Ahad, 27 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


78 % YAKIN UMNO ADALAH PENENTANG HUKUM HUDUD

Posted: 27 Nov 2011 08:29 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA bulan yang lalu, saya telah mengadakan `Poll' (Undian) di dalam blog saya untuk mengetahui pendapat semua pengunjung di dalam blog saya tersebut.  Saya mahu mengetahui pendapat pengunjung berkaitan dengan isu Hukum Hudud yang pada suatu ketika hangat diperbahaskan. 

Isu Hukum Hudud ini banyak dipermainkan oleh media kawalan Umno dengan meletakkan seolah-olah hukum yang diwajibkan oleh Allah ini hanya untuk diperjuangkan oleh PAS semata-mata dan perlu disokong oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sahaja.  Umno seolah-olah lepas tangan dengan isu ini sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan sebagai parti keramat orang-orang Melayu yang mana `Melayu' yang ditafsirkan di dalam Perlembagaan itu adalah `Orang-Orang Islam'. Anehnya. sebagai bangsa Melayu yang mengaku berugama Islam, mereka tidak sensitif langsung dengan Hukum Hudud ini.


Apabila PAS membicarakan Hukum Hudud, Umno sudah pasti akan mengaitkan dengan DAP dengan persoalan adakah DAP bersetuju dengan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.  Ini agak pelik kerana Umno seolah-olah mahu laksanakan Hukum Hudud sekiranya DAP menyokong hukum tersebut.  Tidak sukar untuk memahami mengapa PAS tegas untuk melaksanakan hukum Allah ini walaupun DAP berpendirian sebaliknya kerana bagi yang memahami Islam, hukum Islam tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam apatah lagi perlu kepada persetujuan mereka.  Adakah selama ini kita berpuasa kerana puasa itu dipersetujui oleh DAP? 

Oleh yang demikian, saya mahu pengunjung blog saya menilai sendiri siapakah sebenarnya yang tidak menyokong Hukum Hudud ini dilaksanakan.  Setelah Poll ini dibuat dengan penyertaan pengunjung seramai 3, 188 orang (berakhir 28 Nob 2011) maka berikut adalah keputusan yang diperolehi;

"Hukum Hudud - Siapa Sebenarnya Yang Menentang Hukum Ini?"  Pengunjung telah memilih dan percaya bahawa:-

1.   Umno (78 %)

2.  PAS (7 %)

3.  DAP (5 %)

4.  MCA (5 %)

5.  PKR (2 %)

6.  Gerakan (1 %)

7.  MIC (1 %)

8.  Lain-Lain (1 %)

Daripada jumlah tersebut, seramai 78 % pengunjung telah memilih dan yakin bahawa Umno adalah parti yang sebenarnya menentang Hukum Hudud ini.  Oleh yang demikian, Umno bukan sahaja parti yang gagal membela nasib orang-orang Melayu malahan mereka gagal untuk membela hukum Islam itu sendiri./wfauzdin.blogspot.com

SEMANGAT UMNO DAN SKUAD HARIMAU MUDA, JAUH PANGGANG DARI API

Posted: 27 Nov 2011 01:23 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Najib di dalam Malaysiakini hari ini, beliau mahu agar Umno bersemangat sama seperti Pasukan Bolasepak Harimau Muda yang telah memenangi Pingat Emas di dalam Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.  Semua tahu betapa kuatnya semangat pemain-pemain Harimau Muda sepanjang kejohanan tersebut dengan berbagai halangan, tekanan dan cemuhan yang diterima oleh Tim bimbingan Ong Kim Swee tersebut, namun Harimau Muda akhirnya berjaya menutup mulut `brengsek' penyokong Indonesia.

Semangat seperti ini lah yang Najib mahu Umno contohi.  Memetik kenyataan PM tersebut di dalam Malaysiakini, beliau berkata, " Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya (Malaysiakini).

Sayang seribu kali sayang, Najib bermimpi apabila mahu Umno mencontohi semangat jitu Skuad Harimau Muda itu.  Pertamanya, benarkah Umno sekarang sedang berjuang di dalam keadaan tertekan dan berada di padang yang tidak raya?  Tahukah Najib, padang yang tidak rata itu menyebelahi beliau sebenarnya?  Segala jentera kerajaan dan media kerajaan sekarang menyebelahi siapa?  Adakah Najib sekarang merasa seolah-olah Umno kini sebagai Pembangkang di negara ini apabila merasa Umno seperti teraniaya dengan padang tidak rata?  Sepatutnya, istilah padang tidak rata itu diucapkan oleh Pembangkang di negara ini.

Memang benar, Harimau Muda berjuang di dalam keadaan padang tidak rata dengan tekanan dari para penyokong Indonesia serta sabotaj dari penganjur yang ingin melemahkan semangat setiap pemain sehingga terpaksa berulang alik ke stadium dengan menaiki `kereta besi'.  Namun, sepanjang pertandingan yang melibatkan Skuad Harimau Muda, skuad ini beruntung kerana diadili oleh Pengadil profesional yang bersikap adil.
 
Adakah Umno mengalami seperti Skuad Harimau Muda?  Di sepanjang Pilihanraya di negara ini, adakah kita memiliki `Pengadil' yakni SPR yang profesional?  Mahukah Najib mengakui Umno amat bertuah kerana mengawal seluruh jentera kerajaan termasuk media berkempen untuk mereka sejak bertahun-tahun dahulu?  Adakah Najib mahu menafikan bahawa Undi Pos sentiasa membantu memenangkan Umno?  Najib tidak sedarkah betapa Pembangkang sering dinafikan hak untuk berkempen secara adil dengan berbagai halangan seperti permit dan sebagainya?  Inikah yang dimaksudkan dengan Najib bahawa Umno berjuang di dalam keadaan padang tidak rata?

Jauh panggang dari api untuk Najib bermimpi mahu menyamakan perjuangan Umno dengan Harimau Muda.  Harimau Muda berjuang dengan kudrat dan semangat semata-mata di samping diperkuatkan dengan sokongan rakyat.  Beraksi di atas padang yang tidak rata, Harimau Muda mampu menewaskan musuh mereka.  Berbeza dengan Umno, dengan segala bantuan dari jentera kerajaan malahan dari `Pengadil' yang sering menyebelahi mereka, Umno masih gagal mendapat sokongan rakyat. 

Nampaknya, Umno cuba meraih simpati rakyat dengan mengambil kesempatan di atas semangat Harimau Muda.  Namun, rakyat tahu bahawa yang sepatutnya bergelar semangat Harimau Muda itu adalah Pakatan Rakyat kerana mereka lah sebenarnya yang berada di padang yang tidak rata. /wfauzdin.blogspot.com

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Yg masih berjiwa Umno dipersilakan Keluar

Posted: 27 Nov 2011 03:56 PM PST





Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kemenangan yang bakal diperoleh dalam pilihanraya akan datang bukan merupakan kejayaan mutlak kepada PKR tetapi merupakan cabaran yang harus disambut dengan pengorbanan dan perjuangan kental.

Sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini. Katanya reformasi merupakan usaha berterusan yang memerlukan pengorbanan semua pihak.

"Kalau kita menang lagi banyak halangan dan cabaran. Justeru kita memerlukan pemimpin dan ahli yang yang kuat dan sanggup berjuang demi membela rakyat." .

Menyentuh mengenai calon-calon yang akan bertanding , calon perlu menerima hakikat untuk membela nasib rakyat bukannya untuk kepentingan diri.

"Pada wakil-wakil rakyat yang tidak terpilih perlu ingat dan insaf bahawa 'siapa kamu sebelum 2008' dan siapakah yang bertungkus lumus untuk memenangkan kamu."Jadi mereka (wakil-wakil Rakyat) perlu terima hakikat bahawa sekarang telah tiba masa kamu untuk bekerja keras untuk memenangkan orang yang telah membantu kamu untuk menang dahulu." tegas Anwar

Kemenangan tidak akan dicapai tanpa melibatkan jentera dan muafakat yang baik.

"Kalau kita muafakat, ini adalah peluang terbaik untuk mengangkat reformasi rakyat dan merubah sikap," jelas beliau dihadapan lebih 2,500 perwakilan dan pemerhati.

Permuafakan Pakatan Rakyat tidak perlu disangsikan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Barisan Nasional serta media milik-nya telah menjadikan komponen Pakatan lebih akrab.

"Ini yang menjadikan Umno semakin terhimpit dan terdesak untuk menarik sokongan rakyat setelah menyaksikan kekuatan kita (Pakatan).

Berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang bertindak melompat parti beliau berkata parti tersebut telah melalui proses pembersihan yang sihat.

"Kita juga bersyukur kerana semua pengkhianat yang melompat parti telah dibersihkan dari parti dan pembersihan ini sesuatu yang baik bagi parti," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


SMS Ugutan : Bekas Setpol Deris Jusoh dipenjara setahun

Posted: 27 Nov 2011 10:02 PM PST

SMS Ugut: Dr Ramzi Dipenjara Setahun


KUALA TERENGGANU: Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.

Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.

Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - BERNAMA

Akta Perhimpunan Aman : Baca boleh percaya jangan

Posted: 27 Nov 2011 09:34 PM PST

PM jelaskan 'kekeliruan' Akta Perhimpunan Aman

1:03PM Nov 28, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman adalah sesuatu yang zalim, sambil menjelaskan bahawa dengan akta berkenaan perhimpunan boleh diadakan dalam masa yang singkat.

"Akta Perhimpunan Aman dibahagikan kepada dua kategori, bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan, mereka hanya perlu memberitahu pihak polis dan akan ada pihak berkuasa yang akan memanatu keadaan walaupun dengan notis yang singkat.

"Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan, maka ia akan memerlukan 10 tempoh hari supaya pihak polis boleh berunding dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Bagi kawasan yang ditetapkan, awak boleh berkumpul pada bila-bila masa... hanya maklumkan kepada polis bahawa anda sedang berhimpun... malah maklumkan sahaja dalam tempoh 24 jam."

Menurut Najib, akta itu sesuatu perubahaan besar berbanding dengan undang-undang yang ada sekarang.

"Polis mempunyai budi bicara tetapi dalam akta baru ini, hak rakyat untuk berhimpun secara aman adalah dijamin, jadi ini adalah penting," katanya.

Najib juga menolak dakwaan bahawa undang-undang baru itu lebih zalim daripada kebebasan Myanmar dan menuduh pihak pembangkang cuba mengelirukan orang ramai.

"Kami akan tentukan kawasan-kawasan di mana orang ramai boleh berhimpun. Kawasan-kawasan itu akan ditetapkan. Itulah apa yang kita maksudkan kawasan yang ditetapkan dan kawasan-kawasan itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang.

"Pihak polis hanya akan menyelaraskan perhimpunan aman, itu sahaja peranan polis," katanya.

Wakil Rakyat, urus isu kecil dulu sebelum bercita-cita nak ke Putrajaya

Posted: 27 Nov 2011 05:59 PM PST

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)ditegur agar belajar menguruskan isu parti terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat diPutrajaya.

Perwakilan Kedah, Dr Azman Ismail berkata, sekiranya isu-isu kecil diperingkat bawahan gagal diuruskan dengan baik, beliau meraguikemampuan parti itu untuk menerajui sebuah negara.

"Perkara paling mudah ialah isu telefon dan sms (sistem khidmat pesanan ringkas). Kalau wakil rakyat tak tahu nak uruskan inbox smsyang selalu penuh...macam mana nak uruskan pentadbiran di Putrajaya?

"Kalau inbox asyik penuh, rakyat hantar sms pun tak sampai. Aduan rakyat selalu tak dapat, ini bukan contoh yang baik," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Menurut Dr Azman yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, tegurannya itu mungkin dianggap terlalu remeh, namun ia memberi implikasi besar kepada kepercayaan rakyat dalam memilih calon parti itu sebagai wakilrakyat pada PRU akan datang.

"Memang isu ini kecil, tapi kalau sikap dan perangai begini ditonjolkan, rakyat akan bosan dengan pemimpin seperti ini," katanya.

Dalam pada itu Dr. Azman turut menasihatkan agar wakil rakyat PKR mengikuti kursus komunikasi bagi meningkatkan kebolehan berkomunikasi terutama untuk mendekati rakyat.

ARTIS : Perkahwinan RM15 juta ... Hantaran termasuk sebuah banglo RM5juta dan sebuah Audi R8

Posted: 27 Nov 2011 06:10 AM PST

Sebut nama Nur Shid'la Ahmad Kamarudin. Mungkin banyak orang tak kenal siapa dia. Sebut Syella, pun barangkali stage name itu tidaklah menjadikan dia popular mana. Tapi kalau katakan, ala artis yang wedding dia 15 juta tu... Hah, korang kenal la pulak kan?? Masakan tidak.

Sebab lain yang membuatkan perkahwinan penyanyi berusia 26 tahun ni menjadi tarikannya ialah nilai hantaran yang diterima penyanyi berusia 26 tahun ni sebanyak RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. Selain dihadiahkan sebuah banglo bernilai RM5 juta, Syella juga mendapat sebuah Mini Cooper. Ditambah dengan foto-foto majlis persandingannya yang di adakan 3 hari 3 malam tersebar di internet. Peliknya Syella bersanding tanpa suami di sisi.

Syella menjelaskan majlis perkahwinan (baju) adalah kali keempat Syella bersanding di rumah ibu bapnya di Cheras selepas bersanding di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan majlis itu bersanding bersama adik Syella iaitu Effa dengan suaminya, Firdaus. Jadi kami bersanding bersama-sama sekali lagi.

Katanya kepada laman portal Gua.com, dia dan suaminya (seorang VVIP) telah bernikah pada bulan September lalu. Turut menjelaskan ketiadaan suami di dalam gambar itu kerana tidak mahu menunjukkan siapa suaminya yang sebenar pada khalayak demi menjaga hati pihak tertentu.

"Mengenai hantaran mewah pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu belum sampai", ujar Syella.

Pun begitu beberapa hari lalu telah tersebar foto majlis makan beradab serta potong kek dan kali ini suaminya turut kelihatan (tetapi terpaksa di blurkan wajahnya).

.
Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup. Malah semua persediaan perkahwinan, dia dan suami yang menyediakan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

Saya sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. Saya tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup," katanya. Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000.

Hairan? Mana dia dapat duit. Duit show menyanyi? Popular ker dia...

Menurut Syella meskipun tidak aktif menyanyi tetapi dia juga mengusahakan butik dan kedai makan. Selain terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain.

Malah semua barang mewah dan mahal itu bukan permintaannya tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.

Perlu ker membazir sampai macam tu sekali? Laksanakan yang wajib jer sudah. Nak cakap banyak- banyak pun tak guna, majlis pun dah selamat. Lagipun tuan punya badan mampu, biarlah. Semoga kali berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.

Satu lagi "salah langkah" Najib ...

Posted: 27 Nov 2011 02:55 AM PST

Menteri di jabatan perdana menteri, NAzri Aziz telah mengesahan bahawa cabinet telah bersetuju untuk membuat 8 pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman. Akan tetapi beliau dan Najib telah di selar oleh pemimpin PKR kerana cuba memanipulasi isu tersebut.

Undang-undang itu haruslah ditarik balik. Perubahan besar diperlukan. Pindaan oleh kerjaan tidak memadai untuk mententeramkan hati rakyat., " ujar N Surendran, timbalan presiden PKR kepada Malaysia Chronicle.

"Adalah jelas bahawa kerajaan tiada niat untuk menghalalkan protes jalanan, yang merupakan kesedihan utama." Bantahan akan berterusan sehinggalah kerajaan mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun dan menguatkuasakan sepenuhnya perkara 10 dalam perlembagaan.

Beliau memberi komen mengenai laporan Berita Harian yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa 8 pindaan akan dibuat pada hari Selasa apabila Parlimen bersidang untuk bacaan kedua rang undang-undang tersebut.

Satu lagi "silap langkah" Najib


Akta Perhimpunan Aman telah pada pertama kalinya dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada bulan September untuk meleraikan kemarahan rakyat terhadap cara beliau menangani perhimpunana rakyat pada 9 Julai yang lepas yang menuntut pilihanraya yang adil dan bebas.

Bukan sahaja mereka tidak memberi kelapangan demokrasi kepada rakyat malah, rakyat dikejutkan dengan pembentangan rang undang-undang baru pada awal minggu ini yang mengandungi keadaan yang lebih teruk daripada Myanmar untuk mengadakan protes secara aman.

Undang-undang itu juga dikritik kerena memberi kuasa yang besar kepada polis dan budi bicara terhadap kebebasan rakyat.

"Hanya satu penyelesaian- tarik balik bukan pinda. Tiada langsung faktor kompromi dalam akta ini." Ujar Pengarah hal ehwal undang-undang Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle.

A slew of protests on the cards

Pada mulanya, Najib dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mempertahankan rang undang-undang tersebut dengan NAjib mengatakan bahawa ia adalah baru dan langkah besar sementara Hisham yang mengawal polis mengatakan bahawa tidak mungkin kerajaan akan menarik balik rang undang-undang tersebut yang akan dibaca untuk kali terakhir pada Selasa akan datang.

Ini telah mencetuskan beberapa siri bantahan daripada beberapa kumpulan termasuk Freedom to campaign yang diketuai Professor Won Chin Huat dan Majlis Peguam Negara.

Dengan batahan daripada orang awam ini, pentadbiran Najib sudah mula teragak-agak dan menyalahkan Nazri untuk keadaan yang melampau dan Najib tiada pengetahuan mengenainya kerana beliau berada di luar negara. Itu telah dikatakan sebagai alasan yang bodoh untuk menyelamatkan Najib.

Walaubagaimanapun, yang menjadi kebimbangan rakyat adalah pindaan yang akan dibuat. Bahawa ia cuma luaran semata dan tidak akan memuaskan Majlis Peguam Negara. Kumpulan-kumpulan awam lain juga mungkin tidak akan ambil ringan apa jua manipulasi yang akan dibuat oleh pentadbiran Najib yang berkemungkinan akan memasukkan perkara yang akan membenarkan pakatan mereka untuk kekal berkuasa dalam pilihanraya seterusnya.

"Kenapa kerajaan begitu bodoh? Rang undang-undang itu banyak kekurangan dan pada dasarnya ia tidak penting. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengguna pakai Perkara 10 dalam Perlembagaan." Ujar Timbalan presiden PRK Tian Chua kepada Malaysia Chronicle!

Malaysia Chronicle

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


HAK BERHIMPUN: TOLAK "PA BILL 2011"

Posted: 27 Nov 2011 08:02 PM PST

Orang Minyak XX

Posted: 27 Nov 2011 07:59 PM PST

1Lembu : Monorel Melaka hadapi masalah lagi

Posted: 27 Nov 2011 07:55 PM PST

melaka monorailBaru tiga hari operasi dimulakan semula, Perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat.

Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen.

Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar : Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara

Posted: 27 Nov 2011 07:52 PM PST


JOHOR BAHRU,27 NOV: Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.
 "Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.
Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi.
Read More / Baca Lagi >>

DAP: Tiada bukan Melayu bercita-cita jadi PM

Posted: 27 Nov 2011 07:51 PM PST

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi perdana menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana jawatan itu harus disandang oleh pemimpin berbangsa Melayu, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru, katanya, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi perdana menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

"Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka," katanya dalam satu kenyataan media.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kerja: SU Kewangan pertahan syor ‘perang’ atas BN, usul 2 Dis

Posted: 27 Nov 2011 07:50 PM PST


Ahli-ahli MTUC mengambil bahagian dalam protes menentang pindaan Akta Kerja di Kuala Lumpur pada November 3, 2011.
KUALA LUMPUR, 28 Nov — "Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Dan, saya akan bawa usul 'mahu berperang ke atas kerajaan' pada 2 Disember ini." Demikian tegas Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Alias Awang Ibrahim mengulas laporan memetik reaksi Setiausaha Agungnya Abdul Halim Mansor bahawa beliau kemungkinan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian bahawa badan induk itu akan mengisytihar perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pindaan Akta Kerja diluluskan di Dewan Negara bulan depan.
Ketika menyertai perbahasan pada Kongres Nasional PKR semalam, Alias Awang dipetik berkata MTUC akan berbuat demikian jika Rang Undang-undang Kerja 1955 diluluskan pada 12 Disember.
Read More / Baca Lagi >>

Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri

Posted: 27 Nov 2011 07:49 PM PST

Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiriPerhimpunan UMNO akan menjadi penebus pskologi untuk Umno sebelum ia berdean dengan pilihanraya. Ada pengkritik yang berpendapat bahawa keputusan sudah pun dibuat dan Umno tidak dapat diselamatkan. Umno sudahpun dianggap lemah dibawah kepimpinan ini.
Walaubagaimanapun, ramai dikalangan pemimpin Umno akan tetap mengutarakan retorik tidak tidak masuk akal untuk memastikan ahlinya menyokong mereka pada Pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan berkemungkinan besar awal tahun depan. Tidak ramai dikalangan mereka sedar bahawa kebanyakkan ahli mereka sebenarnya gundah gulana memikirkan kepimpinan parti.
Ramai ahli yang sedar bahawa tidak semuanya baik diantara parti itu dengan BN. Imej yang semakin teruk telag menyebabkan kebanyakkan ahlinya menjadi terdesak. Mereka sekarang tidak mempunyai banyak pilihan dan terus menggunakan seks, bangsa, agama dan kesetiaan untuk memenangi hati pengundi Melayu. Strategi itu juga tidak memberikan impak yang baik untuk parti untuk pilihanraya seterusnya.
Read More / Baca Lagi >>

Financial mismanagement and worse-off economy may stymie Najib's GE-13 push

Posted: 27 Nov 2011 07:46 PM PST

Financial mismanagement and worse-off economy may stymie Najib's GE-13 pushDatuk Seri Najib Razak's pre-polls charm offensive could sputter on alleged mismanagement of government projects and an uncertain economy despite the prime minister announcing a slew of reforms to boost voter support for the ruling Barisan Nasional (BN), say opposition lawmakers.
In recent months, Najib repealed three Emergency declarations, pledged to abolish the Internal Security Act (ISA), tabled a contentious Peaceful Assembly Bill, formed a parliamentary select committee on electoral reform and given more leeway to university students to participate in politics.
But a minister's family's handling of the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) and an inflation rate that has remained at 3.4 per cent for two months is a challenge to Najib, who remains personally popular with a 59 per cent approval rating.
Read More / Baca Lagi >>

Is Umno racist? Ask the people of Malaysia

Posted: 27 Nov 2011 07:45 PM PST

Is Umno racist? Ask the people of MalaysiaDeputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's assertion that UMNO is not racist and looks out for all Malaysians is mere political talk at a time when the 13th general election could see the toughest battle ever for the Malaysian political landscape.
Make no mistake, UMNO is out to win at all cost and this is powered by the greed of its many division chiefs who see the political party as a means to reap huge monetary rewards, once they get a seat on the gravy train. And this is why, there is constant infighting for position at an UMNO General Assembly. It is truly a dog-eat-dog race.
Non-Malay Bumi members
Although non-Malay Bumiputera also form a huge portion of the party membership, the fact is that key seats are basically reserved for the Malays. This is already causing unhappiness amongst the Bumi in Sabah Umno. So for Muhyiddin to shoot his mouth off with his absurd claim is not only disrespecting the intelligence of all Malaysians, but also disregarding and thereby insulting the feelings of the non-Malay Umno members.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim PKR Congress Closing Speech (2)

Posted: 27 Nov 2011 07:43 PM PST

Anwar Ibrahim PKR Congress Closing Speech (1)

Posted: 27 Nov 2011 07:42 PM PST

As AGM looms, Umno finds itself at its weakest, destroyed by its own leaders

Posted: 27 Nov 2011 05:59 PM PST

As AGM looms, Umno finds itself at its weakest, destroyed by its own leaders This party general assembly in December 2011 would be a sort of a final psychological 'redeemer' for UMNO to face the next general election. To some critics though, the die is already cast and UMNO is irredeemable. UMNO is already perceived as a weak political entity under the present leadership.
Nevertheless, some UMNO leaders would as usual come up with senseless rhetoric to pant up their members into supporting UMNO to face the 13th political joust to be held possibly early next year. Little would they realise that many among their members are despondent when they ponder over the party leadership.
Many UMNO members are aware that all is not well within the party and BN. The sagging image of the party has attributed to a lot of desperation among members. They now have not much choice but to desperately make use of sex, race, religion and the royalty to gain Malay votes. This strategy is not favouring the party either in the run-up to the next general election.
Read More / Baca Lagi >>

Salah urus, ekonomi dingin boleh hakis ‘kelancaran’ kempen PRU Najib

Posted: 27 Nov 2011 05:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Meskipun Datuk Seri Najib Razak sudah memulakan kempen prapilihan raya dengan siri pengumuman transformasi politik, pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang melihat pendekatan 'mesra' itu boleh terhakis dengan dakwaan kelemahan pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak kebelakangan ini.
Susulan perutusan Hari Malaysia, Perdana Menteri memansuhkan tiga deklarasi darurat, mahu membawa dua akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menggugurkan Seksyen 27 Akta Polis dengan undang-undang berkaitan dengan perhimpunan aman, membentuk jawatankuasa pilihan khas mengkaji sistem pilihan raya dan memberi kebebasan kepada penuntut institusi pengajian tinggi menyertai politik dengan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Read More / Baca Lagi >>

Menyokong UMNO : ibarat menanam pohon yang condong

Posted: 27 Nov 2011 05:54 PM PST

Perdana Menteri tetap seorang Melayu, walau parti mana pun yang memerintah dan di beri mandat oleh rakyat. DAP telah menyatakan dengan terang dan jelas yang orang bangsa lain dari Melayu tidak pernah berbincang untuk mengambil alih orang Melayu untuk menjadi PM.

Cerita momokan dari UMNO sahaja yang gila-gila menggunakan isu yang jika PR memerintah dan jika PR di domonasi oleh DAP maka ditakuti jawatan PM itu akan menjadi milik orang cina DAP. Momokan ini telah menjadi kempen orang-orang UMNO sekarang ini di bawah-bawah dengan tujuan menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong DAP.

MCA pun telah membuat kenyataan yang MCA tidak pernah terniat untuk meletakan wakilnya di Parlimen untuk menjadi PM negara ini. Kedua-dua MCA yang seratus peratus dari orang cina dan DAP sebuah parti berbilang kaum yang kini masih di dominasi oleh kaum cina telah menyatakan dengan jelas dan terang yang apa yang di cadangkan oleh setengah pihak supaya perlembagaan kita dipinda untuk memberi kepastian yang jawatan PM itu di pegang oleh orang Melayu itu di berikan kepastian mengikut perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid: PKR tetap lindung Melayu, Pakatan mahu kembali hak dirampas Umno

Posted: 27 Nov 2011 04:57 PM PST

JOHOR BARU, 27 Nov – Sementara PKR meletakkan sasaran dapat meneruskan tapaknya di Johor, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berharap rakyat akan membuang rasa khuatir terhadap komponen Pakatan Rakyat itu kerana ia tetap akan memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu.
Khalid (gambar) yang berucap pada akhir Kongres Nasional PKR Kelapan di sini memberitahu, matlamat utama perjuangan PKR adalah untuk mengembalikan hak rakyat yang dirampas Umno dan sepatutnya masyarakat Melayu membuang perasaan takutkan politik PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kerja: MTUC panggil Alias Awang syor ‘perang’ terhadap BN

Posted: 27 Nov 2011 04:52 PM PST

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dijangka mengambil tindakan disiplin ke atas Setiausaha Kewangannya yang semalam melahirkan pendirian bahawa badan induk itu akan mengisytihar perang ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) jika pindaan Akta Kerja diluluskan di Dewan Negara bulan depan. Ketika menyertai perbahasan pada Kongres Nasional PKR semalam, Alias Awang Ibrahim dilapor berkata MTUC akan berbuat demikian jika Rang Undang-undang Kerja 1955 diluluskan pertengahan Disember.
Menurut Alias Awang, badan induk itu akan menyokong mana-mana parti politik yang berjanji akan meminda pindaan kontroversi Akta Kerja.
Read More / Baca Lagi >>

Kongres Nasional PKR: Menggilap perjuangan rakyat

Posted: 27 Nov 2011 04:48 PM PST

"Perjalanan yang kita ambil dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka hanya mengambil masa 15 minit, dan kita sampai ke Dataran Merdeka untuk mengisytiharkan satu proklamasi untuk berjuang.  Dan ramai di kalangan kita telah berjalan bukan 15 minit, tetapi 13 tahun sampai hari ini."

Demikianlah kata-kata Naib Presiden PKR Tian Chua (gambar kiri), mengimbau nostalgia kelahiran parti KEADILAN dalam gerakan Reformasi, yang bermula pada September 1998.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar - Lagi Menang Lagi Banyak Halangan

Posted: 27 Nov 2011 04:40 PM PST

Reformasi Selangor Akan Dibawa Ke Johor

Posted: 27 Nov 2011 04:39 PM PST

Gendang Peperangan Dipalu

Posted: 27 Nov 2011 04:38 PM PST

Kongres PKR Wakil MTUC

Posted: 27 Nov 2011 12:15 PM PST

Fuziah : 'Locality' Taktik Baru Penipuan Pilihanraya

Posted: 27 Nov 2011 12:09 PM PST


JOHOR BAHRU, 27 NOV: Proses belah bagi atau "locality" yang dilakukan kini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merupakan satu strategi kotor dalam usaha memenangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang.Naib Presiden PKR, Fuziah Saleh berkata BN hanya memerlukan 3 peratus peralihan undi untuk menang dan mereka menggunakan proses ini untuk manfaat mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Pakatan mantap banding 2008, PRU-13 peluang terbaik tukar BN

Posted: 27 Nov 2011 12:08 PM PST

Barisan kepimpinan PKR di akhir kongres nasional petang tadi. – Foto oleh Choo Choy May
JOHOR BARU, 27 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Pakatan Rakyat lebih bersedia kali ini untuk membentuk kerajaan pusat sambil menegaskan, pilihan raya umum ke-13 peluang terbaik untuk mengubah kerajaan Barisan Nasional (BN). "Ini adalah peluang terbaik sejak 1957. Ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk bangkit dan mengubah sistem (semasa di bawah BN)," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ketika berucap menutup Kongres Nasional PKR Kelapan di sini hari ini.
Katanya, jika pilihan raya umum diadakan dengan adil dan demokratik, sudah pasti BN akan kalah dengan mudah.
Read More / Baca Lagi >>

Serahkan ‘ole-ole’ kongres ke akar umbi

Posted: 27 Nov 2011 12:06 PM PST

JOHOR BAHRU 27 Nov: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dalam ucapan penggulungannya di Kongres KEADILAN Nasional berpesan kepada perwakilan untuk menyampaikan 'ole-ole' yang diperolehi ke kawasan masing-masing.
Menurut Saifuddin, 'ole-ole itu' merupakan video yang dihasilkan Biro Strategik, Penerangan dan Komunikasi KEADILAN yang wajib ditayangkan sebelum bermula sesuatu program ceramah anjuran Pakatan Rakyat.
"Ada 60 puluh siri video untuk diserahkan kepada akar umbi parti. Tidak sukar dan usaha sistematik ini perlu digerakkan bersama rakan Pas dan DAP," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Karnival Ulangtahun Pas 60 Tahun Dataran Mardi AIr Hitam Johor

Posted: 27 Nov 2011 12:06 PM PST