Ahad, 11 September 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


Rumah Terbuka 1Malaysia: Lim Guan Eng jadi tumpuan rakyat?

Posted: 11 Sep 2011 08:00 PM PDT

Biarlah gambar-gambar di bawah ini bercerita. Kata-kata tidak perlu menghuraikannya.

Rakyat berkerumun untuk bergambar dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng bersama barisan exconya. Kelihatan TKM1 Dato Mansor Othman.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tanpa protokol dan kawalan keselamatan secara terbuka menghadiri majlis itu.

PM Dato'Seri Najib Razak kata, kerajaan persekutuan tidak akan mengetepikan Pulau Pinang meskipun dikuasai pembangkang. So jangan bimbangkan sokonglah pakatan rakyat pada pru13 nanti.

Datuk Zainal bersalaman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Secara protokol sepatutnya Ketua Menteri lebih tinggi kedudukannya daripada Rais Yatim

Para pelajar tidak lepaskan peluang bergambar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan exconya menghadiri majlis rumah terbuka AidilFitri Kerajaan Persekutuan di Guar Perahu. Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak.

p/s:Apa yang boleh kita lihat rakyat lebih mesra dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari PM Najib...

Sumber: D'Perbatasan

FILEM BUKIT KEPONG - AKU TAK JUMPA `MAT INDERA', AKU JUMPA `UNION JACK'..

Posted: 11 Sep 2011 11:56 AM PDT

Bendera `Union Jack' diturunkan, walaupun kita tidak dijajah?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU menanti tayangan filem `Bukit Kepong' di TV 2 malam tadi. Kebetulan masa itu aku berada di rumah seorang teman kerana dijemput berhari raya di rumah terbukanya. Di rumahnya aku menonton filem arahan orang kuat Umno, Jins Shamsudin itu.

Jika dahulu, terasa sebak juga dihati apabila menonton filem yang dikatakan dipetik dari sejarah ini. Tapi kali ini, perasaan aku berbeza kerana aku bukan bodoh sangat seperti dahulu. Aku menonton juga filem ini kerana aku ingin menyaksikan watak `Mat Indera' di dalam filem tersebut yang ada pihak yang mendakwa Mat Indera itu zalim dan ganas. Mat Indera mengetuai `Komunis' di dalam serangan ke atas Balai@Rumah Pasong Bukit Kepong tersebut, dakwa mereka. Malangnya hasrat aku tidak tercapai.


Ini bukan `Mat Indera'....

Apa yang aku temui hanyalah sebuah bot yang tertera lambang `Union Jack'. Setahu aku Union Jack ini dimiliki oleh British dan dikibarkan di Tanah Melayu sewaktu British `makan angin' di Tanah Melayu seperti kata seorang Prof yang suka `makan kangkung' itu. Dan, ada seorang lagi Prof pula mendakwa Union Jack itu dibawa oleh British ke Tanah Melayu menandakan mereka hanya ingin menjadi `Penaung' kepada Tanah Melayu ketika itu. Kata Prof kepada anak Kling ini juga, waktu itu Tanah Melayu tidak dijajah kerana diperintah oleh Raja-Raja Melayu.

Jadi, berterima kasih lah aku pada RTM kerana sudi menayangkan filem `Bukit Kepong' berkenaan kerana mencerahkan minda aku dan kenal lah aku siapa yang memiliki Balai@Pasong di Bukit Kepong tersebut. Aku tidak mengambil tahu siapa dan sebab apa mereka menyerang Balai@Pasong di Bukit Kepong berkenaan, cumanya yang aku tahu rupa-rupanya `Union Jack' ada di situ.

Pembelajaran yang aku perolehi hasil dari aku tonton filem tersebut hanya ada dua sahaja, iaitu tiada kelibat `Mat Indera' dan ada kelibat `Union Jack'. Apa itu `Union Jack'? Mungkin Queen Elezebeth lebih tahu kisah ini./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mat Sabu, NGO dan laporan polis – Oleh Haris Zuan

Posted: 11 Sep 2011 09:02 AM PDT

11 September 2011

Menjelang sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia seluruh negara terasa kemeriahannya. Tapi kali ini tidak hanya dirayakan secara tipikal dengan melekatkan Jalur Gemilang bersubsidi di kenderaan dan premis masing-masing tetapi disemarakkan dengan isu pejuang kemerdekaan sebenar.

Oh, ya, ketika tulisan ini disiapkan, isian semula prabayar untuk semua rangkaian telefon mudah alih dikenakan cukai sebanyak 6 peratus. Mungkin ini juga termasuk dalam acara sambutan Merdeka.

Mat Sabu – maaf, memperkenalkan siapa beliau hanya akan menghina popularitinya kini – menarik perhatian seluruh warga dengan mengangkat semula tokoh Mat Indera, sebagai pejuang kemerdekaan.

Pastinya ini membikin ribut yang tidak kecil, khususnya di stesten RTM dan TV3, Mat Sabu yang cool ini dihentam semahunya tanpa ada ruang untuk mempertahankan pandangannya. Malangnya, makin dihentam, makin tinggi pula minat warga untuk menyemak kembali dakwaan Mat Sabu ini.

Terima kasih Facebook dan Tweeter

Sikap media kawalan kerajaan UMNO-BN ini sangat mudah untuk dijelaskan; sejak tahun 1957, kerajaan telah mengekslusifkan sambutan kemerdekaan sebagai perayaan mengenang jasa UMNO dan BN (dulunya Perikatan) memerdekakan Tanah Melayu, dan tiba-tiba Mat Sabu mengoncang tradisi ini lalu membuka wacana yang lebih segar dan real tentang merdeka.

Malangnya, sebagaimana maklum, wacana bukan budaya UMNO-BN, maka segala ruang yang ada cuba dikawal dan dihadkan. Terima kasih pada Facebook dan Tweeter.

Dalam pada itu, percakapan Mat Sabu ini mendapat reaksi yang berbeza dalam kalangan mereka yang kelihatannya tidak mendapat manfaat dengan kenyataan Mat Sabu ini.

Entah bagaimana, kini seakan menjadi budaya ikutan yang sangat fashionable untuk mengaku sebagai NGO – kumpulan pendesak, ahli masyarakat sivil – dan membuat puluhan malah ribuan laporan polis, kemudian berdemontrasi kecil di hadapan balai lengkap dengan sepanduk, dihangatkan pula dengan ucapan yang sebahagiannya sangat dangkal, sesak dengan retorik serta kadang-kala separuh mengugut.

Kegemparan dan kegilaan apakah ini? Mana hujah dahulunya yang mengatakan bahawa demonstrasi itu merosakkan imej negara? Kini, Persatuan Bekas Polis dan Tentera juga turut melakukan unjuk rasa. Selangkah untuk demokrasi.

Ya, sebagai kelompok yang mengaku sebagai daripada warga yang prihatin, menjadi hak mereka untuk menyuarakan bantahan dan kecaman terhadap isu yang mereka rasakan menggugat kepentingan segmen masyarakat yang mereka wakili.

Proses politik waras

Namun, mari kita bertanya dengan penuh kewarasan dan rasa sedar, bagaimana siri laporan polis ini membantu proses politik negara?

Dalam teori penglibatan aktif warga (participatory citizenship), kelompok sivil seharusnya berperanan mencetuskan minat awam terhadap isu yang bersangkutan dengan kepentingan umum, menggerakkan wacana-wacana dalam medan yang rasional dan seterusnya membina pandangan awam (public opinion) terhadap isu tersebut.

Melalui proses politik ini, maka masyarakat akan menjadi lebih peka, matang, dan ini pastinya akan membantu mereka menentukan sikap terhadap isu yang dipolemikkan.

NGO dan elemen masyarakat sivil lainnya – sebagimana dalam teori demokrasi liberal – penting untuk menjambatani masyarakat yang rencam (pluralistic) dan terpencar (fragmented) untuk berinteraksi dan menjernihkan isu secara kolektif – bukan hanya disuapkan dengan pandangan elit politik melalui media kawalan mereka sahaja.

Zygmunt Bauman memudahkan huraian ini dengan merumuskan peranan aktif warga ini sebagai "seni menterjemahkan permasalah individu kepada isu awam, dan kepentingan bersama kepada hak dan tanggungjawab individu".

Dialog, bukan kecaman atau laporan polis

Baiklah, kini mari kita tanyakan, Apakah NGO yang tidak diketahui jelas aktiviti lain mereka kecuali ghairah menebalkan fail laporan polis dan mengeluarkan kenyataan kecaman menjalankan peranannya sebagai penggerak masyarakat?

Semangat dan kesungguhan mereka mahu terlibat dalam polemik nasional yang dicetuskan oleh pandangan Mat Sabu harus dipuji dan dirayakan.

Namun, kelihatannya peranan kumpulan pendesak konsevatif ini hanya terhenti setakat siri laporan polis dan marah-marah yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Malah, seolah-olah, mereka ini hanya berminat untuk meraih publisiti murahan dengan menahan lukah di air keruh. Semoga tuduhan ini tidak benar.

Selain Ketua Pemuda UMNO yang ada inisiatif untuk berdebat dalam isu ini – sungguhpun kurang kena gayanya – tidak ada organisasi lain yang lantang mengecam Mat Sabu mahu berdialog, diskusi atau berforum sebagaimana Free Public Forum Malaysia (FPF) yang menganjurkan forum di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor.

Maka, besar harapan agar wacana yang dicetuskan Mat Sabu ini berkembang subur dan membantu mematangkan cara fikir seluruh warga.

Apa yang paling penting, bukan untuk mengangkat siapa-siapa, tapi setidaknya, marilah kita berusaha berlaku adil dengan sejarah bangsa kita – bangsa Malaysia. – Roketkini.com

Nota: Baru-baru ini Majlis Profesor Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, hanya dinaungi British.

PAS cabar Umno buat pendirian Malaysia tidak pernah dijajah

Posted: 11 Sep 2011 07:10 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
September 11, 2011

GOMBAK, 11 Sept — PAS mencabar Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah menjadi tanah jajahan British dan tidak dijajah oleh mana-mana kuasa asing lain.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.

"Umno harus nyatakan pendirian berhubung kenyataan MPN bahawa negara tidak pernah dijajah kerana implikasinya cukup besar... implikasi awam dan implikasi akademik.

"Umno perlu nyatakan pendirian sama ada sokong atau menentang kenyataan MPN itu, Umno tak boleh duduk diam kerana mereka adalah pemerintah, kita cabar Umno nyatakan pendirian. Kalau betul negara tidak pernah dijajah, kita minta sambutan Hari Pahlawan pada 16 September ini dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Hari Terbuka PAS sempena Aidilfitri di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini.

Tegas Tuan Ibrahim, sejak isu itu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling beberapa hari lalu, Umno masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

"Umno tak bagi apa-apa kenyataan lagi, apa yang dikatakan MPN itu adalah perkara penting, ia memberi implikasi yang besar kepada negara.

"Kalau Umno masih berdiam diri dan tidak mahu jawab kita boleh anggap Umno tidak bertanggungjawab," katanya.

Jelas beliau, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah juga akan menjadi masalah sekiranya fakta sejarah negara tidak tepat.

"Bagaimana dengan murid-murid sekolah yang mahu ambil UPSR nanti, mereka jadi keliru.

"Walau bagaimanapun Umno perlu jawab dan nyatakan pendirian mereka dalam hal ini," katanya.

Selain Zainal, beberapa pakar sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam menegaskan negara tidak pernah dijajah British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.

Penelitian The Malaysian Insider ke atas ucapan dan tulisan bekas perdana menteri dan perdana menteri sejak 1957 menunjukkan perkataan penjajahan British dan negara kolonial ada digunakan

SIARAN LANSUNG dari World Trade Centre - Ulangtahun ke 10 Tragedi 911

Posted: 11 Sep 2011 06:11 AM PDT

Saksikan siaran langsung DI SINI

Guan Eng di Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka @ Pmtg Pauh (gambar)

Posted: 11 Sep 2011 03:41 AM PDT


Lagi gambar-gambar di SINI

Isteri Bung rindukan dunia lakonan ... macamana Bung boleh ker?

Posted: 11 Sep 2011 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hampir dua tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan, pelakon Zizie Ezette mengakui rindu untuk kembali ke dunia yang dicintainya itu.

Ditemui ketika majlis rumah terbukanya di Ukay Perdana pada Sabtu, Zizie memberitahu dia sedang menunggu waktu yang sesuai untuk kembali ke persada seni lakonan kerana masih menyesuaikan diri sebagai seorang isteri.

"Saya rindukan dunia lakonan kerana itu adalah minat saya sejak dari dulu lagi cuma kini ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan terlebih dahulu iaitu tanggungjawab kepada rumah tangga.

"Tetapi adakalanya saya akan berlakon di hadapan cermin jika rindu untuk berlakon," ujarnya.

Bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, Zizie turut menegaskan dia tidak akan bersara daripada dunia lakonan dan suaminya tidak pernah menghalangnya untuk kembali aktif berlakon.

Namun katanya, jika kembali berlakon kelak dia akan lebih selektif terhadap watak dan peranan yang diberikan oleh pihak produksi kepadanya bersesuaian dengan status yang dipegangnya kini.

"Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan kepada pihak media untuk bersara dari dunia lakonan. Suami saya juga tidak pernah menghalang jika saya ingin bergiat aktif kembali tetapi keputusan untuk menumpukan kepada rumah tangga buat ketika ini dibuat oleh saya sendiri," katanya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai anak, Zizie berkata dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata tetapi rezeki belum menyebelahi dirinya dan suami.

"Sudah tentu setiap pasangan yang berkahwin mahukan anak dan tidak terkecuali saya. Saya dan suami masih berusaha tetapi dalam soal ini kita hanya mampu merancang, Tuhan juga menentukannya," katanya.

Sementara itu, Zizie yang mempunyai syarikat sendiri yang diberi nama 2121 Vision Pictures memberitahu dia sedang merancang untuk menerbitkan drama dan telefilem sulung dibawah syarikatnya itu.

"Skrip sudah ada tetapi saya tidak mahu terburu-buru untuk menghasilkan drama atau telefilem kerana banyak perkara lain yang perlu diberikan perhatian dalam menjayakan sesuatu projek," ujarnya yang akan mengambil adiknya, pelakon Shaiezy Sam untuk berlakon dalam projek tersebut. - mStar

bumiperak

bumiperak


Sekitar Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri-Merdeka 2011

Posted: 11 Sep 2011 08:48 AM PDT

PERMATANG PAUH 11 Sept (Bernama & facebook GE.Lim) Hujan lebat sejak awal pagi tidak menghalang lebih 25,000 orang pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu (SMKGP), di sini hari ini.


Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum itu mengambil kesempatan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di padang sekolah berkenaan pada pukul 12 tengah hari diiringi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Najib mengambil masa lebih setengah jam memasuki ruang utama tetamu kerana bersalam-salaman dengan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan sekolah berkenaan.

"Saya rasa sungguh meriah, kita dapat beraya bersama-sama hari ini," katanya. Perdana Menteri secara berseloroh berkata kedatangan beliau ke Pulau Pinang kali ini disambut dengan pelbagai jenis bendera.

"Saya disambut pelbagai jenis bendera ada bendera negara, biru tua dan biru laut seolah-olah esok pilihan raya tetapi hari ini bukan kerana pilihan raya tetapi kita berkumpul untuk berhari raya," katanya yang disambut sorakan daripada pengunjung yang hadir.

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan rombongannya yang turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu.
Tazkirah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB lim Guan Eng kepada Najib dan Rais Yatim

Pertemuan antara KM Pulau Pinang dan KM Melaka. 


Tangkap sekali lagi Lim Guan Eng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?


Peduli apa.. Redah saja dalam Negeri Pakatan






Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Gosip Murahan : Hensem Sangat Ke Mamat Ni Sampai Ramai Perempuan Berebut Dia?

Posted: 11 Sep 2011 08:42 PM PDT

Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.

Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu. Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.

Saya memang tak dapat hidu percintaan antara Mamat dan Fida, jadi saya sedih apabila dapat tahu mereka dah berkawan. Ketika Mamat bertemu Fida, saya dan Mamat masih lagi bersama. Tapi saya tak rasa Fida ini perampas. Mamat nie kalau bercakap ayat manis. Katanya mereka dah kenal enam bulan ketika penggambaran Man Sewel Datang KL. Ketika mereka terbabit dalam penggambaran, saya masih bersama Mamat. Saya yang ikut Mamat ambil skrip berkenaan. Sebab itu saya yakin, ketika dia mengenali Fida, saya masih bersama Mamat.

Mamat nie curang! Dia memang ada ramai perempuan! Ada juga bekas kekasih Mamat yang cari saya, nak bunuh diri kerana dia. Sebab tue saya katakan Fida bukan perampas, dia tak tahu apa-apa. Kasihan dia. Tapi saya harap Mamat berubah apabila dia dengan Fida sekarang. Jangan jadi seperti sebelum ini, lepas seorang seorang dia kenakan.

Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah. Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling. Itu yang saya bengang.


.......................

Bagi boifren sarung cincin dekat jari sebelum kahwin?
Declare diri milik lelaki itu sebelum kahwin?
Kena tinggal sebab boifren ada awek lain?
Boifren mintak balik cincin yang "murah" tak sampai RM500?

PAWNED!

Ingat,jangan biarkan diri anda jadi seperti gadis itu.
Jika anda rasa perasaan malu anda kurang,
pergi ke kedai, belilah sedikit rasa malu dalam sekilo atau dua kilo.

ps - bior btol ramai awek nak bunuh diri sebab lelaki sekacak itu?

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ADUN SEMANTAN BERAYA BERSAMA MASYARAKAT

Posted: 11 Sep 2011 05:08 AM PDT


YB Syed Hamid Syed Mohamad,ADUN Kuala Semantan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibubapa di pejabat PAS Temerloh siang tadi.




TEMERLOH-Siang tadi bertempat di Pejabat PAS Temerloh, ADUN Semantan YB Syed Hamid bersama ribuan penduduk sekitar Temerloh telah mengadakan hari raya terbuka berhadapan Pejabat PAS temerloh.Majlis yang bermula pada jam 10.0 pagi tadi dan berakhir jam 3.00 petang di hadiri oleh berbagai lapisan masyarakat baik kaum India dan juga kaum Tionghua yang turut serta merayakan majlis hari raya peringkat Temerloh.

Dalam ucapan ringkas beliau , YB Syed Hamid mengucapkan jutaan terima kasih dengan kehadiran ramai penyokong mahu pun bukan penyokong parti PAS, malah mengalu-ngalukan ribuan hadirin dari kawasan sekitar.Tanpa bas, kehadiran artis dan juga duit... penyokong pakatan tetap hadir bagi menyambut dan sebagai tanda sokongan kepada pemimpin dan ini yang tidak ada kepada penyokong Umno

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Misteri surat izin Komsas

Posted: 11 Sep 2011 08:50 PM PDT

12 SEPT — Isu mengenai sekumpulan penulis yang mendakwa dinafikan hak royalti teks Komsas ternyata masih jauh daripada menemui titik penyelesaian.
Surat rayuan yang ditulis oleh Rohani Deraman (Johor), Amy Suzani Mohd Ainuddin (Kelantan), Hazama Harun (Kuala Lumpur), Mohd Izan Abd Hazes (Kuala Lumpur) dan Erda Roslan Khairi (Putrajaya) pada 26 Ogos 2011 tidak mendapat perhatian pihak berwajib.
Begitu juga e-mel rasmi kepada Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran dan semua penerbit terbabit pada 2 September. Hanya Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bersikap profesional dan gentleman dengan mengirim balasan yang memang memuaskan hati.
Read More / Baca Lagi >>

Salah Siapa : Malaysia tak Merdeka?

Posted: 11 Sep 2011 08:47 PM PDT

Malaysia tak Merdeka?Sejak Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu membangkitkan isu siapakah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya, ramai pihak, khususnya daripada pihak kerajaan, para pemimpin Umno dan BN tampil ke hadapan mengecam ulasan pemimpin PAS itu dan ada pula yang mengecap beliau sebagai pendukung komunis ataupun pengkhianat negara.
Tidak cukup dengan itu, kerajaan BN dan para pemimpin Umno sekarang mengeluarkan beberapa kenyataan yang memutarbelitkan sejarah pejuang-pejuang kemerdekaan dan memberikan tanggapan bahawa mana-mana pihak yang mengusahakan perjuangan kemerdekaan sejak sebelum Perang Dunia Kedua sehinggalah tahun 1945 adalah komunis dan pengganas, tak kira siapa sebenar mereka, baik kaum Melayu, Cina mahupun India, asalkan jika ada wujudnya para pejuang kemerdekaan yang bertahan sehinggalah ke tahun 1945, maka mereka itulah semuanya pengganas dan komunis belaka.
Read More / Baca Lagi >>

Dusta kerana terdesak, kisah Najib dibongkar pelajar Malaysia di Perth

Posted: 11 Sep 2011 08:46 PM PDT

Dusta kerana terdesak, kisah Najib dibongkar pelajar Malaysia di Perth Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya.
"Mereka telah menjadi orang-orang yang pendusta bersiri - tiada ubatnya," Ahli Parlimen PKR, Gopeng Lee Boon Chye; seorang doktor yang terkenal, memberitahu Malaysia Chronicle.
Insiden terbaru melibatkan Najib, yang telah dilihat keluar secara senyap-senyap dari negara ini untuk berehat sebentar di Perth Australia pada Hari Kebangsaan Malaysia , 31 Ogos yang lepas.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Tukar kerusi ‘suka sama suka’

Posted: 11 Sep 2011 08:44 PM PDT

Pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat selepas keputusan dari negeri-negeri diterima.
GOMBAK: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertukaran kerusi dalam Pakatan Rakyat di beberapa negeri berdasarkan konsep 'suka sama suka' terutama melibatkan kawasan yang mempunyai pengundi campur.
Menurut Tuan Ibrahim, pertukaran kerusi banyak melibatkan PKR berbanding DAP dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat selepas keputusan dari negeri-negeri diterima.
Ujar beliau, antara negeri yang mengamalkan konsep itu termasuklah Negeri Sembilan, Pahang dan kebanyakan pertukaran kerusi melibatkan PKR manakala di Perak pula, pertukaran kerusi banyak dibuat dengan DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Pandangan umum terhadap Konsep Asas Negara Berkebajikan PAS

Posted: 11 Sep 2011 08:41 PM PDT

Pandangan ini bukanlah mengkritik atau memperbetulkan mengenai konsep asas Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS di dalam bukunya "Konsep Asas Negara Berkebajikan" tulisan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, namun satu komentar berkenaan pandangan awam yang lahir daripada pengamatan rakyat biasa.

Dokumen setebal 86 halaman dengan dibahagikan kepada tujuh bahagian tersebut mengambil semangat ucapan Presiden PAS (gambar kiri) iaitu: "PAS menerima hakikat masyarakat majmuk dan menjadikannya peluang keemasan bagi memperkenalkan Negara Berkebajikan yang berkonsepkan Adil Untuk Semua, dengan Kepimpinan Islam yang menekankan perpaduan kaum berasaskan persaudaraan kemanusiaan yang diwajibkan oleh Islam.." (Rujukan: Buku Konsep Asas Negara Berkebajikan)
Read More / Baca Lagi >>

Wong Chin Huat: Deeper lessons from Mat Sabu and the communists

Posted: 11 Sep 2011 08:40 PM PDT

THERE has been much politicking over PAS deputy president Mohamad Sabu (Mat Sabu)'s remarks on the Bukit Kepong incident in 1950. In a speech on 21 Aug 2011, Mat Sabu had questioned the portrayal of Mohammad Indera in Malaysian history as a terrorist. Mat Sabu said that Indera, who led an attack on a police station where 25 people were killed, had been fighting against the British.
The remarks were roundly condemned, have repeatedly made front-page news, and received wide coverage in papers such as Utusan Malaysia and the New Straits Times. Barisan Nasional leaders lined up to accuse Mat Sabu of having pro-communist tendencies. Some leaders are also eager for a debate, purportedly to set the record straight.
Read More / Baca Lagi >>

Lessons in social media from Bersih 2.0

Posted: 11 Sep 2011 08:37 PM PDT

By Tricia Yeoh
 
IN the days before and after the Bersih 2.0 rally for electoral reform, Malaysian social networks were buzzing like never before. Internet chatter was centred around the biggest campaign in town: the street march in the heart of Kuala Lumpur on 9 July 2011.
Thanks to Facebook, Twitter and YouTube, users had a platform to share information in a continuous virtual conversation. This was a fundamental feature of the Bersih buzz online. There are variations in each of these social media platforms. Facebook allows lengthier exchanges, while Twitter provides quick updates on the go. YouTube allows users to share videos. The combination of these three was a powerful tool to garner support for as well as to vehemently criticise Bersih.
(Background image: Police presence on the morning of 9 July)
Read More / Baca Lagi >>

Lies & Folly: the US After 9/11

Posted: 11 Sep 2011 08:35 PM PDT

by John Berthelsen   
 

Image
They got it wrong
Overreaction, deception and torture cost the US its moral edge
Ten years on from the attacks on the World Trade Center in New York and the Pentagon in Washington, DC, Al Qaeda appears to be largely a spent force – one hopes -- and its leader, Osama bin Laden, is dead.
But the September 11, 2011 attacks forced a dramatic change in the ethical course of the United States and have undercut whatever moral authority the country had. It did not have to be that way.
The standing of the United States in the world today -- militarily, economically and morally -- has been damaged almost irreparably not so much by Al Qaeda as by the presidency of George W Bush and the reign of his vice president, Dick Cheney. There is little sign that President Barack Obama is on track to do anything about it.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Cukai 6%: Kelab Protes BN himpun sejuta rakyat

Posted: 11 Sep 2011 08:25 PM PDT

Video : Transitional Libyan government faces challenges

Posted: 11 Sep 2011 08:24 PM PDT

S'gor keluarkan sendiri lesen kontraktor Kelas F

Posted: 11 Sep 2011 08:23 PM PDT

Kerajaan negeri Selangor akan memperkenalkan klasifikasi kontraktornya sendiri dan mengeluarkan lesen Kelas F bagi bagi kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.Read More / Baca Lagi >>

Subjek sejarah wajib lulus : Laporan diserah hujung tahun,...tok ki det kata ada yang tak kena..!!!

Posted: 11 Sep 2011 08:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Jawatankuasa Mengkaji Kurikulum Sejarah diberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk menyerahkan laporan mereka supaya proses pengolahan dan komen daripada pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat dapat dipercepatkan, kata  Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu penting kerana subjek itu akan menjadi wajib lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beberapa lapis proses juga terpaksa dilakukan seperti mengolah, memperjelas dan mendapatkan cadangan dan komen masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: Sayap muda PKR sudah senarai pasti bakal calon, kerusi disaing

Posted: 11 Sep 2011 08:13 PM PDT


KUALA LUMPUR, 12 Sept — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memuktamadkan senarai bakal calonnya untuk diturunkan pada pilihan raya umum ke-13, kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau berkata, senarai nama itu bersama kawasan bakal ditandingi telah pun diserahkan kepada pucuk kepimpinan pusat untuk membuat keputusan akhir.
Sehubungan itu beliau juga berkata sayap pemuda PKR akan mengekalkan wakil mereka yang telah memenangi pilihan raya umum tiga tahun lalu.
Calon-calon yang telah dikenal pasti itu berusia antara 25 dan 40 tahun.
Kata Shamsul Iskandar (gambar), pihaknya menyerahkan sehingga 25 nama untuk bertanding di peringkat Parlimen dan 40 nama lagi untuk bersaing kerusi Dewan Undangan Negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Profesor Datuk Ramlah Adam layak brcakap pasal sejarah...

Posted: 11 Sep 2011 07:48 PM PDT


Oleh Abdullah Ngah
Sesiapa pun memang kurang layak bercakap pasal sejarah tanah air, kecuali Profesor Datuk Dr Ramlah Adam yang layak.
Read More / Baca Lagi >>

Najib, Robert Kuok and the Chinese PM

Posted: 11 Sep 2011 07:46 PM PDT

Najib, Robert Kuok and the Chinese PM Recently, the government offended Robert Kuok, as a result, the Malaysian economy suffered a great blow! After the official Chinese Premier Wen Jiabao's visit to Malaysia , the Najib government now really understands Robert Kuok's influence on China !
In order to benefit their cronies, they arm twisted to swallow up Robert Kuok's sugar empire. The cronies get richer by 10's of billions, but it caused a national loss of more than 200 billion! Those who have insider info can only curse: PKHKC it!
Malaysia's Sugar King was forced to leave Malaysia, but became the world's sugar king! He bought the world's largest sugar mills in Australia, invested USD10 billion, it is the world's largest sugar cane sugar refining industry, living up to the name of the world's sugar king.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Pengarah JPN Perlu Letak Jawatan!

Posted: 11 Sep 2011 07:44 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa kesal kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini pengkalan data sehingga menyebabkan orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.

Apa yang sangat dikesalkan apabila pendedahan oleh Pakatan Rakyat terhadap seorang pengundi yang bernama Yusnati Haris telah dinafikan oleh JPN dengan mengesahkan kewargangeraan beliau sejak tahun 2008. Kes ini menjadi rujukan betapa lemahnya sistem pentadbiran JPN yang menjadi sebuah agensi kerajaan sangat penting terhadap negara.
Read More / Baca Lagi >>

Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.

Posted: 11 Sep 2011 07:43 PM PDT

Oleh: tokpepijat

" Mesir dan Turki halau Yahudi...kita ambil Yahudi jadi penasihat.


Tidak sampai dua minggu, Israel ditimpa kehinaan mendadak. Pertamanya, Dutanya di Turki dihalau dari bumi Kerajaan Uthmaniyyah akibat tidak mahu meminta maaf atas kejahatan membunuh NGO Turki diperairan Gaza tahun lepas.

Walaupun ditawarkan US 1 juta sbagi setiap keluarga yang terbunuh oleh Regim Zionis, Turki tetap memandang maruah mengatasi nilai wang.
Read More / Baca Lagi >>

Profesor menjadi bodoh kerana politik

Posted: 11 Sep 2011 07:42 PM PDT

Oleh: albangi

"Sekurang-kurangnya dua orang profesor terkenal dalam negara kita telah menjadi "BODOH" kerana mahu jaga hati pemimpin UMNO dan menjaga periuk nasi menjadi profesor kontrak setelah pencen.

Pertama Profesor Khoo Kay Kim dari Unversiti Malaya. Beliau menyatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh British!

Read More / Baca Lagi >>

Antara Sejarah Negara & Israiliyyat Yahudi

Posted: 11 Sep 2011 07:41 PM PDT

Oleh Ust Saiful Bahri

Nampaknya bercawat gotel Umno-BN mempertahankan sejarah kemerdekaan. Mereka kini terpelusok ke dinding dan terpaksa menayang kembali filem Bukit Kepong arahan OKU Jins Shamsudin. Nasib baik filem Pasir Salak tak siap-siap meskipun duit sudah habis berjuta. Klu tak entah apa pulak cerita Ulama pejuang, Datuk Maharaja Lela nak diputarkannya.

Read More / Baca Lagi >>

Mohamad Sabu, Mat Indera, dan Chronopolitics

Posted: 11 Sep 2011 07:39 PM PDT

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Nampaknya penangan Mat Sabu menimbulkan kepeningan dan mengugat wacana perdana persejarahan sejarah. Banyak kenyataan yang pelik dan memening kepala diutarakan. Terkini sekali ialah kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat.


Ini bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ia juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.

Read More / Baca Lagi >>

Ku Li, Afdlin dan Namewee antara dendang lagu Undilah

Posted: 11 Sep 2011 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu "Undilah" ciptaan komposer Pete Teo (gambar).
Teo berkata lagu itu akan dilancarkan Jumaat ini sempena sambutan Hari Malaysia.
"Lagu ini sebagai pemberitahuan kepada masyarakat untuk daftar sebagai pengundi dan menggalakkan rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tulis sejarah negara versi baru — alang-alang berbohong, bohong betul-betul

Posted: 11 Sep 2011 07:25 PM PDT

Aspan Alias

12 SEPT — Majlis Professor Negara (MPN) telah mengeluarkan kenyataan yang negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana penjajah dan negara hanya menjadi "protectorate state" kepada British. Kita baru sahaja merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 pada tanggal 31 Ogos yang lalu, tiba-tiba ada pihak menyatakan secara formal yang Malaya dan Malaysia tidak pernah dijajah.
Read More / Baca Lagi >>

Najib fighting uphill battle

Posted: 11 Sep 2011 07:02 PM PDT

The prime minister has started his roadshow to rally party faithful and the people to the BN banner amidst a grim political and economic scene.
KUALA LUMPUR: While the public and politicians are busy looking at the crystal ball for signs of the next general election, Prime Minister Najib Tun Razak is having a bigger headache.
The political and economic scene is gloomy – so much needed to be done and yet so little is accomplished.
On the economic front, all the transformation programmes and the billions of ringgit worth of investments look impressive on the surface.
But in reality the economic benefits and spinoffs are not trickling down to the kampung folk who are the core Barisan Nasional (BN) voters.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa Malaysia guna pakai perlembagaan Reid

Posted: 11 Sep 2011 07:01 PM PDT

MIRI, 12 Sept: "Kalau benar Tanah Melayu tidak dijajah, sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan Tanah Melayu," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.
Katanya, sedangkan Suruhanjaya Reid yang merupakan sebuah suruhanjaya bebas berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.
Suruhanjaya itu dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
Ahli Suruhanjaya Reid terdiri daripada Lord William Reid (pengerusi), Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Read More / Baca Lagi >>

Idealisme, aktivisme, dan intelektualisme gerakan mahasiswa

Posted: 11 Sep 2011 07:00 PM PDT

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin   

Dalam kesibukan memenuhi undangan menziarahi sanak saudara dan sahabat handai bersempena bulan Syawal dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, golongan pelajar merupakan golongan yang sibuk dalam menghadapi persediaan sama ada persiapan menduduki peperiksaan UPSR bagi pelajar sekolah rendah dan peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar sekolah menengah. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada adik-adik yang sedang berjuang menghadapi musim peperiksaan ini.
Read More / Baca Lagi >>