Isnin, 17 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CABARAN DEBAT DARI PROF AZIZ BARI, APA JAWAPAN `LOYAR KONGKANG' ?

Posted: 17 Oct 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG sudah saya jangka awal lagi, Zul Kulim tidak akan berani menyahut cabaran debat dari Prof Dr Aziz Bari berkaitan kononnya Pakar Perlembagaan ini menghina raja-raja. Sepertimana juga Zul Kulim orang yang `tidak laku' di dalam PAS, kemudian `ditendang' pula oleh PKR ini tidak berani menyahut cabaran debat yang pernah dibuat YB Khalid Samad, MP Shah Alam berkaitan isu Kalimah Allah dahulu.

Apabila Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim, MP Kulim Bandar Baru yang menunggu masa untuk di`tong sampah'kan oleh pengundi-pengundi di kawasannya itu untuk berdebat, maka seperti biasa lidah Zul Kulim `firaun besar' ini berputar seperti biawak. Katanya, beliau bersedia untuk berdebat dengan syarat Prof Dr Aziz Bari terlebih dahulu memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ini tulisan Zul Kulim yang bacul dan penakut ini, " Aziz Bari mencabar teman untuk berdebat dalam isu berkaitan titah Tuanku Sultan Selangor menyentuh mengenai siasatan JAIS terhadap kegiatan dakyah oleh gereja DUMC. Teman langsung takde masalah nak berdebat dengan pensyarah kangkong ni yop, bagitau aja dimana, no problemo. Cuma sebelum berdebat, Aziz Bari wajib mintak maaf dengan Tuanku dahulu kerana kebiadapan dan sikap kurang ajar dia mempertikai titah Tuanku. Tu saja. Sebab? Sebab teman tak berminat nak berdebat dengan orang yang derhaka kepada Tuanku Sultan Selangor. Lepas aja Aziz Bari mintak maaf dengan Tuanku, anytime yop..anytime insyallah (zul4kulim.blog)

Betapa punya bengap loyar ini saya pun tidak tahu. Sebab apa Prof Dr Aziz Bari mahu memohon maaf kepada Sultan Selangor? Jika Prof Dr Aziz Bari memohon maaf kepada Sultan Selangor ini memberi erti bahawa beliau mengakui bahawa sememangnya beliau menghina Sultan. Jika demikian, apa gunanya berdebat dengan Zul Kulim kerana isunya sekarang Prof Dr Aziz Bari mempertahankan pendiriannya bahawa beliau tidak menghina Sultan Selangor, manakala Zul Kulim menuduh Prof Dr Aziz Bari menghina Sultan. Justeru itu, Prof Dr Aziz Bari mencabar Zul Kulim berdebat. Yang si Zul Kulim ini pening lalat meletakkan syarat tidak masuk akal itu buat apa? Ada juga Peguam yang tidak cerdik rupanya di dalam negara ini.

Seperti contoh, dua kumpulan akan berdebat atas tajuk `Adakah Zul Kulim seekor lembu atau manusia?". Sebelum debat, syarat diletakkan agar satu kumpulan mesti mengakui bahawa `Zul Kulim adalah lembu". Maka, bodoh benarlah jika debat diadakan juga. Sehubungan itu, jelas pada kita bahawa sememang sahih dan nyata Zul Kulim tidak berani berdebat dengan Prof Dr Aziz Bari, sebab itulah beliau meletakkan syarat yang pasti akan ditertawakan orang.

Benarlah seperti yang ramai kata, MP Bebas yang tidak di`redhai' majoriti pengundi-pengundi di Kulim Bandar Baru itu hanya berani menyalak di depan TV sahaja. Memang lojik jika ada yang berkata beliau dahulu memang layak menjadi `tukang bawa fail' sahaja ke mahkamah. Itu pun ada hati mahu gelar Prof Dr Aziz Bari sebagai `Prof Kangkung' sedangkan dia `Loyar Kongkang Celah Kelangkang '. /wfauzdin.blogspot.com

BERTUAH RAKYAT TERENGGANU JIKA BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN

Posted: 17 Oct 2011 09:24 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK mustahil malahan harapan dilihat semakin cerah buat PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk menawan Terengganu di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Momentum sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat di Terengganu dilihat jauh lebih baik sebelum Pilihanraya Umum 2008.

PAS Terengganu telah menyediakan manifestonya yang terbaik buat rakyat Terengganu sejajar dengan moto yang baru dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang baru-baru ini. Moto "Terengganu Maju, Islam Berdaulat' akan menjanjikan lima perkara buat rakyat Terengganu sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih negeri yang kaya dengan minyak itu.

Lima perkara yang dijanjikan itu adalah;

- Cuti bergaji selama 30 hari bagi isteri yang bertugas di bawah Kerajaan Negeri yang baru kematian suami. Ketika ini mereka hanya diberi cuti ehsan selama tiga hari sahaja.

- Pengecualian cukai pintu kediaman kepada semua rakyat Terengganu.

- Menyelesaikan isu tanah yang dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

- 17, 000 peluang pekerjaan dibuka bagi tempoh tiga tahun.

- Menyediakan projek dan Skim Khas buat rakyat miskin.

Apakah ini janji-janji palsu? PAS pernah memerintah Terengganu selama satu penggal dan di dalam tempoh tersebut banyak janji-janji PAS mampu dilaksanakan walaupun di dalam keadaan Wang Royalti minyak di`rampas' serta merta. Malahan, di malam kemenangan PAS mengambil alih Terengganu waktu itu, kutipan Tol telah dihentikan serta merta. Ini memberi erti bahawa PAS tidak tahu menipu sepertimana Umno/Bn yang sering menipu rakyat di dalam janji-janji mereka.

Justeru itu, rakyat Terengganu tidak harus melepaskan peluang ini untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat pula bagi membela nasib mereka. Seandainya Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji-janji yang telah dinyatakan, adalah menjadi hak rakyat Terengganu untuk menukar Kerajaan Negeri di dalam Pilihanraya Umum selepas itu./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: