Selasa, 27 September 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DUTA AMERIKA BERTEMU PIMPINAN PAKATAN RAKYAT PAHANG?

Posted: 27 Sep 2011 04:08 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Pakatan Rakyat bukan sahaja semakin didekati oleh rakyat berbilang kaum di negara ini, bahkan parti yang menjadi saingan utama kepada Bn sekarang telah menarik perhatian dunia luar.



Sebelum ini kita sedia maklum, beberapa pertemuan telah berlaku samada di luar atau di dalam negara di antara pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dengan Duta atau Wakil Kedutaan Luar Negara. Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat diyakini oleh dunia luar sebagai bakal pemerintah negara ini bagi menggantikan Kerajaan Bn sekarang.

Di Pahang, salah sebuah negeri yang mempunyai harapan cerah untuk ditawan oleh Pakatan Rakyat di dalam PRU ke 13 nanti turut mendapat perhatian dari mereka. Semalam, 27 Sept 2011 berlaku satu pertemuan tertutup di antara Kedutaan Amerika dengan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pahang bertempat di sebuah hotel di Kuantan.



Butir-butir pertemuan tersebut tidak perlu diceritakan, cuma memadai kita menyatakan bahawa pertemuan secara `harmonis' itu menunjukkan minat mereka dengan perkembangan mutakhir politik di negara ini termasuk di Pahang.

Pertemuan pada petang itu telah dihadiri oleh Pengerusi PKR Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman, Wakil dari DAP iaitu YB Leong Ngah Ngah serta wakil dari PAS Negeri Pahang. Turut bersama dipertemuan itu adalah Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Negeri dan juga beberapa tokoh penting. Di dalam FaceBook Dato' Fauzi, beliau sekadar mencatatkan "Pakatan Rakyat Had A Good Meeting With US Ambassador Jones". /wfauzdin.blogspot.com

dollah yankee

dollah yankee


Indek jenayah VS hukum hudud

Posted: 27 Sep 2011 05:52 AM PDT


Sebenarnya persoalan hudud di Malaysia ini sememangnya cukup rumit, tapi tidak ada salah jika kita coba mulai kembali. Gurkah-gurkah di'port' berharap semoga suatu hari nanti Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara islam lainya mampu menerapkan hukum hudud ini.

Kedua-dua gambar di bawah adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu



Boleh kah kita bayangkan jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV. Agak-agaknya beranikah lagi bakal pencuri,perompak,penyamun ingin melakukan kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol,penzina dan pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan?


Nah! itulah yang indahnya Islam. Dan itulah hukuman yang telah Allah tetapkan untuk seluruh umat manusia dimuka bumi ini. Jelas dinaskan di dalam Al'Quran. Sungguhpun nampak seperti kejam dan tidak bertamadun namun untuk melaksanakannya juga amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan perkerjaan tersebut.


Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah, aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.


Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai dan rumah-rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir beratus-ratus kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.


Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.

dollah yankee -
AllahhuAkhbar!!!

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Gua Sudah Pasang Cable Baik,Asal Gua Dapat Habuan,Gua Gembira dan Senang Hati

Posted: 27 Sep 2011 07:58 PM PDT

Semenjak dua menjak ni aku jarang ada rumah,aku selalu ulang alik ke kampung isteri aku,tengok anak. Jadi kadang-kadang bila duduk lepak-lepak dengar orang-orang kampung dan saudara mara mara diorang bercerita agak kelakar. Selalunya topik takkan lari dari politik.

Macam kampung aku, dulu memang tak ngam. Semayang Jumaat pun lain-lain Masjid,lain-lain Imam..Salah satu benda yang aku paling tak suka dengan orang PAS adalah benda ni. Taksub benar dengan kepartian sampai solat kat Masjid yang Imam dia Kerajaan BN lantik pun dia kata tak sah.

Tapi ni cerita dulu la..sekarang ni dah lain pulak cerita dia lepas PAS pulak perintah Kedah. Aku tak tau pulak macam mana sekarang ni sebab last sekali aku balik Kedah adalah bulan 3 aritu,ada kenduri sket.

Kampung isteri aku pulak adalah kawasan kubu kuat Barisan Nasional tapi aku tak bolehlah nak kutuk lebih-lebih sebab ADUN situ pakcik member aku. Tapi macam biasa,semangat kepartian tu akan still wujud sehinggakan masa solat sunat Hari Raya hari tu pun...sebelum solat sempat wakil rakyat situ bagi sepatah dua ucapan ingatkan penduduk situ..pangkah BN.

Takpelah...dengar aje la.

Politik kampung ni sebenarnya agak kelakar. Selalunya pertelingkahan tu jadi sebab berebut jawatan Imam,berebut nak jadi JKKK Kampung.Tapi hari tu aku dengar satu kes yang aku rasa kerapkali terjadi di kalangan orang Melayu.

Ada seorang pakcik...seorang penyokong tegar Wakil Rakyat situ yang teringin nak pegi haji tahun ni. Dia punyala kepingin sangat nak pegi haji sehinggakan dia sanggup pegi jumpa Ketua Pemuda UMNO situ mintak recommendation.

Masalahnya....Pakcik tu dah pegi haji 3 kali sebelum tu jadi tak logik la dia dapat pegi tahun ni.

Jadi pakcik ni pun merayu-rayu...mintak tolong ketua pemuda UMNO kawasan tu bawak Pakcik tu pegi jumpa ADUN tempat tu sebab dia nak pegi jugak,tak kira apa cara sekalipun. Ketua Pemuda UMNO itupun bawak la pakcik tu jumpa dengan ADUN dan mintak sokongan beliau.

Tup tup tup...pakcik tu pun dapat la pegi haji untuk kali ke empat,kemungkinan besar membuatkan satu nama yang selama ni dalam waiting list akan dicicirkan oleh Tabung Haji semata-mata sebab Pakcik ni mendapat recommendation daripada ADUN kawasan tersebut.

Ketuanan Melayu bukan sekadar berlaku antara Melayu dan bangsa lain...ketuanan itu juga sebenarnya berlaku sesama Melayu sendiri.

Aku cukup anti orang macam tu.Selalu membuatkan aku tertanya...adakah kita perlu kenal "somebody" untuk membuatkan hidup kita berjalan lancar?

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kemungkaran politik dan ekonomi - Tanggungjawab rakyat menolaknya

Posted: 27 Sep 2011 09:47 PM PDT

Ramai rakyat berpendapat pilihanraya umum akan tiba dalam tahun ini juga. Faktor banjir musim tengkujuh tidak menjadi hal kerana jika di adakan waktu banjir yang kebetulan berlaku di dalam negeri-negeri tadbiran PR, banjir itu mungkin menjadi 'plus faktor' kepada BN kerana ramai penyokong PR di negeri-negeri itu katanya tidak akan dapat keluar mengundi dengan sepenuhnya. Betul atau tidak pandangan itu saya tidak tahu.

Tetapi yang penting sekali kita lihat PM Najib sudah menjelajah ke seluruh negara mengumumkan peruntukan itu dan ini dalam jumlah yang sangat besar. Wang ringgit yang di salurkan kepada rakyat sekarang itu adalah wang rakyat termasuk wang rakyat yang tidak menyokong BN, bukannya wang BN.
Read More / Baca Lagi >>

Polifiksyen: Revolusi 13

Posted: 27 Sep 2011 09:43 PM PDT



 Oleh: MSK
Sori. Ramai yang telefon aku bertanya pasai apa tak menulis dah empat hari.Sibuk giler Bro.
Hari Sabtu dan Ahad lepas, aku pergi Port Dickson untuk retreat dengan dua orang Professor dan seorang pakar hacker komputer. Aku yang tak ada kelulusan cuma jadi tukang tulis minit mesyuarat. Jadi, dua hari punya diskusi…nak di kompilasikan hasil perbincangan.. memang teruk punya.
Aku tak boleh nak cerita kesemua yang kami bincangkan..sikit-sikit tu boleh la.
Read More / Baca Lagi >>

Jom ke Ijtimak Tarbawi 2011

Posted: 27 Sep 2011 09:36 PM PDT

Riduan Mohamad Nor   

Mencetak Kader Dakwah, Menyimpul Ukhuwwah
Gerakan Islam ini semakin membesar dan menerima kehadiran penyokong yang pelbagai latarbelakang , konsistensinya di medan dakwah,tarbiah dan dakwah telah teruji dalam tempoh yang panjang di negara ini . Usai program mega , sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang , jangan lupa pula program besar tahunan Dewan Pemuda Malaysia, 28 sehingga 30 Oktober ini, yang akan berlangsung program terbesar Dewan Pemuda PAS Pusat iaitu Ijtimak tarbawi 2011. Program ini merupakan kesinambungan program besar Dewan Pemuda PAS iaitu Ijtimak 'Alami yang pernah diadakan pada tahun 1989 dan 1994 di tempat yang sama iaitu Masjid Rusila Terengganu.
Dewan Pemuda PAS semenjak dekad 60an telah ratusan kali mengadakan ijtimak tarbawi dalam kerangka mencetak kader-kader dakwah. Semasa dipimpin oleh Ustaz Hasan Shukri ,seorang anak tarbiah Ikhwanul Muslimin program ini dinamakan SPEM.DPPP bergerak ke setiap negeri untuk mempersiapkan fikrah pemuda terutama tonggak lima rukun yang digagaskan oleh gerakan Islam fenomenal itu.pemuda PAS yang diasak dengan program tarbiah telah Berjaya menghadapi serangan tak beradab pemuda tahan lasak UMNO yang dikenali sebagai pemuda tahan lasak.
Read More / Baca Lagi >>

Kuota Bumiputera: Umno terus khianati Melayu

Posted: 27 Sep 2011 09:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik hasrat yang mahu menghapuskan terus kuota Bumiputera dan menggunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan Bumiputera untuk bersaing secara terbuka.
"Penghapusan kuota Bumiputera ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan," kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Noor kepada Harakahdaily.
Katanya, jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.
Menurutnya, rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Berapa jumlah pengundi klon?

Posted: 27 Sep 2011 09:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut mengemukakan hasil siasatan ke atas dakwaan wujudnya pengundi klon atau pemilih yang mempunyai kad pengenalan 'palsu'.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata, sehingga kini tiada sebarang penjelasan berhubung perkara itu biarpun banyak pihak telah mengemukakan bukti wujud parkara tersebut.

Beliau mengulas pengumuman SPR semalam bahawa suruhanjaya itu telah mengeluarkan sebanyak 69,293 nama daripada rekod pemilih berdaftar antara Julai hingga 15 Sept lalu setelah disahkan meninggal dunia.
Read More / Baca Lagi >>

Madrasah Darussyifa lahirkan ramai hafiz

Posted: 27 Sep 2011 09:28 PM PDT

TAMPIN, 28 Sept: Madrasah Tahfiz Al-Quran Darussyifa kampung Seri Repah Tampin merupakan sekolah agama rakyat yang di uruskan oleh jawatan kuasa yang di bentuk oleh madrasah tahfiz sendiri tanpa mendapat sumber kewangan dari kerajaan.
(Para pelajar tahfiz sedang belajar dengan bimbingan guru mereka)

Namun,  tanpa bantuan kerajaan mereka mampu melahirkan para pelajar yang mahir dalam tahfiz al-Quran kerana mampu menghafal al-Quran dalam tempoh masa yang singkat sekitar 3 tahun pelajar di madrasah berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Polis: Letupan di Empire Gallery libatkan saluran gas

Posted: 27 Sep 2011 09:27 PM PDT


Anggota pasukan keselamatan merakamkan keadaan di luar Empire Gallery yang rosak teruk dalam letupan awal pagi. — Foto oleh Choo Choy May
SUBANG JAYA, 28 Sept — Letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi tadi dipercayai bermula di bahagian bawah tanah bangunan yang baru itu dan melibatkan saluran gas, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar.
Read More / Baca Lagi >>

Jho Low: Rosmah’s my friend not my godmother

Posted: 27 Sep 2011 09:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 28 — Businessman Low Taek Jho, whose close ties with the prime minister's wife has raised eyebrows, described Datin Seri Rosmah Mansor as his good friend and rubbished suggestions she is his godmother.
"Rosmah (picture) is not my godmother. She is my good friend," the Penang-born billionaire was reported as saying by news portal Merdeka Review yesterday.
The bilingual news site had plucked the story from Chinese-language daily Kwong Wah Yit Poh who interviewed Low at last Sunday's cycling event attended by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak during his weekend trip to Penang.
Read More / Baca Lagi >>

Video: First Boeing 787 Takes to the Skies

Posted: 27 Sep 2011 09:19 PM PDT

Video : Afiq finds closure through his documentary

Posted: 27 Sep 2011 09:14 PM PDT

Video : Bersih granted leave to challenge ban

Posted: 27 Sep 2011 09:12 PM PDT

Video : Namewee's Nasi Lemak 2.0

Posted: 27 Sep 2011 09:11 PM PDT

Video : Namewee FUCK UTUSAN!!! 黃明志幹五毒散

Posted: 27 Sep 2011 09:10 PM PDT

Zaid tidak akan berundur Presiden KITA....bakal kena kitar semula nie..!!!

Posted: 27 Sep 2011 09:06 PM PDT

Presiden Kita, Datuk Mohd Zaid Ibrahim (gambar) menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali meletakkan jawatannya hanya kerana ada segelintir ahli parti dan orang luar mahu beliau berbuat demikian.Sebaliknya beliau mengingatkan semua ahli parti bahawa Kita kini sedang 'diserang' dari dalam dan luar dengan cara menggulingkan pucuk pimpinan dan menjahamankan parti.Beliau mendakwa, terdapat kuasa-kuasa dari luar terlibat dalam usaha untuk menjatuhkannya menerusi tindak-tanduk orang dalam.
"Mungkin terdapat pihak-pihak yang merasa terancam kerana Kita telah meninggalkan impak yang besar dalam arena politik tanah air walaupun ia adalah sebuah parti baru," tegas beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat eksekutif parti itu yang keempat di sini Selasa.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: Ulamak PAS bersiap gempur Umno

Posted: 27 Sep 2011 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali (gambar) menegaskan bahawa pihaknya telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno BN dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT.
Beliau menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak Pelapis PAS yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini.
"Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja," tegas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen tak boleh bubar sebelum bajet lulus

Posted: 27 Sep 2011 09:03 PM PDT

PETALING JAYA, 28 Sept: Bajet 2012 yang dibentangkan sebelum pembubaran parlimen dianggap tidak sah dan perlu dibentangkan semula sekiranya parlimen dibubarkan sebelum bajet tahunan tersebut tidak diluluskan terlebih dahulu.

Demikian menurut Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari (gambar) hari ini.

Menurutnya proses pembentangan bajet tahunan itu perlu diluluskan terlebih dahulu dalam persidangan yang sama dimana proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH dibenar cabar pengharaman

Posted: 27 Sep 2011 09:02 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bagi membatalkan perintah yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.Read More / Baca Lagi >>

Najib kata akan mengakhiri kuota Bumi, tapi pakar tanya bilakah akhirnya?

Posted: 27 Sep 2011 08:54 PM PDT

Najib kata akan mengakhiri kuota Bumi, tapi pakar tanya bilakah akhirnya?Perdana Menteri Najib Razak sekli lagi mengura-urakan penarikan semula kuota Bumiputera, tetapi setelah kegagalan untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru, pakar telah mnagmbil langkah berjaga dan memintanya untuk memberikan rangka masa yang betul dan muktamad.
"Keyakinannya amat menggalakkan tetapi bilakah cadangan ini akan dilaksanakan dan berapa lama lagi akan ada layanan istimewa terhadap Bumiputera kerana ini memberi kesan terhadap perpaduan Negara dan pembangunan sosio-ekonomi. Jadi soalannya ialah berapa lama lagi rakyat Malaysia harus tunggu?" Ramon Navaratnam, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam memberitahu Malaysia Chronicle.
Di forum Megatrends Khazanah pada hari Selasa, Najib telah membangkitkan khayalan tentang Dasar Ekonomi Barunya yang tidak lagi relevan, dan ini telah dijatuhkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, dan juga timbalan beliau Muhyiddin Yassin.
Read More / Baca Lagi >>

D-Day Najib-Rosmah, but will the court ignore Najib's material witness status

Posted: 27 Sep 2011 08:54 PM PDT

D-Day Najib-Rosmah, but will the court ignore Najib's material witness statusThursday is D-Day for Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor's court appearance to strike out their subpoena to appear in the Sodomy II trial. Already, expectations are high that the two will never take a step into a court room, but instead, as in the case of Mahathir Mohamad, their lawyers will represent them.
But although these two instances of men in power getting the courts to strike out summonses unfavourable to them is similar in that they reek of abuse of power, there are some clear differences that may sway the outcome.
In former premier Mahathir Mohamad's case, the subpoena was struck out because there was no clear evidence to show that Mahathir had ever met the accuser but in Sodomy II, by Najib's own admission, he did meet Saiful. The very fact that Najib, then the Deputy Prime Minister, had denied the meeting but was forced to U-turn and confirm meeting Saiful can in itself support the conspiracy theory as mentioned by Anwar Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah janji pilihanraya dan mengapa ia tidak akan terjadi di PRU-13

Posted: 27 Sep 2011 08:52 PM PDT

Apakah janji pilihanraya dan mengapa ia tidak akan terjadi di PRU-13Janji pilihanraya akan kekal sebagai itu; janji pilihanraya! Tapi apakah yang akan terjadi apabila pilihanraya berakhir? Balik te tempat asal di mana aset-aset dan sumber Negara dirampas selama 4 ke 5 tahun untuk menggantikan janji yang telah dibuat?
Cendekiawan berkemungkinan sekali benar apabila mereka mengatakan bahawa janji pilihanraya cumalah sekadar cara untuk menarik pengundi yang belum membuat pilihan. Tetapi jika majoriti rakyat telah membuat pilihan tentang siapa yang mereka akan undi untuk Pilihanraya Umum ke 13,  jadi sebarang janji yang dibuat ke atas mereka tidak akan meninggalkan kesan terhadap pengundi.
Sebaliknya, siapa yang memperoleh hasil janji-janji ini? Adakah kroni-kroni, golongan elit dan yang berpengaruh? Ataupun golongan yang miskin dan terpinggir? Secara amnya, ia bukanlah berkenaan kertas budjet tetapi apa yang disalurkan ke khalayak ramai. Apa yang mereka dapat, dan apa yang mereka ada selama ini?
Read More / Baca Lagi >>

Hundreds of billions 'hijacked' from Petronas: Why is Najib keeping silent?

Posted: 27 Sep 2011 08:51 PM PDT

Hundreds of billions 'hijacked' from Petronas: Why is Najib keeping silent? Petronas is one of those mighty companies that are destined to turn in a profit every other year. It has total monopoly over all petroleum activities in Malaysia and suffice to say, Malaysia has benefitted since its incorporation via the Petroleum Development Act 1974.
Yet it is also a company shrouded in mystery. It is 100% state-owned and there is no intention, as yet, to privatise it. Thus, all profits are retained by the state, which in this case is Malaysia. But is that really the case?
"Since 1974 to 2010, Petronas reports show it has made profits totalling RM700 billion. Now, this is a joke. For Petronas to make so little money over such a long period of 36 years, it is an insult to the intelligence. Then when you compare against the WikiLeaks disclosure that Petronas is the 13th most profitable company in the world, it becomes even more impossible and you realize how mind-boggling the corruption really is," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Gaddafi's toxic Libyan legacy

Posted: 27 Sep 2011 08:49 PM PDT

Video - Wacana Sinar-Merdeka: Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? [bhg.4-akhir]

Posted: 27 Sep 2011 08:48 PM PDT

Sabuisme: Pensyarah kagum perubahan rakyat

Posted: 27 Sep 2011 08:48 PM PDT

SHAH ALAM, 28 Sept: Ungkitan sejarah baru yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengaitkan pejuang Melayu, Mat Indera telah mencetus fenomena baru dalam negara ini.
"Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah merancakkan perbualan malah menjadi perbahasan pihak-pihak tertentu sehingga seluruh negara sekarang merungkai balik sejarah-sejarah lama dan inilah fenomena 'Sabuisme'.
"Satu pertubuhan sejarah baru yang sihat di mana sebelum ini kita melihat rakyat terlalu sukar untuk berbicara tentang sejarah malah golongan politik juga tidak mahu menyebutnya tetapi keberani Mat Sabu menjadikan mereka minat untuk mengetahui sejarah yang sebenar," kata Dekan Fakulti Sastera dan Sains Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.
Read More / Baca Lagi >>

Abim yakin hudud akan diterima seperti kewangan Islam

Posted: 27 Sep 2011 07:47 PM PDT


Raimi berkata perbankan Islam juga dipandang negatif semasa diperkenalkan ketika dahulu. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Sambil menegaskan pihaknya komited untuk melihat pelaksanaan hukum hudud, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, undang-undang itu mula menerima sokongan positif kalangan muda Muslim dan akan diterima sebagaimana sistem kewangan alternatif Islam.
Read More / Baca Lagi >>