Nuffnang

Pengikut

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Scorpene-Altantuya: Pendedahan berani dari London

Posted: 04 Sep 2011 06:22 AM PDT

Barisan peguam dari Perancis yang menyisat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak akan member lapuran terkini berkenaan kes tersebut di London pada akhir bulan Sept ini.

Walaubagaimana pun, masih kurang jelas samada William Bourdon, yang diusir keluar dari Malaysia Julai lepas terlibat dalam pasukan yang menghadirir majlis 'fundraiser' yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Suaram atau Voice of Malaysia, menurut pengarah Cynthia Gabriel, seorang lagi peguam terkenal Perancis iaitu Joseph Breham akan berada di London.

Breham dijangka mengambil alih dari Bourdon yang terpaksa berhenti selepas diusir. Breham nungkin akan mendedahkan secara terperinci rahsia yang diperolehi hasil siasatan kes tersebut. Rakyat Malaysia yang mengikuti kes kompleks tersebut menjangka kan yang pihak peguam akan mengesahkan bahawa pihak ketiga yang terbang bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibu ke Macau dan Hongkong ialah Najib.

Pendedahan tersebut akan meruntuhkan langit politik Najib, yang mana kedudukan rating popularitinya menurun 6% ke 59% dalam tempoh 3 bulan.

"Kejatuhan angka rating tersebut agak serius dan mempunyai kesan kepada UMNo dan BN untuk mengambil perhatian dan membuat tindakan segera. Sebagai pemimpin kerajaan, mereka haruslah menyiasat sebab musabab penurunan ini,kenapa rakyat tidak gembira. Hal ini bukan sesuatu yang hanya perlu untuk kesejahteraan politik mereka tetapi sebagai pemimpin yang bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat untuk menguruskan negara ini.kata Presiden transparency Malaysia,Ramon Navaratnam kepada Malaysia Chronicle.

Langit politik runtuh

Musuh-musuh politik Najib menunggu saat nya sahaja untuk menjatuhkan Najib. Sebarang pengesahan berkaitan Altantuya akan member peluang bagi mereka untuk membuat undi tidak percaya terhadap beliau walau pun beliau telah melafazakn sumpah dihadapan Al Quran yang beliau tidak kenal wanita tersebut.

Wanita jelita 28 tahun itu didakwa sebagai teman rapat kedua najib dan Razak . Wanita itu dibunuh di Malaysia dalam tahun 2006, dan 2 bekas pengawal peribadi najibtelah dihukum gantung sampai mati kerana membunuh wanita itu, walaupun kedua mereka tiada motif untuk bebuat demikian. Pegawai2 US dalam nota diplomatik mereka yang didedahkan di WikiLeaks mensidatkan perbicaraan terhadap kedua pengawal tersebut sebagai berat sebelah.rakyat Malaysia sendiri percaya kedua pengawal tersebut diarahkan untuk membunuh bagi mengelakkan dari wanita itu mendedahkan berkenaan komisen yang diambil oleh DCN.

Kedua –dua Bourdon dan Breham, yang merupakan peguam hak asasi terkemuka Perancis, dilantik oleh Suaram untuk menyiasat jika pembayar cukai telah di tipu secara tidak adil dan berlebihan oleh DCN.dalam proses siasatan tersebut, mereka perlu memeriksa urusaniaga antara baginda dengan DCN dan dipercayai mereka telah Berjaya negesan tiket penerbangan dan dokumentasi perjalanan yang menunjukkan pejalanan yang dibuat oleh Altantuya,Baginda dan lelaki ketiga misteri utnuk menjalankan urusan perniagaan DCN.

Keadaan menjadi kabur di Malaysia

Bourdon yang di usir secara mengejut dari Kuala Lumpur pada akhir Julai,dijadualkan untuk member kenyataan berkenaan pada peringkat kedua ' fundraiser'.Pengusiran beliau menimbulkan tandatanya dan berita tersebut tersebar luas.

Ini adalah satu kerajaan,walaupun mereka membelanjakan jutaan ringgit untuk perhubungan media dan perunding pengurusan yang sentiasa silap langkah dan menjerat diri.pengusiran peguam Perancis tersebut ialah contoh terbaru.Sekarang, buat pertama kalinya, semua perkara yang panas berkenaan skandal tersebut, termasuklah model yang di bunuh oleh pengawal peribadi PM-di siarkan dalam Washington Post.Hal ini menambahkan tandatanay kepada masyarakat. Kerajaan apakah yang ada Malaysia ini?Adakah Najib ini sebenar benar seperti yang beliau ingin gambarkan tentang diri beliau? Kata John Malott bekas duta AS ke Malaysia kepada Malaysia Chronicle.

Kementerian pertahanan Malaysia membeli 2 buah kapal selam Scorpene dan sebuah Agosta pada tahun 2002.Najib,menteri pertahanan ketika itu, terlibat dalam urusaniaga terebut yang ditentang hebat oleh pendapat umum kerana kos yang tinggi dan ketidaksesuaian kapal2 tersebut.Sehingga kini, masyarakt mensyaki bahawa kerajaan Malaysia masih melindungi fakta berkenaan kos sebenar urusniaga tersebut, terutamanya kos selenggaraan jangka panjang .

Kos yang paling hebat dipertikaikan ialah RM570 juts selanggaraan sokongan yang ditandatangani dengan Perimekar, sebuah frima berkaitan dengan baginda,yang juag bertindak sebagai perunding dalam hal ehwal jual beli kerajaan.

Kehadiran Rosmah dan rayuan Suaram untuk sumber kewangan

Pendedahan terbaru dari US atau nota diplomatic juga menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan bahawa isteri Najib, Rosmah hadir di lokasi pembunuhan bersama dua pengawal tersebut. Bagaimanapun, berita tersbeut tidak menyatakan bahawa beliau bersih dari sebarang pembabitan dan melapurkan rakyat Malaysia tidak mempunyai kepercayaan terhadap integriti badan yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Di Perancis, membayar komisen utnuk mendapatkan sesuatu kontrak adalah salah di sisi undang-undangdan inilah sebabnya Suaram telah memulakan satu tindakan guaman terhadap DCN di Paris, selepas gagal mendapatkan kerjasam kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa anti rasuh untuk menjalankan siasatan.

Setakat ini, Suaram telah emnganjurkan 3 majlis bagi mengumpul dana bagi membayar yuran guaman ,jamuan makan malam di London ialah majlis yang ke empat.Bagaimanapun, menurut CCynthis, badan bukan kerajaan tersebut masih jauh dari sasaran kutipan dana dan memerlukan lebih dana lagi bagi membolehkan tindakan guaman tersebut berjalan lancar.

Sumber: Malaysia Chronicle .

Ulasan :

Semua mengharapkan kezaliman dapat diruntuhkan dan kebenaran serta keadilan dapat ditegakkan.

Adalah diharapkan mistri pembunuhan Altantuya Shaariibuu dapat dibongkarkan dan semua orang yang bertanggungjawab dihukum setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan.

Keadilan tidak mengira agama. Allah swt pasti membalasnya secara tunai di dunia ini lagi sementara menunggu pembalasan di akhirat kelak.

Lihatlah nasib kezaliman yang menimpa ke atas Lim Guan Eng. Apa yang Allah kurniakan kepada beliau sekarang dan lihat pula orang yang melakukan kezaliman terhadap beliau, terhengeh-henget untuk meneruskan kehidupan di alam maya ini.


MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


"Tolong kami" - pelajar kita di Syria

Posted: 04 Sep 2011 10:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Tolong kami. Setiap hari kami menanti dengan penuh harapan supaya sesuatu dapat diusahakan membolehkan kami mengeluarkan wang. Sudah seminggu kami menggunakan baki simpanan yang ada dan tidak tahu sampai bila dapat bertahan sedangkan banyak hutang lain perlu dibayar," kata penuntut Malaysia di Syria yang hidup tertekan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas kad kredit di negara itu.

Noor Ikhwan Abdul Razak, 23, berkata, selepas Amerika mengenakan sekatan sebagai protes membantah tindakan rejim pimpinan Presiden Bashar Al-Asad mengancam untuk membunuh rakyatnya yang terbabit dengan desakan menuntut beliau meletak jawatan.

Katanya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Pelajar Malaysia di Syria, berikutan keadaan yang bergolak itu, pelajar Malaysia terutama di Damsyik kini buntu mencari jalan mengeluarkan wang simpanan di bank menggunakan kad kredit bagi membiayai pelbagai perbelanjaan termasuk yuran pengajian dan sewa rumah.

Noor Ikhwan berkata, dia dan rakannya tidak berani mengambil risiko keluar dari ibu negara berkenaan semata-mata untuk mengambil wang kerana bimbang kemungkinan tidak dapat masuk semula ke sana ketika pergolakan semakin meruncing.

"Ada antara rakan yang memberi cadangan supaya keluar ke Jordan dan Lubnan, namun kami tidak pasti sama ada dapat masuk semula ke sini atau tidak kerana keadaan sekarang tidak menentu. Apa yang boleh kami buat ialah menunggu sehingga keadaan benar-benar pulih," katanya menerusi perbualan telefon bersama wartawan Harian Metro, di sini,semalam.

Menurutnya, menerusi persatuan pelajar Malaysia di sana, satu perjumpaan dengan pihak kedutaan sudah diadakan dan hanya dimaklumkan pihak berkuasa masih menunggu maklum balas Wisma Putra selain dinasihatkan bersabar sehingga keadaan pulih Perasaan sama turut dikongsi rakannya, Muhamad Fazlan Abd Rahman, 29, yang mengakui gusar dengan keadaan semasa di negara berkenaan sedangkan mereka perlu menumpukan perhatian kepada pengajian yang sudah memasuki tahun keempat di Universiti Fatah Islami, Damsyik sebelum pulang ke tanah air.

Malah, katanya, rasa bimbang itu turut menghantui lebih 200 penuntut negara ini, kebanyakannya menyambung pengajian di universiti itu menggunakan wang sendiri dikirim ahli keluarga setiap bulan manakala sebahagian lagi memperoleh tajaan agensi tertentu dan kerajaan.

"Bayangkan bagaimana kami hendak meneruskan kehidupan di sini, perbelanjaan purata sebulan pun berjumlah 6000 Lera (kira-kira RM450), tidak termasuk sewa rumah dan perbelanjaan luar jangka yang lain. Duit semuanya dalam akaun tapi tidak dapat dikeluarkan akibat sekatan ini.

" Justeru, kami merayu kerajaan menerusi Wisma Putra mencari jalan agar kami dapat meneruskan kehidupan di sini dan menamatkan pengajian seperti dijadualkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan berkenaan dan mengambil tindakan susulan bagi membantu kumpulan penuntut terbabit kerana krisis di negara itu semakin meruncing. - myMetro

Jenazah jurukamera BERNAMA TV selamat dikebumi

Posted: 04 Sep 2011 02:49 AM PDT

Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban akibat terkena tembakan curi di Somalia, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang hari ini.

Pengebumian berlangsung dalam suasana pilu dengan kehadiran bukan sahaja anggota keluarga bahkan sahabat handai serta rakan media, termasuk kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan BernamaTV.

Selepas bacaan talkin disempurnakan, anggota keluarga Noramfaizul menyiram air mawar dan menabur kelopak bunga di pusara Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan di Mogadishu ketika menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama petugas media Malaysia lain untuk pulang ke tempat penginapan pada Jumaat.

Mereka berada di Mogadishu untuk membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.

Turut berada di tanah perkuburan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok, ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Antara warga Bernama yang hadir ialah Pengerusinya Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

Terdahulu, pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jenazah Noramfaizul serta 54 anggota misi tersebut, tiba di Pangkalan TUDM Subang pada 10 pagi dengan disambut ibu bapa arwah, Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan Naemah Abd Majid, 63 serta kaum keluarga yang lain.

Keranda dibaluti bendera "Jalur Gemilang" kemudiannya dibawa ke Masjid TUDM untuk solat jenazah sebelum dibuka bagi membolehkan anggota keluarga dan hadirin lain menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir.

Naemah dilihat menitiskan air mata sewaktu menatap wajah anak sulung kesayangannya yang juga anak lelaki tunggal daripada enam beradik.

Balu Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, dan dua anak lelaki arwah -- Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3, turut berada di masjid berkenaan dan tanah perkuburan untuk urusan pengebumian.

Jenazah Noramfaizul kemudiannya dibawa ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya, seterusnya ke Masjid Al-Islah berdekatan untuk sembahyang jenazah untuk kali kedua sebelum disemadikan.

- Bernama

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SELAGI UMNO BERKUASA, SEJARAH AKAN TERUS MENIPU?

Posted: 04 Sep 2011 10:47 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH mahu membincangkan tentang kebenaran dan kepalsuan sejarah di negara kita. Rakyat mula meminati `bidang sejarah' ini khususnya tentang perjuangan menentang penjajah selepas tajuk ini dipopularkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dianggap penyokong Komunis oleh puak yang pernah memberikan tanah kepada `beberapa komunis yang telah bersara' selepas peristiwa Komunis meletakkan senjata di negara ini. Pelik bunyinya bukan?

Saya tertarik dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan bahawa sejarah di negara ini boleh berubah cerita mengikut rentak Sang Penguasa. Baca kenyataan beliau di sini. Benar kata beliau, apabila sejarah tidak mampu ditulis secara jujur yang bertentangan dengan kepentingan Sang Penguasa, maka ianya akan bertukar menjadi Puisi untuk menzahirkannya. Maka, hari ini banyak Puisi yang `mengeluh' tentang kezaliman Sang Penguasa serta menceritakan sejarah silam yang tiada dicoretkan di dalam buku sejarah.

Apa yang ada dalam buku sejarah? Kisah pemimpin yang pernah bersekongkol dengan penjajah, yang makan minum mereka disuap oleh penjajah, kaya raya dengan bertepuk bahu dengan penjajah telah dinukilkan sebagai pejuang kemerdekaan. Di mana cerita Pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan keris dan kudrat empat kerat menentang penjajah? Jika ada pun, hanya dipaparkan seolah-olah seperti cerita hikayat dan dongeng semata-mata.

Bak kata Tuan Ibrahim, seandainya berpuluh tahun akan datang jika sejarah negara ini ingin menceritakan tentang pemimpin-pemimpin negara yang terdahulu, adakah cerita yang mahu mereka tulis tentang DS Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri negara ini? Rasa-rasanya adakah mereka berani untuk menulis bahawa DS Anwar Ibrahim adalah tokoh yang telah membawa sedikit roh Islam ke dalam parti keramat Melayu, Umno itu? Sanggupkah mereka menulis betapa DS Anwar ini telah banyak membantu mewujudkan Universiti Islam, bank Islam, takaful Islam, peraturan berpakaian menutup aurat bagi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah dan beberapa program Islamik yang lain?

Sudah tentu sejarah ketika itu tidak akan bercerita tentang kehebatan tokoh yang bernama DS Anwar Ibrahim ini. Usahkan berpuluh tahun akan datang, bahkan sekarang pun jika kita pergi ke bangunan Umno di PWTC, masihkah lagi terdapat potret bekas Timbalan Presiden Umno dan bekas Timbalan Perdana Menteri Umno itu? Dahulu, di UIA terdapat batu asas pembinaan Universiti ini mencatatkan nama DS Anwar, tetapi ianya `ghaib' secara tiba-tiba. Sejarah telah mula menipu awal lagi.
Link
Hanya satu cara saja jika rakyat mahu mengetahui sejarah sebenar tanpa ada `kurang dan tambah' atau diselewengkan. Berikan kuasa memerintah negara ini kepada Pakatan Rakyat dan kita semua akan tahu sejarah sebenar negara ini, bahkan ahli-ahli Umno juga akan tahu bahawa parti yang mereka sanjung jika boleh sampai ke liang lahad itu adalah parti `klon' baru setelah Umno diharamkan ketika di era Mahathir. Rakyat juga akan tahu siapakah pejuang tanahair yang sebenarnya dan siapa pula `barua' British yang hakiki./wfauzdin.blogspot.com


dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Tiap-tiap minggu boleh dapat duit!

Posted: 04 Sep 2011 03:17 AM PDT


Memandangkan 'cameraman' Bernama yang mati tu ada sangkut paut dengan Azeez Rahim dan Kelab Putera 1 Malaysia, gurkah-gurkah di'port' nak laa tanya sikit..."apa aktiviti Kelab Putera 1 malaysia? dan bagaimana punya pendapatan mereka?"


Sebab apa yang gurkah-gurkah nampak ialah semua program-program Azeez Rahim nie, semuanya program-program yang mewah dan program-program yang perlukan belanja yang besar-besar.


Tak kan jadi Chairman Magnum Corporation kot? 

dollah yankee -
Tunggu berita berapa Kelab Putera nak bagi sagu hati dekat keluarga arwah

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


APA TUNGGU LAGI UMNO??CUBA JADI JANTAN-SIARKAN SIARAN LANGSUNG

Posted: 04 Sep 2011 07:52 AM PDT

Isu Bukit Kepong: PAS sedia debat dengan Umno

September 04, 2011



KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

"Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

"PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar 'pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno' tanpa ruang untuk menjawab," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis.

Selain itu, tegas Tuan Ibrahim, serangan Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia membuktikan parti Melayu terbesar itu kehilangan modal untuk menyerang PAS terutamanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.

"Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama sembilan hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah.

"Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis," katanya.

Tambah beliau, waris Muhammad yang ditemui pihaknya juga kesal dengan laporan media yang mengaitkan pemimpin Melayu itu dengan komunis.

"Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN (Barisan Nasional) barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan," katanya.

Justeru jelas Tuan Ibrahim, pihaknya bersedia berdebat secara terbuka dengan Umno bagi menghurai kontroversi yang berlaku.

"Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lajnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu 'Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?' dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

"Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang," katanya.

Mohamad, Timbalan Presiden PAS dan lebih dikenali "Mat Sabu" mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

KES BUKIT KEPONG-ANTARA FAKTA SEJARAH DAN KELENTONGAN Umno

Posted: 04 Sep 2011 04:46 AM PDT

Harakahdaily - Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera

Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera

Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong

Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.

Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan

Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".

Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi

Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang.

Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?

Mat Sabu: Perjuangan menuntut merdeka bukan hanya dipelopori UMNO

Posted: 04 Sep 2011 04:16 AM PDT

1. Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.

2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.

3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.

4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.

5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).

6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.

7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.

8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.

9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.

*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011

Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China

Posted: 03 Sep 2011 11:10 PM PDT





KUALA LUMPUR, :
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

"Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

"Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

"Kenapa Umno hipokrit?" soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

"Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

"Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun," katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.

Sikap Hipokrasi Umno-BN Dalam Isu Mat Sabu, Uighur Dikecam

Posted: 03 Sep 2011 10:28 PM PDT

SHAH ALAM 4 SEPTEMBER : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) terus-menerus menyerang Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong selain disifatkan sebagai simpatisan komunis sedangkan Putrajaya telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke negara komunis China.

Malah Pengarah Komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PKR secara keras mengutuk sifat hipokrit Umno-BN dan pelanggaran hak asasi manusia.

"Ketika umat Islam sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Utusan Malaysia-milik Umno menyerang Mohamad Sabu sebagai simpatisan-komunis berikutan kenyataannya tentang insiden Bukit Kepong, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan pulang ke China," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Nazmi, Etnik Uighur adalah orang Islam dari wilayah Xinjiang di China, katanya sambil menambah, kerajaan Malaysia memberi alasan tindakan diambil memandangkan 11 orang itu terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia.

"Agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan kesemua 16 pelarian Uighur tersebut.

"Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNHCR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan kerajaan Malaysia tersebut," katanya.

Ujar Nik Nazmi, Human Right Watch (HRW)juga telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan lima orang yang masih lagi ditahan di Malaysia. "Memulangkan mereka kepada kerajaan komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa.

"Kerajaan China secara berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. OIC yang turut dianggotai Malaysia telah menyeru agar China mengatasi masalah asas penindasan masyarakat Uighur," katanya.

HRW telah mendedahkan bahawa China telah menekan negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan untuk memulangkan pelarian Uighur.

"Trend ini bermula di Kemboja pada 2008 ketika negara tersebut dipaksa memulangkan 20 orang Uighur yang dilindungi oleh UNHCR termasuk seorang wanita hamil dan dua anak kecil ke China.

"Di Amerika Syarikat, Perwakilan Republikan Chris Smith dan Senator Demokrat Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Ekskekutif Kongres mengenai China juga telah mengutuk tindakan Malaysia terhadap pelarian Uighur tersebut," katanya.

Katanya, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar. mendakwa bahawa pelarian Uighur itu terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia.

"Namun mengapakah mereka tidak didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia tetapi dipulangkan ke China?

"Mengapakah Malaysia membenarkan campur. tangan kerajaan komunis China di dalam isu yang bukan sahaja melibatkan hak asasi manusia tetapi nasib umat Islam yang kononnya diperjuangkan Umno selama ini?" Kata Nik Nazmi sambil berkata, "malang sekali bukti terbaru kelemahan pentadbiran pimpinan Datuk Seri Najib Razak berlaku bukan sahaja ketika umat Islam sedunia sedang meraikan Hari Raya tetapi ketika rakyat Malaysia meraikan Kemerdekaan negara."

Justeru Nik Nazmi berkata, pihaknya mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menjelaskan dengan serta-merta serta menjamin bahawa lima orang pelarian Uighur yang masih ditahan di Malaysia dilayan sebagai pelarian sah mengikut undang-undang dan amalan antarabangsa.

Serangan Bertubi-tubi Umno Terhadap Mat Sabu Hanya Untuk Lindungi Sejarah Sendiri

Posted: 03 Sep 2011 10:27 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER : Serangan bertubi-tubi Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong disifatkan sebagai bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu sahaja, kata penganalisis politik.

Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee berkata, tindakan Umno itu hanya mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

"Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya," kata Lim Teck Ghee dipetik The Malaysian Insider.

"Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita," tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata pihaknya mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara dan dipanggil Pentas Patriot untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong membunuh 25 orang semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Malah, pemimpin Umno juga mendakwa Mat Sabu sebagai membela komunis yang turut disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun beliau menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Justeru, tindakan Umno ini dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mat Sabu, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Sementara itu,penganalisis politik dari Universiti Monash, James Chin berkata, "sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri."

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.

"Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu," katanya.

"Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat)," katanya.

Serangan Bertubi-tubi Umno Terhadap Mat Sabu Hanya Untuk Lindungi Sejarah Sendiri

Posted: 03 Sep 2011 10:16 PM PDT


KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER : Serangan bertubi-tubi Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong disifatkan sebagai bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu sahaja, kata penganalisis politik.

Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI), Lim Teck Ghee berkata, tindakan Umno itu hanya mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

"Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya," kata Lim Teck Ghee dipetik The Malaysian Insider.

"Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita," tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata pihaknya mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara dan dipanggil Pentas Patriot untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong membunuh 25 orang semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Malah, pemimpin Umno juga mendakwa Mat Sabu sebagai membela komunis yang turut disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun beliau menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Justeru, tindakan Umno ini dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mat Sabu, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Sementara itu,penganalisis politik dari Universiti Monash, James Chin berkata, "sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri."

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.

"Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu," katanya.

"Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat)," katanya.


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pelajar kita di Syria sengsara

Posted: 04 Sep 2011 06:54 PM PDT

TERTEKAN...Noor Ikhwan (tengah) dan Fazlan (kiri), antara pelajar Malaysia yang kini terdesak selepas sekatan penggunaan kad kredit dikuat kuasa di Syria.
TERTEKAN...Noor Ikhwan (tengah) dan Fazlan (kiri), antara pelajar Malaysia yang kini terdesak selepas sekatan penggunaan kad kredit dikuat kuasa di Syria. 
 
KUALA LUMPUR: "Tolong kami. Setiap hari kami menanti dengan penuh harapan supaya sesuatu dapat diusahakan membolehkan kami mengeluarkan wang. Sudah seminggu kami menggunakan baki simpanan yang ada dan tidak tahu sampai bila dapat bertahan sedangkan banyak hutang lain perlu dibayar," kata penuntut Malaysia di Syria yang hidup tertekan selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas kad kredit di negara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Perjalanan terakhir Noramfaizul

Posted: 04 Sep 2011 06:50 PM PDT

Perjalanan terakhir Noramfaizul

PILU...isteri arwah, Norazrina Jaafar bersama anaknya, Mohd Irfan  dan Mohd Naufal.
PILU...isteri arwah, Norazrina Jaafar bersama anaknya, Mohd Irfan dan Mohd Naufal. 
 
"PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang termasuk saya seakan-akan lesu tak bermaya.
Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat rakan setugas saya, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.
Read More / Baca Lagi >>

Liputan dari zon perang

Posted: 04 Sep 2011 06:46 PM PDT



SEBAGAI seorang pengamal media, Shahanaaz Habib tidak pernah rasa berat jika beliau ditugaskan ke mana sahaja destinasi waima ke zon perang sekalipun. Shahanaaz dari akhbar The Star, sememangnya dikenali sebagai wartawan yang berkaliber dan tidak gentar berdepan dengan sebarang cabaran tugasan.
Shahanaaz telah melakar sejarah tersendiri. Beliau tercatat sebagai wartawan Malaysia pertama yang dapat melepasi dan membuat liputan semasa Perang Iraq pada April 2003 dan kembali semula ke wilayah konflik itu pada November 2003.
Read More / Baca Lagi >>

Peluru sesat lalu celah ketiak - Aji

Posted: 04 Sep 2011 06:41 PM PDT

NORAZRINA JAAFAR menyiram pusara Allahyarham suaminya, Noramfaizul sambil mendukung anak mereka, Mohd. Naufal, 3, di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selangor semalam.


SUBANG - Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan menyifatkan dirinya bagaikan mati hidup semula apabila terselamat dalam tragedi tembakan curi yang mengorbankan jurugambar BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor, 39, di Mogadishu, Somalia kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy terima cabaran debat, sedia temu Mat Sabu di kubu PAS

Posted: 04 Sep 2011 06:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan. Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
"Saya akan berada di sana," kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.
Read More / Baca Lagi >>

Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV

Posted: 04 Sep 2011 06:29 PM PDT

Tembakan yang membunuh jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan seorang lagi jurukamera TV3 telah dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika, lapor beberapa media Barat dan Afrika.

"Fakta sekarang agak kabur, saya telah bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati telah bertindak secara melulu, " lapor akhbar New York Times yang komander tentera pengaman Australia Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Read More / Baca Lagi >>

Menjejak MAT INDERA - Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA

Posted: 04 Sep 2011 06:26 PM PDT

Jika tidak kerana isu MAT INDERA yang digembar-gemburkan oleh media mutakhir ini,mungkin ekspedisi seperti ini tidak pernah ada di dalam perancangan SAMM dan Author Faethal sebelum ini. Oleh itu setinggi-tinggi pengucapan terima kasih kepada Media Utama yang tela mempopularkan ucapan Mat Sabu tentang Mat Indera ini. Tanpa kalobrasi ucapan Mat Sabu dan 'dihangatkan' lagi oleh Utusan, tidak mungkin menyebabkan kami mengambil inisiatif untuk menjejaki MAT INDERA ini dan mencari jawapan persoalan utama yang bermain di benak masyarakat  Malaysia umunya dan Melayu khususnya iaitu 'Benarkah MAT INDERA Pengkhianat?'.

Bagi menjawab persoalan ini satu ekspedisi yang bermula dari jam 10.00 pagi hingga 7.30 malam membawa kami merentasi bumi Johor dari Bukit Kepong sehinggalah ke Yong Peng. Bermula dari bertemu seorang penduduk di Bukit Kepong, dimana ibunya bersahabat kepada ibu MAT INDERA sehinggalah kepada kejayaan kami menjejaki adik MAT INDERA - Johan bin Indera di Yong Peng.

Rumah Johan bin Indera - adik bongsu Mat Indera
Read More / Baca Lagi >>

MCC- Media ‘control’ council

Posted: 04 Sep 2011 06:18 PM PDT

MCC is a bad, bad news because politicians like Rais Yatim and Hishammuddin Hussein are to be the joint chairperson of the so-called media consultative council.

Until and unless mainstream media practitioners decide to wake up to the call of "without fear or favour", the mainstream press would continue to face manipulation by its political masters, for the sake of perpetuating its own agendas.
The 2010 Press Freedom Index published by the media watch group, Reporters without Borders, ranked Malaysia at the 141st position, a regression of 10 positions over that of the previous year.
Surprising? Hardly.
To the authoritarian Barisan Nasional-led government, this dismal ranking of press freedom in Malaysia makes no difference. As such news came out that a Media Consultative Council (MCC) would be set up, with the Najib Tun Razak-government claiming it would serve as a platform and forum to foster goodwill and relationship between the government and media through formulated meetings thrice a year.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Terpilih: Relevan sekiranya dipakai PRU-13

Posted: 04 Sep 2011 06:15 PM PDT

Oleh WAN NIK WAN YUSSOF
MINGGU lepas, akhbar arus perdana (24 & 25 Ogos 2011) telah menyiarkan pandanhttp://kickdefella.files.wordpress.com/2009/04/nik-aziz-rocky0042qiadah.jpg?w=510&h=339gan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke arah pembaharuan pilihan raya sebagaimana diumum oleh Perdana Menteri.
Akhbar berkenaan melaporkan, kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz bersertuju dengan keputusan Perdana Menteri itu.

Read More / Baca Lagi >>

'Jailing Anwar top priority'

Posted: 04 Sep 2011 06:14 PM PDT

'Jailing Anwar top priority'
THERE is a high chance that opposition leader Anwar Ibrahim may be convicted of sodomy - his second in 10 years.
That was what Mr Mark Clark, then political counsellor at the US embassy in Kuala Lumpur, said in a 2009 confidential note to US authorities.
The note was part of a batch of confidential documents released by whistle-blower website WikiLeaks.
The note said that Malaysian Prime Minister Najib Razak and the Umno elites might decide that the political cost of prosecuting Anwar was "acceptable" and pursue the matter aggressively in and out of court, reported Malaysiakini.
The cable said jailing Mr Anwar and removing him permanently from politics was the top priority.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Jenazah Noramfaizul Selamat Dikebumikan.

Posted: 04 Sep 2011 06:08 PM PDT

Video : Bani Walid rebels prepare for fight

Posted: 04 Sep 2011 06:07 PM PDT

Bantuan kebajikan wajar dipercepatkan

Posted: 04 Sep 2011 06:05 PM PDT


IPOH, 5 Sept: Kebajikan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan yang prihatin kepada rakyat.
Sehubungan itu, kata Adun Tronoh, Sivakumar a/l Varatharaju (gambar), tidak guna ada kementerian dan jabatan untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak mencapai matlamatnya yang sebenar.
Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.
Beliau berkata, kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.
Bagi Sivakumar, nilai RM1.26 billion adalah terlalu besar, tetapi masalah miskin tegar masih wujud di merata pelosok negara.
"Di manakah kesilapan telah berlaku?" soalnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Katanya, persoalan itu perlu dijawab melalui tindakan kerajaan memastikan proses permohonan bantuan kebajikan adalah lancar dan cepat tanpa birokrasi yang terlampau.
Read More / Baca Lagi >>

Debat 'Siapa Pejuang Merdeka', beranikah Umno?

Posted: 04 Sep 2011 06:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat 'Siapa Pejuang Kemerdekaan'.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu 'Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?' dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

Read More / Baca Lagi >>

Video : Al Jazeera's Andrew Simmons reports from outside Bani Walid

Posted: 04 Sep 2011 04:25 PM PDT

Video : NTC's military spokesperson on stalled talks in Libya's Bani Walid.

Posted: 04 Sep 2011 04:24 PM PDT

Tidak hilang bisanya jika ular menyusur akar

Posted: 04 Sep 2011 04:20 PM PDT

Oleh Aspan Alias
Perbezaan kepimpinan di antara seorang pemimpin dengan pemimpin yang lain adalah satu perkara yang biasa. Tunku Abdul Rahman dan Tun Abd Razak ada http://ratnakumara.files.wordpress.com/2009/04/ular.jpgperbezaan dan di antara Tun Razak dan Husein Onn pun berbeza. Begitu jugalah Dr Mahathir dan Abdullah Badawi lagi banyak perbezaannya.

Tetapi yang paling besar perbezaannya ialah Dato Seri Najib Razak kerana ada satu perkara yang secara lazimnya boleh dikatakan berlaku di dalam sejarah negara dan juga tidak ada atau jarang berlaku di dalam negara maju atau separuh maju di dunia ini. 
Read More / Baca Lagi >>

Mat Indera antara 150 tokoh terbilang kata MB Johor!

Posted: 04 Sep 2011 04:18 PM PDT

LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.
Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.
Read More / Baca Lagi >>

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama

Posted: 04 Sep 2011 04:17 PM PDT

Oleh: sondokon

"Terima kasih aku ucapkan kepada Sdr Mat Sabu kerana membangkitkan isu yang paling hangat diperkatakan hari ini. Aku yang tidak pernah ambil tahu tentang sejarah berkumpul beramai-ramai mencari fakta untuk melihat kebenaran.
Selepas menonton program kemerdekaan Malaysia di Astro, semangat kami untuk mengkaji fakta sejarah ini semakin meluap. Berpandukan gambar buku "memoir Shamsiah Pakeh" kami panjat setiap kedai buku mencari buku itu. Penat lelah kami terubat bila kami dapat membelinya.

Read More / Baca Lagi >>

MERAYU AGAR NAJIB JANGAN LETAK JAWATAN....

Posted: 04 Sep 2011 04:13 PM PDT

Sejak petang semalam sampai ke tengah malam tadi, terdapat beberapa blog buat cerita kononnya Najib Altantuya nak letak jawatan hari ini. Kalau kisah ni sampai ke telinga orang gila, orang gila itu akan ketawa berdekah-dekah.

Bagi aku, amat malang sekali buat PR jika Najib sudah nyanyuk mahu letak jawatan. PR memerlukan bantuan Najib untuk menyemadikan Umporno. Ertinya, kekuatan kita untuk menghadapi PRU ke 13 nanti hanya dengan bantuan Najib dan Rosmah. Kalau dulu, kita dibantu oleh Pak Lah.

Mana mungkin dan masuk akal Najib nak letak jawatan selagi Anwar tak tidor dalam penjara? Mustahil Najib nak letak jawatan selagi kes Altantuya dan komisyen kapal selam belum dimuktamadkan? Bukankah hanya dengan kuasa yang beliau miliki kesemua itu terpendam? Jika berani, letaklah jawatan dan sahih akan menerima nasib seperti Khir anak Toyo. Bila tiada kuasa, semua orang lari dan merangkak sendiri ulang-alik ke mahkamah. Berani ke Najib? Read More / Baca Lagi >>

Najib letak jawatan..???

Posted: 04 Sep 2011 04:10 PM PDT


Tukang lawan dapat satu SMS dari seorang rakan yang mengatakan berita najib akan meletak jawatan mula disampaikan dan sedang hangat disebarkan melalui BBM (sistem pesanan ringkas Blackberry)Read More / Baca Lagi >>

SELAGI UMNO BERKUASA, SEJARAH AKAN TERUS MENIPU?

Posted: 04 Sep 2011 04:04 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
MASIH mahu membincangkan tentang kebenaran dan kepalsuan sejarah di negara kita. Rakyat mula meminati `bidang sejarah' ini khususnya tentang perjuangan menentang penjajah selepas tajuk ini dipopularkan oleh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang dianggap penyokong Komunis oleh puak yang pernah memberikan tanah kepada `beberapa komunis yang telah bersara' selepas peristiwa Komunis meletakkan senjata di negara ini. Pelik bunyinya bukan?
Read More / Baca Lagi >>

SINDROM LUTUT BERGOYANG

Posted: 04 Sep 2011 08:53 AM PDT

Dr jeyakumar
oleh Tongkat Bahaman

Bila lutut bergoyang, otak akan jadi kimput, fikiran jadi kusut tidak menentu hingga tidak dapat berfikir bagi mencari jalan keluar kepada masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Tidak cukup dengan tangkapan dan ancaman dari pihak-pihak yang berkuasa, gegak gempita seluruh dunia TV dan media yang ada. Di kerah juga segala hulubalang termasuk sibongkok dari gua hantu yang sedang khusuk bertapa supaya keluar menunjukkan silat pulutnya meskipun di atas kerusi roda sambil makan sekepal pulut yang dibekalkan tuannya. Tidak ketinggalan juga untuk mengampu para patriot yang di bawa dengan tongkang dari Tamilnadu.
Read More / Baca Lagi >>

RABUN TANDA UMNO SUDAH UZUR

Posted: 04 Sep 2011 08:52 AM PDT


"Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat….." Prof. Shamsul Amri Baharudin.
oleh Tongkat Bahaman 

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar. Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!
Read More / Baca Lagi >>

SEJARAH BAGAI GADIS DISOLEK SESUKA HATI

Posted: 04 Sep 2011 08:49 AM PDT

54 Soalan untuk renungan anak-anak muda pasca merdeka sempena 54 tahun "merdeka…"
 oleh Tongkat Bahaman 
  1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
  2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar.?
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT