Ahad, 18 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


KERAJAAN JANGAN TERBURU-BURU LAKSANAKAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

Posted: 18 Dec 2011 09:25 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang serius tindakan Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) yang membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana didakwa kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

DPP Malaysia menganggap bantahan CEUPACS yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam adalah berasas dan kerajaan perlu mengambil perhatian terhadap tuntutan atau bantahan yang telah dikemukakan ini. CEUPACS pula telah menyatakan keputusan bantahan tersebut melalui Mesyuarat Kongres Khas dengan undian 125 orang perwakilan mereka. Ini menunjukkan keseluruhan ahli CEUPACS atau keseluruhan penjawat awam di negara ini tidak bersetuju tindakan kerajaan melaksanakan SBPA.

DPP Malaysia amelihat polisi ini boleh menimbulkan kecelaruan dan dianggap menganiaya pekerja sektor awam. Tambahan pula dasar ini boleh disalahgunakan untuk tujuan tertentu, terutamanya politik. Ianya boleh terdedah kepada pelbagai manipulasi kerana kuasa menentukan kenaikan pangkat dan markah prestasi ditentukan oleh kakitangan atasan.

Selain itu, banyak item didalam SBPA yang mengundang pertikaian banyak pihak, khususnya penjawat awam. Antaranya skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun. Disamping itu dasar pemisah atau 'exit policy' juga tidak jelas dan menimbulkan pertikaian.

Bagi DPP Malaysia, ia perlu dikaji semula dengan melihat kesan dan keberkesanannya supaya kepentingan kakitangan awam dapat dijaga. Oleh itu, DPP Malaysia bersetuju dengan gesaan CEUPACS supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan SBPA sebelum perbincangan dibuat. DPP Malaysia juga meminta kakitangan awam supaya menangguhkan dulu menandatangan borang opsyen sebelum perbincangan dan keputusan dibuat oleh kerajaan berhubung isu ini

DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kenyataan Nasharudin Dikecam Hebat

Posted: 18 Dec 2011 10:07 PM PST

Oleh JOSEPH SIPALAN

KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.

Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan apa yang mendorong kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin kedua parti itu.

"Beliau tidak pernah menyebut apa-apa mengenai kelemahan parti semasa (beliau) menjadi timbalas presiden. Sekarang baru hendak membuat dakwaan itu. Apakah maksud sebenarnya?" soal Mustafa.

Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak boleh menerima dakwaan Nasharudin itu.

Sebagai bekas timbalan presiden, beliau berkata, Nasharudin perlu tahu bagaimana parti itu berfungsi dan tidak ada asas untuk mendakwa PAS semakin terpesong dari prinsip-prinsip berlandaskan hukum syarak (undang-undang Islam).

"Saya tidak menerima pendapat itu. (Perbezaan) hanya menunjukkan pendekatan kami tentang bagaimana untuk berpegang pada dasar kita hari ini.

"Masa sudah berubah dan kita perlu bersikap progresif," kata Salahuddin.

Beliau turut menafikan dakwaan Nasharudin bahawa terdapat unsur-unsur dalaman parti terutama melibatkan kepimpinan tertinggi yang menyebabkan masalah-masalah yang kini dihadapi oleh PAS.

Salahuddin menyifatkan ia sebagai "sesuatu yang tidak benar."

Seorang lagi pemimpin terting yang tidak mahu mendedahkan namanya menuduh Nasharudin tidak mengamalkan seperti yang dipegangnya.

Beliau mendakwa ia merupakan sesuatu yang ironik bagi Nasharudin, yang bercakap tentang mematuhi nilai-nilai Islam.

"Dia (Nasharudin) kini menggunakan kelas perniagaan, jika tidak pun kelas pertama. Dia tidak mengikut prinsip Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan dan memerlukan pengorbanan.

"Bagi beliau mengatakan PAS lemah, dan kita mesti mempersoalkan kenapa dia kalah (dalam pemilihan parti lepas). Ia kerana dia benar-benar tersasar daripada sokongan akar umbi dan perjuangan parti," kata pemimpin berkenaan.

Timbalan presiden parti Mohamad Sabu, yang mengalahkan Nasharudin bagi jawatan itu pada Jun berkata, kenyataan Nasharudin itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

'Superman' nak rampas KFC dari JCorp

Posted: 18 Dec 2011 07:28 PM PST

Bekas CEO: 'Superman' rampas kuasa JCorp, gugat masa depan syarikat
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, — Bekas ketua pegawai eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mendakwa wujud pengaruh luar, yang disifatkan sebagai "tangan-tangan Superman", merampas kuasa pengurusan perbadanan itu, sekali gus menentukan hala tujunya yang tidak menentu termasuk memburukkan masalah hutang.

Menurut beliau, "tangan-tangan Superman" itu merupakan antara faktor menyebabkan perancangan asal JCorp melepaskan aset dan bisnes kurang strategik bagi menyelesaikan masalah hutang, yang disediakan oleh pengurusan JCorp, diketepikan.

Dengan merujuk kepada skim penyusunan semula pegangan saham QSR Brands Bhd dan KFC Holdings Bhd (KFCH) seperti yang sedang diketengahkan kebelakangan ini, yang akan turut menjadikan kedua-dua syarikat terbabit diubah status menjadi syarikat "persendirian", bekas presiden JCorp ini turut mempersoalkan kenyataan Massive Equity kelmarin.

Meskipun langkah itu adalah baik untuk syarikat rangkaian makanan segera KFCH, Muhammad Ali menambah, skim tersebut akan menambah beban hutang JCorp dan bukan mengurangkannya.

"Ini akan memaksa JCorp menjual aset lain kemudiannya untuk membayar balik hutang yang bertambah besar dan kemungkinan besar melibatkan penjualan pegangan ke atas QSR dan KFCH yang diswastakan kepada pihak ketiga," kata beliau lagi.

Laporan media dua hari lalu menyebut JCorp dan CVC Capital Partners (CVC) menerusi entiti yang diwujudkan untuk tujuan khas, Massive Equity, telah menyerahkan surat tawaran kepada KFCH dan QSR Brands untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan dan aktiviti perusahaan kedua-dua syarikat tersebut, termasuk semua aset dan liabiliti.

Tawaran tersebut bertujuan untuk menggabungkan kesemua aktiviti dagangan KFCH dan QSR Brands yang memiliki rangkaian restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja dan India untuk membentuk satu perniagaan runcit makanan serantau.

Massive Equity menawarkan RM4 bagi setiap unit saham KFCH dan RM6.80 bagi setiap unit saham QSR Brands, melibatkan nilai sejumlah RM3.2 bilion untuk KFCH dan RM2 bilion untuk QSR.

CVC merupakan sebuah firma ekuiti persendirian antarabangsa, menguruskan dana bernilai lebih AS$44 bilion (RM140 bilion). CVC telah melengkapkan lebih 250 pelaburan yang melibatkan pelbagai jenis industri dan negara manakala CVC Asia Pasifik merupakan salah satu pelabur ekuiti paling aktif di rantau ini dan sedang melaburkan dana khusus untuk Asia bernilai AS$6.8 bilion (RM21.6 bilion).

Sehubungan itu, dalam kenyataan beliau, Muhammad Ali juga melahirkan kebimbangannya campur tangan pihak luar yang dimaksudkan datang dengan idea sdan pendekatan yang asing dan jauh berbeza daripada pendekatan amalan pengurusan JCorp selama 40 tahun sejak ia ditubuhkan.

"Campur tangan ini telah mula mematahkan semangat seluruh warga kerja JCorp.

"Jika berterusan, ia dipercayai akan merosakkan dan berpotensi menjejas kekuatan dalaman JCorp yang selama ini telah menyumbang kepada kecemerlangan luar biasa badan korporat milik kerajaan Johor ini," kata beliau lagi.

Muhammad Ali menambah, pengalaman korporat membuktikan campur tangan pihak luar yang menyebabkan kehilangan autoriti pengurusan dalaman akan menjejas pertanggungjawaban pengurusan dan terdapat tanda-tanda itu sedang berlaku di JCorp.

Katanya, pengenalan budaya korporat baru yang tidak serasi dengan amalan pengurusan dalaman adalah antara punca utama kegagalan organisai termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Contoh kegagalan ini boleh dilihat sendiri di kalangan beberapa GLC lain milik kerajaan Johor seperti KPRJ," kata beliau yang turut bimbang bahawa "penyakit" itu sedang menjangkiti JCorp. - TMI

Siswi IPTA alami pendarahan selepas dirogol teman lelaki

Posted: 18 Dec 2011 06:16 PM PST

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.

Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.

Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.

Mangsa yang buntu dan dalam keadaan lemah itu kemudian turun di kaki lima hotel dan bersandar sambil menangis sebelum ditemui anggota polis dan dia dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulan untuk rawatan dan pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Kamisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Mangsa masih dirawat di HM dan siasatan lanjut akan dilakukan kerana buat masa ini gadis itu masih trauma".

"Polis masih melakukan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen376 Kanun Keseksaan kerana merogol." katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Visual Sensor Kim Greem Tak Pakai Seluar Dalam, MBN Sengaja Bikin Panas!

Posted: 18 Dec 2011 07:53 AM PST

Pada 6 Disember lalu, Kim Geu Rim atau lebih dikenali dengan nama Kim Greem telah muncul membuat persembahan di sebuah program MBN bertajuk "Choongmooro Wageul Wageul." Nak di jadikan citer, dalam episod tersebut, penyanyi ini perform sambil duduk. Sementelah gaya duduknya itu dikatakan telah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya (korang tengok gambar, korang tahu lah) Lantaran pihak televisyen itu telah mensensor 'bahagian tersebut' dengan alasan peserta program realiti Superstar K2 ni tidak memakai seluar dalamnya.

Namun pekara itu tidak di diamkan agensi Kim Greem. Sebaliknya stesen TV internet itu di katakan sengaja bikini panas! untuk meraih rating tinggi dan sambutan para penonton.

Memetik kenyataan agensinya iaitu Nextar Entertainment, sewaktu ditemubual oleh Star News, pada 14 Disember lalu, pihak agensi itu menjelaskan bahawa mereka memantau persembahan Kim Geu Rim dan mendapati posisi visual pelantun Nobody But You ni tidak mempunyai apa-apa masalah jauh sekali nak cetus kontroversi meskipun 'bahagian itu' tidak di blur atau di mozekkan.

Sebaliknya apabila pihak MBN melakukan sedemikian, tak pasal-pasal 'bahagian itu' pula yang menjadi bualan ramai. Sikit sebanyak menjatuhkan imej dan reputasi penyanyi yang baru nak 'hidup' dengan single debut ni.

"Kim Greem memang memakai seluar dalam. Dan kami rasa tidak mengapalah jikalau bahagian pehanya terdedah. Tapi disebabkan mereka blurkan bahagian yang tak sepatutnya di blur, tak pasal-pasal artis kami dihimpit kontroversi", ujar wakil agensi Nextar Entertainment.

Malah sebahagian penonton juga turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang terjadi kepada Kim Greem. Salah satu respon dari penonton ialah " Kalau nak ikut logik, sensor tu macam tak masuk akal. Sebab program ni sepatutnya memang di sunting terlebih dulu sebelum ditayangkan. Jadi kenapa nak ada blur atau mozak? Edit jer lah"

"Betul-betul terkejut, macam mana perkara ini boleh terjadi. Setiap kali baik nak perform di TV atau di pentas, saya tahu yang kedudukan kamera ada banyak angel. Jadi saya memang selalu pakai seluar dalam (giler tak pakai?!). Saya sangat kecewa dengan insiden ni. Saya pakai seluar dalam pun dah ada kontroversi, tu belum lagi kalau saya tak pakai apa-apa langsung, kan..." begitu antara kata-kata keluh kecewa Kim Greem di laman sosial Twitter-nya.

Bagaimanapun MBN telah membuat kenyataan balas kesal mereka, "Kami tidak menapis 'bahagian itu' untuk apa-apa sebab tertentu. Kami tidak tahu bahawa ianya akan menjadi isu. Kami akan lebih berhati-hati supaya sesuatu seperti ini tidak akan berlaku lagi"

 MD
Hmmm. Nasi, dah jadi nasi impit! Tak payah nak rasa bersalah sangat lah MBN oi... MD

Hebat .... Malaysia negara ke 4 paling rasuah di dunia ... Najib buat2 tak tau ,,

Posted: 18 Dec 2011 06:20 AM PST

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa "pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian." Ia juga menambah "Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini."

Rasuah, kecurian dan pemberian faedah

Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai.

Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.

Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.

Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.

Tindakan separuh jalan

Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara.

Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada.

Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib

Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk.

Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009.

Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?

Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah.

Malaysia Chronicle

Tak cukup lagi nak pembohong rakyat dengan RTM dan TV3, Najib lancar 1 Malaysia TV

Posted: 17 Dec 2011 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 18 — Datuk Seri Najib Razak today unveiled his administration's first internet protocol television site, saying that the move would enable the government to disseminate information to Malaysians in "real-time."
Speaking at a glitzy launch, the prime minister said "1 Malaysia TV" would allow "speedy" and "accurate" information to be disseminated to the public.

He acknowledged that there was currently an information "vacuum" with regards to news and current issues related to the country, causing Malaysians to turn to "other sources" online to gain access to said information.

"We do not have a choice. We have to disseminate fast and accurate information to the rakyat.

"When there is a vacuum, that vacuum is filled with (information through) other sources, sometimes it is mixed with fairytales, false news and slander," Najib said.

He said that everyone, including politicians, needed to start using social media to interact with their fellow Malaysians, and that he has made it a point to meet up with his Facebook friends once every few months.

Najib said that his administration took cognisance of the fact that Malaysians have been identified as "the most cyber-social" country in the world.

1 Malaysia TV will be run by 1 Media IPTV Sdn Bhd where Datuk Md Afendi Hj Hamdan will act as advisor.

Content providers include RTM1, RTM2, TV3, TV Al-Hijrah, MyTV, CCTV1, e-Korea TV, e-rama tv, and Documentary TV.

Afendi said that besides going online at www.1malaysiaiptv.com.my or www.erama.tv/mobiletv, users could also download the mobile applications needed to view the channels via smart devices such as the BlackBerry, iPhone, iPad or Android.

bumiperak

bumiperak


Konvensyen Media Sosial, rakan yang tak boleh dibeli

Posted: 18 Dec 2011 02:27 AM PST

Pulau Pinang 17 Dis Saya dan rakan-rakan dari Perak berpeluang menhadiri Konvensyen Media Sosial anjuran bersama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang telah diadakan seharian di Strait Quay Marina, Tanjong Tokong. 

Program ini sebagai pertemuan suai-kenal, bertukar pandangan ia juga sebagai pengiktirafan kepada penggiat media alternatif di ruang teknologi maklumat (IT) kerajaan Pakatan Rakyat. Lebih dari 100 peserta 'cyber bloggers' ini datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak dengan penginapan dan pengangkutan disediakan penganjur.

Moderator yg otai seperti Tukar Tiub (Hishamudin Rais), Milosuam, TopengPerak, Malaysiawaves, Sokmakol-47, dan lain-lain menghangat konvensyen yang bertema 'Frenz of Penang' ini. Manakala blogger ahli politik terdiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai -Nurul Izzah, Ahli Parlimen Shah Alam -Khalid Samad dan Ahli Parlimen Ipoh Timur -Lim Kit Siang.

Ada juga sessi soal-jawap perbincangan mengenai di berita semasa, penggunaan facebook, tweeter yang berkesan sebagai medium sebaran maklumat.

Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng pada ucapan aluannya menyatakan keterbukaan menerima kritik  dan teguran tetapi biarlah dengan fakta dan bukti.

"Saya manusia biasa yang tak sempurna dan saya rela dikritik dan saya bertanggungjawap jika ada salah, tetapi biarlah ada fakta dan bukti sebelum membuat tuduhan. Jangan kerana tidak sealiran fahaman dan sebab berbeza bangsa seseorang boleh bertindak membenci dengan fitnah", katanya.

Lim Guan Eng turut menyentuh blogger jahat Papagomo yang pro-BN memfitnah anaknya yang langsung tak terlibat politik dengan tuduhan anaknya melakukan serangan seksual, sedangkan gambar mangsapun adalah orang lain. Beliau turut dikatakan berurusan dengan keluarga mangsa untuk membayar gantirugi.

Berkaitan wang gantirugi RM200,000 yang diarah bayar Utusan kepadanya, beliau akan memdermakan kepada badan amal kerana menurutnya yang penting adalah pengiktirafan dan pengesahan Mahkamah yang DAP bukan anti melayu dan anti Islam. Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang 14 Dis lalu Utusan Malaysia diperintah membayar RM200,000 bentuk ganti rugi kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana laporan tidak benar, berniat jahat dan fitnah menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

"Penulis mestilah menjadi penyebar maklumat yang berprinsip, berintegriti dengan mengkritik samada kawan ataupun lawan atas dasar demokrasi. Matlamatnya untuk kebenaran dan keadilan rakyat. Jiwa rakyat sentiasa prihatin membela nasib rakyat tentunya tidak akan berdiam diri. Askar upahan boleh bayar tetapi kawan bolehkah mereka beli" kata Lim merujuk kepada blogger upahan BN.

Kepada blogger PR mereka patut jauhi isu-isu sensitif melibatkan kepimpinan dengan mengadu-domba yang akhirnya merugikan akibat pecah belah. Kewibawaan terletak pada kebenaran dan keadilan bukan berkepentingan tertentu.




Terima kasih kepada pengelola dan petugas negeri Pulau pinang yang memjayakan konvensyen ini. Diharap kerajaan Negeri Pakatan Rakyat lain dapat mengadakan konvensyen seperti ini di masa lain pula.
bumiperak

~penarik beca

~penarik beca


Tengok Mamat nak ludah mahasiswa, teringat Dr Harun Din

Posted: 18 Dec 2011 08:04 PM PST

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Gambar Cute Gila Sehinggakan Anda Tidak Dapat Menahan Diri Daripada Berkata "Auuww.."

Posted: 18 Dec 2011 05:48 PM PST


Bz. Dah dekat pilihanraya ni banyak projek.Tak sempat nak menulis. Tengok gambar cute dah la.
Jaga lembu atau jaga kucing mana lagi untung?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PRU13 : Najib janji hidup mati hanya untuk Pekan......ha..ha..hanya tinggal sepekan jerk..!!!

Posted: 18 Dec 2011 08:26 PM PST

Datuk Seri Najib Razak berazam untuk terus membangunkan Pekan, Pahang, kawasan Parlimennya, serta masyarakatnya dalam apa jua keadaan.Perdana Menteri berkata, beliau akan terus berbakti kepada penduduk Pekan dalam apa jua keadaan, "senang dan susah, pahit dan getir serta 'goge' (kecoh) atau 'libang libu', tapi saya beriltizam, hidup mati saya di Pekan dan bukan di tempat lain."Justeru itu saya bersikap 'babey' (degil) bila berdepan dengan suasana sedemikian. Biarpun orang suruh saya pindah, saya bersikap 'babey' kerana saya nak buktikan bahawa orang Pekan tetap menyokong saya dan Alhamdulillah kita telah buktikan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Desperate BN recruits SOS groups Perkasa, Pekida and Himpun to help garner votes

Posted: 18 Dec 2011 08:24 PM PST

Desperate BN recruits SOS groups Perkasa, Pekida and Himpun to help garner votesBarisan Nasional, the once confident giant of Malaysian politics, seems ready to receive help from all sources to ensure its survival as the government of Malaysia. BN is not shy to enlist the help of the likes of PEKIDA, PERKASA and HIMPUN to herd the Malays into voting for them. And sad to say, herding is the right word to describe the mentality behind these radical groups that are endorsed and mainly made up of UMNO supporters.
PEKIDA's patron is Tun Abdullah Badawi, PERKASA's patron is Tun Mahathir Mohamad while HIMPUN managed to rope in the politically confused Hasan Ali. All these groups are placing their bets on UMNO and ready to use strong-arm tactics to ensure the vote of the Malays, who will be deciding the fate of the BN in the coming 13th general election.
Read More / Baca Lagi >>

Umno bloggers gunning Ku Li

Posted: 18 Dec 2011 08:23 PM PST

It must be assumed that Tengku Razaleigh Hamzah commands allegiance from people within Umno itself, otherwise why would Pakatan Rakyat be keen on him?
There is no present or past tense in politics. There's only relevance.
Is Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) relevant? In my mind, given the manic and xenophobic stage of our politics, we urgently need political sanity.
How do we achieve that? Through a leadership committed to the rule of law, fair play and inclusiveness, and democratic and liberal principles.
Relevance comes with the commitment to immutable principles – a sense of fair play, rule of law, good governance, and jealous adherance to democratic principles.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa sudah keluar dari pemikiran Umno

Posted: 18 Dec 2011 08:22 PM PST

TASEK GELUGOR, 19 Dis: "Syabas kepada semua mahasiswa kerana anda sudah matang daripada pemikiran pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar).
Beliau menyatakan demikian ketika memulakan ucapan di perhimpunan Rapat Rakyat di Padang Awam, Taman Senangan, Butterworth semalam.
Beliau menggangap tindakan mahasiswa berkenaan menggambarkan mereka sudah berani ke hadapan memperjuangkan akta yang selama ini mencengkam perkembangan minda pelajar.
Katanya, selama ini pelajar tidak bebas bersuara sebaliknya dibekukan daripada memberikan pandangan dan kritikan yang membina kepada kerajaan yang memerintah.
Read More / Baca Lagi >>

PKR gesa kerajaan tangguh SBPA, dengar suara Cuepacs

Posted: 18 Dec 2011 08:21 PM PST


KUALA LUMPUR, 19 Dis — Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi mengelakkan kekalutan dan rasa tidak puas hati yang berterusan di kalangan kakitangan awam.
Timbalan Ketua Penerangan AMK Najwan Halimi berkata, pihaknya berharap agar pihak kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan SBPA dan berunding dengan Cuepacs serta menyelesaikan isu-isu yang menjadi pertikaian serta mencetuskan kekeliruan di kalangan penjawat awam.
"Kajian semula terhadap skim ini adalah perlu sekiranya ia bersifat tidak adil dan menindas. AMK juga menuntut supaya pihak JPA tampil bersikap telus dalam hal ini demi kepentingan hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, AMK terkesan dengan perkembangan melibatkan sektor perkhidmatan awam negara sebagaimana yang dilaporkan oleh media semalam berkaitan bantahan oleh Cuepacs terhadap pelaksanaan skim SBPA.
Najwan berkata, menurut kenyataan Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail, pelaksanaan SBPA yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari ini dilihat mencetuskan rasa tidak senang di semua peringkat sektor perkhidmatan awam terutamanya di kalangan Kumpulan Pelaksana.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman  mahu kerajaan menangguhkan SBPA dan mengadakan perundingan kajian semula skim tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

'Kita mahu ambil kuasa dari orang gila'

Posted: 18 Dec 2011 08:19 PM PST

SHAH ALAM, 19 Dis: "PAS tidak gila kuasa tetapi berusaha mengambil alih kuasa dari orang gila," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian dalam sessi khas dialog dengan beliau dan dua lagi rakannya di majlis "Bersama Dr Dzul, Malam Yang akan diingati" malam tadi.

Majlis diadakan di Kelab Shah Alam dekat sini. Turut serta dalam dialog khas itu adalah Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti DAP).
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kerja: Gabungan MTUC serius mahu bawa undi tak percaya

Posted: 18 Dec 2011 08:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Kesatuan-kesatuan gabungan berpendirian tegas mahu membawa usul undi tidak percaya ke atas kepimpinan tertinggi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meskipun presidennya Khalid Atan mengajak pihak-pihak terbabit membincangkan apa jua pertikaian secara dalaman.
The Malaysian Insider difahamkan usul itu akan dibawa ketika mesyuarat majlis am MTUC yang dijangka akan diadakan awal tahun depan. MTUC akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja 29 Disember ini.
Melahirkan sokongan kepada usul yang hendak dibawa oleh Kesatuan Pekerja-pekerja KTM Berhad, Setiausaha Kesatuan Pekerja-pekerja Perodua Mohd Khir Mansor berkata, pihaknya mahu menggerakkan langkah itu memandangkan pucuk kepimpinan MTUC tidak memperlihatkan keseriusan dalam menangani isu pindaan Akta Kerja.
Read More / Baca Lagi >>

PBT Perlu Jadi Penggerak Golongan Belia - TS Khalid

Posted: 18 Dec 2011 08:18 PM PST


PETALING JAYA 18 DIS: Pihak berkuasa tempatan yang terdiri dari Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya di seluruh Selangor perlu menjadi tenaga penggerak ke arah membentuk dan membantu golongan belia. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun bukan mudah untuk mengumpul dan mendekati golongan belia yang mempunyai pelbagai kehendak dan citarasa namun usaha harus digerakkan secara bersepadu.
"Belia perlu di arah kepada hala tuju sesuai dengan inspirasi negeri yang mahukan golongan belia terlibat dalam setiap bidang.
Read More / Baca Lagi >>

Najib memerangkap diri sendiri, menghancurkan BN dengan keputusan Anwar ‘bersalah’

Posted: 18 Dec 2011 08:17 PM PST

Najib memerangkap diri sendiri, menghancurkan BN dengan keputusan Anwar 'bersalah' Perbicaraan liwat II Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah lama membayangi landskap politik negara semenjak tiga tahun yang lalu.
Hangat selepas pilihan raya umum 2008 yang melanda Pakatan Rakyat berkuat kuasa di lima buah negeri, Anwar dituduh liwat oleh pembantu lelaki berusia 27 tahun pada bulan Jun tahun yang sama. Masa dan pelaksanaan tuduhan, termasuk peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan gambaran jelas bahawa satu muslihat politik telah muncul untuk menafikan Pakatan Rakyat rentang yang lebih besar bagi PU-13 akan datang.
Dan apa cara yang lebih baik daripada sasaran ketua pembangkang terbesar yang pertama di Malaysia. Malah, begitu jelas dan banyak pihak, termasuk Anwar sendiri, menjangkakan keputusan bersalah pada Januari 9, 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Nasharudin and Hasan: Transient rise and ultimate oblivion

Posted: 18 Dec 2011 08:16 PM PST

Nasharudin and Hasan: Transient rise and ultimate oblivionOne wanted to go down in history as the man who united the Malays and the Muslims by getting PAS to form an alliance with arch rivals UMNO. Nasharudin Mat Isa was also foolish enough to believe lies they told him that he would be made Deputy Prime Minister of Malaysia. The other was less ambitious, he only wanted to be the Mentri Besar of Selangor. And when he failed to get what he wanted, Hasan Ali turned on his party and Pakatan Rakyat coalition with acts that were likened to sabotage.
Currently the PAS MP for Bachok, Nasharudin served as the deputy president of PAS from 2005 to 2011, aligning himself with Hadi Awang, the PAS president. Obviously, this ensured his meteoric rise and for a while, those who were suspicious of him despaired for the future of PAS because of his known predilection for a marriage with UMNO until Spiritual Adviser Nik Aziz Nik Mat put his foot down. In the 2011 PAS annual congress, Nasharudin was defeated by the humble Mat Sabu - a clear sign that PAS delegates did not want to have anything to do with UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa bukan budak hingusan

Posted: 18 Dec 2011 08:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis: "Saya ucapkan selamat berjuang, sabar dan tabah mendepani ujian buat seluruh mahasiswa yang berani dan benar," kata Nasrudin Hassan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu berkata mahasiswa adalah agent of change dan ilmu yang mereka miliki meletakkan mereka sebagai intelek muda dan ia merupakan aset untuk berani, yakin dan bertanggungjawab dengan tindakan yang mereka ambil.
"Mereka bukan lagi budak hingusan yang boleh ditempelak, dipulas telinga dan ditampar, apa lagi untuk diludah," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, mereka mampu bangkit membentuk gelombang third force yang berkesan ke arah membangkitkan ummah dari lena yang panjang lantas mencetus perubahan dan meletakkan negara selamat serta bebas dari anasir yang meruntuhkan peradaban seperti rasuah, pecah amanah, ketidaktelusan dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

JCorp: Susun semula aset tetap jamin agenda Bumiputera, bantu kurang hutang

Posted: 18 Dec 2011 08:15 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Langkah Johor Corporation Bhd (JCorp) secara langsung menguasai bisnes berkaitan dengan makanan minggu lalu akan memanfaatkan kepentingan Bumiputera selain mampu mengurangkan beban hutang meskipun bekas ketua pegawai eksekutifnya berpandangan sebaliknya, kata seorang pegawai syarikat itu.
Pegawai terbabit menafikan kenyataan bekas ketua pegawai eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendakwa wujud pengaruh luar, yang disifatkan sebagai "tangan-tangan Superman", merampas kuasa pengurusan perbadanan itu, sekali gus menentukan hala tujunya yang tidak menentu termasuk memburukkan lagi masalah hutang.
"Ini satu keputusan JCorp. Lembaga memberi persetujuan penuh kepada program penyusunan semula," kata pegawai JCorp kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Jet Pejuang: MP Pakatan Rakyat - Tim Menteri Pertahanan

Posted: 18 Dec 2011 08:11 PM PST

Isu pencen Tentera: MP Pakatan Rakyat - Tim Menteri Pertahanan

Posted: 18 Dec 2011 08:10 PM PST

MP PAS Padang Terap Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pertahanan

Posted: 18 Dec 2011 08:10 PM PST

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pertahanan

Posted: 18 Dec 2011 08:09 PM PST

MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2012 Kementerian Pertahanan

Posted: 18 Dec 2011 08:09 PM PST

MP PAS Pokok Sena Kemuka Usul Bahas Isu 13 Orang Ditahan ISA

Posted: 18 Dec 2011 08:08 PM PST

Celebrations as Palestinian prisoners go home

Posted: 18 Dec 2011 08:02 PM PST

Anti-US Rallies in Pakistan

Posted: 18 Dec 2011 08:02 PM PST

TukarTiub VS Papagomo | Butang Report Blogger

Posted: 18 Dec 2011 08:00 PM PST

Israel Completes Prisoner Swap

Posted: 18 Dec 2011 08:00 PM PST

US military reaches end of era in Iraq

Posted: 18 Dec 2011 07:58 PM PST

Iraqi government faces internal battles

Posted: 18 Dec 2011 07:39 PM PST

Philippines storm claims more than 600 lives

Posted: 18 Dec 2011 10:36 AM PST