Ahad, 18 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kenyataan Nasharudin Dikecam Hebat

Posted: 18 Dec 2011 10:07 PM PST

Oleh JOSEPH SIPALAN

KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.

Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan apa yang mendorong kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin kedua parti itu.

"Beliau tidak pernah menyebut apa-apa mengenai kelemahan parti semasa (beliau) menjadi timbalas presiden. Sekarang baru hendak membuat dakwaan itu. Apakah maksud sebenarnya?" soal Mustafa.

Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak boleh menerima dakwaan Nasharudin itu.

Sebagai bekas timbalan presiden, beliau berkata, Nasharudin perlu tahu bagaimana parti itu berfungsi dan tidak ada asas untuk mendakwa PAS semakin terpesong dari prinsip-prinsip berlandaskan hukum syarak (undang-undang Islam).

"Saya tidak menerima pendapat itu. (Perbezaan) hanya menunjukkan pendekatan kami tentang bagaimana untuk berpegang pada dasar kita hari ini.

"Masa sudah berubah dan kita perlu bersikap progresif," kata Salahuddin.

Beliau turut menafikan dakwaan Nasharudin bahawa terdapat unsur-unsur dalaman parti terutama melibatkan kepimpinan tertinggi yang menyebabkan masalah-masalah yang kini dihadapi oleh PAS.

Salahuddin menyifatkan ia sebagai "sesuatu yang tidak benar."

Seorang lagi pemimpin terting yang tidak mahu mendedahkan namanya menuduh Nasharudin tidak mengamalkan seperti yang dipegangnya.

Beliau mendakwa ia merupakan sesuatu yang ironik bagi Nasharudin, yang bercakap tentang mematuhi nilai-nilai Islam.

"Dia (Nasharudin) kini menggunakan kelas perniagaan, jika tidak pun kelas pertama. Dia tidak mengikut prinsip Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan dan memerlukan pengorbanan.

"Bagi beliau mengatakan PAS lemah, dan kita mesti mempersoalkan kenapa dia kalah (dalam pemilihan parti lepas). Ia kerana dia benar-benar tersasar daripada sokongan akar umbi dan perjuangan parti," kata pemimpin berkenaan.

Timbalan presiden parti Mohamad Sabu, yang mengalahkan Nasharudin bagi jawatan itu pada Jun berkata, kenyataan Nasharudin itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

'Superman' nak rampas KFC dari JCorp

Posted: 18 Dec 2011 07:28 PM PST

Bekas CEO: 'Superman' rampas kuasa JCorp, gugat masa depan syarikat
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, — Bekas ketua pegawai eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, mendakwa wujud pengaruh luar, yang disifatkan sebagai "tangan-tangan Superman", merampas kuasa pengurusan perbadanan itu, sekali gus menentukan hala tujunya yang tidak menentu termasuk memburukkan masalah hutang.

Menurut beliau, "tangan-tangan Superman" itu merupakan antara faktor menyebabkan perancangan asal JCorp melepaskan aset dan bisnes kurang strategik bagi menyelesaikan masalah hutang, yang disediakan oleh pengurusan JCorp, diketepikan.

Dengan merujuk kepada skim penyusunan semula pegangan saham QSR Brands Bhd dan KFC Holdings Bhd (KFCH) seperti yang sedang diketengahkan kebelakangan ini, yang akan turut menjadikan kedua-dua syarikat terbabit diubah status menjadi syarikat "persendirian", bekas presiden JCorp ini turut mempersoalkan kenyataan Massive Equity kelmarin.

Meskipun langkah itu adalah baik untuk syarikat rangkaian makanan segera KFCH, Muhammad Ali menambah, skim tersebut akan menambah beban hutang JCorp dan bukan mengurangkannya.

"Ini akan memaksa JCorp menjual aset lain kemudiannya untuk membayar balik hutang yang bertambah besar dan kemungkinan besar melibatkan penjualan pegangan ke atas QSR dan KFCH yang diswastakan kepada pihak ketiga," kata beliau lagi.

Laporan media dua hari lalu menyebut JCorp dan CVC Capital Partners (CVC) menerusi entiti yang diwujudkan untuk tujuan khas, Massive Equity, telah menyerahkan surat tawaran kepada KFCH dan QSR Brands untuk mengambil alih 100 peratus perniagaan dan aktiviti perusahaan kedua-dua syarikat tersebut, termasuk semua aset dan liabiliti.

Tawaran tersebut bertujuan untuk menggabungkan kesemua aktiviti dagangan KFCH dan QSR Brands yang memiliki rangkaian restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja dan India untuk membentuk satu perniagaan runcit makanan serantau.

Massive Equity menawarkan RM4 bagi setiap unit saham KFCH dan RM6.80 bagi setiap unit saham QSR Brands, melibatkan nilai sejumlah RM3.2 bilion untuk KFCH dan RM2 bilion untuk QSR.

CVC merupakan sebuah firma ekuiti persendirian antarabangsa, menguruskan dana bernilai lebih AS$44 bilion (RM140 bilion). CVC telah melengkapkan lebih 250 pelaburan yang melibatkan pelbagai jenis industri dan negara manakala CVC Asia Pasifik merupakan salah satu pelabur ekuiti paling aktif di rantau ini dan sedang melaburkan dana khusus untuk Asia bernilai AS$6.8 bilion (RM21.6 bilion).

Sehubungan itu, dalam kenyataan beliau, Muhammad Ali juga melahirkan kebimbangannya campur tangan pihak luar yang dimaksudkan datang dengan idea sdan pendekatan yang asing dan jauh berbeza daripada pendekatan amalan pengurusan JCorp selama 40 tahun sejak ia ditubuhkan.

"Campur tangan ini telah mula mematahkan semangat seluruh warga kerja JCorp.

"Jika berterusan, ia dipercayai akan merosakkan dan berpotensi menjejas kekuatan dalaman JCorp yang selama ini telah menyumbang kepada kecemerlangan luar biasa badan korporat milik kerajaan Johor ini," kata beliau lagi.

Muhammad Ali menambah, pengalaman korporat membuktikan campur tangan pihak luar yang menyebabkan kehilangan autoriti pengurusan dalaman akan menjejas pertanggungjawaban pengurusan dan terdapat tanda-tanda itu sedang berlaku di JCorp.

Katanya, pengenalan budaya korporat baru yang tidak serasi dengan amalan pengurusan dalaman adalah antara punca utama kegagalan organisai termasuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Contoh kegagalan ini boleh dilihat sendiri di kalangan beberapa GLC lain milik kerajaan Johor seperti KPRJ," kata beliau yang turut bimbang bahawa "penyakit" itu sedang menjangkiti JCorp. - TMI

Siswi IPTA alami pendarahan selepas dirogol teman lelaki

Posted: 18 Dec 2011 06:16 PM PST

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.

Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.

Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.

Mangsa yang buntu dan dalam keadaan lemah itu kemudian turun di kaki lima hotel dan bersandar sambil menangis sebelum ditemui anggota polis dan dia dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulan untuk rawatan dan pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Kamisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Mangsa masih dirawat di HM dan siasatan lanjut akan dilakukan kerana buat masa ini gadis itu masih trauma".

"Polis masih melakukan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen376 Kanun Keseksaan kerana merogol." katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Visual Sensor Kim Greem Tak Pakai Seluar Dalam, MBN Sengaja Bikin Panas!

Posted: 18 Dec 2011 07:53 AM PST

Pada 6 Disember lalu, Kim Geu Rim atau lebih dikenali dengan nama Kim Greem telah muncul membuat persembahan di sebuah program MBN bertajuk "Choongmooro Wageul Wageul." Nak di jadikan citer, dalam episod tersebut, penyanyi ini perform sambil duduk. Sementelah gaya duduknya itu dikatakan telah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya (korang tengok gambar, korang tahu lah) Lantaran pihak televisyen itu telah mensensor 'bahagian tersebut' dengan alasan peserta program realiti Superstar K2 ni tidak memakai seluar dalamnya.

Namun pekara itu tidak di diamkan agensi Kim Greem. Sebaliknya stesen TV internet itu di katakan sengaja bikini panas! untuk meraih rating tinggi dan sambutan para penonton.

Memetik kenyataan agensinya iaitu Nextar Entertainment, sewaktu ditemubual oleh Star News, pada 14 Disember lalu, pihak agensi itu menjelaskan bahawa mereka memantau persembahan Kim Geu Rim dan mendapati posisi visual pelantun Nobody But You ni tidak mempunyai apa-apa masalah jauh sekali nak cetus kontroversi meskipun 'bahagian itu' tidak di blur atau di mozekkan.

Sebaliknya apabila pihak MBN melakukan sedemikian, tak pasal-pasal 'bahagian itu' pula yang menjadi bualan ramai. Sikit sebanyak menjatuhkan imej dan reputasi penyanyi yang baru nak 'hidup' dengan single debut ni.

"Kim Greem memang memakai seluar dalam. Dan kami rasa tidak mengapalah jikalau bahagian pehanya terdedah. Tapi disebabkan mereka blurkan bahagian yang tak sepatutnya di blur, tak pasal-pasal artis kami dihimpit kontroversi", ujar wakil agensi Nextar Entertainment.

Malah sebahagian penonton juga turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang terjadi kepada Kim Greem. Salah satu respon dari penonton ialah " Kalau nak ikut logik, sensor tu macam tak masuk akal. Sebab program ni sepatutnya memang di sunting terlebih dulu sebelum ditayangkan. Jadi kenapa nak ada blur atau mozak? Edit jer lah"

"Betul-betul terkejut, macam mana perkara ini boleh terjadi. Setiap kali baik nak perform di TV atau di pentas, saya tahu yang kedudukan kamera ada banyak angel. Jadi saya memang selalu pakai seluar dalam (giler tak pakai?!). Saya sangat kecewa dengan insiden ni. Saya pakai seluar dalam pun dah ada kontroversi, tu belum lagi kalau saya tak pakai apa-apa langsung, kan..." begitu antara kata-kata keluh kecewa Kim Greem di laman sosial Twitter-nya.

Bagaimanapun MBN telah membuat kenyataan balas kesal mereka, "Kami tidak menapis 'bahagian itu' untuk apa-apa sebab tertentu. Kami tidak tahu bahawa ianya akan menjadi isu. Kami akan lebih berhati-hati supaya sesuatu seperti ini tidak akan berlaku lagi"

 MD
Hmmm. Nasi, dah jadi nasi impit! Tak payah nak rasa bersalah sangat lah MBN oi... MD

Hebat .... Malaysia negara ke 4 paling rasuah di dunia ... Najib buat2 tak tau ,,

Posted: 18 Dec 2011 06:20 AM PST

Untuk dekad pertama dalam abad ini, Malaysia telah kehilangan RM 1.08 trillion (US$338 billion) dalam pengaliran wang haram yakni, merupakan ke-empat tertinggi di antara negara-negara membangun.

Untukjangka masa 2000-2009, Cina telah kehilangan US 2.74 trillion dalam pengaliran wang haram dan merupakan negara membangun yang menduduki tempat pertama aliran wang haram ini menurut laporan ranking negara yang diterbit. Mexico menduduki tempat ke-dua dengan US504 billion dan Russia US501 billion. Negara jiran kita yang terdekat adalah Filipina di tempat ke 13 yang kehilangan IS12 billion.

Pengaliran wang haram dapat dilihat sebagai penanda aras atau petunjuk kepada skala rasuah. Ini bermaksud Malaysia mempunyai sekumpulan pemimpin yang paling rasuah di rantau Asia Tenggara dan juga yang ke-empat paling rasuah di dunia dengan meletakkan sejumlah besar wang untuk dikerjakan di luar negara.

Laporan Global Financial Integrity (GFI) melaporkan pada Januari, sejumlah RM930 billion telah mengalir keluar Malaysia dari 2000 hingga 2008. Ini bertambah kepada RM 218 billion setahun daripada RM 71 billion pada masa itu. Malaysia kehilangan RM150 billion kepada pengaliran wang haram pada 2009. Laporan itu mengulas bahawa "pertambahan itu lihat di beberapa negara Asian." Ia juga menambah "Dengan bertambahnya pengaliran kapital haram dari Malaysia, ia telah mengecilkan jumlah pengaliran capital yang bersih ke negara sejak beberapa tahun ini."

Rasuah, kecurian dan pemberian faedah

Loceng amaran dibunyikan seawal Januari 2011 oleh pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim yang mempersoalkan sifat pemaaf kerajaan terhadap masalah pengaliran wang haram melalui rasuah dan pengecualian cukai.

Menurut laporan tersebut, rasuah, pencurian dan pemberian faedah adalah antara penyumbang kepada pengaliran wang haram ini dan ia dominan di negara timur tengah, utara Afrika dan negara membangun di Eropah.

Pemalsuan inbois import/eksport yang dikenali sebagai salah nilai pula menyumbang kepada separuh daripada jumlah pengaliran wang haram terutamanya di Asia dan barat.

Untuk menangani masalah ini, Gabenor Bank Negara Dr Zeti Akhtar Aziz telah membentangkan Akta Wang Perkhidmatan Perniagaan pada Mac lepas, dan berkuatkuasa Disember lepas. Akta ini menyokong pembangunan yang lebih dinamik, kompetitif dan professional bagi industri perkhidmatan perniagaan, dengan mengukuhkan kawalan terhadap pengubahan wang haram, pembiayaan kekejaman dan aktiviti haram menurut bank negara.

Tindakan separuh jalan

Penguatkuasaan akta itu nampaknya sudah terlambat kerana ia Cuma tindakbalas spontan terhadap masalah yang sudah wujud sejak sedekad lepas. Selepas sedekad, Malaysia sudahpun kehilangan RM 1.08 trillion hasil perbuatan BN. Inilah kerajaan yang telah membazirkan wang sejak sekian lama dan sudah sampai masanya untuk terjadi sebuah letupan ekonomi yang menghuru-hurakan negara.

Dengan kadar inflasi pada 3.4% pada September dan adalah yang tertinggi sejak 27 bulan, dan 3.5 % pada Jun, inflasi makanan kekal sebagai kebimbangan utama; meningkat kepada 5% dari tahun ke tahun sejak September dan dari 4.6% pada Ogos. Rakyat Malaysia akan menepuh masa-masa yang sukar dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dan apakah reaksi daripada Menteri Kewangan mengenai semua ini? Tiada.

Tiada satu pun usaha cerita indah daripada Najib

Sebaliknya, kita telah disajikan dengan begitu banyak pengumuman untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pendapatan tinggi dan semakin banyak projek mahal yang menemui kegagalan seperti NFC. Dengan secara tiba-tiba mahu meningkatkan gaji penjawat awam adalah suatu usaha untuk mendapatkan lebih banyak cukai dan pada masa yang sama mendapatkan sokongan penjawat awam untuk PRU 13. Segala usaha-usaha ini adalah semata untuk memastikan kemenangan pada pilihanraya kelak sementara keadaan negara semakin berkecamuk.

Hakikat bahawa pengaliran wang haran dari Malaysia dari tahun ke tahun telah meningkat daripada RM71 billion kepada RM218 billion setahun telah memberi indikasi bahawa langkah-langkah yang kurang berkesan telah diambil oleh Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara untuk menangani masalah tersebut. Pendek kata, usaha mereka gagal. PM Najib Razak yang juga menteri kewangan tidak mempunyai apa-apa pencapaian yang membanggakan sepanjang perkhidmatan beliau walaupun sudah mentadbir sejak April 2009.

Kementerian Kewangan yang sunyi sepi telah mengundang persoalan –Adakah Najib orang yang patut dipersalahkan dalam kegawatan ekonomi negara? Adakah ia suatu keutamaan bagi menteri kewangan? Adakah BN bekerja keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara?

Isu-isu ini telah benar-benar memberi bayangan bahawa kita mungkin akan kecundang seperti Greece dan ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala bahawa kita akan bankrap pada tahun 2019 disebabkan negara tidak mampu membayar hutangnya yang semakin bertambah.

Malaysia Chronicle

Tak cukup lagi nak pembohong rakyat dengan RTM dan TV3, Najib lancar 1 Malaysia TV

Posted: 17 Dec 2011 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 18 — Datuk Seri Najib Razak today unveiled his administration's first internet protocol television site, saying that the move would enable the government to disseminate information to Malaysians in "real-time."
Speaking at a glitzy launch, the prime minister said "1 Malaysia TV" would allow "speedy" and "accurate" information to be disseminated to the public.

He acknowledged that there was currently an information "vacuum" with regards to news and current issues related to the country, causing Malaysians to turn to "other sources" online to gain access to said information.

"We do not have a choice. We have to disseminate fast and accurate information to the rakyat.

"When there is a vacuum, that vacuum is filled with (information through) other sources, sometimes it is mixed with fairytales, false news and slander," Najib said.

He said that everyone, including politicians, needed to start using social media to interact with their fellow Malaysians, and that he has made it a point to meet up with his Facebook friends once every few months.

Najib said that his administration took cognisance of the fact that Malaysians have been identified as "the most cyber-social" country in the world.

1 Malaysia TV will be run by 1 Media IPTV Sdn Bhd where Datuk Md Afendi Hj Hamdan will act as advisor.

Content providers include RTM1, RTM2, TV3, TV Al-Hijrah, MyTV, CCTV1, e-Korea TV, e-rama tv, and Documentary TV.

Afendi said that besides going online at www.1malaysiaiptv.com.my or www.erama.tv/mobiletv, users could also download the mobile applications needed to view the channels via smart devices such as the BlackBerry, iPhone, iPad or Android.

Tiada ulasan: