MIMPI SENJA |
- Isu Lembu Shahrizat : Mohamad Salleh akan ambil tindakan ...
- Hasil kajian : 70% - 80% rakyat Kelantan menyokong TGNA
- Perebutan kuasa peringkat tertinggi : Muhyiddin vs Najib
Isu Lembu Shahrizat : Mohamad Salleh akan ambil tindakan ... Posted: 13 Dec 2011 09:45 PM PST KUALA LUMPUR — Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail. Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. "Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya," kata beliau dipetik Berita Harian. Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil (gambar) itu berkata, "saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai." Ekoran pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu, isu itu menjadi sasaran serangan dan pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat. Desakan agar Shahrizat meletakkan jawatan semakin meningkat termasuk pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. Semalam, Ketua Umno Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee meneruskan desakan dengan yang terbaru menggesa suami Shahrizat yang mengetuai NFC supaya tidak lagi membebabnkan partinya. Syed Ali menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno. "Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya," kata beliau dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya. Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC. Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu. Awal minggu ini, ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Mohamad Salleh agar lebih aggresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek NFC bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan. Puad berkata, tuduhan terbaru berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan. -themalaysianinsider |
Hasil kajian : 70% - 80% rakyat Kelantan menyokong TGNA Posted: 13 Dec 2011 07:19 AM PST "Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah (calon Menteri Besar) yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang," kata presiden Zaid Ibrahim. SHAH ALAM: Presiden Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menafikan bahawa beliau menyokong Barisan Nasional (BN) menang di negeri Kelantan. Sebaliknya beliau hanya menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah calon terbaik BN untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. "Saya menulis dalam twitter kalau BN menang, Mustapa adalah yang terbaik. Tapi itu bukan bererti saya mahu BN menang. Saya kata kalau BN menang. Lagipun BN adalah pembangkang di Kelantan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel Wacana Sinar bertajuk: PRU-13 Undi Siapa Jadi Penentu di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini. Hadir menjadi panel termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kita untuk menyertai Pakatan, beliau berkata parti itu belum bersedia untuk menyertai Pakatan Rakyat. Sementara itu, menurut Abu Hassan berdasarkan data kajian yang dilakukan mendapati 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan masih menyokong Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Abu Hassan berkata, walaupun terdapat desakan parti Umno di negeri itu namun melalui persoalan akademik sokongan rakyat Kelantan ke atas Nik Aziz masih tinggi berbanding Datuk Husam Musa dan Mustapa. "Asas kepercayaan politik berdasarkan data menunjukkan 70 hingga 80 peratus rakyat Kelantan menyokong Nik Aziz secara individu sebagai ahli politik dan Menteri Besar. 'Tapi sokongan ke atas Tuan Guru terlalu tinggi berbanding Husam dan Mustapa," katanya ketika ditanya mengenai desakan Umno agar Nik Aziz tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang - FMT |
Perebutan kuasa peringkat tertinggi : Muhyiddin vs Najib Posted: 13 Dec 2011 05:26 AM PST KOMENTAR Sememangnya presiden Umno Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin tidak seia sekata. Malah, terdapat persaingan sengit antara mereka sebelum Najib ditabalkan sebagai presiden UMNO selepas Abdullah Badawi dipaksa pemimpin atasan untuk bersara awal. Nama Muhyiddin sekarang semakin terkenal di kalangan komuniti Melayu.Telah beberapa kali timbul cakap-cakap tentang siapakah paling layak bertanding untuk jawatan presiden walaupun dirinya dan Najib sering dipersembahkan secara bergandingan oleh media kawaanl kerajaan supaya nampak akrab. Jangan salah anggap kerana mereka sememangnya sentiasa bersaing. Sejauh manakah setianya si timbalan? Malangnya, pada tahun 2008, mantan perdana menteri Mahathir Mohamad telah memutuskan bahawa Najiblah yang layak mengambil alih tugas Badawi seperti mana yang dijangka oleh kebanyakkan orang. Muhyiddin begitu kecewa kerana telah dikalahkan oleh Najib pada saat-saat akhir. Namun, apakan daya, Mahathir masih lagi merupakan tunggak yang mempunyai kuasa dalam UMNO. Jika ditentang, pasti geng-geng politik samsengnya akan menanti. Muhyiddin tidak dihiraukan oleh Badawi kerana dia terlalu sibuk menyiapkan menantunya, Khairy Jamaluddin pada masa pemerintahannya sebagai PM. Muhyiddin telah terbiar sendirian namun tidaklah dalam kegelapan. Pada masa itulah Muhyiddin belajar untuk berdikari sendiri walaupun tidak pernah bersendirian. Keinginan untuk memegang jawatan tertinggi masih kuat bagi Muhyiddin lebih-lebih lagi pada masa ini. Ini kerana umurnya serta peluang yang ada di depan mata. Najib sangat lemah, dibebani pula oleh masalah dan dilemma yang tiada henti. Tapi, jujurkah Muhyiddin bila berkata bahawa dia adalah timbalan yang setia? Bukankah dia telah berjanji untuk tidak mencabar jawatan presiden. Adakah Muhyiddin akan membiarkan Najib memijak-mijaknya? Perpecahan Sebenarnya, Muhyiddin sudahpun melancarkan beberapa strategi bersama beberapa orang penasihatnya dan sekumpulan kecil penyokong. Walaupun ada kekurangan, kita masih boleh merasakan kesannya apabila dia mempersoalkan konsep 1Malaysia apabila Najib mula-mula mengumumkannya dulu. Muhyiddin kemudian menunjukkan keyakinannya apabila mengumumkan bahawa dia orang Melayu dulu, kemudian orang Malaysia. Muhyiddin kemudiannya semakin berani menentang Mahathir apabila memberhentikan pelaksaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan bukan Inggeris seperti yang diperkenalkan oleh Mahathir. Ternyata, Muhyiddin cuba untuk menunjukkan bahawa dia mampu untuk mengikut kata hatinya sendiri justeru mendapat sokongan yang lebih lagi dari akar umbi kerana keberaniannya ingkar kepada Najib di saat-saat akhir. Ya, sememangnya dia boleh buat apa saja yang dikehendakinya, seperti pada perhimpunan agung UMNO dimana dia melafazkan baiah untuk taat setia apabila realitinya, dia akan menentang Najib habis-habisan untuk kerusi presiden. Sama jugalah seperti Najib jika berada di tempatnya. Muhyiddin tidak akan kehilangan apa-apa pun. Untuk menang, Muhyiddin tahu dia tidak memerlukan sokongan 100% dari UMNO. Apa yang diperlukannya adalah untuk membuat bising tentang isu-isu akan memecah-belahkan UMNO supaya Najib dan rakan-rakan pengampunya akan terpaksa akur. Tekanan semakin memuncak untuk Najib melepaskan jawatan jika ingin menyelamatkan UMNO dari perpecahan yang lebih dasyat dengan bakal berlangsungnya pilihanraya ke 13. Pencacai-pencacai Najib Muhyiddin juga tahu bahawa orang-orang Najib sedang sibuk menjaga hal masing-masing. Mereka juga tahu bahawa kedudukan Najib amat lemah, dengan kelembapan ekonomi, ketidakstabilan politik dan parti pembangkang yang semakin popular saban hari. Tidak sukar untuk mempengaruhi mereka yang berada di atas pagar. Lebih-lebih lagi, Muhyiddin yang kurang skandal berbanding Najib dan telah membuktikan bahawa dia lebih berani. Ramai yang berkata bahawa Muhyiddin telah terlambat. Namun, apa yang perlu dilakukannya adalah hanya berusaha dengan lebih gigih lagi dan fokus kepada cara untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi UMNO yang tidak senang akan Najib. PM sememangnya terlalu sibuk untuk fokus pada apa-apa. Terlalu banyak jalan-jalan di luar negara dan aktiviti melancong yang telah dijadualkan. Memang ramai pemimpin UMNO yang tidak senang akan Najib. Jelaslah bahawa Najib sedang sibuk meletakkan orang-orangnya untuk menjadi calon di Johor dan bahagian lain untuk melumpuhkan kemaraan Muhyiddin. Ramai yang berpendapat bahawa Mahathir sudah memberi lampu isyarat untuk Najib tapi tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk Najib. Dia telah berbuat begitu pada tahun 2008 tapi Najib gagal menunjukkan prestasi cemerlang. Ada kemungkinan Mahathir akan memilih orang lain pada tahun 2012, pada masa pemilihan parti dijalankan. Pada usia 86 tahun, Mahathir masih bijak. Dia tidak akan menampakkan dirinya terlalu awal, tidak sehingga ia terlalu jelas bagi semua. Mahathir tidak boleh menyokong sesiapa saja. Dia perlu memastikan masa depan politik dan kewangan untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Dalam erti kata lain, dia belum lagi membuat keputusan siapa hendak disokong untuk menjadi presiden UMNO yang seterusnya sehingga ia nampak dengan lebih jelas lagi. Tanda lebih jelas Dari Muhyiddin, buat masa ini, Mahathir mahu lihat lebih banyak bukti dan kesetiaan. Muhyiddin telah menunjukkan bahawa dia bebas melakukan apa saja dan ini menakutkan si autokratik Mahathir. Najib hanya boleh diterima Mahathir semasa hayatnya. Mahathir boleh mengawal Najib yang sememangnya lembap. Tapi, bila Mahathir sudah tiada Najib boleh jadi orang suruhan siapa saja. Apa akan berlaku pada anak cucu Mahathir? Isteri Najib, Rosmah Mansur, pasti tersenyum apabila membaca ini. Selain daripada perang dingin antara si nombor 1 dan 2, ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO yang sibuk merencanakan sesuatu untuk pemilihan parti pada tahun 2012, yang dijangka agak sengit. Malaysia Chronicle akan membawakan bahagian 2: Pertelingkahan dalam Umno- persengketaan peringkat bahagian. Malaysia Chronicle |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan