Rabu, 21 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


`SALUTE' US. NASHA, GOOD BYE DR HASSAN ALI

Posted: 21 Dec 2011 06:30 PM PST


Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH Us. Nasha, berbeza pendapat dan kadangkala mungkin tersasar langkah namun tetap istiqomah dengan partinya iaitu PAS.  Mungkin dakwaan beberapa pihak yang merasa sangsi dengan komitmen Us. Nasha di dalam PAS, namun kita perlu melihat pada zahir dan tindakannya yang meyakinkan maka kita perlu berbaik sangka.
 
Seperti dilaporkan di dalam Malaysiakini, bekas Timbalan Presiden PAS itu yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."  Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."  
 
Katanya lagi, parliament 2008 first day 280408 nasharuddin"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Saya tidak mahu bercakap perbezaan di antara Us Nasha dengan Dr Hassan Ali yang dilihat mempunyai persamaan isu yang kontroversi.  Semua telah melihat dengan jelas, masing-masing mendakwa mahu memperjuangkan Islam dan mereka berdua juga ada perbezaan pendapat terhadap parti.  Namun, yang meluru pantas kepada media pencacai dan menjadi tetamu istimewa di TV3 meluahkan perasaannya terhadap PAS bukan Us Nasha.  Orang itu adalah Dr Hassan Ali, yang terang, jelas dan nyata tidak menerima konsep Negara Berkebajikan yang diluluskan oleh Muktamar PAS sendiri, bahkan diperakui oleh Dewan Ulamak serta Majlis Syura PAS.  
 
Di antara keduanya, Us Nasha lebih bertanggungjawab dan tahu setakat mana beliau boleh mengkritik PAS, lebih membanggakan lagi beliau sedar dan insaf bahawa Umno bukannya parti yang lebih baik daripada PAS.  Berbeza dengan Dr Hassan Ali, yang menyebut bahawa "Apa ertinya PR ke Putrajaya, jika Islam dihina".  Belum pun sampai ke Putrajaya, Dr Hassan Ali sudah tidak yakin kepada PAS dan berburuk sangka.  Jika begitu, kita juga boleh berkata kepada Dr Hassan Ali, apa gunanya berada di dalam PAS jika di dalam kepala otak beliau masih terdapat keris telanjang tanpa bersarung?

Sekali lagi, syabas Us Nasha kerana terbuka dan tegas untuk menolak Umno.  Amat mendukacitakan, di saat PAS bersusah payah untuk melancarkan kempen `PAS Ganti Umno' dan diwaktu baru sahaja kita wujudkan `ABU' (Asal Bukan Umno), tiba-tiba Dr Hassan Ali muncul sebagai parasit./wfauzdin.blogspot.com



`JENERAL PERANG' DR HASSAN ALI TELAH BERSEDIA

Posted: 21 Dec 2011 08:38 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

`JENERAL' Dr Hassan Ali panglima perang terbaru mewakili Umno telah membunyikan semboyan untuk berperang dengan PAS.  Nampaknya tugas yang sebelum ini dipikul oleh Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulum, silap, Zul Kulim gagal untuk menyerang PKR dan kini sasaran beralih kepada PAS pula. Tiada calon yang paling sesuai untuk menjadi `Panglima Perang' untuk Umno berdepan dengan PAS kecuali Dr Hassan Ali.
 
Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.  Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.  Katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti Exco Kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar (Malaysiakini).
 

Kontroversi Dr Hassan Ali bermula agak lama dahulu lagi, tetapi kemuncaknya apabila Saari Sungip mendedahkan bahawa Dr Hassan Ali tidak mendapat cukup pencalonan untuk dicalonkan menjadi calon PAS di dalam PRU akan datang.  Memang tindakan Saari Sungip itu silap kerana mendedahkan kedudukan Dr Hassan Ali kepada umum.  Sekiranya Dr Hassan Ali mengkritik tindakan Saari Sungip itu, saya pasti akan bersetuju dengan beliau.

Malangnya, isu yang diperbesarkan oleh Dr Hassan Ali bukan isu pendedahan dari Saari Sungip.  Beliau melangkau dari isu sebenar sehingga membabitkan rakan sekutu PAS iaitu PKR dan DAP.  Beliau menyebut dasar PAS mungkin telah berubah dari mewujudkan sebuah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan semenjak bersahabat dengan PKR dan DAP.  Mungkin Dr Hassan Ali menganggap jika PAS bersekutu dengan Umno, maka PAS boleh wujudkan sebuah Negara Islam.  Gilanya Dr Hassan Ali untuk tidur sekelambu dengan Umno tidak menjadi rahsia lagi semenjak berlakunya kerja `berunding dalam gelap' sewaktu PR mula mengambil alih Selangor.

Di dalam rancangan `Soal Jawab' TV 3 sebentar tadi, Dr Hassan Ali cuba menggambarkan beliau telah mendapat sokongan ramai atas prinsip perjuangannya yang kononnya pejuang Islam maha hebat.  Peliknya, dikatakan mendapat sokongan ramai tetapi majoriti Cawangan PAS sendiri tidak mencalonkannya sebagai calon?  Adakah di dalam Cawangan-Cawangan PAS yang tidak mencalonkannya itu terdiri dari ahli-ahli PKR dan DAP? 

Saya yakin memang ramai orang-orang Melayu Islam yang menyokong Dr Hassan Ali, tetapi kebanyakannya adalah dari ahli-ahli Umno.  Sebab apa?  Bukan kerana Umno berminat dengan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh Dr Hassan Ali tetapi adalah kerana Umno tahu Dr Hassan Ali boleh di`ternak' dengan baik sepertimana mereka telah `menternak' Ezam, Zahrain dan Zul Kulum, silap, Zul Kulim.  Apa tujuannya?  Tiada lain tujuannya iaitu setelah gagal menghancurkan PKR, mereka cuba untuk memusnahkan PAS dari dalam.

Sekarang ini apa perlu PAS buat?  Saya syorkan agar PAS biarkan sahaja Dr Hassan Ali di`ternak dan diberi makan' secukupnya oleh Umno, dan beliau tidak perlu dipecat.  Di dalam PRU nanti, sudah semestinya PAS tidak mahu tewas sebuah pun kerusi Dun, maka Dr Hassan Ali tidak perlu dicalonkan.  Jika Dr Hassan Ali tercalon, walaupun beliau mendakwa terlalu ramai bersamanya, tetapi kita harus sedar yang ramai bersamanya sekarang adalah orang-orang Umno yang pastinya akan memangkah calon Umno bukan Dr Hassan Ali apabila sampai ketikanya nanti.  Ketika itu, orang-orang PAS dan rakan-rakan di dalam PR akan mengundi Dr Hassan Ali kah?  Tentulah bodoh jika mereka mengundi orang yang guna TV3 untuk menghentam PAS dan PR.  Justeru itu, Dr Hassan Ali tidak perlu dicalonkan dan beliau berpeluang besar untuk menjadi calon Umno atau pun menjadi sebahagian dari kumpulan Bebas yang diketuai oleh Ibrahim Alkataki.

Dr Hassan Ali tidak perlu dipecat kerana percayalah, orang seperti ini akan `memecat' sendiri keseluruhan pakaian yang dipakainya demi Umno./wfauzdin.blogspot.com
 

APABILA ORANG NYANYUK MAHU TIPU ORANG SIHAT

Posted: 21 Dec 2011 03:27 AM PST


Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.
 
kesian.....
 
Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project"

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:
  1. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
  2. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
  3. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999
5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011

Tiada ulasan: