Ahad, 27 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


78 % YAKIN UMNO ADALAH PENENTANG HUKUM HUDUD

Posted: 27 Nov 2011 08:29 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA bulan yang lalu, saya telah mengadakan `Poll' (Undian) di dalam blog saya untuk mengetahui pendapat semua pengunjung di dalam blog saya tersebut.  Saya mahu mengetahui pendapat pengunjung berkaitan dengan isu Hukum Hudud yang pada suatu ketika hangat diperbahaskan. 

Isu Hukum Hudud ini banyak dipermainkan oleh media kawalan Umno dengan meletakkan seolah-olah hukum yang diwajibkan oleh Allah ini hanya untuk diperjuangkan oleh PAS semata-mata dan perlu disokong oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sahaja.  Umno seolah-olah lepas tangan dengan isu ini sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan sebagai parti keramat orang-orang Melayu yang mana `Melayu' yang ditafsirkan di dalam Perlembagaan itu adalah `Orang-Orang Islam'. Anehnya. sebagai bangsa Melayu yang mengaku berugama Islam, mereka tidak sensitif langsung dengan Hukum Hudud ini.


Apabila PAS membicarakan Hukum Hudud, Umno sudah pasti akan mengaitkan dengan DAP dengan persoalan adakah DAP bersetuju dengan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.  Ini agak pelik kerana Umno seolah-olah mahu laksanakan Hukum Hudud sekiranya DAP menyokong hukum tersebut.  Tidak sukar untuk memahami mengapa PAS tegas untuk melaksanakan hukum Allah ini walaupun DAP berpendirian sebaliknya kerana bagi yang memahami Islam, hukum Islam tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam apatah lagi perlu kepada persetujuan mereka.  Adakah selama ini kita berpuasa kerana puasa itu dipersetujui oleh DAP? 

Oleh yang demikian, saya mahu pengunjung blog saya menilai sendiri siapakah sebenarnya yang tidak menyokong Hukum Hudud ini dilaksanakan.  Setelah Poll ini dibuat dengan penyertaan pengunjung seramai 3, 188 orang (berakhir 28 Nob 2011) maka berikut adalah keputusan yang diperolehi;

"Hukum Hudud - Siapa Sebenarnya Yang Menentang Hukum Ini?"  Pengunjung telah memilih dan percaya bahawa:-

1.   Umno (78 %)

2.  PAS (7 %)

3.  DAP (5 %)

4.  MCA (5 %)

5.  PKR (2 %)

6.  Gerakan (1 %)

7.  MIC (1 %)

8.  Lain-Lain (1 %)

Daripada jumlah tersebut, seramai 78 % pengunjung telah memilih dan yakin bahawa Umno adalah parti yang sebenarnya menentang Hukum Hudud ini.  Oleh yang demikian, Umno bukan sahaja parti yang gagal membela nasib orang-orang Melayu malahan mereka gagal untuk membela hukum Islam itu sendiri./wfauzdin.blogspot.com

SEMANGAT UMNO DAN SKUAD HARIMAU MUDA, JAUH PANGGANG DARI API

Posted: 27 Nov 2011 01:23 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Najib di dalam Malaysiakini hari ini, beliau mahu agar Umno bersemangat sama seperti Pasukan Bolasepak Harimau Muda yang telah memenangi Pingat Emas di dalam Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.  Semua tahu betapa kuatnya semangat pemain-pemain Harimau Muda sepanjang kejohanan tersebut dengan berbagai halangan, tekanan dan cemuhan yang diterima oleh Tim bimbingan Ong Kim Swee tersebut, namun Harimau Muda akhirnya berjaya menutup mulut `brengsek' penyokong Indonesia.

Semangat seperti ini lah yang Najib mahu Umno contohi.  Memetik kenyataan PM tersebut di dalam Malaysiakini, beliau berkata, " Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya (Malaysiakini).

Sayang seribu kali sayang, Najib bermimpi apabila mahu Umno mencontohi semangat jitu Skuad Harimau Muda itu.  Pertamanya, benarkah Umno sekarang sedang berjuang di dalam keadaan tertekan dan berada di padang yang tidak raya?  Tahukah Najib, padang yang tidak rata itu menyebelahi beliau sebenarnya?  Segala jentera kerajaan dan media kerajaan sekarang menyebelahi siapa?  Adakah Najib sekarang merasa seolah-olah Umno kini sebagai Pembangkang di negara ini apabila merasa Umno seperti teraniaya dengan padang tidak rata?  Sepatutnya, istilah padang tidak rata itu diucapkan oleh Pembangkang di negara ini.

Memang benar, Harimau Muda berjuang di dalam keadaan padang tidak rata dengan tekanan dari para penyokong Indonesia serta sabotaj dari penganjur yang ingin melemahkan semangat setiap pemain sehingga terpaksa berulang alik ke stadium dengan menaiki `kereta besi'.  Namun, sepanjang pertandingan yang melibatkan Skuad Harimau Muda, skuad ini beruntung kerana diadili oleh Pengadil profesional yang bersikap adil.
 
Adakah Umno mengalami seperti Skuad Harimau Muda?  Di sepanjang Pilihanraya di negara ini, adakah kita memiliki `Pengadil' yakni SPR yang profesional?  Mahukah Najib mengakui Umno amat bertuah kerana mengawal seluruh jentera kerajaan termasuk media berkempen untuk mereka sejak bertahun-tahun dahulu?  Adakah Najib mahu menafikan bahawa Undi Pos sentiasa membantu memenangkan Umno?  Najib tidak sedarkah betapa Pembangkang sering dinafikan hak untuk berkempen secara adil dengan berbagai halangan seperti permit dan sebagainya?  Inikah yang dimaksudkan dengan Najib bahawa Umno berjuang di dalam keadaan padang tidak rata?

Jauh panggang dari api untuk Najib bermimpi mahu menyamakan perjuangan Umno dengan Harimau Muda.  Harimau Muda berjuang dengan kudrat dan semangat semata-mata di samping diperkuatkan dengan sokongan rakyat.  Beraksi di atas padang yang tidak rata, Harimau Muda mampu menewaskan musuh mereka.  Berbeza dengan Umno, dengan segala bantuan dari jentera kerajaan malahan dari `Pengadil' yang sering menyebelahi mereka, Umno masih gagal mendapat sokongan rakyat. 

Nampaknya, Umno cuba meraih simpati rakyat dengan mengambil kesempatan di atas semangat Harimau Muda.  Namun, rakyat tahu bahawa yang sepatutnya bergelar semangat Harimau Muda itu adalah Pakatan Rakyat kerana mereka lah sebenarnya yang berada di padang yang tidak rata. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: