Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SEMUA KERUSI DALAM PARLIMEN JELEBU SERAHKAN SAHAJA KEPADA PAS, PKR JELEBU MATI?

Posted: 31 Oct 2011 01:37 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA sungguh berbangga dengan usaha dan kerja kuat PAS di Jelebu sejak kebelakangan ini. Sememangnya diketahui Jelebu adalah satu kawasan yang amat `pekat' Umno nya dari dahulu lagi. Bahkan, sewaktu Rais anak Yatim berada di dalam Parti Melayu Semangat 46 (Parti S46), beliau turut tewas di Parlimen Jelebu menentang Umno (Baru) ketika itu walaupun beliau adalah penyandang kerusi tersebut begitu lama sebelum tertubuhnya Parti S46.

Apabila Rais anak Yatim ini membina semula`jambatan baru' setelah jambatan itu dibakar olehnya sewaktu bersama Parti S46, kerusi Parlimen Jelebu kembali semula kepadanya. Beliau naik di kerusi tersebut setelah `memijak' kepala Yunus Rahmat yang `terpedaya' menyerahkan kerusi Ketua Umno Bahagian Jelebu kepadanya. Yunus Rahmat cuba untuk merampas kembali kerusi Ketua Bahagian, namun tewas kepada Rais.

Ertinya, Jelebu tidak boleh terpisah dari Umno kalau mengikut sejarahnya. Namun demikian, usaha PAS Jelebu nampaknya kini mula untuk mencipta sejarah baru di Jelebu. Mungkin kerana terdapat beberapa tenaga baru PAS Jelebu terutamanya tenaga muda dari Timbalan Yang DiPertua PAS Jelebu, Sdr Noranif Selamat yang begitu aktif bergerak di Jelebu memperlihatkan Umno tidaklah sekuat mana sekarang.

Malangnya, PAS Jelebu kurang bahkan hampir tiada mendapat bantuan dari rakan sekutu di dalam PR terutamanya dari PKR. Apa aktiviti Cabang PKR Jelebu selama ini? Difahamkan Ketua Cabang PKR Jelebu pun tidak menetap di Jelebu malahan susah sekali untuk menunjukkan muka di Jelebu. Ketua AMK dan Wanitanya langsung saya tidak kenali walaupun saya orang Jelebu dan sering mengikuti program PAS di Jelebu sekiranya saya kembali ke kampong.

Peliknya, PKR Jelebu berselera besar untuk bertanding di kawasan tersebut. Di antara kawasan yang dikatakan akan ditandingi oleh PKR adalah di Dun Pertang. Sebelum ini Dun Pertang sememangnya milik PKR yang bertanding, dan PKR tewas di situ pun agak tipis dan mempunyai harapan untuk menang selepas ini. Tetapi, siapa tokoh PKR di situ dan apa aktiviti yang telah PKR lakukan di kawasan tersebut? Dengar khabarnya, calon PKR di Dun Pertang di dalam PRU akan datang ini adalah bekas calon yang pernah bertanding di situ. Memang beliau anak tempatan, tetapi ramai masyarakat di situ tidak mengenalinya kerana tidak mahu menunjukkan muka.

Apabila saya balik ke kampong, amat menyedihkan sekali. Langsung tiada kelihatan gerak kerja PKR di Jelebu. Di Dun Pertang, bukan tiada yang menyokong PR, tetapi mereka tidak tahu siapa pemimpin mereka di situ. Nama ada, orangnya entah ke mana. Inilah satu kelemahan PKR di Jelebu. DAP pun ada gerak kerja mereka di Jelebu, tetapi PKR umpama parti `pengacau daun' sahaja.

Jika beginilah keadaannya, saya rasa lebih baik kerusi Dun Pertang diserahkan sahaja kepada PAS. Buat apa PKR menyibuk di situ jika malas mahu bekerja? Saya ahli PKR dan saya orang Jelebu di kawasan Dun Pertang. Tentulah saya seronok jika PKR bertanding di Dun Pertang, tetapi atas nama bertanding sahaja apa faedahnya? PR mahu menang dan jika mahu menang kena lah bekerja kuat. Nampaknya PAS yang bekerja kuat di Jelebu, maka wajarlah PAS bertanding di Dun Pertang. Bukan PKR tidak bekerja kuat, tetapi tidak bekerja langsung di situ.

Masa ada sedikit lagi sebelum PRU. Tidak lewat sangat rasanya PKR mulakan kerja dan serius di Jelebu. Jangan jadi penumpang kepada PAS dari dahulu hingga bila-bila. Pimpinan di Negeri dan Pusat juga harus turun ke Jelebu dan semak gerak kerja PKR Jelebu. Jika mereka tidak berubah, elok sahaja semua kerusi di dalam Parlimen Jelebu diserahkan kepada PAS dan DAP sahaja./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

0
sumber :-

bumiperak


Karpal dangkal mengenai hudud

Posted: 31 Oct 2011 06:49 AM PDT

Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk

Karpal menulas demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Exco Kelantan Nik Amar Nik Abdullah yang dilaporkan memberi cadangan supaya kerajaan negeri untuk meminda undang-undang sivil supaya hukuman jenayah diganti dengan hukum hudud yang termaktub dari undang syariah. Nik Amar beralasan adalah lebih adil  hukuman jenayah antara orang islam dan bukan islam dapat dilaksana sama rata.

Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam.

Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya.

Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol.

TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol.

Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya?

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia ....

Posted: 31 Oct 2011 07:04 AM PDT

Malaysia Chronicle

By Ismail Dahlan

Ia Euripides di dalam hikayat Medea yang mengatakan "Kepada sesiapa yang dilaknati Tuhan, akan hilang kewarasan". Pastilah kalimah ini bersesuaian dengan manusia bernama Muammar Gaddafi yang disaat-saat akhir hidupnya dimunculkan di kaca TV iaitu Al-Jazeera dan CNN. Tidak ada kalimah yang sesuai selain yang diungkapkan tapi untuk manusia bernama Mahathir Mohamad – yang telah hilang kewarasan sudah agak lama juga.

Kita tidak perlulah membicarakan bagaimana Mahathir hilang kewarasannya, bukan kerana faktor genetic, atau kesakitan mahupun pengambilan ubat yang berlebihan. Mahathir hilang warasnya kerana Kuasa. Mungkin boleh diiktiraf gila kerana rakus dengan kuasa mutlak.

Pembohongan secara pukal ...

Di tengah dekad 80-an, Malaysia masih mengekalkan beberapa institusi-institusi yang berfungsi secara bebas. Bagaimanapun, kehakiman di dalam susuk Salleh Abbas, menolak untuk tunduk kepada Mahathir, yang berakhir dengan karier Salleh Abbas dimusnahkan. Selepas itu, sistem kehakiman telah menjadi ayam ternakan Mahathir berbanding sewaktu British masih berkuasa di mana kebebasan institusi awam dapt dibanggakan. Mahathir turut bersilat lidah dengan Perlembagaan ber-Raja Malaysia. Dengan segala keinginan dan tujuan, Mahathir menjadi seorang diktator. Beliau dikerumuni pengampu dan pemungut hutang. Ia terjadi mengikut apa yang diimpikan oleh Mahathir sendiri yang gila kuasa melihat sesiapa yang mempersoalnya sebagai ancaman.

Mahathir yang tidak memikirkan yang Malaysia ialah sebuah negara kecil yang terbatas di dalam banyak hal ehwal dunia, telah menebalkan muka sendiri memberi taklimat terutamanya kepada Barat, bagaimana dunia atau negara mereka perlu diuruskan. Ini bercanggah dengan cara dia mengatur-urus negara sendiri.

Ada dua cara bagaimana sesebuah negara itu boleh memainkan peranan yang besar dalam hal ehwal negara di dunia. Mereka perlu ada kekuatan kewangan atau kekuatan tentera. Malaysia tiada kedua-duanya, namun Mahathir telah selama beberapa tahun, termasuk selepas dia bersara, terus 'menasihatkan' Barat. Sejak insiden 9/11 hingga ke hari ini, dia tetap berpendapat kemusnahan Twin Towers itu adalah satu konspirasi Amerika atau Yahudi. Apa yang menyayat hati ialah pakar konspirasi tidak bertauliah ini merupakan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.

Lahirnya Proton

Tiga tahun selepas menjadi Perdana Menteri pada 1983, Mahathir mula bercita-cita melahirkan industri automotif nasional. Ini secara tidak teterlaluan boleh dikatakan satu idea yang kurang bijak. Industri automotif memerlukan permintaan pasaran tempatan yang tinggi. Anda mungkin hanya mampu sekadar untung jika bertanding di persekitaran yang berdaya-saing, iaitu sekiranya anda bleh menjual sejuta kereta dalam setahun di pasaran tempatan. Sedekad selepas penubuhannya, hanya mampu menjual sebanyak 200 buah setahun, kurang dari apa yang disasarkan. Tidak ada dana mencukupi untuk bidang Kajian dan Penyelidikan yang bertahap tinggi. Proton tidak mungkin boleh mencapai impian yang Mahathir impikan sebagai pengeluar automotif terkemuka dunia. Proton hanya mampu hidp dengan bantuan dan perlindungan dari tarif kerajaan. Kereta yang dibuat menggunakan acuan teknologi Mitsubishi yang sudah keterbelakang; kerana Mitsubishi tidak mahu berkongsi teknologi baru dengan Proton.

Warga biasa dipaksa membeli kereta nasional yang berkualiti rendah tetapi harganya mahal. Keselamatan pengguna tidak diambilkira oleh Proton dan kerajaan sekadar melihat sebelah mata sahaja. Kereta Proton tidak dilengkapi bag udara dan sistem kunci anti-kecurian. Kebanyakan kemalangan jiwa yang berlaku boleh dielakkan sekiranya faktor-faktor keselamatan diperketatkan. Model yang dieksport dilengkapi segala faktor-faktor keselamatan. Hanya nyawa rakyat sendiri yang dianggap Mahathir sebagai tidak penting. Kerajaan cuba mengelak dari menanggung beban Proton dengan menjualnya kepada syarikat DRB tetapi Proton akan kembali menghantui kerajaan walau macamana cara sekalipun. Kerana Mahathir, tidak ada satupun syarikat automotif yang berminat untuk membeli Proton, lebih parah lagi, rakyat yang terpaksa menanggungnya.

Krisis Kewangan Asia menjadi punca

Bukannya Mahathir tidak memikirkan nasib malangnya. Seperti seorang ahli sains 'gila', Mahathir bergegas ke bahan ujikaji seterusnya. Dalam satu kajian, ianya adalah untuk membina sebuah bangunan yang tertinggi di dunia. Dana bukan persoalannya; dia akan menyedut keluar wang Petronas walau bagaimana cara sekalipun. Tidak ada seorang pun dari penasihatnya yang bertanya satu soalan yang amat penting, iaitu; apa keperluan sebenarnya? Sebaliknya mereka menasihatkan Mahathir secara serentak yang ianya adalah satu idea yang mengagumkan.

Ada banyak cara bagaimana wang boleh digunakan untuk pembangunan dan infrastruktur yang lebih penting dan menguntungkan Malaysia pada masa akan datang. Sebaliknya, Mahathir memilih untuk bermegah dengan monumun ciptaannya. Mahathir ini seperti seorang yang pendek bercakap besar cuba berjalan di atas tali yang tergantung untuk membuktikan dirinya mampu. Kelakuannya yang tidak masuk akal Mahathir mengundang bencana seperti yang terjadi ketika ekonomi Asia merudum pada 1997/98.

Sebenarnya, kejayaan Malaysia tercatat pada era 90-an dimana negara mempunyai tahap pengurusan ekonomi yang bagus. Kesemua negara di Asian seperti Thailand dan Indonesia turut sama meningkat. Adalah satu kemustahilan bagi pemimpin dunia Asia, termasuk beberapa orang tirani seperti Suharto dan Mahathir menyediakan negara sendiri dengan pakar ekonomi yang mantap.

Penjelasan sebenar adalah dana assign mula memasuki pasaran rantau Asia dan banyak yang masuk itu adalah wang apungan, yakni boleh lesap dengan sekelip mata. Apa yang jelas ialah semakin banyak dana dilaburkan ke dalam benua Asia seperti satu petunjuk - 'satu buat semua ikut' – tanpa mengetahui yang pasaran kewangan dunia berasaskan spekulasi matawang. Spekulasi matawang mendapat kelebihan dari kelemahan ekonomi sistem yang tidak mempunyai teras kewangan yang kukuh bermula dengan Thailand sewaktu Krisis Kewangan Asia tahun 1997.

Menyalahkan orang lain

Untuk Mahathir, ia bermakna satu krisis politik. Cara dia menangani krisis kewangan itu ialah menuduh semua orang selain dirinya sendiri. George Soros, pedagang matawang kemudiannya dilihat sebagai lintah gergasi menghisap keluar dana negara-negara di Asia. Tetap sahaja perdagangan matawang sebahagian daripada sistem kewangan global yang sangat rumit. Sekiranya imbangan tidak rata di dalam sesebuah sistem, pedagang matawang sebagai kerjanya, memperbetulkan ketidakseimbangan itu. Mahathir pula tidak mahu mengaku yang dirinya telah boros dalam pelbagai projek meganya. Namun, Mahathir tetep menyalahkan Soros atas kemurungan ekonomi itu.

Krisis politik tahun 1998 menyaksikan Mahathir diuji kekuatan, sebagaimana kemudiannya ia dilihat sebagai cuba mempertahankan kuasanya. Timbalannya, Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara berdasarkan satu bukti yang direka-reka, dipercayai dikarang oleh rakan karibnya iaiatu Daim Zainuddin. Sidang mahkamah penuh kepincangan; salah seorang saksi, pegawai polis, menyatakan beliau akan berbohong di dalam mahkamah sekiranya diarah berbuat demikian walaupun bukti dimasukkan.

Putrajaya

Tahun 1999, Mahathir memindahkan pentadbirannya ke ibusawat pentadbiran baru ke Putrajaya, bandar berbangunan alam fantasi, pembaziran Mahathir seterusnya. Seperti biasa, Mahathir memaksa Petronas untuk menanggung kos pembinaannya. Untuk Mahathir, minyak bukanlah sumber asli yang kekal untuk diuruskan secara jimat-cermat, tapi sebagai cara dia merealisasikan wawasan agungnya, berboros; yang sentiasa tidak menguntungkan negara.

Kos pembinaan Putrajaya menelan belanja sebanyak RM12 bilion. Dana disedut untuk rekabentuk bangunan yang kemudiannya dilengkapi pelbagai perabot mahal. Wang dibazirkan untuk tiang lampu jalan beraneka rupa yang tidak berfungsi. Mahukan sebuah jambatan namun tiada sungai ataupun tasik di Putrajaya, lalu Mahathir mengorek tanah menjadikannya sebuah tasik! Kemudiannya dia membina jambatan impiannya itu. Semua ini adalah wang rakyat!

Dan apa yang kita dapat dari kesemua ini? Para pegawai kerajaan duduk di dalam bangunan beraneka rupa tanpa satupun yang berfungsi. Bangunan indah tidak menjana sebarang kegiatan ekonomi. Kilang-kilang yang menjana ekonomi, perniagaan milik individu – penswastaan yang menjana ekonomi, infrastuktur pula menampung kedua-dua ini guna mengurangkan kos barangan dan perkhidmatan serta waktu dipasarkan. Bangunan di Putrajaya dan duduk bergoyang kaki sahaja adalah satu pembaziran.

Kayu baton di tangan Badawi

Tahun 2004, Mahathir menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi. Ketika itu dia percaya yang dia boleh memperkudakan Badawi dari belakang. Namun, Badwi memilih jalannya sendiri. Dia membatalkan projek-projek yang telah diluluskan Mahathir. Dia membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok impian Mahathir bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura. Mahathir kemuadian menyerang pentadbiran Badawi dengan terkeluarnya Badawi dari kerusi pemerintahan selepas pilihanraya umum 2008; walaupun hakikatnya Badawi ditendang keluar kerana asakan bertalu-talu Mahathir dari dalam UMNO.

Sejak dua tahun kebelakangan ini, Mahathir telah cuba menulis kembali sejarah negara, sebagai contoh, menyatakan dia tidak mengeluarkan perintah menangkap lebih dari seratus orang di dalam Operasi Lalang 1987. Tiada yang terpedaya dan ada segelintir yang hadir sempat mengetawakan kenyataannya.

Kerana tidak berpuashati, Mahathir kemudiannya mengarang sebuah buku berjudul 'Doctor in the House'. Buku ditulis penuh hipokrasi dan pembohongan disiang hari. Kehendaknya ialah memperlihatkan dirinya sebagai seorang doktor yang berjaya merawat kesakitan negara Malaysia. Sebaliknya, Mahathir ialah barah kepada Malaysia dan kesan kesakitan itu akan hidup lama di bumi ini walaupun dia sudah lama pergi.

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Belanjawan tenggelam dengan pendedahan Laporan Audit!

Posted: 31 Oct 2011 02:13 AM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri sebelum ini 'tenggelam' dengan laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan betapa teruknya pentadbiran dan pengurusan negara.

Ketika ditemui di Petaling Jaya baru-baru ini Mat Sabu berkata, laporan terbaharu Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan bertapa pincangnya pengurusan kementerian dan agensi kerajaan.

Ia menandakan gagalnya kerajaan melaksanakan apa yang telah dirancang dalam belanjawan terdahulu bagi tahun 2010, katanya merujuk Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dibentang Ketua Audit negara 24 Oktober lalu.

Ujar Mat Sabu, setiap tahun kerajaan akan membentangkan belanjawan yang baginya seharusnya memberi kebaikan kepada rakyat.

"Belanjawan memang baik, tetapi pelaksanaannya yang menjadi tidak baik.Harga sesebuah barangan dibeli pada kadar harga yang sangat melampau dalam kontrak pembelian, ini semua menunjukkan pelaksanaan yang sangat teruk,

"Begitu juga dengan laporan kontrak projek membina kemudahan atau bangunan tertentu, harga kontrak dinyatakan berjuta ringgit, tetapi bila pelaksanaan akhirnya kontraktor yang terakhir menjalankannya hanya menerima ribuan ringgit sahaja," katanya.

Ia menunjukkan tiada pengurusan dan pentadbiran yang amanah dan berdisiplin dalam pelaksanaannya, kata beliau lagi.

Bercakap mengenai cadangan menyiasat dan mengenakan tindakan ke atas pihak-pihak yang melakukan penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara, beliau melihat ianya sekadar suatu sandiwara sahaja.

Setiap tahun ada saranan oleh Ketua Audit Negara, namun teguran hanya sekadar teguran tiada pembaikpulian akhirnya, kata beliau.

Apa yang penting hari ini rakyat dapat melihat kepada maklumat mengenai kepincangan pentadbiran negara, dan rakyat akan menghukum kerajaan yang tidak berintegriti dengan kuasa mereka sendiri, katanya.

Beliau yakin, pada pilihan raya umum akan datang ini rakyat akan melakukan perubahan besar-besaran.

~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


YTL dapat 1BestariNet dengan cara yang bersih?

Posted: 31 Oct 2011 12:41 AM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Nik Aziz : Mahad Tahfiz Pulau Pinang Perlu Bantu Selamatkan Islam Dari Polemik Perkauman

Posted: 31 Oct 2011 01:04 AM PDT


PULAU PINANG 31 OKT: Mahad Tafiz di Pulau Pinang disaran memainkan peranan penting supaya tangapan bahawa Islam hanya untuk orang Melayu dapat dibaiki dan diperjelaskan kepada umum terutama orang bukan Islam.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis perasmian Ijtimak Al- Huffaz anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta Mahad Tahfiz supaya meningkatkan penglibatan golongan mualaf bagi menunjukan Islam itu agama semua bangsa.

Langkah ini juga katanya akan menangkis tanggapan bahawa orang Melayu itu sahaja yang Islam sedangkan dunia intelektual Islam penuh dengan ilmuan yang bukan dari negara Arab dan ini telah memperhebatkan penyebaran mesej Islam kepada orang bukan Islam.

Dalam konteks Malaysia, peningkatan hafiz dan ilmuan dari komuniti bukan Melayu boleh memperbetulkan imej Islam yang tercalar
akibat sentimen kaum yang diapi-apikan kumpulan pro-Ketuanan Melayu.

"Sesungguhnya tidak ada kelebihan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain kecuali mereka bertaqwa kepada Allah.," katanya.

Turut hadir Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya, Lim berkata pentadbirannya akan terus menganjurkan program-program keagamaan walaupun seringkali dilabelkan anti-Islam dan anti-bukan Islam oleh parti komponen Barisan Nasional.

"Tapi pada masa yang sama saya dilabel anti-Islam. Parti lawan yang lain pula melabelkan saya anti-bukan Islam kerana menambah peruntukan kepada hal ehwal Islam.

"Sebelum ini saya rasa semua tahun ada tuduhan yang perarakan Maulud Nabi dibatalkan. Tetapi semua tahu pada setiap tahun perarakan Maulud Nabi tetap dijalankan dengan keadaan yang lebih meriah lagi.

"Ada yang mengatakan bazar Ramadan di Komtar diharamkan sungguhpun ia tetap berjalan seperti biasa. Kita dalam kerajaan negeri akan menghadapi semua fitnah ini dengan tabah dan sabar,"katanya.


Walaupun Terima Peluru, Aziz Bari memperhebatkan sebaran ideanya

Posted: 31 Oct 2011 01:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 OKT : Meskipun berdepan ancaman ugutan, sokongan terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sedikitpun tidak terjejas. Sebaliknya penyokong beliau bertindak menubuhkan Saketeriat Professor Aziz Bari.

Penubuhan Saketeriat yang mendapat persetujuan Aziz sendiri dianggotai oleh individu dari pelbagai bidang. Antaranya tokoh akademik dan usahawan dari bidang Pengurusan Sumber Manusia, peguam dan pensyarah dalam bidang perundangan, ekonomi serta kemanusiaan dan sukarelawan.

Menurut Aziz, penubuhan sakateriat ini memberikan platform kepada golongan muda yang bersemangat untuk melontarkan idea terhadap isu semasa walaupun menghadapi kesukaran untuk bergiat secara aktif di dalam parti politik.

"Penubuhan ini saya persetujui bagi membolehkan platform untuk masyarakat sivil khususnya ganerasi muda untuk tampil ke depan memperjuangkan isu-isu yang memberikan kesan atau berlegar-legar dalam masyarakat.

"Jadi kita mengharapkan dengan adanya sekretariat ini, masyarakat tidak kekok untuk bersuara," katanya.

Antara objektif sakreteriat ini adalah:

* Mempromosikan segala gagasan, idea dan pandangan Professor Abdul Aziz Bari yang berkaitan kedaulatan undang-undang khususnya dalam perkara yang terdapat di dalam perlembagaan negara

*Memobilisasikan pelbagai pihak sama ada badan politik atau badan pertubuhan bukan kerajaan agar memahami isu-isu penting dalam perlembagaan dan menghayati semangat perlembagaan.

*Menggerakkan institusi serta anggota masyarakat melalui aktiviti ilmiah agar memahami segala aspek perlembagaan seperti isu federalisme, Melayu dan Islam dalam perlembagaan dan aspek lain yang berkaitan masyarakat.

*Menyediakan ruang seluas mungkin kepada sesiapa sahaja yang ingin berbincang ataupun berbahas berkenaan kedaulatan undang-undang berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub di dalam perlembagaan.

Antara aktiviti yang bakal digerakkan adalah ceramah berkaitan ke arah memahami perlembagaan, bengkel bertemakan menghayati semangat perlembagaan dan siri modul penerangan ringkas.

Sementara itu, Aziz berkata di telah memberi keterangan polis di Ibu Pejabat Gombak hari ini berhubung ugutan sebutir peluru yang telah diposkan ke rumah beliau di Gombak semalam.

Bersama peluru itu, diselitkan sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan ugutan ini mungkin berpunca daripada rasa berang beberapa pihak ekoran laporan media berkenaan laporan polis yang menuduh beliau sebagai penderhaka dan biadap kepada sultan.

"Apa pun ini tidak mematahkan semangat saya oleh kerana saya berfikir kita masyarakat Malaysia harus konsisten dan tidak harus menyerah kepada aliran ataupun kebangkitan pergerakan ala fasis ini, ataupun golongan ekstrim kanan yang malangnya diterajui dan diberikan lonjakan oleh bekas-bekas pegawai kanan pasukan keselamatan kerajaan yang menyamakan hak asasi dengan komunis dan sebagainya.

"Gerakan bersifat kanan ini juga menggunakan agama, kaum, kemelayuan sempit untuk mengapi-apikan semangat yang saya fikir ada semacam kaitan barangkali dengan kebangkitan fasis yang membimbangkan.

"Saya rasa tujuan kami juga untuk mengelakkan dan memberikan satu alternatif kepada pergerakan ini kerana saya fikir ini tidak sihat," katanya.

Kontroversi Aziz bermula bila dia menulis tentang titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam tulisanya Aziz berkata Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Lantaran itu, pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melakukan siasatan terhadap beliau.
Aziz juga digantung tugas oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) selama beberapa hari.
Pengantungannya mencetus demonstrasi di UIA dan bantahan daripada beberapa pihak termasuk ahli politik dan persatuan kakitangan universiti lain.


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Dr Manuty: Negara kita kaya tetapi lebih 60% rakyat berpendapatan kurang drpd RM3000

Posted: 31 Oct 2011 09:20 PM PDT

Forum Tarbawi 2011 : Dato' Mustafa Ali (pt 2)

Posted: 31 Oct 2011 09:19 PM PDT

Forum Tarbawi 2011 : Dato' Mustafa Ali (pt 1)

Posted: 31 Oct 2011 09:19 PM PDT

Ijtima' Tarbawi 2011 : Perasmian YB Salahuddin Ayub (Pt 4)

Posted: 31 Oct 2011 09:18 PM PDT

Ijtima' Tarbawi 2011 : Perasmian YB Salahuddin Ayub (Pt 3)

Posted: 31 Oct 2011 09:18 PM PDT

Ijtima' Tarbawi 2011 : Perasmian YB Salahuddin Ayub (Pt 2)

Posted: 31 Oct 2011 09:17 PM PDT

Ijtima' Tarbawi 2011 : Perasmian YB Salahuddin Ayub (Pt 1)

Posted: 31 Oct 2011 09:17 PM PDT

Kereta api rempuh lori tangki

Posted: 31 Oct 2011 09:15 PM PDT

Arab League hands Syria plan to end unrest

Posted: 31 Oct 2011 09:14 PM PDT

Mideast tensions erupt over Gaza killings

Posted: 31 Oct 2011 09:13 PM PDT

UNESCO gives Palestinians full membership

Posted: 31 Oct 2011 09:13 PM PDT

Libya mission great success, says NATO chief

Posted: 31 Oct 2011 09:11 PM PDT

Bajet tambahan tampung ‘tiris’

Posted: 31 Oct 2011 08:51 PM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT
RAKYAT perlu ada rasa gusar dengan pembentangan Bajet 2012 kerana sistem penyampaian yang seringkali dicurigai kerana pengalaman lampau membuktikan, golongan sasaran tidak menikmati apa yang diumumkan Perdana Menteri.
Ambil contoh Bajet 2011, apakah semua yang disasarkan sudah selesai? Atau masih ada yang tersangkut? Kalau tersangkut, kenapa dan di mana duit yang diperuntukan itu?
Read More / Baca Lagi >>

Angka 40,000 SPR masih kecil

Posted: 31 Oct 2011 08:48 PM PDT

Oleh SAIDAH HAIRAN
PENGAKUAN Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 40,000 nama meragukan dalam daftar pemilih merupakan satu angka kecil jika dibandingkan maklumat dikesan Jentera Pilihan Raya PAS Selangor.
Bantahan demi bantahan oleh ahli Parlimen, Adun serta pemimpin PAS berhubung nama dalam daftar pemilih menyebabkan SPR terus diragui ketelusannya.

Apa akan berlaku sekiranya wakil rakyat dan jentera Pakatan Rakyat tidak membuat bantahan terhadap senarai nama yang meragukan dalam daftar pemilih?
Apakah SPR akan menyiarkan 40,000 nama-nama itu?
Lebih mengejutkan pengakuan Aziz bahawa SPR baru mahu memastikan status pengundi berkenaan sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Bahana tidak laksana hukum hudud

Posted: 31 Oct 2011 08:35 PM PDT

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
PERISTIWA kelar leher ke atas seorang bayi oleh ibunya sendiri yang di bawah umur dan masih bersekolah, di sebuah asrama di Betong, Sarawak, mendebarkan banyak phttp://2.bp.blogspot.com/_iB7sLEqRGSM/S7KUlkoHjCI/AAAAAAAAA-s/aSvO2RkSOTg/s1600/bayi-12.jpgihak, kerana ia bukan sahaja leher dikelar, malah perutnya terburai dan mati di tempat kejadian.
Ini bukanlah kes pertama seumpama itu berlaku di negara ini, malah telah terdahulu beberapa kes yang mungkin setaraf dengan kejadian itu, dan mungkin ia lebih parah lagi.

Respons seorang menteri wanita agar lelaki yang hamilkan gadis sekolah itu perlu dipertanggungjawabkan dengan kejadian yang menyayat hati itu, tidak boleh dianggap sebagai penyelesaian dengan mudah, kerana banyak lagi kes-kes serupa atau yang mungkin lebih dahsyat lagi menunggu.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Audit ulangi dedah kepincangan lama

Posted: 31 Oct 2011 08:34 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti diketahui umum lambat dikemukakan dalam Dewan Rakyat. Setelah lebih dua minggu menunggu, akhirnya laporan itu sampai ke tangan anggota Dewan Rakyat pada 24 Oktober 2011.
Kelewatan laporan audit itu diedarkan menjadi satu misteri yang hanya diketahui pentadbiran Najib memandangkan Pejabat Ketua Audit Negara memaklumkan ia telah disiapkan lebih awal dan laporan yang disediakan lebih baik daripada sebelumnya.

Ada pandangan yang menyatakan bahawa laporan audit itu sengaja dilewatkan bagi memastikan momentum Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu tidak dibayangi oleh teguranteguran Ketua Audit Negara tentang pelaksanaan Bajet 2010.
Read More / Baca Lagi >>

Gerakkan golongan muda melalui laman sosial

Posted: 31 Oct 2011 08:31 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya
AHLI Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang memegang portfolio ICT, Dr Ismahttp://www.techxav.com/wp-content/uploads/2010/03/facebook-guide1.jpgil Salleh dijadualkan membentangkan kertas kerja bertajuk 'Mobilisasi Media Sosial Dalam Mempengaruhi Generasi Muda' di Persidangan ICT dan Media Baru yang dianjurkan oleh Lajnah ICT PAS Pusat.
Malangnya penerbangan Dr Ismail ke Tanah Suci diawalkan berbanding yang dijadualkan sebelumnya menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti di kalangan Exco.
Read More / Baca Lagi >>

Hina Islam : Dr Chua dah melampau !

Posted: 31 Oct 2011 08:20 PM PDT

Kenapa Dr.Chua Soi Lek (gambar) terlalu celupar dan biadap? Sebagai individu bukan muslim apa hak dan kobolehan beliau untuk bercakap soal hukum hudud yg bukan dalam bidangnya?

Antara dakwaannya - Melaksanakan Hukum Allah yakni hukum hudud dikatanya ibarat berundur kebelakang, negara bertambah mundur, pelabur takut datang, yang sedia ada akan cabut lari!!   Begitulah mudahnya dia menilai dan menghukum tanpa secubit bukti pun !  Telebih cerdik agaknya !

Kita bukan nak kata Dr Chua monyet, tapi ini contoh,…    Mana boleh monyet bercakap dalam masyarakat tempua tentang bagaimana nak buat sarang dengan baik dan kukuh. Hukum Allah dah menentukan bahawa sarang tempua sememangnya unik, cantik dan kukuh. Tak layak si monyet  menegur atau mempertikaikannya.
Read More / Baca Lagi >>

"Kemenangan Nahdhah adalah kemenangan bagi Palestin" - Ghanusyi

Posted: 31 Oct 2011 08:16 PM PDT

GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah menghubungi Setiausaha Agung Parti Islam Nahdhah, Tunisia, Rasyid Al Ghanusyi melalui telefon untuk menyampaikan ucapan selamat atas kemenangan partinya dalam pilihan raya pertama selepas Revolusi di Tunisia.
"Saya sangat optimis masa depan Tunisia kelak akan cemerlang, menjadi lebih baik daripada sebelumnya, berdasarkan perjalanan pilihan raya secara adil sesuai dengan keinginan bangsa Tunisia yang rindukan kebebasan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Usah layan desakan kaji semula pemansuhan dasar PPSMI

Posted: 31 Oct 2011 08:08 PM PDT

Anwar Patho Rohman

1 NOV — Nampaknya masih ada beberapa kerat pihak dan badan bukan kerajaan (NGO) enggan berputus asa mahu merujuk semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke dalam sistem pendidikan negara walaupun Kementerian Pelajaran sudah memansuhkannya dua tahun lalu.
NGO ini termasuk Kumpulan Tindakan Ibu-Bapa bagi Pendidikan (Page), mewakili kelompok kecil orang Melayu — yang dilabel sebagai Melayu elit oleh pejuang bahasa Melayu, disifatkan seperti orang 'gila talak' kerana masih mahu menjodohkan semula PPSMI dengan sistem persekolahan walaupun dicerai talak tiga oleh kementerian.
Soalnya sekarang, mengapakah NGO ini begitu beriya-iya sangat mendesak PPSMI supaya diteruskan termasuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mencadangkan ia dilaksanakan secara pilihan di sekolah.
Apakah tujuan sebenar kumpulan ini menuntut kerajaan melaksanakan dasar PPSMI di sekolah? Apakah keuntungan yang mereka peroleh, sedangkan kementerian memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) selepas PPSMI dimansuhkan?
Read More / Baca Lagi >>

PM bukan Melayu: Najib cuba tonjolkan imej perkauman Muhyiddin

Posted: 31 Oct 2011 08:03 PM PDT

PM bukan Melayu: Najib cuba tonjolkan imej perkauman Muhyiddin
Pemimpin kanan Umno Nazri Aziz layak diberi pujian kerana berani berkata bahawa Perdana Menteri Malaysia tidak semestinya orang Melayu. Agak radikal kenyataan Nazri itu Akan tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meragui keikhlasan tersebut dan percaya mungkin ada udang disebalik batu dalam ucapan beliau.
Agak mengembirakan apabila kita dengar kenyataan sebegini daripada Nazri yang merupakan menteri kabinet kanan dan ramai pula menganggapnya sebagai menjadi jurucakap Najib. Tetapi saya percaya ini hanyalah pendapat peribadi Nazri yang bertujuan mengelirukan orang ramai kerana Umno sering 'cakap tak serupa bikin'. Lihat sahaja rekod mereka masa lalu, "Kata ahli Parlimen Taiping; Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya penentu hidup mati negara kata Utusan laaa...!!!

Posted: 31 Oct 2011 08:00 PM PDT

1 NOV — Khabar 'angin sepoi-sepoi bahasa' mengatakan seorang pemimpin sebuah parti di Putrajaya tidak berpuas hati dengan keputusan kepimpinan pusatnya dalam beberapa hal.
Antaranya, ketiadaan pendirian yang teguh dalam isu serbuan Jais ke atas sebuah gereja. Ini sehinggakan ketua parti yang masih tercari-cari sokongan pengundi itu berasa cuak dengan sikap yang kurang tegas partinya. Namun tidak ada kepastian sejauh mana kemuncak rasa kurang senangnya.
Tetapi di satu sudut lain dari hari ke hari, lawannya daripada parti kerajaan BN tetap sibuk seperti biasa. Melayan kerenah orang ramai yang singgah di Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya di Presint Diplomatik. Setiap kali kemunculannya seminggu sekali setiap Jumaat di Putrajaya, pasti akan ada bantuan dan sokongan yang diberikan kepada warga Putrajaya — tidak kira ia besar atau kecil.
Read More / Baca Lagi >>

Pencuri pilih anjing penjaga

Posted: 31 Oct 2011 07:55 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara masih diperdebatkan. Pendedahan terhadap salahlaku kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tertentu terus mendapat perhatian ramai. Seminggu dua ini rakyat Malaysia asyik bermain dengan angka dan fakta yang dikutip daripada laporan itu.
Khabarnya akhbar-akhbar berbahasa Cina menampilkan isu ini secara besar-besaran selama beberapa hari berturut-turut. Sekali gus ia menenggelamkan "gegak-gempita" belanjawan 'one-off' Najib Razak. Sememangnya, sejak dahulu, laporan media Cina lebih  bebas dan objektif. Beruntunglah masyarakat Tionghua berbanding pembaca Melayu, yang sentiasa diperbodohkan akhbar-akhbar utama berbahasa kebangsan!
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan : Penduduk terima hak milik kekal

Posted: 31 Oct 2011 07:52 PM PDT

TANAH MERAH, 31 Okt: Seramai 112 dari 315  masyarakat kampung dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Bunga dan Dun Kemahang, menerima sijil hak milik tanah masing-masing tengah hari tadi.
Sumbangan berkenaan disampaikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, pada majlis penyampaian hak milik tanah dan bantuan sosial peringkat Jajahan Tanah Merah.
Seramai 100 orang penerima sumbangan, manakala 20 orang lagi penerima cek skim Takaful Kifaalah.
Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaan negeri tidak menaikkan kadar cukai tanah sejak mentadbir negeri ini 21 tahun lalu walaupun berhadapan dengan kos keperluan yang berkaitan semakin meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut PPSMI bukti kerajaan BN lemah

Posted: 31 Oct 2011 07:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Kemelut dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah memperlihatkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata kemelut PPSMI berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN sehinggakan sebuah badan NGO, Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) membuat ugutan kepada kerajaan.

"Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik. Rakyat melihat bila mana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT