Jumaat, 2 Disember 2011

bumiperak

bumiperak


Lawak.. Sharizat selak kain kerana lembu Fidlot

Posted: 02 Dec 2011 09:02 PM PST

Oh, mentang-mentang saya SAPU waktu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret.. Ehh Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi...

Hah… mari sini, itu belum angkat kain lagi!!.
Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, Cik Puan ingat kami takut dengan kamu.

Oooo... kau suruh aku letak jawatan, yek? Apasal aku kena letak jawatan?? siapa kamu?  Yang dapat projek tu LAKI aku bukannya aku. Sekarang, aku cabar kau. Kau desak Anwar letak jawatan. Dan... aku juga desak Wann Wan Azizah letak jawatan!!

Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? Tu.. (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa,"

Bangun semua Wanita UMNO.. Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?

"Usah dilayan lembu meroyan!! Orang terdesak..... macam tu lah psikologinya dan begitulah peelnya. Meroyan dan giler lembu jadinyer.

Bukan lagi terselak kain, dah terlondeh pun"
Kah kah kah kah...

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib, Kerajaan Malaysia disaman

Posted: 02 Dec 2011 09:43 AM PST

KUALA LUMPUR ― PAS hari ini memfailkan saman ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan pusat ekoran tindakan menggubal Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, Selasa lalu.

Saman difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hatta dan Dzulkefly merupakan Ahli Parlimen.

Menurut Mohamad, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan menamakan Najib sebagai responden pertama dan kerajaan Malaysia responden kedua.

Mohamad menambah saman difailkan bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut.

Permohonan hari ini juga mahukan tiga perintah dari mahkamah, lapor Harakahdaily.

Pertamanya, perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggubal rang undang itu bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.
Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan.
"Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TANDA-TANDA PILIHANRAYA DAH NAK SAMPAI-ADENGAN DAN ULANGTANYANG 53 TAHUN DULU

Posted: 02 Dec 2011 03:01 PM PST

Umno dakwa 7,000 ahli PAS keluar parti protes Mat Sabu iktiraf Mat Indera


KUALA LUMPUR, 2 Dis ― Sekitar 7,000 ahli PAS di seluruh negara telah menyertai Umno selepas Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mengiktiraf Mat Indera sebagai seorang wira perjuangan kemerdekaan, dakwa seorang perwakilan hari ini.

Kamal Saidin dari Kedah berkata, tindakan Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu mengiktiraf Mat Indera merupakan satu aset kepada Umno kerana ramai ahli PAS marah kepada pemimpin utama mereka.

"Oleh itu saya ucap tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang tidak menangkap Mat Sabu walaupun beratus laporan polis telah dibuat kepada Mat Sabu," katanya ketika mencadangkan usul agama, sosial dan pendidikan pada Perhimpunan Agung Tahunan Umno petang ini.

Katanya lagi, biarlah Mat Sabu menjelajah ke seluruh negara mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kerana semakin banyak beliau berceramah, semakin ramai ahli PAS akan keluar dari parti itu.

Dengan menggunakan modal lamanya beliau menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkawan dengan DAP.

Malah beliau turut membaca talqin kepada Hadi yang kononnya bila Presiden PAS itu mati, malaikat akan bertanya kepadanya kenapa berkawan dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

"Dahulu dia kata Umno kafir kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Sekarang kenapa mereka tak baca ayat yang sama ketika PAS berkawan dengan DAP yang merupakan kafir harbi," katanya.

Beliau sedih kerana PAS sanggup menggugurkan slogan negara Islam kerana takut kepada DAP yang anti Islam.

"Kini PAS menggugurkan slogan negara Islam dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Jadi siapa yang memperjuangkan Islam selama ini kalau bukan Umno yang mengamalkan pendekatan wasatiyyah," katanya lagi.

Menurut ahli jawatankuasa Umno Pendang itu, PAS haram berkawan dengan DAP yang tidak menerima hukum hudud.

Khalid Samad: Keluar dewan bantahan paling keras

Posted: 02 Dec 2011 02:39 PM PST

Pada 26 November yang lalu saya telah selamat tiba ke tanah air dari Gaza dan Mesir pada jam 6 petang. Setelah pulang ke rumah berehat; pada keesokan harinya 27 November saya telah hadir ke majlis walimah di Sek 17 pada sebelah tengah hari, program semarak hijau di Selayang pada sebelah petang dan program Maal Hijrah di Masjid As-Solihin Sek 17 pada waktu malam. Pada hari Isnin 28 November pula saya sempat bersama dengan Dr.Rani untuk bersarapan dan pada waktu malam berkesempatan menghadiri Barbeque bersama unit Amal di Seksyen 19.

RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN

Pada 29 November saya telah hadir ke Parlimen. Rang Undang-undang yang ingin dibahas adalah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011. Amat jelas dari awal lagi, bahawa RUU ini bertujuan bukan untuk menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman, tetapi sebaliknya bertujuan untuk menyulitkannya. Sedangkan gambaran yang diberi oleh pihak kerajaan ialah ianya bertujuan untuk menjamin hak rakyat untuk berhimpunan secara aman akan lebih terjamin! Seperti biasa, ianya indah khabar dari rupa!

RUU ini telah dibentang pada hari Khamis 24 November oleh PM di Parlimen. Ia telah menghasilkan berbagai respon negatif dari berbagai pihak, sehingga pada hari Selasa, awal pagi lagi diletakkan pindaan kepada RUU yang baru sahaja dibentang itu. Namun, malangnya, pindaannya terlalu bersifat kosmetik sambil mengekalkan semangat asalnya, iaitu untuk mengongkong hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan bersuara. Sehingga ada yang menyatakan peraturan ini adalah jauh lebih teruk dari Negara Myanmar, iaitu sebuah Negara yang diperintah junta tentera!

Ketidak ikhlasan pihak BN dalam membahas RUU ini jelas terbukti apabila masa yang diperuntukkan hanya sehingga jam 4 petang dan hanya 3 orang sahaja dari PR dibenarkan berhujjah, iaitu Anwar Ibrahim, Lim Guan ng dan Hadi Awang. Sedangkan, seperti yang disebut oleh wakil rakyat Gombak, RUU berhubung Kenaf pun diberikan tempoh selama 2 hari! Selain dari RUU Perhimpunan Aman 2011 ini, 5 lagi RUU hendak dibahas pada hari itu!

Jam 12.30 tengah hari kami telah keluar dari dewan untuk menyambut pihak Majlis Peguam yang berarak ke Parlimen untuk membantah RUU ini. Lebih dari seribu peguam telah menyertainya. 10 wakil dibenarkan masuk ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada pihak kerajaan membantah RUU berkenaan yang mengharamkan terus perarakan dan menyulitkan perhimpunan aman.

Pendirian PR adalah RUU perlu ditarik balik dan diserah kepada sebuah PSC (Parliament Select Committee) untuk dibahas dengan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan. Ini adalah kerana RUU ini digubal secara tergesa-gesa dan dengan niat yang jahat untuk mengongkong rakyat. Maka, setelah menyatakan pendirian ini, kami telah memutuskan untuk meninggalkan dewan kerana tidak bermakna untuk kita menyatakan ianya perlu ditarik balik dan dibahas di peringkat PSC tetapi kita terus membahasnya di dalam dewan! Sekiranya PR terus membahaskannya di dalam dewan, maka tindakan tersebut akan bercanggah dengan pendirian yang telah dibuat sendiri!

Ada yang menyatakan bahawa ahli parlimen PR perlu terus membahasnya dan menentangnya sehingga ke peringkat pengundian. Apabila kita keluar dewan dengan melakukan "walk-out" maka dianggap bahawa kita tidak menentangnya habis-habisan. Mereka yang bertanggapan sebegini mungkin tidak memahami bahawa "walk-out" merupakan bentuk bantahan yang paling keras yang boleh digunakan oleh Ahli Parlimen di dalam sebuah negara yang berpelembagaan. Ianya menunjukkan bahawa perbahasan isu dalam keadaan sedemikian sebagai sia-sia serta tidak bermakna kerana pihak kerajaan tidak mahu mendengar apa jua hujjah dan akan menggunakan majoriti mereka untuk memaksa RUU yang zalim itu untuk terus diluluskan.

Perancangan mereka jelas kelihatan apabila Ahli Parlimen BN mula kembali dari Perhimpunan UMNO di PWTC pada jam 3.30 petang. Mereka hadir di Perhimpunan UMNO, tidak dengar apa jua hujjah dan datang sebelum pukul 4 untuk mengundi menyokong RUU tersebut.

RANG UNDANG-UNDANG PERUMAHAN RAKYAT 1 MALAYSIA


Pada hari Rabu 30 November pula, RUU yang dibahas adalah RUU berhubung Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau PR1MA. Sekali lagi ianya merupakan RUU yang indah khabar dari rupa. Kononnya ianya bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat termasuk persoalan projek perumahan terbengkalai dan harga rumah yang meningkat jauh lebih tinggi dari apa yang mampu dibeli rakyat. Namun itu hanya suatu "mirage" atau jelmaan imej yang ingin ditonjolkan. Pada hakikatnya, ianya hanya RUU untuk menubuhkan satu lagi perbadanan tanpa adanya kaedah dan pendekatan penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.

Sedangkan badan-badan untuk menangani persoalan ini sudah sedia ada, seperti SPNB dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang tiada bukan satu perbadanan, tetapi yang tiada adalah hala tuju yang jelas dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah. RUU ini kelihatan bertujuan untuk menipu rakyat, memberikan gambaran kerajaan perihatin sedangkan pada hakikatnya tiada apa yang dilakukan.

Ketua Pembangkang menyebut tentang suatu pakatan durjana atau dikenali sebagai "unholy alliance" yang terdiri dari pihak pemaju, bank dan pemimpin politik yang terus menindas rakyat demi kepentingan golongan yang berada. Dan inilah di antara faktor terutama mengapa masalah ini dihadapi oleh rakyat. Perbadanan baru ini tidak akan menghasilkan apa-apa perubahan selain dari perbelanjaan yang lebih kerana membayar gaji CEO dan kakitangan perbadanan ini. Penyelesaiannya terletak pada pemusnahan pakatan durjana ini sehingga kepentingan rakyat diutamakan.

Hakikat bahawa RUU ini merupakan suatu pembohongan di siang hari semakin terserlah apabila wakil rakyat Indera Mahkota menjelaskan bahawa tiada peruntukan dalam Bajet 2012 untuk pembinaan rumah "PR1MA" yang diwawar-wawarkan!

Amat jelas bahawa semua yang dilakukan BN dewasa ini adalah bertujuan untuk memulihkan imej UMNO/BN dalam menghadapi Pilihan Raya ke-13. Ini merupakan pengakuan yang jelas dan muktamad bahawa imej UMNO/BN sememangnya sudah teruk tercalar dan usaha demi usaha perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Namun, saya yakin insyaAllah penipuan UMNO/BN tidak akan berkesan dan rakyat terus menyedari wajah UMNO sebenar.

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad (gambar kiri), wakil rakyat Shah Alam.

TERUS BONGKAR APA SAJA TENTANG UMno

Posted: 02 Dec 2011 07:15 AM PST

Selangor Akan Bawa Pakar Luar siasat penyelewengan NFC

Posted: 02 Dec 2011 07:09 AM PST

GOMBAK, 2 DIS : Kerajaan Selangor bersedia memperuntukkan sedikit dana untuk menggunakan khidmat pakar penyiasatan daripada negara luar seperti Britain dan Eropah bagi membawa kes projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke mahkamah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia adalah pendekatan yang sering digunapakai negara luar bagi menyelesaikan jenayah kolar putih atau jenayah bersifat korporat.

Jelasnya, walaupun ia adalah pendekatan yang belum pernah digunakan di negara ini, namun beliau yakin kaedah itu akan membantu menyelesaikan perkara berkenaan.

"Saya serahkan kepada Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dan Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution. Mereka akan membuat pembentangan kepada pihak polis dan MACC supaya menunjukkan pekara yang perlu diperhatikan oleh pihak polis."

"Ini adalah perkara baru di Malaysia tetapi perkara ini sangat dijaga di Britain dan Australia."

Terdahulu, ketua Audit Negara mendedahkan bahawa projek fidlot tersebut dalam keadaan kucar kacir dan tidak menepati sasaran ekoran tiada kepakaran pengurusan.

Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada keluarganya.

Tidak cukup dengan itu, beberapa pendedahan berhubung salahguna kuasa dan urus tadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pembelian dua buah kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi turut didedah.

Namun, kepimpinan Umno dan sayap Wanitanya bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya

Posted: 02 Dec 2011 06:18 AM PST

Radioaktif Lynas: Akhirnya Kerajaan BN Akui Berbahaya


Setelah berbulan-bulan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berdolak-dalih mempertahankan projek Lynas yang menghasilkan radioaktif merbahaya di Gebeng, Pahang, akhirnya kementerian itu mengajui projek tersebut tidak begitu selamat kepada alam sekitar.

Demikian ditegaskan oleh ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menyambut baik kenyataan Setiausaha MITI Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh dikeluarkan ke atas LAMP sewaktu beliau melawat kilang itu di Gebeng 30 November lalu.

"Menteri MOSTI sudah pun mengaku di Dewan Rakyat, sewaktu sessi penggulungan peringkat jawatankuasa bajet bahawa sisa WLP berkadar radioaktiviti 6Bq/g (laporan IAEA ms 13) dari kilang LAMP diklasifikasikan sebagai sisa buangan radioaktif.

"Ini bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini yang bertegas mengelirukan rakyat mengatakan bahawa sisa dari LAMP adalah selamat, boleh ditabur di merata-rata tempat di samping merupakan sisa industri yang hanya mengandungi NORM (Normal occuring radioactive material)

"Pengakuan Menteri Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI) jelas menunjukkan bagaimana pihak kerajaan selama ini hanya menjadi jurucakap Lynas dan menggunakan maklumat dari Lynas semata-mata. Malah Fact Sheet mengenai Lynas keluaran MITI juga merupakan input dari Lynas," katanya dalam satu kenyataan media.

Fuziah juga merujuk kepada laporan National Toxic Network Australia mengenai bahaya kebocoran radioaktif yang didedahkan oleh kerajaan negara itu yang dikatakan menyamai kadar radioaktif di Lynas sekiranya kilang itu beroperasi kelak.

"Selepas terbitnya laporan National Toxic Network Australia berkenaan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini, saya ingin menegaskan bahawa kedudukan LAMP di Gebeng nanti dijangka akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi (hingga mengakibatkan malapetaka)," katanya.

Tambah Fuziah, radioaktif yang dikeluarkan Lynas memang jauh lebih besar daripada kadar dibenarkan antarabangsa yang sesuai bagi manusia tinggal berhampiran dengannya. Oleh itu tidak sepatutnya kilang Lynas didirikan berdekatan dengan penempatan penduduk. Kadarnya seperti berikut:

1) Radioaktiviti sisa Lynas concentration plant di Mt Weld ialah dikadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktiviti sisa WLP solid di LAMP ialah pada kadar 6 Bq|g. Kadar maksimum yang diterima antarabangsa ialah 1Bq|g di mana Malaysia juga menerima pakai standard antarabangsa ini.

2) Di dalam jarak 30 kilometer radius di Lynas concentration plant di Mt Weld, tiada wujud penduduk sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk.

3) Dalam jarak 25 km radius di Lynas Concentration Plant di Mt Weld, tiada terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan LAMP ialah di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi dari kadar paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan di sebelah Gebeng. LAMP juga terletak dalam 5km dari laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancongan. Di samping itu laut China Selatan juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama.

Kata Fuziah, dengan segala fakta itu kebocoran di LAMP akan meninggalkan impak yang cukup menghancurkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk. Tiada industri yang 100% bebas kemalangan dan LAMP tidak terkecuali.

"Selama ini Lynas berselindung di sebalik kementerian MOSTI dan MITI dan tidak bersikap bertanggungjawab. Menteri di kedua kementerian sebelum ini hanya menekankan aspek radiasi luaran, mengikut rentak dan telunjuk Lynas. Malah aspek radiasi dalaman juga tidak dapat dijawab oleh Menteri sebelum ini.

Saya tegaskan bahawa LAMP tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng tidak akan boleh menepati dan mematuhi segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa," tegasnya.

PATUT BACA- Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat...MALUNYA MENJADI BANGSA DAN PARTI MELAYU....(WRLR)

Posted: 02 Dec 2011 05:58 AM PST

Adegan UMNO yang tak sanggup kita lihat...auta pemimpin untuk sang lembu yang dipawah.

Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan.

Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.

Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan "ejen kristianisasi". Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!

Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, "apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini."

Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

"Parti paling rasis"

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan "jihad" untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional - dengan menghamun DAP sebagai "parti paling rasis".

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?

"Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP," kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: "Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan."

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa."

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama "DAP" disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya? Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama 'Cina') untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.

Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai "pondan" dan "bapok" serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah "bangsat". Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakan telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?(NAK MENIPU DAN MELEPASKAN KESALAHAN ...NAMUN UMNO YANG SEMEMANGNYA TUNGGUL KAYU MEMPERCAYAI APA SAHAJA TANPA MENILAINYA-PEMIMPIN MENAIKI KERETA 500 RIBU-PENYOKONG NAIK MOTOSIKAL ATAU PROTON BURUK KE TEMPAT KERJA-WRLR)


(BANGANGNYA SI PENYOKONG YANG MENCIUM MANUSIA YANG TELAH DIKAITKAN DENGAN SKANDAL NFC DIANGGAP PEMIMPIN-WRLR)


Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat "restu" perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: "Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita".(YA CAKAP SOAL ISLAM..PAKAI TUDUNG PUN TAK BETUL-SAPU BERJUTA-JUTA..AJAK RAKYAT BERSATU PERGHHHHH-WRLR)

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita.

dollah yankee

dollah yankee


kartun hujung minggu

Posted: 02 Dec 2011 05:55 PM PST

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..
di-ambil dari blog: http://tukartiub.blogspot.com

Panasss: Guan Eng minta maaf dekat orang melayu ...

Posted: 02 Dec 2011 04:51 AM PST

Panas, memang panassss sebab Lim Guan Eng sudah minta maaf dekat orang melayu Pulau Pinang ...
Gurkah-gurkah di'port' pun hampir pitam bila sudah dengar yang Guan Eng sudah minta maaf dekat orang melayu Pulau Pinang ... apa sudah jadi?? apa kah Guan Eng sudah buang tebiat??

Tapi jangan silap paham sebab Guan Eng bukan saja telah minta maaf dekat orang melayu Pulau Pinang saja, tetapi juga kepada semua orang termasuk hindu, cina, benggali, siam, orang putih dan lain-lain bangsa khasnya kepada pengguna-pengguna jalan raya kerana mereka telah terpaksa mengharungi laluan trafik yang begitu teruk akibat dari penutupan beberapa batang jalan raya di sekitar dan berhampiran padang kota lama, lebuh pantai kerana penganjuran Cub-Prix yang secara rasminya akan bermula pada esok tetapi dua, tiga hari sebelum itu ketika persiapan sedang rancak di-jalankan, ketika itu lah keadaan perjalanan trafik terlalu sangat perlahan dan menyakitkan hati sesiapa saja.
Kah..Kah..Kah..

dollah yankee -
Dari simpang penang street/bishop street mahu ke beach street yang hanya 150 meter terpaksa ambil masa sampai 40 minit.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Puteri "Terlampau" Ini Sebabkan Veteran Umno Jadi Sasau...

Posted: 02 Dec 2011 08:27 PM PST


Inilah sebabnya mengapa pewakilan marah pada golongan Vetean
yang berucap secara merapu beb..sebab sebelum otai haprak Umno
naik kepentas "Minah seksi" ni pi lalu pulak depan mereka..apa lagi,
naiklah segala-galanya,itu yang berucap jadi merapuuuuuu....

JuRaGan : Bila lu orang tak sebut tentang Islam..macam ni lah jadinya
,nasib
baik minah ni pakai baju lagi,satu hari nanti lu tengok minah
ni jalan depan
pewakilan pakai spender aje,padan muka..!!

Makin Terdesak : Umno Hendak Meniru Pas

Posted: 02 Dec 2011 08:26 PM PST

Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.

Baguslah akhirnya Umno insaf dan memperakui akan kebenaran dilakukan Pas yang selama ini mereka cemuh dan keji dengan pelbagai kata-kata nesta dan sumpah seranah.

Misalnya kerajaan Pas Kelantan memperkenalan cuti bersalin sampai sebulan kepada isteri, cuti awam dua hari Sabtu dan Jumaat, kerajaan Pusat pimpinan Umno juga berbuat demikian. Kerajaan Kelantan melancarkan ar-rhnu kerajaan pusat juga mengarahkan bank dan institusi kewangan memperkenalkan ah-rhnu tetapi dengan nama lain.
Read More / Baca Lagi >>

GAMBAR MANUSIA YANG LEBIH MELAYU DARIPADA MELAYU.

Posted: 02 Dec 2011 08:07 PM PST

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/378689_143986169042547_100002934951745_203121_897723910_n.jpg

N'N:Bangsa cumalah bangsa, apa yang memuliakan sesuatu bangsa? Jawabnya bangsa yang menerima Islam sepenuhnya dalam kehidupan....Tapi bila sesuatu bangsa itu diangkat kerana mereka menganggap sesuatu bangsa itu mulia dan kemuliaan itu dinilai dengan kuasa memerintah maka Asobiyahlah mereka yang memuliakan bangsa atas nama kuasa....Melayu tanpa iman dan taqwa tak layak diangkat menjadi pemimpin....Meskipun Nabi Muhammad S.A.W adalah daripada keturunan Arab tetapi Rasulullah S.A.W tidak pernah menyuruh kita memuliakan orang Arab...Tetapi Rasulullah S.A.W menyuruh kita memuliakan Islam...Jika disuruh memilih antara seorang Melayu yang kaki judi, arak, berzina,rasuah menjadi Imam solatku, aku lebih rela seorang cina,orang kulit hitam Afrika atau orang asli sekalipun dengan syarat mereka beriman kepada Allah dan Rasul menjadi Imam solatku......Buanglah sifat Asobiyah dalam diri kita...Didalam kubur tiada langsung persoalan tentang bangsa...Cukuplah Islam yang memuliakan bangsaku....Aku benci Asobiyah UMNO......

Lawak seminggu ini tak habis gelak (1)

Posted: 02 Dec 2011 08:06 PM PST


Read More / Baca Lagi >>

Najib’s choice: glory or infamy?

Posted: 02 Dec 2011 08:04 PM PST

Is the 1Malaysia concept merely an illusion and Najib is nothing but a dream peddler?

Prime Minister Najib Tun Razak is on a precipice. Make no mistake about that. One wrong step and he is a goner. Why is that so? None other than because those closest to him seem to want to put a damper on his plans and vision.
Take the 1Malaysia slogan which Najib is bent on promoting as a unifying force for racial unity and harmony. But Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin throws a spanner into the works by saying that he is Malay first and Malaysian second.
This certainly does not bode well for Najib. Still, the prime minister has no choice but to keep quiet in order not to seem at odds with his deputy.
He has said that Umno is not a racist party but the other Umno warlords seem to be targeting the Chinese and DAP as wanting to grab political and economic power.
Read More / Baca Lagi >>

Najib desak Mat Said tidak bertanding dalam PRU-13

Posted: 02 Dec 2011 08:01 PM PST

Oleh Hassan Omar

Datuk Seri Idris Jusoh telah membuat kenyataan secara rasmi tidak akan bertanding untuk PRU-13 dengan memberikan laluan kepada muka baru dan menyelesaikan masalah yang berlaku di Terengganu kian lama.

Kenyataan yang dikeluarkan sebaik sahaja selepas ucapan Perasmian DS Najib pada Perhimpunan UMNO kali ini. Mengikut sumber kenyataan ini adalah kenyataan secara halus untuk mendesak Dato' Ahmad Said untuk tidak bertanding juga pada PRU-13. 

Read More / Baca Lagi >>

Ini Mahathir yang cakap tau !

Posted: 02 Dec 2011 07:55 PM PST

"NEW DELHI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia.

Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara.

"Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya. "Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di sini, Jumaat.
Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama.
Read More / Baca Lagi >>

The Mamak Dilemma – Shame, Opportunity, Assimilation, and an Identity Lost

Posted: 02 Dec 2011 07:53 PM PST

I have no disrespect for the Malay culture which is beautiful. We can all learn a thing or two from Malay adat. However, I do hold a grudge against the deliberate extermination of one's own heritage. I further find it offensive when Indian Muslims, in their eagerness to convert, use Machiavellian means to identify themselves as Malay. It demonstrates a lack of dignity and self-worth.
By Mohd Ikhram Merican

"How shall a man escape from his ancestors, or draw off from his veins the black drop which he drew from his father's or mother's life?" - Ralph Waldo Emerson

For some time now I've felt that the Indian Muslim or Mamak community at large suffers from a pitiful cultural and identity crisis. Being a Muslim of Indian origin, I have first-hand experience with the dilemma afflicting this community that has contributed so much to the culture, politics, and economy of Malaysia for well over a few centuries. I also worry that so many members of this, my community, are shedding their identity by becoming over-zealous converts.

Read More / Baca Lagi >>

A party that celebrates wrongdoing

Posted: 02 Dec 2011 07:50 PM PST

Oleh Lucius Goon

DEC 1 — I am truly dumbfounded; how did we reach this stage where wrongdoing, abuse of power is ignored and even celebrated.

What was the trigger point or epochal moment when corruption, abuse of public funds and plain padding up bank accounts stopped being an issue for Umno.

This was supposed to be Umno's show of unity and transformation, an audition of sorts before the coming election. But instead we have seen a party from the top — Muhyiddin Yassin to the rank and file — celebrating the National Feedlot Corporation scandal.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan Tarif Elektrik?? Petronas VS TNB. Siap Sedia Rakyat M'sia!!

Posted: 02 Dec 2011 07:49 PM PST

kenaikan tarif elektrik 3 Kenaikan Tarif Elektrik Selepas Ini? Petronas VS TNB. Siapa Sedia Rakyat Malaysia!!
Nak faham rentak kenaikan tarif elektrik di Malaysia tidak sesukar mana. Kami rasa rakyat dan mula faham petanda-petanda dan bayang-bayang jika mahu berlaku sebarang kenaikan di Malaysia walaupun dalam pada masa yang sama selama ini dah banyak "elemen kejutan" yang telah berlaku di Malaysia.

Semalam, selepas membaca berita berkaitan kenyataan Petronas yang tidak mahu lagi menanggung kerugian dengan memberikan subsidi kepada TNB, kami terbayang nasib pengguna elektrik di Malaysia. Adakah kamu, kamu dan kamu sebagai pengguna elektrik semua sudah bersedia?
Read More / Baca Lagi >>

Islamists and secularists clash in Tunisia

Posted: 02 Dec 2011 07:42 PM PST

Egypt's parliament begins to take shape

Posted: 02 Dec 2011 07:41 PM PST

Sham Kamikaze - Tangisan Keinsafan

Posted: 02 Dec 2011 07:40 PM PST

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze ft Dr Asri 2

Posted: 02 Dec 2011 07:38 PM PST

Inilah Kisahku - Sham Kamikaze ft Dr Asri

Posted: 02 Dec 2011 07:38 PM PST

SHAM KAMIKAZE-SOAL HIDAYAH..ISLAM AKU & SUDAIS

Posted: 02 Dec 2011 07:37 PM PST

FEMINA 2.0 : Utusan ‘Disembur’ Dalam Forum Bersama Personaliti TV

Posted: 02 Dec 2011 07:35 PM PST

Universiti Malaya, 3 Dis : Akhbar rasmi milik kerajaan Malaysia, Utusan Malaysia malam semalam diberitakan telah 'disembur' dalam satu forum yang dianjur sekretariat Festival Mahasiswi Nasional 2.0 (FEMINA 2.0) di Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Forum yang membicarakan mengenai 'Manisnya Menjadi Seorang Wanita' itu menampilkan dua personaliti TV, Wardina Safiyyah (TV3) dan Farrah Adeeba (TV9) serta pensyarah UIAM, Prof. Datuk Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Ab, Majid.
Manakala bekas Setiausaha Agung MPMUM Sesi 2008/2009, Syahrizul Ayuni yang merupakan ikon FEMINA 1.0 dua tahun lalu telah dijemput sebagai moderator forum berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan: BN ikut kejatuhan rejim Timur Tengah

Posted: 02 Dec 2011 07:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 memperakui bahawa Barisan Nasional berada di hujung kuasa dan langkah terdesak itu akan menjadikannya akan mengikuti kejatuhan rejim-rejim Timur Tengah yang dijatuhkan oleh rakyat.
Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada rang undang-undang itu yang diluluskan Dewan Rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional pada 29 November lalu.
"Satu lagi titik hitam tercatat di dalam negara kita. Ia hanya menambah senarai kezaliman yang tidak berkesudahan malah membuktikan  ketakutan Barisan Nasional berdepan kebangkitan rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau melihat cubaan pihak kerajaan BN mengemukakan rang undang-undang itu secara tergesa-gesa merupakan cubaan terancang mereka untuk mencabul hak kebebasan berhimpun yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Lawak Sabtu : Keahlian 3 juta lebih dalam Umno?

Posted: 02 Dec 2011 07:16 PM PST

Keahlian 3 juta lebih dalam Umno?Baru-baru ini, setiausaha agung Umno telah mengumumkan bahawa keahlian parti itu kini telah mencapai lebih daripada 3 juta ahli dan Umno negeri Sabah adalah merupakan penyumbang terbesar keahlian dengan lebih daripada 480,000 orang ahli.
Begitu bangganya Umno dengan jumlah keahlian parti yang begitu besar. Negeri Sabah pula adalah merupakan penyumbang terbesar keahlian parti tersebut pada hari ini. Betulkah keahlian Umno ini begitu ramai?
Adalah perlu diingati bahawa mempnyai jumlah keahlian parti yang begitu besar sekali di negara ini tidak semestinya akan dapat menghasilkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berintegriti, bermaruah tinggi dan berkualiti.
Kalau benar-benar Umno mempunyai lebih daripada 3 juta orang ahli parti, maka bolehlah ditafsirkan parti-parti lain seperti PKR, PAS, PRM, KITA, DAP dan sebagainya telahpun menjadi tin kosong.
Ataupun bolehkah kita katakan keahlian Umno sekarang mungkin merangkumi orang-orang yang tidak sepatutnya wujud, seperti orang-orang Indonesia, Bangladesh, Bansa Moro Filipina, Pakistan, Rohingya Myanmar, Afghanistan, mat-mat rempit, peragut-peragut, banduan-banduan penjara dan berkemungkinan juga terdapat ramai ahli-ahli yang telahpun meninggal dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Umno tuduh DAP cetus 13 May: Muslihat takutkan orang Cina supaya undi BN

Posted: 02 Dec 2011 07:14 PM PST

Umno tuduh DAP cetus 13 May: Muslihat takutkan orang Cina supaya undi BN Keadaan semakin tertekan. Saban hari Perdana Menteri Najib Razak cuba menyambung nyawa untuk terus bertahan pada pilihanraya umum dimana prestasi partinya dijangka merosot. Pemimpin-pemimpin UMNO dilihat cuba untuk menyalahkan DAP kerana memulakan rusuhan perkauman pada 13 Mei.
Antara yang menjadi perhatian pada perhimpunan Umno adalah ucapan Najib dimana dia mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi terlalu selesa kerana "ada pemimpin pembangkang yang melaungkan slogan berbentuk hinaan kepada orang Melayu yang telah mengakibatkan rusuhan pada 13 Mei. Ada yang merasakan bahawa dia cuba untuk menakutkan orang Cina supaya mereka mengundi BN atau sedang merancangkan sesuatu supaya kekal berkuasa jika partinya kalah pada pilihanraya umum yang akan datang.
Sebenarnya, ayahnya sendiri iaitu Abdul Razak, perdana menteri kedua telah dikatakan menyebabkan berlakunya kejadian 13 Mei dalam usahanya merebut kuasa dari Tunku Abdul Rahman apabila mengambil kesempatan untuk mencetuskan rusuhan di dalam Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Najib mengecewakan: Memuji diri sendiri dan memburukkan Pakatan

Posted: 02 Dec 2011 07:13 PM PST

Najib mengecewakan: Memuji diri sendiri dan memburukkan Pakatan Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.
Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.
Read More / Baca Lagi >>

MES diperlekeh semasa AGM Umno...cemburu ekonomi rakyat di jana..!!!

Posted: 02 Dec 2011 07:12 PM PST

Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), program ekonomi bersepadu kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, menjadi sasaran kritikan ketika sesi perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Wakil Selangor, Budiman Mohd Zohdi mendakwa para pemimpin Pakatan negeri itu gemar menonjolkan diri dengan menyatakan usaha mereka memberi manfaat kepada rakyat dari segi ekonomi menerusi program MES.
Tetapi sebaliknya tindakan Pakatan itu katanya, hanya untuk menutup mata rakyat berhubung segala usaha yang dilaksanakan Umno- Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu, sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Are you sure Malaysia is still a democracy?

Posted: 02 Dec 2011 07:10 PM PST

Are you sure Malaysia is still a democracy?The line separating good and evil passes neither through states nor between political parties either, but straight through the human heart – Alexander Solzhenitsyn
To measure success, there has to be a bench mark or a comparison to a similar situation elsewhere; we cannot compare Malaysia with Malaysia, it will prove nothing. However today, Malaysia is at crossroads in almost every aspect of our daily lives and activities; social, religious, economy, education and politics. Which nation should be compared to Malaysia at this point of time as the situation is much worse than that expected?
Lest, readers should jump on Singapore - it is in a league in a league of its own. A popular 'dictatorship' is indeed a real rarity. So, let's compare Malaysia with Russia, which has just only experienced democracy in 1990.
Russia has also experienced turmoil, upheavals, revolutions and has also been bailed out twice - once by the USA to the tune of about USD1 billion to stabilize the rouble in 1996, and another by the IMF and Japan amounting to USD 22.6 billion in 1998 under President Boris Yeltsin. These bailouts were necessary to prevent the Russian economic meltdown which would have affected the world's economy.
Read More / Baca Lagi >>

Lembaga Zakat Selangor nafi larang wakil rakyat Pakatan hadir majlis......percaturan politik bermula..!!!

Posted: 02 Dec 2011 07:09 PM PST

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 3 Dis — Lembaga Zakat Selangor (LZS) menafikan ada mengeluarkan arahan agar tidak lagi mempelawa mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat menghadiri program khususnya majlis pengagihan sumbangan zakat agensi itu.
Jurucakap LZS ketika dihubungi The Malaysian Insider menegaskan, pihaknya tidak membuat sebarang keputusan sedemikian atau mengeluarkan arahan seperti itu sama ada secara lisan atau bertulis.
Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan Umno tidak minat bahas isu ekonomi...mereka mewah kalangan sendiri..!!!

Posted: 02 Dec 2011 07:04 PM PST


KUALA LUMPUR, 3 Dis — Semalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno telah mempertimbangkan usul ekonomi yang dibawa oleh wakil Perak, Datuk Idris Hashim. Ketika mencadangkan usul tersebut beliau tidak mengemukakan cara mana kerajaan mahu menurunkan harga barang sebaliknya beliau lebih banyak bercakap hal politik dalam usul tersebut.
Beliau bertanya siapa yang buat infrastuktur? Siapa yang beri subsidi minyak? Segala pertanyaannya itu dijawabnya — Umno.
Dalam mencadangkan usul seperti ini, perwakilan seharusnya serius mencadangkan bagaimana kerajaan patut menurunkan harga minyak, gula, beras, gandum dan minyak masak. Sepatutnya beliau bertanya adakah cukup dengan pelaksanaan Kedai 1Malaysia sahaja dalam menyelesaikan isu kenaikan harga barang?
Seperti biasa, perwakilan Umno tidak berminat membincangkan usul ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>