Selasa, 6 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Noh Omar nak saman Selangorkini

Posted: 06 Dec 2011 05:45 PM PST

SERDANG: Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada Selasa mendakwa akhbar milik kerajaan Selangor sengaja menyiarkan berita-berita rekaan dan tidak berasas mengenai dirinya.

Noh berkata tujuan akhbar 'Selangorkini' adalah untuk memburukkan imej dan kredibilitinya sekaligus menjatuhkan beliau pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata, rakyat negeri itu tidak akan terpedaya dengan fitnah dan taktik kotor kerajaan Pakatan yang gagal membawa pembangunan dan perubahan drastik di negeri ini.

Katanya, beliau akan menghubungi peguamnya untuk melihat kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar itu.

"Mereka nak hilangkan kepercayaan rakyat Selangor kepada kepimpinan saya, sebab itu dia (kerajaan Selangor) kata saya lesapkan duit, dia kata pesawah semua nak saya letak jawatan. Mereka cari apa saja cara untuk bunuh orang Umno. Jadi mereka buat fitnah, itulah kerja mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Inovasi MARDI 2011.

Noh berkata, beliau juga sedia berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung isu-isu yang dibangkitkan itu bagi membolehkan rakyat sendiri menilai dan memahami kebenarannya

Lagi artis kawin juta-juta

Posted: 06 Dec 2011 04:25 AM PST

Selepas selamat diijabkabul pada 20 November lalu, pasangan pengantin baru Azline Binti Ariffin atau Ezlynn, 30, dan Adam Fahmy Shamsudin, 35, bakal diraikan dalam sebuah resepsi mewah pada 11 Januari hadapan. Majlis bertemakan Musim Luruh Sepanyol dengan konsep Mediteranean itu ditaja oleh Rafflesia Pearl Centre dengan nilai yang hampir sama dengan majlis resepsi Norman Hakim – Memey Suhaiza sebelum ini iaitu RM12 juta.

Dalam sidang media yang diadakan di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur petang kelmarin, Perunding Perkahwinan, Bill Bora memberitahu majlis resepsi itu melibatkan kos yang tinggi kerana ia melibatkan penggunaan mutiara bergred tinggi untuk gaun pengantin dan barangan kemas yang akan digayakan oleh Ezlyn nanti.

"Mungkin ramai yang tidak percaya apabila kita umumkan majlis resepsi Memey – Norman Hakim tempoh hari bernilai RM12 juta. Ingin saya jelaskan di sini jumlah itu memang benar kerana ia melibatkan penggunaan mutiara bergred tinggi. Sama seperti resepsi Ezylnn dan Adam ini nanti. Rafflesia akan menggunakan Mutiara Putih Laut Selatan dan Mutiara Hitam Tahiti untuk kedua-dua gaun pengantin.

Anggaran harga untuk sepasang gaun ialah RM400,000 hingga RM 500,000 setiap satu. Manakala untuk barangan kemas yang akan digayakan bernilai di antara RM3.8 juta hingga RM 4 juta. Nilai barangan kemas ini sangat tinggi kerana setiap butir mutiara bernilai kira-kira RM80,000. Jadi, nilai tajaan yang kami umumkan bukanlah tidak benar atau sengaja direka-reka untuk memancing perhatian ramai," ujar Bill Bora.

Gaun Pengantin Rafflesia Ezylnn akan direka oleh Sya Sharini bersama dua lagi individu lain iaitu Sharifah Mariam Syed Mohd untuk tail dan Liza Azulkarnain untuk Veil. Sementara pelakon sensasi, Neelofa diberi tanggungjawab untuk mereka kasut yang akan dipadankan dengan gaun. Persalinan untuk pengantin lelaki pula mendapat penajaan daripada Lord's Tailor.

Bercerita tentang gaun kedua yang akan digayakan Ezlynn nanti, Bill Bora memberitahu, pihak Rafflesia sedang berusaha untuk mendapatkan gaun perkahwinan daripada pereka fesyen Eropah.

"Kalau boleh kita mahu gaun pengantin yang dihasilkan oleh pereka Eropah kerana lebih sesuai dengan tema perkahwinan ini. Kita telah fikirkan beberapa nama, tetapi tengoklah macamana nanti. Bagaimanapun, gaun kedua ini juga akan digayakan dengan barangan kemas mutiara yang berharga kira-kira RM4 juta," ujar Bill Bora lagi

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MAAFKAN AKU, PAPAGOMO

Posted: 06 Dec 2011 07:00 PM PST


HARI ini aku takde idea nak tulis apa-apa tapi terasa nak juga menulis.  Itu hari dua hari berturut aku tak menulis pasal keuzuran akibat demam.  Mungkin demam kerana kena sampuk atau terkena virus lembu yang bersidang kat `Place Where Talking Cow' (PWTC) yang saban malam memekak kat kaca TV aku.

Tiba-tiba hari ini sengaja aku buka blog mamat kaki mencarut Papagomo yang baru-baru ini telah dibuat laporan Polis oleh Amin Iskandar kerana blog beliau menfitnah Amin Iskandar.  Semenjak bila blog Papagomo tidak buat fitnah?  Bukankah beliau diberanakkan oleh maknya di dalam parit sememangnya untuk membuat fitnah di muka bumi ini?  Jika tiada fitnah, di mana papagomo nak mentekedarah kasi makan anak bini beliau yang memang sudah serasi dengan makanan haram sejak lahir lagi?

Belek punya belek blognya, aku mahu cuba cari kalau boleh satu je tajuk yang satu ayat pun tidak ada unsur fitnah.  Kalau aku jumpa, aku nekad nak jamu anak-anak papagomo sekali je merasa makanan yang halal untuk menjadi darah dagingnya.  Malang sungguh, aku tak jumpa.  Apa yang aku jumpa posting terbaru dalam blog mamat kaki `blue' ini adalah seperti berikut;

Kisah banjir di Kajang.  Dia kata banjir berlaku di Kajang baru-baru ini bagai Tsunami angkara PR memerintah Selangor.  Aku nak tanya, bangang ke tak apa yang Papagomo sebut tu?  Malas aku nak berhujah pasal isu ini pasal kalau aku jawab nanti orang kata aku bodoh cam dia juga.  Aku duduk Kuantan pun aku baru je meredah banjir yang luar biasa tengah-tengah bandar Kuantan.  Rupa-rupanya Pahang pun PR yang perintah selama ini.

Masuk pula tajuk lain.  Kali ini Papagomo cerita pasal Husam Musa, Naib Presiden PAS berpegang tangan dengan Cina Doll.  Ada gambar dia sertakan.  Sekali lagi aku terasa bodoh jika aku nak jawab tuduhan Papagomo tersebut kerana tengok pada gambar yang dia letak kat blog dia itu pun semua orang boleh tahu memang sahih Papagomo ni mata dia `bular' atau cacat.  Mungkin terlalu kerap menonton video seks ciptaan Datuk Eskay.  Sebenarnya dalam beberapa blog pro PR pun dah jawab isu gambar tersebut, cuma malas aku nak ulas memadai aku tengok gambar pada blog puaka tu pun aku dah boleh nilai tahap keringnya idea Blogger belaan Umporno ini.

Masuk lagi satu tajuk.  Dia ceduk Twitter kononnya Nurul Izzah yang punya.  Mamat yang dilahirkan dalam parit ni sebut Nurul Izzah dalam Twitternya mempromosi minum arak.  Hehehe...nak aku ulas ke cerita bangang cam ni?  Aku tengok copy Twitter dengan gambar Nurul Izzah tu pun aku tahu dah....Jadi, sekali lagi Papagomo terbogel.

Ni tajuk lain pula yang mana kali ini dia nak belasah Bung Mokhtar, MP dari Bn tu.  Pelik, mengapa dia belasah MP dari Bn pula ye?  Rupa-rupanya salah sikit je....pasal Bung Mokhtar desak Shahrizat letak jawatan atas isu NFC (feedlot) atau senang cerita kisah lembu dapat kondo tu lah....Kenapa pula mamat bangang ni marah sangat?  Mudah je....`lembu' akan marah jika tuan lembu diganggu.  Bukankah Papagomo sudah lama menjadi `lembu', maka tentulah beliau marah bila Bung Mokhtar sentuh tuan lembu.  Maka, beliau pun kata bahawa Bung Mukhtar desak Shahrizat letak jawatan adalah kerana ada `hubungan' di antara isteri Bung dengan Anwar.  Dia pun letak gambar isteri Bung Mokhtar sedang bersalam dan mencium tangan Anwar.  Ooohh...itu lah hujah kononnya yang menyebabkan Bung Mokhtar desak Shahrizat letak jawatan ye? 

Korang nampak tak betapa bankrapnya Blogger pencacai pengutip sampah seperti Papagomo ni cari makan?  Apa pun, aku berdukacita tak dapat nak tunaikan hajat aku nak kasi anak-anak dia merasa sekali je makanan yang halal sebab aku tak jumpa satu patah pun ayat yang tidak mempunyai unsur fitnah dalam blog beliau.  Maafkan aku ye, Papagomo.  Tak pe lah, aku akan cuba lain kali selagi dia tak mampus./wfauzdin.blogspot.com


PAKATAN RAKYAT JANGAN TERPEDAYA HELAH ZAID IBRAHIM

Posted: 06 Dec 2011 07:44 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEDIKIT pun tidak mengejutkan apabila Presiden KITA, Zaid Ibrahim mula bersikap positif terhadap Pakatan Rakyat setelah beliau mengumumkan sebelum ini tidak akan mengganggu kawasan Najib dan Muhyiddin di dalam PRU akan datang.

Bukan beliau tidak tahu perjuangan Pakatan Rakyat adalah untuk menguburkan Umno khususnya yang menjadi tunggak kerajaan sekarang, dan Umno sekarang dipimpin oleh Najib dan Muhyiddin.  Menyelamatkan Najib dan Muhyiddin bererti ingin menyelamatkan Umno walaupun tewasnya Najib dan Muhyiddin tidak bererti tewasnya Umno atau sebaliknya.  Ini yang Zaid mahu lakukan sebelum ini.  Dan, sekarang Zaid menyebut mahu menunjukkan solidariti dengan Pakatan Rakyat, bukan bererti Zaid ingin menarik balik hajatnya untuk tidak mengganggu Najib mahu pun Muhyiddin. 


Zaid Ibrahim terbaru menyebut, " Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Sesiapa yang mengenali politik Zaid tidak mudah termakan dengan apa yang diucapkan oleh bekas pemimpin PKR ini.  Jika dahulu beliau ahli Umno dan menyanjung Umno, kemudiannya tidak lagi mempercayai Umno dan menyertai PKR atas kepercayaan kepada kepimpinan DS Anwar, kemudiannya keluar dari PKR atas sebab tiada lagi keyakinan kepada DS Anwar.  Beliau menerajui KITA yang awalnya dilihat pro kepada Umno/Bn apatah lagi apabila beliau menyebut tidak akan meletakkan calon di kawasan Najib dan Muhyiddin bertanding.  Siapa yang masih sempit akalnya boleh yakin dengan kata-kata beliau yang terkini itu?

Bagi saya, selagi Zaid atau KITA tidak berada di dalam saf Pakatan Rakyat, KITA perlu kita anggap sebagai musuh seperti juga Umno/Bn dan calon-calon yang bertanding atas tiket Bebas di dalam PRU nanti.  Sehubungan itu, Pakatan Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan helah Zaid yang mungkin mulai merasa Umno bukan lagi harapan untuk parti beliau bergantung nasib./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Ulama kelirukan Hudud kpd bukan Islam

Posted: 06 Dec 2011 08:35 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Dis 2011 Forum berjudul 'Hudud dan implikasinya' di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur bagi menolak beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. Ahli panel terdiri dari Presiden JUST  Dr ChandraMuzaffar, Pengerusi Ulama Muda Umno Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz Mohd Kamal Saidin selaku penasihat ugama  Mentri besar Terengganu. Hadir bersama adalah Presiden MCA Chua Soi Lek, Naib Presiden Liow Tiong Lai, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.
Forum merumuskan PAS sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka atas sebab-sebab demikian:
1.    Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.
2.    Meliwat ke atas isteri juga tidak dimasukkan dan dibenarkan. Dalam Islam, ini sepatutnya haram.
3.    Hukum hudud PAS hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam. Contoh; mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa. Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.
4.    Islam ugama adil dan Allah bersifat Pengampunan maka hukuman potong tangan kepada pencuri bukan penyelesaian hukuman.


Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin tidak bertanggungjawab dan mengelirukan diminta kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.
 
Takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain. Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan. Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.


ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.


ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media. Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu Parti Komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


HA...HA..HA TAUKE LEMBU BAGI PERINGATAN.UCAPAN TERAKHIR SEBELUM DITENDANG DARI UMno..LEMBU-LEMBU TEPUK TANGAN

Posted: 06 Dec 2011 07:49 AM PST

DAH TAU DAH SALAH..YANG PI DOK TEPUK TANGAN SOKONG BABI BUTA TU BUAT APA?
KALAU JADI PROJEK LEMBU TU TAK PA LA JUGAK...NI PI BELI BENDA LAIN...APA PUNYA MENTERI...HANG SELAK LA KAIN HANG....OOOO DEDAH HANG PUNYA SKANDAL HANG PI MAKI HAMUN ORANG DENGAN KES LAIN.....NI YANG SURUH HANG LETAK JAWATAN......LU SAPA????....

Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat 'jalan', kata Raja Nong Chik

Transformasi juara rasuah Umno-BN — Mohd Rashidi Hassan

Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur


AMBIK KAU SHAHRIZAT.....................


JANGAN MIMPI TAWAN SELANGOR

Posted: 06 Dec 2011 07:44 AM PST

YB Sim Lancarkan Internet Percuma untuk Warga Kampung Jawa.

Posted: 05 Dec 2011 11:13 PM PST



Bayan Baru – ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin telah melancarkan computer dan internet percuma di Kampung Jawa Bayan Baru sabtu pagi tadi. YB Sim telah menderma 4 buah komputer dan memasang internet ke perpustakaan desa yang terletak di bangunan JKKK di Kampung Jawa. Projek ini dipercayai julung-julung kali diusahakan oleh seorang ADUN kawasan. Jumlah yang terlibat adalah lebih kurang RM10,000.

Mengikut YB Sim, ada 4 lagi projek sedemikian akan dilancarkan dalam masa terdekat. Beliau telah Berjaya mendapat tajaan computer dan internet dari pihak swasta dan peruntukan Kerajaan Negeri.


"Apabila saya melawat kawasan, saya dapati ramai keluarga kurang kemampuan memilik komputer, apatah lagi internet. Ini menyebabkan jurang digital yang luas antara yang miskin dan kaya. Saya rasa perlu berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak belajar komputer sejak awal lagi."

Begitulah lahirnya konsep internet percuma ke kawasan desa melalui JKKK. YB Sim menyumbangkan komputer dari peruntukan kerajaan negeri tahunan. Beliau juga Berjaya mendapat tajaan internet dari TM Streamyx selama satu tahun. Beliau janji akan teruskan internet jika sambutan menggalakkan.

YB Sim juga diketahui ramai mementingkan budaya membaca di kalangan pelajar. Awal tahun ini, beliau bekerjasama dengan beberapa JKKK untuk mengutip buku lama dari kalangan orang ramai dan disalurkan kepada perpustakaan mini.

"Tabiat membaca amat penting kepada kanak-kanak. Saya mendapat manfaat yang besar kerana ditanam budaya membaca oleh ibu-bapa. Saya juga suka mengunjung perpustakaan semasa persekolahan. Saya harap sebarkan budaya membaca kepada kanak-kanak sekarang. Ini mendorong saya memberi peruntukan besar untuk menubuhkan perpustakaan mini." Beliau mengulas.

"Perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kita mementingkan pendidikan dan masa depan kanak-kanak kita. Peruntukan disalurkan kepada rakyat demi kebaikan rakyat. Manakala menteri-menteri UMNO/BN hanya mementingkan kaum kerabat sendiri sahaja." Tambah YB Sim

Turut hadir pada majlis pagi tadi adalah ahli Majlis MPPP Hj Rashid Hasnon, Pengerusi JKKK Kg Jawa En Thambu, pengerusi JKKK Mahsuri Puan Latifah Husinsa, JKKK Jalan Tengah Utara En Teh Kim Chuan dan penyelia perpustakaan mini Kg Jawa Sdri Syikin. Seramai lebih kurang 50 kanak-kanak turut hadir majlis pelancaran internet Percuma


--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
www.facebook.com/simtzetzin
twitter: @simtzetzin

MELAYU MANA YANG UMNO NAK SELAMATKAN

Posted: 05 Dec 2011 11:02 PM PST




Saksikan klip video ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pakatan Rakyat semalam. Di dalam klip ini, Anwar menangkis tanggapan yang Umno kononnya mahu bela orang Melayu.

Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai.

Posted: 05 Dec 2011 11:00 PM PST

LEMBAH PANTAI, 6 DIS : Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mendedahkan kepada media pelbagai percanggahan maklumat pengundi pos di kawasannya.

Menurut izzah, sekurang-kurangnya 97 percanggahan dapat dikesan pihaknya termasuk seorang pengundi yang didaftar diatas nama "Balai Polis Kerinchi".

Nama yang dikesan ini merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011.

Merujuk kepada pangkalan data 'on-line' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Izzah mendedahkan kad pengenalan bernombor RF161872, secara rasmi di daftarkan atas nama Balai Polis Kerinchi.

"Saya tekankan ini bukan sahaja satu nama yang mengelirukan, malah ada pengundi dari kalangan anggota polis yang boleh mengundi di dua kawasan yang berlainan.

"Ini baru rekod pengundi pos, belum lagi kita semak rekod pengundi biasa dan perkara ini berlaku ketika kita bercakap soal pilihanraya yang telus, adil dan bersih," jelas Izzah.

Nurul Izzah berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai di sini hari ini.

Baharu-baharu ini, bercakap di lobi parlimen, Izzah menzahirkan kebimbangannya mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Nurul Izzah mendakwa bilangan pengundi pos diLembah Pantai naik mendadak 1,400 % dalam tempoh dua bulan sedangkan rekod pada 26 September lalu hanya 149 orang kemudiannya meningkat kepada 2,180 orang pada 2 November.

Lebih buruk lagi semakan yang dilakukan di Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terus terang kami terpaksa melakukan sendiri, kerana tiada jaminan daripada SPR untuk nama-nama ini diperbaiki.

"Persoalannya, bagaimana kita boleh pastikan bahawa SPR telah membersihkan nama-nama ini kerana sehingga kini pelbagai percanggahan maklumat dan ini adalah mustahil bagi SPR untuk membersihkannya," tegas Nurul Izzah.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Today in History for December 7th

Posted: 06 Dec 2011 09:58 PM PST

Harga barang naik mendadak

Posted: 06 Dec 2011 09:43 PM PST

Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga.

Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200.

Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Kerusi PAS, PKR di Kelantan kekal

Posted: 06 Dec 2011 09:37 PM PST

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antara PAS dan PKR di Kelantan selesai sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kedua-dua parti masing-masing telah bersetuju untuk mengekalkan 'staus quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan yang dicapai kira-kira dua bulan lalu itu juga bersetuju untuk mengekalkan kerusi kawasan bertanding masing-masing seperti mana 2008 tanpa sebarang perubahan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Pelajar Asing : KPT ‘Warning’ IPTS

Posted: 06 Dec 2011 09:32 PM PST

Putrajaya, 7 Dis : Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) supaya bertanggungjawab terhadap setiap pelajar asing yang menuntut di institusi masing-masing.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini banyak masalah ditimbulkan pelajar terbabit dan IPTS perlu memainkan peranan dalam membendung gejala yang tidak sihat di kalangan mereka.
Menurutnya, setiap masalah yang timbul boleh dielakkan jika IPTS terbabit memberi taklimat khas kepada pelajar asing bagi memastikan mereka tidak melanggar undang-undang negara.
Read More / Baca Lagi >>

Peminjam yang disenarai-hitamkan saman PTPTN

Posted: 06 Dec 2011 09:24 PM PST

ptptn logoSeorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen.

'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China.

"Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya  mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah.
Read More / Baca Lagi >>

BMF: Harta keluarga Taib di Malaysia saja RM4.6 bilion.....hasil simpanan sejak kecil tu..!!!

Posted: 06 Dec 2011 09:23 PM PST

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.Read More / Baca Lagi >>

UMNO Lagi : Bantuan RM500 Perlu Dapatkan Pengesahan JKKK Umno Terlebih Dahulu

Posted: 06 Dec 2011 09:20 PM PST

KANGAR – Pemberian bantuan RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dalam Bajet 2012 perlu mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Dun masing-masing untuk melancarkan proses pengagihan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, Kerajaan Negeri akan mengambil alih urusan memproses borang permohonan bantuan RM500 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memastikan tiada keluarga yang berkelayakan tercicir.

Menurutnya, LHDN masih terlibat secara langsung menguruskan permohonan setiap keluarga yang layak tetapi segala urusan termasuk pengisian borang akan diuruskan oleh Adun dan JKKK di setiap kawasan.

SPR mesti laksana 7 lagi tuntutan Bersih

Posted: 06 Dec 2011 09:15 PM PST

KUALA LUMPUR 7 Dis: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan tujuh lagi tuntutan gabungan itu, kata Ahli Jawatankuasa Pemandunya, Maria Chin Abdullah.
Sambil mengalukan pengumuman SPR melaksanakan dakwat kekal, Maria berkata, kesemua lapan tuntutan tersebut perlu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.
"Jika kelapan-lapan tuntutan Bersih tidak dilaksana sebelum PRU-13, pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa mengenai perjalanan sistem pilihan raya di Malaysia tetap kotor, penuh manipulasi dan berpihak untuk memenangkan Umno BN," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bukan dakwat kekal saja tapi banyak lagi perlu SPR laksanakan...

Posted: 06 Dec 2011 09:13 PM PST

Nasrudin Hassan berkata, SPR perlu membersihkan senarai nama yang berkod 71 di mana jumlahnya terlalu ramai dan mencurigakan.
PETALING JAYA: PAS menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang tetapi mendakwa banyak perkara yang perlu dilakukan suruhanjaya itu.
Ketua Pemuda Nasrudin Hassan berkata, SPR perlu membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir sama dan mencurigakan.
SPR, katanya perlu membersihkan senarai nama yang berkod 71 di mana jumlahnya terlalu ramai dan mencurigakan.
Read More / Baca Lagi >>

Suhakam probes Cambodian maid’s death

Posted: 06 Dec 2011 09:11 PM PST

Cambodia's opposition MP says this is the first case filed and accepted officially in Malaysia.
PETALING JAYA: Suhakam has accepted for the first time a complaint from Cambodia over the death of a ninth Cambodian domestic worker in Malaysia.
Pov Nich, 18, arrived in Malaysia on Aug 28. Two months later, her mother was informed by the recruitment agency in Phnom Penh of her daughter's sudden death.
The agency claimed that Pov Nich collapsed after taking the wrong medicine and died following further complications at the hospital.
On Monday, prominent Cambodian opposition MP Mu Sochua (photo) wrote to Suhakam commissioner, Muhammad Sha'ani Abdullah urging for investigations into the vague circumstances of Pov Nich's death and employment.
Read More / Baca Lagi >>

Bila angin monsun bertiup kencang

Posted: 06 Dec 2011 09:10 PM PST

Adakah Umno - salah sebuah parti politik di dunia yang paling lama memerintah - juga akan tumbang dilanda arus kebangkitan rakyat kali ini?

Desakan dan tekanan rakyat yang dahagakan perubahan seperti tercetusnya 'Arab Spring' dan seterusnya merebak ke Singapura dan Thailand (seperti mana terbukti dalam keputusan pilihan raya mereka baru-baru ini) menjadikan Perhimpunan Agung Umno fokus utama.
Para pemerhati sedang mencari isyarat bagi menjawab soalan yang kritikal ketika berdepan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi.
Adakah Umno – salah sebuah parti politik di dunia yang paling lama memerintah – juga akan tumbang dilanda arus kebangkitan rakyat kali ini?
Isyaratnya banyak. Setelah menonton siaran langsung sesi perasmian perhimpunan itu baru-baru ini, gambaran pertama yang saya perolehi ialah para pemimpin utama parti itu yang berada di atas pentas kelihatan resah dan bimbang.
Read More / Baca Lagi >>

Is Pakatan ready for Putrajaya?

Posted: 06 Dec 2011 09:02 PM PST

Yes, say political analysts despite the perennial naysayers from Barisan Nasional.
PETALING JAYA: With general election just around the corner, talk is rife whether Malaysia's opposition is ready to helm the federal government.
Certain parties, especially the ruling BN government, have rubbished this notion. Their claim is that of chaos – that the country will fall into disarray if Pakatan Rakyat takes over.
However, several political observers interviewed by FMT, say the opposition, backed by their state government experience, can take Putrajaya, and keep it.
Going by 2008 general election, independent analyst Khoo Kay Peng said that Pakatan had no idea it was going to be in control of several state governments.
"Which alternative government is ready? Were they (Pakatan) ready in Penang and Selangor? I don't think they were ready, but those places did not collapse," he told FMT.
Khoo said that despite their inexperience, previous Auditor-General Reports have given Pakatan-run states a good mark.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz : Pas bukan alat DAP.....Dia berkawan dengan MCA tak apa pula

Posted: 06 Dec 2011 08:59 PM PST

nik aziz
SHAH ALAM- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Pas bukan alat kepada DAP sebaliknya, Umno kini dilihat telah dijadikan alat oleh MCA.
"Dia berkawan dengan MCA tak apa pula. Tapi saya nak kata yang kita tak jadi alat kepada DAP. Tapi Umno yang dah jadi alat MCA. Sebab apa? Sebab Umno tolak Islam kerana disuruh MCA. Umno itu Islam tetapi menolak Islam kerana MCA yang suruh. Sekarang siapa yang jadi alat? siapa yang jadi lembu?" katanya sambil disambut sorakan hadirin semasa berucap pada majlis Rapat Rakyat anjuran Pakatan Rakyat semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Soalan Sejarah SPM berkaitan UMNO yang telah bocoq beserta dengan jawapan sekali..!!

Posted: 06 Dec 2011 08:58 PM PST

Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik

Soalan2 utk kita jawab bersama:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
... C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO
Read More / Baca Lagi >>

AUKU Dan Autonomi Mahasiswa

Posted: 06 Dec 2011 08:52 PM PST

Kami pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) menempelak tindakan pihak kerajaan berkenaan dengan isu Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU).  Kami berpendirian bahawa isu berkenaan dengan kebebasan akademik amnya dan AUKU khususnya harus dipandang serius oleh pihak kerajaan.  Ini kerana pengumuman Perdana Menteri Najib Abdul Razak baru-baru ini untuk sekadar meminda AUKU adalah satu tindakan kurang bijak dan hanya dilihat sekadar bermain tarik tali tentang tuntutan pemansuhan AUKU oleh mahasiswa.
Read More / Baca Lagi >>

KOLEJ KRONI DAN KEMASUKAN ORANG ITAM

Posted: 06 Dec 2011 08:49 PM PST

SAMPAI BILA BARU SEDAR

NOTA:
jelas kemasukan warga kulit hitam
bersangkut rapat dengan kolej kroni
kolej kolej ini mahu pelajar

orang kulit hitam datang untuk satu
penggal dan kemudian hilang

masanya telah tiba untuk menghapuskan
masalah kulit hitam yang buat onar ini
kita kena hapuskan united malay national organisation
ini saja caranya

Read More / Baca Lagi >>

Liabiliti yang mesti pergi

Posted: 06 Dec 2011 08:45 PM PST


Nauzubillah.... kalau kamu ditimpa musibah di dalam UMNO, alamatnya mampuss-lah!! Lebih-lebih lagi, jika musibah itu kerana ketamakan dan kebodohan diri sendiri.

Mengapa mesti elakkan musibah, jika berada dalam UMNO?? Sebab.... yang berada dalam UMNO itu semuanya 'carnivore'. Ada serigala... ada vultures... ada pirana... ada hyena. Oooo.... dahsyat buruk laku orang-orang UMNO ni. Kawan makan kawan beb!! Cannibal, wa cakap lu. Lebih-lebih lagi, jika kawan sudah 'cedera' ditimpa musibah buatan sendiri, macam yang sedang berlaku ke atas Shahrizat Jalil, bini si tawkey lembu tu.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat Digantung Tugas Sehingga Selesai Siasatan..??

Posted: 06 Dec 2011 08:44 PM PST

Pemuda Pas menggesa Perdana Menteri menggantung tugas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini berikutan isu penyelewengan dana RM250 juta oleh syarikat milik keluarga Shahrizat dan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta menggunakan dana berkenaan.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor juga mahu polis mengambil tindakan segera menyiasat perkara tersebut.
"Kes ini amat berat dan penting kerana ia melibatkan integriti kerajaan serta pemimpin negara dan sudah menjadi perbualan umum dengan pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat, dan akan memberi kesan negatif pada pandangan masyarakat lebih-lebih lagi melibatkan pemimpin negara.
"Rakyat akan berasa malu jika imej negara menjadi buruk di peringkat antarabangsa kerana pemimpinnya sarat dengan skandal dan penyelewengan kuasa," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Penggunaan Dakwat Kekal, Jangan Terlalu Yakin..Perangkap Musuh Tetap Ada..!!!

Posted: 06 Dec 2011 08:39 PM PST

WALAUPUN Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya memutuskan untuk menerima cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan dengan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang, ia bukanlah bermaksud sistem pilihanraya kita telah benar-benar bersih dari penyelewengan dan salah guna oleh kerajaan Barisan Nasional.
Sebenarnya di luar sana ada banyak strategi manipulasi politik yang boleh digunakan parti pemerintah untuk memastikan kelebihan berpihak kepada mereka di dalam pilihanraya.  Kalau difikir-fikirkan sememangnya parti pemerintah tidak pernah mahu membenarkan parti-parti lawannya menang dengan mudah apatah lagi menyerahkan negeri-negeri tradisi mereka untuk diperintah pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

NFC: Shahrizat liabiliti Umno – Wanita Umno

Posted: 06 Dec 2011 08:34 PM PST

Sebab takut kehilangan jawatan dan kedudukan, kini wujud protes senyap dalam wanita Umno terhadap ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkaitan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mempunyai kaitan dengan ahli keluarganya yang telah terbongkar baru-baru ini.

Walaupun kelihatan ramai yang memberi tepukan menyambut ucapan penutup persidangan agung tahunan Wanita Umno oleh Shahrizat, namun ia tidak berkekalan apabila ada segelintir perwakilan yang mula mewujudkan sentimen protes secara diam berkaitan kontroversi penternakan lembu itu.
Read More / Baca Lagi >>

Masih Berkuasa : Mahathir beri isyarat Shahrizat perlu letak jawatan

Posted: 06 Dec 2011 08:31 PM PST

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba memberi isyarat agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan jika ianya memberi kebaikan kepada Umno.

Ia berikutan skandal isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan suami beliau dan pembelian kondominium mewah di sebalik dana penternakan lembu itu.

Ketika diminta mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat (PR) agar Shahrizat meletak jawatan, Tun Mahathir berkata, pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.

"Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur.
Read More / Baca Lagi >>

RUU Perhimpunan Aman Untuk Sekat Suara Mahasiswa

Posted: 06 Dec 2011 08:23 PM PST


Kuala Lumpur, 7 Dis : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengecam tindakan pihak Kerajaan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen baru-baru ini.
Presiden Gamis, Saudara Akram Ikrami Taib Azamudden menyatakan dengan tegas bahawa rang undang-undang yang diperkenalkan itu jelas membuktikan kerajaan tidak menjunjung tinggi ruang demokrasi sebagaimana yang dilaungkan selama ini.
"Kita melihat bahawa undang-undang ini dengan jelas ingin menyekat ruang rakyat khususnya mahasiswa untuk menyatakan apa jua pendapat dan pandangan mereka kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan.
"Adalah tidak releven apabila mereka yang berumur 21 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai himpunan aman, ini seolah-olah sengaja dibuat untuk mematikan gelombang suara mahasiswa," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

RCI for Sabah now, not after polls

Posted: 06 Dec 2011 08:19 PM PST

It's not the opposition who is capitalizing on the need for RCI but Umno who is playing politics with Sabahans' lives, says an MP.
KOTA KINABALU: An opposition MP has warned Prime Minister Najib Tun Razak not to delay setting up the Royal Commission of Inquiry (RCI) to investigate claims that citizenship was given to foreigners in exchange for their votes.
Sepanggar MP Eric Majimbun said Najib must resolve the long standing issue of the almost two million illegal immigrants in Sabah, their citizenship and Project IC scheme. The alleged scheme was set up to change the electoral composition of the state along communal lines.
"Those culprits who are involved in Project IC should be brought to justice according to the existing laws, as these people are the traitors of the country and Sabah in particular," he said.
He said to allow the next general election to be called without investigating the allegations would be perpetuating a fraud.
Read More / Baca Lagi >>

KL 30th most expensive city in Asia, survey shows

Posted: 06 Dec 2011 08:17 PM PST

Cyclists pedal their way past the Petronas Twin Towers during the last stage of the Tour de Langkawi in Kuala Lumpur February 15, 2009. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Dec 7 — Malaysia's capital was ranked the 30th most expensive city in Asia and 179th in the world, in a recent cost of living survey by global manpower services firm ECA International. Two other Malaysian cities were also included in the ECA survey of 400 locations worldwide. The survey results were released yesterday.
Read More / Baca Lagi >>

Act fast on Alstom bribery scandal probe, TI-M tells MACC

Posted: 06 Dec 2011 08:15 PM PST

Alstom chief executive Patrick Kron delivers a speech during the presentation of the company's annual results, in Paris, May 5, 2009. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Dec 7 — Transparency International Malaysia (TI-M) today urged national anti-graft officials to work with Swiss authorities and to act quickly in the latest bribery scandal to arrest Malaysia's corruption perception slide.  In a statement today, TI-M president Datuk Paul Low raised the questionable business dealings of French engineering giant Alstom in the country and called on the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) "to leave no stone unturned" in investigating if there were such corrupt practices as alleged.
Read More / Baca Lagi >>