bumiperak |
Posted: 31 Oct 2011 06:49 AM PDT Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud . Karpal, seorang peguam yang berpengalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan. Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah. Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya. "Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam. "Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya. "Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi. -mk Karpal menulas demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Exco Kelantan Nik Amar Nik Abdullah yang dilaporkan memberi cadangan supaya kerajaan negeri untuk meminda undang-undang sivil supaya hukuman jenayah diganti dengan hukum hudud yang termaktub dari undang syariah. Nik Amar beralasan adalah lebih adil hukuman jenayah antara orang islam dan bukan islam dapat dilaksana sama rata. Apa yang kita lihat kenyataan Pengerusi DAP mengenai hudud di atas tidak bersandarkan kepada fakta tetapi hanya satu alasan dari pemikiran yang dangkal bagi menyembunyikan kebencian terhadap hukum Islam. Fakta yang jelas ialah jenayah berkurangan dan amat rendah di negara yang mengamalkan hukum hudud. Sila lihat jadual di bawah.Bandingkan angka-angka jenayah rogol di negara yang tidak mengamalkan hudud dengan negara yang mengamalkannya. Kajian di atas memaparkan pada tahun 2002, di Kanada yang jumlah penduduknya 33.5 juta terdapat 24,350 kes rogol dicatatkan. Di Amerika dengan jumlah penduduk 306 juta, 95,136 kes rogol berlaku. Di Malaysia sendiri yang jumlah penduduknya 28 juta terdapat 1,431 kes rogol. TETAPI di negara Arab Saudi yang mengamalkan hukum hudud, daripada jumlah penduduknya yang seramai hampir 25 juta, cuma menghadapi 59 kes rogol. Jadi dimanakah justifikasi kenyataan Karpal Singh yang menuduh hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya? |
You are subscribed to email updates from BumiPerak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan