Cursing Malay : Terus Terang |
Gua Sudah Pasang Cable Baik,Asal Gua Dapat Habuan,Gua Gembira dan Senang Hati Posted: 27 Sep 2011 07:58 PM PDT Semenjak dua menjak ni aku jarang ada rumah,aku selalu ulang alik ke kampung isteri aku,tengok anak. Jadi kadang-kadang bila duduk lepak-lepak dengar orang-orang kampung dan saudara mara mara diorang bercerita agak kelakar. Selalunya topik takkan lari dari politik. Macam kampung aku, dulu memang tak ngam. Semayang Jumaat pun lain-lain Masjid,lain-lain Imam..Salah satu benda yang aku paling tak suka dengan orang PAS adalah benda ni. Taksub benar dengan kepartian sampai solat kat Masjid yang Imam dia Kerajaan BN lantik pun dia kata tak sah. Tapi ni cerita dulu la..sekarang ni dah lain pulak cerita dia lepas PAS pulak perintah Kedah. Aku tak tau pulak macam mana sekarang ni sebab last sekali aku balik Kedah adalah bulan 3 aritu,ada kenduri sket. Kampung isteri aku pulak adalah kawasan kubu kuat Barisan Nasional tapi aku tak bolehlah nak kutuk lebih-lebih sebab ADUN situ pakcik member aku. Tapi macam biasa,semangat kepartian tu akan still wujud sehinggakan masa solat sunat Hari Raya hari tu pun...sebelum solat sempat wakil rakyat situ bagi sepatah dua ucapan ingatkan penduduk situ..pangkah BN. Takpelah...dengar aje la. Politik kampung ni sebenarnya agak kelakar. Selalunya pertelingkahan tu jadi sebab berebut jawatan Imam,berebut nak jadi JKKK Kampung.Tapi hari tu aku dengar satu kes yang aku rasa kerapkali terjadi di kalangan orang Melayu. Ada seorang pakcik...seorang penyokong tegar Wakil Rakyat situ yang teringin nak pegi haji tahun ni. Dia punyala kepingin sangat nak pegi haji sehinggakan dia sanggup pegi jumpa Ketua Pemuda UMNO situ mintak recommendation. Masalahnya....Pakcik tu dah pegi haji 3 kali sebelum tu jadi tak logik la dia dapat pegi tahun ni. Jadi pakcik ni pun merayu-rayu...mintak tolong ketua pemuda UMNO kawasan tu bawak Pakcik tu pegi jumpa ADUN tempat tu sebab dia nak pegi jugak,tak kira apa cara sekalipun. Ketua Pemuda UMNO itupun bawak la pakcik tu jumpa dengan ADUN dan mintak sokongan beliau. Tup tup tup...pakcik tu pun dapat la pegi haji untuk kali ke empat,kemungkinan besar membuatkan satu nama yang selama ni dalam waiting list akan dicicirkan oleh Tabung Haji semata-mata sebab Pakcik ni mendapat recommendation daripada ADUN kawasan tersebut. Ketuanan Melayu bukan sekadar berlaku antara Melayu dan bangsa lain...ketuanan itu juga sebenarnya berlaku sesama Melayu sendiri. Aku cukup anti orang macam tu.Selalu membuatkan aku tertanya...adakah kita perlu kenal "somebody" untuk membuatkan hidup kita berjalan lancar? |
You are subscribed to email updates from Cursing Malay : Terus Terang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan