bumiperak |
Sekitar Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri-Merdeka 2011 Posted: 11 Sep 2011 08:48 AM PDT PERMATANG PAUH 11 Sept (Bernama & facebook GE.Lim) Hujan lebat sejak awal pagi tidak menghalang lebih 25,000 orang pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu (SMKGP), di sini hari ini. Rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum itu mengambil kesempatan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di padang sekolah berkenaan pada pukul 12 tengah hari diiringi oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Najib mengambil masa lebih setengah jam memasuki ruang utama tetamu kerana bersalam-salaman dengan ribuan pengunjung yang membanjiri kawasan sekolah berkenaan. "Saya rasa sungguh meriah, kita dapat beraya bersama-sama hari ini," katanya. Perdana Menteri secara berseloroh berkata kedatangan beliau ke Pulau Pinang kali ini disambut dengan pelbagai jenis bendera. "Saya disambut pelbagai jenis bendera ada bendera negara, biru tua dan biru laut seolah-olah esok pilihan raya tetapi hari ini bukan kerana pilihan raya tetapi kita berkumpul untuk berhari raya," katanya yang disambut sorakan daripada pengunjung yang hadir. Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan rombongannya yang turut hadir memeriahkan rumah terbuka itu. Tazkirah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB lim Guan Eng kepada Najib dan Rais Yatim Pertemuan antara KM Pulau Pinang dan KM Melaka. Tangkap sekali lagi Lim Guan Eng dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)? Peduli apa.. Redah saja dalam Negeri Pakatan |
You are subscribed to email updates from BumiPerak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan