Selasa, 13 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PENCACAI UMNO GAGAL LAGI SEKAT PROGRAM MAT SABU DAN CHEGU BARD DI MUAR

Posted: 13 Dec 2011 08:51 PM PST

Pulakdah

Seperti yang dijangka, kehadiran Mat Sabu malam tadi mendapat sambutan yang hangat. Tidak kira daripada penyokong PR ataupun puak-puak yang tidak bersetuju beliau masuk ke negeri Johor sama ada datang melawat atau dengan apa jua tujuan. Pada tanggapan mereka, Mat Sabu tidak mengenang budi atas jasa bakti pahlawan yang membawa keamanan dan kemerdekaan negara.

Keadaan persekitaran tempat ceramah begitu meriah dengan kain rentang yang mengecam Mat Sabu dan perang bendera antara UMNO/BN dan bendera PAS, PKR.

Sekumpulan 20 anak muda motor dipercayai penduduk kampung telah berada di luar tapak ceramah bersama bendera BN bersedia menunggu arahan untuk menggempur Mat Sabu. Namun seperti biasa, Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor sudah bersedia untuk berhadapan dengan puak-puak ini. Jika mereka datang secara baik, maka baiklah sambutan yang diberikan. Jika mereka datang secara samseng, mungkin itulah yang diharapkan kumpulan ini supaya Polis seterusnya dapat menghentikan program pada malam tadi.
 
Sekumpulan anak muda bersama bendera BN, berkumpul di atas motorsikal 
menunggu arahan untuk menggempur tempat ceramah.
 
Akhirnya selepas giliran Chegu'Bard berucap selesai dan tiba giliran kepada Mat Sabu, kumpulan anak yang berkumpul di atas motor ini bergabung pula dengan sekumpulan JKRT (Jawatan Kuasa Rukun Tetangga) yang lengkap memakai vest JKRT. Sebelum itu kumpulan JKRT ini hanya berada disepanjang jalan dan ramai yang menyangkakan mereka antara anggota keselamatan yang bertanggungjawab menjaga lalulintas yang sesak dengan kehadiran orang ramai malam tadi.
\
Rupa-rupanya sangkaan itu meleset sama sekali apabila. Kumpulan JKRT ini rupanya menjadi pencacai UMNO untuk mengangkat poster-poster provokasi terhadap Mat Sabu. Kumpulan yang bergabung ini dianggarkan sekitar 50 orang berarak sehingga di luar pintu pagar masuk ke rumah Sdr Zainudin, iaitu tuan rumah yang menjadikan rumahnya sebagai tempat ceramah. Mereka tidak dapat masuk ke dalam kawasan ceramah kerana Unit Amal, SAMM dan skuad AMK sudah bersedia di situ menantikan kehadiran mereka.
 
Sekitar 50 orang yang mendakwa sebagai penduduk yang menentang kehadiran Mat Sabu bersedia untuk menggempur betul-betuldi hadapan pagar masuk ke tempat ceramah bersama kain rentang provokasi terhadap Mat Sabu.
 
 
Ahli Rukun Tetangga (memakai vest) sekadar menjadi pencacai UMNO malam tadi untuk mengangkat poster provokasi.
 
'PERGI JAHANAM SABU KEPARAT'...lagi poster yang dianggkat oleh pemuda bertopi logo JKRT.
 
 
Dan seperti biasa...selepas kumpulan tadi tiba dihadapan pintu pagar tempat ceramah dan melaungkan pelbagai kata cacian dan hinaan terhadap Mat Sabu, barulah FRU tiba untuk membuat benteng bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Akhirnya selepas perbincangan, dua orang wakil daripada kumpulan ini diberikan keizinan untuk berjumpa Mat Sabu dan menyampaikan memorendum. Dua wakil ini ialah Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang datang di atas kapasiti sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dan seorang lagi ialah Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais. Apa yang mereka tidak jangka dan tahu, sebenarnya pihak penganjur malam itu telah merancang untuk membawa wakil-wakil ini naik di atas pentas ceramah PR bagi menyuarakan sendiri di atas dasar apakah menyebabkan mereka tidak bersetuju dan menghalang kehadiran Mat Sabu.
 
 
Sdr Mohd Radzi bin Hj.Amin yang naik ke pentas ceramah sebagai Pengerusi Belia 4B Parlimen Bakri. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan Ahli UMNO Seumur Hidup (03109330) dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri, Setiausaha UMNO Cawangan Sri Serdang, Pegawai Khas Kepada YB. Datuk Hj. Abdullah bin Md. Ali (ADUN Bukit Naning, Johor), AJK Gerakan Belia 4B Negeri Johor dan Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bakri.
 
Ketua PBTM cawangan Muar, Shamsuddin Rais diberikan ruang untuk berucap sambil diperhatikan oleh Chegu'Bard.

Antara pegawai polis yang berkawal di bawah pentas ceramah.

 Alhamdulillah, walaupun budaya politik cacian, hinaan dan samseng yang ditunjukkan oleh kumpulan ini pada awalnya bertujuan untuk menimbulkan huru-hara. Namun kematangan yang ditunjukkan oleh Unit Amal, SAMM, Skuad AMK Johor malah para penyokong PR lainnya yang tidak memperdulikan laungan dan ejekan mereka. Sebaliknya memberikan ruang kepada wakil-wakil mereka untuk bertemu sendiri Mat Sabu dan diberi ruang untuk berucap. Tujuan mereka supaya huru-hara berlaku sekaligus memaksa pihak Polis menamatkan program malam tadi lebih awal tidak berlaku.

Tahniah kepada PR kerana mengajar kumpulan ini erti politik matang apabila setiap wakil ini diberikan ruang untuk berucap dipentas mereka.

Antara yang menarik di dalam ucapan wakil-wakil mereka malam tadi, Mat Sabu sekali lagi disebut sebagai 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu'. Jika sebelum ini Mat Sabu dipanggil oleh YB dan Datuk oleh PERKASA ketika berhadapan secara empat mata. Tetapi malam tadi, gelaran 'YB' dan 'Datuk Mat Sabu' diucapkan sendiri di atas pentas kepada orang ramai. Gelaran-gelaran yang 'tidak tepat' itu menimbulkan rasa lucu dan geli hati pada orang ramai apatah lagi Mat Sabu yang tersenyum mendengar gelaran-gelaran itu.

Sebenarnya asas ketakutan UMNO itu tidak sukar dibaca. Namun begitu, UMNO masih berselindung dibawah ngo-ngo dan badan belia bagi menggambarkan ketakutan mereka ini di atas kebangkitan rakyat, terutama rakyat di Muar khususnya. Gambar-gambar di bawah menjadi bukti kehadiran ribuan pengunjung tempatan yang datang untuk mendengar ceramah Mat Sabu malam tadi. Perkarangan tapak ceramah yang penuh sesak sehingga melimpah ke luar jalan, menunjukkan rakyat Muar sudah muak dengan UMNO dan dahagakan perubahan pimpinan di Muar. Inilah sebabnya, dan puncanya mereka takut dengan aura Mat Sabu yang mampu menarik rakyat keluar untuk mendengar hujah-hujahnya.
 
 
Akhirnya selepas dua wakil kumpulan yang hendak mengusir Mat Sabu ini selesai berucap dan menyerahkan sendiri memorendum kepada Mat Sabu. Kumpulan yang berkumpul di luar pintu pagar masuk tadi bersurai dengan aman tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Namun begitu ada di antara mereka yang tidak pulang, tetapi menyorok ditempat-tempat yang gelap untuk mendengar ceramah Mat Sabu.
 
Chegu'Bard sedang menyampai ceramah
 
Aura Mat Sabu berjaya menarik ramai pengunjung malam tadi.

Mat Sabu, Chua Jui Meng menerima 300 borang kemasukan PKR dan PAS daripada Sdr Zainudin,selaku tuan rumah dan juga antara bekas pemimpin UMNO yang kuat di Simpang Pt No.3 sebelum ini.
 
Sdr Zainudin berucap dan menyeru penduduk Pt No.3 supaya meninggalkan UMNO dan bersama Pakatan Rakyat.
 

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Isu Lembu Shahrizat : Mohamad Salleh akan ambil tindakan ...

Posted: 13 Dec 2011 09:45 PM PST

KUALA LUMPUR — Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

"Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya," kata beliau dipetik Berita Harian.

Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil (gambar) itu berkata, "saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai."

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu mencetuskan kontroversi berikutan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu.

Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Semalam, Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Shahrizat yang mengetuai NFC supaya tidak lagi membebabnkan partinya.

Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya.

Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.

Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

-themalaysianinsider

Hasil kajian : 70% - 80% rakyat Kelantan menyokong TGNA

Posted: 13 Dec 2011 07:19 AM PST

"Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah (calon Menteri Besar) yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang," kata presiden Zaid Ibrahim.


SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau menyokong Barisan Nasional (BN) menang di negeri Kelantan.

Sebaliknya beliau hanya menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon terbaik BN untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

"Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang. Saya kata kalau BN menang. Lagipun BN adalah pembangkang di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Wacana Sinar bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Hadir menjadi panel termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah,

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pensyarah Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah.

Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kita untuk menyertai Pakatan, beliau berkata parti itu belum bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, menurut Abu Hassan berdasarkan data kajian yang dilakukan mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa.

"Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar.

'Tapi sokongan ke atas Tuan Guru terlalu tinggi berbanding Husam dan Mustapa," katanya ketika ditanya mengenai desakan Umno agar Nik Aziz tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang - FMT

Perebutan kuasa peringkat tertinggi : Muhyiddin vs Najib

Posted: 13 Dec 2011 05:26 AM PST

KOMENTAR

Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal.

Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu.Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing.

Sejauh manakah setianya si timbalan?


Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti.

Anehnya, pada masa itu, Muhyiddin tiada kuasa langsung, umpama ahli biasa UMNO kerana dia tidak disokong oleh peringkat tertinggi dan pemimpin UMNO yang lain. Tiada juga wakil dari tempat asalnya, Johor. Pada masa itu, dia keseorangan dan terpaksa mula mengumpul penyokong dan juga pengikutnya sendiri.

Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian.

Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti.

Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya?

Perpecahan

Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu.

Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir.

Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun.

Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur.

Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13.

Pencacai-pencacai Najib

Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani.

Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib.

PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin.

Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi.

Tanda lebih jelas

Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir.

Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap.

Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini.

Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit.

Malaysia Chronicle akan membawakan bahagian 2: Pertelingkahan dalam Umno- persengketaan peringkat bahagian.

Malaysia Chronicle

kerangeleber

kerangeleber


Wacana Sinar Harian Ke 9 - PRU 13 - UNDI SIAPA JADI PENENTU.

Posted: 13 Dec 2011 06:59 PM PST

Anwar Ibrahim : Saya wajar, wajib dibebaskan

Posted: 13 Dec 2011 05:05 AM PST

dollah yankee

dollah yankee


Anwar EJEN AMERICAn international assurance kot?!

Posted: 13 Dec 2011 08:09 PM PST

Tun Dr.Mahathir berkokok lagi...
masih dengan skrip lama, kata Anwar Ibrahim ada lah ejen Amerika Syarikat..rakyat pun dah muak dan tak larat nak dengar lagi dahh...

Apabila Amerika suarakan tentang ketelusan perbicaraan Anwar maka berbunyilah suara kononnya mereka menentang campurtangan Amerika. Tengoklah selepas ini gendang anti-Amerika akan dipukul oleh Khairy, Hishamudin, Firdaus(Imam Sepak Tong Undi) dan budak-budak hingusan UMNO. Mereka akan berdemostrasi depan Kedutaan Amerika (lepas tu KJ akan pura-pura pengsan). Maka buat sekian banyaknya isu Anwar agen Amerika akan diwar-warkan di media.Hebat betul lakonan budak-budak hingusan UMNO.


Woitt ! Sejak bila Malaysia bebas pengaruh Amerika? Woittt ! Sejak bila Malaysia tidak duduk bawah ketiak Amerika?

Untuk fakta, Dr Mahadhir pernah bayar jutaan ringgit untuk bertemu Presiden Bush. Bayar pada pelobi Yahudi. Kerajaan Malaysia pernah menerima desakan Amerika agar mengizinkan PLO hantar wakilnya untuk Persidangan Menteri Luar OIC sedang pada masa itu HAMAS telah menguasai Kerajaan Palestin. Kerajaan Malaysia menerima desakan dan nasihat Amerika menahan aktivis Islam untuk disumbat dalam Kem Kemunting(ISA) dan yang terbaru Kerajaan Malaysia begitu patuh menerima arahan pihak Amerika agar menutup gerai Kerajaan Iran dalam pameran persenjataan 2 bulan lalu. Dan sekarang rundingan FTA masih berlangsung yang bakal mencekik dan memiskinkan rakyat.


Sudah menjadi kebiasaan pemimpin dunia ketiga seperti Malaysia akan mengaitkan orang-orang yang menentang mereka sebagai agen-agen kuasa asing. Perkara ini akan dilagukan berulang kali hingga rakyat akan percaya. Taktik yang pernah digunakan oleh Nazi Jerman.


Kadang kala pemimpin korupsi dalam UMNO lupa tentang peribahasa Amerika : Kita boleh menipu orang dalam satu masa, tetapi kita tak akan dapat menipu semua orang dalam semua masa. 

dollah yankee -
Anwar ni ejen insuran kot?

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Roti Klasik Gardenia Lawan Roti Pendatang Baru Massimo

Posted: 13 Dec 2011 06:59 PM PST

Setiap produk dalam negara pasti mengalami suatu proses yang diberi nama "shrink ray process" di mana secara senyap-senyap, produk tu mungkin akan penyusutan berat atau pengurangan ingredient tetapi dengan harga yang tidak berubah (selalunya naik lebih mahal).

Benda ni aku cukup nampak pada satu benda yang aku selalu beli iaitu McDonald Strawberry Milkshake. Satu masa dulu Milkshake McDonald ni agak payah nak disedut sebab kandungan shake yang agak pekat dan likat.Sekarang ni? Sedut pakai straw biasa aje lepas. Harga makin mahal pulak tu.

Jadi,dalam minggu lepas, aku dengan isteri beli roti. Biasa beli roti Gardenia...saja aje nak cuba roti brand Massimo.Boleh dirasakan perbezaan antara kedua-dua roti. Roti Massimo jauh lagi sedap dan aku makan dua keping dah kenyang. Gardenia? Selalunya aku tibai dalam 4-5 keping baru cukup.

Beli dan cubalah roti Massimo.Aku langsung tidak dibayar untuk mempromote benda ni. Aku ikhlas mengatakan, roti Massimo lebih sedap dari Gardenia dan aku harap Gardenia dapat improve kualiti roti dia. Gardenia dah terlalu lama jadi market leader tanpa ada pesaing yang betul-betul kuat mengakibatkan kualiti dia agak menurun.

Kalau asyik pilih yang roti yang sama aje, macam mana kita nak tau yang brand lain macam mana kan? Kalau kita sendiri dah fixated diri kita dengan satu aje brand roti, macam mana kita nak nampak faedah roti brand lain? Banyak jugak sebenarnya kekurangan roti Gardenia ni tapi semua hanyalah jelas kelihatan pada aku..bila roti Massimo ni muncul.

Kalaulah roti Massimo ni tak muncul, aku rasa seumur hidup aku, itu aje la roti yang aku akan beli dan pilih. Bila ada persaingan, consumer yang akan menang. Itu aje lah aku nak cerita hari ni. Kalau dah berpuluh tahun makan roti yang sama, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada roti Massimo, satu opsyen baru untuk rakyat Malaysia?

ps - Ada lagi ke produk-produk yang anda rasakan berlaku "shrink ray process" yang kualiti makin kurang dan harga makin mahal? Sila informkan di dalam komen.

~penarik beca

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Subky Latif: Anwar janji minyak turun

Posted: 13 Dec 2011 06:34 PM PST

Salah satu langkah yang boleh dan wajar dilakukan ialah mengkaji semula perjanjian berat sebelah dengan IPP. Subsidi Petronas kepada tauke-tauke kawan Don Che Det ini boleh dikurangkan dan sebarang pengurangan boleh dibahagikan kepada seluruh rakyat jelata. Itu baru satu.

14 DIS — Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Bolehkah dia melaksanakannya dan bolehkah ia dilaksanakan?

Kata seorang pakar ekonomi bernama, Profesor Amir Baharuddin, ia boleh diturunkan walau ada kesan lain dan ada banyak masalah yang terpaksa dilalui.

Segala kesan dan masalah yang dibayangkan oleh Amir seperti gangguan atas dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, tetapi ia tidak sesusah beban yang dihadapi rakyat seluruhnya gara-gara kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tinggi.

Apa yang Amir kata itu, itulah yang cuba dijaga oleh kerajaan yang ada, nikmat itulah yang cuba dipertahankan oleh kerajaan dan itulah tawaran dan janji yang hendak diteruskan.

Tetapi kerajaan tidak dapat buat apa-apa tentang kenaikan harga barang bukan saja dari tahun ke tarun, tetapi dari minggu ke minggu dan dari hari ke hari.

Sepuluh tahun dulu saya acap ke Turki. Nilai tukaran duit Dolar Amerika ke Lira Turki tidak sama dari jam ke jam. Nilai Lira turun mengikut jam. Untuk membeli satu-satu barang, tukar Dolar kepada Lira beberapa ketika sebelum membeli. Jika tunggu dua jam kemudian baru hendak dibeli, maka masa itu duit Lira sudah susut.

Harga barang sebelah petang sudah tidak sama dengan sebelah pagi.

Tetapi selepas Erdogan berkuasa Lira sudah stabil. Tidak perlu bawa berjuta-juta Lira untuk membeli sehelai baju kemeja, atau berpuluh ribu Lira untuk tambang teksi beberapa kilometer saja. Sekarang harga barang terkawal dan bayaran perkhidmatan juga terkawal.

Sebelumnya orang tidak tahu bagaimana menghadapi keperitan hidup rakyat.

Keadaan di Malaysia sekarang hampir sama dengan Turki dulu. RM100 sekarang tak dapat beli barang sebenyak yang dibeli sebulan dulu dan dua bulan dulu.

Ikan jadi lauk termahal sekarang. Gantinya ayam atau daging. Ayam dan daging juga naik. Harga ayam bulan depan dijangka tak sama dengan harga sekarang.

Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Naik saja minyak, pasti semua barang naik. Kadang-kadang tidak payah tunggu minyak naik, harga barang naik juga terutama dalam musim perayaan.

Berbuih mulut menteri menjamin harga barang dikawal, tetapi ia tidak menjamin barang tidak naik. Kita menunggu bila pula minyak lain lagi.

Demi menjamin cukup dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, kata Amir, tak apalah minyak naik sikit dan barang naik sikit.

Tetapi rakyat kaya ada yang kurang kaya kerana kenaikan barang dan yang miskin kurang barang yang dapat dibeli. Nasihat kerajaan ialah berjimat-jimatlah.

Perdana Menteri beri RM500 sekali kepada orang yang berpendapatan kurang dari RM3,000, dan RM100 kepada setiap murid tidak menaikan taraf hidup orang yang dapat duit itu.

Janji untuk kami dapat hidup yang lebih baik tak nampak jalan.

Dalam keadaan yang sudah putus asa atau hampir putus asa, Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak. Berikutnya hanyak barang bukan saja boleh dikawal tetapi boleh dikurangkan.

Boleh buat atau tidak boleh buat, itu saja harapan bagi semua orang untuk dapat minyak lebih murah dan barang lebih murah. Mungkin tak murah sangat, tapi ada harapan untuk dimurahkan.

Kalau dia tidak jadi Perdana Menteri, tiada angan-angan untuk mengurangkan perbelanjaan harian dan perbelanjaan hidup.

Anwar pernah jadi Menteri Kewangan dan pernah bergaul dengan bapak kapitalis Amerika dan Eropah. Sejak 10 tahun lalu dia rehat sama ada di penjara dan di luar penjara. Semasa rehat itu dia nampak apa yang dia tidak nampak dulu dan apa yang tidak dibuat dulu dan tidak dapat dibuat dulu.

Kadang-kadang apa yang dia hendak buat, Dr Mahathir Mohamad larang.

Apabila minyak diturunkan, kos pengangkutan kurang maka kuranglah harga barang. Kemudian diikuti dengan kekangan rasuah. Lagi harga boleh distabilkan. Lepas itu ada pula gaji minima. Ringanlah beban rakyat. Kalau di Selangor gaji minima itu RM1,500, masakan untuk seluruh negara kurang dari RM1,000.

Bagaimana dengan beban pendidikan, kesihatan dan pembangunan? Kalau sudah tidak ada rasuah, tiada pembaziran dan tiada penyelewengan, negeri yang ada minyak dapat pula royalti 20 peratus, masing-masing nampaklah masa depan yang cerah.

Bukanlah lepas dia menang, tak ada langsung masalah. Tetapi dengan dia tidak menang, tiada harapan masalah boleh dikurangkan.

Islam mengajar umatnya berhijrah bila berlaku kesempitan. Kita sempit sekarang, maka kita mesti berhijrah. Demokrasi pula memberi ruang yang luas untuk berhijrah. Pakatan Rakyat mengajak kita berhijrah. Najib dan BN tidak mahu berhijrah dan mesti tinggal di rumah yang susah.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim: Based On The Facts And The Law, I Must Be Freed

Posted: 13 Dec 2011 08:42 PM PST

Fadiah Nadwa Fikri: Perubahan Demi Sebuah Kebebasan

Posted: 13 Dec 2011 08:42 PM PST

Zuraida Kamaruddin: Sampai Masa Kita Tolak Kerajaan Lembu 1Malaysia

Posted: 13 Dec 2011 08:41 PM PST

Gantung Gambar Manusia Pada Dinding - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2011 08:40 PM PST

Ucap Semua Tuhan Sama - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2011 08:39 PM PST

Mimpi Keluar Mani - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2011 08:39 PM PST

Guna Duit Zakat Kerajaan Baiki Rumah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2011 08:38 PM PST

Bayar Fidyah Orang Mati - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Dec 2011 08:37 PM PST

Islamists set for gains in Mubarak's hometown

Posted: 13 Dec 2011 08:37 PM PST

Senator Mumtaz Md Nawi Bahas RUU Kg Baru 2011

Posted: 13 Dec 2011 08:35 PM PST

Why was KLIA2 moved to a soft soil site?

Posted: 13 Dec 2011 08:33 PM PST

Reaksi Penyokong Anwar Ibrahim Di Mahkamah

Posted: 13 Dec 2011 08:32 PM PST

Penyokong Anwar Ibrahim Berpantun Di Mahkamah

Posted: 13 Dec 2011 08:31 PM PST

Keputusan Politik : Bebas Anwar akan beri UMNO/BN kelebihan

Posted: 13 Dec 2011 08:26 PM PST

Membebaskan Anwar dari tuduhan liwat 2 akan memberi peluang BN menafikan mahkamah tidaklah dikongkong oleh kuasa politik.

Secara umumnya, ramai di kalangan masyarakat negara ini yakin bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir pasti didapati bersalah dalam kes perbicaraan liwat 2 dan akan berhadapan dengan hukuman penjara.
Sekiranya keyakinan yang sama diambil dari penyokong pembangkang, alasannya kerana kepercayaan mereka bahawa sistem perundangan negara hari ini menjadi tunggangan kuasa politik pemerintah.
Sekiranya betul dakwaan di atas dan pemerintah hari ini memberikan fokus kepada objektif untuk menguburkan riwayat politik Anwar, jawapannya, ya, memenjarakan Anwar memang mampu menamatkan karier politik Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Top UK paper calls Najib ‘authoritarian’, predicts Anwar conviction

Posted: 13 Dec 2011 08:13 PM PST

Najib appeared to be operating as though Anwar's conviction was a foregone conclusion, Tisdall said. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 14 — Datuk Seri Najib Razak's image took another major beating today when leading British daily The Guardian predicted Datuk Seri Anwar Ibrahim would soon become a victim of "egregious, politically suspect injustice" in his sodomy trial. In a scathing commentary, the UK daily's assistant editor and foreign affairs columnist, Simon Tisdall, even urged Malaysia's western allies in the UK and US to "take a closer look at their friend."
Read More / Baca Lagi >>

WACANA SINAR HARIAN : PRU 13 - UNDI SIAPA JADI PENENTU ? Full

Posted: 13 Dec 2011 08:10 PM PST

AGENDA MAMAK DI SEBALIK PERJUANGAN MELAYU UMNO..

Posted: 13 Dec 2011 08:09 PM PST

Agenda perjuangan Mamak kini makin menampakkan hasil yang yg positif...dengan menggunakan nama melayu diatas perjuangan melayu, mamak ini akan terus memegang takhta sebagai pemimpin melayu umno.

Selagi Melayu sejati terus tidur dibuai mimpi,Mamak melayu terus merencanakan strategi untuk terus berkuasa untuk merampas Umno ditangan Melayu.
Bekas pemimpin Umno no 1 yg juga bukanlah keturunan melayu yang sebenar telah berusaha untuk merampas umno di tangan melayu yang sebenar..rancangan itu berjaya apabila Umno telah diharamkan dan no siri keahlian baru telah dikeluarkan yang mana bekas pemimpin umno no 1 telah mendaftar keahlian umno no 1 dan kini Umno menjadi Umno Baru yang diasaskan oleh bukan Melayu sebenar..
Read More / Baca Lagi >>

Post GE13 political scenarios -2

Posted: 13 Dec 2011 08:06 PM PST

Sakmongkol AK47

DEC 14 — About my having big time grudges or even hating Anwar Ibrahim, let me say this: Just how do you arrive at that judgment?
Because I don't write good things about him?  Some of these PKR diehards must have a short memory. If they go into my archives, they will see that Umno people are accusing me of being pro-Anwar.
One of them must also be the vermin who insisted that I hate Anwar whenever I wrote something unflattering or not advantageous to Anwar. I advise them, if they want to see the real hate writings on Anwar, to go visit the extreme pro-Umno bloggers.
Read More / Baca Lagi >>

Political gimmicks to con voters

Posted: 13 Dec 2011 07:45 PM PST

Umno leaders are playing a dangerous game and leading the nation towards the brink of destruction when they choose to play the race card at the drop of a hat.

Umno, MCA and MIC never fail to use the race card to gain support from the Malays, Chinese and Indians respectively. This race card is the trump card which the British colonialists had left as a legacy to those three parties in the then "Alliance Formula".
Therefore, the opposition will always find it difficult to win the general elections due to these three parties always availing themselves of the ace from the deck of cards dealt by the past colonial masters.
This means that even before Independence itself, the cards have always been stacked against the opposition as the rakyat's minds are already pre-conditioned with the issue of race.
Read More / Baca Lagi >>

Pesta Hina Hukum Hudud

Posted: 13 Dec 2011 07:41 PM PST

Oleh: Rossem

Isu hudud memakin panas setelah reda beberapa minggu. Lebih membahang bila wujud klip video berjudul Sembang Rakyat yang sedang tersebar di dalam internet lewat Youtube yang jelas menghina perundangan Islam khususnya hukum hudud. Klip video 10 minit itu mempertikaikan keberkesanan hukum yang telah disyariatkan Allah SWT sebagai undang-undang.

Sembang Rakyat dibikin seperti sperti sebuah drama, lokasinya dalam kedai kopi, beberapa orang dari pelbagai kaum termasuk pelakon wanita mengambil bahagian. Dibikin menggunakan kepakaran teknologi pembuatan klip vedio yang terancang. Ia cepat tersebar lewat facebook.
Read More / Baca Lagi >>

TU DIA UMNO!!! Guna Bomoh Nak Menang Pilihanraya..!!

Posted: 13 Dec 2011 07:37 PM PST


Macam-macam la karenah orang UMNO ni  bila Pilihanraya Umum semakin menghampiri. Kenyataan Mahathir ni seolah-olah pengalaman sendiri je. Mungkin sepanjang 22 tahun jadi PM, budaya main bomoh ini mungkin perkara biasa. Maka penulis dapat rasakan teguran Mahthir ini membuktikan puak-puak UMNO ni memang takut kalah pilihanraya. Cuma bergantung pada bomoh saja. Kita tengok je nanti...
Dr M: 'Usahlah cari bomoh kerana ingin menang'
Read More / Baca Lagi >>

Laman lawak antarabangsa perlekeh Rosmah

Posted: 13 Dec 2011 07:34 PM PST


KUALA LUMPUR, 14 Dis: Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat sesuatu untuk menghentikan dirinya dari terus dipermainkan akibat dari karenah isteri beliau.

Terbaru, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor telah dipermainkan dalam laman lawak antarabangsa terkenal, 9gag.com dengan tajuk "Prime Minister's wife".

"Rosmah telah didakwa membelanjakan US$203,150 wang awam untuk membeli bag tangan.Read More / Baca Lagi >>

PAS bimbang kebanjiran warga Afrika

Posted: 13 Dec 2011 07:32 PM PST

KUALA TERENGGANU, 14 Dis: PAS melahirkan rasa kebimbangan dengan 'kebanjiran' pelajar warga Afrika yang mutakhir ini mengundang pelbagai masalah.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik (gambar) berkata mutakhir ini terlalu banyak kes jenayah yang membabitkan para pelajar daripada negara-negara Afrika, terutamanya  di sekitar Lembah Klang.

Katanya, kes-kes tersebut tidak boleh dilihat sebagai kes biasa kerana turut membabitkan siri-siri jenayah yang berlaku di kalangan para pelajar dan belia di negara ini.

"Walau pun banyak operasi telah dilakukan tetapi jumlah kes yang disiarkan tidak pernah berkurangan malahan makin meningkat.

"Iaitu, sebanyak 89 warga Afrika termasuk lima wanita ditahan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan penglibatan dalam sindiket penipuan Antarabangsa," ujarnya melalui satu kenyataan akhbar kepada Harakah, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: Menteri akui BN lebih tertekan

Posted: 13 Dec 2011 07:31 PM PST

SHAH ALAM, 14 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa BN lebih tertekan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berbanding Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun kedudukan BN dan Pakatan Rakyat dilihat seimbang pada waktu ini, namun beberapa isu semasa yang membelit Umno BN ketika ini menjadikan parti pemerintah itu dalam tekanan.

"Saya akui kedudukan sekarang seimbang antara kedua-dua parti politik yang bertanding.

"Walau bagaimanapun terdapat tekanan kepada Barisan Nasional dengan isu-isu semasa, dan sebab itulah saya datang untuk mendapatkan 'feedback' bukannya 'feedlot'," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Suara UMNO : Hentikan tohmahan terhadap Shahrizat

Posted: 13 Dec 2011 07:29 PM PST


KUALA LUMPUR - Setiap pemimpin Barisan Nasional (BN) diminta menghentikan segera tohmahan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, seharusnya pemimpin BN tidak terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan media pembangkang kerana isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.
Katanya, Shahrizat tidak seharusnya menjadi 'mangsa kecaman' hanya kerana Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah suaminya.
"NFC merupakan syarikat swasta yang tidak ada kena-mengena dengan diri Shahrizat dan kementerian yang diterajuinya. Malah, NFC mempunyai perancangan sendiri bagaimana untuk menjelaskan pembayaran pinjaman tersebut.
Read More / Baca Lagi >>