Rabu, 12 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU?

Posted: 12 Oct 2011 07:59 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK laporan akhbar Sinar hari ini, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin yang digelar Zul Kulim menyelar tindakan Prof Dr Aziz Bari yang menyentuh kuasa Sultan Selangor di dalam isu pemeriksaan Gereja di Selangor baru-baru ini. Prof Dr Aziz Bari juga ada menyebut sebelum ini bahawa Sultan juga boleh dikritik oleh sesiapa sahaja sekiranya Sultan bertindak melebihi kuasa yang ada padanya.



Saya tidak mahu menyentuh samada titah Sultan Selangor itu betul atau tidak. Selaku Ketua Agama, memang benar Sultan mesti peka terhadap isu memurtadkan umat Islam. Di sebalik itu juga, Sultan mestilah adil dan saksama di dalam sebarang tindakannya sebelum memutuskan sesuatu perkara. Mungkin, Sultan Selangor telah bertindak seperti yang sewajarnya iaitu menyiasat kesemua pihak yang terlibat dan tidak meminggirkan pihak yang lain. Islam itu bukan sahaja adil tetapi mesti dilihat adil.



Zul Kulim ini pula tidak tentu pasal marah kepada Prof Dr Aziz Bari ini mengapa? Cuba hujah sedikit apa yang tidak kena dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari itu? Salahkah beliau berkata bahawa Sultan boleh dikritik? Benar atau tidak, di dalam sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan menyebut bahawa Raja mesti bertindak atas nasihat kuasa eksekutif iaitu PM atau MB?

Tentang cabaran YB Zul Kulim agar Prof Dr Aziz Bari agar masuk gelanggang politik dan bertanding di dalam pilihanraya, saya rasa Prof Dr Aziz Bari harus memikirkannya dengan serius. Saya bersetuju jika Prof Dr Aziz Bari memasuki gelanggang politik dan gelanggang pertama yang paling sesuai untuk beliau masuk adalah di Parlimen Kulim Bandar Baru. Mengapa di situ sesuai buat Prof Dr Aziz Bari? Pada saya di situ terdapatnya `seekor lembu peliharaan' yang boleh kita buat `korban' nanti.

Jika di Pasir Mas Berahim alkataki, Presiden Perkosa pernah berangan untuk mencabut setiap helai bulu Mat Sabu kerana kelantangan Mat Sabu di dalam isu Mat Indera, maka di kerusi Parlimen Pasir Mas nanti wajar diletakkan Mat Sabu untuk kita melihat bulu siapa yang akan tercabut. `Katak' tidak mempunyai bulu tetapi katak mempunyai kulit. Adakah bulu yang tercabut atau kulit yang tersiat?

Justeru itu, di Kulim Bandar Baru elok sangat jika Prof Dr Aziz Bari dicalonkan di situ untuk berdepan dengan `seekor lembu peliharaan'./wfauzdin.blogspot.com

KUMPULAN BENGAP DI SEGAMAT CUBA HALANG LIM GUAN ENG

Posted: 12 Oct 2011 09:36 AM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN petang semalam sekumpulan `orang-orang bengap ' di Segamat telah berhimpun di hadapan Restoren Siang Kee, Kg Abdullah. Kebanyakan mereka rupa seperti orang Melayu dan ada yang rupa Jawa. Untuk apa mereka berhimpun?

Aku ingatkan mereka berhimpun pasal marah disebabkan hilangnya Pulau Batu Putih kepada Singapura. Atau pun mereka berhimpun pasal ghaibnya Tg Pagar juga kepada Singapura. Mungkin juga mereka berhimpun pasal marah kepada Chua Soi Lek yang menghina hukum wanita menutup aurat di dalam Islam sewaktu PRK Dun Tenang dulu. Atau, mereka berhimpun untuk membantah MB Johor yang mengiktiraf Buku `Pengukir Nama johor' terbitan Yayasan Johor yang mempopularkan nama Mat Indera di dalam buku tersebut.



Rupa-rupanya mereka berhimpun kerana membantah kehadiran KM P.Pinang, Lim Guan Eng ke Johor. Alasannya, Lim Guan Eng dikatakan memburukkan nama Johor walaupun Lim Guan Eng telah bawa kes tersebut ke mahkamah. Jika itu alasannya, sepatutnya rakyat Terengganu pun kena bangkit apabila ada puak yang menghina Sultan Terengganu yang juga Yang DiPertuan Agung dengan sepanduk bertulis `Kami Mahu Deris, natang" yang dipamerkan di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu.

Rakyat Kelantan pun kena emosi lah sikit pada KM Melaka, Ali Ketam yang pernah mengeluarkan arahan tidak membenarkan kakitangan Kerajaan Negeri Melaka melawat Kelantan. Tetapi, Ali Ketam tidak diganggu sedikit pun apabila menjejakkan kaki ke bumi Kelantan sewaktu mempromosikan SUKMA di sana. Ketika itu Melaka menjadi Tuan Rumah Sukma. Bahkan, Ali Ketam diberi peluang bercakap di Stesen Radio Manis FM, sebuah stesen radio swasta di Kota Bharu. Ertinya, ada rakyat Kelantan kisah dengan KM Melaka? Ada Sultan Kelantan tersinggung?

Siapa tidak tahu berapa tahun Kerajaan Negeri Kelantan diburukkan oleh pemimpin Umno bahkan diburukkan di media-media perdana? Ada rakyat Kelantan kisah? Tapi, bila terkena kepada Lim Guan Eng, meroyan puak-puak bengap tu di Johor. Ini suatu tanda betapa gelabahnya Umno/Bn di Johor sekarang. Ada baiknya juga kerana apabila ini berlaku, sudah pasti sokongan masyarakat Cina di Johor akan beralih kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU akan datang.

Baru-baru ini di Segamat juga, sekumpulan mat rempit yang hanya diupah RM 10 dan diisi minyak motor sanggup menjadi `hamba sahaya' pemimpin yang takut kepada Mat Sabu. Mereka berjaya ditahan oleh sekumpulan Unit Amal dari PAS dan anak-anak muda dari SAMM. Semalam di Segamat, sekali lagi Unit Amal PAS berdepan dengan puak-puak bengap ini yang cuba mengganggu program melibatkan Lim Guan Eng.

Semakin teruk politik Umno/Bn sekarang. Mereka sudah tiada moral lagi untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat secara `gentleman'. Mereka kini gunakan taktik samseng, tetapi samseng taik minyak. Syabas, kepada Lim guan Eng yang berani berdepan dengan puak-puak bengap tersebut. Pedulikan ugutan dan ancaman dari mereka kerana ugutan dari orang yang bodoh tidak perlu dilayan./wfauzdin.blogspot.com

TIADA SEBAB TAN SRI KHALID PERLU BERUNDUR - AZMIN (VIDEO)

Posted: 12 Oct 2011 03:30 AM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

SUATU keputusan yang jelas, tepat dan bijak sekali apabila PKR serta Pakatan Rakyat Selangor terus mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Tiada sebab untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid dan isu ini bukan isu baru sepertimana yang disebut oleh YB Azmin Ali.

Isu ini dimainkan oleh portal dan blog pro Umno kerana mereka kehabisan modal untuk mencari jalan menghancurkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Jika benar ada beberapa tokoh PKR atau dari Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan Tan Sri Khalid, ianya tidaklah sampai kepada meminta beliau mengundurkan diri dari kerusi MB Selangor. Apa yang benarnya, pihak yang tidak senang dengan ketelusan dan kebijaksanaan Tan Sri Khalid mentadbir Selangor adalah pihak Umno di Selangor. Bagi mereka, selagi Tan Sri Khalid berada di kerusi MB Selangor, maka amat sukar bagi Umno meletakkan calon MB mereka yang boleh mengatasi MB Selangor sekarang.

Jika kehebatan Tuan Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan amat digeruni oleh Umno Kelantan, begitu juga dengan hebatnya Tan Sri Khalid di Selangor. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. /wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Pemain gitar iringi pejuang Libya di kubu terakhir Gadaffi

Posted: 12 Oct 2011 01:51 AM PDT

Lirik Lagu Perwira – Sharifah Aini;
Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati


SIRTE 11 Okt 2011 This fighter is clearly keeping calm amidst the fierce battle to take control of the Libyan town of Sirte, one of the last strongholds of fugitive leader Muammar Gaddafi.
As he stands surrounded by gunmen in front of a pock-marked wall, the area around his feet strewn with bullet casings, the man seems to be simply playing his guitar while his comrades attempt to gain ground from pro-Gaddafi forces.
The striking image comes as speculation mounts that Gaddafi could gain safe passage through Niger to Mali - where he reportedly has a house in the town of Timbuktu.


Relaxing: One fighter appears to take little notice of the devastation around him as he serenades his comrades
Relaxing: One fighter appears to take little notice of the devastation around him as he serenades his comrades
Battle song: The soldier carries on playing amidst a fierce gunfight on the streets of Sirte
Battle song: The soldier carries on playing amidst a fierce gunfight on the streets of Sirte
Earlier, images emerged of a rebel dressed in camouflage and armed with a rifle, lounging in a four-poster bed formerly owned by Gaddafi himself. A second rebel laughs at his comrade's antics, while others inspect bed linen in the wreckage of a bedroom at a now-derelict palace in the former leader's home city of Sirte.
Rebel forces have besieged Sirte since mid-September and are still facing fierce resistance from loyalists trying to control Gaddafi's home city. But they are making sure but steady progress.
Down time: Libyan rebels rest in the bed of their country's ousted leader Muammar Gadhafi in a palace in Sirte, Libya
Libyan rebels rest in the bed of their country's ousted leader Muammar Gadhafi in a palace in Sirte, Libya 
Blast: Anti-Gaddafi fighters fire a rocket from the roof of their car as they struggle to control the town
Blast: Anti-Gaddafi fighters fire a rocket from the roof of their car as they struggle to control the town
Celebration: Libya's new regime fighters cheer during battles in Sirte with forces loyal to Gaddafi
Celebration: Libya's new regime fighters cheer during battles in Sirte with forces loyal to Gaddafi

Besieged: Libyan revolutionary fighters attack pro-Gaddafi forces today in Sirte
Besieged: Libyan revolutionary fighters attack pro-Gaddafi forces today in Sirte
Defending: A Libyan fighter fires a heavy machine gun during battles on Sirte's streets
Defending: A Libyan fighter fires a heavy machine gun during battles on Sirte's streets
Under arrest: Libya's new regime fighters detain an alleged Gaddafi loyalist in Sirte
Under arrest: Libya's new regime fighters detain an alleged Gaddafi loyalist in Sirte

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 2.0: Permohonan inkues kematian Baharudin Ahmad ditolak

Posted: 12 Oct 2011 09:36 PM PDT

Rosni Melan, balu Allahyarham Baharuddin Ahmad. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 13 Okt — Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan agar diadakan satu inkues berhubung kematian Baharudin Ahmad — peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu. Dalam keputusan hari ini, mahkamah berkata mengadakan inkues dalam kes ini adalah satu tindakan menyalahgunakan proses mahkamah dan juga satu salah tanggapan mengenai proses mahkamah.
Hakim Su Geok Yiam membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh polis dan tiga pihak lain bahawa permohonan yang dibuat oleh isteri Allahyarham Baharudin adalah tidak betul dan menyalahgunakan proses mahkamah.
Read More / Baca Lagi >>

Universiti Malaysia gagal akibat campur tangan kerajaan hasilkan robot

Posted: 12 Oct 2011 09:27 PM PDT

Universiti Malaysia gagal akibat campur tangan kerajaan hasilkan robotTerdapat satu masalah dengan sistem pendudukan (ranking system) iaitu soal kriteria. Apakah kriteria yang digunakan? Dan adakah kriteria itu sama di semua pihak. Inilah yang harus dilihat dalam cara universiti-universiti diukur.
The Times Higher Education World University telah menyenaraikan 400 universiti global terkemuka dan yang tidak ada dalam senarai itu adalah universiti-universiti dari Malaysia. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana beberapa bulan yang lepas, senarai QS 200 World University Rankings 2011/12 menunjukkan Universiti Malaya terdapat dalam senarai 200 teratas, pada kedudukan 167.
Kedua-dua sistem pendudukan itumeletakkan satu sistem pemarkahan yang menitik beratkan elemen-elemen yang berbeza. Dan bagaimana elemen-elemen ini diivaluasi boleh diperdebatkan. Ianya adalah sangat subjektif dan sistem ivaluasi yang berlainan akan memberi markah yang berlainan buat universiti.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau mahu tahu soal PRU-13, tanya Rosmah

Posted: 12 Oct 2011 09:26 PM PDT

Kalau mahu tahu soal PRU-13, tanya RosmahDesas-desus tentang pilihanraya umum ke 13 yang akan datang akan berlangsung pada November kerana Perdana Menteri suka pada nombor 11. Jadi, nombor 11.11.2011 sudah menjadi kesukaan ramai termasuklah pembeli 4D. Dan pada kesudahan Belanjawan 2012, ramai media Cina yang meramalkan 12 November, hari Sabtu, tetapi adakah Najib berani membuat pilihanraya pada November?
Pertamanya, respon terhadap rencana perbelanjaannya yang digembar-gemburkan itu adalah lemah, menunjukkan ketidak-percayaan rakyat terhadapnya dan janji-janjinya. Keduanya, bercanggah dengan tanggapan ramai, Najib sendiri tidak tahu bilakah tarikh yang sesuai untuk pilihanraya dan ini bermakna kemungkinan besar PRU-13 akan ditunda.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012 : Jabatan Perdana Menteri masih paling boros

Posted: 12 Oct 2011 09:25 PM PDT

Jabatan Perdana Menteri masih paling borosDaripada pembentangan Belanjawan 2012 oleh perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak baru-baru ini, kementerian di bawah kelolaan beliau, iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih merupakan badan utama kerajaan yang paling boros.
Walaupun peruntukan perbelanjaan JPM telah dikurangkan kepada RM16,005,844,600 daripada jumlah sebelumnya iaitu, RM18,118,889,900 namum jumlah peruntukan perbelanjaan tersebut masih merupakan satu perbelanjaan yang paling besar di kalangan kementerian-kementerian yang lain.
Ini adalah kerana, kini terdapat terlalu ramai menteri di JPM yang dilantik dan yang paling terbaru adalah presiden MIC G.Palanivel yang telah dilantik bagi menyama taraf beliau dengan timbalan presiden MIC S.Subramaniam, menteri sumber manusia. Palanivel sebelum ini hanyalah seorang timbalan menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas

Posted: 12 Oct 2011 09:23 PM PDT

Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negri Sembilan.

NONEDalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Negri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.

"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.

"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).

Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.Read More / Baca Lagi >>

An all out attempt to ‘nail’ Mat Sabu

Posted: 12 Oct 2011 09:21 PM PDT

Mat Sabu's rivals have come out with a new tack to disrupt his ceramahs. Now they are trying to puncture his supporters' cars with nails.
BAYAN LEPAS: Nails were found underneath car tyres and on a road leading to a PAS rally in which party deputy president Mohamad Sabu was the main speaker last night.
Party workers collected the nails while patrolling the area during the three-hour political rally starting at 9pm.
PAS volunteers claimed that they saw some youths on motorcycles passing by the area and throwing something at the parked cars
Party workers checked the area and found hundreds of nails, some very new , under car tyres and strewn along Jalan Mahkamah.
Rally organisers, the local PAS branch, has lodged a report over the incident at a nearby police station.
Mohamed Sabu, or Mat Sabu, condemned the nail-throwing as an act of cowardice to instill fear among people.
Read More / Baca Lagi >>

Filem seram: Persatuan Penerbit mahu jumpa Mahathir.....ooooo dia ni Menteri Hantu eh..!!!

Posted: 12 Oct 2011 09:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bercadang untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan konflik filem seram dikatakan mengundang kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat.
Presidennya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkata itu adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut berlaku.
Sebelum ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik.
Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih: Perkasa dakwa Suhakam tidak adil panggil inkuiri

Posted: 12 Oct 2011 09:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Suhakam berlaku tidak adil dengan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan wujud pelanggaran hak asasi dan kekasaran pihak berkuasa ke atas peserta-peserta perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu.
Ahli Parlimen itu berkata sebelum Suhakam membuat siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, suruhanjaya tersebut hendaklah menjelaskan apakah menjadi hak asasi manusia bagi mana-mana individu atau mana-mana kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Read More / Baca Lagi >>

K'jaan jamin tiada bangunan di Chinatown diroboh

Posted: 12 Oct 2011 09:08 PM PDT

Tidak ada satupun bangunan bersejarah di Jalan Sultan akan disentuh dalam pembinaan terowong bawah tanah sepanjang 10 kilometer laluan MY Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur.

Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga menolak lalu alternatif yang dicadangkan oleh penduduk yang terjejas dan berkata cadangan berkenaan tidak boleh dilaksanakan dan tidak memenuhi keperluan projek itu.

Putrajaya gives no guarantee to KL landowners in MRT row

Posted: 12 Oct 2011 09:07 PM PDT

Ahmad said buildings in Chinatown will not be torn down to make way for the MRT. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 13 — Putrajaya promised today buildings on Jalan Sultan will not be demolished to make way for the Mass Rapid Transit (MRT) project, but stopped short of guaranteeing that prime land in the capital will stay in the hands of current landowners.Read More / Baca Lagi >>

Kekecohan Tercetus Di Segamat Ekoran Kedatangan Lim Guan Eng

Posted: 12 Oct 2011 09:02 PM PDT

Segamat Johor 12 Okt - Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini.
Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : HEBAT GUAN ENG!!! tetap hadir walaupun di ugut....

Posted: 12 Oct 2011 09:00 PM PDT


Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor.
Read More / Baca Lagi >>

DAP-PAS: Setuju untuk berbeza pendapat

Posted: 12 Oct 2011 08:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 OKT – DAP dan PAS telah bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai pelaksanaan undang-undang hudud, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sementara keputusan itu dicapai, semua parti komponen Pakatan Rakyat akan terus memberi komitmen penuh kepada pembangunan dan kepentingan rakyat.
Katanya, pendirian itu akan memastikan Pakatan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, seperti mana yang terkandung di dalam Dasar Bersama Pakatan dan Buku Jingga.
Read More / Baca Lagi >>

Pemandu teksi pun nak dikenakan BN…

Posted: 12 Oct 2011 08:52 PM PDT

Oleh Daing Yahya

13 OKTOBER – Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh".
Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Macam budak2.. gempak sekali diam terus

Posted: 12 Oct 2011 08:50 PM PDT

Oleh Saiburi Sudin

Zaman kanak-kanak dahulu, apabila berlaku pergaduhan, maka yang teruk kena buli dengan samseng mulalah berkata-kata menakutkan kawan "jaga, aku bagitau pak aku, biar padan muka hangpa".

Rupanya taktik ala budak2 tu berkesan jugak digunakan untuk puak-puak samseng UMNO yang siang malam dok fitnah kerajaan negeri kononnya peruntukan selenggara jalan telah diselewengkan untuk tujuan lain.

Read More / Baca Lagi >>

PAS bukan hanya mahu tegakkan hudud

Posted: 12 Oct 2011 08:49 PM PDT

Oleh Ustaz Idris Ahmad
HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS. Shttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6eZ5MysQB7_piYLdgXr4ZdqKozYywIfwrUh1OH5oFd_DJH0w4AGvqf5zxnOEdWkg5BREG8yDlA1-ixpdjsDLFpmYwsPvZKMumOevSmqysOD4gCdzjkmUGbNjEh-oaDiP4H47KkE6FY8xG/s1600/bendera+PASepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur.


Perlu difahami bahawa hukum jenayah di dalam Islam ialah hudud,qisas dan takzir. Kenapa hanya difokuskan kepada hukum hudud sahaja, sedangkan di dalam enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 terdapat di dalamnya ketiga-tiga hukumnya sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan ‘boros’ iri hati Belanjawan Pakatan

Posted: 12 Oct 2011 08:48 PM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT
TIDAK ada sesiapa yang perlu terkejut bila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeji dan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2Z6fHCB3u-lT_koMKE-ETYMjYUc1ENM7Icdao-4ui7InzSIbveI1e6aiaIJDpFkF-v9oAptwBdBGPR1P0c1m2hc6O50p0NmgtWTtOQf_08x85AOdrjyXlrbp_xuJYdW4R3w0lfyjtsNCt/s200/fe5be0dd1d1d4c5b21c19619e60b5d99_S.jpgmenghina Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, beberapa hari sebelum Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Ini disebabkan Dr Mahathir tentulah terpukul dengan sindiran Anwar yang menyifatkan 13 tahun sejak 1998 hingga kini, apabila Kementerian Kewangan diterajui Perdana Menteri, termasuklah Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Najib sendiri.

Apa tidaknya, Anwar menyebut Bank Negara sudah mengesahkan hutang negara berjumlah RM437 bilion dan dijangka akan menjadi RM577 bilion bersandarkan KDNK 33 peratus sepanjang tahun-tahun tersebut.
Tabiat berhutang dan menambah hutang ini memang menjadi amalan pemerintah. Mereka yang memegang tampuk kuasa tidak merasakan apa-apa jika bebenan hutang mereka tinggalkan, seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika "melepaskan Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor" kepada Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet dan 19 ilmuan Islam

Posted: 12 Oct 2011 08:47 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Bahang pembentangan Bajet 2012 masih terasa hangatnya. Semua pihak mengakui ia satu lagi percubaan Dato' Seri Najib Razak untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan itu dihasilkan bukan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi negara yang meruncing, tetapi dirumuskan semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN.

Bagi Najib, bajet adalah senjata terakhir untuk menyanggah tawaran Pakatan Rakyat melalui belanjawan alternatif 4 Oktober lalu dan Buku Jingga, atau sekurang-kurangnya bagi mewujudkan 'feel good factor' walaupun segala jaminan yang dikemukakannya boleh memberi impak negatif kepada negara.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012 : Mahasiswa Didahulukan?

Posted: 12 Oct 2011 08:45 PM PDT

Mohd Syahid Mohd Zaini
YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa UM 2010/2011

Alhamdulillah bajet 2012 baru-baru ni dibentangkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ada menyentuh soal mahasiswa iaitu untuk memberikan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan IPTS tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia.
Harapnya baucar buku yang diperuntukkan itu benar-benar akan di perolehi oleh semua mahasiswa di Malaysia tanpa sebarang diskriminasi dan birokrasi di kampus.
Namun dalam keseronokkan memperolehi baucar buku RM200,kita kena ingat bahawa masih banyak tuntutan kita yang pihak kerajaan masih belum tunaikan.
Read More / Baca Lagi >>

12 Terima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

Posted: 12 Oct 2011 08:44 PM PDT

Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan biasiswa Yang Di-Pertuan Agong kepada pelajar Undang-Undang University College London, United Kingdom, Nazirah Kamaruzaman yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana semasa majlis penyampaiannya di Istana Negara. Seramai 12 penerima biasiswa iaitu masing-masing enam bagi peringkat PhD dan enam lagi untuk peringkat Sarjana
Read More / Baca Lagi >>

Brunei to implement hudud laws

Posted: 12 Oct 2011 08:41 PM PDT

BANDAR SERI BEGAWAN, Oct 12: "What else are we waiting for?" Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (pic), the Sultan of Brunei Darussalam, posed the question with regard to the establishment of Islamic Criminal Law during a meeting with the Brunei Islamic Religious Council (MUIB), Syariah officials and the Attorney General's Chambers Monday.  The Sultan was joined in the meeting by Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.
In his speech, the monarch urged the authorities to not delay, with Brunei now having the resources at its disposal.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir terus menentang tindakan Najib..

Posted: 12 Oct 2011 08:40 PM PDT

Apakah yang akan terjadi seterusnya dalam polemik politik UMNO dan Najib yang akan meneruskan survivalnya.....


Sebelum ini secara jelas Mahathir tanpa rasa malu-malu lagi turut nak menyibuk dah hal ehwal pentadbiran negara, sepatutnya bila beliau nak bersara,, duduk diam-diamlah, tengok Pak Lah,, bila dah bersara,, tak payah nak kalut-kalut menyibuk lebih sudu dari kuah..
Read More / Baca Lagi >>

Inkues Baharudin Ahmad ditolak

Posted: 12 Oct 2011 08:37 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri allahyarham Baharudin Ahmad untuk meminta majistret mengadakan inkues ekoran kematian suaminya dalam perhimpunan BERSIH 2.0 lalu.

Hakim Su Geok Yiam berkata, permohonan si isteri - Rosni Malan - pramatang, remeh, menyusahkan dan menyahguna proses mahkamah.

"Berikutan ini, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili responden dalam kes itu, "katanya.

Rosni menamakan ketua polis Kuala Lumpur, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden.

The sorry state of our education system

Posted: 12 Oct 2011 07:48 PM PDT

Our students have forgotten how to ask questions, discuss topics and debate issues. Instead they want the easy way to gain paper qualifications.

Recently a friend, who is a senior professor in a local public university in the Klang Valley, related to me his experiences in conducting classes for his undergraduates.
He said that as part of his educating process, he would ask his students – all from creative studies department – to identify countries from a large world map in his classroom. Sometime he would also ask them to identify Malaysia.
To his utter chagrin, he said, some of these students even failed to correctly locate where their own country is on the global map!
Worse still, some can't read the names of the countries in the map, with at least one saying that Greenland "looked like Malaysia".
Read More / Baca Lagi >>

More than meets the eye: Mahathir and cronies back in the news

Posted: 12 Oct 2011 07:47 PM PDT

More than meets the eye: Mahathir and cronies back in the newsIs it any surprise that a close crony to Mahathir Mohamad is making the news? It was merely a matter of time before news leaked out that all is not well for these businessmen, who became rich beyond imagination during the time when the authoritarian Mahathir was prime minister of Malaysia.
Ananda Krishnan, who has long been regarded in Malaysia as one of former premier Mahathir Mohamad's closest cronies, has found himself in trouble in India. To many who have been watching the local economic scene where big business is often intertwined with politics, this is a deep irony.
Ananda and Maxis senior executive Ralph Marshal are now part of a probe by India's Central Bureau of Investigation into claims that Dayandhi Maran, the country's Minister of Telecommunications between February 2004 and May 2007, had been involved in criminal conspiracy, fraud and corruption in granting telecommunications licenses to operations that may include Maxis.
Read More / Baca Lagi >>