RAKYAT MARHAEN |
- 11.11.11 Cendawan Susu Rimau
- Semarak Hijau di Sabak Bernam
- Pensyarah IPGM tuntut janji TPM
- Hijab pikat Nai’ma kepada Islam
- Ulama tidak beri nasihat bukan insan, tetapi haiwan
- PAS terus tuntut pilihan raya bersih
- SAMM sedia lancar perhimpunan Bersih ketiga
- Bull or bear: Figuring out when to buy and when to sell
- Khairy Jamaludin: From 4th Floor to Basement
- Muhyiddin, Rm100 & Berkemban.....
- Wan Azizah: Tahniah Selangor!
- Muhyiddin and The Bankruptcy Years
- Ini jawapan dari UMNO - Anak PM pun nak hidup juga..
- PM RESTUI NAIB PRESIDEN UMNO AMAL RASUAH?
- Amanah jadi parti politik? Jangan terburu-buru!
- Makin Merudum : ‘Hong Leong Bank tidak boleh beri VSS sembarangan’ -NUBE
- PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari
- Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik
- Mahasiswa Universiti M'sia S'wak sokong AUKU dipinda
- Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN
- Pakar: Dakwat boleh diguna tanpa pinda perlembagaan
- Negara Zina : Apabila nafsu sudah jadi teman setia
- Karpal: P'raya umum Januari ini demi 'survival Najib'
- Menteri: Biar Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan isu anak tidak sah taraf
- The political life of Silvio Berlusconi
Posted: 12 Nov 2011 08:55 PM PST Oleh: MSK Member dok tanya aku pasai apa aku tak tulis apa-apa tentang 11.11.11. Selalunya, aku cukup seronok menulis tentang nombor…apatah lagi apabila ada nombor special macam 11.11.11. Nombor kawin macam ni memang special dikalangan pengamal Feng Shui. Aku tak tau tentang Feng Shui..Cuma tau tentang Mattermatics. Dalam Mattermatics, nombor 11.11.11 tak ada keistimewaan. Sama macam 8.8.88, 9.9.99 ataupun 10.10.10. 11.11.11 kalau dicampur semuanya menjadi 6. Mana ada spesel? (Nanti aku sambung Budaya Rebel..sebab apa yang aku jumpa ni lagi spesel.) So, ketika semua orang menunggu 11.11.11, aku masuk hutan. Tu pasai aku tak boleh nak buat posting atau jawab komen. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 12 Nov 2011 08:50 PM PST Oleh Abd Shukur Harun Selangor menjadi sasaran utama Umno-BN untuk merampasnya dalam PRU13. Dengan itu pertahanan Kerajaan Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Selangor, mesti dilakukan secara luar biasa. MENYUSURI jalan kecil yang kiri kanannya sawah serta ladang kelapa sawit luas terbentang, dengan rumah kampung tradisional di kawasan Sabak Bernam, Selangor, kelihatan bendera dan kain rentang PAS, menunjukkan parti itu terus wujud dan berkembang di kawasan perkampungan Melayu tradisional ini. Saya berada di Sabak Bernam – yang konon dianggap sebagai kubu Umno-BN selama ini– untuk menyaksikan program Semarak Hijau minggu lalu, anjuran PAS kawasan tersebut dalam siri program mendekati dan memberi sumbangan kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Pensyarah IPGM tuntut janji TPM Posted: 12 Nov 2011 08:49 PM PST Oleh PENSYARAH MUAK BAJET 2012 yang dibentang Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu penuh dengan janji-janji manis terutama kepada warga pendidik negara. Kenaikan gaji asas (pokok) begitu dinantinantikan warga pendidik sebelum pembentangan Bajet tersebut. Ramai warga perkhidmatan awam tertunggu-tunggu dan berkira-kira semoga Bajet tersebut berupaya memberikan sedikit sinar pengharapan untuk mereka menempuh fenomena kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang begitu menggila melanda rakyat Malaysia dan menjejaskan pendapatan benar mereka. |
Hijab pikat Nai’ma kepada Islam Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST Susunan USTAZ ZAINUDIN HASHIM NAI'MA B Robert lahir pada 19 September 1977 di bandar Leeds, Britain. Ketika lahir ibu bapanya menamakannya dengan Thando Nomhle Mclaren.Ayahnya juga berasal dari Leeds, sementara ibunya dari Scotland, United Kingdom. Namun keluarganya berpindah ke Zimbabwe, Afrika atas urusan pekerjaan dan menetap di sana, bapanya seorang pensyarah kanan di Universiti Zimbabwe, adapun ibunya Thembi Mclaren seorang usaha wanita yang berjaya. Nai'ma membesar di Zimbabwe kemudian ke Habsyah ketika berusia dua tahun. Mendapat pendidikan rendah dan menengah secara formal bersama adik dan kakaknya di ibu negara Harare, Zimbabwe. Setelah selesai mengikuti pelajaran peringkat menengah di Zimbabwe, Nai'ma menyambung pengajian tingginya di Universiti London dan memperolehi ijazah pertama. Read More / Baca Lagi >> |
Ulama tidak beri nasihat bukan insan, tetapi haiwan Posted: 12 Nov 2011 08:47 PM PST Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT HASAN Al-Basri r.a. seorang ulama besar dikurniai Allah SWT ilmu mentadbir mimpi. Islam mengiktiraf kewujudan mimpi dengan prinsip; bahawa 'Ar-Rukya juz-un minan Nubuwwah' (mimpi - satu juzuk daripada kenabian). Ada tiga tahap mimpi, antaranya disebut 'ar-Rukya Shadiqah,' inilah yang diiktiraf oleh Islam. Sementara dua lagi di sebut 'ahlam' dan juga 'adhghatsu ahlam', keduaduanya ditolak oleh Islam. Apabila Allah SWT hendak memberi tahu sesuatu kepada manusia, maka dikirimnya malaikat Jibril menemui Nabi s.a.w. bagi menyampaikan sesuatu berbentuk wahyu. Read More / Baca Lagi >> |
PAS terus tuntut pilihan raya bersih Posted: 12 Nov 2011 08:45 PM PST "PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi. PETALING JAYA: PAS dan Pakatan Rakyat sedang memerhatikan tuntutan Bersih 2.0 secara serius kerana kerajaan belum menunaikan tuntutan tersebut, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Antara tuntutan berkenaan akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa. "PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya," kata ahli Parlimen Marang itu. Menurutnya, sehingga hari ini semua tuntutan Bersih belum lagi ditunaikan. Pada 7 Julai lalu, Bersih yang disokong parli politik pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan besar-besaran mendesak mengadakan pilihan raya bersih dan adil. |
SAMM sedia lancar perhimpunan Bersih ketiga Posted: 12 Nov 2011 08:43 PM PST "Tarikhnya sudah dipilih dan akan diumumkan dalam masa terdekat," kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard. PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membayangkan perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan kerana mendakwa kerajaan tidak membuat apa-apa bagi menambak baik perjalanan pilihan raya. Bersih 3.0 bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri sama ada melakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar. Bersih 3.0 akan turut memantau perjalanan PSC supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharim berkata, "Bersih 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang." |
Bull or bear: Figuring out when to buy and when to sell Posted: 12 Nov 2011 08:38 PM PST The Efficient Market Hypothesis refers to the condition whereby the current prices of the securities have already incorporated any news that arises from those securities without delay. In other words, the pricing of any security will be so efficient that there will not be any opportunity to arbitrage the price differential before and after the news is released. Thus, even with the use of technical analysis using indicators and oscillators to TIME the market and fundamental analysis using company financial information and earnings to select undervalue stocks, the investor will still not be able to reap better than average returns on the market. So, under normal conditions the current price of any security represents the best unbiased estimate value of the particular investment and any old information cannot be used to predict future price movement. In other words the Efficient Market Hypothesis has some relevance to the Random Walk Theory when it comes to predicting future price movement of any security. |
Khairy Jamaludin: From 4th Floor to Basement Posted: 12 Nov 2011 08:36 PM PST No matter how much Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin is going to argue and present the so-called facts on his blog ( I guess there is no traffic there) or to the online papers to support the Umno version of what happened at the National Feedlot Corporation, it will not make sense to normal folks. Everyday Malaysians would like to eat beef at least twice a week if they can afford it, or else the only source of protein for them will be chicken which is still considered affordable. Fish especially from the sea is almost out of reach for them, the price of fish has sky rocketed to new highs in recent years, with the price of the people's favorite ikan kembong (scomber) is about eleven ringgit a kilo! With this in mind if the NFC can sell beef cheap to the normal folk, this will make sense to them. Then he can argue till all the cows come home and nobody would mind. Right now it is better for him to shut up, and keep his distance from the NFC debacle. |
Muhyiddin, Rm100 & Berkemban..... Posted: 12 Nov 2011 08:35 PM PST Sekolah Keluar Pekeliling Minta Ibu Bapa Hadir berita hairan- KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan sekolah akan mengeluarkan surat pekeliling kepada setiap ibu bapa atau penjaga meminta mereka hadir pada tarikh ditetapkan bagi pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan. Pengagihan wang yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, akan diterima secara tunai oleh setiap pelajar dengan ibu bapa atau penjaga perlu hadir bagi menerimanya. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 12 Nov 2011 08:33 PM PST Keadilan mengalu-alukan Belanjawan Selangor 2012 yang bertemakan Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi pihak Kepimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid yang berjaya meningkatkan hasil negeri serta memastikan pengagihan khazanah negeri secara adil dan prihatin. Anggaran peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk tahun 2012 menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat. Dengan peningkatan hasil yang cukup baik ini, kerajaan negeri tidak bertindak berbelanja secara tidak wajar. Sebaliknya, simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion - jumlah tertinggi sejak 28 tahun. Pengurusan wang yang beramanah ini adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat terhadap pemerintahan berintegriti yang tidak berbelah bagi. |
Muhyiddin and The Bankruptcy Years Posted: 12 Nov 2011 08:32 PM PST Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin's stand of "Malay First, Malaysian Second" has already blackballed him in the eyes of many Malaysians, although he and his advisers do not believe this to be so. Instead of desisting, they are pushing forward on the premise that Malay racism can still win the day in Malaysia - a country that is almost 40 per cent populated by non-Malays including the indigenous people, Chinese, Indians, Bengalis, Pakistanis, Eurasians and many other small minority groups. This may be the right tack in helping him wrest the Umno presidency from incumbent, Prime Minister Najib Razak, when party polls are held next year. But it certainly will not help change the direction of Malaysia's long-term decline that coincidentally began when Najib's dad, Abdul Razak Hussein, took over as the second prime minister in 1970. It was then that an affirmative action policy named the New Economic Policy was implemented but it was soon twisted to betray its original purpose of distributing the nation's wealth to the poor, and used instead to benefit the most powerful Umno chieftains, their families and cronies. |
Ini jawapan dari UMNO - Anak PM pun nak hidup juga.. Posted: 12 Nov 2011 08:32 PM PST Bila isu mohd-nazifuddin-pewaris-takhta-dato-seri., Lagi baguih blog otai UMNO jawab... Anak PM pun nak Hidup juga... ooo itu macam ka.... |
PM RESTUI NAIB PRESIDEN UMNO AMAL RASUAH? Posted: 12 Nov 2011 08:30 PM PST Oleh : CITRA MASADI PENDEDAHAN Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham di dalam Sabahkini.net bertajuk 'Rural Ministry Paid RM404 M For Higher Bids' berhubung kepincangan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang melantik kontraktor yang menawarkan harga sehingga 500 peratus tinggi daripada harga pasaran, memang agak mengejutkan. Tetapi kelihatannya amat membanggakan Perdana Menteri Malaysia yang seolah-olah merestui amalan rasuah dilakukan oleh 'Golden Eye Boy', Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal. Read More / Baca Lagi >> |
Amanah jadi parti politik? Jangan terburu-buru! Posted: 12 Nov 2011 08:25 PM PST "Amanah" merupakan satu terma yang cukup besar pengertiannya. Ia cukup besar kerana bukan sahaja ia melibatkan aspek kepercayaan seseorang terhadap sesuatu pihak lain bahkan juga menonjolkan integriti mereka. Di sinilah, keikhlasan serta kejujuran seseorang akan teruji. Mahu tidak mahu, segala pergerakan, tutur kata malah niat seseorang akan menjadi perhatian umum. Apa yang pasti, menggalas amanah tidaklah semudah menggalas tugasan biasa yang diberikan oleh pihak atasan semata-mata. Sebaliknya ia lebih daripada itu dan menuntut iltizam, keberanian dan ketuntasan seseorang untuk melakukannya. Tanpa sifat-sifat amanah dalam diri, tidak mustahil dunia seantero akan porak-peranda jadinya. Lebih buruk lagi, nilai-nilai murni yang dilaung-laungkan selama ini seperti kejujuran, integriti dan ketelusan akan memberi laluan kepada kemungkaran. Kehidupan seharian rakyat akhirnya akan ditentukan oleh paksi kejahatan dan kegelapan dan kesudahannya, masyarakat semakin hilang arah dan punca! Read More / Baca Lagi >> |
Makin Merudum : ‘Hong Leong Bank tidak boleh beri VSS sembarangan’ -NUBE Posted: 12 Nov 2011 08:19 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Nov — Kesatuan Pekerja-pekerja Bank Malaysia (NUBE) dengan keras menolak skim pemisahan secara sukarela (VSS), yang dilaksanakan Hong Leong Bank Berhad awal bulan ini ekoran penggabungan dengan EON Bank Berhad, tanpa perbincangan teratur bersama kesatuan pekerja. Selain itu, NUBE juga menegaskan pihaknya kecewa perkara tersebut dilaksanakan ekoran kelulusan Bank Negara dan Jabatan Tenaga Kerja — agensi-agensi yang sewajarnya tidak campur tangan ataupun memberi lampu hijau bagi pelaksanaan VSS. |
PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari Posted: 12 Nov 2011 08:17 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor. Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar. "Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran. Read More / Baca Lagi >> |
Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik Posted: 12 Nov 2011 08:16 PM PST KOTA BHARU, 13 Nov: Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri yang dizahirkan pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2011 di Istana Balai Besar semalam bukan saja menggambarkan sikap Sultan Muhammad V dalam memayungi rakyat jelata, bahkan pengurniaan itu adalah sebagai pengiktirafan baginda kepada dunia akademik dan warga univsersiti umumnya. Ini kerana pada istiadat penzahiran penerimaan ketandaan darjah kebesaran itu terdapat golongan pakar, ahli akademik dan pensyarah universiti turut menerimanya. "Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita," kata Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar). Pada penzahiran pengurniaan ketandaan darjah dan kehormatan kebesaran itu Agus dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yangt Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K). Read More / Baca Lagi >> |
Mahasiswa Universiti M'sia S'wak sokong AUKU dipinda Posted: 12 Nov 2011 08:12 PM PST Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) perlu dipinda dengan memberi kebenaran kepada pelajar universiti untuk terlibat dalam kegiatan politik di luar kampus sahaja. Read More / Baca Lagi >>Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Hwong Yie Hahn berkata, sudah tiba masanya pelajar universiti di negara ini diberi kelonggaran berpolitik namun pada masa sama tidak menjejaskan peranan universiti sebagai pusat pengajian ilmu. "Kerajaan patut meminda Seksyen 15 AUKU untuk menghalang kemasukan unsur politik ke dalam kuliah dan kampus tetapi pada masa sama, memberi kelonggaran kepada pelajar universiti untuk berpolitik di luar kampus," katanya di Kota Samarahan, hari ini. Sambil memberi sokongan penuh pindaan AUKU, Hwang berkata, majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas politik. |
Hormat menghormati telah lenyap dari Umno BN Posted: 12 Nov 2011 08:10 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut sedar bahawa selama ini pun prinsip hormat menghormati sebenarnya telah lenyap daripada Umno BN. Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, ini berdasarkan rekod amalan pentadbiran BN yang secara jelas mencabuli prinsip itu secara total. Menurutnya, Umno BN telah berbohong buat kesekian kalinya apabila Najib menyatakan antara isi perkara pokok mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin adalah membincangkan tentang betapa perlunya parti itu kembali kepada prinsip asal BN iaitu semangat hormat menghormati antara sama lain. Sebagai contoh, katanya hak Kelantan itu sendiri dalam isu tuntutan royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak mutlak rakyat negeri itu seperti mana perjanjian asal, di mana jaminan itu sendiri datangnya daripada Tun Razak yang merupakan mantan Perdana Menteri juga bapa kepada Najib. Read More / Baca Lagi >> |
Pakar: Dakwat boleh diguna tanpa pinda perlembagaan Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. Read More / Baca Lagi >> |
Negara Zina : Apabila nafsu sudah jadi teman setia Posted: 12 Nov 2011 08:08 PM PST Hari-hari hitam untuk masyarakat pelbagai bangsa negara kita telah tiba. Atmosfera kehidupan kita telah berubah. Sifat kemanusiaan dalam diri masyarakat kita sudah punah, hancur. Ini yang kerap kali saya labelkan sebagai kesundalan masyarakat. Kesundalan ini saya definisikan sebagai kebejatan moral dan akhlak yang membarah. Membarah dengan begitu kronik dalam setiap lapisan hierarki masyarakat kita. Bermula daripada sehina-hina anggota masyarakat hinggalah kepada yang gagah berkuasa. Perhatikanlah perjalanan hidup masyarakat dan jujurlah dengan pemerhatian kita. Si pemegang kuasa, dengan rakus serakah melahap dan merompak hasil kekayaan bumi sendiri untuk kepentingan peribadi. Amanah dipersetan, hingga sanggup dibiarkan rakyat yang miskin bertambah miskin hidup sebagai gelandangan. Ini fakta. Golongan muda dan nafsu terus jadi teman setia. Mereka diperdaya keghairahan godaan-godaan dunia. Kini negara ini jadi negara maksiat. Dalam keghairahan politikus berikhtiar menjadikan negara ini Negara Maju, Negara Madani, Negara Berkebajikan atau apa sahaja nama yang bersesuaian dengan ideologi mereka, terlebih dahulu negara ini telah menjadi Negara Zina. Read More / Baca Lagi >> |
Karpal: P'raya umum Januari ini demi 'survival Najib' Posted: 12 Nov 2011 08:04 PM PST Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival politiknya. |
Menteri: Biar Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan isu anak tidak sah taraf Posted: 12 Nov 2011 08:03 PM PST KUALA LUMPUR, 13 Nov — Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan pihak-pihak yang tidak berpuas hati harus merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu anak tidak sah taraf atau mereka lahir kurang daripada enam bulan selepas perkahwinan ibu bapa masing-masing. Read More / Baca Lagi >>Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Jamil Khir (gambar) berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membuat keputusan sama ada mahu mengkaji balik fatwa sedia ada ataupun sebaliknya. |
The political life of Silvio Berlusconi Posted: 12 Nov 2011 08:02 PM PST |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan