Nuffnang

Pengikut

Politiksukusakat

0
sumber :-

Politiksukusakat


Kempen batalkan segera kontrak Isa Samad selaku Pengerusi Felda!

Posted: 18 Oct 2011 02:53 AM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB dan SHAFRI SHAMSUDDIN
Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

KUALA LUMPUR, 18 Oktober : PAS dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) telah melancarkan kempen 'Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0' (Tan Sri Isa Samad) di Parlimen 18 Oktober lalu.




Perasmian dilakuka oleh ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dengan disaksikan oleh ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.

Kempen itu bertujuan menggesa kerajaan segera menamatkan kontrak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini dilihat memonopoli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).

Mazlan Aliman berkata, kempen itu dilancarkan sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak beks Menteri Besar Negeri Sembilan itu dibatalkan.

Sehubungan itu, Mazlan berkata gerakan itu akan memulakan kempen mengumpul tandantangan warga Felda di setiap negeri dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir.

"Warga Felda akan turun padang dan berusaha habis-habisan menyingkirkan Isa dan sebelum sidang berakhir, kami akan serahkan tandangan yang dikumpul kepada Perdana Menteri supaya beliau mendengar suara hati warga Felda," katanya.

Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris.

Isa sebelum ini didakwa menimpulkan masalah kepada KPF semasa ketiadaan Pengurus Besar KPF, Dato' Zulkifli Abdul Wahab dengan mengambil alih KPF, dakwa Mazlan.

Apa yang paling menjolok mata ialah, pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF melanggar undang-undang kecil KPF dan bertujuan lain, katanya.

Menurut Mazlan, seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda.

Namun Adun Bagan Pinang itu hanya dilantik secara kontrak, dan ianya sangat menyalahi undang-undang penubuhan KPF yang menguasai 51 peratus pegangan saham dalam Felda Holding, katanya,


Ditanya mengapa Isa beria-ia mengambil alih KPF, Mazlan mendakwa ia satu usaha memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Dengan tindakan ini, peneroka Felda sebenarnya berasa terancam dengan kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan, ujarnya.

Terdahulu sebelum merasmikan kempen itu, Mazlan dan rombongannya telah mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Mereka telah menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda, kata Mazlan.

Dalam pertemuan itu, Anak dan pemegang saham Felda dimaklumkan Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara itu,, katanya.

Cursing Malay : Terus Terang

0
sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Aku Menyokong Penuh Usaha Memberikan Hak Warga Asing Untuk Mengundi

Posted: 18 Oct 2011 07:54 PM PDT

Tuan Menteri Dalam Negeri, 
Surat Menyokong Tindakan Kerajaan Memberikan Warganegara Kepada Warga Asing

Salam 1Malaysia.

Saya, Mantot, menyokong penuh usaha kerajaan membenarkan warga asing diberikan taraf kerakyatan negara tercinta kita, Malaysia.

2. Sokongan saya datang daripada pemerhatian saya sendiri yang merasakan tanpa adanya usaha dan penat lelah mereka ini yang kebanyakannya datang sama ada dari Indonesia,Vietnam,Myanmar dan Bangladesh, negara kita akan runtuh. Negara kita sangat bergantung dengan tenaga kerja luar dan jika mereka yang sudahpun diberikan latihan dan pengalaman yang mencukupi ini keluar beramai-ramai meninggalkan negara kita, negara akan kehilangan tenaga kerja yang amat-amat diperlukan kita. Bayangkan, tidak ada lagi rumah mampu dibina kerana tidak ada lagi pekerja yang mahu membina bangunan. Bagaimanakah ubah suai dalaman dan luaran bangunan di Malaysia akan dilaksanakan?

3. Pada hemat saya yang hina ini, jika kita kehilangan tenaga pakar asing ini,beberapa industri besar di negara kita akan terjejas ;

a. Industri pembinaan
b. Industri penjaga kanak-kanak
c. Industri penjualan karpet dan hiasan rumah berbentuk Islamik
d. Industri perkilangan
e. dan pelbagai industri lain

4. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya bukan setakat menjadikan mereka sebagai warganegara Malaysia tetapi juga mewujudkan satu skim baru untuk warga asing yang ingin bekerja di Malaysia dengan menjadikan mereka sebagai pekerja sektor awam yang mempunyai gred tangga gaji tersendiri. Berikan mereka insentif dan faedah untuk terus menetap bekerja di sini. Selain daripada hak untuk mengundi, apa kata Kerajaan juga membenarkan mereka mempunyai suara di Parlimen. Faedah-faedah yang diperolehi oleh peserta "Malaysia My Second Home" perlu diberikan kepada mereka.

5. Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang berbangga dengan keunikan Malaysia yang aman makmur dan mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tetapi pada saya, itu tidak cukup. Kita perlukan lebih ramai lagi kaum di Malaysia untuk menjadikan masyarakat kita lebih majmuk. Ini akan membantu meningkatkan industri pelancongan negara kita dan sekaligus membawa masuk matawang asing ke negara kita.

6. Mengakhiri warkah ini, saya sekali lagi menegaskan, saya menyokong penuh tindakan kerajaan memberikan warganegara kepada warga asing. Jika kerajaan tidak berbuat demikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya berbuat demikian. Sekian terima kasih.


Rakyat Prihatin,
Mantot


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pemimpin Kristian: Himpun tak relevan, mari bincang dengan kami jika ada isu

Posted: 18 Oct 2011 09:41 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Pemimpin-pemimpin Kristian menganggap perjuangan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Sabtu ini, yang mahu membincangkan isu khusus mengenai murtad, sebagai perhimpunan yang tidak relevan dan berharap kumpulan itu tidak akan memprovokasi ketegangan agama.
Pemimpin-pemimpin itu mengingatkan penganjur bahawa tindakan mereka boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara komuniti berlainan agama, sekali gus merenggang hubungan masyarakat Muslim dan Kristian dan menjejaskan usaha diambil kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama bagi mempromosikan persefahaman dan keharmonian.
Read More / Baca Lagi >>

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

Posted: 18 Oct 2011 09:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.
Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.
Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.
"Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.
Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri: Perhimpunan Sejuta Umat bukan tunjuk perasaan

Posted: 18 Oct 2011 09:38 PM PDT

NONEMenteri hal ehwal agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenepikan kekhuatiran PAS yang bimbang bahawa Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) akan mengundang permusuhan antara agama.

Katanya, penganjur itu sendiri telah diberikan kebenaran untuk mengadakan HIMPUN di Stadium Shah Alam, menunjukkan bahawa perhimpunan itu akan terkawal.

"Saya tengok penganjur pun dah beri akujanji untuk jaga ketertiban itu. Ini berbeza dengan semangat yang tak boleh dikawal.

"Bila ada permit dia mesti ada peraturan yang perlu dipatuhi. Bila berhimpun dalam stadium, dia kurangkan masalah.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy - jadilah seorang dewasa

Posted: 18 Oct 2011 09:34 PM PDT

Khairy Jamaludin mempertahankan tindakan mengisukan anak Lim Guan Eng dan beliau menuduh pengkritik beliau sebagai hipokrit. Ramai yang mengkritik Khairy kerana menurut setengah pihak tindakan Khairy itu merupakan tindakan desperado UMNO. Lebih memeranjatkan lagi banyak pihak ialah isu itu diperbesarkan oleh Khairy dan beberapa blogger pro UMNO.

Kalau orang lain dari Khairy memanglah tidak memeranjatkan tetapi ianya datang dari Khairy seorang pemimpin UMNO yang agak mempunyai kelas yang agak jauh tingginya dari ramai pemimpin yang lain. Isu seperti ini selalunya hanya permainan pemimpin yang bukan setaraf dengan Khairy.

Tetapi UMNO tetap UMNO, kerana UMNO itu merupakan parti yang tidak mampu membina kepimpinan sebaliknya boleh merosakan orang bijak pandai untuk menjadi jumud pemikiran dan merendahkan kredibiliti mereka. Yang ada di dalam barisan kepimpinan UMNO itu kebanyakan mereka adalah mereka yang tinggi kelulusan akedamik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Bantuan RM500, wakil rakyat Umno bidas Najib

Posted: 18 Oct 2011 09:30 PM PDT

" Belum apa-apa lagi, Ahli Parlimen BN dari Umno Johor menunjukkan kebodohan Najib yang membentangkan Bajet 2012. Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) berkata pemberian RM500 kepada mereka berpendapatan RM3,0000 ke bawah menyusahkan rakyat yang kebanyakannya terdiri dari golongan miskin yang tinggal di kawasan luar bandar untuk mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 
Read More / Baca Lagi >>

Kalau ada tok aji, lebai boleh sokong lagi UMNO, aku tak tau nak kata apa...

Posted: 18 Oct 2011 09:28 PM PDT

Oleh Mat Kering Bakaq Bata

Minggu lepas blogger upahan UMNO Kedah 'bongkarkan' dua isu besar. Pertama, MP Pendang Dato' Dr Mohd Hayati Othman kahwin sorang lagi, Kedua, MB Kedah Ustaz Azizan Razak kahwin dengan budak 19 tahun. Bila blogger PAS buktikan isu itu FITNAH jahat semata-mata, mereka langsung takdak rasa malu dan bersalah.. Reka lagi macam-macam fitnah baru mengenai pemimpin PAS, semua fitnah jahat itu berkaitan sex semata-mata. Apalah malangnya tempurong kepala hotak UMNO.. tiada yang lain melainkan sex.

Read More / Baca Lagi >>

SAMM bersolidariti dengan Aziz Bari dan sokong tindakan Mahathir satu ketika dulu

Posted: 18 Oct 2011 09:26 PM PDT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari (gambar bawah) yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan.  SAMM menyifatkan tindakan penguasa regim mengambil tindakan hanya kerana komen tersebut dilihat hipokrit, ugutan dangkal dan tindakan terkebelakang.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang.  Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan.  Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia.  Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman.  Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.
Read More / Baca Lagi >>

Bangganya 1Malaya : 11 perkara tentang rosmah yang anda perlu tahu

Posted: 18 Oct 2011 09:22 PM PDT

Kelebihan rosmah mansur.

1. Isteri perdana menteri paling cantik.

Memang rosmah mansur isteri perdana menteri yang paling cantik di malaysia. Toksah temberang larh nak kutuk dia macam2, konon tak cantik larh, muka berminyak larh.. padahal korang cemburu je kan sebab dia lawa? Ye tak? Hahaha.. kalau dia tak lawa korang ingat najib akan terpikat ke?

Bahagian paling cantik sekali kat rosmah ialah tang kening dan tang nama rosmah mansur = rm. Hahaha.. korang ada? Takde kan? So takyah jeles larh weh.
Read More / Baca Lagi >>

Aziz Bari to be probed under Sedition Act, making a mockery of Najib's 'reforms'

Posted: 18 Oct 2011 09:19 PM PDT

Aziz Bari to be probed under Sedition Act, making a mockery of Najib's 'reforms'Barely a month has passed and Prime Minister Najib Razak has been shown up once again to be insincere in carrying out his promises to do away with intimidating laws aimed to suppress  freedom of expression and full democracy in the country.
Police will be investigating law professor Aziz Bari for criticising the ruling made by the Selangor Sultan over the Jais raid of the Damansara Utama Methodist Church. Aziz had told media his lawyers were informed the probe will be made under the Sedition Act
Apostasy
Aziz, who is a lecturer at the International Islamic University of Malaysia, is expected to give his statement on Wednesday.
Read More / Baca Lagi >>

Hormati Perlembagaan Negara

Posted: 18 Oct 2011 09:17 PM PDT

Saodah Abd Rahman

19 OKT — Setiap negara di dunia ini mempunyai perlembagaan dan sistem perundangan yang sesuai dengan konteks kemasyarakatan dan kenegaraan masing-masing. Oleh itu terdapat perbezaan sistem dan perundangan sesebuah negara dengan negara yang lain.
Berdasarkan kepada perbezaan budaya, adat istiadat dan perlembagaan maka pepatah Melayu mengatakan "Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung". Peribahasa ini sepatutnya difahami oleh keseluruhan masyarakat dalam negara ini sama ada beragama Islam atau bukan Islam.
Konteks dan suasana kemasyarakatan dan kenegaraan Malaysia tidak boleh disamakan dengan perlembagaan dan perundangan di negara Barat apabila masyarakat diberi kebebasan sepenuhnya untuk bersuara dan bertindak.
Read More / Baca Lagi >>

How many billions is Taib worth? Son's divorce may reveal family's fortune

Posted: 18 Oct 2011 09:13 PM PDT

How many billions is Taib worth? Son's divorce may reveal family's fortuneLittle has been said on the power transition plan for the Sarawak leadership. Sure, there have been a few local politicians making assertions that they cannot live if Taib Mahmud is not in the picture, and some are also saying that the politician, who has virtually made a monarchy of his role as Chief Minister, is still relevant to the development of Sarawak. There are plans which only he alone can pull through for the people of Sarawak, they nod sagely.
Maybe so when there are still 16 dams to be built and lands to be grabbed and until every piece of the business pie is directly under his and family's your thumb.To an extent, leaders who overstay have the habit of thinking that they are immortal. And this seems to be the case with Taib Mahmud. He is immortal in the eyes of his followers and believers.
Read More / Baca Lagi >>

CIA TAHU ADA GAMBAR NAJIB DAN ALTANTUYA

Posted: 18 Oct 2011 09:11 PM PDT

TIDAK ADA RAHSIA LAGI UNTUK CIA










CIA AMERIKA TAHU TENTANG NAJIB DAN ALTANTUYA


NOTA:
jangan hairan
jangan terperanjat apabila dasar luar negara berubah

Read More / Baca Lagi >>

Debat Anwar-Najib: Akademi penulisan tawar jadi penganjur......Najib tak takut eh..!!

Posted: 18 Oct 2011 09:09 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 Okt : Sebuah Akademi Penulisan sedia menjadi penganjur bagi debat antara Ketua Pembangkang, dan Perdana Menteri berhubung soal ekonomi dan Belanjawan 2012.
Jurucakap Akademi Pak Sako, Hilman Idham berkata, debat itu merupakan perkembangan sihat bagi membolehkan rakyat menilai belanjawan yang dibentangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Duda & Janda : 77 kes cerai setiap hari ....Malaysia Boleh..!!!

Posted: 18 Oct 2011 08:52 PM PDT

77 kes cerai setiap hariKUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.
Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.
Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.
Read More / Baca Lagi >>

Audit : Apa yang mahu disembunyikan?

Posted: 18 Oct 2011 08:46 PM PDT

Laporan Ketua Audit Negara hanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.
Kegagalan pihak kerajaan memberi penjelasan kenapa Laporan Ketua Audit Negara lewat dibentangkan di Parlimen kini bertukar menjadi skandal besar.
Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa apabila ditanya bilakah laporan tersebut akan dibentangkan di parlimen, seorang pegawai dari pejabat Ketua Audit Negara menjawab secara selamba bahawa laporan itu akan dibentangkan pada 1 Disember, hari terakhir sesi sidang parlimen kali ini.
Apabila seorang wartawan akhirnya berjaya menghubungi Timbalan Ketua Audit, beliau berkata beliau tidak perlu menjawab apa-apa soalan, termasuk bila laporan itu siap atau bila ianya akan dibentangkan di Parlimen.  Beliau mencadangkan agar soalan seumpama itu diajukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
Read More / Baca Lagi >>

Maths and Science in English: Who's barking up the wrong tree!

Posted: 18 Oct 2011 08:43 PM PDT

Maths and Science in English: Who's barking up the wrong tree!I read with interest the ongoing debate regarding PPSMI as published in most dailies' 'Letters to the Editor' section. Perhaps I am stretching it a bit by calling it a debate when it is clear that only one side's arguments are prominent, and they are the views of the proponents of PPSMI.
Do allow me to give an opposing view.
From what I gather by reading the countless articles, letters and even SMSs espousing the virtue of PPSMI, I can surmise that the proponent of this policy based their support on TWO main arguments, which are -
ONE - the declining standard on English amongst graduates in this country that gravely affects their employability in the current fast moving world where English is the de facto lingua franca, and
TWO - the possibility of being left behind in the field of Science and Mathematics due to lack of references in Bahasa Melayu and their abundance in English.
Read More / Baca Lagi >>

Ramas Buah Dada - Khairy DiBODOHkan Blogger Pencacai UMPORNO

Posted: 18 Oct 2011 08:41 PM PDT

Semalam, Khairy menulis, "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."

Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Dakwaan itu muncul di blog-blog Umno dengan memfokus kononnya salah laku anak Lim di sekolah dan mendakwa remaja itu menggunakan nama dan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.

Blog itu mendakwa Lim kemudian memindahkan anaknya ke sekolah lain dan membayar RM200,000 untuk menyembunyikan skandal itu.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan Flip-flop : SPR tiada alasan lengah guna dakwat kekal

Posted: 18 Oct 2011 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) agar segera melaksanakan tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap proses menunggu 'lampu hijau' dari Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan mengenai hukum tersebut.
Justeru, jelasnya DPPM memetik kenyataan daripada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cetakan Kedua 2010, terbitan JAKIM, m/s 144 yang menyebut bahawa: "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa  Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Inedible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Inedible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang  air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Inedible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Inedible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja."
Read More / Baca Lagi >>

Prof Aziz Bari dipanggil polis, disiasat bawah Akta Hasutan

Posted: 18 Oct 2011 08:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Profesor Dr Abdul Aziz Bari dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.
Aziz (gambar) yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.
"Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini kepada The Malaysian Insider.
Kelmarin beliau diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung isu yang sama ekoran satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Gerakan keluar parti, kecewa dengan Koh

Posted: 18 Oct 2011 08:33 PM PDT

gerakan ndc 161011 koh tsu koon tan lian hoeSeorang pemimpin bahagian Gerakan di Kedah mengambil keputusan meninggalkan parti itu kerana tidak gembira dengan pucuk pimpinan Tan Sri Koh Tsu Koon.

Setiausaha penganjur Gerakan Kedah dan Ketua Bahagian Padang Serai, Tang Hiang Lye berkata beliau membuat keputusan itu kerana percaya Koh tidak berupaya membawa sebarang pembaharuan kepada parti dan kerajaan.

"Saya bukan oportunis tetapi sekadar marah. Saya tidak fikir akan berlaku sebarang perubahan dalam parti," katanya apabila dihubungi.
Read More / Baca Lagi >>

Enggan lulus permit Suara Keadilan, transformasi Najib gagal

Posted: 18 Oct 2011 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Okt: Kenggganan kerajaan meluluskan permit penerbitan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, membuktikan reformasi politik yang digembar-gemburkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, gagal
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merujuk komitmen kerajaan untuk melakukan transformasi politik, termasuk mempertahankan kebebasan media ketika pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.
"Dia katakan akhbar akan diberi permit secara automatik, bukan melalui pembaharuan permit tahunan. Tapi sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan oleh Menteri Dalam Negeri (terhadap permit Suara Keadilan)," kata Tian Chua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: Peranan media harus bebas

Posted: 18 Oct 2011 08:29 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak berkata media memainkan peranan penting dalam proses perubahan Malaysia menuju ke arah negara bangsa yang lebih moden, liberal dan progresif.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri tanggungjawab itu perlu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati kerana proses berkenaan sangat mencabar berdasarkan situasi negara kini yang semakin kompleks.
Read More / Baca Lagi >>

SKMM bukan polis peribadi Rais

Posted: 18 Oct 2011 08:27 PM PDT

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim tidak harus menjadikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai "polis peribadinya".

"Tindakan ini dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara.
Read More / Baca Lagi >>

'Ahli Umno didakwa tuntut wang perlindungan'

Posted: 18 Oct 2011 08:26 PM PDT

Tiga ahli perniagaan mendakwa pekerja-pekerja mereka telah dikasari oleh sekumpulan lelaki, yang dipercayai ahli Pemuda Umno  yang cuba menuntut wang perlindungan.

Bagaimanapun, seorang ahli Pemuda Umno yang secara tiba-tiba muncul pada sidang akhbar yang dianjurkan oleh ahli perniagaan berkenaan, semalam menafikan dakwaan itu dan berkata ia "tuduhan yang tidak berasas".
Read More / Baca Lagi >>

Tidak libatkan parti politik, PAS tak sertai Himpunan Sejuta Umat

Posted: 18 Oct 2011 08:24 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Okt — PAS memutuskan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan berlangsung Sabtu ini atas alasan ia tidak melibatkan parti-parti politik.
Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas biro politik parti itu yang diadakan di sini malam tadi.
"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyaatan dikeluarkan tengah malam tadi.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT