Sabtu, 12 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Fasha Sandha ikut langkah Zarina - ... kalau tak buka sana buka sini bukan artis ker wei?

Posted: 12 Nov 2011 08:06 AM PST


Jika dua hari lalu, laman-laman hiburan panas dengan paparan kisah Zarina Anjou dengan penuh berani tanpa segan silu menayangkan 'asetnya'. Ada yang bagi respon, "perghh!, baik punya!". Tak kurang ada komen berbentuk pertanyaan, mantap!, tapi tu original ker photoshop??? Hanya Zarina dan jurugambar tu jer yang tahu.

Lain pula kehangatannya hari ini, sepertimana yang dilaporkan dalam gua.com, ratu drama abad ini, Fasha Sandha pula seperti biasa meraih perhatian ramai dengan penampilan kontroversi buat sekian kalinya. Adatlah... nak cari publisiti dan menambahkan lagi tahap popular.

Jika Zarina tampil menghairahkan di Majalah FFM Indonesia edisi keluaran Oktober. Dengan berbaju merah sendat, sebahagian payudara Zarina jelas kelihatan. Sekaligus menjadi bahan kutukan ramai. Bagaimana pun Zarina dengan selamber seolah-seolah tidak ada rasa malu, siap boleh respon lagi di laman Twitternya,@Zarina_anjoulie,

"Girls pegi La Senza beli push up bra maximum double layer, SETTLE THE BATTLE."

Tak cukup dengan itu, Zarina boleh lagi ni meluahkan perasaan bengangnya (tak payah nak bengang sangatt lah...sendiri yang cari penyakit),

"All I hear frm yesterday is tetek this tetek that.. Apa dosa sial tetek aku kat org.. Masing2 ada tetek nk kacau tetek org."

Berbalik kepada alkisahnya Fasha Sandha, apa yang anda tatap ni adalah penampilanyan ketika menghadiri pelancaran majalah gaya hidup terbaru, Lisa, pelakon ini membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Apa tidaknya, Fasha tiba dengan gaun labuh berwarna jingga yang mendedahkan bahagian belakang badannya. Bukan sedikit, tetapi bukaannya sehingga ke paras pinggang. Memanglah bentuk badannya cantik kerna tidak ada lemak atau selulit yang kelihatan, tetapi ia tetap tidak sopan. Tetamu 'Mat Salleh' di acara itu pun bijak menghormati adab susila dalam berpakaian di negara Islam ini.

Seorang dengan penuh bangga 'tunjuk' depan, seorang lagi dedah belakang. Siapa yang anda rasa lebih mantap lagi seksi, Zarina atau Fasha? - gua.com

Raja Nong Chik vs Shahrizat : BN Lembah Pantai bergolak

Posted: 12 Nov 2011 01:54 AM PST

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai semakin bergelora apabila penyokong tokoh tertentu dari Umno mula bersaing sesama sendiri bagi memastikan pemimpin yang disokong mereka dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu memberitahu, isu ini semakin panas semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil.

Beliau yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. -

"Sekarang angin gelora pilihan raya siapa akan dicalonkan memang semakin panas, dah semacam tak terkawal lagi dah di Lembah Pantai ni.

"Walaupun semua orang tahu dah berapa penggal Sharizat bertanding di Lembah Pantai, tetapi Raja Nong Chik juga dah lama cuba masuk jarum, berkempen sana-sini.

Tepuk tangan isu projek feedlot

"Yang buat saya sakit hati tu, bila timbul pula skandal projek feedlot tu, orang-orang Raja Nong Chik, bukannya nak membantu atau pun sekurang-kurangnya simpati, tetapi bertepuk tangan lagi adalah.

"Kalau penyokong pembangkang tu tak kisahlah, tetapi saya tengok dia orang pun sama juga macam penyokong pembangkang, itu yang buat saya sedih tu," kata beliau.

Beliau juga memberitahu walaupun anggapan sesetengah pihak bahawa Raja Nong Chik adalah calon boleh menang di Parlimen Lembah Pantai tetapi belum tentu dapat mengatasi prestasi Sharizat sekaligus boleh menjamin kemenangan BN di kawasan itu.

"Saya berpendapat kalau ada orang kata Raja Nong Chik adalah calon 'winnable' di sini, itu belum tentu lagi, sebab Sharizat adalah calon favourite di sini kalau nak bandingkan dengan Raja Nong Chik.

"Memang kita akui dia adalah Ketua Umno di sini, tetapi jangan lupa Sharizat pernah berkhidmat sebagai YB selama tiga penggal, banyak bantu penduduk dan dah tentu lebih mengenali pengundi di sini berbanding Nong Chik.

Silap hari bulan kalah lebih besar

"Saya bimbang kalau pusat letak dia juga, nanti bukan sahaja kita kalah lagi, tetapi silap hari bulan kita kalah dengan majoriti lebih besar dari dahulu.

"Sebab itulah ramai rakan-rakan dalam Umno termasuk wanita, puteri dan dari MCA mahukan Sharizat di sini dan bukannya Raja Nong Chik.

"Rakan-rakan dari MCA beritahu kami, walaupun kita lihat pengundi Cina lebih pro-pembangkang, tetapi Sharizat lebih mudah diterima pengundi Cina berbanding Raja Nong Chik," ujar beliau.

Ani juga mendakwa, beberapa pihak yang dianggap sebagai juru kempen Raja Nong Chik yang sudah lama bergerak di Lembah Pantai bukan sahaja meningkatkan imej pemimpin itu, malah seolah-olah cuba merendah imej Sharizat yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno itu.

"Dia orang kempen untuk bos dia orang tu satu hal lah juga, tapi yang tak sedapnya dia orang merendah-rendahkan imej Shahrizat macam dah terdesak nak jadi calon.

"Contoh paling mudah dan jelas sekali, macam yang saya katakan tadi dalam isu projek feedlot, macam mana kami tak sakit hati?

"Saya tak mahu nanti gara-gara sikap dia orang macam tu, nanti ada yang sakit hati sampai merajuk dan boikot atau lagi teruk, kalau ada orang BN sendiri yang sabotaj kempen masa pilihan raya nanti," ujar beliau lagi. - FMT

Tiada ulasan: