WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- HA...HA..HA TAUKE LEMBU BAGI PERINGATAN.UCAPAN TERAKHIR SEBELUM DITENDANG DARI UMno..LEMBU-LEMBU TEPUK TANGAN
- JANGAN MIMPI TAWAN SELANGOR
- YB Sim Lancarkan Internet Percuma untuk Warga Kampung Jawa.
- MELAYU MANA YANG UMNO NAK SELAMATKAN
- Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai.
Posted: 06 Dec 2011 07:49 AM PST DAH TAU DAH SALAH..YANG PI DOK TEPUK TANGAN SOKONG BABI BUTA TU BUAT APA? KALAU JADI PROJEK LEMBU TU TAK PA LA JUGAK...NI PI BELI BENDA LAIN...APA PUNYA MENTERI...HANG SELAK LA KAIN HANG....OOOO DEDAH HANG PUNYA SKANDAL HANG PI MAKI HAMUN ORANG DENGAN KES LAIN.....NI YANG SURUH HANG LETAK JAWATAN......LU SAPA????.... Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat 'jalan', kata Raja Nong Chik Transformasi juara rasuah Umno-BN — Mohd Rashidi Hassan Lagi pemimpin Umno mahu Shahrizat berundur AMBIK KAU SHAHRIZAT..................... |
Posted: 06 Dec 2011 07:44 AM PST |
YB Sim Lancarkan Internet Percuma untuk Warga Kampung Jawa. Posted: 05 Dec 2011 11:13 PM PST Bayan Baru – ADUN Pantai Jerejak YB Sim Tze Tzin telah melancarkan computer dan internet percuma di Kampung Jawa Bayan Baru sabtu pagi tadi. YB Sim telah menderma 4 buah komputer dan memasang internet ke perpustakaan desa yang terletak di bangunan JKKK di Kampung Jawa. Projek ini dipercayai julung-julung kali diusahakan oleh seorang ADUN kawasan. Jumlah yang terlibat adalah lebih kurang RM10,000. Mengikut YB Sim, ada 4 lagi projek sedemikian akan dilancarkan dalam masa terdekat. Beliau telah Berjaya mendapat tajaan computer dan internet dari pihak swasta dan peruntukan Kerajaan Negeri. "Apabila saya melawat kawasan, saya dapati ramai keluarga kurang kemampuan memilik komputer, apatah lagi internet. Ini menyebabkan jurang digital yang luas antara yang miskin dan kaya. Saya rasa perlu berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak belajar komputer sejak awal lagi." Begitulah lahirnya konsep internet percuma ke kawasan desa melalui JKKK. YB Sim menyumbangkan komputer dari peruntukan kerajaan negeri tahunan. Beliau juga Berjaya mendapat tajaan internet dari TM Streamyx selama satu tahun. Beliau janji akan teruskan internet jika sambutan menggalakkan. YB Sim juga diketahui ramai mementingkan budaya membaca di kalangan pelajar. Awal tahun ini, beliau bekerjasama dengan beberapa JKKK untuk mengutip buku lama dari kalangan orang ramai dan disalurkan kepada perpustakaan mini. "Tabiat membaca amat penting kepada kanak-kanak. Saya mendapat manfaat yang besar kerana ditanam budaya membaca oleh ibu-bapa. Saya juga suka mengunjung perpustakaan semasa persekolahan. Saya harap sebarkan budaya membaca kepada kanak-kanak sekarang. Ini mendorong saya memberi peruntukan besar untuk menubuhkan perpustakaan mini." Beliau mengulas. "Perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kita mementingkan pendidikan dan masa depan kanak-kanak kita. Peruntukan disalurkan kepada rakyat demi kebaikan rakyat. Manakala menteri-menteri UMNO/BN hanya mementingkan kaum kerabat sendiri sahaja." Tambah YB Sim Turut hadir pada majlis pagi tadi adalah ahli Majlis MPPP Hj Rashid Hasnon, Pengerusi JKKK Kg Jawa En Thambu, pengerusi JKKK Mahsuri Puan Latifah Husinsa, JKKK Jalan Tengah Utara En Teh Kim Chuan dan penyelia perpustakaan mini Kg Jawa Sdri Syikin. Seramai lebih kurang 50 kanak-kanak turut hadir majlis pelancaran internet Percuma
Sim Tze Tzin ADUN Pantai Jerejak State Assemblyman of Penang 12-J-2 Jalan Rumbia 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: +6019 472 8099 Fax: 04-2260633 Website: www.pantaijerejak.com Blog: www.simformalaysia.com www.facebook.com/simtzetzin twitter: @simtzetzin |
MELAYU MANA YANG UMNO NAK SELAMATKAN Posted: 05 Dec 2011 11:02 PM PST Saksikan klip video ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pakatan Rakyat semalam. Di dalam klip ini, Anwar menangkis tanggapan yang Umno kononnya mahu bela orang Melayu.
|
Balai Polis Kerinchi' Layak Mengundi Di Lembah Pantai. Posted: 05 Dec 2011 11:00 PM PST LEMBAH PANTAI, 6 DIS : Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini mendedahkan kepada media pelbagai percanggahan maklumat pengundi pos di kawasannya. Menurut izzah, sekurang-kurangnya 97 percanggahan dapat dikesan pihaknya termasuk seorang pengundi yang didaftar diatas nama "Balai Polis Kerinchi". Nama yang dikesan ini merupakan pengundi pos baru yang diwartakan ke dalam senarai pemilih bagi suku tahun ketiga 2011. Merujuk kepada pangkalan data 'on-line' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Izzah mendedahkan kad pengenalan bernombor RF161872, secara rasmi di daftarkan atas nama Balai Polis Kerinchi. "Saya tekankan ini bukan sahaja satu nama yang mengelirukan, malah ada pengundi dari kalangan anggota polis yang boleh mengundi di dua kawasan yang berlainan. "Ini baru rekod pengundi pos, belum lagi kita semak rekod pengundi biasa dan perkara ini berlaku ketika kita bercakap soal pilihanraya yang telus, adil dan bersih," jelas Izzah. Nurul Izzah berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Pusat Khidmat Parlimen di Lembah Pantai di sini hari ini. Baharu-baharu ini, bercakap di lobi parlimen, Izzah menzahirkan kebimbangannya mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu. Nurul Izzah mendakwa bilangan pengundi pos diLembah Pantai naik mendadak 1,400 % dalam tempoh dua bulan sedangkan rekod pada 26 September lalu hanya 149 orang kemudiannya meningkat kepada 2,180 orang pada 2 November. Lebih buruk lagi semakan yang dilakukan di Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai. "Terus terang kami terpaksa melakukan sendiri, kerana tiada jaminan daripada SPR untuk nama-nama ini diperbaiki. "Persoalannya, bagaimana kita boleh pastikan bahawa SPR telah membersihkan nama-nama ini kerana sehingga kini pelbagai percanggahan maklumat dan ini adalah mustahil bagi SPR untuk membersihkannya," tegas Nurul Izzah.
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan