RAKYAT MARHAEN |
- PPSMI Graduates: What They Have to Say
- N9 : Mohd Hasan tak mungkin jadi calon PRU-13
- Fighting for a better Malaysia
- Antara turunkan bendera Najib dan kencing gambar Hadi, Nik Aziz
- Konvensyen Pakatan Rakyat: Isu rakyat, nasional fokus DAP
- Konsep bersyukur
- Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN
- Apa khabar KJ ? Bantulah Awang Adek.
- Ombak Rindu: Najib perlu dana nikah ‘Pelacur 1Malaysia’
- Konvensyen Pakatan Rakyat Januari, fokus PRU13
- Melihat perbalahan dalaman parti
- Ada Aku Kesah : Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin
- Penakut : Siswa pro-A enggan bertemu Saifuddin
- Saifuddin says will fight for all students, even detractors
- SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC
- Lembu RM250 juta. Muhyiddin Yassin lulus dan bersalah Sharizat Jalil ok je
- Ke mana arah GPMS
- Hasan Ali Tidak Akan Sertai Umno?
- Rakyat Akan Ikut Agama Pemimpin Mereka
- Lensa : Kemusnahan Akibat Taufan Washi Di Filipina
- Parameter Pelaburan Emas - Majlis Fatwa Kebangsaan
- Bukti UMNO menghina Raja-raja Melayu
- Al Fatihah : Annisa anak kartunis Ronasina meninggal dunia
- Krisis air: Najib kena bantu UMP Pekan...kantoi kawasan sendiri tak terjaga...!!!
- Penguatkuasa akan bincang enakmen cegah murtad
PPSMI Graduates: What They Have to Say Posted: 21 Dec 2011 08:57 PM PST | ||||
N9 : Mohd Hasan tak mungkin jadi calon PRU-13 Posted: 21 Dec 2011 08:52 PM PST Panel pemilihan kini dikuasai oleh orang Mohd Isa termasuk Ishak yang merupakan sekutu Mohd Isa. SEREMBAN – Kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohd Hasan sebagai calon pilihan raya umum (PRU) ke-13 mungkin akan terpelanting jika senario terbaru di dalam Umno Negeri Sembilan diambil kira.Menurut sumber dalaman, kedudukan Mohd sebagai calon PRU-13 mungkin tergugat apabila panel pemilihan calon PRU Umno Negeri Sembilan turut dianggotai oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail. "Panel pemilihan kini dikuasai oleh orang Mohd Isa termasuk Ishak yang merupakan sekutu Mohd Isa. "Mohd Isa antara pemimpin yang paling dipercayai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini. Sementara Ishak merupakan antara rakan karib Najib sejak sekian lama. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Fighting for a better Malaysia Posted: 21 Dec 2011 08:50 PM PST We should remember the contributions made by both Hindraf and Raja Petra Kamarudin, says Zaid Ibrahim. If we reflect on the issues that wrought cataclysmic change to the political landscape – culminating in the 2008 general election – we must acknowledge the important role played by both the Hindu Rights Action Force, or Hindraf, and blogger Raja Petra Kamarudin. In different ways, both gave the opposition the impetus and dynamism it so badly needed then, the kind that outstripped even the BN juggernaut's ability to contain the people's march for change. Hindraf's contribution was their ability to mobilise the poor and marginalised Indian community. They were united and more importantly, they showed tremendous resolve and courage in pursuing their demands. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Antara turunkan bendera Najib dan kencing gambar Hadi, Nik Aziz Posted: 21 Dec 2011 08:48 PM PST Dalam peperangan, menurunkan bendera lawan dan menggantikan dengan bendera lain memberi maksud kawasan tersebut telah berjaya ditawan oleh lawan. PETALING JAYA: Tidak semena-mena nama seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Adam Adli menjadi sebutan gara-gara tindakan beliau menurunkan bendera bergambar Najib di hadapan PWTC Ahad lalu.Tindakan yang dilakukannya dalam demontrasi sekumpulan kira-kira 100 mahasiswa bagi mendesak Auku dimansuhkan itu akhirnya telah mengakibatkan tindakan balas keras oleh penyokong-penyokong Umno. Selain hampir ditumbuk oleh seorang lelaki yang marah dengan tindakan itu, Ketua Wira Perkasa yang juga ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah, turut mengancam untuk menampar dan meludah ke muka Adam Adli sekiranya beliau berpeluang bertemu mahasiswa terbabit. Bagaimanapun, tindakan menurunkan bendera Najib tidaklah dapat menandingi perbuatan tiga penyokong BN yang kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu kempen pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Konvensyen Pakatan Rakyat: Isu rakyat, nasional fokus DAP Posted: 21 Dec 2011 08:47 PM PST Tiga isu yang akan diketengahkan DAP ialah birokrasi, pekerja asing dan ekonomi. PETALING JAYA: DAP akan mengetengahkan isu rakyat dan isu nasional semasa konvensyen Pakatan Rakyat ketiga pada 14 Januari yang akan diadakan di negeri Kedah.Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang. Naib Pengerusi DAP kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw menggariskan tiga isu utama yang akan diketengahkan oleh parti itu. "KIta akan mengetengahkan isu birokrasi dan ketidaktentuan di dalam kerajaan. "Selain itu isu pekerja asing dan ekonomi akan turut diberi tumpuan," kata beliau ketika dihubungi. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 21 Dec 2011 08:42 PM PST Oleh Fairuz Azhan 22 DISEMBER – Taktik kerajaan UMNO-Barisan Nasional menggunakan perkauman dan fitnah untuk menutupi skandal, ketidaktelusan dan penyalahgunaan kuasa semakin diketahui umum. Namun ada cara halus UMNO-BN yang turut digunakan untuk menghalakan kazalimannya, iaitu konsep 'bersyukur'. Rata-rata kalau kita pergi ke mana-mana yang terpacaknya papan tanda kawasan UMNO-BN, ianya akan tertulis, "UMNO (BN) telah banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan negara." Begitu kuatnya propaganda mereka supaya masyarakat tidak kira bangsa akan tunduk dan terikat dengan konsep 'bersyukur' tersebut. Hujahnya ialah: Kerana BN-lah kita mencapai kemerdekaan, kerana BN-lah orang Cina boleh menjalankan perniagaan secara aman tanpa gangguan, kerana BN-lah sekolah-sekolah dibina, kerana BN-lah negara ini maju. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Rakyat Perak tidak lupa kezaliman UMNO, BN Posted: 21 Dec 2011 08:40 PM PST Oleh V. Sivakumar 22 DISEMBER – Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri Perak. Ketiga-tiga parti ini telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak. Tetapi, kerajaan pusat Barisan Nasional yang dengki terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat itu telah menggunakan pelbagai taktik kotor untuk merampas kembali kerajaan pilihan rakyat. BN telah menggunakan kuasa kerajaan pusat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak. Seluruh rakyat Malaysia tahu bagaimana BN membeli 'katak' untuk mereka kembali berkuasa di negeri Perak. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Apa khabar KJ ? Bantulah Awang Adek. Posted: 21 Dec 2011 08:29 PM PST Oleh Tok Pepijat Hari ini selepas Senator Shahrizat Jalil "ditelanjangi" dengan isu lembu dan kondo NFC, tiba giliran pula Senator Awang Adek "dibogel"kan dengan isu punyai 3 akaun peribadi untuk tadah sumbangan bagi kegiatan parti di Bachok. Semakin hampir PRU 13 semakin banyak skandal UMNO dibongkarkan. Siapa yang bongkarkan? Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Yang sebenarnya buat kerja ini ialah juak-juak UMNO juga. Mereka sesama UMNO bergelut untuk menjadi calon PRU 13 nanti. Antara caranya mencari modal untuk "memampuskan" karier politik orang yang disasarkan. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Ombak Rindu: Najib perlu dana nikah ‘Pelacur 1Malaysia’ Posted: 21 Dec 2011 08:28 PM PST Oleh H FANSURI NOVEL itu mengundang kritikan padu dari merata arah! Suka atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa sambutan ke atasnya amat mewah! Mencurah yang bertandang ke pawagam. Saya tonton dua kali. Dalam masa 4 hari Ombak Rindu memukat RM4 juta! Begitu padu sekali penangan novel cinta Melayu. Yang terlapor di media adalah keluhan Fauziah Ashari berhubung beliau yang tidak diajak sebagai perunding bersama untuk mengolah semula skrip filem yang diangkat daripada novel beliau itu. Yang terbangun kritik di akhbar adalah babak ranjang Aaron Aziz dan Maya Karin. Yang dipuji adalah penampilan heroinnya, Izzah (Maya Karin) yang bertudung. Jadi, apakah yang belum disentuh oleh pengarang meja hiburan dan pengulas filem itu? Biar kali ini diambil satu maudhu' yang fikir-fikir saya, belum disentuh oleh ramai orang-pelacur dan pelacuran dalam Ombak Rindu itu dan hubungannya dengan Najib. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Konvensyen Pakatan Rakyat Januari, fokus PRU13 Posted: 21 Dec 2011 08:27 PM PST KUALA LUMPUR 22 Dis— Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen kebangsaan bulan depan iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13. Konvensyen itu yang diadual diadakan di Kedah pada 14 Januari, akan memfokus persiapan menghadapi pilihan raya umum dan melancarkan hubungan gerak kerja KEADILAN, Pas dan Dap. Konvensyen-konvensyen sebelum ini masing-masing diadakan di Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir Pakatan Rakyat. "Kami merancang untuk memfokus pendekatan terperinci dalam mencapai visi dan tawaran kami bagi rakyat Malaysia. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Melihat perbalahan dalaman parti Posted: 21 Dec 2011 08:24 PM PST Oleh Abu Firdaus Perbalahan dalaman di mana-mana organisasi, apatah lagi kalau pertubuhan politik, ia adalah suatu perkara lumrah dan boleh dijangka. Ia juga akan berlaku pada masa-masa depan. Manusia mempunyai fikiran sendiri yang pelbagai, serta emosi masing-masing yang pastinya mencorakkan gaya politik. PERBALAHAN antara beberapa tokoh dalam DAP semasa konvensyen mereka, baik di Johor Baharu mahupun Pulau Pinang wajar dilihat dari sudut politik masa depan. Bukanlah bermakna bahawa dahulu DAP tidak mengalami perbalahan dalaman, atau parti-parti lain tidak melalui pengalaman seumpama itu. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Ada Aku Kesah : Hasan akui ada persamaan dengan Zul Noordin Posted: 21 Dec 2011 08:22 PM PST KUALA LUMPUR, 22 Dis: Datuk Dr Hasan Ali (gambar) mengakui beliau ada perbincangan dengan Zulkifli Noordin dan mengakui ada persamaan antara mereka berdua. "Ada tempat-tempat bersama, keseirasan ada tapi dari segi detail tidak perlu diulas, secara besar memang ada persamaan. "Apa pun kalau perjuangan itu sama, maknanya ada nada, suara dan tempo yang sama, tidak fikir ada masalah untuk berbincang," kata Hasan Ali dalam Bual Bicara dengan Datuk Ahmad Talib, TV3 malam tadi. Zulkifli adalah anggota Parlimen PKR Kulim Bandar dan telah meninggal parti menjadi anggota Bebas. Beliau kini menjadi peluru utama Umno untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Penakut : Siswa pro-A enggan bertemu Saifuddin Posted: 21 Dec 2011 08:21 PM PST Timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kumpulan pelajar pro-Aspirasi yang berdemonstrasi di hadapan bangunan kementeriannya semalam enggan untuk mengadakan pertemuan dengannya hari ini. Read More / Baca Lagi >>Katanya, jemputan berkenaan telah disuarakan oleh setiausaha sulit kanannya, Mohd Nazri Noh ketika menerima memorandum kumpulan pelajar itu semalam. "Beliau juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya menjemput mereka mengadakan pertemuan di Parlimen pada jam 12.15 tengahari ini, tetapi ditolak," katanya lagi. Tambahnya, beliau juga menerima satu lagi memorandum daripada kumpulan pelajar terbabit, termasuk presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah, ketika pertemuan dalam satu program debat di Universiti Putra Malaysia pada malam tadi. | ||||
Saifuddin says will fight for all students, even detractors Posted: 21 Dec 2011 08:20 PM PST | ||||
SPRM tubuh pasukan khas siasat isu NFC Posted: 21 Dec 2011 08:19 PM PST Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menyiasat aduan terbaru berkaitan dengan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC). Dalam satu kenyataan, SPRM berkata, pasukan khas itu yang diketuai oleh pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, akan memberikan penumpuan kepada keseluruhan kes ini. "SPRM ingin mengesahkan bahawa suruhanjaya ini telah menerima aduan terbaru berhubung kes berkenaan. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Lembu RM250 juta. Muhyiddin Yassin lulus dan bersalah Sharizat Jalil ok je Posted: 21 Dec 2011 08:17 PM PST Oleh: mohdnoorawang "UMNO tekena penyakit lembu gila. muktamat. Dalam kisah lembu NFC RM250 juta sebenarnya tidak memufliskan kerajaan Malaysia. Kerana Dasar tidak tertulis UMNO/BN memang suka bahang duit berlapikkan projek atau apa jua dana yang pasti kenyang puak puak umno termasuk suami kepada Datuk Seri Saharizat Jalil. Shahrizat kata dia tidak ada kena mengena dengan NFC lembu RM250 juta. Pehak yang dapat imbuhan projek ialah Dr.Mohammad Saleh dan anak anaknya yang lahir dari perut ibunya Shahrizat Jalil. Sekali pandan betul juga Shahrizat ini . Yang jaga lembu RM250 juta suaminyam bukan Shahrizat. Dan anak anaknya yang jaga lembu lembunya. Kita tanya Shahrizat pula jika Shahrizat bukan menteri UMNO dan ketua Wanita UMNO dapatkan projek lembu NFC RM250 juta? Read More / Baca Lagi >> | ||||
Posted: 21 Dec 2011 07:53 PM PST "Melihatkan demonstrasi di berita perdana malam tadi, dimana mahasiswa pro-Aspirasi dan juga alumni dari beberapa universiti awam hari ini berhimpun untuk menuntut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana didakwa "terlalu mesra" dengan pelajar pro-mahasiswa. Membuatkan saya rasa meluat. Salah seorang daripada panglima demonstrasi tersebut adalah Mohd Shahar Abdullah, yang juga merupakan salah seorang pembesar dalam GPMS. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Hasan Ali Tidak Akan Sertai Umno? Posted: 21 Dec 2011 07:51 PM PST BERDASARKAN kepada penjelasan dan pendirian serta teras perjuangannya seperti mana yang dinyatakan dalam program soal jawab di TV3 semalam saya tidak percaya kalau Hasan Ali akan menyertai Umno. Tawaran kepadanya untuk menyertai Umno akan sia-sia saja dan tidak lebih dari hemburan perasaan marah kerana beliau bersikap menyusahkan parti. Menurut Hasan Ali dia dididik sejak dari kecil lagi dengan Islam. Ayah dan ibunya adalah guru Quran. Keluarganya banyak ke Timur Tengah. Ini bermakna dia sudah diasuh mengenali budaya yang dicerminkan dalam Quran dan berpegang kepada ayat-ayat Quran seawal usianya. Tidak ada guna kalau kita hafiz Quran tetapi tidak mahu mengikutinya. Saya tidak fikir Hasan hanya seorang orientalis. Tiga asas besar yang ada dalam diri Hasan dan menjadi matlamat perjuangannya; Islam, bangsa Melayu dan menjaga institusi raja-raja Melayu. Sekaligus ini juga teras yang diperjuangkan oleh Umno pada masa kini walaupun Umno dilihat hanya bermain dengan ketiga-tiga teras dan matlamat yang serupa dengan Hasan itu sebagai memasung sentimen orang Melayu semata-mata. Umno memang diwujudkan untuk memperjuangkan Melayu. Tetapi kita semua dapat menilai dan mengkaji sejauh mana Umno telah membawa Melayu keluar dari serkup tradisi dalam segala bidang. Umno tidak jujur dengan janji perjuangannya. Usahkan ekonomi, dari segi kebudayaan pun Melayu sudah hilang identiti. Agama jauh sekali. Jadi bagaimana boleh kita katakan Umno mengotakan janji perjuangannya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Rakyat Akan Ikut Agama Pemimpin Mereka Posted: 21 Dec 2011 07:50 PM PST PONTIAN, 22 Disember 2011 - Tanggung-jawab seorang pemimpin adalah besar sehingga boleh mempengaruhi kehidupan rakyatnya, kata Ustaz Ismail Dagang, Setiausaha Dewan Ulamak Negeri Terengganu. Menurutnya kajian ulamak terdahulu memperlihatkan keselesaan dan kebimbangan ini berkait rapat dengan gaya dan peribadi seseorang pemimpin. Malah katanya lagi rakyat akan menjadi baik kalau seorang pemimpin itu cenderung kepada kebaikan, manakala rakyat boleh jadi binasa jika tindakan pemimpin itu melencong dari nilai-nilai murni.Read More / Baca Lagi >> | ||||
Lensa : Kemusnahan Akibat Taufan Washi Di Filipina Posted: 21 Dec 2011 07:46 PM PST Ini sangat sadis. Beberapa hari yang lalu Taufan Washi melanda kepulauan Mindanao mengakibatkan banjir kilat den tanah runtuh. Setakat ini lebih 1000 orang sudah meninggal dunia dan ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal. Akibatnya Presiden Benigno Aquino mengistiharkan darurat dikawasan-kawasan yang terjejas teruk. Sangat sidis melihat jumlah keranda yang tersusun dibawah. Semoga warga Mindanao tabah mengalami ujian dari Tuhan ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Parameter Pelaburan Emas - Majlis Fatwa Kebangsaan Posted: 21 Dec 2011 07:44 PM PST
Keputusan: Read More / Baca Lagi >>Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut: | ||||
Bukti UMNO menghina Raja-raja Melayu Posted: 21 Dec 2011 07:38 PM PST | ||||
Al Fatihah : Annisa anak kartunis Ronasina meninggal dunia Posted: 21 Dec 2011 07:36 PM PST | ||||
Krisis air: Najib kena bantu UMP Pekan...kantoi kawasan sendiri tak terjaga...!!! Posted: 21 Dec 2011 07:32 PM PST Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang (UMP) menggesa supaya krisis air di kampus UMP Pekan ditangani dengan segera.Yang dipertuanya, Muhamad Fazli Abdul Halim berkata, krisis gangguan air semakin meruncing dan sudah berlarutan ke minggu kedua.Bagaimanapun, katanya, tidak nampak sebarang tanda-tanda yang krisis tersebut akan berakhir.Menurutnya, krisis ganguan air ini dikatakan berpunca daripada tekanan air yang rendah akibat UMP Kampus Pekan mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang dan terpaksa berkongsi sumber air dari tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitarnya. | ||||
Penguatkuasa akan bincang enakmen cegah murtad Posted: 21 Dec 2011 07:31 PM PST KUALA LUMPUR, 22 DIS : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri akan membincangkan pendekatan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam berhubung isu murtad. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan