MIMPI SENJA |
Posted: 23 Dec 2011 07:52 PM PST PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tendong, Pasir Mas, Dr Muhammad Daud meninggal dunia pada awal pagi Sabtu. Menurut Mursyidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menerusi laman sosial Facebook milik beliau, Dr Muhammad meninggal dunia secara mengejut. Yang Dipertua Pasir Mas PAS, Hanifa Ahmad dalam laman web Harakah Daily pada Sabtu dipetik sebagai berkata, ADUN Tendong itu dipercayai mendapat serangan jantung. Hanifa berkata, pagi Khamis allahyarham sempat menghadiri Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan kepada penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini. Nik Aziz dan Hanifa merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. |
Kuasa Allah ... Bayi berkepala 2 Posted: 23 Dec 2011 06:14 AM PST BRAZIL - Bayi Berkepala dua yang dilahirkan seorang perempuan di sebuah hospital di Anajas, negeri Para di utara Brazil.Bayi tersebut terpaksa dikeluarkan dengan cara pembedahan.Imbasan menunjukkan,walaupun bayi itu mempunyai dua kepala segala organ dalaman beliau berfungsi dengan sempurna. wanita yang berusia 25 tahun itu tinggal di pedalaman Para didakwa mengalami sakit perut yang teruk dan tidak membuat pengimbasan sepanjang kehamilannya.beliau mengetahui beberapa minit sebelum melahirkan kandungannya. "Walaupun berdepan dengan masalah kerana hospital kami kecil dan terletak di kawasan pedalaman, kami berjaya menyelamatkan si ibu dan anak. Itu yang menjadi matlamat kami. "Dan bagi kami, ia sesuatu yang mengejutkan untuk mendapati bayi itu sihat," kata de Vasconcelos. Tambah beliau,wanita itu tidak langsung menunjukkan keresahan selepas mengetahui anaknya berkepala dua.bayi tersebut disambut meriah oleh keluarga mereka.wanita tersebut kemudiannya diterbangkan menggunakan ambulan udara ke hospital pakar untuk periksaan lanjut. Ini adalah bayi kedua berkepala dua dilaporkan di Brazil pada tahun ini,wanita sebelumnya Sueli Ferreira, 27, melahirkan bayi berkepala dua di negeri Paraiba tetapi ia meninggal dunia beberapa jam kemudian kerana satu daripada kepala itu tidak menerima oksigen secukupnya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan