Khamis, 15 September 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MAT SABU VS IBRAHIM ALKATAKI DI PASIR MAS - BULU SIAPA YANG AKAN DICABUT?

Posted: 15 Sep 2011 09:33 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

`SEEKOR katak' dari Pasir Mas mahu tunjuk hebat di atas nama PERKASA kununnya beliau lebih berani dari Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri di dalam menangani isu Mat Sabu sekiranya beliau diberi peluang menjadi Menteri Dalam Negeri. Raja katak ini terlupa bahawa kerusi beliau di Pasir Mas itu pun hasil kesihan orang-orang PAS kepadanya yang sebelum ini beberapa kali bertanding sebagai calon Bebas di situ tetapi teruk kena `buli'.



Berahim raja katak ini menunggu masa sahaja untuk di`pijak' oleh rakyat Pasir Mas agar peribahasa `mati katak' menjadi realiti selepas PRU ke 13 nanti, itu pun jika raja katak ini masih mempunyai `buah' kejantanannya. Tetapi kita semua tahu, beliau tidak pernah ada `buah', dan ini terbukti sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Di dalam TV, bagaikan nak pecah kaca TV dengan suara penuh semangat beliau memberi amaran kepada BERSIH untuk berdepan dengan puluhan ribu geng-geng `berudu' di dalam PERKASA. Bila tiba masanya, beliau duduk di bawah ketiak bininya dan `berudu-berudu' peliharaannya menonton TV di restoren mamak.

Malaysiakini hari ini memetik kenyataan raja katak yang kesal kerana KDN masih tidak melakukan apa-apa terhadap Mat Sabu. Katanya, "Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut (Malaysiakini). Saya mahu tanya, siapa yang bodoh sangat mahu melantik raja katak ini untuk menjadi Menteri? Semua tahu, usahkan Menteri sedangkan kerusi MP Pasir Mas yang dia duduk sekarang ini pun atas simpati PAS. Tidak malukah raja katak berangan mahu menjadi Menteri?

Ada seorang bekas pemimpin Umno yang kini menjadi pemimpin di dalam PKR di Pahang menceritakan, pernah suatu ketika sewaktu raja katak ini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang di bawah pimpinan Mahathir Kutti, raja katak pernah komplen kepada Mahathir di dalam satu Mesyuarat Kabinet. Raja kata ini berkata, beliau pernah menyuruh Ketua Hakim Negara mengadapnya di pejabat tetapi Ketua Hakim Negara tidak mahu datang berjumpanya. Semua ahli kabinet yang mendengar rungutan raja katak di waktu itu tertawa. Ertinya, Ketua Hakim pun tidak respek raja katak walaupun dia Menteri yang menjaga undang-undang. Apa yang raja katak tahu pasal undang-undang?

Raja katak ini jika diberi apa jua jawatan, tidak akan memberi makna apa pun. Orang yang kuat `mengipas' untuk hidup ini selalunya tidak cerdik, sebab itu hanya bergantung sekuat mana `kipasan'nya kepada bos. Sekarang, berangan untuk menjadi Menteri Dalam Negeri? Belum menjadi Menteri lagi sudah ada niat buruk dan hasad dengki. Orang macam ini usahkan Umno, jauh sekali lah PAS, DAP atau PKR, Parti Komunis Malaya pun jika masih wujud tidak akan pilih raja katak menjadi ahli.Link
Oleh kerana raja katak teringin sangat mahu menjadi Menteri Dalam Negeri, kita cabar beliau memohon menyertai Umno dan bertanding atas tiket Umno di dalam PRU akan datang. Itulah sahaja jalannya jika beliau ingin menjadi Menteri, itu pun jika Umno masih belum dikuburkan. Masalahnya, adakah ahli-ahli Umno berselera dengan spesis seperti Berahim Ali ini?

Suka kita ingatkan Berahim, usahlah bercita-cita mahu mencabut bulu Mat Sabu jika beliau sendiri takut pada bini. Saya sokong jika Mat Sabu bertanding di Pasir Mas nanti untuk kita lihat `bulu' siapakah yang tercabut di situ. Setuju?/wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


NAK MAT SABU MOHON MAAF...MASUK LAH DEBAT DULU...

Posted: 15 Sep 2011 03:16 PM PDT


Bukit Kepong: Muhyiddin masih mahu Mat Sabu minta maaf


MUAR, 15 Sept – Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu yang mengeluarkan pelbagai kenyataan termasuk berbentuk ugutan terhadap kerajaan berhubung kenyataan kontroversinya mengenai komunis adalah bagi menutup kelemahannya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini kerana kenyataan Mohamad yang melabel pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenar telah membangkitkan kemarahan sebahagian besar rakyat.

"Untuk menutup kelemahan dia (Mohamad), dia tahu dia berhadapan dengan serangan hebat yang dia tidak terjawab... beliau tidak akan mampu menjawab sampai bila-bila kecuali dia meminta maaf," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden Umno berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah hab pendidikan Pagoh di Ladang Lanadron, Pagoh di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa pilihan lhas bagi membincangkan perkara-perkara tentang proses pilihan raya umum di negara ini, termasuk pembaharuan jika ianya perlu.

Selamat Hari Malaysia: Al Fatihah Al-Marhum Rosli Dhoby

Posted: 15 Sep 2011 03:51 AM PDT

Selamat Hari Malaysia: Al Fatihah Al-Marhum Rosli Dhoby


Al-Marhum Rosli Dhoby difitnah Inggeris sebagai penderhaka, penjenayah, penjahat dan menemui ajalnya ditali gantung penjajah. Jenazahnya juga dihina inggeris, makam tanpa nesan, dikuburkan di dalam penjara Kuching, Sarawak.

Warkah terakhir Al-Marhum:

Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.

1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.

2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat' atau `Fardu' kepada mereka.

3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.

4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.

5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.

(Datuk Aini Dhoby adalah seorang pengasas Barisan Rakyat Jati Sarawak dalam tahun 1961 bersama dengan Tun Ahmad Zaidi, bekas Ketua Menteri Sarawak ketiga dan Yang Dipertua Negeri Sarawak keempat Tun Abdul Rahman Yaakub, dan Ketua Menteri Sarawak keempat Tan Sri Dr Abdul Taib Mahmud.

Barisan Rakyat Jati Sarawak atau BARJASA kemudian dinamakan Parti Bumiputra Sarawak dan akhirnya, Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak atau PBB)

6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.

7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.

8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.

Rosli Dhoby

1 Mac, 1950.

Lee Ban Chen: Kenyataan Mat Sabu sesuatu yang pernah disetujui kerajaan

Posted: 15 Sep 2011 03:45 AM PDT

Serangan kerajaan terhadap "komunis" baru-baru ini, semata-mata untuk menyanggah kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, semakin dipertikai. Pengamat politik, Lee Ban Chen berkata kerajaan pada hakikatnya telah mempunyai pendirian, bahawa sumbangan Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mempercepatkan pencapaian kemerdekaan "tidak dipertikai dan tidak dinafikan", ketika menandatangani Perjanjian Damai Haadyai pada tahun 1989.

Beliau memetik dari buku Setiausaha Agung PKM, "Chin Peng: My Side of history", bahawa kerajaan melalui wakil polis, Rahim Noor pada ketika itu telah menyatakan pendirian tersebut. "Kalau kerajaan Malaysia sudah membuat perjanjian dengan CPM (PKM), dan mengaku mereka sudah ada sumbangan untuk mempercepatkan pencapaian kemerdekaan negara kita... Jika itulah pendirian kerajaan, bermakna apa yang dikatakan Mat Sabu itu memang sesuatu yang tepat, dan sesuatu yang telah disetujui oleh kerajaan Malaysia. Jika itulah halnya, maka sekarang mengapa buat heboh?"

Malah, Lee Ban Chen (gambar kanan) mengambil contoh karikutur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 13 September 2011, mempertikaikan kerajaan bahawa mengapa tuduhan yang "sukar dibuktikan" ini dibenarkan selepas lebih 20 tahun perjanjian damai ditandatangani?

Maka soalan seterusnya adalah, "Adakah perjanjian Haadyai itu, kerajaan masih mengakui? Adakah kerajaan masih mematuhi apa yang telah ditandatangani? Kerana selama 20 tahun ini, pihak komunis tak ada buat apa-apa. Mereka cari makan, mereka buat kerja mereka, mereka pun jarang mengambil bahagian dalam arena politik."

Lee Ban Chen berasa hairan, "mengapa keadaan boleh menjadi begini?" Disebabkan komentar daripada Mat Sabu, komunis Malaya "yang tidak berbuat apa-apa (untuk 20 tahun ini)", diserang sebegitu, sehingga mencungkil luka bekas tentara dan bekas polis, seolah-olah ada serangan diadakan dari pihak komunis.

Beliau seterusnya mempersoalkan logik Perdana Menteri Najib Razak, bahawa Malaysia kini bekerjasama dengan Komunis China, kononnya "Komunis China sekarang komunis yang baik". "Saya tak tahulah, kerajaan kita nak berbaik dengan komunis China, tapi nak serang ideologi komunis, tak tahu itu logik apa? Kalau you kata komunis itu memang kejam, komunis China kejamlah! Tapi you tak kata begini..."

Lee Ban Chen berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Turut hadir sebagai panelis adalah Sasterawan Negara A.Samad Said, dan Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM, Arumugam. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum yang dihadiri kira-kira 50 orang ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.

"Perlembagaan Rakyat pada masa itu adalah Buku Jingga sekarang!"

Selain itu, Lee Ban Chen (gambar bawah) turut mengisahkan sejarah bagaimana golongan agamawan, nasionalis dan sayap kiri boleh mencapai muafakat untuk merangka Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947, dan bersetuju dalam 10 perkara, termasuk "Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar, bertanggungjawab kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat".

"Ini sesuatu yang cukup istimewa pada masa itu. Sesuatu yang mendapat kerjasama semua bangsa dan berlatarbelakangkan ideologi yang berlainan. Ini suatu contoh bagaimana kita hendak merangka satu politik atau perlembagaan yang menyeluruh, kita harus berkompromi antara kaum... Dan mencapai sesuatu yang dapat diterima semua pihak. Ini sesuatu kejayaan yang besar gerakan rakyat masa itu. Tapi malangnya kerajaan British tidak terima..."

Malah Lee Ban Chen menganggap "Perlembagaan Rakyat" oleh AMCJA-Putera pada ketika itu, boleh diibaratkan bagai "Buku Jingga" oleh Pakatan Rakyat sekarang, memperlihatkan kematangan parti politik untuk bersepakat dengan kerangka tertentu pada peringkat itu untuk menentang penjajahan, katanya.

Ketika mengulas "Perlembagaan Rakyat" pada tahun 1947, Arumugam (gambar kanan) berkata wujudnya dua golongan gandingan politik ketika itu, iaitu golongan progresif dari bawah, yang menjaga "kepentingan rakyat"; sementera satu lagi kombinasi politik dari atas, yang berasaskan perkauman, misalnya UMNO, MCA dan MIC. British memilih untuk berunding dengan golongan UMNO, MCA dan MIC, untuk mengetepikan golongan progresif yang menjaga kepentingan rakyat.

Baca: A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI).

Hanya Kerajaan Berjiwa Rakyat Akan Dipilih Rakyat

Posted: 15 Sep 2011 03:41 AM PDT



GEORGETOWN 15 SEPT : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyatakan tempoh enam bulan dari sekarang adalah penentuan samada eksperimen politik dan hasil kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 sebelum ini dapat melahirkan kerajaan berjiwa rakyat di negeri itu atau tidak.

Dalam kenyataan media sempena Hari Malaysia, Guan Eng berkata, usaha Pakatan dalam menjadikan Pulau Pinang lebih bersih, hijau dan selamat sepanjang tiga tahun setengah mentadbir negeri itu seharusnya sudah menampakkan perubahan dari segi pemikiran dan keyakinan rakyat.

"Warga Pulau Pinang semakin yakin dan optimis terhadap masa depan kerana mereka boleh bergantung kepada kerajaan berjiwa rakyat yang mendengar kata rakyat, melakukan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih cerah," katanya.

"Sesungguhnya tiada pengganti bagi prestasi, produktiviti dan kecekapan," kata beliau kenyataan tersebut.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diketuai Guan Eng telah menjadi mangsa serangan bertali arus UMNO di media serta jalanan.

UMNO sebelum ini mendakwa Guan Eng sebagai anti Melayu, anti Islam serta bersubahat dalam perjudian dan menyatakan kerajaan Pakatan sebagai korup sebaliknya tidak satu pun tuduhan tersebut terbukti benar.

Guan Eng yang memperjuangkan dasar ketelusan selari dengan 'buku jingga' Pakatan Rakyat telah berjaya merubah dasar korupsi UMNO BN sebelum ini.

"Perubahan yang paling besar dalam pemikiran telah berlaku ekoran daripada dasar kerajaan berjiwa rakyat Pakatan Rakyat yang menegakkan kedaulatan undang-undang. Di Pulau Pinang, dasar ketelusan yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri bermakna bahawa sebarang urus niaga tidak lagi memerlukan orang dalam atau orang tengah. Yang diperlukan hanya peraturan dan undang-undang," kata beliau.

Tambahnya, cita-cita Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia adalah untuk membanteras rasuah serta ketidakadilan dalam segenap lapisan masyarakat.

Beliau mahu semua bersepakat dalam semangat setiakawan untuk mencapai aspirasi bersama untuk keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan kebajikan sosial demi masa depan Malaysia yang lebih cerah.

"Hanya dengan ekonomi yang bebas daripada rasuah boleh kita memastikan bahawa rakyat akan makmur dan menerima manfaat. Marilah kita mengazamkan masa depan yang bebas daripada ketakutan dan kronisme. Marilah kita mencita-citakan masa depan di mana semua lapisan masyarakat dan kaum, sama ada Melayu, India, Cina, Kadazan atau Iban, akan dianggap sebagai saudara senegara tanpa sebarang diskriminasi." tambahnya.

Loji Penapisan Minyak Esso Terbakar

Posted: 15 Sep 2011 03:18 AM PDT

PORT DICKSON 15 SEPT : Sebahagian daripada loji penapis minyak milik Esso musnah dalam satu kebakaran di Port Dickson awal pagi tadi melibatkan sebuah pam saluran penghantar minyak dari loji ke kapal.

Kira-kira 100 orang pekerja berada di loji berkenaan semasa kebakaran yang bermula pada lewat tengah malam dan sempat menyelematkan diri sementara api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Saadon Mokhtar memberitahu Bernama pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.06 pagi dan mengejarkan enam jentera bomba termasuk unit Hazamat (bahan merbahaya) bersama 32 anggota ke tempat kejadian.

Katanya, tiada laporan kemalangan atau kecederaan diterima dan kerja memadamkan kebakaran turut dibantu oleh dua jentera bersama-sama 24 anggota pasukan bomba Esso dan Shell.

Tambahnya lagi, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, menurut seorang pekerja di loji berkenaan Kassim Bee Mohamad Kassim, 49, berkata pada awalnya beliau terdengar bunyi mesin yang kuat dan letupan kemudiannya melihat api marak dengan tiba-tiba.

T Mallika, 54, seorang pekerja berkata semasa kejadian, mereka sedang bekerja dan ketakutan serta terus lari keluar menyelamatkan diri apabila melihat api menjulang naik.

Mantan Polis Syak "Rakan" Mat Sabu Cuba Sebar Fahaman Komunis

Posted: 15 Sep 2011 03:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 SEPT: Bekas pengarah cawangan khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Zulkefli Abdul Rahman mengesyaki golongan yang mendampingi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cuba menerapkan semula fahaman komunis di negara ini.

"Mat Sabu bukan komunis. Saya tidak percaya dia komunis. Tetapi adakah dia akan memperkenalkan siapa orang disekeliling dia. (Orang) yang menyampaikan idea untuk membangkitkan Mat Indera," ujar beliau.

Beliau berkata pendekatan terkini Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipercayai masih bergiat aktif di Selatan Thailand menggunakan ahli-ahlinya yang terpelajar untuk menerapkan ideologi parti itu dalam masyarakat.

"Pergerakan komunis tidak akan mati walaupun kita sudah menandatangani perjanjian tidak bererti ia sudah habis. Walaupun pergerakan komunis sudah habis tapi pemahaman masih ada," katanya ketika berucap di dewan Kelab Sultan Sulaiman malam tadi.

Zulkefli bersama tiga panel lain dijemput khas oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dalam sebuah forum bertajuk'Kekejaman Komunis, Mat Indera dan Kemerdekaan' di mana presidennya Datuk Ibrahim Ali bertindak sebagai moderator.

Inisiatif forum itu dianjurkan bagi menjawab spekulasi yang dicetuskan oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam ucapannya di Tasik Gelugor 21 Ogos lalu menyentuh perjuangan Mat Indera yang dianggap sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Dalam ucapannya Zulkefli menyifatkan ideologi komunis mengatasi agama.

Menurut beliau, mana-mana individu yang telah menawarkan diri untuk menjadi pengikut komunis maka 'segala yang diperjuangkan demi kepentingan manusia'.

"Komunis tidak akan meninggalkan objektif dan matlamat untuk menkomuniskan (masyarakat). Masa tidak menjadi sebarang masalah," katanya lagi.

Tambahnya lagi komunis hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan atas masalah yang melanda negara termasuk sosial, budaya dan perkauman.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Damai dengan negara Thailand dan PKM di Haadyai pada 2 Disember 1989.

Persetujuan yang dimeterai ketiga-tiga pihak itu menyebut agar PKM menghentikan perjuangan bersenjata selain perlu berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agong Malaysia.

Turut dinyatakan kerajaan Malaysia sedia membantu mana-mana ahli PKM yang telah meletakkan senjata untuk menetap di negara Malaysia untuk memulakan hidup baru.

Namun permohonan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng untuk kembali ke tanah air pada tahun 2009 ditolak kerajaan Malaysia kerana beliau masih memegang jawatan setiausaha agung parti itu.

Beliau yang telah hidup dalam buangan selama 22 tahun pernah memohon untuk kembali ke tempat kelahirannya di Setiawan, Perak.

PR Saran Najib Lepaskan Portfolio Kementerian Kewangan

Posted: 15 Sep 2011 03:03 AM PDT

PETALING JAYA 15 SEPT : Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan beliau kepada orang lain kerana kegagalan rancangan transformasi ekonominya sejak 3 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat menyatakan sejak Najib memberi tekanan kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 17 September 2008 untuk menyerahkan Kementerian Kewangan kepadanya, Kementerian itu tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan menerusi Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.

"Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa Datuk Seri Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga Umno.

"Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal di mana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik,"tulis kenyataan media itu.

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat diketuai oleh ahli parlimen Kuala Selangor dari PAS Dr Dzulkefly Ahmad dan beberapa lagi ahli parlimen seperti ahli parlimen Bukit Bendera dari DAP Liew Chin Tong, ahli parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Najib telah mengemukakan beberapa gagasan besar sepanjang tiga tahun ini untuk meningkatkan pengaruh dan sokongan beliau sebagai Perdana Menteri.

Ini termasuklah konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Ekonomi Kerajaan (PTE), RMK-10 dan Model Baru Ekonomi (MBE).

Walaubagaimanapun, MBE dan konsep 1 Malaysia dilihat seolah disabotaj sendiri oleh parti beliau iaitu Umno dengan kenyataan berani pihak-pihak tertentu yang seolah-olah mempertikaikan program tersebut terutamanya kumpulan Pendesak Melayu, Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali dan secara majoriti dianggotai pimpinan akar umbi Umno sendiri.

Menurut kenyataan tersebut lagi, Najib sebagai Menteri Kewangan, turut mengakibatkan negara kerugian berpuluh juta ringgit kerana kesilapan yang sepatutnya tidak dilakukan beliau.

"Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.

"Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi," dakwa Pakatan Rakyat.

Justeru, Pakatan Rakyat mahu Najib secara sukarela 'bersara' dari Kementerian itu sebelum keadaan ekonomi Malaysia meruncing.

"Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Datuk Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannya kepada Tun Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh,"katanya lagi.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sayap kiri menang, Denmark dapat PM wanita pertama

Posted: 15 Sep 2011 08:06 PM PDT

Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial melambai ke arah penyokongnya di ibu pejabat pilihan raya parti itu di Copenhagen semalam. — Foto Reuters
COPENHAGEN, 16 Sept — Sayap kiri Denmark 'Red bloc' mengambil alih kuasa negara itu dengan menewaskan kerajaan Perdana Menteri Lars Lokke Rasmussen dalam pilihan raya paling sengit, yang dipengaruhi oleh kemarahan rakyat berhubung ekonomi negara yang merudum. Dengan perkembangan itu, Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial akan menjadi perdana menteri - wanita pertama memegang jawatan itu selepas Rasmussen mengaku kalah.
Read More / Baca Lagi >>

Tuduhan liwat dan kaitannya dengan 16 September

Posted: 15 Sep 2011 08:04 PM PDT

Mohd Rashidi Hassan
ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respon

Posted: 15 Sep 2011 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Negara perlukan akta halang kerajan dari menzalimi rakyat

Posted: 15 Sep 2011 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.

"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.

"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum  malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : PM Bangladesh sahkan rakyatnya jadi rakyat Malaysia??

Posted: 15 Sep 2011 07:56 PM PDT

Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.

Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Undilah - Bahasa Melayu (Afdlin Shauki Namewee Kuli Pete Teo)

Posted: 15 Sep 2011 07:30 PM PDT

Video: British, French Leaders in Libya

Posted: 15 Sep 2011 07:08 PM PDT

Video : Egyptian steel magnate jailed for corruption

Posted: 15 Sep 2011 07:06 PM PDT

Video : Hoda - Libya

Posted: 15 Sep 2011 07:05 PM PDT

Milik siapakah kemerdekaan ini?

Posted: 15 Sep 2011 07:02 PM PDT


16 SEPT — Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita.
Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa: Langkah Najib jangan sampai ‘keris makan tuan’

Posted: 15 Sep 2011 07:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 16 Sept ─ Pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu, Perkasa mengambil sikap berhati-hati tetapi menasihatkan "jangan keris makan tuan" ekoran pentadbiran Najib memperkenalkan pembaharuan politik ─ antara lain memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Justeru, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, Perkasa mengambil sikap tunggu dan melihat undang-undang baru yang akan diperkenalkan dan jangan akhirnya kelonggaran yang diberikan membawa mudarat.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal Parpukari

Posted: 15 Sep 2011 06:42 PM PDT

Oleh: MSK
Akhirnya…terbongkar juga skandal Parpukari. Kalau dulu dia begitu seronok menghentam Topeng Perak yang digelarnya sebagai blogger belaan Husam Musa..sekarang giliran Parpukari pulak untuk digelar blogger belaan Zambry Kadir.
Sejak dua hari sudah, skandal Parpukari menjadi hits, yang mana pendedahan dibuat oleh Edyes. (sepanjang yang aku baca). Parpukari dikatakan mendapat RM80,000 sebulan. untuk memblog. Betul ka tuduhan Edyes terhadap Parpukari?
Aku tau benda ni lama dah dan dah lupa bila. Sekitar selepas Pemilihan PKR. Masa tu aku buat surat cuti untuk berehat dari PKR dan dalam masa itu juga aku ditawarkan untuk menjadi blogger hantu untuk Umno. Mungkin Wan Larut boleh confirm masa offer untuk mencari blogger Umno tu.
Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali.
Read More / Baca Lagi >>

Berjimat tidak rayakan 31 Ogos lagi

Posted: 15 Sep 2011 06:39 PM PDT

Tanggal 31, bulan lapan 57…Hari Merdeka sudah tidak dirayakan kerana hari ini pakar sejarah negara telah berjaya mengubah persepsi 54 tahun yang mendungukan masyarakat. Kecewa dan merana kerana sebenarnya hidup-hidup kita semua generasi baru di dalam lembaran anak merdeka telah hilang keyakinan erti kemerdekaan.
Sekali air bah, sekali juga pantai berubah. Kini bukan bah, malahan tsunami melanda sehingga ramai pejuang hari kemerdekaan terpaksa ditidakkan kerana Malaysia sebenarnya tidak merdeka. Bohong..bohong dan bohong di dalam sistem pendidikan negara kerana rupanya apa yang kita pelajari untuk berjaya di dalam peperiksaan pelajaran hanya bohong belaka.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh ISA: AFTQ mahu semua terlibat

Posted: 15 Sep 2011 06:36 PM PDT

Armed of the Quill (AFTQ) Malaysia hari ini mengalu-alukan keputusan kerajaan Malaysia bagi memansuhkan secara keseluruhannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan turut mengkaji secara terperinci beberapa akta peninggalan kolonial yang diamalkan sebagai satu langkah yang tepat untuk memperbaiki tahap demokrasi di negara ini.
Menurut wakilnya di Malaysia, Shaharul Anwar Shafie yang berpendapat langkah ini menepati kehendak rakyat yang juga dapat mengembalikan kedaulatan undang-undang sebagai menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan demokrasi kepada setiap rakyatnya. Ini adalah kerana akta-akta ini sendiri dilihat sebagai bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan itu sendiri yang membantutkan demokrasi yang diamalkan.
Read More / Baca Lagi >>

ISA : Mohon Maaf, Bayar Pampasan dan Tutup Kem Kemunting.

Posted: 15 Sep 2011 06:21 PM PDT

Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani. Setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhP4IvF799ksgQZimsFJZGnshX4RGj7vLI3S3hSnDooQzo5LQmROBCR5wBZlbBHkhe_8XnOMEXI28XFTcRp2VoNpZ1SFp8WkyrlwGaNa8cwzaAnZdieUtoztv0zGOXWwbaiOG5ROzynrXVP/s1600/cover+Sengsara+Kem+Kamunting.jpgat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan  supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA], kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata - mata kerana persaingan politik yang tidak matang.


2. Saya tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah mengisytiharkan komitmennya untuk memansuhkan ISA sebentar tadi,  biarpun UMNO dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang - undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan. Sementara PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam.Read More / Baca Lagi >>

Debat sejarah merdeka: Pemuda PAS gesa henti provokasi, bersihkan nama pejuang

Posted: 15 Sep 2011 06:17 PM PDT

Pemuda PAS hari ini menggesa kontroversi penulisan sejarah kemerdekaan negara ditangani dengan cara ilmiah untuk memberi keadilan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan, dan mengecam serangan provokasi Umno terhadap PAS.

Kenyataan Nasrudin Hassan, ketua Pemuda PAS itu merupakan kenyataan terbaharu daripada PAS yang dilihat cuba membawa debat yang telah berpanjangan ini ke arah yang lebih positif.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh ISA bukti Najib tertekan hadapi PRU 13

Posted: 15 Sep 2011 06:16 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan langkah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.

Dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu itu, Najib mengumumkan rancangan pemansuhan ISA dan beberapa peraturan lain termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, peraturan yang ditentang hebat pengamal media negara ini, terutama yang cenderung pembangkang.

Ekoran pemansuhan ISA, undang-undang lain akan digubal bagi tujuan keselamatan, tindakan yang bakal mendapat perhatian wakil-wakil rakyat pembangkang yang dilihat masih berhati-hati dengan tindakan Najib ini.Read More / Baca Lagi >>

ISA dimansuhkan - kita tunggu ratusan isu yang lain diselesaikan

Posted: 15 Sep 2011 06:15 PM PDT

ISA akhirnya di mansuhkan setelah begitu lama diperjuangkan oleh rakyat dan Najib mengambil tindakan unuk menuruti kehendak sebagagian rakyat supaya Akta itu dimansuhkan. Akta ini telah menjadi isu yang begitu lama diperjuangkan oleh sebahagian rakyat melalui berbagai-bagai NGO dan parti-parti pembangkang dan isu ini merupakan isu yang sangat kuat dipertahankan oleh kerajaan BN yang memerintah sejak merdeka.

Oleh kerana keadaan lemah yang sedang menimpa kerajaan BN maka Najib mengambil langkah untuk menurunkan sedikit keresahan sebahagian rakyat terhadap kepimpinan BN dan kepimpinan beliau sendiri dengan mengambil langkah menyerah dan memansuhkan Akta ini.

Oleh itu syabas di ucapkan kepada parti-parti pembangkang serta NGO yang selama ini memperjuangkan supaya Akta ini dimansuhkan…..dan dalam keadaan BN lemahlah rupanya baru usaha berbagai pihak untuk memansuhkan akta ini berjaya. Elok kita ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Najib kerana membebaskan rakyat dari keresahan kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri yang di tinggalkan oleh penjajah British dahulu (jika kita masih mengakui yg kita pernah dijajah).
Read More / Baca Lagi >>

Najib's ISA reforms vague and limited: Same old 'pretend' game, slams Surendran

Posted: 15 Sep 2011 06:11 PM PDT

Najib's ISA reforms vague and limited: Same old 'pretend' game, slams Surendran The limited reforms announced by the Prime Minister tonight is a testament to the dogged, determined and noble struggle of countless dedicated activists, NGOs and opposition political parties over the past five decades, against the wide array of oppressive legislation maimtained by the BN.
To bring about tonight's limited gains, many of these brave Malaysians suffered grievously (including long periods of detention) at the hands of the Alliance/BN government and its merciless security apparatus.
It is noteworthy that the Prime Minister offered no recognition whatsoever to the historic struggle of civil society and the political opposition in their struggle for a free Malaysia. That the government has finally given in and agreed to these reforms proves the justice and validity of the opposition's long hard struggle against these harsh laws. In tonight's speech, there was no admission or even recognition of wrongdoing in the usage of these laws against the rakyat for five long decades.
Read More / Baca Lagi >>

Terbongkar : Mansuh ISA Untuk Selamatkan Najib Altantuya

Posted: 15 Sep 2011 06:09 PM PDT


Di sebalik pengumuman Najib Altantuya yang berjanji akan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain, rupanya ia hanya semata-mata diumum untuk kepentingan dan survival politiknya sendiri.Read More / Baca Lagi >>

Sept 16: A BN mole upset the Pakatan takeover in 2008

Posted: 15 Sep 2011 06:05 PM PDT

Sept 16: A BN mole upset the Pakatan takeover in 2008Three years since the watershed General Elections on Sat 8, Mar 2008, it's clear that Sept 16 in a future year will be the pivotal date for Sabah and Sarawak to win back their rights and freedom enshrined, inter alia, in the 1963 Malaysia Agreement.
The first shots were fired in the weeks and months running up to Sept 16, 2008 when it appeared with increasing certainty that this would be the moment when Sabah and Sarawak would be the proverbial tail wagging the dog.
Alas, it was not to be.
BN-mole spoilt the Sept 16, 2008 crossover
The exact details on Sept 16, according to the movers and shakers behind the scenes, were betrayed to the BN some three months before the Federal Government was set to fall. There was a BN mole in the inner circles of de-facto Parti Keadilan Rakyat leader, Anwar Ibrahim.
The betrayal allowed BN to hastily arrange, through a noted moneybag, a so-called study tour of Taiwan by Sabah and Sarawak MPs.
Read More / Baca Lagi >>

Liberty is just a mirage

Posted: 15 Sep 2011 06:04 PM PDT

Actor Mano Maniam peels away the facade and discovers that Malaysia lost its liberty when it was covertly replaced by feudalism under the labels of 'Bumiputera and non-Bumiputera'.

When Mano Maniam speaks, the world takes a deep breath and perceptibly slows down.
Mano has a manner of articulating his thoughts with the steady calmness that only illuminates their strength.
It's with this same calmness that he refuses to have his picture included alongside this interview lest he is tagged as "that Kopitiam fella" and his words dismissed.
The potentiality is particularly worrisome because Mano, 66, has a lot to say on liberty in Malaysia. Two full pages of thoughts to be exact.
"I came home dog-tired last night and went straight to bed but got up again to write all this down," he said, showing off his scribbled notes.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's Sept 16 fiasco: Glamour announcement but no real change

Posted: 15 Sep 2011 06:02 PM PDT

Najib's Sept 16 fiasco: Glamour announcement but no real changeTo mark Malaysia Day, Prime Minister Najib Razak sprung a shock raft of reforms that upon closer scrutiny led nowhere. Civil society and legal experts were left dumbfounded at his audacity and inability to learn from hard knocks of the past that the Rakyat or populace was no longer so easily fooled by the superficial and the cosmetic.
The People's Justice Party or PKR led by Opposition Leader Anwar Ibrahim ticked Najib off for trying to give a false impression to Malaysians that they could look forward to greater democracy and social justice, when effectively, there was little real change and a possibility that new laws made to replace the ISA could contain similarly oppressive clauses.
Read More / Baca Lagi >>

Hisham: Akta baru ganti ISA tak ambil masa lama....adakah akta baru lebih zalim dari ISA..???

Posted: 15 Sep 2011 06:00 PM PDT

Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata undang-undang baru itu akan merujuk undang-undang di negara lain sebagai contoh.

"Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana Angkasapuri malam ini.

Read More / Baca Lagi >>

ISA: PAS anggap kemenangan rakyat tapi gesa kerajaan mohon maaf

Posted: 15 Sep 2011 05:55 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Sept – Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah satu kemenangan buat rakyat selepas desakan dan tuntutan bertubi-tubi parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan agar penguatkuasaannya dibatalkan.
Bagaimanapun tegas beliau, selaras dengan pemansuhan undang-undang penahanan tanpa perbicaraan itu, kerajaan juga perlu meminta maaf kepada rakyat kerana menahan puluhan orang sepanjang lima dekad lalu.
Read More / Baca Lagi >>