Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DERHAKA PADA RAJA, UMNO PEMBUKA TIRAI

Posted: 12 Nov 2011 12:54 PM PST

Dato Onn terlebih derhaka berbanding Nizar, Aziz Bari
    Oleh: tun_telanai

 














" Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.

Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.

Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.


Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Dalam krisis perlembagaan itu, dalam tahun 1983 dan 1993, UMNO mengerakkan seluruh jentera dan rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh Negara yang dikenali sebagai 'perhimpunan SEMARAK' bagi membangkitkan perasaan rakyat membenci Raja-raja Melayu. Dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, Raja-raja dimaki-hamun, dicela dan dihina. Dilondeh semua panau dan kurap yang ada pada Raja-raja ketika terutama almarhum Sultan Johor. Raja-raja dimalukan dikhalayak ramai, semua rakyat mengikuti peristewa malang tersebut.

Penderhakaan terhadap raja-raja terus disemarakkan semula oleh Mahathir Mohamad ketika belaiu memerintah Malaysia. Raja-raja dihina, dimaki-hamun dan macam-macam kata-kata nista dikeluarkan bagi menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu ketika itu. Ada pemimpin UMNO seperti Shahidan Kassim menjadi juara menghentam Raja-raja Melayu dan Annuar Musa terlalu marahkan kepada Sultan Kelantan telah melantik Tengku Ibrahim sebagai penganti Sultan yang dikatakannya perlantikan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan tidak sah.

Apalah sangat jika dibanding dengan kes Prof.Dr Abdul Aziz Bari dari UIA yang dikatakan menghina Sultan Selangor itu. Itulah hanya padangan seorang ahli akedemik terhadap Raja dan Perlembagaan. Bukan seperti UMNO yang mengamuk pada tahun 1983 dan 1993 dulu, ianya lebih kerpada matlamat politik sempit UMNO. Kini, Raja-raja Melayu hanya tinggal gigi dan gusi sahaja lagi. Penghormatan rakyat terutama dari kaum bukan Melayu terhadap institusi istana dalam Negara ini semakin terhakis. Rakyat semakin berani bangkit mempersoalkan beberapa perkara yang dinikmati oleh Raja-raja dan kaum kerabatnya.

Semuanya ini berlaku kerana UMNO yang mula-mula merintis jalan membawa penderhakaan rakyat terhadap institusi beraja dalam Negara ini.UMNO perlu dipertanggungjawabkan dalam soal ini.

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Fasha Sandha ikut langkah Zarina - ... kalau tak buka sana buka sini bukan artis ker wei?

Posted: 12 Nov 2011 08:06 AM PST


Jika dua hari lalu, laman-laman hiburan panas dengan paparan kisah Zarina Anjou dengan penuh berani tanpa segan silu menayangkan 'asetnya'. Ada yang bagi respon, "perghh!, baik punya!". Tak kurang ada komen berbentuk pertanyaan, mantap!, tapi tu original ker photoshop??? Hanya Zarina dan jurugambar tu jer yang tahu.

Lain pula kehangatannya hari ini, sepertimana yang dilaporkan dalam gua.com, ratu drama abad ini, Fasha Sandha pula seperti biasa meraih perhatian ramai dengan penampilan kontroversi buat sekian kalinya. Adatlah... nak cari publisiti dan menambahkan lagi tahap popular.

Jika Zarina tampil menghairahkan di Majalah FFM Indonesia edisi keluaran Oktober. Dengan berbaju merah sendat, sebahagian payudara Zarina jelas kelihatan. Sekaligus menjadi bahan kutukan ramai. Bagaimana pun Zarina dengan selamber seolah-seolah tidak ada rasa malu, siap boleh respon lagi di laman Twitternya,@Zarina_anjoulie,

"Girls pegi La Senza beli push up bra maximum double layer, SETTLE THE BATTLE."

Tak cukup dengan itu, Zarina boleh lagi ni meluahkan perasaan bengangnya (tak payah nak bengang sangatt lah...sendiri yang cari penyakit),

"All I hear frm yesterday is tetek this tetek that.. Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tetek nk kacau tetek org."

Berbalik kepada alkisahnya Fasha Sandha, apa yang anda tatap ni adalah penampilanyan ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tiba dengan gaun labuh berwarna jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang. Memanglah bentuk badannya cantik kerna tidak ada lemak atau selulit yang kelihatan, tetapi ia tetap tidak sopan. Tetamu 'Mat Salleh' di acara itu pun bijak menghormati adab susila dalam berpakaian di negara Islam ini.

Seorang dengan penuh bangga 'tunjuk' depan, seorang lagi dedah belakang. Siapa yang anda rasa lebih mantap lagi seksi, Zarina atau Fasha? - gua.com

Raja Nong Chik vs Shahrizat : BN Lembah Pantai bergolak

Posted: 12 Nov 2011 01:54 AM PST

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. -

"Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.

"Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini.

Tepuk tangan isu projek feedlot

"Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.

"Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu," kata beliau.

Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu.

"Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon 'winnable' di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.

"Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.

Silap hari bulan kalah lebih besar

"Saya bimbang kalau pusat letak dia juga, nanti bukan sahaja kita kalah lagi, tetapi silap hari bulan kita kalah dengan majoriti lebih besar dari dahulu.

"Sebab itulah ramai rakan-rakan dalam Umno termasuk wanita, puteri dan dari MCA mahukan Sharizat di sini dan bukannya Raja Nong Chik.

"Rakan-rakan dari MCA beritahu kami, walaupun kita lihat pengundi Cina lebih pro-pembangkang, tetapi Sharizat lebih mudah diterima pengundi Cina berbanding Raja Nong Chik," ujar beliau.

Ani juga mendakwa, beberapa pihak yang dianggap sebagai juru kempen Raja Nong Chik yang sudah lama bergerak di Lembah Pantai bukan sahaja meningkatkan imej pemimpin itu, malah seolah-olah cuba merendah imej Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.

"Dia orang kempen untuk bos dia orang tu satu hal lah juga, tapi yang tak sedapnya dia orang merendah-rendahkan imej Shahrizat macam dah terdesak nak jadi calon.

"Contoh paling mudah dan jelas sekali, macam yang saya katakan tadi dalam isu projek feedlot, macam mana kami tak sakit hati?

"Saya tak mahu nanti gara-gara sikap dia orang macam tu, nanti ada yang sakit hati sampai merajuk dan boikot atau lagi teruk, kalau ada orang BN sendiri yang sabotaj kempen masa pilihan raya nanti," ujar beliau lagi. - FMT

~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Nak termuntah aku tengok blog Kelantan puja sultan depa!

Posted: 12 Nov 2011 06:21 AM PST


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


TANPA UMNO SEMUA TAK ADA ??

Posted: 12 Nov 2011 12:49 AM PST

111111 Selangor Dapat Tanah, Wang Daripada Hutang Talam Corporation

Posted: 12 Nov 2011 12:01 AM PST



























RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


11.11.11 Cendawan Susu Rimau

Posted: 12 Nov 2011 08:55 PM PST

Oleh: MSK 
Member dok tanya aku pasai apa aku tak tulis apa-apa tentang 11.11.11. Selalunya, aku cukup seronok menulis tentang nombor…apatah lagi apabila ada nombor special macam 11.11.11.
Nombor kawin macam ni memang special dikalangan pengamal Feng Shui. Aku tak tau tentang Feng Shui..Cuma tau tentang Mattermatics. Dalam Mattermatics, nombor 11.11.11 tak ada keistimewaan. Sama macam 8.8.88, 9.9.99 ataupun 10.10.10.
11.11.11 kalau dicampur semuanya menjadi 6. Mana ada spesel? (Nanti aku sambung Budaya Rebel..sebab apa yang aku jumpa ni lagi spesel.)
So, ketika semua orang menunggu 11.11.11, aku masuk hutan. Tu pasai aku tak boleh nak buat posting atau jawab komen.
Read More / Baca Lagi >>

Semarak Hijau di Sabak Bernam

Posted: 12 Nov 2011 08:50 PM PST

Oleh Abd Shukur Harun
Selangor menjadi sasaran utama Umno-BN untuk merampasnya dalam PRU13. Dehttp://3.bp.blogspot.com/_eA-KOthxkeI/TQjUT9HNf0I/AAAAAAAAC8M/gD0PKHZH698/s400/bendera%2Bpas%2Bberkibar.JPGngan itu pertahanan Kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Selangor, mesti dilakukan secara luar biasa.
MENYUSURI jalan kecil yang kiri kanannya sawah serta ladang kelapa sawit luas terbentang, dengan rumah kampung tradisional di kawasan Sabak Bernam, Selangor, kelihatan bendera dan kain rentang PAS, menunjukkan parti itu terus wujud dan berkembang di kawasan perkampungan Melayu tradisional ini.

Saya berada di Sabak Bernam – yang konon dianggap sebagai kubu Umno-BN selama ini– untuk menyaksikan program Semarak Hijau minggu lalu, anjuran PAS kawasan tersebut dalam siri program mendekati dan memberi sumbangan kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pensyarah IPGM tuntut janji TPM

Posted: 12 Nov 2011 08:49 PM PST

Oleh PENSYARAH MUAK
BAJET 2012 yang dibentang Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu penuh dengan janji-janji manis terutama kepada warga pendidik negara. Kenaikan gaji asas (pokok) begitu dinantinantikan warga pendidik sebelum pembentangan Bajet tersebut.
Ramai warga perkhidmatan awam tertunggu-tunggu dan berkira-kira semoga Bajet tersebut berupaya memberikan sedikit sinar pengharapan untuk mereka menempuh fenomena kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang begitu menggila melanda rakyat Malaysia dan menjejaskan pendapatan benar mereka.
 
Malah kadar warga Malaysia yang dibebani hutang dan akhirnya diistihar muflis (seorang setiap 40 minit) begitu membimbangkan.Read More / Baca Lagi >>

Hijab pikat Nai’ma kepada Islam

Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST

Susunan USTAZ ZAINUDIN HASHIM
NAI'MA B Robert lahir pada 19 September 1977 di bandar Leeds, Britain. Ketika lahir ibu bapanya menamakannya dengan Thando Nomhle Mclaren.Ayahnya juga berasal http://2.bp.blogspot.com/-jCUAD6CqwHc/TrbCNw1yOLI/AAAAAAAAENs/z76EWEbBw3M/s72-c/nai%2527ma.JPGdari Leeds, sementara ibunya dari Scotland, United Kingdom.
Namun keluarganya berpindah ke Zimbabwe, Afrika atas urusan pekerjaan dan menetap di sana, bapanya seorang pensyarah kanan di Universiti Zimbabwe, adapun ibunya Thembi Mclaren seorang usaha wanita yang berjaya.

Nai'ma membesar di Zimbabwe kemudian ke Habsyah ketika berusia dua tahun. Mendapat pendidikan rendah dan menengah secara formal bersama adik dan kakaknya di ibu negara Harare, Zimbabwe. Setelah selesai mengikuti pelajaran peringkat menengah di Zimbabwe, Nai'ma menyambung pengajian tingginya di Universiti London dan memperolehi ijazah pertama.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama tidak beri nasihat bukan insan, tetapi haiwan

Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
HASAN Al-Basri r.a. seorang ulama besar dikurniai Allah SWT ilmu mentadbir mihttp://3.bp.blogspot.com/_E_BpkmlY3KQ/SjiR_RXnvoI/AAAAAAAAAGM/iRHCGV50bRo/s320/TG+NIK+AZIZ.jpgmpi. Islam mengiktiraf kewujudan mimpi dengan prinsip; bahawa 'Ar-Rukya juz-un minan Nubuwwah' (mimpi - satu juzuk daripada kenabian).
Ada tiga tahap mimpi, antaranya disebut 'ar-Rukya Shadiqah,' inilah yang diiktiraf oleh Islam. Sementara dua lagi di sebut 'ahlam' dan juga 'adhghatsu ahlam', keduaduanya ditolak oleh Islam.
 
Apabila Allah SWT hendak memberi tahu sesuatu kepada manusia, maka dikirimnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w. bagi menyampaikan sesuatu berbentuk wahyu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS terus tuntut pilihan raya bersih

Posted: 12 Nov 2011 08:45 PM PST

"PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi.
PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat sedang memerhatikan tuntutan Bersih 2.0 secara serius kerana kerajaan belum menunaikan tuntutan tersebut, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antara tuntutan berkenaan akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa.
"PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata ahli Parlimen Marang itu.
Menurutnya, sehingga hari ini semua tuntutan Bersih belum lagi ditunaikan. Pada 7 Julai lalu, Bersih yang  disokong parli politik pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan besar-besaran mendesak mengadakan pilihan raya bersih dan adil.
Read More / Baca Lagi >>

SAMM sedia lancar perhimpunan Bersih ketiga

Posted: 12 Nov 2011 08:43 PM PST

"Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya.
Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih
dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar.
Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu.
Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, "Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang."
Read More / Baca Lagi >>

Bull or bear: Figuring out when to buy and when to sell

Posted: 12 Nov 2011 08:38 PM PST

Bull or bear: Figuring out when to buy and when to sell The Efficient Market Hypothesis refers to the condition whereby the current prices of the securities have already incorporated any news that arises from those securities without delay. In other words, the pricing of any security will be so efficient that there will not be any opportunity to arbitrage the price differential before and after the news is released.
Thus, even with the use of technical analysis using indicators and oscillators to TIME the market and fundamental analysis using company financial information and earnings to select undervalue stocks, the investor will still not be able to reap better than average returns on the market.
So, under normal conditions the current price of any security represents the best unbiased estimate value of the particular investment and any old information cannot be used to predict future price movement. In other words the Efficient Market Hypothesis has some relevance to the Random Walk Theory when it comes to predicting future price movement of any security.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy Jamaludin: From 4th Floor to Basement

Posted: 12 Nov 2011 08:36 PM PST

Khairy Jamaludin: From 4th Floor to BasementNo matter how much Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin is going to argue and present the so-called facts on his blog ( I guess there is no traffic there) or to the online papers to support the Umno version of what happened at the National Feedlot Corporation, it will not make sense to normal folks.
Everyday Malaysians would like to eat beef at least twice a week if they can afford it, or else the only source of protein for them will be chicken which is still considered affordable. Fish especially from the sea is almost out of reach for them, the price of fish has sky rocketed to new highs in recent years, with the price of the people's favorite ikan kembong (scomber) is about eleven ringgit a kilo!
With this in mind if the NFC can sell beef cheap to the normal folk, this will make sense to them. Then he can argue till all the cows come home and nobody would mind. Right now it is better for him to shut up, and keep his distance from the NFC debacle.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin, Rm100 & Berkemban.....

Posted: 12 Nov 2011 08:35 PM PST

Sekolah Keluar Pekeliling Minta Ibu Bapa Hadir 
berita hairan-

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan.

Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya.


Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah: Tahniah Selangor!

Posted: 12 Nov 2011 08:33 PM PST

Wan Azizah: Tahniah Selangor!Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat.
Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri tidak bertindak berbelanja secara tidak wajar. Sebaliknya, simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin and The Bankruptcy Years

Posted: 12 Nov 2011 08:32 PM PST

Muhyiddin and The Bankruptcy YearsDeputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's stand of "Malay First, Malaysian Second" has already blackballed him in the eyes of many Malaysians, although he and his advisers do not believe this to be so.
Instead of desisting, they are pushing forward on the premise that Malay racism can still win the day in Malaysia - a country that is almost 40 per cent populated by non-Malays including the indigenous people, Chinese, Indians, Bengalis, Pakistanis, Eurasians and many other small minority groups. This may be the right tack in helping him wrest the Umno presidency from incumbent, Prime Minister Najib Razak, when party polls are held next year.
But it certainly will not help change the direction of Malaysia's long-term decline that coincidentally began when Najib's dad, Abdul Razak Hussein, took over as the second prime minister in 1970. It was then that an affirmative action policy named the New Economic Policy was implemented but it was soon twisted to betray its original purpose of distributing the nation's wealth to the poor, and used instead to benefit the most powerful Umno chieftains, their families and cronies.
Read More / Baca Lagi >>

Ini jawapan dari UMNO - Anak PM pun nak hidup juga..

Posted: 12 Nov 2011 08:32 PM PST

UMNO rasanya dah nak sampai ke penghujngnya,, Insyaallah, kalau sebelum ini isu NFC lembu tidur di kondominium, jawapan Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO, amat mudah... duit modal lembu beli kondo sebagai nak melabur,,,, bagi aku kalau nak melabur,,, lebih baik labur bela babi, lagi besar dia punya untung.... beli kondo berapa sen sangat untung....

Bila isu mohd-nazifuddin-pewaris-takhta-dato-seri., Lagi baguih blog otai UMNO jawab... Anak PM pun nak Hidup juga... ooo itu macam ka....

PM RESTUI NAIB PRESIDEN UMNO AMAL RASUAH?

Posted: 12 Nov 2011 08:30 PM PST

Oleh : CITRA MASADI
PENDEDAHAN Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk 'Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids' berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan.
Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh 'Golden Eye Boy', Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah jadi parti politik? Jangan terburu-buru!

Posted: 12 Nov 2011 08:25 PM PST

"Amanah" merupakan satu terma yang cukup besar pengertiannya.
Ia cukup besar kerana bukan sahaja ia melibatkan aspek kepercayaan seseorang terhadap sesuatu pihak lain bahkan juga menonjolkan integriti mereka.
Di sinilah, keikhlasan serta kejujuran seseorang akan teruji. Mahu tidak mahu, segala pergerakan, tutur kata malah niat seseorang akan menjadi perhatian umum.
Apa yang pasti, menggalas amanah tidaklah semudah menggalas tugasan biasa yang diberikan oleh pihak atasan semata-mata. Sebaliknya ia lebih daripada itu dan menuntut iltizam, keberanian dan ketuntasan seseorang untuk melakukannya.
Tanpa sifat-sifat amanah dalam diri, tidak mustahil dunia seantero akan porak-peranda jadinya. Lebih buruk lagi, nilai-nilai murni yang dilaung-laungkan selama ini seperti kejujuran, integriti dan ketelusan akan memberi laluan kepada kemungkaran.
Kehidupan seharian rakyat akhirnya akan ditentukan oleh paksi kejahatan dan kegelapan dan kesudahannya, masyarakat semakin hilang arah dan punca!
Read More / Baca Lagi >>

Makin Merudum : ‘Hong Leong Bank tidak boleh beri VSS sembarangan’ -NUBE

Posted: 12 Nov 2011 08:19 PM PST

Menurut Solomon, Hong Leong mendakwa ia telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk program VSS tersebut. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) dengan keras menolak skim pemisahan secara sukarela (VSS), yang dilaksanakan Hong Leong Bank Berhad awal bulan ini ekoran penggabungan dengan EON Bank Berhad, tanpa perbincangan teratur bersama kesatuan pekerja. Selain itu, NUBE juga menegaskan pihaknya kecewa perkara tersebut dilaksanakan ekoran kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja — agensi-agensi yang sewajarnya tidak campur tangan ataupun memberi lampu hijau bagi pelaksanaan VSS.
Read More / Baca Lagi >>

PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

Posted: 12 Nov 2011 08:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik

Posted: 12 Nov 2011 08:16 PM PST

KOTA BHARU, 13 Nov: Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri yang dizahirkan pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2011 di Istana Balai Besar semalam bukan saja menggambarkan sikap Sultan Muhammad V dalam memayungi rakyat jelata, bahkan pengurniaan itu adalah sebagai pengiktirafan baginda kepada dunia akademik dan warga univsersiti umumnya.
Ini kerana pada istiadat penzahiran penerimaan ketandaan darjah kebesaran itu terdapat golongan pakar, ahli akademik dan pensyarah universiti turut menerimanya.
"Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita," kata Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar).
Pada penzahiran pengurniaan ketandaan darjah dan kehormatan kebesaran itu Agus dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yangt Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K).
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa Universiti M'sia S'wak sokong AUKU dipinda

Posted: 12 Nov 2011 08:12 PM PST

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dipinda dengan memberi kebenaran kepada pelajar universiti untuk terlibat dalam kegiatan politik di luar kampus sahaja.

Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Hwong Yie Hahn berkata, sudah tiba masanya pelajar universiti di negara ini diberi kelonggaran berpolitik namun pada masa sama tidak menjejaskan peranan universiti sebagai pusat pengajian ilmu.

"Kerajaan patut meminda Seksyen 15 AUKU untuk menghalang kemasukan unsur politik ke dalam kuliah dan kampus tetapi pada masa sama, memberi kelonggaran kepada pelajar universiti untuk berpolitik di luar kampus," katanya di Kota Samarahan, hari ini.

Sambil memberi sokongan penuh pindaan AUKU, Hwang berkata, majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas politik.
Read More / Baca Lagi >>

Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN

Posted: 12 Nov 2011 08:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut sedar bahawa selama ini pun prinsip hormat menghormati sebenarnya telah lenyap daripada Umno BN.
Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, ini berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total.
Menurutnya, Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain.
Sebagai contoh, katanya hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri itu seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar: Dakwat boleh diguna tanpa pinda perlembagaan

Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST

Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Zina : Apabila nafsu sudah jadi teman setia

Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST

Hari-hari hitam untuk masyarakat pelbagai bangsa negara kita telah tiba. Atmosfera kehidupan kita telah berubah. Sifat kemanusiaan dalam diri masyarakat kita sudah punah, hancur.
Ini yang kerap kali saya labelkan sebagai kesundalan masyarakat.
Kesundalan  ini saya definisikan sebagai kebejatan moral dan akhlak yang membarah. Membarah dengan begitu kronik dalam setiap lapisan hierarki masyarakat kita. Bermula daripada sehina-hina anggota masyarakat hinggalah kepada yang gagah berkuasa. Perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dan jujurlah dengan pemerhatian kita. Si pemegang kuasa, dengan rakus serakah melahap dan merompak hasil kekayaan bumi sendiri untuk kepentingan peribadi. Amanah dipersetan, hingga sanggup dibiarkan rakyat yang miskin bertambah miskin hidup sebagai gelandangan.  Ini fakta.
Golongan muda dan nafsu terus jadi teman setia. Mereka diperdaya keghairahan godaan-godaan dunia. Kini negara ini jadi negara maksiat. Dalam keghairahan politikus berikhtiar menjadikan negara ini Negara Maju, Negara Madani, Negara Berkebajikan atau apa sahaja nama yang bersesuaian dengan ideologi mereka, terlebih dahulu negara ini telah menjadi Negara Zina. 
Read More / Baca Lagi >>

Karpal: P'raya umum Januari ini demi 'survival Najib'

Posted: 12 Nov 2011 08:04 PM PST

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival politiknya.Read More / Baca Lagi >>

Menteri: Biar Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan isu anak tidak sah taraf

Posted: 12 Nov 2011 08:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pihak-pihak yang tidak berpuas hati harus merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu anak tidak sah taraf atau mereka lahir kurang daripada enam bulan selepas perkahwinan ibu bapa masing-masing.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Jamil Khir (gambar) berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan sama ada mahu mengkaji balik fatwa sedia ada ataupun sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

The political life of Silvio Berlusconi

Posted: 12 Nov 2011 08:02 PM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT