Jumaat, 16 September 2011

bumiperak

bumiperak


Majlis Profesor Negara (MPN) ditempelak lagi

Posted: 16 Sep 2011 06:15 PM PDT

Terbitan SautunNahdhah siri SN275 dari Pertubuhan Hizbut Tahrir Malaysia menempelak kenyataan profesor Zainal Kling selaku Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya (MPN) bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan sepatutnya rakyat Malaysia menghadiahkan kepada British sebuah 'kesyukuran' di atas 'jasa baik' British selama ini yang telah 'menaungi dan melindungi' negara kitaBerikut kandungan pandangannya dari edaran risalahnya baru-baru ini. 

(SN275) Hanya dengan sedikit fakta tentang Mat Indera yang disentuh oleh Mat Sabu mengenai isu perjuangan kemerdekaan di dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, Timbalan Presiden PAS itu sehingga kini masih teruk 'dibelasah' oleh UMNO dan para penyokongnya. Sudah tiga minggu isu ini dimainkan oleh media arus perdana untuk menghentam Mat Sabu habis-habisan, yang hakikatnya telah menambahkan lagi populariti pemimpin nombor dua PAS itu. Bermula dengan isu Mat Sabu sokong Mat Indera dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong, kemudian berkembang menjadi isu Mat Sabu sokong komunis, kemudian berkembang lagi menjadi isu PAS sokong komunis. Disusuli selepas itu dengan isu fakta sejarah negara yang diberi amaran oleh UMNO agar tidak diubah oleh PAS.

Kali ini, UMNO nampaknya mengerahkan seluruh kekuatannya dari Perlis hingga ke Johor untuk men'diskredit'kan Mat Sabu yang disifatkan sebagai ayam sabung PAS itu. Pendek kata, selagi ada peluru, walau sekecil mana sekalipun, selagi itulah UMNO terus menembak musuhnya itu. Mat Sabu, disamping mengemukakan pelbagai bukti dan hujah untuk mempertahankan pendapatnya, dalam masa yang sama menganggap bahawa isu ini sengaja diperbesarkan oleh UMNO untuk menutup segala kepincangan parti Melayu terbesar itu sekaligus mengalihkan isu 'pilihanraya bersih' yang diperjuangkan oleh PAS dan beberapa NGO lainnya. Dari isu ini juga, UMNO nampaknya cuba menyerlahkan 'kebaikan'nya dengan terus memuji dan mempertahankan bekas polis dan tentera beserta keluarga mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong yang selama ini tidak pernah diambil peduli pun.



Setelah segala berita dan putarbelit dimainkan untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap Timbalan Presiden PAS itu dengan menuduh beliau menyokong perjuangan komunis, UMNO nampaknya masih belum berpuas hati kerana masih ada isu yang belum mereka jawab iaitu berhubung dakwaan Mat Sabu bahawa pemimpin awal UMNO dan juga pasukan keselamatan yang bertugas di Bukit Kepong adalah mereka yang berkhidmat di bawah penjajah British.

Dalam menjawab isu ini, Majlis Profesor Negara (MPN) dilibatkan untuk menolak dakwaan bahawa anggota polis dan pemimpin negara seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman di zaman pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai 'polis British' atau 'pegawai British'. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling tiba-tiba muncul di arena dan membuat satu pengisytiharan mengejutkan bahawa, meskipun British mengetuai seluruh pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu, namun Tanah Melayu bukan tanah jajahan British! Menurutnya, Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya termasuk institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadikan semua pegawainya adalah pegawai Tanah Melayu dan bukannya pegawai British. "Oleh itu, apabila golongan kiri seperti komunis menentang anggota polis maka mereka menentang pasukan keselamatan Tanah Melayu, meskipun ianya diketuai oleh Pesuruhjaya British," katanya. 

Ini berdasarkan perjanjian Pangkor yang ditandatangani di antara Sultan Perak dengan pentadbir British pada tahun 1874 di mana dipersetujui bahawa Tanah Melayu sebagai 'protectorate' (tanah naungan dan lindungan), tegas Zainal (UM 10/09/11). Nah! Kita menyaksikan kini satu peristiwa baru yang amat bersejarah telah tercipta di Malaysia, yang bakal menukar sejarah hitam Malaysia selama ini menjadi putih, bahawa sebenarnya Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British, malah British adalah negara 'penaung dan pelindung' Tanah Melayu!!!

Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah?
Serangan terbaru ini merupakan kesinambungan dari serangan bertubi-tubi tanpa henti UMNO ke atas orang nombor dua PAS itu, di mana polemik ini bukan sahaja telah memuakkan rakyat,  malah kini telah masuk ke tahap tak masuk akal dan menjadi bahan ketawa! Semua ini angkara keangkuhan UMNO yang tidak mahu mengaku bahawa para pemimpin awal mereka yang selama ini dijulang sebagai pejuang kemerdekaan, hakikatnya adalah merupakan orang yang berkhidmat untuk British! Sautun Nahdhah dalam siri ke-84 (tahun 2006) yang bertajuk "Erti Sebuah Kemerdekaan" telah pun mengungkap tragedi Bukit Kepong yang merupakan serangan oleh sepasukan komunis terhadap polis yang berkhidmat di bawah British.

Seribu satu persoalan telah dan boleh diajukan kepada MPN dengan kenyataan amat naif yang telah dikeluarkan itu, yang hakikatnya telah menjatuhkan kredibiliti MPN di mata orang-orang yang berfikir. Soalan pertama yang seharusnya dijawab oleh Zainal ialah, kenapa baru sekarang beliau mengeluarkan kenyataan seumpama itu. Kenapa selama puluhan tahun menjadi profesor, beliau tidak pernah mendedahkan hal ini kepada umum? Atau mungkin lebih baik beliau mengaku sahajalah bahawa kenyataan ini sebenarnya adalah sebuah "kenyataan politik", bukannya kenyataan akademik, yang dikeluarkan kerana adamya sebuah keperluan.

Ramai pihak sebenarnya menuntut jawapan dari Zainal dalam hal ini, kerana jika benar kita tidak pernah dijajah, maka tidak timbul soal kita 'merdeka'! Bagaimana mungkin boleh ada kemerdekaan jika tidak ada penjajahan? Kemerdekaan dari siapakah yang disambut besar-besaran oleh kerajaan setiap tahun pada 31 Ogos, jika British tidak pernah menjajah Tanah Melayu? Bukankah Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota Commonwealth yang mana Commonwealth hakikatnya adalah pertubuhan negara-negara bekas jajahan British? Kenapa ada istilah 'pejuang kemerdekaan'? Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, maka ini bermakna kita tidak sepatutnya ada pejuang kemerdekaan, malah para pemimpin UMNO yang dijulang selama ini sebagai 'pejuang kemerdekaan' merupakan satu fakta yang salah. Gelaran 'Bapa Kemerdekaan' yang telah diberi kepada Tunku Abdul Rahman juga sebenarnya adalah gelaran sia-sia yang tidak seharusnya wujud. Malah, kematian Tok Janggut dan ramai lagi yang berjihad menentang British, kesemuanya adalah sebuah kebodohan dan kematian sia-sia kerana mereka mati menentang orang yang datang untuk menaungi dan melindungi kita!!!

Lebih naif, bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya itu merujuk kepada Perjanjian Pangkor untuk menegakkan pendapatnya dengan mengatakan bahawa di dalam perjanjian tersebut British tidak pernah menyatakan bahawa mereka ingin menjajah tetapi ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai 'the protected Malay State' atau disebut sebagai 'protectorate' (negeri naungan dan lindungan). Persoalannya, mestikah ada perjanjian bertulis dari penjajah (dan dipersetujui oleh pihak yang dijajah) yang mengatakan bahawa "kami dengan ini menjajah kamu", barulah sesebuah negara itu 'sah' dikatakan dijajah? Adakah wujud penjajah 'sebaik' ini yang akan buat perjanjian terlebih dahulu sebelum menjajah, dan tidak akan menjajah sesebuah negara jika negara tersebut tidak bersetuju? MPN nampaknya macam sebuah badan yang langsung tidak cerdik untuk memahami kelicikan kuffar British selaku musuh Islam di dalam menjajah Tanah Melayu sebagai salah sebuah tanah umat Islam.

Penjajah British Yang Licik
Sesungguhnya British adalah negara penjajah. Ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Sewaktu zaman keemasannya, British telah menjajah puluhan negara umat Islam, baik di Asia Barat, Asia Tengah mahupun Asia Tenggara. British adalah negara penganut dan pengembang ideologi Kapitalisme. Orang yang buta sekalipun mengetahui bahawa musuh utama ideologi Kapitalisme adalah ideologi Islam dan juga ideologi Sosialisme/Komunisme. Tiga ideologi di dunia ini adalah ideologi yang saling bertentangan antara satu sama lain dan saling cuba menguasai di antara satu sama lain. British, sebagai salah sebuah negara di Eropah yang rata-rata penduduknya terdiri dari penganut agama Kristian, sememangnya telah memusuhi Islam sejak sekian lama. Dendam kesumat mereka terhadap umat Islam sejak Perang Salib tidak pernah padam. Namun, kesan dari Perang Salib dan lain-lain peperangan mengajar mereka bahawa umat Islam amat sukar untuk dikalahkan di dalam peperangan fizikal. Oleh kerana itulah mereka telah menukar serangan mereka ke dunia Islam dengan melakukan serangan pemikiran dan antara serangan pemikiran yang telah memberi kejayaan besar kepada mereka ke atas dalam dunia Islam adalah serangan assabiyyah (bangsa) dan wathaniyyah (tanahair).

Dari segi sejarah, penjajah kuffar Britsih telah berjaya menjajah negara Islam satu per satu setelah sebelumnya mereka sebarkan dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah yang menyebabkan umat Islam berpecah. Di waktu umat Islam berada di bawah kesatuan Negara Khilafah dan di bawah kepimpinan seorang pemimpin (Khalifah), puak kuffar British ini menusukkan jarum assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam diri setiap Muslim agar cintakan bangsa dan tanahair masing-masing. Di zaman Khilafah Uthmaniyyah yang berpusat di Turki, dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah inilah, British telah berjaya menumbuhkan kebencian bangsa Arab terhadap bangsa Turki dan sebaliknya. Akhirnya British berjaya menggerakkan kekuatan Arab untuk menentang Khilafah di Turki yang menyebabkan berlakunya peperangan sesama Muslim atas dasar assabiyyah dan wathaniyyah di mana umat Islam ketika itu 'ingin merdeka' dan memerintah tanahair sendiri. Perasaan ingin merdeka ketika itu hakikatnya adalah kemerdekaan yang diingini oleh umat Islam dari Daulah Khilafah. Inilah yang diingini dan dirancang oleh British dengan licik.

Ringkasnya, dengan bantuan British, satu demi satu tanah umat Islam telah 'merdeka' (terlepas) dari kesatuan Khilafah yang mana akhirnya British dapat masuk menjajah dengan mudah. Setelah satu demi satu tanah Islam terkeluar dari Daulah Khilafah, tanah-tanah Islam ini akhirnya diperintah secara langsung oleh British dengan menerapkan undang-undang kufurnya dan Negara Khilafah yang tersisa menjadi semakin kecil dan lemah. Perasaan assabiyyah dan wathaniyyah yang telah ditanam oleh British inilah antara penyebab kepada runtuhnya Daulah Khilfah dan dengan kehancuran Daulah Khilafah, kerja British untuk memusnahkan kekuatan umat Islam menjadi lebih mudah. Kuffar penjajah ini kemudiannya melantik dan melatih pemimpin dari kalangan umat Islam untuk menjadi ejennya, yang memerintah dengan cara yang mereka kehendaki (sekular) dengan mencampakkan kesemua hukum-hukum Allah dari pemerintahan negara. Mereka melatih, menjaga, mendidik dan membesarkan ejen-ejen ini sehingga mereka benar-benar berpuas hati bahawa pemimpin ini akan pasti mengikuti telunjuk dan 'menyembah' mereka dari satu generasi ke satu generasi dan ke generasi seterusnya. Setelah yakin bahawa para pemimpin ini akan memerintah dengan sistem kufur yang mereka ajarkan dan setelah yakin para pemimpin ini tidak akan menyatukan semula umat Islam di bawah kesatuan Khilafah, maka satu per satu tanah jajahan ini 'dimerdekakan' oleh British. Tanah Melayu juga tidak terkecuali dari kelicikan yang sama dilakukan oleh kuffar British ini.

Antara Hak Dan Batil
Di antara kelicikan penjajah British adalah 'mengangkat' para pejuang assabiyyah dan wathaniyyah sebagai hero sehingga setiap orang Islam berebut-rebut ingin menjadi atau termasuk ke dalam kategori 'pejuang bangsa dan tanahair'. British tidak akan membunuh para 'pejuang bangsa' ini kerana inilah yang dikehendaki oleh British, yakni lahirnya seramai mungkin pejuang bangsa dan tanahair. Tetapi British akan membunuh 'pejuang Islam' seperti Tok Janggut dan lain-lain kerana pejuang Islam adalah musuh British. Begitu juga dengan pejuang komunis, akan dibunuh oleh British kerana komunisme adalah musuh kapitalisme. Ringkasnya, sesiapa yang menentang British atas nama bangsa dan tanahair, akan 'diredhai' oleh British dan dilayan dengan baik, tetapi sesiapa yang menentang British atas nama Islam (atau Komunisme), akan diperangi oleh British. Kerana itulah kita menyaksikan bahawa nama-nama pejuang bangsa dan tanahair seperti Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain 'diangkat' oleh British, manakala nama-nama pejuang Islam (dan pejuang Komunis) dianggap sebagai pengkhianat oleh British.

Justeru, tidak hairan sekiranya kita melihat UMNO menjulang para pejuang bangsa dan tanahair kerana itulah hakikat perjuangan UMNO, yang telah terbius dengan didikan dari British selaku bekas tuannya. Dan tidak hairan juga sekiranya kita melihat pemimpin UMNO (melalui pasukan polis) memantau, menangkap dan memenjarakan para pejuang Islam yang berdakwah ingin menegakkan Islam di Malaysia, kerana inilah juga didikan British yang telah dicerap oleh UMNO sejak sekian lama yakni agar UMNO kekal sebagai pejuang sekularisme dan memusuhi Islam serta para pejuang Islam.

Kalau kita mengambil kira pandangan MPN, nampaknya, kerajaan Malaysia kena memohon maaf kepada British di atas keceluparan selama ini yang menuduh British sebagai penjajah. Mungkin Dr. Zainal seharusnya menjadi orang yang pertama memohon maaf kepada British di atas keterlanjuran kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia selama puluhan tahun lamanya menuduh British sebagai penjajah. Tidak cukup dengan itu, kerajaan dan rakyat Malaysia juga seharusnya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada British kerana mereka sebenarnya datang ke Tanah Melayu bukan untuk menjajah, sebaliknya adalah untuk menaungi dan melindungi kita! Ya, British telah datang ke Tanah Melayu untuk 'menaungi dan melindungi' Tok Janggut dengan cara menyeksa dan membunuh pejuang Islam ini. British datang ke Tanah Melayu dan 'menaungi' kita dengan ideologi kufur mereka, dengan undang-undang dan sistem kufur mereka dan mereka memastikan yang pemimpin Tanah Melayu, setelah peninggalan mereka, tetap menaungi kita dengan undang-undang dan sistem kufur yang sama. British datang ke Tanah Melayu dan telah 'melindungi' para pemimpin dan penduduk Tanah Melayu daripada Islam sehingga para pemimpin ini langsung tidak nampak Islam sebagai cara hidup untuk mengatur negara. Inilah naungan dan perlindungan yang telah diberikan oleh kuffar British kepada kita di Malaysia! Justeru,  patutkah kita menghadiahkan kepada British sebuah 'kesyukuran' di atas 'jasa baik' British selama ini yang telah 'menaungi dan melindungi' kita semua dengan kekufuran mereka?

Kesimpulan
Kerana masih terpengaruh dengan racun assabiyyah dan wathaniyyah, kita menyaksikan percakaran yang berlaku di antara UMNO dan PAS sekarang hanyalah seputar isu siapakah pejuang bangsa dan tanahair. Perbalahan mengenai siapakah hero kemerdekaan negara yang sebenar, yang panas sejak tiga minggu lepas, adalah satu perbalahan yang langsung tidak ada kena mengena dengan Islam, bahkan tidak menguntungkan Islam sedikitpun. Baik Mat Indera mahupun Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar dan lain-lain (yang dikategorikan sebagai nasionalis kiri dan kanan), selama mana mereka berjuang atas nama bangsa dan tanahair, maka ini bukanlah satu perjuangan Islam dan merupakan satu perjuangan yang tidak perlu diperbalahi atau diangkat atau dibangga-banggakan. Ini kerana berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis, perjuangan bangsa dan tanahair ini merupakan sebuah keharaman yang jelas lagi nyata! Sabda Nabi SAW,

"Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah, orang yang berperang kerana assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].


Malaysia sebenarnya tidak pernah merdeka dalam ertikata yang sebenar. Kemerdekaan Malaysia daripada British hanyalah kemerdekaan dari kehadiran tubuh badan orang-orang kafir British, namun hakikatnya pemikiran, sistem dan undang-undang kufur British masih tertancap kuat dan dalam, di dalam pemikiran para pemimpin di Malaysia. British menjajah Tanah Melayu dengan menyebarkan ideologi kufur mereka dan sehinggalah ke hari ini, kita menyaksikan betapa undang-undang dan sistem pemerintahan di negara kita hakikatnya saling tidak tumpah dengan undang-undang dan sistem pemerintahan British, sama-sama diasaskan kepada ideologi Kapitalisme yang bertentangan dengan Islam. Perlembagaan yang digubal oleh si kafir Lord Reid yang masih dipegang kukuh, ditaati baik oleh pemerintah mahupun pembangkang merupakan bukti betapa pemikiran, undang-undang dan sistem kufur masih menebal di dalam pemikiran sebahagian besar pemimpin dan umat Islam di Malaysia. Justeru, semua perbalahan yang sia-sia ini harus ditinggalkan segera dan kesemua pihak harus kembali kepada perjuangan Islam!
Hizbut Tahrir -Khalifah

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Jemputan Jamuan Aidil Fitri Masjid Bukit Indah, Ampang

Posted: 16 Sep 2011 08:36 PM PDT


Seluruh anak kariah Masjid Bukit Indah (MBI), Ampang dijemput ke Majlis Sambutan dan Jamuan Aidil Fitri anjuran MBI dan 6 buah surau di bawah kariah masjid tersebut pada hari Ahad, 18.9. 2011.

Majlis akan berlangsung antara jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

MBI juga mengalu-alukan kehadiran warga bukan islam Taman Bukit Indah di dalam majlis yang julung-julung kalinya diadakan di perkarangan masjid tersebut.

Anak-anak akan dihiburkan dengan beberapa program yang sesuai untuk mereka. Khabarnya ada 'duit raya' untuk mereka.

Ayuh warga MBI dan sekitarnya, Jom MBI.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mansuh ISA : Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Tuntutan Buku Jingga, Kata Azizah

Posted: 16 Sep 2011 08:59 AM PDT



SHAH ALAM 16 SEPT : Biarpun pengumuman perdana menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah hasil perjuangan getir rakyat dari parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), sejak berdekad-dekad, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah katanya, pengumuman yang dibuat Datuk Seri Najib semalam jelas menunjukkan bahawa akhirnya Umno-Barisan Nasional (BN) tunduk dengan tuntutan Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam Buku Jingganya.

"Ia sudah lama tertangguh, namun tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana tidak putus-putus memperjuangkan pemansuhan ISA ini. Ini juga membuktikan apa yang kita galur di dalam Buku Jingga memberi kesan," katanya melului sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tv Selangor.

Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri semalam yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau berharap pengumuman Najib itu tidaklah dibuat kerana terdesak untuk menarik sokongan rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.


Ujarnya lagi, jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik, perdana menteri itu perlu juga memastikan hak rakyat di negara ini diberi keutamaan dalam mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka tanpa dibebani mana-mana pengaruh politik.

"Pada masa yg sama kerajaan di gesa melihat juga masalah rakyat hari ini degan kenaikan kos sara hidup yang kian menekan dan terlalu tinggi untuk ditanggung. Ini kerana hak mendapat kesejahteraan hidup sama pentingnya degan hak kebebasan," tambahnya.




Posted: 16 Sep 2011 08:57 AM PDT



SHAH ALAM 16 SEPT : Akhirnya Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak akur kepada kehendak dan tuntutan rakyat untuk memansuhkan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Demikian menurut Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Johor, Suhaizan Kayat yang juga menyifatkan bahawa pengumuman
ini merupakan petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir.

"Najib akhirnya akur bahawa ISA (khususnya) sememangnya akta yang diluar daripada kemanusiaan dan sangat bercanggah dengan hak asasi manusia yang selama ini digunakan oleh kerajaan sedia ada (UMNO/BN) keatas rakyat selama lebih 50 tahun."

Suhaizan melalui satu kenyataan medianya, mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri malam tadi berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi pemansuhan akta- akta yang lain.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, beliau memberitahu keputusan yang dibuat Najib ini merupakan langkah agresif dengan 'merobohkan' perisai yang mereka gunakan selama ini, disaat rakyat sudah mula terdedah dengan maklumat-maklumat alternatif melalui media baru seperti Facebook dan Twitter.

Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, menegaskan rakyat jangan mudah tertipu dengan janji-janji manis ini, kerana tidak mustahil rakyat akan ditipu sekali lagi setelah kemenangan besar UMNO-BN dalam PRU-13 nanti seperti penipuan-penipuan pilihanraya sebelum ini.

"Oleh itu, kita khuatir PRU-13 yang tidak ada sebarang jaminan akan dilaksanakan dengan telus dan adil ini akan menyebabkan sekali lagi manipulasi oleh UMNO/BN bagi tujuan mengekalkan kuasa. Kebimbangan saya ini adalah amat berasas sekali kerana isu terkini yang saya ketengahkan berkaitan 'Mykad klon' sendiri pun, masih tidak dijawab oleh beliau dan agensi-agensi berkaitan (SPR, JPN)!"

Suhaizan tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemansuhan ini, berikutan Najib masih belum lagi menyelesaikan persoalan-persoalan besar seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya di Malaysia sepertimana yang digembar-gemburkan.

Bahkan Najib masih gagal memberikan jaminan bahawa PRU-13 akan dijalankan selepas hasil kajian PSC selesai dilaksanakan selain 8 tuntutan Bersih 2.0 juga belum dilihat akan diberikan perhatian khusus oleh Najib untuk dibincangan dalam PSC nanti.

"Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan diatas padang Pilihan Raya yang rata tak mengapa lah. Tapi keadaan sekarang ini, sudah lebih 50 tahun kita bertarung di padang yang tidak rata, bahkan pengadilnya juga 'berat sebelah'. Lebih parah lagi, tidak ada sebarang jaminan bahawa padang akan 'diratakan' dan pengadil akan benar-benar telus dan adil!"

Justeru itu beliau memberi amaran kepada Najib jangan menjadikan pengumuman malam tadi sebagai salah satu 'umpan' kepada rakyat khususnya menjelang PRU-13 kelak.

Mansuh ISA : Cubaan Najib Pulih Popularitinya

Posted: 16 Sep 2011 08:55 AM PDT




SHAH ALAM 16 SEPT : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan sebagai terpaksa demi memulihkan popularitinya yang kian merudum kebelakangan ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, beliau juga percaya ia adalah sebahagian semboyan awal pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal disempurnakan melalui pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober depan.

Malah katanya, 'keberanian politik' Najib itu juga terhasil ekoran merudumnya populariti perdana menteri itu mutakhir ini yang menyaksikan sokongan popularnya merosot daripada 76 peratus pada Mac lalu, Mei (73 peratus) dan Ogos (59 peratus).

"Tahniah kerana secara tidak langsung mengiktiraf melalui pencurian idea Pakatan Rakyat (PR) dan pejuang hak asasi Malaysia khususnya secara 'bergaya' melalui pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, banyak persoalan timbul berbanding menyelesaikan polemik penafian hak asasi manusia khususnya tahanan-tahanan ISA sebelum ini.

Malah, beliau turut mempersoal pengumuman Najib berhubung tempoh tahanan polis yang dikatakan lebih pendek dan melibatkan sistem kehakiman, walaupun tanpa mereformasikannya secara menyeluruh.

"Perubahan dan kajian semula ini mungkin tidak bermakna kerana persepsi rakyat kepada kredibiliti sistem kehakiman yang parah," jelasnya.

Ujarnya, AMK pelik mengapa kajian semula itu dilakukan tanpa melakukan reformasi sistem kehakiman secara total.

"Tidak perlu pergi jauh. Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup membuktikan dakwaan ini ada asas yang konkrit. Apa guna mahkamah diberi kuasa jika sistem kehakiman bertindak di bawah pengaruh kuasa Eksekutif?" katanya.

Justeru, beliau turut mempertikai kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang akan dilakukan pembaharuan sedangkan akta itu, sepatutnya dimansuh terus.

"Apakah rasional kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 iaitu prinsip pembaharuan tahunan akan dihapus dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatal?

"Jika kerajaan percaya kepada kebijaksanaan rakyat, seharusnya akta itu dimansuh terus dan prinsip pengeluaran lesen juga tidak perlu," katanya.

Tambahnya, kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 mengenai kebebasan berhimpun turut menjadi persoalan kepada AMK.

Jelasnya lagi, sambil merujuk standard antarabangsa iaitu perhimpunan aman dikawal polis secara profesional AMK mahu jaminan Najib bahawa kebenaran berhimpun harus dipermudah dengan penghapusan permit yang tidak munasabah.



Apa Kandungan Akta Baru ? - N. Surendran

Posted: 16 Sep 2011 08:53 AM PDT



PETALING JAYA 16 SEPT : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendren menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam yang memberi komitmen bahawa kabinetnya mahu menghapuskan AKta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) dan Akta Darurat.

Namun, beliau berkata pengumuman Najib sempena sambutan Hari Malaysia semalam dilihat samar- samar dan menimbulkan persoalan, adakah kerajaan pemerintah benar- benar ikhlas untuk melaksanakannya ?

Ia berikutan terdapat dua akta baru yang bakal digubal bagi menggantikan dua akta zalim yang mahu dihapuskan kerajaan pemerintah.

Surendran berkata, beliau sangsi akan ketelusan dua akta baru tersebut disamping sikap tarik tali Najib bersabit pemindaan Akta Polis 1967.

Surendran menambah, jika Najib serius mahu meneliti kembali akta polis tersebut, beliau sepatutnya menghapuskan terus permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan aman.

Mengulas lanjut cadangan Najib untuk menghapuskan lesen tahunan penerbitan akhbar, Surendran mempersoalkan mengapa lesen penerbitan masih lagi perlu dipohon pada peringkat awalnya.

"Ini bermakna Menteri masih lagi berhak untuk tidak memberikan sebarang lesen atau membatalkannya sesuka hati beliau.

"Satu-satunya permit yang sepatutnya dipohon adalah permit perniagaan sahaja," kata Surendran.




Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


umno Penang akur pada Gerakan

Posted: 16 Sep 2011 07:31 AM PDT





Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..

Demi Kuasa.. UMNO Pulau Pinang dilaporkan melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon dan Gerakan..

Terjemahan dari Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Untuk merampas kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat, pemimpin UMNO Pulau Pinang telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, agar hubungan antara kedua-dua parti yang terjejas sebelum ini dapat dijalin semula.

Sementara itu, Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir yang sering menyerang Koh Tsu Koon sebelum ini, dikatakan telah berjanji kepada Koh Tsu Koon bahawa dirinya tidak akan menyerang Gerakan lagi.

Malah, UMNO Pulau Pinang berjanji agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang disandang pemimpin Gerakan, seandainya Barisan Nasional menang di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Demikianlah laporan Kwong Wah Yit Poh yang disiarkan pada 11 September 2011, memetik daripada sumbernya.

Menurut laporan, kebangkitan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008 telah menyedarkan UMNO Pulau Pinang, bahawa mereka tidak boleh menang hanya dengan undi Melayu.

Kesedaran UMNO Pulau Pinang tentang "kepentingan undi Cina" telah membuka ruang untuk UMNO berbaik semula dengan Gerakan.

Perselisihan berlaku antara UMNO dengan Gerakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya Pemuda UMNO mengambil kesempatan untuk menyatakan ketidakpuasan terhadap Koh (yang pada ketika itu masih Ketua Menteri), dalam satu acara yang turut dihadiri Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri ketika itu) pada tahun 2006.

Pada September 2008, seorang penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail mengoyakkan gambar Koh di khalayak ramai, sehingga Koh dipersendakan musuh politiknya. Rata-rata masyarakat Cina menganggap Koh Tsu Koon terlalu "lembik", sehingga mudah "dibuli" pemimpin UMNO.


Koh ugut keluar dari BN?

Seorang pemimpin Gerakan yang memihak kepada Koh, memberitahu Kwong Wah Yit Poh bahawa Koh Tsu Koon amat tegas dalam isu Ahmad Ismail, malah mengugut untuk memanggil Mesyuarat Agong Luar Biasa (EGM) Gerakan agar keluar dari Barisan Nasional, seandainya pimpinan tertinggi UMNO tidak membekukan keahlian Ahmad Ismail.


Menurut laporan, ada usaha sebelum ini untuk menobatkan semula Ahmad Ismail (gambar kanan) sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera selepas tamat tempoh pembekuan keahlian beliau, namun usaha ini dihalang kerana tekanan daripada Koh.


Menurut laporan, Presiden UMNO Najib Razak dikatakan memberi jaminan bahawa Ahmad Ismail tidak akan kembali menjadi Ketua Bahagian selagi Najib kekal pada jawatan Presiden UMNO.

Melihat kepada nasib Ahmad Ismail, ditambah pula senario politik yang menyaksikan pemecahan undi Melayu kepada UMNO, PKR dan PAS, maka pemimpin UMNO Pulau Pinang telah menyedari kepentingan undi Cina, lantas berbaik-baik semula dengan Gerakan dalam mesyuarat Barisan Nasional sebelum ini.

Laporan Kwong Wah Yit Poh juga memetik Penyelaras BN DUN Padang Kota, Oh Tong Keong yang mengakui bahawa dirinya pernah mendengar khabar bahawa pemimpin UMNO memohon maaf kepada Koh Tsu Koon, dan berjanji untuk menyokong pemimpin Gerakan untuk menjawat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kwong Wah Jit Poh, 11 September 2011, muka surat A6.
Terjemahan oleh Lim Hong Siang dari MerdekaReview

dollah yankee

dollah yankee


Doa mereka ini akan di-makbulkan.InsyaAllah!

Posted: 16 Sep 2011 08:20 PM PDT

dollah yankee -
Kelmarin hari jumaat. Gurkah-gurkah di'port' kata yang semasa jumaat kelmarin, kedua-dua orang ini mesti telah menberdoakan benda yang sama, iaitu agar dimakbulkan hasrat mereka mahu 'penendang' Najib turun.
Kah..Kah..Kah..

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Mahsuh ISA : Langkah Baik Dan Islamik - Dr.Maza

Posted: 16 Sep 2011 06:43 PM PDT


dr asriKUALA LUMPUR - Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin memuji langkah kerajaan untuk memansuhkan terus penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin.
"Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih yang teramat sangat kepada langkah bersejarah dan tindakan berwibawa YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang memansuh ISA dan tiga Proklamasi Darurat yang baru sahaja diumumkan. Bagi saya pengumuman itu membawa makna yang besar kepada negara dan amat bersejarah," tulis Dr Asri dalam laman webnya http://drmaza.com.
Menurut beliau, memansuhkan ISA adalah tindakan yang amat Islamik kerana ISA sendiri tidak Islamik justeru pelaksanaannya menjejaskan hak asasi individu serta boleh disalahgunakan oleh pemerintah dengan mudah.
Read More / Baca Lagi >>

Pesta Bikini : Roh 1Malaysia Di Pangkor

Posted: 16 Sep 2011 06:37 PM PDT


Ada ke lagi MB Perak nie.....!!!!

Sejarah diseleweng demi kepentingan pihak tertentu

Posted: 16 Sep 2011 06:34 PM PDT

Mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan, kata Anwar.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sejarah diselewengkan demi kepentingan sesetengah pihak sahaja sekaligus menafikan perjuangan golongan lain yang bersama bertungkus lumus menentang penjajahan.
Menurut beliau, sudah sekian lama rakyat negara ini disogokkan dengan naratif sejarah yang dilakar oleh sesetengah pihak sahaja sedangan tujuan asal sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan disampaikan kepada generasi seterusnya ternyata menyimpang dari halatuju yang sebenarnya.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, mana mungkin, kita menafikan perjuangan tokoh-tokoh yang dilatari pelbagai faham perjuangan, baik dari gerakan Islam, aliran kiri mahupun dari aliran kanan.
Read More / Baca Lagi >>

5 things that could happen if BN loses the next general election

Posted: 16 Sep 2011 06:32 PM PDT


The winds of change are sweeping across the nation and Malaysians may very soon be witnessing a changing of the political guard on a scale never before imagined since the political tsunami of 2008. Barely 48 hours after the Barisan Nasional was brought to its knees in March 8 poll, there was talk of "lessons being learnt" and the need for the coalition "to improve" on its dismal performance.
No less than the then prime minister Abdullah Ahmad Badawi vowed that BN would "learn its lesson" and "improve" after the fall of four states to Pakatan Rakyat which made a stunning political comeback on the back of frustration and bitterness amongst the electorate. Those remarks by Abdullah proved to have been made in haste and have, over the years, proven hollow as the people awaited a new dawn that has proven false yet again.
Once again the political pendulum appears to be swinging the way of Pakatan Rakyat as seen by widespread disillusionment and disenchantment by the people with policies that have not kept pace with their aspirations. All indications now point to history repeating itself, perhaps even on a more resounding scale, as the BN coalition appears to be on the verge of being swept out of Putrajaya. What then would be scenario if, for the first time in the history of this country, the BN loses the 13th general election which must be held by 2013?
Read More / Baca Lagi >>

Hari Malaysia: Rakyat perlu celik politik

Posted: 16 Sep 2011 06:08 PM PDT


17 SEPT ─ Semalam negara menyambut Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan serentak. Tahun ini genaplah 48 tahun penubuhan negara Malaysia. Selepas sekian lama dijajah, rakyat negara kita yang berbilang kaum diberi kembali hak mereka secara saksama melalui demokrasi terpimpin dan pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun sekali.
Sebagai rakyat Malaysia, kita semestinya bangga dengan pencapaian negara dalam banyak sudut. Pun begitu, pastinya ada kekurangan yang masih dapat diperbaiki untuk negara terus melangkah ke depan dalam mendepani arus globalisasi yang semakin mencabar. Ruang seharusnya diberikan seadilnya kepada rakyat untuk menyatakan pandangan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Malaysia turun naik, tapi jangan lupa semangat 16 Sept

Posted: 16 Sep 2011 06:04 PM PDT


17 SEPT — Pencapaian Malaysia hari ini sebagai sebuah negara sedang menuju status negara maju banyak membantu rakyat dalam banyak segi. Penyatuan 14 negeri sebagai sebuah negara Malaysia yang terdiri daripada 11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak sememangnya memberi impak kepada pembanggunan negara.
Walaupun pada asalnya penyatuan ini menjadi sebuah konspirasi yang menyebabkan Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 kerana tidak puas hati dengan Kerajaan Persekutuan, tetapi perkara ini tidak banyak menjejaskan kestabilan negara, malah memberi pengajaran yang baik kepada sejarah negara dan penubuhan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

ISA repeal: Najib's sleight of hand

Posted: 16 Sep 2011 06:00 PM PDT

ISA repeal: Najib's sleight of handIn his Malaysia day speech last night, Prime Minister Najib declared in the following words "I would like to announce on this historic night, the Internal Security Act 1960 will be abolished".
However he immediately went on to say that "… two new pieces of legislation will be formulated under Article 149 of the Federal Constitution … to maintain peace and well-being".
The obnoxious Article 149
Some of us may not have immediately understood the ominous meaning of the use of those words "Article 149". Article 149 is the obnoxious part of the Constitution that allows the draconian ISA to exist as a valid law. If Article 149 were not there, the ISA and all other laws that provide for detention without trial in this country such as the Dangerous Drugs ( Special Preventive Measures) 1985 would be struck down as unconstitutional and void.
Read More / Baca Lagi >>

Tak dapat tanduk.. telinga nak dipulas.......

Posted: 16 Sep 2011 05:52 PM PDT

Tak dapat tanduk telinga dipulas, itu adalah ungkapan atau pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tindakan sekumpulan pencacai UMNO yang menyerbu rumah Mat Sabu di Guar Petai sekitar jam 8.00 malam semalam.

Kononnya tujuan serbuan mereka itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu berkenaan isu Mat Indera, turut dibawa bersama mereka ialah sekumpulan wartawan bagi membuat liputan akan penyerahan memorandum oleh mereka itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pak Imam Majid : "Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut,"

Posted: 16 Sep 2011 05:28 PM PDT



"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya. Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.

Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. "Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya. 






Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu Menyaman, Haji Hadi Disaman.

Posted: 16 Sep 2011 05:24 PM PDT

Oleh: AntiKarat


Mat Sabu saman Utusan laknatullah dan pengarangnya. Saman terhadap Timbalan Presiden UMNO, Muhyidin Yassin akan menyusul. Kedua-duanya atas isu komunis dan Bukit Kepong. UMNO Selangor pula saman PAS dan Presidennya atas isu DUMC .

Adakah ini jalan terbaik untuk mencari kebenaran dan mengajar pihak yang suka melakukan fitnah? Rasa-rasanya begitulah. Kalau tidak disaman, akan menjadi-jadi  pula fitnah nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Kemerdekaan Hakiki Ialah Bebas Dari Undang-Undang Zalim

Posted: 16 Sep 2011 05:21 PM PDT


Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan bahawa kemerdekaan hendaklah difahami dalam konteks yang sebenar dan bukannya hanya berpandukan kepada penjajah yang melangkah kaki keluar daripada tanahair kita ini secara fizikalnya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu forum yang diadakan di Ampang baru-baru ini yang berkisar berkaitan dengan kemerdekaan menurut timbangan dan kacamata Islam.

Read More / Baca Lagi >>

Mahsuh ISA : Antara Liberalisasi dan Reaksi Kepada Pakatan Rakyat

Posted: 16 Sep 2011 05:19 PM PDT

A Kadir Jasin

MUKHADIMAH – Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) akan dimansuhkan dan digantikan dengan dua undang-undang keselamatan baru. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan akan dipinda. Akta Buang Negeri  akan dimansuhkan dan  Akta Kediaman Terhad disemak semula. Perisytiharan Darurat yang masih berkuat kuasa akan ditarik balik dan undang-undang kebebasan berhimpun akan dipinda bagi mengiktiraf Perkara 10 Perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Kejayaan Roh 1Malaysia Masuk ke Dalam Jiwa Anak Muda....MERDEKA

Posted: 16 Sep 2011 05:16 PM PDT

Inikah hadiah Hari Malaysia, himpunan para remaja 100 orang lelaki perempuan berampur gaul mengadakan pesta liar atau berpesta kan dadah dan seks bebas.

Semuanya bagi memenuhi tuntutan jiwa remaja dan kemudaan mereka. Dunia ibarat syurga kepada mereka ?

Semua ini adalah salah siapa ? lebih malang dilaporkan ia berlaku dan dilakukan oleh para siswa siswi yang rata-rata berpelajaran dan terpelajar.

Kini, masyarakat kita sudah menuju ke arah kehancuran. Anak-anak muda diuji dan teruji dengan seks bebas.

Sedikit masa dulu, bilamana tsunami melanda negara jiran Acheh dan terbaru timur Jepun.
Read More / Baca Lagi >>

MANSUH ISA... TAHANAN TAK BEBAS-BEBAS...!!!

Posted: 16 Sep 2011 05:11 PM PDT

KENA TUNGGU AKTA BARU TAHUN DEPAN KE..LEPAS TU TAHAN BALIK..????

Najib, bebaskan tahanan ISA sekarang jika ikhlas

Posted: 16 Sep 2011 05:03 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Sept ─ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapuskan undang-undang tersebut.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, amat dikesali apabila kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA akan kekal sehingga dua akta baru menggantikan ISA siap.
Read More / Baca Lagi >>

‘Kita perlukan kerajaan dengar suara rakyat dan proaktif’

Posted: 16 Sep 2011 05:01 PM PDT


17 SEPT ─ Impian Hari Malaysia saya ialah sebuah bangsa Malaysia yang sejahtera. Ini akan dapat dicapai sekiranya kita memenuhi tiga prasyarat fundamental iaitu mendengar suara rakyat, mengamalkan budaya ilmu dan menjalankan tanggungjawab dengan amanah.
Mendengar suara rakyat adalah elemen utama dalam melaksanakan prinsip demokrasi. Sebagai rakyat, saya mahu agar suara saya didengar. Contohnya, apabila saya membeli keperluan asas untuk keluarga saya seperti makanan, pakaian dan rumah. Saya ingin mendapatkan produk terbaik yang mampu saya perolehi dengan pendapatan saya.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Syria protesters defy government crackdown

Posted: 16 Sep 2011 04:59 PM PDT

Video : Turkey PM hails 'sacrifice' of Libyan people

Posted: 16 Sep 2011 04:58 PM PDT

Video : Fighting rages in last Gaddafi bastions

Posted: 16 Sep 2011 04:57 PM PDT

Video : Syria uprising

Posted: 16 Sep 2011 11:26 AM PDT

Video: Dodging Snipers in Libyan Town

Posted: 16 Sep 2011 11:23 AM PDT

Video : Libyan Forces Closing in on Gadhafi Areas

Posted: 16 Sep 2011 11:22 AM PDT

Video : Palestinian Leader Wants Full UN Membership

Posted: 16 Sep 2011 11:22 AM PDT

Video : Mark Regev talks to Al Jazeera

Posted: 16 Sep 2011 11:21 AM PDT

Video : Palestine's bid for UN recognition

Posted: 16 Sep 2011 11:20 AM PDT