungsi dengan sempurna.

wanita yang berusia 25 tahun itu tinggal di pedalaman Para didakwa mengalami sakit perut yang teruk dan tidak membuat pengimbasan sepanjang kehamilannya.beliau mengetahui beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya.

"Apabila doktor menjalankan pengimbasan terhadapnya, mereka mendapati bayi dalam kandungan itu mempunyai dua kepala dan kelahiran biasa membahayakan si ibu dan juga anaknya. "Proses pembedahan mengambil masa sejam kerana kepala bayi itu berada di atas.

"Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. "Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat," kata de Vasconcelos.

Tambah beliau,wanita itu tidak langsung menunjukkan keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.bayi tersebut disambut meriah oleh keluarga mereka.wanita tersebut kemudiannya diterbangkan menggunakan ambulan udara ke hospital pakar untuk periksaan lanjut.

Ini adalah bayi kedua berkepala dua dilaporkan di Brazil pada tahun ini,wanita sebelumnya Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi

~penarik beca

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Gila Talak : Penyatuan Pas-UMNO Dihalang Agenda Politik Pas - Kata Pensyarah

Posted: 23 Dec 2011 09:29 PM PST

Oleh Sharifah Azmawati Syed Abd Aziz
Post Pic
KUALA LUMPUR, 24 DIS : Agenda politik sempit Pas yang mengatasi kepentingan ummah menyukarkan usaha memupuk kerjasama dan penggabungan antara parti itu dan UMNO, kata seorang penganalisis politik.
 
Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata kebimbangan Pas terhadap kerjasama sedemikian berpaksi kepada kemungkinan pemimpinnya terpaksa berkongsi tiket untuk bertanding pada pilihan raya umum.
 
"Jadi  (ini) soal kepentingan sendiri hendak menjadi calon mengatasi kepentingan dan ummah secara umumnya," katanya dalam satu wawancara khas bersama AntaraPos.com.
 
Isu penyatuan atau kerjasama UMNO-Pas sekali lagi menjadi fokus susulan pengisytiharan Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa Pas tidak patut menolak cadangan itu demi perpaduan Islam.    
 
Malah, Hasan menyarankan sebuah jawatankuasa peringkat tertinggi ditubuhkan demi menjadikan kerjasama itu satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan

Posted: 23 Dec 2011 09:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno. Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).
"Sekali lagi Mustafa Ali (gambar) terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim. Sebagai setiausaha agung sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang setiausaha agung yang berwibawa," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Read More / Baca Lagi >>

The 97-98 Malaysian economic crisis: A mess of Mahathir's making

Posted: 23 Dec 2011 09:18 PM PST

The 97-98 Malaysian economic crisis: A mess of Mahathir's makingMahathir Mohamed has been in the news recently denying that he took loans from the World Bank. He also offered to swear, unsolicited, on the Quran that he had done no such thing.
Presented with documentary evidence that Malaysia had taken a multiple of loans from the World Bank, Mahathir responded that he had not personally asked for the loans. He did not however, say he was unaware of the loans.
As Prime Minister of Malaysia for 22 years, Mahathir would like to be accountable only for those actions which he had 'personally' done. Clearly, Mahathir has a different understanding of the word 'Accountability' than the rest of the world. Although it may very well explain the culture of irresponsibility that so afflicts Malaysia's ruling Barisan Nasional today.
Mahathir is also a consistent dealer in untruths which he appears to hope ceaseless repetition will transform into 'truths'. He may very well convince the uninformed, but only them. Take for example this statement that was published in the Malaysian Insider on December 20 quoting him :
"It is well known that Malaysia refused to seek IMF or World Bank help because the so-called help would worsen the financial situation. Instead, in 1998 Malaysia imposed currency control which helped it to recover".
Both these sentences are untrue. Mahathir, in fact, refused to seek the IMF's help because they would never agree to helping to save the inefficient and insolvent companies of his friends in the corporate world.
Nor did the currency controls help Malaysia to recover any better than its neighbours. Thailand, Indonesia, South Korea and the Phillipines accepted IMF funds and they recovered as well, if not better, than Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Malays will never disappear from this earth: Don't be too sure!

Posted: 23 Dec 2011 09:17 PM PST

Hussein Hamid
Malays will never disappear from this earth: Don't be too sure!I was in Singapore the last few days for work. Have not been to Singapore for over 20 years. The driver of the taxi that drove me from the airport tomy hotel was Malay. On the ride to the hotel he pointed out that all theland along the coast that was now fully developed was reclaimed land. Hesaid that Singapore could no longer buy sand from Indonesia or Malaysia –so Singapore now buys its sand from Vietnam.
He suggested that maybe the Malaysian government should consider letting Singapore mine all the sand itneeded from the Pahang and Perak river so that floods would not occur asfrequently as they do now – this way Singapore would have their sand andMalaysia gets two strikes against Singapore: Payment for the sand and floodprevention!
I quietly smiled at his logic. If only our politicians couldthink that clearly!
At night I would watch TV as I ate dinner and what I saw on Singapore TVgave me some explanation as to why Malaysia is so far behind Singapore. NoI am not just talking about the physical aspect of development where acomparison between the two countries would be an exercise in futility:Where would you begin?
From Changi airport, the taxis I took, the buses andtrains that I used to the presence of a city confident in its growth andsecure of its place globally, Singapore is everything that Malaysia is not!
Read More / Baca Lagi >>

Peneroka Asal Kg Seri Aman Diberi Geran Tanah

Posted: 23 Dec 2011 09:09 PM PST


SHAH ALAM 24 DIS : Seramai 111 peneroka asal Kampung Seri Aman, Ijok, akan menerima geran tanah yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Selangor selepas majoriti peneroka ini menolak cadangan pembangunan semula yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri.


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pemberimilikan tanah ini akan dibuat berdasarkan susun atur yang mengambil kira keperluan tapak untuk pembinaan jalan, longkang , rumah ibadat dan kemudahan lain dan selepas selesai dijalankan penyusunan semula senarai pemohon yang tinggal di atas tanah milik pemohon lain.
Read More / Baca Lagi >>

Selamatkan Felda, PM perlu bertanggungjawab

Posted: 23 Dec 2011 09:08 PM PST

Memikirkan nasib 112,635 orang peneroka seluruh negara di 317 Skim Penempatan Felda dengan keluasan 905,448 hektar, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mendesak supaya YAB Perdana Menteri membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding Snd. Bhd. (FGVH) di Bursa Malaysia.

GAMIS berpendirian tindakan tersebut adalah suatu tindakan yang sangat merugikan. Hal ini bakal berlaku melalui perjanjian pajakan 99 tahun antara Felda Holding Berhad (FHB) dan FGVHB kerana FHB telah bersedia untuk memajak tanahnya seluas 360,000 hektar kepada FGVHB sedangkan syarikat itu tiada hak ke atas tanah tersebut dan 500,000 hektar tanah yang dimiliki oleh peneroka.

Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan: ‘Saya minta maaf kepada parti’

Posted: 23 Dec 2011 09:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini menarik balik kenyataan bahawa konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS tergelincir dari matlamat parti itu. Sambil menyifatkan ia sebagai "keterlanjuran kata", Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor turut memohon maaf kepada kepimpinan dan ahli parti kerana mengeluarkan komen sedemikian.
"Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.
"Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Wanita Mesir berarak, kecam tentera biadab

Posted: 23 Dec 2011 09:05 PM PST

KAHERAH, 24 Dis: Lebih 10,000 wanita Mesir turun ke jalanan sebagai membantah tindakan biadap dan kejam tentera terhadap wanita dalam satu insiden bantahan minggu lalu.

Laporan agensi berita AP menyebut, mereka berarak ke kawasan pusat Kahirah sambil mendesak para pemimpin tentera yang memerintah Mesir supaya meletak jawatan.

Ia merupakan satu perhimpunan besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan: Saya sedia temu kepimpinan parti bila-bila masa

Posted: 23 Dec 2011 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis — Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor  Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau bersedia bertemu dengan kepimpinan tertinggi parti itu pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan berhubung polemik yang berlaku sejak dua minggu lalu.
Bercakap pada sidang media di kediaman rasminya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Hasan (gambar) juga menjelaskan sehingga kini belum menerima sebarang surat rasmi daripada parti.
"Saya belum menerima surat lagi tapi apa pun untuk mencari kedamaian, demi mengelakkan polemik dan demi mengelakkan kegusaran di kepala dan hati saya bersedia (bertemu) pada bila-bila masa.
"Kalau panggil selepas Subuh saya datang, kalau panggil selepas tengah malam juga saya datang kerana saya akur kepada kepimpinan parti," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Tarik Balik Kenyataan Gesa Pas Batal Tubuh Negara Berkebajikan

Posted: 23 Dec 2011 08:34 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 24 DIS : Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ni menarik balik kenyataannya menggesa Pas membatalkan hasrat menubuhkan Negara Berkebajikan.

Hasan berkata, beliau akur bahawa konsep Negara Berkebajikan diluluskan pada muktamar parti lalu dan juga oleh Majlis Syura Pas. 

"Saya sebagai ahli jawatankuasa Pas pusat mengakui terdapat unsur ketelanjuran saya waktu membuat ulasan terhadap perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai 'Negara Kebajikan' tersebut. Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap ketelanjuran saya itu,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pengajaran Dari Kes Khir Toyo

Posted: 23 Dec 2011 08:33 PM PST

Pengajaran Dari Kes Khir Toyo
WALAU apa tanggapan penulis mengenai kes yang melibatkan Khir Toyo semalam, itu tidak sepatutnya menyekat semua pimpinan Pakatan Rakyat yang memegang kuasa tampuk pemerintahan kerajaan negeri untuk belajar sesuatu daripadanya.
Keputusan Hakim semalam (sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah yang lebih tinggi) menunjukkan bahawa seseorang pemimpin kerajaan tidak boleh mengadakan apa-apa transaksi dengan kenalan atau yang mempunyai hubung kait perniagaan dengan kerajaan yang dipimpin atau mempunyai kuasa untuk membuat sesuatu keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan bohong lagi, fitnah mahasiswa pula

Posted: 23 Dec 2011 08:31 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 DIS – Lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia sekali lagi melemparkan fitnah apabila menuduh Penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif Adam Adli memijak dan mengoyak bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman mahasiswa menuntut kebebasan akademik  17 Disember lalu.
Menurut Adam yang mengakui beliau hanya menurunkan tetapi kemudian menaikkan kembali bendera itu sebagai tanda protes aman, fitnah 'memijak' dan 'mengoyakkan' bendera tersebut dilaporkan Utusan mencerminkan ketakutan kerajaan UMNO-Barisan Nasional kepada gerakan mahasiswa.
"Sebagai mahasiswa, apa yang anda takut sangat dengan kami? Kami bukan ahli politik, kami adalah mahasiswa.
"Jika kerana ini (menurunkan bendera) anda memusuhi kami, maka benarlah kami berada di jalan yang betul," katanya dalam sidang media ringkas selepas memberikan keterangan kepada pihak polis berhubung insiden Adam hampir ditumbuk di hadapan balai polis Bukit Aman, Isnin lalu.
Dalam sdaing media itu juga peguam kepada Adli, Fadiah Nadwa berkata demonstrasi yang oleh gerakan mahasiswa pada 17 Disember lalu tidak menunjukkan sebarang tindakan jenayah telah dilakukan.
Read More / Baca Lagi >>

Insaf ! dan ambillah pengajaran !

Posted: 23 Dec 2011 08:21 PM PST


Semalam sah, bekas Menteri Besar Selangor,  Mohd Khir Toyo dari Umno dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan rasuah melibatkan pembelian lot tanah banglo bernilai jutaan ringgit. Selain hukuman penjara harta bekas menteri besar itu dirampas ! Walau bagaimanapun Khir diberi peluang merayu dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.

Demikianlah kisah kerakusan kuasa dan ketamakan pemimpin Umno dalam mengumpul harta. Ini baru secebis dari berpuluh-puluh lagi kes yang belum disiasat, sedang disiasat dan akan disiasat. Kalau nak dikira sejak dari dulu hingga sekarang,.kes rasuah yang melibatkan pemimpin BN terutama Umno rasanya dah berlori lori!,  ada yang tersangkut dan banyak juga yang terlepas !

Wahai seluruh rakyat Malaysia!  Marilah kita berubah! Marilah kita memilih sebuah kerajaan baru yang berintegriti ,bersih amanah dan bertanggung jawab. Jangan kita mengizinkan lagi kerakusan pemimpin Umno merompak wang dan harta rakyat. Tamatkanlah sokongan kita kepada kerajaan UmnoBn   dan sokonglah kerajaan yang baru, iaitu Pakatan Rakyat. Pastikan anda memangkah PR dalam PRU ke-13 nanti.

Oleh : rahimothman

Hukuman Meragut VS Hukuman Merasuah di Malaysia

Posted: 23 Dec 2011 08:13 PM PST

Mari Tengok Mari Tengok

Beza kan? Aku tanya soalan serius kat anda disini. Mana satu kesalahan lebih besar repurcussionnya kepada masa depan Malaysia Darul Double Standard ini? Seorang lelaki ragut SEORANG wanita. Seorang lagi guna posisi dia kumpul harga dan beli hartanah RM3.5 juta. Jumlah sogokan TAK DIBERITAHU pasal media Malaysia kan telus macam tampon.

Lu pikirlah sendiri. Adil ke tak adil hukuman dibawah. Lu debate la dengan Panglima Perang.



Zunar: Manipulasi masa adalah korupsi dalam sistem keadilan

Posted: 23 Dec 2011 08:09 PM PST

Dalam istilah undang-undang, sering diutarakan hujah mengenai "Justice delayed is justice denied" (keadilan yang dilengah adalah keadilan yang dinafi) dan "Justice Hurried is Buried" (keadilan yang terburu-buru adalah keadilan yang dibenamkan).

Kedua-dua hujah ini menekan bahawa keadilan tidak ditentukan oleh faktor masa, tetapi hendaklah berdasarkan undang-undang yang adil.

Di Malaysia, bukan saja hukum sering tidak adil, ia sering dizalimkan lagi dengan manipulasi masa.  Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo (gambar kanan, kiri) didakwa atas dakwaan yang telah diringankan bagi menyelamatkan beliau.  Masa yang dipilih untuk memutuskan kes ini ialah menjelang cuti umum selama tiga hari, iaitu cuti hari Krismas yang dicantumkan dengan cuti hari minggu.
Read More / Baca Lagi >>

NGO: Cemburu kepada Dr Hasan punca kemelut PAS

Posted: 23 Dec 2011 07:49 PM PST

NGO itu juga menuding jari kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menurutnya terlalu keras mencari kesalahan Dr Hasan.
PETALING JAYA: Umno Selangor menafikan mereka di belakang krisis dalaman PAS yang semakin panas tetapi sebuah NGO pro parti itu mendakwa dua tokoh besar PAS negeri cemburu dengan Datuk Dr Hasan Ali.
Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa pengaruh dan populariti Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abdul Rani Osman dan timbalannya Khalid Samad – yang didakwa penyokong kumpulan Erdogan gagal menyaingi Dr Hasan.
Erdogan merujuk kepada pembaharuan yang diketuai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Manakala kumpulan ulama adalah para pemimpin PAS yang berpegang teguh kepada Islam, mereka termasuk Presiden Datuk Abdul Hadi Awang dan Ketua Ulama, Datuk Harun Taib.
Read More / Baca Lagi >>

We know what u did last Ramadhan......Awas kalau-kalau terlebih PAS dari PAS

Posted: 23 Dec 2011 06:26 PM PST

Awas kalau si folan bila dia bercakap berdegar-degar.....berbuih-buih mulut macam nak putus urat marikh...hinggakan ternganga orang ramai kerana terlalu asyik mendengarnya.....akhirnya tak kemana si-folan itu.

Berhati-hati kalau si folan bila dia bertindak dia seolah-olah pahlawan Jabal Jerai (bukan Jabal Uhud.....air kaki pun amat jauh nak sama)...sentiasa mendahului jemaah.....bertinadak berseorangan...hinggakan terpukau orang terbanyak kerana hairan akan kehebatanya.....akhirnya gugur juga di medan ciptaannya...tak kemana-mana si folan itu.
Read More / Baca Lagi >>

40 killed in Syria suicide bomb blasts…

Posted: 23 Dec 2011 06:21 PM PST

A damaged car is seen where a car bomb blew up at security sites in Damascus December 23, 2011, in this handout photograph released by Syria's national news agency SANA. Two booby-trapped cars blew up at security sites in Damascus on Friday, killing a number of civilians and soldiers, state television said, in the worst violence to hit Syria's capital during nine months of unrest against President Bashar al-Assad.
A damaged car is seen where a car bomb blew up at security sites in Damascus December 23, 2011, in this handout photograph released by Syria's national news agency SANA. Two booby-trapped cars blew up at security sites in Damascus on Friday, killing a number of civilians and soldiers, state television said, in the worst violence to hit Syria's capital during nine months of unrest against President Bashar al-Assad.
People stand at the site of a suicide bombing in Damascus, Syria, Friday, Dec. 23, 2011. A Syrian military official says the death toll from twin suicide car bombings in Damascus is now more dozens. The military official says more than a hundred people were wounded in the explosions targeting security and intelligence headquarters in the Syrian capital.
People stand at the site of a suicide bombing inDamascus, Syria, Friday, Dec. 23, 2011. A Syrian military official says the death toll from twin suicide car bombings in Damascus is now more dozens. The military official says more than a hundred people were wounded in the explosions targeting security and intelligence headquarters in the Syrian capital.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Deepak Buat Kejutan Lagi

Posted: 23 Dec 2011 06:18 PM PST


Deepak Jaikishan, yang paling terkenal dengan penafian beliau menjadi budak
mainan First Lady Rosmah Mansor, mengejutkan pasaran saham dengan menjual kepentingan keseluruhan dalam syarikat minyak dan gas, Wannabe Envair Holding Bhd.

Keluarnya Deepak secara tiba-tiba selepas beliau menjamin untuk pelaburan jangka panjang, telah memberi kepercayaan kepada spekulasi bahawa terdapat bantahan dari pihak tertinggi Umno mengenai keluarga Najib Razak yang telah memasuki sektor Oil & Gas yang mengekori firma petroleum Petronas.
Read More / Baca Lagi >>

Polis masih siasat NFC : Khalid

Posted: 23 Dec 2011 06:08 PM PST


Datuk Seri Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM - Polis masih meneruskan siasatan berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC) selepas seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' ditahan reman semalam

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini siasatan belum selesai dan dijalankan secara berterusan oleh pihaknya.

"Dulu saya cakap sikit, orang marah. Jadi tidak perlu saya ulas apa-apa laporan terperinci berhubung kes kerana bimbang akan mengganggu siasatan.

"Apa yang penting, siasatan menjurus pelbagai aspek dibuat secara berterusan bagi mengumpul maklumat berkaitan kes," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pencegahan Jenayah "Police and Youth: Saying 'Yes"!" di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dilemma Najib

Posted: 23 Dec 2011 06:06 PM PST

Menurut seorang teman yang juga seorang ketua editor sebuah "news portal" terkemuka tanahair, perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad berusaha keras untuk melaksanakan program-program ekonomi, sosial dan politik yang dekat dihati rakyat.
Ini boleh dilihat dari pengalaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Selepas menggantikan Dr. Mahathir, jika kita ingat kembali – Abdullah Badawi berusaha keras untuk melaksanakan reformasi dalam kerajaan pimpinannya.
Yang menjadi batu penghalang utama kepada program-program reformasi Abdullah Badawi adalah dari parti Umno sendiri.
Golongan "garis keras" yang kuat bersarang dalam parti tersebut sehingga akhirnya, Abdullah Badawi menjadi bahan jenaka.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Pelajar tunggu SPM jadi GRO

Posted: 23 Dec 2011 05:54 PM PST


SEBAHAGIAN wanita dipercayai GRO ditahan dalam satu operasi di sebuah pusat hiburan diDamansara Perdana, Petaling Jayakelmarin.


PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keputusan peperiksaan dengan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) berakhir apabila mereka bersama 30 GRO lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Damansara Perdana di sini tengah malam semalam.
Serbuan mengejut pada pukul 12.30 malam oleh anggota Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman itu dilakukan selepas polis menerima maklumat berhubung kewujudan pusat hiburan itu yang menyajikan tarian tiang berunsur seks dan GRO bawah umur.
Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Supritendan Amir Rasid Derani berkata, kesemua GRO yang ditahan berusia antara 17 tahun hingga 30-an dan tiga daripada mereka baru tamat peperiksaan SPM.
"Semasa serbuan, sebahagian daripada GRO sedang rancak melayan pelanggan manakala yang lain sedang menunggu untuk dipilih pelanggan yang masuk ke pusat hiburan berkenaan," kata beliau ketika dihubungi semalam.

How the EC is in cahoots with BN

Posted: 23 Dec 2011 05:48 PM PST

Indelible ink notwithstanding, the 13th general election is going to be the biggest and dirtiest election battle in history.

In an effort to lend an air of credibility to itself, the Election Commission (EC) has announced that indelible ink will be used in the upcoming 13th general election.
But there is no reason to jump for joy just yet. A lot of hanky-panky can still go on undetected right until the day of polling itself. Listed below are several examples:
1. Name not in the voter rolls and therefore unable to vote – any perfectly eligible voter whose name is not in the voter rolls is totally helpless to do anything about it. They can lodge a complaint of course but by then the results of the polls are already secured.
2. Name transferred out to another locality or worse still to another state – this is also an inconvenient move for the eligible voter and will very well impede his ability to vote if his name is transferred, say from Kuala Lumpur to Perlis.
Read More / Baca Lagi >>

The ugly face of money politics is back

Posted: 23 Dec 2011 05:46 PM PST

Najib's financial handouts show that BN and money politics go hand in hand.

It's raining money in Malaysia. And the man who is opening the purse strings is none other than Prime Minister Najib Tun Razak.
This is nothing new. Everytime an election is round the corner, financial aid is given to all and sundry. The one-off handouts is an attempt to make the rakyat think favourably towards Barisan Nasional.
First, he targetted the students.Najib decided to give an estimated 1.3 million students in private and local higher learning institutions book vouchers worth RM200.
While primary and secondary school students have been offered RM100 cash allowance. And beginning next year, education in government primary and secondary schools in the country will be provided at no cost.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS ikrar bela mahasiswa

Posted: 23 Dec 2011 05:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia memuji keberanian para mahasiswa baru-baru ini yang menurunkan satu kain bercetak wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di hadapan ibu pejabat Umno sebagai simbolik tuntutan mereka terhadap kempen kebebasan akademik yang diperjuangkan selama ini.
Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi  berkata, tindakan para mahasiswa tersebut sebenarnya rentetan daripada rasa mual mereka terhadap dunia akademik di Malaysia yang semakin lesu dan terkongkong oleh sikap Kerajaan Umno Barisan Nasional yang terus menekan para ahli akademik yang berani bersuara demi kebenaran.
Katanya, Juham melihat tindakan para mahasiswa tersebut adalah tindakan yang berani dan merupakan suatu manifestasi kepada hak dan kebebasan mereka untuk bersuara sepertimana yang dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>