WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Mansuh ISA : Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Tuntutan Buku Jingga, Kata Azizah
- Mansuh ISA : Cubaan Najib Pulih Popularitinya
- Apa Kandungan Akta Baru ? - N. Surendran
Mansuh ISA : Akhirnya Najib 'Tunduk' Kepada Tuntutan Buku Jingga, Kata Azizah Posted: 16 Sep 2011 08:59 AM PDT SHAH ALAM 16 SEPT : Biarpun pengumuman perdana menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah hasil perjuangan getir rakyat dari parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), sejak berdekad-dekad, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Malah katanya, pengumuman yang dibuat Datuk Seri Najib semalam jelas menunjukkan bahawa akhirnya Umno-Barisan Nasional (BN) tunduk dengan tuntutan Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam Buku Jingganya. "Ia sudah lama tertangguh, namun tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana tidak putus-putus memperjuangkan pemansuhan ISA ini. Ini juga membuktikan apa yang kita galur di dalam Buku Jingga memberi kesan," katanya melului sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tv Selangor. Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri semalam yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Mengulas lanjut perkara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau berharap pengumuman Najib itu tidaklah dibuat kerana terdesak untuk menarik sokongan rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Ujarnya lagi, jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik, perdana menteri itu perlu juga memastikan hak rakyat di negara ini diberi keutamaan dalam mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka tanpa dibebani mana-mana pengaruh politik. "Pada masa yg sama kerajaan di gesa melihat juga masalah rakyat hari ini degan kenaikan kos sara hidup yang kian menekan dan terlalu tinggi untuk ditanggung. Ini kerana hak mendapat kesejahteraan hidup sama pentingnya degan hak kebebasan," tambahnya. |
Posted: 16 Sep 2011 08:57 AM PDT SHAH ALAM 16 SEPT : Akhirnya Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak akur kepada kehendak dan tuntutan rakyat untuk memansuhkan akta zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Demikian menurut Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Johor, Suhaizan Kayat yang juga menyifatkan bahawa pengumuman ini merupakan petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir. "Najib akhirnya akur bahawa ISA (khususnya) sememangnya akta yang diluar daripada kemanusiaan dan sangat bercanggah dengan hak asasi manusia yang selama ini digunakan oleh kerajaan sedia ada (UMNO/BN) keatas rakyat selama lebih 50 tahun." Suhaizan melalui satu kenyataan medianya, mengulas berhubung kenyataan Perdana Menteri malam tadi berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa lagi pemansuhan akta- akta yang lain. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, beliau memberitahu keputusan yang dibuat Najib ini merupakan langkah agresif dengan 'merobohkan' perisai yang mereka gunakan selama ini, disaat rakyat sudah mula terdedah dengan maklumat-maklumat alternatif melalui media baru seperti Facebook dan Twitter. Beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, menegaskan rakyat jangan mudah tertipu dengan janji-janji manis ini, kerana tidak mustahil rakyat akan ditipu sekali lagi setelah kemenangan besar UMNO-BN dalam PRU-13 nanti seperti penipuan-penipuan pilihanraya sebelum ini. "Oleh itu, kita khuatir PRU-13 yang tidak ada sebarang jaminan akan dilaksanakan dengan telus dan adil ini akan menyebabkan sekali lagi manipulasi oleh UMNO/BN bagi tujuan mengekalkan kuasa. Kebimbangan saya ini adalah amat berasas sekali kerana isu terkini yang saya ketengahkan berkaitan 'Mykad klon' sendiri pun, masih tidak dijawab oleh beliau dan agensi-agensi berkaitan (SPR, JPN)!" Suhaizan tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pemansuhan ini, berikutan Najib masih belum lagi menyelesaikan persoalan-persoalan besar seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bertujuan mengkaji perjalanan sistem Pilihan Raya di Malaysia sepertimana yang digembar-gemburkan. Bahkan Najib masih gagal memberikan jaminan bahawa PRU-13 akan dijalankan selepas hasil kajian PSC selesai dilaksanakan selain 8 tuntutan Bersih 2.0 juga belum dilihat akan diberikan perhatian khusus oleh Najib untuk dibincangan dalam PSC nanti. "Kalau PR kurang di Parlimen kerana kekalahan diatas padang Pilihan Raya yang rata tak mengapa lah. Tapi keadaan sekarang ini, sudah lebih 50 tahun kita bertarung di padang yang tidak rata, bahkan pengadilnya juga 'berat sebelah'. Lebih parah lagi, tidak ada sebarang jaminan bahawa padang akan 'diratakan' dan pengadil akan benar-benar telus dan adil!" Justeru itu beliau memberi amaran kepada Najib jangan menjadikan pengumuman malam tadi sebagai salah satu 'umpan' kepada rakyat khususnya menjelang PRU-13 kelak. |
Mansuh ISA : Cubaan Najib Pulih Popularitinya Posted: 16 Sep 2011 08:55 AM PDT SHAH ALAM 16 SEPT : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disifatkan sebagai terpaksa demi memulihkan popularitinya yang kian merudum kebelakangan ini. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, beliau juga percaya ia adalah sebahagian semboyan awal pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang bakal disempurnakan melalui pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober depan. Malah katanya, 'keberanian politik' Najib itu juga terhasil ekoran merudumnya populariti perdana menteri itu mutakhir ini yang menyaksikan sokongan popularnya merosot daripada 76 peratus pada Mac lalu, Mei (73 peratus) dan Ogos (59 peratus). "Tahniah kerana secara tidak langsung mengiktiraf melalui pencurian idea Pakatan Rakyat (PR) dan pejuang hak asasi Malaysia khususnya secara 'bergaya' melalui pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun katanya, banyak persoalan timbul berbanding menyelesaikan polemik penafian hak asasi manusia khususnya tahanan-tahanan ISA sebelum ini. Malah, beliau turut mempersoal pengumuman Najib berhubung tempoh tahanan polis yang dikatakan lebih pendek dan melibatkan sistem kehakiman, walaupun tanpa mereformasikannya secara menyeluruh. "Perubahan dan kajian semula ini mungkin tidak bermakna kerana persepsi rakyat kepada kredibiliti sistem kehakiman yang parah," jelasnya. Ujarnya, AMK pelik mengapa kajian semula itu dilakukan tanpa melakukan reformasi sistem kehakiman secara total. "Tidak perlu pergi jauh. Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup membuktikan dakwaan ini ada asas yang konkrit. Apa guna mahkamah diberi kuasa jika sistem kehakiman bertindak di bawah pengaruh kuasa Eksekutif?" katanya. Justeru, beliau turut mempertikai kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang akan dilakukan pembaharuan sedangkan akta itu, sepatutnya dimansuh terus. "Apakah rasional kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 iaitu prinsip pembaharuan tahunan akan dihapus dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatal? "Jika kerajaan percaya kepada kebijaksanaan rakyat, seharusnya akta itu dimansuh terus dan prinsip pengeluaran lesen juga tidak perlu," katanya. Tambahnya, kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 mengenai kebebasan berhimpun turut menjadi persoalan kepada AMK. Jelasnya lagi, sambil merujuk standard antarabangsa iaitu perhimpunan aman dikawal polis secara profesional AMK mahu jaminan Najib bahawa kebenaran berhimpun harus dipermudah dengan penghapusan permit yang tidak munasabah. |
Apa Kandungan Akta Baru ? - N. Surendran Posted: 16 Sep 2011 08:53 AM PDT PETALING JAYA 16 SEPT : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendren menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Najib Razak semalam yang memberi komitmen bahawa kabinetnya mahu menghapuskan AKta Keselamatan Dalam Negeri 1967 (ISA) dan Akta Darurat. Namun, beliau berkata pengumuman Najib sempena sambutan Hari Malaysia semalam dilihat samar- samar dan menimbulkan persoalan, adakah kerajaan pemerintah benar- benar ikhlas untuk melaksanakannya ? Ia berikutan terdapat dua akta baru yang bakal digubal bagi menggantikan dua akta zalim yang mahu dihapuskan kerajaan pemerintah. Surendran berkata, beliau sangsi akan ketelusan dua akta baru tersebut disamping sikap tarik tali Najib bersabit pemindaan Akta Polis 1967. Surendran menambah, jika Najib serius mahu meneliti kembali akta polis tersebut, beliau sepatutnya menghapuskan terus permohonan permit untuk mengadakan perhimpunan aman. Mengulas lanjut cadangan Najib untuk menghapuskan lesen tahunan penerbitan akhbar, Surendran mempersoalkan mengapa lesen penerbitan masih lagi perlu dipohon pada peringkat awalnya. "Ini bermakna Menteri masih lagi berhak untuk tidak memberikan sebarang lesen atau membatalkannya sesuka hati beliau. "Satu-satunya permit yang sepatutnya dipohon adalah permit perniagaan sahaja," kata Surendran. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan