Isnin, 17 Oktober 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


SEGERA : Rumah Untuk Di Sewa di Sikamat Seremban!!!!!!!

Posted: 17 Oct 2011 01:19 AM PDT

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa rumah boleh menghubungi saya WAN NORDIN di Talian : 017-2591429:

Lokasi : Taman Sri Pandan Fasa 1, Sikamat (rumah baru siap setahun)
Seremban, Berdekatan dengan Institut Perguruan Raja Melewar (IPRM)., Koleh Tafe, Pekan Seremban, Pasaraya Ocean, Laluan Lingkaran Tengah Seremban, Lebuhraya LEKAS-Seremban Kajang Kuala Lumpur, Berdekatan dengan Sekolah Sains Seremban (Saser) Sekolah Tuanku Ampuan Durah (STAD); Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Menengah Agama Sheikh Ahmad;

Spesifikasi : Rumah 3 bilik 22x80 , ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, Full Renovations, Kabinet Dapur penuh dengan kelengkapan, Anjung Kereta bertutup penuh dan bahagian belakang bertutup penuh, peralatan kipas aotomatik penuh semua bilik dan ruang, kemasan Tile semua bahagian rumah, peralatan almari sedia; Keadaan rumah amat memuaskan kerana baru setahun siap.

Harga sewa : RM500 (nego)

Jika berminat hubungi segera : 0172591429 - Nordin

PAS perlu cetuskan Green Politics, pulih imej Malaysia di Mata Dunia

Posted: 17 Oct 2011 01:11 AM PDT

Wawancara wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN dan WAN NORDIN WAN YAACOB serta Jurugambar, WAN ZAHARI WAN MOHD SALLEH bersama Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Editorial Harakah pada 11 Oktober lalu.


SOALAN : Boleh Dato' mengulas lanjut mengenai apa yang Dato' Sebut di Pulau Pinang tentang fasa 60 tahun kedua PAS dan selepas fasa 60 tahun pertama, dan lanjutan daripada konsep Melayu-Raya gagasan besar yang dibawa oleh Dr Burhanuddin
Al-Helmy dan kemudiannya Dato' ulang di Konvensyen 60 Tahun PAS di Pulau Pinang baru-baru ini?

MAHFUZ : Pertamanya dalam 60 tahun pertama kita lihat, kejayaan kita ialah walaupun berdepan dengan tekanan politik yang mengundang kepada pelbagai fitnah kepada PAS dan sebagainya tetapi PAS mampu untuk memacu parti sampai kepada satu peringkat yang bagi saya 60 tahun pertama adalah kerana di penghujungnya PAS telah berjaya merubah satu imej yan dilihat oleh pelbagai pihak yang kononnya keras dan tertutup kepada imej kesediaan untuk berbicara dan bersedia untuk menghulurkan tangan dalam konteks perpaduan pelbagai golongan dan kelopok dalam negara kita.

Ia bermula dengan langkah kita bekerjasama dalam, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika itu bersama Tengku Razaleigh Hamzah (KU Li) yang mewujudkan semula Semangat 46, dan kemudiannya pada tahun 1998 dalam peristiwa pemecatan bekas Timbalan Perdana
Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mewujudkan gabungan Barisan Alternatif (BA) dan terkini selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 dengan Pakatan Rakyat.Saya katakan bahawa jika sebelum itu sikap PAS dan parti pembangkang lain seperti DAP
masing-masing keras dengan prinsip masing2 hingga tiada jalan mempertemukan kedua-dua pihak ini, saya ingin menyatakan dikala itu tidak nampak mengatakan bahawa ada parti ini dan kumpulan yang boleh jatuhkan BN di negeri dan nasional sebabnya orang
tidak nampak jika parti politik itu atas dasar prinisp tiada penemuan untuk bersama atas masa depan politik dan negara.

Dengan sikap PAS yang terbuka, akhirnya kita menghulurkan tangan kepada Tengku Razaleigh (APU) pada tahun 1989 hingga menyebabkan Kelantan mampu dijatuhkan, dan seterusnya paling mutakhir 2008 dalam Pakatan Rakyat menyebabkan senario politik negara berubah dan melibatkan persepsi masyarakat Melayu berubah bahawa ada parti lain yang boleh mentadbir negara selain Umno-BN.Saya nak katakan bahawa perubahan lanskap politik negara itu adalah kerana perubahan PAS itu sendiri.Jika PAS tidak berubah dengan sikap yangt kekal seperti mana sebelum itu, sudah tentu lanskap
politik kita tak berubaha.

Penyumbang utama kepada perubahan lanskap politik di negara kita ini adalah PAS disamping tidak menafikan sumbangan pihak-pihak lain.Maknanya oleh kerana PAS dilihat sebagai parti yang besar, jika tidak berubah, lanskap tidak akan berubahan kerana PAS dicop sebagai cukup ekstrim dan tidak terbuka sebelum ini.
Sebab itu saya katakan bahawa saya mengambil semangat dan gagasan Melayu Raya yang dibawa Dr Burhanuddin Al-Helmy yang mana dalam dasar yang dibawa Dr Burhanuddin adalah dalam konteks peluasan wilayah sampai ke Patani dan Filipina, tetapi saya
ambil semangat itu dalam konteks membina Malaysia baru, sebab itu saya mengutarakan konsep Malaysia Raya.Konsep ini bukan soal perluasan wilayah semata, walaupun itu istilah imperialis, jika ditafsir oleh pemerhati politik, tetapi saya tidak
menyatakan bahawa Dr Burhanuddin imperalis, tetapi ini istilah yang ditafsir di Barat dalam mengungkap apa yang berlaku di Serbia suatu ketika dahulu dalam dilihat dalam konteks itu.

Saya tidak mahu melihat konsep Malaysia Raya dalam konteks peluasan wilayah, walaupun negara kita berdepan dengan masalah kehilangan tanah dan wilayah seperti dalam kes Stesen Keretapi KTMB di Tanjong Pagar kepada Singapura, Blok minyak L dan M kepada Brunei, dan Pulau Batu Putih.Dalam koteks itu tetapi saya tidak mahu melihat konsep Melayu raya itu dalam perluasan wilayah itu. Itu menunjukan kita kehilanagn wilayah kita,Tetapi saya mahu melihata Malaysia mampu berdiri agar dilihat dunia bukan kerana soal perluasan wilayahnya, tetapi kerana imej yang ditonjolkan negara yang dibina melalui keupayaan, intergriti dan wibawa pemimpinnya dalam pendekatan politik dan pentadbiran yang cekap, amanah dan berintergriti.

Justeru bagi saya, PAS sebagai sebuah parti Islam yang telah lama bertapak dalam politik dan pentadbiran tanah air, menerajui beberapa buah negeri dan merupakan antara parti terbesar perlu menyumbang ke arah itu.PAS perlu membawa suatu pendekatan memperkenalkan 'Green Politics' (politik hijau-bersih), jarang hal ini dibicara, sedangkan dunia sedangkan dunia kini sedang berdepan dengan peperangan pergaduhan dan konflik.Bagi saya dunia kini memerluakn 'green politics' yang dimulalkan PAS dengan menampilkan watak-watak seperti ini (watak bersih, berintegriti).Kita telah mula di Kelantan.

Apa ciri-ciri Green Politik itu?

MAHFUZ : Bagi saya yang paling utama ialah amanah, politik jujur, akautabiliti dan inilah yang telah dimulai di Kelantan. Green Politics ini dibuat dengan menunjukan perbezaan iaitu anjakan itu dibuat daripada pemikiran orang poltik yang dahulunya berfikiran bahawa kuasa adalah 'ghanimah' atau peluang mengumpulkan kekayaan, tetapi PAS meletakkan kuasa itu kepada kejujuran kebertanggungjawaban dan amanah.Ini yang membezakan antara politik Umno-BN dengan PAS.Akhirnya inilah fasa kedua yang harus ditekankan oleh PAs kerana kita berdepan suasana yang memerlukan ciri seperi ini untuk rakyat membuat perbandingan dan inilah aset kepada PAS dan dalam konteks antarabangsa inilah Malaysia dan jika dunia mahu melihat konteks ini, PAS harus
memulakannya dna penyumbang kepada faktor ini.

Perubahan pendekatan PAS dengan mengambil kira mungkin perasaan pemimpin PR.Dalam konteks tempoh zaman reformasi, ada yang melihat bahawa tekanan [persekitaran itu yang menyebabkan kesedaran rakyat, zaman ICT yang mendorong parti pembangkang untuk melupakan perbezana, bukan kesedaran dalaman parti atau parti itu mempeloporinya, maknanya dilihat parti ini ?


MAHFUZ : Saya tidak menafikan dari sudut pembentukan persekitarahn politik, sumbangan kesedaran orang ramai, parti-parti pembangkang yang lain dan perana bangkitnya rakyat dan orang ramai ini tidak boleh dinafikan.Rakyat bila merasai
kehidupan mereka tertekan maka mereka akan bangkit menuntut hak mereka.

Namun rakyat bangkit itupun bermula kerana kesedaran yang disuntik oleh parti-parti politik ini, jika parti politik seperti PAS dan DAP tidak memainkan perananya untuk memberikan kritikan dan membawa pendidikan politik kepada rakyat, saya percaya bahawa rakyat akan terus kekal dengan sikap hidup tanpa soal tetapi rakyuat berjaya keluara daripada budaya hidup tanpa soal kepada berani mempersoalkan kerajaan.Ini kerana kesedaran pemimpin politik membawa rkyat kepada senario itu.

Semua itu terhasil dengan gandingan perubahan lanskap politik ini dan gabungan semua pembangkang dan oleh kerana PAS ini sebagai sebuah parti yang besar, jika parti ini tidak memulakan perubahan maka tiada perubahan boleh berlaku.Sni sumbangan besar
PAS kepada perubahan lanskap politik negara hingga kepada wujudnya senario seperti hari ini, bahawa rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh pemerintah.

Satu lagi hal ialaha kerana kesediaan pemimpin PAS dan kelompok Ulama dalam PAS khususnya untuk menjelajahi khazanah ilmu Islam apabila beberapa aspek dalam Islam mula diperbincangkan.Kita berada dalam abad 21 ini, iaitu abad kebangkitan Islam yang menyuruh semua orang menjelajahi khazanah ilmu Islam ini dengan mahu melihat bagaimana kita hendak memawa ilmu Islam ini untuk menerokai dunia hari ini.Sebab itu kita dapat melihat bagaimana konsep 'tahaluf siyasi' (kerjasama politik)yang tidak pernah kita dengar sebelum ini kita telah lihat ia diutarakan.Tetapi tahaluf siyasi ini kerana khazanah ilmu Islam yang berjaya dikeluarkan oleh ulama yang menjadikan PAS terbuka, kerana adanya penemuan seperti ini.

Tadi berbalik soal aspek Melayu Raya yang digagaskan Dr Burhanuddin, ia dan mendahului zaman, bila kita cakap dengan APU, BA dan PR, tetapi Burhanuddin lebih awal lagi mengagaskan gerakan ini, dari segi sejarah PAS itu ada kelompongan, apa sebabnya, apakah perubahan dalam PAS ini oleh kerana pendekatan pemimin dan persekitaran ini, apakah akan berlaku lagi perubahan?

MAHFUZ : Apa yang dilontarkan oleh Almarhum Dr Burhanuddin ini adalah suatu kehebatan beliau yang menjangkaui zaman.Maknanya beliau melihat masa depan dan memastikan supaya kepentingan wilayah Melayu tidak terlepas kepada pihak lain.Tetapi oleh kerana kemunculan ahli fikir pada waktu itu terlalu kecil, tidak dapat dihayati ramai orang yang hingga menyebabkan suatu ketika memperlihatkan tiada pemahaman kepada apa yang diutarakan oleh Almarhum Dr Burhanuddin ini.Jadi selepas itulah apabila berganjak kepada kepimpinan ulama ini, ada gagasan politik besar yang dibawa, sebab ini dah melalui perubahan suatu zaman, tidak boleh lagi membicarakan perluasan wilayah, kita bawa semula konsep itu dalam kontes Malaysia Raya tetapi bukan dalam soal perluasan wilayah.Sebaliknya ianya kepada kehebatan
Malaysia itu dalam konteks soal keamanahan berganjak kepada politik intergriti yang akan menjadikan Malaysia dihormati.Sekarang ini Malaysia tidak dihormati, kita lihat
sahaja dalam aspek pelaburan, kerajaan boleh kata kononnya ada pertumbuhan tetapi masih lagi diperdebatkan tiada upaya intergiti Malaysia.

Perubahan dan keterbukan dalam PAS, ada pandangan yang menyatakan secara negatif ianya adalah kerana keghairahan untuk meraih kuasa, dan kononnya PAS menggadai prinsip apabila mahu membuka dan mengejar kuasa, apa pandangan Dato'?

MAHFUZ : Saya katakan bahawa Ulama kita hebat melihat bagaimana mencungkin khazanah ilmu Islam itu dengan meletakkan PAS dalam suasana politik serba mencabar.Latar belakang pelbagai bangsa di kalangan rakyat kita raikan dengan kita tidak sesekali
menggadaikan prinsip kita.Apa yang kita ambil ialah suatu pendekatan dan strategi yang tidak bertentangan prinsip.Kita tak korbankan prinsip kita malah dasar Islam sebagai asas yang sangat kukuh.Soal amanah ini soal besar dalam Islam dan sangat diberikan keutamaan.Malah kita lihat dalam sejarah Islam itu sendiri kita dapat melihat Islam memandang tinggi soal amanah walaupun orang itu bukan Islam.Kita cuba membawa inilah Islam dan orang boleh terima nilai dalam prinsip Islam.Sebagai
contoh semasa Rasululllah s.a.w balik ke Mekah dalam fasa Fatul Makkah, baginda meminta Kunci Pintu Kaabah daripada seorang yang bukan Islam.Jadi apabila ambil dia (orang bukan Islam yang memegang kunci Kaabah) itu bagi dan apabila Rasulullah mahu
memberikan amanah menjaga kunci itu kepada orang Islam, maka turunlah wahyu Allah yang menyatakan bahawa perlu diberikan kepada orang yang berhak menjaganya dengan amanah. Maka Rasulullah meminta Saidina Ali r.a untuk mengambil semula kunci itu dan menyerahkannya kepada pemegang asal kunci itu kerana pemegang kunci itu seorang yang cukup amanah walaupun dia bukan Islam, dan akhirnya pemegang kunci bukan Islam itu masuk Islam kerana peribadi yang ditunjukkan Rasulullah.Waktu Nabi berikan
kunci itu, pemegang kunci itu belum Islam lagi, takdirkanlah jika beliau tidak memeluk Islam, maknanya keturuannya yang jaga pintu kaabah itu bukan Islam.

Dalam hal ini kita dapat melihat Rasulullah memberikan amanah kepada penjaga tersebut dan keturunannya menjaga kunci pintu Kaabah.Maknanya bila beliau melihat Islam menjaga soal amanah ini, maka beliau (pemegang kunci) memandang tinggi Islam ini dan akhirnya memeluk Islam kerana peristiwa itu.Jadi ini yang harus dilihat semua pihak termasuk dalam parti yang suatu ketika dahulu ada pertikaian kononya PAs gadaikan prinsip melahirkan pelbagai puak seperti Islah di Kelantan dan pelbagai lagi, dilihat kononnya PAS menggadai prinsip, sedangkan mereka gagal melihat PAS mahu memperluaskan pemahaman dan aplikasi terhadap prinsipnya.

Adakah elemen besar keadilan dan kebaikan, pengalaman PAS menerajui Kelantan, Kedah dan Teren dan kerjasama PR, terserlah elemen tadi?

MAHFUZ : Elemen tadi dapat membezakan kerajaan yang dipimpin PR di Kelantan, selama 21 tahun menyerlahkan kepimpinan yang amanah telus dan berintegriti. Sementara PAS di Perak bersama gabungan DAP menyerlahkan kehebatan Menteri Besarnya ketika itu, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan akhirnya kehebatan Nizar itu menyebabkan pandangan keras terhadap PAS dan Islam makin luntur, melihat bagaimana keterbukaan Nizar terhadap pelbagai lapisan masyarakat.Kita juga berjaya membantu masyarakat bukan Islam melihat kebaikan Islam. Inilah green politik yang saya sebutkan tadi.Tetapi belum mencukupi kerana kita masih lagi kekurangan dari sudud institusi perubahan, kita hanya ada pemimpin yang menunjukkan contoh yang menjadi contoh kepada rakyat akan perubahan dalam mempamerkan imej bersih, kesederhanaan dan keamanahannya.Ini yang berjaya memperlihat perbezaan antara PAS dengan pihak lain.

Apakah instrumen kepada mewujudkan perubahan di peringkat institusi?


MAHFUZ : Contohnya suatu Jawatan Kuasa Hisbah diwujudkan Di Terengganu dahulu sewaktu PAS menerajuinya pada tahun 1999 hingga 2004 dan institusi ini telah diwartakan walaupun tidak berjaya dijalankan, tetapi kita telah mengagaskannya.

Di negeri lain yang kini diterajui PAS pula bagaimana?

MAHFUZ :Mungkin ada perkiraan untuk tidak diadakan institusi perubahan ini dinegeri lain yang kita terajui (Kelantan dan Kedah), tetapi soal amanah ini pemimpin kita berjaya menunjukkannya.Kita ada institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis di peringkat Nasional, hingga kini tiada seorangpun pemimpin PAS diheret untuk didakwa kerana rasuah,Ini yang disebutkan individual reforms yang ditunjukkan pemimpin PAS, yang mengawal diri dan kita berjaya tampilkan mereka yang boleh menjadi contoh.Dalam konteks jika PR menang di peringkat nasional, perjuangan PAS ialah membawa institutional reform dengan mewujudkan mekanisme baik bagi elak daripada unsur ruang melakukan rasuah dan penyelewengan.Agensi ini adalah bertanggungjawab melihat soal keadilan untuk rakyat, perjalanan agensi dengan baik.Baru-baru ini Yang DiPertuan Agong ada mencadangkan perubahan kepada institusi agama di negara ini.Saya katakan ini suatu titah yang sangat baik dan sangat tepat, kita agak ambil masa yang lama untuk melahirkan idea ini kerana kita tidak berani kerana takut sentih bidang kuasa Raja-raja Melayu, dan bagi saya suatu yang berharga untuk melihat keberkesanan agensi Islam ini untuk orang melihat inilah Islam, sedangkan sebelum ini dilihat perlahan, zakat tidak berkembang baik, orang lihat lemah sangat Islam ini.Jadi perlunya titah Agong ini dipandang serius dan dilakukan perubahan kepada jabatan dan agensi agama.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CABARAN DEBAT DARI PROF AZIZ BARI, APA JAWAPAN `LOYAR KONGKANG' ?

Posted: 17 Oct 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sudah saya jangka awal lagi, Zul Kulim tidak akan berani menyahut cabaran debat dari Prof Dr Aziz Bari berkaitan kononnya Pakar Perlembagaan ini menghina raja-raja. Sepertimana juga Zul Kulim orang yang `tidak laku' di dalam PAS, kemudian `ditendang' pula oleh PKR ini tidak berani menyahut cabaran debat yang pernah dibuat YB Khalid Samad, MP Shah Alam berkaitan isu Kalimah Allah dahulu.

Apabila Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim, MP Kulim Bandar Baru yang menunggu masa untuk di`tong sampah'kan oleh pengundi-pengundi di kawasannya itu untuk berdebat, maka seperti biasa lidah Zul Kulim `firaun besar' ini berputar seperti biawak. Katanya, beliau bersedia untuk berdebat dengan syarat Prof Dr Aziz Bari terlebih dahulu memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ini tulisan Zul Kulim yang bacul dan penakut ini, " Aziz Bari mencabar teman untuk berdebat dalam isu berkaitan titah Tuanku Sultan Selangor menyentuh mengenai siasatan JAIS terhadap kegiatan dakyah oleh gereja DUMC. Teman langsung takde masalah nak berdebat dengan pensyarah kangkong ni yop, bagitau aja dimana, no problemo. Cuma sebelum berdebat, Aziz Bari wajib mintak maaf dengan Tuanku dahulu kerana kebiadapan dan sikap kurang ajar dia mempertikai titah Tuanku. Tu saja. Sebab? Sebab teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang derhaka kepada Tuanku Sultan Selangor. Lepas aja Aziz Bari mintak maaf dengan Tuanku, anytime yop..anytime insyallah (zul4kulim.blog)

Betapa punya bengap loyar ini saya pun tidak tahu. Sebab apa Prof Dr Aziz Bari mahu memohon maaf kepada Sultan Selangor? Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor ini memberi erti bahawa beliau mengakui bahawa sememangnya beliau menghina Sultan. Jika demikian, apa gunanya berdebat dengan Zul Kulim kerana isunya sekarang Prof Dr Aziz Bari mempertahankan pendiriannya bahawa beliau tidak menghina Sultan Selangor, manakala Zul Kulim menuduh Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan. Justeru itu, Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim berdebat. Yang si Zul Kulim ini pening lalat meletakkan syarat tidak masuk akal itu buat apa? Ada juga Peguam yang tidak cerdik rupanya di dalam negara ini.

Seperti contoh, dua kumpulan akan berdebat atas tajuk `Adakah Zul Kulim seekor lembu atau manusia?". Sebelum debat, syarat diletakkan agar satu kumpulan mesti mengakui bahawa `Zul Kulim adalah lembu". Maka, bodoh benarlah jika debat diadakan juga. Sehubungan itu, jelas pada kita bahawa sememang sahih dan nyata Zul Kulim tidak berani berdebat dengan Prof Dr Aziz Bari, sebab itulah beliau meletakkan syarat yang pasti akan ditertawakan orang.

Benarlah seperti yang ramai kata, MP Bebas yang tidak di`redhai' majoriti pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru itu hanya berani menyalak di depan TV sahaja. Memang lojik jika ada yang berkata beliau dahulu memang layak menjadi `tukang bawa fail' sahaja ke mahkamah. Itu pun ada hati mahu gelar Prof Dr Aziz Bari sebagai `Prof Kangkung' sedangkan dia `Loyar Kongkang Celah Kelangkang '. /wfauzdin.blogspot.com

BERTUAH RAKYAT TERENGGANU JIKA BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN

Posted: 17 Oct 2011 09:24 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK mustahil malahan harapan dilihat semakin cerah buat PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk menawan Terengganu di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Momentum sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Terengganu dilihat jauh lebih baik sebelum Pilihanraya Umum 2008.

PAS Terengganu telah menyediakan manifestonya yang terbaik buat rakyat Terengganu sejajar dengan moto yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang baru-baru ini. Moto "Terengganu Maju, Islam Berdaulat' akan menjanjikan lima perkara buat rakyat Terengganu sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih negeri yang kaya dengan minyak itu.

Lima perkara yang dijanjikan itu adalah;

- Cuti bergaji selama 30 hari bagi isteri yang bertugas di bawah Kerajaan Negeri yang baru kematian suami. Ketika ini mereka hanya diberi cuti ehsan selama tiga hari sahaja.

- Pengecualian cukai pintu kediaman kepada semua rakyat Terengganu.

- Menyelesaikan isu tanah yang dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

- 17, 000 peluang pekerjaan dibuka bagi tempoh tiga tahun.

- Menyediakan projek dan Skim Khas buat rakyat miskin.

Apakah ini janji-janji palsu? PAS pernah memerintah Terengganu selama satu penggal dan di dalam tempoh tersebut banyak janji-janji PAS mampu dilaksanakan walaupun di dalam keadaan Wang Royalti minyak di`rampas' serta merta. Malahan, di malam kemenangan PAS mengambil alih Terengganu waktu itu, kutipan Tol telah dihentikan serta merta. Ini memberi erti bahawa PAS tidak tahu menipu sepertimana Umno/Bn yang sering menipu rakyat di dalam janji-janji mereka.

Justeru itu, rakyat Terengganu tidak harus melepaskan peluang ini untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula bagi membela nasib mereka. Seandainya Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji-janji yang telah dinyatakan, adalah menjadi hak rakyat Terengganu untuk menukar Kerajaan Negeri di dalam Pilihanraya Umum selepas itu./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Himpunan Sejuta Umat bimbang beri gambaran salah tentang Islam

Posted: 17 Oct 2011 08:47 AM PDT

Isu ugama dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dimainkan kepada isu sentimen dan sentiviti umat Islam yang sediada lemah dan ketinggalan banyak bidang. Lantaran dari isu JAIS buat pemeriksaan dalam gereja lalu, mempercayai kristianisasi berlaku ke atas umat Islam. 

Api pertembungan dicetuskan dan dibesarkan samada untuk cari titik pertemuan atau memporak-prandakan kesepakatan bangsa yang sedia terjalin. Para cendikiawan dan ulama diheret menyatakan tentang kebimbangan umat dan diseru kembali kepada keutuhan bangsa melayu. Kemuncaknya titah raja minta dijunjung agar peraturan dan perundangan Islam terpelihara dari anasir pembaharuan rakyat.

Kemuncaknya penganjur terdiri dari NGO pertubuan Melayu dan islam termasuk Perkasa merancang adakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, Sabtu 22 Oktober ini. Umat Islam dan diseru menyertainya mengira latar belakang politik demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

KUALA LUMPUR, 18 Okt – PAS akan membuat pendirian rasmi sama ada menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam, Sabtu ini yang diadakan, antara lain untuk menyatukan umat Islam dalam satu saf bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu mencegah murtad.

Penganjur sebelum ini berkata ia akan merupakan "permuafakatan akbar" seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, PAS pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membuat pendirian sama ada menyertai himpunan itu ataupun sebaliknya.

"Setakat ini PAS Selangor belum membuat pendirian sama ada menyertai ataupun tidak, kami akan mengumumkan pendirian (kemungkinan Rabu ini) sebaik sahaja PAS pusat mengambil pendirian pada mesyuarat khas yang diadakan esok," kata Dr Rani ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Kata beliau, buat masa sekarang tidak timbul soal PAS Selangor keluar daripada perhimpunan itu sebab "kami belum masuk lagi, tetapi ini bergantung pada hasil mesyuarat esok."
"Pendirian kami masih statik... belum masuk (menyertai perhimpunan), jadi tak timbul isu PAS mengambil pendirian keluar," kata beliau. Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini berkata mesyuarat esok, yang akan dihadiri beberapa pemimpin kanan parti, akan mengambil pendirian dengan melihat matlamat penganjuran perhimpunan.

Katanya, PAS tidak mahu satu perhimpunan diadakan untuk memecahbelahkan keharmonian kaum dan mencetuskan kacau-bilau. "PAS Selangor mahu mematuhi titah Sultan Selangor (baru-baru ini) yang menggesa agar keharmonian kaum dipertahankan dan dijaga," kata Dr Rani sambil menambah bahawa "ada pihak-pihak tertentu dalam masyarakat mahu melaga-lagakan persefahaman yang wujud antara masyarakat Islam dan kaum bukan Muslim di negara ini."

Sementara itu, Pertubuhan bukan kerajaan Islamic Renaissance Front (IRF) bimbang Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang diadakan di Shah Alam, Sabtu ini antara lain untuk menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.

"Kami bimbang dengan mengadakan perhimpunan ini, ia akan memberi gambaran bahawa Islam ini agama tidak toleran, memberi gambaran buruk tentang Islam sedangkan Islam merupakan agama yang berteraskan akal, pemikiran yang waras, agama yang ditegakkan dengan akal dan hujah," kata pemimpin-pemimpin IRF dalam satu kenyataan hari ini.

"Kami ingin menekankan bahawa usaha mengadakan Himpun untuk mempertahankan akidah hanya akan menunjukkan bahawa Islam sebagai agama yang tidak toleran. "Justeru, persoalan yang perlu dijawab ialah apakah hasil yang hendak dicapai dengan ucapan retorik yang lantarng perhimpunan ini," katanya lagi. "Ia seolah-olah mahu menunjukkan kekuatan yang ada pada mereka."

Kata mereka, tidak banyak maklumat dibekalkan untuk menyokong hujah mereka setakat ini, khususnya berkaitan dengan kes-kes murtad yang menjadi teras pertemuan hujung minggu ini.
"Kita tidak diberitahu berapa ramai yang telah murtad ataupun gereja atau gereja-geraja yang dengan aktif terlibat dalam isu tukar agama di kalangan Muslim ataupun sama ada hanya Kristian di kalangan bukan Muslim aktif terlibat," kata kenyataan itu.

"Jika benar murtad merupakan isu yang serius sebagaimana didakwa, maka perlu ditanya, bagaimana dengan budaya Muslim dan pendidikan di Malaysia yang mengakibatkan seorang Muslim meninggalkan agama?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Malaysia bakal lewati had hutang, Anwar cabar Najib debat

Posted: 17 Oct 2011 07:09 AM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kritikan Datuk Seri Najib Razak yang melabel Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 sebagai "belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat" adalah sesuatu yang dangkal.
Malah Anwar berkata, kenyataan itu membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.
Sehubungan itu Ketua Pembangkang berkata, beliau mempelawa Najib berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri: Gubal undang-undang murtad serah pada negeri

Posted: 17 Oct 2011 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Cadangan mewujudkan Akta Murtad perlu dikaji secara menyeluruh daripada peringkat negeri dan persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beliau berkata untuk melaksanakan sesuatu akta berkaitan dengan agama Islam, ia harus dirujuk dahulu di peringkat negeri sebelum dibawa ke peringkat persekutuan kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa sultan untuk diputuskan.
"Akta (Akta Murtad) ini perlu dirujuk terlebih dahulu di peringkat negeri... adakah akan dilaksanakan atau tidak ia bergantung kepada negeri tersebut," katanya pada sidang media, dipetik Bernama Online.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Inside Story - Demanding 'economic justice'

Posted: 17 Oct 2011 07:03 AM PDT

Ghapur Kantoikan Rahsia Koh Tsu Koon Rasuah RM300 Seorang

Posted: 17 Oct 2011 07:00 AM PDT


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Kesian, kesian...

Sampai kena rasuah orang suruh datang majlis yang "suam-suam kuku" kah kah kah...

Bukan setakat terpaksa hangkut orang Gerakan, orang Umno-APCO tempat dia pun kena sumbat sama kasi nampak ramai-ramai kah kah kah...

Macam ni ke kata nak rampas balik Pulau Pinang kah kah kah...
Read More / Baca Lagi >>

Video : World Population Hits 7 Billion, Challenges Loom

Posted: 17 Oct 2011 05:45 AM PDT

IRF bimbang Himpunan Sejuta Umat beri gambaran salah tentang Islam

Posted: 17 Oct 2011 05:43 AM PDT

IRF berkata perhimpunan Sabtu ini akan menggambarkan Islam sebagai "agama tidak toleran". — Foto fail
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Pertubuhan bukan kerajaan Islamic Renaissance Front (IRF) bimbang Himpunan Sejuta Umat (Himpun), yang diadakan di Shah Alam, Sabtu ini antara lain untuk menyatukan umat Islam bagi menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad, akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam.
Read More / Baca Lagi >>

AWAS, JPJ Laksana Akta Baru, Sasaran Motosikal di Kawasan Pedalaman, Kampung

Posted: 17 Oct 2011 05:39 AM PDT


Saya petik:

[SH] MARAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di setiap negeri diarah untuk melakukan operasi tumpuan terhadap pengguna motosikal sejak awal bulan ini melalui sekatan jalan raya meliputi kawasan pedalaman dan kampung.

Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Ismail Ahmad berkata, tumpuan diberikan terhadap kumpulan itu yang merupakan penyumbang terbesar kemalangan jalan raya maka operasi berterusan akan dilakukan di seluruh negara.

Menurutnya, perkara itu turut mendapat reaksi Dewan Rakyat yang melahirkan kebimbangan apabila 62 peratus kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal terutama pada musim perayaan.
Read More / Baca Lagi >>

Hadiah Deepavali Bagi Kuil Puchong

Posted: 17 Oct 2011 05:23 AM PDT


PUCHONG: Setelah lebih 20 tahun berjuang untuk mendapatkan hak tanah, akhirnya Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Devasthanam boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor bakal mewartakan tapak kuil ini sebagai hak mereka. Read More / Baca Lagi >>

'Greedy' Soi Lek eyes Malay-dominated seats in Perak, N Sembilan or Johor

Posted: 17 Oct 2011 05:21 AM PDT

'Greedy' Soi Lek eyes Malay-dominated seats in Perak, N Sembilan or Johor As predicted by pundits, MCA president Chua Soi Lek is casting an eye on parliamentary seats in Perak and Negri Sembilan apart from his own state of Johor, where he is expected to face the brunt of Chinese voters and suffer an ignominous defeat.
"He will go for the BN's Malay-dominated safe seats. It is a telling sign that he doesn't dare stand in Johor. I am not sure if MCA delegtes will be happy that he is trying to grab 2 seats - his old Labis constituency for his son Tee Yong and now a fresh safe seat for himself. Even Umno might not like that sort of greedy behaviour," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
False humility?
Read More / Baca Lagi >>

Video : The new battle lines between employers and workers in Britain

Posted: 17 Oct 2011 05:04 AM PDT

Video : Interview with Nik Nazmi Nik Ahmad on Malaysian Politics

Posted: 17 Oct 2011 05:03 AM PDT

Najib sahkan UMNO Pulau Pinang hanya kuda tunggangan Gerakan.

Posted: 17 Oct 2011 04:56 AM PDT

"UMNO tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Najib.

Kenyataan Najib itu membuktikan bahawa UMNO Pulau Pinang sekali lagi bersedia menjadi kuda tunggangan kepada Gerakan dan MCA di Pulau Pinang jika mereka boleh menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.


Oleh itu mana-mana pemimpin dari UMNO Pulau Pinang yang kini sedang bermimpi untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.. teruskanlah bermimpi!!

********************

Najib: Umno tidak akan tuntut teraju negeri jika BN rampas balik Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

"Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Perdana Menteri ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

"Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah," kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

"Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Harussani antara penceramah Himpunan Sejuta Umat

Posted: 17 Oct 2011 04:52 AM PDT

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga ulama berpengaruh yang mencadangkan undang-undang anti-murtad digubal adalah antara penceramah utama pada Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Pengerusi bersama acara itu, Yusri Mohamad berkata, selain Harussani, beliau dan pengerusi bersama Mohd Azmi Abdul Hamid, yang juga pengerusi Majlis Perundingan Islam Malaysia, akan menyampaikan ucapan.Read More / Baca Lagi >>

Zul Kulim : Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 Okt

Posted: 17 Oct 2011 04:51 AM PDT

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk  "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

NONE"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.

"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata:

"Saya rasa sudah ada pihak pun yang mengapi-apikan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka."

"Pada saya ini isu akidah umat Islam. Kalau kena pertahankan, kita pertahankanlah."Read More / Baca Lagi >>

Umpan bajet One-Off dan malapetaka dari Perancis

Posted: 17 Oct 2011 04:45 AM PDT

Oleh TARMIZI MOHD JAM
BETULKAH Perdana Menteri terlalu gembira selepas pembentangan Bajet Transhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgF2aUJqB_NVSjupqc8iaXOI40czwuzGRyIyZ1LlxxTCVYXoSH297683_D9lqT8hUcXLN0mngtsVx4qPoi0-W5D3uaggPVDA-R6ExUneWhLGbG04SPEDu3W99pbvHtmo7jpT6DSV3JlVXu_/s1600/najib+bajet.jpgformasi 2012, 7 Oktober lalu? Kelibatkanya mengulas dan menghadiri beberapa pertemuan dengan jentera pilihan raya BN, di Wilayah Persekutuan dan Selangor, dilihat begitu yakin dengan belanjawan defisit yang diutarakanya.
Bajet one-off yang dipamerkan Najib Tun Razak jelas tidak berhasrat untuk membaiki kedudukan ekonomi negara. Tanpa reformasi politik yang menyeluruh diselitkan sebagai roh belanjawan itu, Najib seakanakan memperjudikan bajet itu sebagai umpan PRU-13 yang disebut-sebut November ini.

Read More / Baca Lagi >>

‘All financial eggs in one place recipe for failure ‘

Posted: 17 Oct 2011 04:06 AM PDT

KL's International Financial District is doomed to follow in the footsteps of failures such as the MSC, Bio-Valley and E-Village, claims DAP's Tony Pua.
KUALA LUMPUR: KL's International Financial District (KLIFD) is doomed to failure if it puts all its financial eggs in one basket, the DAP claimed today.
PJ Utara MP Tony Pua said that projects similar to the RM26-billion KLIFD, such as the Multimedia Super Corridor (MSC), were introduced as "property plays", which eventually failed.
"The failure of these projects lies in the factor that they were schemed as property development projects and real estate plays," he said.
Pua added that the federal government also gave financial incentives for companies to come to the 75-acre KLIFD, and claimed that the former did it to "boost the industry".
According to the 2012 Budget, these perks – introduced by Prime Minister Najib Tun Razak – included:
  • income tax exemption of 100% for a 10-year period
  • stamp duty exemption on loan and service agreements
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan hina Sultan: SKMM siasat Aziz dan Mkini

Posted: 17 Oct 2011 04:03 AM PDT

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah diraja Sultan Selangor baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Umno MP claims Gerakan hired crowd for launch

Posted: 17 Oct 2011 04:01 AM PDT

Ghapur said Gerakan would fare no better in Sabah. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 17 — A Sabah Umno lawmaker today accused Gerakan of paying RM300 to members of the public to attend a launch of its branch office in Tawau by Tan Sri Koh Tsu Koon a few weeks ago. Kalabakan MP Datuk Ghapur Salleh said this in Parliament today while telling the Gerakan president to forget about contesting in Sabah as the Chinese community there would not support the party.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan accuses Najib of pushing ‘Bush policies in disguise’

Posted: 17 Oct 2011 04:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 17 — The federal opposition accused Datuk Seri Najib Razak today of practising "Bush policies in disguise" by implementing the "trickle-down economics" of George W. Bush, the last Republican president of the United States.
Yesterday, the prime minister called the opposition's shadow budget a "right-wing Republican" budget that failed to address the needs of the people.
The prime minister said Pakatan Rakyat's (PR) shadow budget, unveiled three days before his own Budget 2012, had only focused on Malaysia's budget gap and national debt but made no mention of public welfare.
"When they debate in Parliament they sound like very fiscal, right-wing Republican conservatives. About fiscal deficit, about debt ... (but) nothing about the people," the PM had said.
Read More / Baca Lagi >>

Video-Nurul Izzah: Buat Apa Nak Bagi Skim Mydin?

Posted: 17 Oct 2011 03:56 AM PDT

Video-Nurul Izzah: Kita Tahu Yang Susah, Yang Perlu, Yang Wajib Dipejuangkan Adalah Rakyat Terbanyak

Posted: 17 Oct 2011 03:56 AM PDT

Video-Belanjawan: Anwar cabar Najib debat

Posted: 17 Oct 2011 03:53 AM PDT

Video : Mengapa Laporan Audit Negara masih tidak diserah?

Posted: 17 Oct 2011 03:53 AM PDT

Video : Kempen Tangani Gejala Arak Di Selangor

Posted: 17 Oct 2011 03:52 AM PDT

Video : Himpun digesa fahami ancaman sebenar akidah

Posted: 17 Oct 2011 03:51 AM PDT