Cursing Malay : Terus Terang |
Roti Klasik Gardenia Lawan Roti Pendatang Baru Massimo Posted: 13 Dec 2011 06:59 PM PST Setiap produk dalam negara pasti mengalami suatu proses yang diberi nama "shrink ray process" di mana secara senyap-senyap, produk tu mungkin akan penyusutan berat atau pengurangan ingredient tetapi dengan harga yang tidak berubah (selalunya naik lebih mahal). Benda ni aku cukup nampak pada satu benda yang aku selalu beli iaitu McDonald Strawberry Milkshake. Satu masa dulu Milkshake McDonald ni agak payah nak disedut sebab kandungan shake yang agak pekat dan likat.Sekarang ni? Sedut pakai straw biasa aje lepas. Harga makin mahal pulak tu. Jadi,dalam minggu lepas, aku dengan isteri beli roti. Biasa beli roti Gardenia...saja aje nak cuba roti brand Massimo.Boleh dirasakan perbezaan antara kedua-dua roti. Roti Massimo jauh lagi sedap dan aku makan dua keping dah kenyang. Gardenia? Selalunya aku tibai dalam 4-5 keping baru cukup. Beli dan cubalah roti Massimo.Aku langsung tidak dibayar untuk mempromote benda ni. Aku ikhlas mengatakan, roti Massimo lebih sedap dari Gardenia dan aku harap Gardenia dapat improve kualiti roti dia. Gardenia dah terlalu lama jadi market leader tanpa ada pesaing yang betul-betul kuat mengakibatkan kualiti dia agak menurun. Kalau asyik pilih yang roti yang sama aje, macam mana kita nak tau yang brand lain macam mana kan? Kalau kita sendiri dah fixated diri kita dengan satu aje brand roti, macam mana kita nak nampak faedah roti brand lain? Banyak jugak sebenarnya kekurangan roti Gardenia ni tapi semua hanyalah jelas kelihatan pada aku..bila roti Massimo ni muncul. Kalaulah roti Massimo ni tak muncul, aku rasa seumur hidup aku, itu aje la roti yang aku akan beli dan pilih. Bila ada persaingan, consumer yang akan menang. Itu aje lah aku nak cerita hari ni. Kalau dah berpuluh tahun makan roti yang sama, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada roti Massimo, satu opsyen baru untuk rakyat Malaysia? ps - Ada lagi ke produk-produk yang anda rasakan berlaku "shrink ray process" yang kualiti makin kurang dan harga makin mahal? Sila informkan di dalam komen. |
You are subscribed to email updates from Cursing Malay : Terus Terang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan