Ahad, 27 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


SMS Ugutan : Bekas Setpol Deris Jusoh dipenjara setahun

Posted: 27 Nov 2011 10:02 PM PST

SMS Ugut: Dr Ramzi Dipenjara Setahun


KUALA TERENGGANU: Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat Nasional (BN) dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

Hakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.

Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.

Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beberapa anggota keluarga Ahmad Ramzi termasuk isterinya dilihat hadir di mahkamah. - BERNAMA

Akta Perhimpunan Aman : Baca boleh percaya jangan

Posted: 27 Nov 2011 09:34 PM PST

PM jelaskan 'kekeliruan' Akta Perhimpunan Aman

1:03PM Nov 28, 2011

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menolak dakwaan bahawa Rang Undang-undang Perhimpunan Aman adalah sesuatu yang zalim, sambil menjelaskan bahawa dengan akta berkenaan perhimpunan boleh diadakan dalam masa yang singkat.

"Akta Perhimpunan Aman dibahagikan kepada dua kategori, bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan, mereka hanya perlu memberitahu pihak polis dan akan ada pihak berkuasa yang akan memanatu keadaan walaupun dengan notis yang singkat.

"Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan, maka ia akan memerlukan 10 tempoh hari supaya pihak polis boleh berunding dengan masyarakat setempat untuk mendapatkan pandangan mereka," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Bagi kawasan yang ditetapkan, awak boleh berkumpul pada bila-bila masa... hanya maklumkan kepada polis bahawa anda sedang berhimpun... malah maklumkan sahaja dalam tempoh 24 jam."

Menurut Najib, akta itu sesuatu perubahaan besar berbanding dengan undang-undang yang ada sekarang.

"Polis mempunyai budi bicara tetapi dalam akta baru ini, hak rakyat untuk berhimpun secara aman adalah dijamin, jadi ini adalah penting," katanya.

Najib juga menolak dakwaan bahawa undang-undang baru itu lebih zalim daripada kebebasan Myanmar dan menuduh pihak pembangkang cuba mengelirukan orang ramai.

"Kami akan tentukan kawasan-kawasan di mana orang ramai boleh berhimpun. Kawasan-kawasan itu akan ditetapkan. Itulah apa yang kita maksudkan kawasan yang ditetapkan dan kawasan-kawasan itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam seperti stadium dan kawasan lapang.

"Pihak polis hanya akan menyelaraskan perhimpunan aman, itu sahaja peranan polis," katanya.

Wakil Rakyat, urus isu kecil dulu sebelum bercita-cita nak ke Putrajaya

Posted: 27 Nov 2011 05:59 PM PST

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)ditegur agar belajar menguruskan isu parti terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat diPutrajaya.

Perwakilan Kedah, Dr Azman Ismail berkata, sekiranya isu-isu kecil diperingkat bawahan gagal diuruskan dengan baik, beliau meraguikemampuan parti itu untuk menerajui sebuah negara.

"Perkara paling mudah ialah isu telefon dan sms (sistem khidmat pesanan ringkas). Kalau wakil rakyat tak tahu nak uruskan inbox smsyang selalu penuh...macam mana nak uruskan pentadbiran di Putrajaya?

"Kalau inbox asyik penuh, rakyat hantar sms pun tak sampai. Aduan rakyat selalu tak dapat, ini bukan contoh yang baik," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Menurut Dr Azman yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, tegurannya itu mungkin dianggap terlalu remeh, namun ia memberi implikasi besar kepada kepercayaan rakyat dalam memilih calon parti itu sebagai wakilrakyat pada PRU akan datang.

"Memang isu ini kecil, tapi kalau sikap dan perangai begini ditonjolkan, rakyat akan bosan dengan pemimpin seperti ini," katanya.

Dalam pada itu Dr. Azman turut menasihatkan agar wakil rakyat PKR mengikuti kursus komunikasi bagi meningkatkan kebolehan berkomunikasi terutama untuk mendekati rakyat.

ARTIS : Perkahwinan RM15 juta ... Hantaran termasuk sebuah banglo RM5juta dan sebuah Audi R8

Posted: 27 Nov 2011 06:10 AM PST

Sebut nama Nur Shid'la Ahmad Kamarudin. Mungkin banyak orang tak kenal siapa dia. Sebut Syella, pun barangkali stage name itu tidaklah menjadikan dia popular mana. Tapi kalau katakan, ala artis yang wedding dia 15 juta tu... Hah, korang kenal la pulak kan?? Masakan tidak.

Sebab lain yang membuatkan perkahwinan penyanyi berusia 26 tahun ni menjadi tarikannya ialah nilai hantaran yang diterima penyanyi berusia 26 tahun ni sebanyak RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. Selain dihadiahkan sebuah banglo bernilai RM5 juta, Syella juga mendapat sebuah Mini Cooper. Ditambah dengan foto-foto majlis persandingannya yang di adakan 3 hari 3 malam tersebar di internet. Peliknya Syella bersanding tanpa suami di sisi.

Syella menjelaskan majlis perkahwinan (baju) adalah kali keempat Syella bersanding di rumah ibu bapnya di Cheras selepas bersanding di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan majlis itu bersanding bersama adik Syella iaitu Effa dengan suaminya, Firdaus. Jadi kami bersanding bersama-sama sekali lagi.

Katanya kepada laman portal Gua.com, dia dan suaminya (seorang VVIP) telah bernikah pada bulan September lalu. Turut menjelaskan ketiadaan suami di dalam gambar itu kerana tidak mahu menunjukkan siapa suaminya yang sebenar pada khalayak demi menjaga hati pihak tertentu.

"Mengenai hantaran mewah pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu belum sampai", ujar Syella.

Pun begitu beberapa hari lalu telah tersebar foto majlis makan beradab serta potong kek dan kali ini suaminya turut kelihatan (tetapi terpaksa di blurkan wajahnya).

.
Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup. Malah semua persediaan perkahwinan, dia dan suami yang menyediakan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.

Saya sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. Saya tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup," katanya. Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000.

Hairan? Mana dia dapat duit. Duit show menyanyi? Popular ker dia...

Menurut Syella meskipun tidak aktif menyanyi tetapi dia juga mengusahakan butik dan kedai makan. Selain terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain.

Malah semua barang mewah dan mahal itu bukan permintaannya tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.

Perlu ker membazir sampai macam tu sekali? Laksanakan yang wajib jer sudah. Nak cakap banyak- banyak pun tak guna, majlis pun dah selamat. Lagipun tuan punya badan mampu, biarlah. Semoga kali berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.

Satu lagi "salah langkah" Najib ...

Posted: 27 Nov 2011 02:55 AM PST

Menteri di jabatan perdana menteri, NAzri Aziz telah mengesahan bahawa cabinet telah bersetuju untuk membuat 8 pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman. Akan tetapi beliau dan Najib telah di selar oleh pemimpin PKR kerana cuba memanipulasi isu tersebut.

Undang-undang itu haruslah ditarik balik. Perubahan besar diperlukan. Pindaan oleh kerjaan tidak memadai untuk mententeramkan hati rakyat., " ujar N Surendran, timbalan presiden PKR kepada Malaysia Chronicle.

"Adalah jelas bahawa kerajaan tiada niat untuk menghalalkan protes jalanan, yang merupakan kesedihan utama." Bantahan akan berterusan sehinggalah kerajaan mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun dan menguatkuasakan sepenuhnya perkara 10 dalam perlembagaan.

Beliau memberi komen mengenai laporan Berita Harian yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa 8 pindaan akan dibuat pada hari Selasa apabila Parlimen bersidang untuk bacaan kedua rang undang-undang tersebut.

Satu lagi "silap langkah" Najib


Akta Perhimpunan Aman telah pada pertama kalinya dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada bulan September untuk meleraikan kemarahan rakyat terhadap cara beliau menangani perhimpunana rakyat pada 9 Julai yang lepas yang menuntut pilihanraya yang adil dan bebas.

Bukan sahaja mereka tidak memberi kelapangan demokrasi kepada rakyat malah, rakyat dikejutkan dengan pembentangan rang undang-undang baru pada awal minggu ini yang mengandungi keadaan yang lebih teruk daripada Myanmar untuk mengadakan protes secara aman.

Undang-undang itu juga dikritik kerena memberi kuasa yang besar kepada polis dan budi bicara terhadap kebebasan rakyat.

"Hanya satu penyelesaian- tarik balik bukan pinda. Tiada langsung faktor kompromi dalam akta ini." Ujar Pengarah hal ehwal undang-undang Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle.

A slew of protests on the cards

Pada mulanya, Najib dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mempertahankan rang undang-undang tersebut dengan NAjib mengatakan bahawa ia adalah baru dan langkah besar sementara Hisham yang mengawal polis mengatakan bahawa tidak mungkin kerajaan akan menarik balik rang undang-undang tersebut yang akan dibaca untuk kali terakhir pada Selasa akan datang.

Ini telah mencetuskan beberapa siri bantahan daripada beberapa kumpulan termasuk Freedom to campaign yang diketuai Professor Won Chin Huat dan Majlis Peguam Negara.

Dengan batahan daripada orang awam ini, pentadbiran Najib sudah mula teragak-agak dan menyalahkan Nazri untuk keadaan yang melampau dan Najib tiada pengetahuan mengenainya kerana beliau berada di luar negara. Itu telah dikatakan sebagai alasan yang bodoh untuk menyelamatkan Najib.

Walaubagaimanapun, yang menjadi kebimbangan rakyat adalah pindaan yang akan dibuat. Bahawa ia cuma luaran semata dan tidak akan memuaskan Majlis Peguam Negara. Kumpulan-kumpulan awam lain juga mungkin tidak akan ambil ringan apa jua manipulasi yang akan dibuat oleh pentadbiran Najib yang berkemungkinan akan memasukkan perkara yang akan membenarkan pakatan mereka untuk kekal berkuasa dalam pilihanraya seterusnya.

"Kenapa kerajaan begitu bodoh? Rang undang-undang itu banyak kekurangan dan pada dasarnya ia tidak penting. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengguna pakai Perkara 10 dalam Perlembagaan." Ujar Timbalan presiden PRK Tian Chua kepada Malaysia Chronicle!

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: