RAKYAT MARHAEN |
- Bersih 2.0: Permohonan inkues kematian Baharudin Ahmad ditolak
- Universiti Malaysia gagal akibat campur tangan kerajaan hasilkan robot
- Kalau mahu tahu soal PRU-13, tanya Rosmah
- Bajet 2012 : Jabatan Perdana Menteri masih paling boros
- Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas
- An all out attempt to ‘nail’ Mat Sabu
- Filem seram: Persatuan Penerbit mahu jumpa Mahathir.....ooooo dia ni Menteri Hantu eh..!!!
- Bersih: Perkasa dakwa Suhakam tidak adil panggil inkuiri
- K'jaan jamin tiada bangunan di Chinatown diroboh
- Putrajaya gives no guarantee to KL landowners in MRT row
- Kekecohan Tercetus Di Segamat Ekoran Kedatangan Lim Guan Eng
- Lensa : HEBAT GUAN ENG!!! tetap hadir walaupun di ugut....
- DAP-PAS: Setuju untuk berbeza pendapat
- Pemandu teksi pun nak dikenakan BN…
- Macam budak2.. gempak sekali diam terus
- PAS bukan hanya mahu tegakkan hudud
- Kerajaan ‘boros’ iri hati Belanjawan Pakatan
- Bajet dan 19 ilmuan Islam
- Bajet 2012 : Mahasiswa Didahulukan?
- 12 Terima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong
- Brunei to implement hudud laws
- Mahathir terus menentang tindakan Najib..
- Inkues Baharudin Ahmad ditolak
- The sorry state of our education system
- More than meets the eye: Mahathir and cronies back in the news
Bersih 2.0: Permohonan inkues kematian Baharudin Ahmad ditolak Posted: 12 Oct 2011 09:36 PM PDT Hakim Su Geok Yiam membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh polis dan tiga pihak lain bahawa permohonan yang dibuat oleh isteri Allahyarham Baharudin adalah tidak betul dan menyalahgunakan proses mahkamah. Read More / Baca Lagi >> |
Universiti Malaysia gagal akibat campur tangan kerajaan hasilkan robot Posted: 12 Oct 2011 09:27 PM PDT Terdapat satu masalah dengan sistem pendudukan (ranking system) iaitu soal kriteria. Apakah kriteria yang digunakan? Dan adakah kriteria itu sama di semua pihak. Inilah yang harus dilihat dalam cara universiti-universiti diukur. The Times Higher Education World University telah menyenaraikan 400 universiti global terkemuka dan yang tidak ada dalam senarai itu adalah universiti-universiti dari Malaysia. Ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana beberapa bulan yang lepas, senarai QS 200 World University Rankings 2011/12 menunjukkan Universiti Malaya terdapat dalam senarai 200 teratas, pada kedudukan 167. Kedua-dua sistem pendudukan itumeletakkan satu sistem pemarkahan yang menitik beratkan elemen-elemen yang berbeza. Dan bagaimana elemen-elemen ini diivaluasi boleh diperdebatkan. Ianya adalah sangat subjektif dan sistem ivaluasi yang berlainan akan memberi markah yang berlainan buat universiti. |
Kalau mahu tahu soal PRU-13, tanya Rosmah Posted: 12 Oct 2011 09:26 PM PDT Desas-desus tentang pilihanraya umum ke 13 yang akan datang akan berlangsung pada November kerana Perdana Menteri suka pada nombor 11. Jadi, nombor 11.11.2011 sudah menjadi kesukaan ramai termasuklah pembeli 4D. Dan pada kesudahan Belanjawan 2012, ramai media Cina yang meramalkan 12 November, hari Sabtu, tetapi adakah Najib berani membuat pilihanraya pada November? Pertamanya, respon terhadap rencana perbelanjaannya yang digembar-gemburkan itu adalah lemah, menunjukkan ketidak-percayaan rakyat terhadapnya dan janji-janjinya. Keduanya, bercanggah dengan tanggapan ramai, Najib sendiri tidak tahu bilakah tarikh yang sesuai untuk pilihanraya dan ini bermakna kemungkinan besar PRU-13 akan ditunda. |
Bajet 2012 : Jabatan Perdana Menteri masih paling boros Posted: 12 Oct 2011 09:25 PM PDT Daripada pembentangan Belanjawan 2012 oleh perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak baru-baru ini, kementerian di bawah kelolaan beliau, iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih merupakan badan utama kerajaan yang paling boros. Walaupun peruntukan perbelanjaan JPM telah dikurangkan kepada RM16,005,844,600 daripada jumlah sebelumnya iaitu, RM18,118,889,900 namum jumlah peruntukan perbelanjaan tersebut masih merupakan satu perbelanjaan yang paling besar di kalangan kementerian-kementerian yang lain. Ini adalah kerana, kini terdapat terlalu ramai menteri di JPM yang dilantik dan yang paling terbaru adalah presiden MIC G.Palanivel yang telah dilantik bagi menyama taraf beliau dengan timbalan presiden MIC S.Subramaniam, menteri sumber manusia. Palanivel sebelum ini hanyalah seorang timbalan menteri. |
Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas Posted: 12 Oct 2011 09:23 PM PDT Dalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Negri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun. "Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan. "Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS). Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.Read More / Baca Lagi >> |
An all out attempt to ‘nail’ Mat Sabu Posted: 12 Oct 2011 09:21 PM PDT Mat Sabu's rivals have come out with a new tack to disrupt his ceramahs. Now they are trying to puncture his supporters' cars with nails. BAYAN LEPAS: Nails were found underneath car tyres and on a road leading to a PAS rally in which party deputy president Mohamad Sabu was the main speaker last night.Party workers collected the nails while patrolling the area during the three-hour political rally starting at 9pm. PAS volunteers claimed that they saw some youths on motorcycles passing by the area and throwing something at the parked cars Party workers checked the area and found hundreds of nails, some very new , under car tyres and strewn along Jalan Mahkamah. Rally organisers, the local PAS branch, has lodged a report over the incident at a nearby police station. Mohamed Sabu, or Mat Sabu, condemned the nail-throwing as an act of cowardice to instill fear among people. |
Filem seram: Persatuan Penerbit mahu jumpa Mahathir.....ooooo dia ni Menteri Hantu eh..!!! Posted: 12 Oct 2011 09:18 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt — Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bercadang untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan konflik filem seram dikatakan mengundang kepercayaan karut dan tidak membina masyarakat. Presidennya, Datuk Paduka Shuhaimi Baba berkata itu adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kemelut berlaku. Sebelum ini, Dr Mahathir (gambar) berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih: Perkasa dakwa Suhakam tidak adil panggil inkuiri Posted: 12 Oct 2011 09:16 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa Suhakam berlaku tidak adil dengan mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan wujud pelanggaran hak asasi dan kekasaran pihak berkuasa ke atas peserta-peserta perhimpunan Bersih 2.0 awal Julai lalu. Ahli Parlimen itu berkata sebelum Suhakam membuat siasatan awam berkenaan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, suruhanjaya tersebut hendaklah menjelaskan apakah menjadi hak asasi manusia bagi mana-mana individu atau mana-mana kumpulan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Read More / Baca Lagi >> |
K'jaan jamin tiada bangunan di Chinatown diroboh Posted: 12 Oct 2011 09:08 PM PDT Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semasa sesi soalan di Dewan Rakyat hari ini. Beliau juga menolak lalu alternatif yang dicadangkan oleh penduduk yang terjejas dan berkata cadangan berkenaan tidak boleh dilaksanakan dan tidak memenuhi keperluan projek itu. |
Putrajaya gives no guarantee to KL landowners in MRT row Posted: 12 Oct 2011 09:07 PM PDT KUALA LUMPUR, Oct 13 — Putrajaya promised today buildings on Jalan Sultan will not be demolished to make way for the Mass Rapid Transit (MRT) project, but stopped short of guaranteeing that prime land in the capital will stay in the hands of current landowners. |
Kekecohan Tercetus Di Segamat Ekoran Kedatangan Lim Guan Eng Posted: 12 Oct 2011 09:02 PM PDT Segamat Johor 12 Okt - Beratus penduduk Segamat yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang dijangka akan mengadakan ceramah malam ini. Read More / Baca Lagi >>Pada lewat petang tadi dilaporkan juga kekecohan tercetus antara para penduduk Segamat dan juga unit Amal PAS yang turut dibantu AMK dan juga ahli DAP Segamat dan Muar dalam menghalang pendemo dari memasuki perkarangan lokasi ceramah. |
Lensa : HEBAT GUAN ENG!!! tetap hadir walaupun di ugut.... Posted: 12 Oct 2011 09:00 PM PDT Beratus penduduk Segamat (Pencacai UMNO kot..) yang berkumpul sejak petang tadi melakukan demo aman dihadapan Restoran Siang Kee Kg Abdullah Segamat bagi membantah kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng ke Segamat, Johor. Read More / Baca Lagi >> |
DAP-PAS: Setuju untuk berbeza pendapat Posted: 12 Oct 2011 08:54 PM PDT Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sementara keputusan itu dicapai, semua parti komponen Pakatan Rakyat akan terus memberi komitmen penuh kepada pembangunan dan kepentingan rakyat. Katanya, pendirian itu akan memastikan Pakatan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, seperti mana yang terkandung di dalam Dasar Bersama Pakatan dan Buku Jingga. Read More / Baca Lagi >> |
Pemandu teksi pun nak dikenakan BN… Posted: 12 Oct 2011 08:52 PM PDT Oleh Daing Yahya 13 OKTOBER – Jika boleh diungkapkan, inilah kemungkinan ayat kerajaan Barisan Nasional kepada para pemandu teksi; senada dengan watak Haji Bakhil yang mengherdik budak-budak yang berada di depan laman rumahnya, "Nah! Ambil gula-gula ini, pergi main jauh-jauh". Perumpamaan dari satu daripada filem legenda P. Ramlee ini mudah difahami semua, setelah kita menghalusi Belanjawan kerajaan BN yang cuba menawarkan sesuatu kepada para pemandu teksi di negara ini. Read More / Baca Lagi >> |
Macam budak2.. gempak sekali diam terus Posted: 12 Oct 2011 08:50 PM PDT Oleh Saiburi Sudin Zaman kanak-kanak dahulu, apabila berlaku pergaduhan, maka yang teruk kena buli dengan samseng mulalah berkata-kata menakutkan kawan "jaga, aku bagitau pak aku, biar padan muka hangpa". Rupanya taktik ala budak2 tu berkesan jugak digunakan untuk puak-puak samseng UMNO yang siang malam dok fitnah kerajaan negeri kononnya peruntukan selenggara jalan telah diselewengkan untuk tujuan lain. Read More / Baca Lagi >> |
PAS bukan hanya mahu tegakkan hudud Posted: 12 Oct 2011 08:49 PM PDT Oleh Ustaz Idris Ahmad HUDUD adalah hukum Allah, ia bukan hukum PAS dan rekaan mana-mana pemimpin PAS. Sepatutnya tidak menjadi masalah kepada mereka yang beriman kepada Allah SWT untuk menerimanya. Penerimaan hukum Allah sama seperti menerima perintah puasa. Jika difikir secara logik, ibadah puasa juga amalan yang memenatkan dan menyeksa penganutnya. Tetapi kenapa kita boleh laksanakan dengan baik dan teratur. Perlu difahami bahawa hukum jenayah di dalam Islam ialah hudud,qisas dan takzir. Kenapa hanya difokuskan kepada hukum hudud sahaja, sedangkan di dalam enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 terdapat di dalamnya ketiga-tiga hukumnya sekali. Read More / Baca Lagi >> |
Kerajaan ‘boros’ iri hati Belanjawan Pakatan Posted: 12 Oct 2011 08:48 PM PDT Oleh SAFAR JUMAAT TIDAK ada sesiapa yang perlu terkejut bila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeji dan menghina Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, beberapa hari sebelum Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini disebabkan Dr Mahathir tentulah terpukul dengan sindiran Anwar yang menyifatkan 13 tahun sejak 1998 hingga kini, apabila Kementerian Kewangan diterajui Perdana Menteri, termasuklah Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini, Najib sendiri. Apa tidaknya, Anwar menyebut Bank Negara sudah mengesahkan hutang negara berjumlah RM437 bilion dan dijangka akan menjadi RM577 bilion bersandarkan KDNK 33 peratus sepanjang tahun-tahun tersebut. Tabiat berhutang dan menambah hutang ini memang menjadi amalan pemerintah. Mereka yang memegang tampuk kuasa tidak merasakan apa-apa jika bebenan hutang mereka tinggalkan, seperti mana yang pernah mereka lakukan ketika "melepaskan Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak dan Selangor" kepada Pakatan Rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 12 Oct 2011 08:47 PM PDT Oleh Ahmad Lutfi Othman Bahang pembentangan Bajet 2012 masih terasa hangatnya. Semua pihak mengakui ia satu lagi percubaan Dato' Seri Najib Razak untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya umum ke-13. Belanjawan itu dihasilkan bukan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah ekonomi negara yang meruncing, tetapi dirumuskan semata-mata untuk mengekalkan kuasa BN. Bagi Najib, bajet adalah senjata terakhir untuk menyanggah tawaran Pakatan Rakyat melalui belanjawan alternatif 4 Oktober lalu dan Buku Jingga, atau sekurang-kurangnya bagi mewujudkan 'feel good factor' walaupun segala jaminan yang dikemukakannya boleh memberi impak negatif kepada negara. Read More / Baca Lagi >> |
Bajet 2012 : Mahasiswa Didahulukan? Posted: 12 Oct 2011 08:45 PM PDT Mohd Syahid Mohd Zaini YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa UM 2010/2011 Alhamdulillah bajet 2012 baru-baru ni dibentangkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ada menyentuh soal mahasiswa iaitu untuk memberikan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar warganegara Malaysia di IPTA dan IPTS tempatan, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam di seluruh Malaysia. Harapnya baucar buku yang diperuntukkan itu benar-benar akan di perolehi oleh semua mahasiswa di Malaysia tanpa sebarang diskriminasi dan birokrasi di kampus. Namun dalam keseronokkan memperolehi baucar buku RM200,kita kena ingat bahawa masih banyak tuntutan kita yang pihak kerajaan masih belum tunaikan. Read More / Baca Lagi >> |
12 Terima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Posted: 12 Oct 2011 08:44 PM PDT |
Brunei to implement hudud laws Posted: 12 Oct 2011 08:41 PM PDT BANDAR SERI BEGAWAN, Oct 12: "What else are we waiting for?" Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah (pic), the Sultan of Brunei Darussalam, posed the question with regard to the establishment of Islamic Criminal Law during a meeting with the Brunei Islamic Religious Council (MUIB), Syariah officials and the Attorney General's Chambers Monday. The Sultan was joined in the meeting by Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office. In his speech, the monarch urged the authorities to not delay, with Brunei now having the resources at its disposal. |
Mahathir terus menentang tindakan Najib.. Posted: 12 Oct 2011 08:40 PM PDT Apakah yang akan terjadi seterusnya dalam polemik politik UMNO dan Najib yang akan meneruskan survivalnya..... Sebelum ini secara jelas Mahathir tanpa rasa malu-malu lagi turut nak menyibuk dah hal ehwal pentadbiran negara, sepatutnya bila beliau nak bersara,, duduk diam-diamlah, tengok Pak Lah,, bila dah bersara,, tak payah nak kalut-kalut menyibuk lebih sudu dari kuah.. Read More / Baca Lagi >> |
Inkues Baharudin Ahmad ditolak Posted: 12 Oct 2011 08:37 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri allahyarham Baharudin Ahmad untuk meminta majistret mengadakan inkues ekoran kematian suaminya dalam perhimpunan BERSIH 2.0 lalu. Hakim Su Geok Yiam berkata, permohonan si isteri - Rosni Malan - pramatang, remeh, menyusahkan dan menyahguna proses mahkamah. "Berikutan ini, Mahkamah Tinggi membenarkan bantahan awal oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mewakili responden dalam kes itu, "katanya. Rosni menamakan ketua polis Kuala Lumpur, ketua polis negara, majistret Kuala Lumpur dan Pendakwa Raya sebagai responden. |
The sorry state of our education system Posted: 12 Oct 2011 07:48 PM PDT Our students have forgotten how to ask questions, discuss topics and debate issues. Instead they want the easy way to gain paper qualifications. He said that as part of his educating process, he would ask his students – all from creative studies department – to identify countries from a large world map in his classroom. Sometime he would also ask them to identify Malaysia. To his utter chagrin, he said, some of these students even failed to correctly locate where their own country is on the global map! Worse still, some can't read the names of the countries in the map, with at least one saying that Greenland "looked like Malaysia". Read More / Baca Lagi >> |
More than meets the eye: Mahathir and cronies back in the news Posted: 12 Oct 2011 07:47 PM PDT Is it any surprise that a close crony to Mahathir Mohamad is making the news? It was merely a matter of time before news leaked out that all is not well for these businessmen, who became rich beyond imagination during the time when the authoritarian Mahathir was prime minister of Malaysia. Ananda Krishnan, who has long been regarded in Malaysia as one of former premier Mahathir Mohamad's closest cronies, has found himself in trouble in India. To many who have been watching the local economic scene where big business is often intertwined with politics, this is a deep irony. Ananda and Maxis senior executive Ralph Marshal are now part of a probe by India's Central Bureau of Investigation into claims that Dayandhi Maran, the country's Minister of Telecommunications between February 2004 and May 2007, had been involved in criminal conspiracy, fraud and corruption in granting telecommunications licenses to operations that may include Maxis. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan