Rabu, 21 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Hassan Ali jumpa siapa di Le Meridiens Ramadhan lalu?

Posted: 21 Dec 2011 08:33 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis : Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mendedahkan Dato' Dr Hassan Mohd Ali ada bertemu dengan sekurang-kurangnya tiga lagi pihak di Hotel Le Meridiens pada Ramadhan lalu.

Pertemuan itu katanya turut disertai bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Apakah untuk tujuan ekonomi atau politik sebutnya semasa sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Beliau menyatakan, pihaknya tahu apa yang Hassan lakukan.

Kalau dah dengan DAP, PKR tak boleh nak bawa Islam ke Putrajaya, Hassan Ali kena letak jawatan Exco aja...

Posted: 21 Dec 2011 05:36 PM PST

Semalam cukup hebat Hassan Ali, macam dia duk kata (anta hebat sheikh)..
Kalau tengok, skillnya semasa menjadi moderator Forum Perdana Ehwal Islam zaman-zaman dulu masih tidak hilang lagi skillnya semalam dalam rancangan Soal Jawab di TV3.

Hebat anta Hassan Ali wehhh...Paling hebat bila kata Pakatan Rakyat nak ke Putrajaya tetapi seolah-olah tidak akan membawa Islam..Dia kata dia sedih sangat..berderai airmata dia...Hahahah betui ka?

Dia kata sukar bagi dia membuat keputusan selaku Exco Agama, tapi lupakah dia bahawa dia dah menjadi Exco Agama bersama kerajaan oakatan rakyat PKR dan DAP dah lebih 3 tahun?Await kata la baru susah?

Macam kata, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar kalau Hassan rasa susah kenapa dia tak letak jawatan sebagai Exco Agama? Aduihhhhh

Tak apalah, mari kita tengok lagi apa aksi beliau dan sahabatnya selepas ini...mengikut rekod dah lebih 3 kali dia masuk TV3 (yang sah berpihak kepada Umno-BN), dia masuk Utusan Malaysia, Berita Harian.Tetapi kenapa dia tidak memilih lapangan akhbar parti untuk menjawab segala yang kononnya disifatkan tohmahan?

Tak apalah....kita masih menanti apa perkembangan selepas ini.......Jemaah ka individu yang lebih penting.....

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Nasha dan Hasan dua talam dua muka yang PAS boleh tendang keluar

Posted: 21 Dec 2011 07:16 AM PST

Seorang di antara mereka mahu mencipta sejarah menjadi insan yang menyatukan orang Melayu dan umat Islam dengan menggabungkan PAS dan UMNO. Nasharudin Mat Isa juga cukup bodoh dengan mempercayai pembohongan mereka yang memberitahunya bahawa dia akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Seorang lagi mempunyai cita-cita yang tidak begitu tinggi, dia hanya mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Dan apabila dia gagal untuk mendapatkan apa yang dia mahu, Hasan Ali bersikap tidak ubah seperti seorang yang ingin mensabotaj Pakatan Rakyat dan partinya.

Pada masa ini Ahli Parlimen PAS Bachok, Nasharudin berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS 2005-2011, dan merapatkan dirinya dengan Hadi Awang, Presiden PAS. Jelas sekali, ini adalah untuk memastikan kenaikan mendadak beliau dan untuk sementara waktu, mereka yang curigakannya agak berputus asa memikirkan keinginan beliau untuk bergabung dengan UMNO sehinggalah Nik Aziz Nik Mat menolak idea itu. Pada kongres tahunan PAS 2011, Nasharudin ditewaskan oleh Mat Sabu yang rendah diri -tanda yang jelas bahawa perwakilan PAS tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan UMNO.

Hasan Ali, seorang lagi tali barut UMNO, menyertai PAS selepas meninggalkan perkhidmatan awam dan seterusnya menjadi naib presiden pada tahun 2001. Beliau sangat kritikal terhadap UMNO sebelum ini dan telah dibenci oleh ahli-ahli politik UMNO yang menuduhnya 'tidak bersyukur' kerana pada zaman MB UMNO Muhammad Muhammad Taib, Hasan telah berpeluang untuk naik dan menjadi seseorang penting. Namun, Hasan yang sangat kufur hanya boleh menikam UMNO dari belakang. Ironinya, PAS juga berkongsi sentimen yang sama hari ini memberi gambaran bahawa wujud kualiti ular dalam diri Hasan Ali.

Bagaimana mereka menimbulkan begitu banyak kemurkaan ?

Sebagai No 2, Nasharudin menikmati kepercayaan dari Hadi, bosnya. Beliau juga merasakan bahawa beliau mempunyai mandat untuk memimpin PAS ke mana sahaja dia kehendaki. Dia menyangka bahawa dia boleh menjadi hero untuk orang Melayu dan umat Islam dengan membentuk satu pakatan di antara UMNO dan PAS.

Telah dilaporkan secara meluas dalam media Malaysia bahawa Nasharudin adalah salah seorang daripada orang penting yang merundingkan perjanjian dengan UMNO pada tahun 2008. Banyak juga persoalan mengenai peranan Hadi dalam rundingan dengan UMNO, walaupun Hadi menghargai kelebihan mengikat PAS dengan 3-juta ahli UMNO lantas bakal memberikan asas yang kukuh, dia tidak dapat mengatasi kebencian terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti Nik Aziz, Hadi tidak akan dapat melupakan cara UMNO mengkhianati PAS semasa penggabungan singkat mereka di tahun 70-an. UMNO telah mencuri ahli parti PAS yang berbakat dan kemudian membuang yang lemah seperti 'mayat' yang telah dikerjakan serigala politik.

Inilah sebabnya, Hadi tidak pernah memarahi Nasharudin di khalayak ramai, dia tidak membela Nasharudin juga dan ini telah membawa kepada kekalahan Nasharudin di kongres tahunan,dengan ahli yang 'sederhana' mengalahkan ahli konservatif dalam PAS. Nasharudin, yang juga merupakan bekas ahli akademik tewas kepada Mat Sabu, manakala Hasan Ali telah digugurkan sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.

Bagi pemerhati politik, apa yang berlaku adalah lebih daripada hanya satu puak mengalahkan puak yang lain, ia adalah sebagai tanda PAS telah menjadi sebuah parti politik kebangsaan. Dan Hadi sedar hakikat ini. PAS telah berkembang menjadi sebuah parti Islam yang lebih pragmatik dengan ramai profesional, di samping ulama yang membentuk batu asas parti.

Kebanyakkan ulama sebenarnya berpendirian sederhana. Nasharudin sendiri juga tidaklah begitu kontroversi dalam tuntutan beliau. Beliau hanya mahu menggabungkan PAS dan UMNO. Sama ada beliau kurang yakin terhadap PAS untuk berkembang dengan sendiri atau beliau memang sangat menginginkan jawatan TPM sedang menjadi pendebatan utama dalam PAS.

Hipokrit besar

Hassan Ali merupakan hipokrit besar. Dengan bersumpah bahawa hati beliau tetap dengan PAS, beliau nampak gayanya telahpun beralih arah. Hassan Ali sebenarnya seorang yang merbahaya seperti Ibrahim Ali, Perkasa. Beliau menggunakan isu agama untuk membakar api ketidakpuashati dalam ahli PAS dan juga orang Melayu. Nasharudin juga telah memulakan taktik ini dengan mendakwa PAS sebagai pelik dalam idealogi Islamnya.

Apabila runding dengan UMNO berlaku pada 2008, Hasan dikatakan sangat sedih kerana jawatan MB Selangor telah terlepas daripada beliau dan beliau membuat keputusan bahawa tiada siapa dari Pakatan layak mendapatkannya juga. Sama ada telah menjadi tidak keruan disebabkan terlepas peluang jawatan itu, beliau telah dituduh sebagai cuba untuk mensabotaj dan melemahkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh MB PKR, Khalid Ibrahim.

Hasan Ali telah beberapa kali mengkritik kerajaan Pakatan secara terbuka dan juga mencetuskan pelbagai isu yang membabitkan JAIS yang dikuasai UMNO seperti serbuan terhadap gereja DUMC. Memegang portfolio sebagai ketua hal ehawal agama Islam di Selangor, Hassan sepatutnya menjalankan 'serbuan' itu dengan lebih professional dan beradab tetapi, ia lebih kepada memalukan dan mencalar kehormatan penganut Kristian. Beliau telah memilih untuk memperbesarkan isu itu dan dalam pada itu telah merosakkan imej Pakatan tetapi cuba menonjolkan diri beliau sebagai penyelamat orang Islam justeru menggembirakan UMNO.

Hassan pernah menjadi moderator untuk rancangan popular Ceramah Perdana di RTM1 dan juga mempunyai syarikat konsultansi yang menguruskan latihan motivasi, 'summer camp', penerbitan buku dan kaset. Beliau dipilih sebagai ahli komiti PAS pada tahun 2009 dan juga merupakan pemimpin parti itu di Selangor pada pertengahan tahun ini.

Pada pilihanraya 2008, Hasan telah menang di Gombak Setia, kerusi DUN Selangor. PAS kemudiannya membentuk kerajaan pakatan dengan PKR dan DAP dan Hasan telah dilantik sebagai Kaunselor eksekutif yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam, kebudayaan Melayu, infrastruktur dan juga portfolio kemudahan awam

Beliau telah diganti dengan Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Negeri PAS sementara itu, musuh beliau Khalid Samad telah dilantik sebagai timbalan Pesuruhjaya dan sudah tentunya ia perit untuk ditelan Hasan. Tetapi, keputusan ini telah dibuat oleh delegasi dan komiti PAS yang tidak bersetuju langsung dengan apa-apa usaha penggabungan PAS –UMNO.

Malangnya untuk Nasharudin, Hasan enggan menerima hakikat ini. Kedua-dua lelaki ini sekarang cuba untuk terjun kepada UMNO. Sudah semestinya mereka berharap untuk membawa sebanyak mungkin ahli PAS bersama mereka.

Pukulan terakhir dan perkara yang betul untuk dilakukan

Selepas cuba menutup perkara ini dan berdiam diri, Hadi dan pasukan beliau tidak ada pilihan lain selain daripada berhadapan dengan realiti. Jelas bahawa Nasharudin yang telah ditemuramah Berita Harian, akhbar yan dikawal UMNO dan Hasan juga melakukan perkara yang sama tetapi dengan Utusan tidak akan meninggalkan parti tanpa melakukan kekacauan yang besar. Seperti juga Zul Noordin dan Zahrain Hashim.

Pemimpin PAS sekarang sudah mengumumkan pengeluaran Nasharudin dan Hasan secara terbuka dan ini mungkin sepatutnya dilakukan lebih awal. Seperti yang dikatakan oleh ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, "tiada seorangpun yang tidak dapat diganti". Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali juga telahpun membidas mereka walaupun tidaklah sampai meminta mereka berundur.

Kelihatan seperti PAS akhirnya telah melakukan perkara yang betul dengan menyingkirkan tali barut UMNO seperti Hasan dan Nasharudin. Sekiranya mereka kekal, mereka akan menjadi seperti bomb masa dan PAS akan dikhianati dari dalam.

Kini, PAS sudahpun mencipta nama dan mendapat sokongan diperingkat nasional, sesuatu yang mereka tidak ada sebelum pilihanraya 2008. PAS pada ketika itu hanya dikenali oleh orang Melayu tetapi sekarang, ia mempunyai pengikut tersendiri dalam politik Melayu dan Islam. Ia dilihat sebagai sebuah parti yang kolot tetapi bukan ekstrimis. UMNO pula dilabel sebagai parti yang bersifat perkauman disebabkan orang-orang seperti Mahathir Mohamad dan Perkasa. Kenyataan berunsur perkauman dari pemimpin tertingginya iaitu Najib juga telah merosakkan imej UMNO.

Perjalanan ke arah kealpaan

Kedua-dua Hasan dan Nasharudin telah dilihat oleh orang bukan Melayu dengan penuh syak wasangka begitu juga dengan ahli-ahli Pakatan. Mereka tetap akan meninggalkan parti kerana digoda oleh UMNO dan juga mereka akan menyesali tindakan drastic mereka. Bukan hanya mereka akan dibenci oleh mereka yang berada di luar UMNO tetapi juga dalaman UMNO yang cemburu akan mereka.

Kebanyakkan pemerhati politik membuat perkiraan bahawa kedua-dua lelaki ini harus dibiarkan seperti bekas timbalan Presiden PAS Nakhaie Ahmad yang telah masuk UMNO selepas dijanjikan jawatan tinggi tetapi malangnya telah dilantik sebagai ketua beberap organisasi keagamaan dan dibiarkan jauh daripada politik.

Hasan dan Nasharudin sepatutnya menilai kekurangan mereka dan tidak berfikir bahawa mereka adalah lebih daripada yang mereka fikirkan. Kedua-duanya hanyalah ahli politik sederhana dengan pelbagai kesilapan. Mereka tidak berpandangan jauh dan bodoh.

Untuk PAS, mereka haruslah berdiri teguh. Tiada gabungan dengan UMNO maksudnya tiada gabungan dengan UMNO. Ia lebih baik dengan ketiadaan penikam dari belakang seperi Hasan dan Nasharudin. Juga, mereka tidak harus dimaafkan lagi. PAS harus menerima hakikat bahawa kedua-duanya telah sampai ke kemuncak peperangan mereka dan tiada ruang dalam PAS untuk pengkhianat.

Malaysia Chronicle

Latiff Ibrahim kritikal di IJN

Posted: 21 Dec 2011 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Abd. Latif Ibrahim atau Latif Ibrahim, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada Ahad lalu akibat serangan sakit jantung.
Penyanyi yang juga adiknya, Datuk Khatijah Ibrahim berkata Latif kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.
"Dia dimasukkan ke CCU selepas muntah-muntah dan kini keadaannya agak kritikal.
"Buat masa ini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat ubat tidur yang diberikan oleh pihak IJN," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Tambah Khatijah, ini merupakan kali kedua penyanyi tersebut dimasukkan ke IJN akibat penyakit yang sama.
"Dia sudah lama mengidap penyakit jantung dan pernah menjalankan pembedahan 12 tahun lalu akibat serangan jantung," katanya.
Dalam pada itu, Khatijah berkata buat masa ini pelawat yang ingin menziarah tidak dibenarkan masuk atas arahan pihak IJN

Farhan AF4 pula bertunang

Posted: 21 Dec 2011 05:19 AM PST

Portal Murai telah berkesempatan bertemu dengan Farhan ketika majlis persandingan juri MasterChef Malaysia, Chef Riz dan pasangannya Ana Dahlia. Farhan berkata dia sangat gembira apabila dapat memenuhi permintaan teman baiknya itu iaitu sebagai pengapitnya ketika majlis resepsi berkenaan.

"Itulah, memang Ana sendiri yang mahukan saya menjadi pengapitnya untuk persandingannya di Sungai Koyan ini.

"Kata Ana, alang-alang saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, jadi apa salahnya saya mengambil berkat daripada majlis perkahwinannya itu," katanya tersenyum menguntum sambil mata mengerling ke arah seorang jejaka yang tidak jauh daripadanya.

Apabila ditanya, benarkah dia akan mendirikan rumah tangga, Farhan berkata dia memilih untuk mengikatkan tali pertunangan terlebih dahulu pada Februari tahun depan dengan kekasihnya, Rashdan Suhaimi, 27.

"Ada baiknya kami bertunang terlebih dahulu. InsyaAllah setahun selepas itu barulah kami memutuskan untuk berkahwin," katanya yang akhirnya telah berkesempatan memperkenalkan Rashdan kepada portal murai.

Seorang jejaka yang agak pemalu dan ringkas, Rashdan merupakan graduan dari salah sebuah universiti di United Kingdom dan kini telah pulang ke tanah air sejak Julai lalu untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga dan buah hatinya itu.

Menurut Farhan, kekasihnya itu masih mencari kerjaya yang sesuai dengannya dan untuk majlis persandingan berkenaan jejaka berkenaan telah bertindak selaku jurugambarnya untuk tatapan mereka berdua. - Laman kongsi

Nasharudin sertai Umno?

Posted: 21 Dec 2011 02:32 AM PST

Tiada Niat Sertai Umno:Nasharudin

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mendapat kecaman hebat daripada beberapa pemimpin parti itu berhubung kesetiaannya terhadap PAS menegaskan beliau tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun unntuk menyertai Umno.

Menurut beliau, dakwaan kononnya dia terperangkap dalam agenda Umno terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas.

"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama parti untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa jua keadaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Nasharudin berkata, sepanjang bersama PAS beliau tidak pernah mengeluarkan ungkapan akan menyertai Umno.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya.

Beliau tampil bagi menjelaskan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh beberapa pihak terhadapnya menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak kebelakangan ini.

Dakwaan beliau terperangkap dalam agenda Umno dilemparkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, susulan kenyataan Nasharudin dan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Polemik itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungip mendakwa Hasan akan digugurkan sebagai calon di kerusi Gombak Setia pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang kerana tidak mendapat pencalonan mencukupi daripada cawangan. - mStar

KJ gagal batal saman RM100 juta DSAI

Posted: 21 Dec 2011 02:05 AM PST

NONE
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk membatalkan saman fitnah RM100 juta yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.


Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam yang mewakili Khairy,  Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam Sulaiman Abdullah dan J. Leela yang mewakili ketua pembangkang itu.



Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Muhammad Shafee berkata hakim menolak permohonan Khairy (kiri) atas alasan kes itu bukan suatu kes yang jelas dan nyata untuk dibatalkan.

    
Beliau berkata hakim juga memerintahkan anak guamnya (Khairy) membayar RM7,000 sebagai kos kepada Anwar.




Katanya dengan keputusan itu, saman itu akan menjalani perbicaraan penuh.




Pada 21 Februari tahun ini, Khairy memfailkan permohonan itu menyatakan saman itu adalah remeh dan menyusahkan dan melanggar proses mahkamah.

    
Pada 7 Mac 2008, Anwar, 64, memfailkan saman terhadap Khairy, mendakwa Khairy ketika menjadi naib ketua Pemuda Umno telah mengeluarkan perkataan memfitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' dimuatnaik di laman-lamanweb termasuk Malaysiakini.com.
    
Anwar mendakwa klip video yang dimuat naik di Malaysiakini.com mengandungi perkataan memfitnah oleh Khairy ketika berceramah di Lembah Pantai di ibunegara pada 20 Februari 2008.
    
Beliau berkata perkataan memfitnah itu antara lain bermaksud dirinya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak bermoral dan tidak layak untuk memegang jawatan politik dan jawatan lain.



Anwar (kanan) memohon gantirugi teruk dan teladan RM100 juta serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

    
Khairy, dalam pernyataan pembelaannya difailkan pada 8 Oktober tahun lepas berkata beliau bergantung kepada pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat.
    
Katanya sebagai naib ketua Pemuda Umno,  beliau mempunyai tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial kepada orang awam dan masyarakat Melayu dan orang awam mempunyai hak yang setara dengan penerimaan maklumat mengenai perkara-perkara yang mempunyai impak ke atas kebajikan sosial, ekonomi dan politik.

- Bernama

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


`SALUTE' US. NASHA, GOOD BYE DR HASSAN ALI

Posted: 21 Dec 2011 06:30 PM PST


Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH Us. Nasha, berbeza pendapat dan kadangkala mungkin tersasar langkah namun tetap istiqomah dengan partinya iaitu PAS.  Mungkin dakwaan beberapa pihak yang merasa sangsi dengan komitmen Us. Nasha di dalam PAS, namun kita perlu melihat pada zahir dan tindakannya yang meyakinkan maka kita perlu berbaik sangka.
 
Seperti dilaporkan di dalam Malaysiakini, bekas Timbalan Presiden PAS itu yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."  Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."  
 
Katanya lagi, parliament 2008 first day 280408 nasharuddin"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Saya tidak mahu bercakap perbezaan di antara Us Nasha dengan Dr Hassan Ali yang dilihat mempunyai persamaan isu yang kontroversi.  Semua telah melihat dengan jelas, masing-masing mendakwa mahu memperjuangkan Islam dan mereka berdua juga ada perbezaan pendapat terhadap parti.  Namun, yang meluru pantas kepada media pencacai dan menjadi tetamu istimewa di TV3 meluahkan perasaannya terhadap PAS bukan Us Nasha.  Orang itu adalah Dr Hassan Ali, yang terang, jelas dan nyata tidak menerima konsep Negara Berkebajikan yang diluluskan oleh Muktamar PAS sendiri, bahkan diperakui oleh Dewan Ulamak serta Majlis Syura PAS.  
 
Di antara keduanya, Us Nasha lebih bertanggungjawab dan tahu setakat mana beliau boleh mengkritik PAS, lebih membanggakan lagi beliau sedar dan insaf bahawa Umno bukannya parti yang lebih baik daripada PAS.  Berbeza dengan Dr Hassan Ali, yang menyebut bahawa "Apa ertinya PR ke Putrajaya, jika Islam dihina".  Belum pun sampai ke Putrajaya, Dr Hassan Ali sudah tidak yakin kepada PAS dan berburuk sangka.  Jika begitu, kita juga boleh berkata kepada Dr Hassan Ali, apa gunanya berada di dalam PAS jika di dalam kepala otak beliau masih terdapat keris telanjang tanpa bersarung?

Sekali lagi, syabas Us Nasha kerana terbuka dan tegas untuk menolak Umno.  Amat mendukacitakan, di saat PAS bersusah payah untuk melancarkan kempen `PAS Ganti Umno' dan diwaktu baru sahaja kita wujudkan `ABU' (Asal Bukan Umno), tiba-tiba Dr Hassan Ali muncul sebagai parasit./wfauzdin.blogspot.com



`JENERAL PERANG' DR HASSAN ALI TELAH BERSEDIA

Posted: 21 Dec 2011 08:38 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

`JENERAL' Dr Hassan Ali panglima perang terbaru mewakili Umno telah membunyikan semboyan untuk berperang dengan PAS.  Nampaknya tugas yang sebelum ini dipikul oleh Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulum, silap, Zul Kulim gagal untuk menyerang PKR dan kini sasaran beralih kepada PAS pula. Tiada calon yang paling sesuai untuk menjadi `Panglima Perang' untuk Umno berdepan dengan PAS kecuali Dr Hassan Ali.
 
Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.  Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.  Katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti Exco Kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar (Malaysiakini).
 

Kontroversi Dr Hassan Ali bermula agak lama dahulu lagi, tetapi kemuncaknya apabila Saari Sungip mendedahkan bahawa Dr Hassan Ali tidak mendapat cukup pencalonan untuk dicalonkan menjadi calon PAS di dalam PRU akan datang.  Memang tindakan Saari Sungip itu silap kerana mendedahkan kedudukan Dr Hassan Ali kepada umum.  Sekiranya Dr Hassan Ali mengkritik tindakan Saari Sungip itu, saya pasti akan bersetuju dengan beliau.

Malangnya, isu yang diperbesarkan oleh Dr Hassan Ali bukan isu pendedahan dari Saari Sungip.  Beliau melangkau dari isu sebenar sehingga membabitkan rakan sekutu PAS iaitu PKR dan DAP.  Beliau menyebut dasar PAS mungkin telah berubah dari mewujudkan sebuah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan semenjak bersahabat dengan PKR dan DAP.  Mungkin Dr Hassan Ali menganggap jika PAS bersekutu dengan Umno, maka PAS boleh wujudkan sebuah Negara Islam.  Gilanya Dr Hassan Ali untuk tidur sekelambu dengan Umno tidak menjadi rahsia lagi semenjak berlakunya kerja `berunding dalam gelap' sewaktu PR mula mengambil alih Selangor.

Di dalam rancangan `Soal Jawab' TV 3 sebentar tadi, Dr Hassan Ali cuba menggambarkan beliau telah mendapat sokongan ramai atas prinsip perjuangannya yang kononnya pejuang Islam maha hebat.  Peliknya, dikatakan mendapat sokongan ramai tetapi majoriti Cawangan PAS sendiri tidak mencalonkannya sebagai calon?  Adakah di dalam Cawangan-Cawangan PAS yang tidak mencalonkannya itu terdiri dari ahli-ahli PKR dan DAP? 

Saya yakin memang ramai orang-orang Melayu Islam yang menyokong Dr Hassan Ali, tetapi kebanyakannya adalah dari ahli-ahli Umno.  Sebab apa?  Bukan kerana Umno berminat dengan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh Dr Hassan Ali tetapi adalah kerana Umno tahu Dr Hassan Ali boleh di`ternak' dengan baik sepertimana mereka telah `menternak' Ezam, Zahrain dan Zul Kulum, silap, Zul Kulim.  Apa tujuannya?  Tiada lain tujuannya iaitu setelah gagal menghancurkan PKR, mereka cuba untuk memusnahkan PAS dari dalam.

Sekarang ini apa perlu PAS buat?  Saya syorkan agar PAS biarkan sahaja Dr Hassan Ali di`ternak dan diberi makan' secukupnya oleh Umno, dan beliau tidak perlu dipecat.  Di dalam PRU nanti, sudah semestinya PAS tidak mahu tewas sebuah pun kerusi Dun, maka Dr Hassan Ali tidak perlu dicalonkan.  Jika Dr Hassan Ali tercalon, walaupun beliau mendakwa terlalu ramai bersamanya, tetapi kita harus sedar yang ramai bersamanya sekarang adalah orang-orang Umno yang pastinya akan memangkah calon Umno bukan Dr Hassan Ali apabila sampai ketikanya nanti.  Ketika itu, orang-orang PAS dan rakan-rakan di dalam PR akan mengundi Dr Hassan Ali kah?  Tentulah bodoh jika mereka mengundi orang yang guna TV3 untuk menghentam PAS dan PR.  Justeru itu, Dr Hassan Ali tidak perlu dicalonkan dan beliau berpeluang besar untuk menjadi calon Umno atau pun menjadi sebahagian dari kumpulan Bebas yang diketuai oleh Ibrahim Alkataki.

Dr Hassan Ali tidak perlu dipecat kerana percayalah, orang seperti ini akan `memecat' sendiri keseluruhan pakaian yang dipakainya demi Umno./wfauzdin.blogspot.com
 

APABILA ORANG NYANYUK MAHU TIPU ORANG SIHAT

Posted: 21 Dec 2011 03:27 AM PST


Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.
 
kesian.....
 
Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project"

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
  1. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
  2. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
  3. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999
5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011

~penarik beca

~penarik beca


Nak heran apa orang PAS, Zulkifli Nordin pun pernah jadi YDP kawasan

Posted: 21 Dec 2011 11:37 AM PST

Tun, adakah penulis Wikipedia tu terpaksa bersumpah laknat dengan Tun?

Posted: 21 Dec 2011 12:59 AM PST

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Pertanyaan Untuk Mereka Yang Sayang Melayu UMNO

Posted: 21 Dec 2011 07:19 PM PST



Dari dulu tak pernah lagi ada
orang UMNO yang cuba jelaskan dekat aku..

1. "Kenapa orang Melayu yang sokong UMNO aje sayang Melayu?"

2. Kenapa sampai sekarang,majalah Mangga masih lagi tak diharamkan lagi kalau buku Lee Kuan Yew di declare haram?

3. Percaya atau tidak, gadis di muka depan majalah Mangga itu mempunyai peluang lebih besar berbanding anda untuk mendapat pingat kebesaran daripada mana-mana Sultan.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TIDAK DAPAT DIUPDATE UNTUK BEBERAPA HARI.JUMPA PADA 23 DISEMBER

Posted: 21 Dec 2011 03:10 AM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PPSMI Graduates: What They Have to Say

Posted: 21 Dec 2011 08:57 PM PST

N9 : Mohd Hasan tak mungkin jadi calon PRU-13

Posted: 21 Dec 2011 08:52 PM PST

Panel pemilihan kini dikuasai oleh orang Mohd Isa termasuk Ishak yang merupakan sekutu Mohd Isa.
SEREMBAN – Kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan sebagai calon pilihan raya umum (PRU) ke-13 mungkin akan terpelanting jika senario terbaru di dalam Umno Negeri Sembilan diambil kira.
Menurut sumber dalaman, kedudukan Mohd sebagai calon PRU-13 mungkin tergugat apabila panel pemilihan calon PRU Umno Negeri Sembilan turut dianggotai oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.
"Panel pemilihan kini dikuasai oleh orang Mohd Isa termasuk Ishak yang merupakan sekutu Mohd Isa.
"Mohd Isa antara pemimpin yang paling dipercayai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini. Sementara Ishak merupakan antara rakan karib Najib sejak sekian lama.
Read More / Baca Lagi >>

Fighting for a better Malaysia

Posted: 21 Dec 2011 08:50 PM PST

We should remember the contributions made by both Hindraf and Raja Petra Kamarudin, says Zaid Ibrahim.

By Zaid Ibrahim
If we reflect on the issues that wrought cataclysmic change to the political landscape – culminating in the 2008 general election – we must acknowledge the important role played by both the Hindu Rights Action Force, or Hindraf, and blogger Raja Petra Kamarudin.
In different ways, both gave the opposition the impetus and dynamism it so badly needed then, the kind that outstripped even the BN juggernaut's ability to contain the people's march for change.
Hindraf's contribution was their ability to mobilise the poor and marginalised Indian community. They were united and more importantly, they showed tremendous resolve and courage in pursuing their demands.
Read More / Baca Lagi >>

Antara turunkan bendera Najib dan kencing gambar Hadi, Nik Aziz

Posted: 21 Dec 2011 08:48 PM PST

Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan.
PETALING JAYA: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.
Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno.
Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit.
Bagaimanapun,  tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen Pakatan Rakyat: Isu rakyat, nasional fokus DAP

Posted: 21 Dec 2011 08:47 PM PST

Tiga isu yang akan diketengahkan DAP ialah birokrasi, pekerja asing dan ekonomi.
PETALING JAYA: DAP akan mengetengahkan isu rakyat dan isu nasional  semasa konvensyen Pakatan Rakyat ketiga pada 14 Januari yang akan diadakan di negeri Kedah.
Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang.
Naib Pengerusi DAP kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw menggariskan tiga isu utama yang akan diketengahkan  oleh parti itu.
"KIta akan mengetengahkan isu birokrasi dan ketidaktentuan di dalam kerajaan.
"Selain itu isu pekerja asing dan ekonomi akan turut diberi tumpuan," kata beliau ketika dihubungi.
Read More / Baca Lagi >>

Konsep bersyukur

Posted: 21 Dec 2011 08:42 PM PST

Oleh Fairuz Azhan

22 DISEMBER – Taktik kerajaan UMNO-Barisan Nasional menggunakan perkauman dan fitnah untuk menutupi skandal, ketidaktelusan dan penyalahgunaan kuasa semakin diketahui umum.
Namun ada cara halus UMNO-BN yang turut digunakan untuk menghalakan kazalimannya, iaitu konsep 'bersyukur'.
Rata-rata kalau kita pergi ke mana-mana yang terpacaknya papan tanda kawasan UMNO-BN, ianya akan tertulis, "UMNO (BN) telah banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan negara." Begitu kuatnya propaganda mereka supaya masyarakat tidak kira bangsa akan tunduk dan terikat dengan konsep 'bersyukur' tersebut.
Hujahnya ialah: Kerana BN-lah kita mencapai kemerdekaan, kerana BN-lah orang Cina boleh menjalankan perniagaan secara aman tanpa gangguan, kerana BN-lah sekolah-sekolah dibina, kerana BN-lah negara ini maju.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN

Posted: 21 Dec 2011 08:40 PM PST

Oleh V. Sivakumar
22 DISEMBER – Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.
Tetapi,  kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat  itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak.
Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli 'katak' untuk  mereka kembali berkuasa di negeri Perak.
Read More / Baca Lagi >>

Apa khabar KJ ? Bantulah Awang Adek.

Posted: 21 Dec 2011 08:29 PM PST


Oleh Tok Pepijat
Hari ini selepas Senator Shahrizat Jalil "ditelanjangi" dengan isu lembu dan kondo NFC,http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/06/awang_adek.jpg tiba giliran pula Senator Awang Adek "dibogel"kan dengan isu punyai 3 akaun peribadi untuk tadah sumbangan bagi kegiatan parti di Bachok.
Semakin hampir PRU 13 semakin banyak skandal UMNO dibongkarkan. Siapa yang bongkarkan? Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.


Yang sebenarnya buat kerja ini ialah juak-juak UMNO juga. Mereka sesama UMNO bergelut untuk menjadi calon PRU 13 nanti. Antara caranya mencari modal untuk "memampuskan" karier politik orang yang disasarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Ombak Rindu: Najib perlu dana nikah ‘Pelacur 1Malaysia’

Posted: 21 Dec 2011 08:28 PM PST


Oleh H FANSURI
NOVEL itu mengundang kritikan padu dari merata arah! Suka atau tidak, tidak dapat dihttp://www.ohbulan.com/wp-content/uploads/2011/12/novel-ombak-rindu-fauziah.jpgnafikan bahawa sambutan ke atasnya amat mewah! Mencurah yang bertandang ke pawagam. Saya tonton dua kali. Dalam masa 4 hari Ombak Rindu memukat RM4 juta! Begitu padu sekali penangan novel cinta Melayu.

Yang terlapor di media adalah keluhan Fauziah Ashari berhubung beliau yang tidak diajak sebagai perunding bersama untuk mengolah semula skrip filem yang diangkat daripada novel beliau itu. Yang terbangun kritik di akhbar adalah babak ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin. Yang dipuji adalah penampilan heroinnya, Izzah (Maya Karin) yang bertudung.
Jadi, apakah yang belum disentuh oleh pengarang meja hiburan dan pengulas filem itu?
Biar kali ini diambil satu maudhu' yang fikir-fikir saya, belum disentuh oleh ramai orang-pelacur dan pelacuran dalam Ombak Rindu itu dan hubungannya dengan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen Pakatan Rakyat Januari, fokus PRU13

Posted: 21 Dec 2011 08:27 PM PST

KUALA LUMPUR 22 Dis— Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.
Konvensyen itu yang diadual diadakan di Kedah pada 14 Januari,  akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum dan melancarkan hubungan gerak kerja KEADILAN, Pas dan Dap.
Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat.
"Kami merancang untuk memfokus pendekatan terperinci dalam mencapai visi dan tawaran kami bagi rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Melihat perbalahan dalaman parti

Posted: 21 Dec 2011 08:24 PM PST


Oleh Abu Firdaus
Perbalahan dalaman di mana-mana organisasi, apatah lagi kalau pertubuhan politik, ia adalah https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFdARI07Fpk_VFHkagKW9W084gyKK0fbPb1juPsJk3fR1vF_gpXNz_HnsSnhNdNyABeJyb8snmkWV6piZgazFE4k7JgBvFOOluMxyAl1fOZT5izt-8Z9ENt1WgcgrwoKd0t0vIKK3Twl3Z/s400/bendera_pas_koyak%255B1%255D.jpgsuatu perkara lumrah dan boleh dijangka. Ia juga akan berlaku pada masa-masa depan. Manusia mempunyai fikiran sendiri yang pelbagai, serta emosi masing-masing yang pastinya mencorakkan gaya politik.
PERBALAHAN antara beberapa tokoh dalam DAP semasa konvensyen mereka, baik di Johor Baharu mahupun Pulau Pinang wajar dilihat dari sudut politik masa depan.

Bukanlah bermakna bahawa dahulu DAP tidak mengalami perbalahan dalaman, atau parti-parti lain tidak melalui pengalaman seumpama itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ada Aku Kesah : Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin

Posted: 21 Dec 2011 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua.

"Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan.

"Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi.

Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas.

Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Penakut : Siswa pro-A enggan bertemu Saifuddin

Posted: 21 Dec 2011 08:21 PM PST

Timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang berdemonstrasi di hadapan bangunan kementeriannya semalam enggan untuk mengadakan pertemuan dengannya hari ini.
Katanya, jemputan berkenaan telah disuarakan oleh setiausaha sulit kanannya, Mohd Nazri Noh ketika menerima memorandum kumpulan pelajar itu semalam.
"Beliau juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya menjemput mereka mengadakan pertemuan di Parlimen pada jam 12.15 tengahari ini, tetapi ditolak," katanya lagi.
Tambahnya, beliau juga menerima satu lagi memorandum daripada kumpulan pelajar terbabit, termasuk presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah, ketika pertemuan dalam satu program debat di Universiti Putra Malaysia pada malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin says will fight for all students, even detractors

Posted: 21 Dec 2011 08:20 PM PST

Saifuddin said Aspirasi's attack against him has not diminished his concern for them as students. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 22 — Datuk Saifuddin Abdullah today pledged to defend the rights of all students to assemble and voice their views, even those who had demanded he take responsibility over last Saturday's "banner incident." Nearly 200 undergraduates gathered outside the Higher Education Ministry building in Putrajaya yesterday to show support to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and demand Saifuddin resign as deputy minister of Higher Education and as an Umno supreme council member.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC

Posted: 21 Dec 2011 08:19 PM PST

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC).

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas itu yang diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini.

"SPRM ingin mengesahkan bahawa suruhanjaya ini telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Lembu RM250 juta. Muhyiddin Yassin lulus dan bersalah Sharizat Jalil ok je

Posted: 21 Dec 2011 08:17 PM PST

Oleh: mohdnoorawang

"UMNO tekena penyakit lembu gila. muktamat. Dalam kisah lembu NFC RM250 juta sebenarnya tidak memufliskan kerajaan Malaysia. Kerana Dasar tidak tertulis UMNO/BN memang suka bahang duit berlapikkan projek atau apa jua dana yang pasti kenyang puak puak umno termasuk suami kepada Datuk Seri Saharizat Jalil.

Shahrizat kata dia tidak ada kena mengena dengan NFC lembu RM250 juta. Pehak yang dapat imbuhan projek ialah Dr.Mohammad Saleh dan anak anaknya yang lahir dari perut ibunya Shahrizat Jalil.
Sekali pandan betul juga Shahrizat ini . Yang jaga lembu RM250 juta suaminyam bukan Shahrizat. Dan anak anaknya yang jaga lembu lembunya.
Kita tanya Shahrizat pula jika Shahrizat bukan menteri UMNO dan ketua Wanita UMNO dapatkan projek lembu NFC RM250 juta?
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana arah GPMS

Posted: 21 Dec 2011 07:53 PM PST

"Melihatkan demonstrasi di berita perdana malam tadi, dimana mahasiswa pro-Aspirasi dan juga alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar pro-mahasiswa. Membuatkan saya rasa meluat.


Salah seorang daripada panglima demonstrasi tersebut adalah Mohd Shahar Abdullah, yang juga merupakan salah seorang pembesar dalam GPMS.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali Tidak Akan Sertai Umno?

Posted: 21 Dec 2011 07:51 PM PST

BERDASARKAN kepada penjelasan dan pendirian serta teras perjuangannya seperti mana yang dinyatakan dalam program soal jawab di TV3 semalam saya tidak percaya kalau Hasan Ali akan menyertai Umno. Tawaran kepadanya untuk menyertai Umno akan sia-sia saja dan tidak lebih dari hemburan perasaan marah kerana beliau bersikap menyusahkan parti.

Menurut Hasan Ali dia dididik sejak dari kecil lagi dengan Islam. Ayah dan ibunya adalah guru Quran. Keluarganya banyak ke Timur Tengah. Ini bermakna dia sudah diasuh mengenali budaya yang dicerminkan dalam Quran dan berpegang kepada ayat-ayat Quran seawal usianya. Tidak ada guna kalau kita hafiz Quran tetapi tidak mahu mengikutinya. Saya tidak fikir Hasan hanya seorang orientalis.

Tiga asas besar yang ada dalam diri Hasan dan menjadi matlamat perjuangannya; Islam, bangsa Melayu dan menjaga institusi raja-raja Melayu. Sekaligus ini juga teras yang diperjuangkan oleh Umno pada masa kini walaupun Umno dilihat hanya bermain dengan ketiga-tiga teras dan matlamat yang serupa dengan Hasan itu sebagai memasung sentimen orang Melayu semata-mata.

Umno memang diwujudkan untuk memperjuangkan Melayu. Tetapi kita semua dapat menilai dan mengkaji sejauh mana Umno telah membawa Melayu keluar dari serkup tradisi dalam segala bidang. Umno tidak jujur dengan janji perjuangannya. Usahkan ekonomi, dari segi kebudayaan pun Melayu sudah hilang identiti. Agama jauh sekali. Jadi bagaimana boleh kita katakan Umno mengotakan janji perjuangannya.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Akan Ikut Agama Pemimpin Mereka

Posted: 21 Dec 2011 07:50 PM PST


PONTIAN, 22 Disember 2011 - Tanggung-jawab seorang pemimpin adalah besar sehingga boleh mempengaruhi kehidupan rakyatnya, kata Ustaz Ismail Dagang, Setiausaha Dewan Ulamak Negeri Terengganu.

Menurutnya kajian ulamak terdahulu memperlihatkan keselesaan dan kebimbangan ini berkait rapat dengan gaya dan peribadi seseorang pemimpin.

Malah katanya lagi rakyat akan menjadi baik kalau seorang pemimpin itu cenderung kepada kebaikan, manakala rakyat boleh jadi binasa jika tindakan pemimpin itu melencong dari nilai-nilai murni.Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Kemusnahan Akibat Taufan Washi Di Filipina

Posted: 21 Dec 2011 07:46 PM PST

Ini sangat sadis. Beberapa hari yang lalu Taufan Washi melanda kepulauan Mindanao mengakibatkan banjir kilat den tanah runtuh. Setakat ini lebih 1000 orang sudah meninggal dunia dan ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal. Akibatnya Presiden Benigno Aquino mengistiharkan darurat dikawasan-kawasan yang terjejas teruk. Sangat sidis melihat jumlah keranda yang tersusun dibawah. Semoga warga Mindanao tabah mengalami ujian dari Tuhan ini.


Read More / Baca Lagi >>

Parameter Pelaburan Emas - Majlis Fatwa Kebangsaan

Posted: 21 Dec 2011 07:44 PM PST

Gambar Hiasan
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Bukti UMNO menghina Raja-raja Melayu

Posted: 21 Dec 2011 07:38 PM PST

Al Fatihah : Annisa anak kartunis Ronasina meninggal dunia

Posted: 21 Dec 2011 07:36 PM PST





















:: Takziah buat Ronasina Kartunis yang baru kehilangan seorang anak kembarnya, adek An-Nisa di Hospital Kajang pagi ini. Roh itu sudah ke syurga... al-Fatihah. #hope2walk

Krisis air: Najib kena bantu UMP Pekan...kantoi kawasan sendiri tak terjaga...!!!

Posted: 21 Dec 2011 07:32 PM PST

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggesa supaya krisis air di kampus UMP Pekan ditangani dengan segera.Yang dipertuanya, Muhamad Fazli Abdul Halim berkata, krisis gangguan air semakin meruncing dan sudah berlarutan ke minggu kedua.Bagaimanapun, katanya, tidak nampak sebarang tanda-tanda yang krisis tersebut akan berakhir.Menurutnya, krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat UMP Kampus Pekan mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang dan terpaksa berkongsi sumber air dari tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Penguatkuasa akan bincang enakmen cegah murtad

Posted: 21 Dec 2011 07:31 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 22 DIS : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri akan membincangkan pendekatan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam berhubung isu murtad.
Read More / Baca Lagi >>