Sabtu, 27 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hoi SPR ... sampai bila hampa nak buat kerja menipu ni? ...

Posted: 27 Aug 2011 11:21 PM PDT

DAP kesan lagi 'penipuan' daftar pemilih Pulau Pinang

Susan Loone
Ogos 28, 11

DAP Pulau Pinang telah mengesan pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama dan bimbang mereka mungkin pengundi hantu.

Parti itu juga mengesan nama pengundi yang berusia 90 tahun ke atas telah dipotong, sedangkan mereka masih hidup.

ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan) berkata pengundi dengan
nombor kad pengenalan yang sama itu dikesan dalam senarai pemilih di Kem Tun Razak, Markas 2 Divisyen di Batu Maung.

Batu Maung adalah kerusi yang diwakili ADUN PKR, Abdul Malik Abul Kassim, dan baru-baru ini kawasan tersebut didapati mempunyai pertambahan 1,400 pengundi baru.

Ng berkata tiga set pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama yang dikesan setakat ini ialah: Roziah bt Nordin dan Sujiah bt Mohd Sidek (7225477); Gustina bt Ahmad dan Zarina bt A Rahim (A1283855) dan Norazwani bt Daud dan Rohaila bt Zulkifli (A3455269)

"Selepas kami mendapati terdapat 1,400 undi pos baru didaftar di kem Batu Maung, kami menggunakan (program) Excel untuk menyemak senarai pemilih, dan mengesyaki mereka adalah pengundi hantu.

"Kami mendapati enam orang mempunyai nombor kad pengenalan baru yang berbeza, dan suami mereka yang merupakan anggota tentera, juga mempunyai nombor yang berbeza (daripada kad pengenalan sebenar mereka)," tambah saya.

"Ini menunjukkan ada yang amat tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," tambahnya. - Malaysiakini

Murtad : DAP gesa Rais 'hukum' TV1

Posted: 27 Aug 2011 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — DAP menggesa kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyiarkan satu laporan menerusi saluran TV1 semalam — didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam tadi, mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.

Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.

Kandungan laporan itu mendakwa pemimpin-pemimpin itu sebagai anggota kumpulan tersebut.

Laporan itu memetik Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Jurit Ramli berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan segera kononnya memurtadkan Muslim sebagai ancaman yang sebenar.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, menjadi tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memastikan mereka yang bertanggungjawab menyiarkan bahan itu dipecat dengan segera.

"TV1 sangat tidak beretika dalam menyiarkan laporan itu tanpa memastikan kesahihan maklumat dengan pihak-pihak relevan yang dikaitkan oleh laman Facebook terbabit, memandangkan mereka merupakan pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh dihubungi dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pua berkata, TV1 kelihatan jahil ataupun enggan mengetahui bahawa fungsi 'add to group' dalam Facebook tidak boleh menghalang pentadbir kumpulan daripada menambah anda dengan mana-mana kumpulan.

Oleh itu katanya, mereka yang didakwa sebagai penyokong laman sosial itu tidak berhasrat atau tidak tahu bahawa mereka telah menyertai kumpulan tersebut.

Ahli Parlimen itu menambah, saluran tersebut memilih untuk menyebarkan berita palsu dengan menekankan kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kumpulan berkenaan sedangkan ia sepatutnya mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab mengaitkan kepimpinan perikatan itu.

Pua juga mendakwa, media dikawal umno memilih arah aliran liputan berita sedemikian selepas langkah yang sama diambil oleh TV3 pada 21 Ogos kononnya sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama mahu memurtadkan Muslim.

Aduan dibuat oleh Surau Al-Musyrikin ke atas pusat tuisyen itu dan ia telah ditutup sejak itu.

Wakil rakyat dari Petaling Jaya Utara ini mendakwa Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyebabkan ketegangan kaum sebagai salah satu cara untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami amat mengecam tindakan stesen-stesen TV ini dan mahu Datuk Seri Dr Rais Yatim memohon maaf bagi pihak stesen-stesen TV yang membuat laporan palsu dan bersifat hasutan," katanya lagi sambil menambah, Rais seharusnya mengadakan satu siasatan dengan segera berhubung sikap tidak profesionalisme TV1 dan TV3.- TMI

Cincin 24juta Rosmah : Pengurus Operasi disoalsiasat SPRM sehingga jam 3 pagi

Posted: 27 Aug 2011 08:07 PM PDT

Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin telah menggugurkan bom dalam pos terbaru blog beliau. Pegawai-pegawai SPRM telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menemubual seseorang, A, Krishnan, yang namanya telah muncul di paparan gambar pangkalan data Kastam yang menunjukkan pembelian cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa sebagai dibeli oleh Wanita Pertama itu.

Walaubagaimanapun, adalah tidak jelas mengapa SPRM menemubual Pengurus Operasi itu, sama ada untuk mengetahui siapa yang membongkar cerita urus niaga atau untuk menyiasat jika cincin itu memang telah dipesan oleh Rosmah dan mengapa cukai tidak dikenakan ke atasnya.

"Saya mendapat tahu dari sumber-sumber saya bahawa berikutan laporan saya, pegawai-pegawai SPRM pergi ke KLIA untuk menyiasat perkara itu. Mereka telah menahan A Krishnan selama berjam-jam sebelum melepaskan beliau pada pukul 3 pagi" kata Badrul dalam blognya

"Laporan saya mestilah tepat, jika tidak, mengapa pegawai-pegawai SPRM mahu menyiasat perkara itu di KLIA dan membawa masuk pegawai itu untuk disoal siasat?"

Wujudkan penipuan yang baru

Badrul juga menegaskan bahawa beliau akan terus mendedahkan maklumat lanjut dan apabila sudah tepat pada masanya, akan ada usaha-usaha oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menutup skandal tersebut.

"Saya bukan hendak angkuh dengan mengatakan 'samanlah saya' tetapi jika ia berlaku, saya akan melihat ia sebagai peluang untuk mendedahkan lebih banyak lagi perihal barang kemas yang mahal Rosmah," tulis Badrul.

Walaupun cantik, cincin berlian yang indah yang diimport dari sebuah kedai yang berpangkalan di New York-tukang emas Jacob & Co telah juga membawa longgokan skandal dan imej buruk untuk Rosmah dan Najib.

Wanita berusia 60 tahun itu, yang Badrul yang sebut sebagai 'Imelda' Rosmah kerana menyerlahkan kecintaannya kepada barang-barang mewah, telah mengelak persoalan sama ada cincin itu kepunyaannya. Najib, pada hujung minggu lepas telah menafikan isterinya dan keluarganya mempunyai apa-apa kaitan dengan cincin tersebut.

Tetapi ramai rakyat Malaysia percaya bahawa beliau mencipta penipuan baru untuk menutup penipuan lama. Pada hujung minggu lepas, orang kuat beliau meminta akhbar Kompas memohon maaf kepada Najib atas cincin itu. Kompas pada 4 Ogos telah melaporkan cincin itu sebagai milik Rosmah dan juga melaporkan bahawa Maira Nazarbayey, ibu Kazakh, menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

Media kerajaan Malaysia, dengan segara mengambil kesempatan menyiarkan permohonan maaf akhbar itu justeru memberi gambaran bahawa laporan berita itu adalah fitnah. Namun Kompas tidak pernah mengeluarkan apa-apa permohonan maaf secara rasmi dan tidak pernah menarik balik laporan Ogos 4 itu.

Editor dan Reporter Kanan akhbar tersebut yang sebenarnya meminta maaf apabila mereka diterbangkan dari Jakarta untuk menemu bual Najib yang jarang dilakukan beliau. Adalah dipercayai bahawa mereka kesal disebabkan rasa malu terhadap Najib dan keluarganya dan tidak pula menyatakan bahawa laporan mengenai cincin itu palsu begitu juga mengenai Maira.

Ini bukan kali pertama Najib dan Rosmah telah terperangkap dalam situasi sedemikian, dan mengakibatkan kehilangan kredibiliti mereka.

Malaysia Chronicle menyertakan teks penuh pos blog Badrul di sini

Lelaki bermata kamera

Posted: 27 Aug 2011 07:40 PM PDT

TORONTO - Mata bercahaya merah seperti watak Terminator kini bukan lagi hanya boleh ditemui di dalam filem Hollywood apabila seorang pembuat filem dokumentari menukar mata palsunya kepada kamera video kecil.

Rob Spence dari Toronto, Kanada mampu merakam apa yang dilihat melalui mata kanannya melalui peranti mini berukuran sembilan milimeter dilengkapi kamera video, pemancar tanpa wayar dan bateri yang dimasukkan ke dalam soket mata.

Alat itu tidak disambungkan kepada otak Spence dan juga tidak mengembalikan penglihatannya yang hilang akibat kemalangan semasa kecil tetapi mampu menghantar video masa sebenar kepada komputer bimbit.

Penghasilan peranti unik itu sebelum ini mendapat perhatian dunia apabila ia dinamakan oleh majalah Time sebagai antara 50 ciptaan terbaik di dunia pada 2009. -  SH

SANTAI : Lelaki ke 2 terkecil di dunia kini di Malaysia

Posted: 27 Aug 2011 09:20 AM PDT

Pemegang Rekod Lelaki Kedua Terkecil di Dunia, Khagendra Thapa Magar, 19
melambai ke arah jurugambar ketika sidang media sempena melawat Malaysia di sini, pada Sabtu.
Nama Khagendra pernah tercatat dalam "Guinness Book of Record" lahir pada 14 Oktober 1992
di Nepal dengan ketinggian 0.67 meter (2 kaki 2 inci).
Sebagai Duta Pelancongan Nepal, beliau akan membuat persembahan kebudayaan
di Johor Bahru, Penang, Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang pada 28 Ogos hingga 1 September ini. --BERNAMA

Gani Patail nafi disogok Ho Hup

Posted: 27 Aug 2011 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut.

Dalam tulisan menerusi blognya Malaysia Today pada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

"Saya tidak menerima satu sen pun daripada Ho Hup. Saya ada satu peraturan, saya tidak ambil duit," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memiliki rumah di Seremban, Gani berkata: "Saya tiada rumah di Seremban ataupun di mana-mana di Negeri Sembilan."

"Saya tidak tahu apa nak kata. Semua ini berlaku pada 2009 tetapi kes itu dibawa sejak 2010, jadi tidak masuk akal," kata beliau merujuk kepada kes yang difailkan ke atas Datuk TC Low.

Raja Petra mendakwa Peguam Negara telah menggunakan pengaruhnya bagi pihak Lye untuk mendakwa Low di mahkamah tahun ini berhubung isu pendedahan kepentingannya dalam syarikat tersebut.

Editor Malaysia Today itu juga menyiarkan foto di blognya invois-invois yang dijana daripada komputer, bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama "AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa", satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah "AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa" bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.

Lye dan Low yang masing-masing mempunyai pegangan 28 dan 26 peratus ketika itu terlibat dalam pertikaian menguasai lembaga pengarah Ho Hup.

Bagaimanapun Lye telah diundi keluar pada mesyuarat tergempar Ho Hup pada Mac ini.

Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkan Gani daripada tuduhan rasuah berkaitan dengan urusan menunaikan haji tahun lalu - TMI

KES NAYA!!! Polis jadi mangsa pencacai UMNO

Posted: 27 Aug 2011 06:35 AM PDT

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Kecoh seketika di majlis Sumbangan Aidil Fitri Untuk Anak2 Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Alor Mengkudu apabila seorang anggota polis mendakwa dia diarah menyiasat laporan yang dibuat oleh pihak tertentu kononnya majlis tersebut adalah ceramah politik yang diadakan di masjid.

'Tepuk dahi' pihak penganjur dengan pengakuan pihak polis itu, kerana majlis tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan politik sebesar tungau pun. Ia adalah program anjuran bersama PKWR Dr. Ismail Salleh (ADUN Alor Mengkudu), KFA, Telekom (TM) dan KMC.

Antara yang turun bagi pihak KFA ialah Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hasan, Radhi Md Din, Ahmad Sobri Ismail, ketua pasukan Kedah serta seluruh pemain Kedah. TM dan KMC pun menghantar orang-orangnya untuk menghulurkan bantuan.

Pihak polis jadi malu sendiri, akibat laporan salah oleh pecacai AMCO. Apa yang UMCO jadi meroyan sangat kalau Exco Kerajaan boleh berucap di perkarangan masjid, walhal tak sepatah pun sebut isu politik?

Depa yang dok ceramah kat premis kerajaan termasuk masjid, PAS tak kisah pun. Sekali Exco PAS bercakap di perkarangan masjid, puak UMCO dah naik sasau.Sedihnya aku melihat teruknya perangai UMCO, ketakutan sudah berada ditahap gaban.

Apa yang kerajaan negeri buat semuanya 'menakutkan' mereka. Dengar tapak kaki Exco PAS pun belaga kepala lutut. Kesian dekat pihak polis yang sentiasa teraniaya dek UMCO, depa guna polis dalam semua perkara.

Sabaqla sat polis, tunggu tak berapa bulan lagi depa tunggin kat Pusat, barulah polis dibebaskan dari menjadi hamba abdi UMCO.

Kedah La

dollah yankee

dollah yankee


Jom tengok,siapa 'champion'! Anwar? atau Najib?

Posted: 27 Aug 2011 07:39 AM PDT

Upah kerja atau gaji pokok yang minimum untuk para pekerja adalah antara isu yang akan diberi keutamaan dan paling utama demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam Budget Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang akan dibentangkan sebelum Najib membentangkan Budget 2012 kerajaan.

Kita ada otak, kita ada 'akai', kita bandingkan lah antara budget Anwar dan budget Najib. Yang mana baik, yang mana realistik, yang mana angan-angan, yang mana budget ada duit, yang mana budget tak ada duit. Yang mana cakap tak serupa bikin.

dollah yankee-
Mestilah Anwar, sebab kepala otak dia lebih bergeliga dari Najib dan boleh buat batu cincin daa...

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Bajet 2012 : Pakatan Kaji Tingkat Gaji Minimum

Posted: 27 Aug 2011 07:26 PM PDT

PETALING JAYA 27 OGOS : Pakatan Rakyat komited dalam memelihara kebajikan golongan pekerja menerusi penetapan jumlah gaji minimum kepada semua golongan pekerja di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut diambil bagi menyelaraskan produktiviti yang disumbangkan golongan pekerja dengan pulangan yang diterima oleh mereka.

"Kita mengambil kira satu kajian yang diperkukuhkan oleh Bank Negara dimana wujud peningkatan dalam produktiviti dalam negara tetapi tidak selari dengan upah atau gaji,"katanya dalam sidang media selepas siri rundingan gagasan itu dengan Kesatuan Sekerja dan beberapa wakil daripada syarikat ekonomi di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Bagaimanapun Anwar berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan secara berasingan dan ia perlu dijalankan serentak dengan dasar untuk mengurangkan rasuah dan meningkatkan kecekapan, khususnya dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kami kesal kerana walaupun GLC seperti Proton dan Perodua membayar gaji asas di bawah garis kemiskinan pada RM650 sebulan.

"Dengan dasar alternatif untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan kecekapan, tidak rasuah dan mengurangkan kos melalui tender dan rundingan semula tawaran yang tidak adil seperti tol lebuh raya, kami berharap untuk mempunyai lebih banyak penjimatan dan peningkatan hasil ... yang membolehkan kita boleh untuk membantu pekerja dengan perjanjian yang lebih baik dan lebih adil, "katanya.

Selain itu, siri rundingan ini juga mendedahkan bahawa Barisan Nasional selama ini cuba berdolak dalih dan tidak mahu membuat satu penetapan jumlah gaji minimum kepada golongan pekerja di seluruh negara.

"Kita telah memutuskan supaya hal ini diberikan perhatian dan kita akan adakan beberapa rundingan tambahan bagi membincangkan hal ini agar ia selari dengan pendirian kita dalam buku jinga."ujarnya.

Merujuk muka surat 23 dalam Buku Jingga, Anwar berkata, di bawah dasar bersama Pakatan Rakyat, antara lain berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

Jelasnya lagi, ia juga akan memperkenal Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, sekiranya gabungan itu mengambil alih Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut memaklumkan bahawa Buku Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga mampu memberi tamparan hebat dalam kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak apabila satu persatu perubahan dilakukan sebagai respon kepada isi kandungan buku tersebut termasuk isu gaji minima yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

"Kejayaan buku jingga ini berjaya memaksa kerajaan dan Dato Seri Najib Razak untuk membuat beberapa perubahan termasuk pindaan undang-undang bagi memperkenalkan majlis perundingan yang khusus membincangkan soal gaji minima."

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.




PRU-13 : Hanya Doa Senjata Terakhir Hadapi BN, Kata Nik Aziz

Posted: 26 Aug 2011 11:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 OGOS : PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan "senjata akhir" bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

"Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa," kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

"Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya," kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Manjat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi.

'Burukkan' MP, TV3 Digesa Mohon Maaf

Posted: 26 Aug 2011 11:53 PM PDT




KUANTAN 27 OGOS : Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan segera memohon maaf.

Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.

Fuziah yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya.

Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu.

Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai".

Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu.

Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman.

Belum Daftar Tapi Nama Tersenarai Dalam Sistem SPR

Posted: 26 Aug 2011 11:51 PM PDT




SHAH ALAM 27 OGOS : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa berlaku kepincangan baru dalam daftar pemilih ekoran aduan bahawa ada rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi, namun nama mereka sudah terdapat dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 berkata, rakyat disarankan agar melakukan semakan bagi memastikan maklumat peribadi dalam daftar pemilih lengkap dan betul.

"Akhir-akhir ini, Bersih 2.0 telah menerima beberapa kes di mana individu-individu yang belum mendaftar mendapati mereka dimasukkan dalam daftar pemilih. Terdapat juga kes di mana kawasan mengundi telah ditukar tanpa diberi notis," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevasan meminta semua rakyat sentiasa peka dan mengambil langkah bagi mengelakkan kepincangan berlaku.

"Oleh itu, Bersih 2.0 menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah ringkas berikut untuk memastikan setiap warga Malaysia memastikan hak anda kepada pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tidak dicabuli.

"Semak nama anda dalam daftar pemilih untuk memastikan maklumat anda dalam daftar pemilih adalah tepat, semakan boleh dilakukan di laman web SPR, Kami berharap kepada semua warga Malaysia tidak kira di dalam atau di luar negera untuk menyemak nama dalam daftar pemilih," kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0.

Selain itu, jawatankuasa Bersih 2.0 juga meminta agar "Individu yang belum mendaftar untuk mengundi juga digalakkan untuk menyemak nama."

Kata Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, sekiranya maklumat peribadi dalam daftar pemilih tidak betul, pihaknya meminta agar dikemukakan aduan kepada badan itu.

"Sekiranya anda mendapat tahu kawasan mengundi anda telah ditukar tanpa pengetahuan atau nama anda dilampirkan dalam daftar pemilih walaupun belum mendaftar, sila berikan maklumat terperinci kepada kami di info@bersih.org atau faks kepada 03-77844978.

"Sekiranya anda masih belum mendaftar untuk mengundi, sila mendaftar di pejabat-pejabat pos yang terdekat selepas Hari Raya Aidilfitri, jangan mengabaikan hak mengundi anda! Pastikan anda mengundi ketika pilihan raya nanti," katanya.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan pembaharuan sistem pilihan raya, pentadbiran Najib memutuskan untuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang akan dianggotai wakil daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas.

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen akan dibentuk rangka kerjanya berdasarkan lapan tuntutan Bersih 2.0. 

Isu Gereja : AMK Gesa Cari Dalang Sebenar

Posted: 26 Aug 2011 11:49 PM PDT


SHAH ALAM 27 OGOS : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menggesa Kerajaan Negeri menyiasat pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam merancang pemeriksaan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya awal pada 3 Ogos lalu.

Ketua AMK Selangor, Irwan Ismail berkata, pihaknya menyatakan sokongan penuh terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu ini.

Selain itu, AMK Selangor juga mahu agar kerajaan negeri memperkasakan institusi agama di negeri itu termasuk menambahbaik pengagihan bantuan zakat.

"Penyiasatan dan pendedahan dalang disebalik isu ini perlu diumumkan dengan kadar segera bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif dikalangan rakyat.

"Ini jelas, kerana sumber kepada isu ini masih lagi menjadi keraguan. Jadi kita mahu pihak kerajaan negeri mencari siapa dalang disebalik isu ini. Kita juga berharap selepas pendedahan isu ini masyarakat Malaysia lebih jelas dan faham akan perkara tersebut," tegasnya ketika ditemui di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Jelasnya lagi, AMK menolak sekeras-kerasnya pihak yang cuba menangguk di air yang keruh demi kepentingan agenda politik sempit.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin.

Pada 3 Ogos lalu, Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) melakukan pemeriksaan ke atas gereja DUMC ekoran maklumat terdapat beberapa umat Islam menghadiri majlis makan malam muhibah yang dianjurkan oleh gereja terbabit.

Pada majlis tersebut, turut kelihatan seseorang sedang berucap sambil menyelitkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran selain terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!!

Posted: 27 Aug 2011 04:07 PM PDT




Bil air 20sen jer... ngarutlah..kah..kah..kah..

Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti.. tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat.. dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia... dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.." itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni.. sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia.. tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia.. aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler.. korang tengok sendiri ok..



ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buahttp://www.blogger.com/img/blank.gift untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor... kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti... mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan dapat menikmatinya lagi..

Kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata..- lianglahad

Note: Pemimpin umno yang kata " AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!" kah kah kah kah

Posted: 27 Aug 2011 04:07 PM PDT

AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!!




Bil air 20sen jer... ngarutlah..kah..kah..kah..

Aku nak kongsikan dengan korang bil air salah sorang jiran aku ni.. dia ni orang atas pagar..
bukan menyokong mana-mana parti.. tetapi dah tentulah dengan menjadi jiran aku,dia mendapat banyak input tentang Kerajaan Pakatan Rakyat.. dan sikit sebanyak,apa yang aku sampaikan kat dia memang masuk dalam kepala dia... dan dia pun mula berani cakap yang "pemimpin kerajaan BN ni banyak "sembang" jer... tapi abok pun takde... "

"cakap nak lawan rasuah,tapi dorang sendiri yang rasuah.." itu kata dia yer.. bukan kata aku.. dan sudah tentulah aku setuju dan aku gembira bila dia nampak semua tu...

dan semalam,dia tunjukkan aku bil air dia,dia kata masa Khir Toyo dulu tak pernah macam ni.. sebenarnya dia ni dah berbulan-bulan tidak bayar bil air sejak pakatan ambil alih Selangor... tapi tak pernah tunjuk kan kat aku bil air dia.. tapi semalam tah nape,dia tunjukkan kat aku bil air dia.. aku pun apa lagi..aku ambik dan kongsikan dengan korang ler.. korang tengok sendiri ok..



ini bil air yang dikeluarkan di negeri Selangor... bukan di Perak, bukan di Johor, bukan juga di Melaka yang dikatakan maju tu..

aku harap korang hargailah apa yang Pakatan Cuba buahttp://www.blogger.com/img/blank.gift untuk mengembalikan hasil Negeri kepada rakyat Selangor... kalau kita bagi UMNO menang pada PRU 13 nanti... mungkin jiran aku dan ramai lagi yang menikmati bil yang macam ni sekarang tidak akan dapat menikmatinya lagi..

Kerana UMNO adalah penghisap hasil rakyat jelata..- lianglahad

Note: Pemimpin umno yang kata " AKU BENCI KERAJAAN SELANGOR!!!" kah kah kah kah

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Cabar TV3 Minta Maaf - Fuziah Salleh beri tempoh 7 hari.

Posted: 27 Aug 2011 09:04 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos -  Sehingga hari ini Stesen Televisyen TV3 dan wartawan Karam Singh Walia  masih lagi diam membisu dan tidak membuat sebarang kenyataan balas mengenai amaran yang dikeluarkan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh berkenaan isu Lynas.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Sekitar Munajat Pilihanraya Rakyat Kelantan

Posted: 27 Aug 2011 09:02 PM PDT

MALAYAN UNION - Teladan buat generasi kini, akan datang

Posted: 27 Aug 2011 09:00 PM PDT

Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja  dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak keoada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Komunis Dengan Polis Bukit Kepong - Siapa Hero?

Posted: 27 Aug 2011 08:50 PM PDT

Polis Bkt Kepong sebelum diserang
Mat Sabu dikecam teruk oleh banyak pihak terutamanya pro-kerajaan apabila mengatakan dalam peristiwa Bukit Kepong, komunis yang menyerang dan membunuh seramai 25 anggota polis termasuk keluarga mereka adalah hero negara yang sebenarnya. Tengok sini.

Memang susah jugak nak nak ambil sikap dalam isu ini. Mat Sabu kata pada masa kejadian semua polis yang bertugas di situ merupakan kakitangan kerajaan penjajah British manakala geng komunis yang pergi serang mereka mahu menuntut hak memerintah diberikan secara mutlak kepada rakyat Malaysia. Nampak macam logik juga kalau Mat Sabu kata komunis tu hero rakyat.

Nak kasi jelas isu ni mari kita tengok kronologi peristiwa masa tu:
Read More / Baca Lagi >>

MENENTANG BRITISH, KOMUNIS, JEPUN ........ PEJUANG NEGARA

Posted: 27 Aug 2011 08:49 PM PDT

Mat Sabu hina Pejuang Negara?

Artikel ini sama sekali tidak bertujuan memperkecilkan dan jauh sekali menafikan peranan yang dimainkan oleh nama-nama besar yang kerap diulang-ulang di kaca tv dan media-media perdana lain malah jauh sekali untuk menyokong perjuangan Komunis.. Harap Maklum.


Read More / Baca Lagi >>

Siapa Pejuang, Siapa Penderhaka...???

Posted: 27 Aug 2011 08:41 PM PDT

Sesiapa yang menentang Komunis semasa zaman darurat dahulu akan di gelar sebagai Pejuang Negara.

Sesiapa yang menentang Jepun semasa zaman penjajahan dahulu akan di gelar sebagai Pejuang Negara.

Sesiapa yang menentang British semasa zaman penjajahan dahulu akan di gelar sebagai Pengkhianat Negara.

British tu siapa...????

Tok Janggut tu siapa..???

Mat Kilau tu siapa..???

Read More / Baca Lagi >>

Komunisme Tetap diharamkan di Malaysia..!!

Posted: 27 Aug 2011 08:35 PM PDT

Bermula dengan pengharaman Parti Komunis Malaya oleh Penjajah Inggeris, Malaya Merdeka mengekalkan pengharaman itu.
Parti Komunis Malaya adalah organisasi politik yang tertua di Malaya dengan penyusunan organisasi yang baik dan parti politik pertama yang bangun menentang penjajah, termasuk penjajah Jepun dan penjajah Inggeris.
Read More / Baca Lagi >>

BUKIT KEPONG : Antara polis berkhidmat dengan penjajah dengan komunis yang memperjuangkan kemerdekaan

Posted: 27 Aug 2011 08:27 PM PDT

http://3.bp.blogspot.com/_xtMDoBpEzQQ/Sldf1OihXDI/AAAAAAAAAHQ/oLwUsBJQp4A/s320/bukit-kepong.jpg
Percayalah, filem Bukit Kepong akan ditayangkan di TV Malaysia , sempena MERDEKA. Nak burukkan Mat Sabu la, tapi hakikatnya polis di Bukit Kepong itu berjuang untuk penjajah bukan untuk MERDEKA.
Read More / Baca Lagi >>

Permainan Baru : UMNO MULA MEROYAN DENGAN MAT SABU

Posted: 27 Aug 2011 08:26 PM PDT



RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.
Hari ni Utusan menyiarkan segelintir pemimpin UMNO mula meroyan dengan kenyataan Mat Sabu yang menyifatkan UMNO banyak putar belit sejarah. Dan paling pasti saya jangka seperti biasa Perkasa, Pekida, dan macam-macam pe la gi akan buat report polis. Percaya tak?
Read More / Baca Lagi >>

Lesen monopoli kepada kroni BN punca inflasi

Posted: 27 Aug 2011 08:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN.
"Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini," kata beliau.
Menurut Mahfuz, bila tidak ada persaingan sihat dan monopoli dijadikan bermaharajalela oleh kerajaan Umno, harga dinaikkan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna.
"Sebab itulah kesedaran rakyat perlu digerakkan supaya tertanam di hati mereka bahawa inflasi yang sedang melanda negara ini adalah inflasi Barisan Nasional atau inflasi BN kerana inflasi negara ini adalah inflasi angkara BN, barang naik angkara BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Jamal Elshayyal speaks to NTC's deputy PM

Posted: 27 Aug 2011 08:19 PM PDT

Memahami isi Quran bukan hak ustaz sahaja.!!

Posted: 27 Aug 2011 08:17 PM PDT

Kita sedang berada di hujung Ramadan, bulan turunnya al Quran, kitab suci dari Allah SWT yang menjadi asas kepada pembentukan dan pengukuhan iman. Di dalamnya juga terkandung segala perintah dari Yang Maha Berkuasa supaya ditaati oleh mereka yang bertakwa.
Ia juga membawa rahmat, keberkatan dan menjadi penawar kepada orang-orang yang beriman. Di dalamnya terkandung petunjuk kepada jalan lurus yang akan menjadi kompas kepada manusia untuk bertemu dengan Yang Maha Suci pada hari kebangkitan dengan hati yang paling gembira dan tiada tolok bandingannya dengan sebarang rasa gembira yang manusia boleh kecapi di dunia ini.
Read More / Baca Lagi >>

Murtad: Dakwa Pakatan dengan Facebook, DAP gesa Rais ‘hukum’ TV1

Posted: 27 Aug 2011 08:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — DAP menggesa kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyiarkan satu laporan menerusi saluran TV1 semalam — didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam tadi, mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.
Read More / Baca Lagi >>

Aidilfitri: Pelanggan ‘ikat perut’, peniaga keluh jualan kuih dingin..ekonomi bertambah baik kan..kan...!!!!

Posted: 27 Aug 2011 08:13 PM PDT


Orang ramai meninjau bazar menjual kuih raya di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur semalam. Peniaga mendakwa sambutan kurang memberangsangkan. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Ketika ramai pengguna mengeluh tentang kenaikan harga makanan, peniaga-peniaga kuih raya turut merasai kesannya apabila produk makanan sempena Aidilfitri kali ini kurang mendapat sambutan berbanding tahun lalu. Tinjauan The Malaysian Insider di beberapa lokasi sekitar ibu negara mendapati banyak kuih raya tidak laku ketika tinggal tiga hari sebelum Syawal.
Read More / Baca Lagi >>

Has Chandra not heard of Unity in Diversity or is he defending Ketuanan Melayu

Posted: 27 Aug 2011 08:11 PM PDT

Has Chandra not heard of Unity in Diversity or is he defending Ketuanan MelayuGoing through Chandra Muzaffar's Merdeka wish list, I had to read it 3 times before being able to grasp some of its meaning. Frankly, I had trouble understanding his flowery words.
He talks about the lack of bridge builders and the fostering of national unity, about bridge wreckers and people erecting walls, and that national unity lies with the rakyat (populace) and not the with the government only.
He goes on to say that no country in the world can claim achievement in inter-ethnic unity, which will never happen as people are of different religious and cultural backgrounds, different histories, memories and with different experiences.
Read More / Baca Lagi >>

Badrul: SPRM soal siasat pengurus hingga 3 pagi berkenaan cincin Rosmah

Posted: 27 Aug 2011 08:09 PM PDT

Badrul: SPRM soal siasat pengurus hingga 3 pagi berkenaan cincin RosmahPemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin telah menggugurkan bom dalam pos terbaru blog beliau. Pegawai-pegawai SPRM telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menemubual seseorang, A, Krishnan, yang namanya telah muncul di paparan gambar pangkalan data Kastam yang menunjukkan pembelian cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa sebagai dibeli oleh Wanita Pertama itu.
Walaubagaimanapun, adalah tidak jelas mengapa SPRM menemubual Pengurus Operasi itu, sama ada untuk mengetahui siapa yang membongkar cerita urus niaga atau untuk menyiasat jika cincin itu memang telah dipesan oleh Rosmah dan mengapa cukai tidak dikenakan ke atasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Cincin tiada kaitan Rosmah, tetapi milik Maira? : Badrul soal Anuar Shaari

Posted: 27 Aug 2011 08:08 PM PDT

Cincin tiada kaitan Rosmah, tetapi milik Maira? : Badrul soal Anuar ShaariPemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard telah memulakan perang dengan pembelot parti, Anuar Shaari mengenai kontroversi cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa milik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rosmah telah dituduh membeli cincin itu dan membawanya masuk ke Malaysia tanpa membayar cukai.
Badrul telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berikutan cerita mengenai cincin itu yang tersebar di Internet..
Anuar, seorang bekas ahli PKR membidas Chegubard dan mencabar beliau untuk membuat laporan yang sama kepada pihak polis. Beliau juga menuduh Chegubard menyebarkan fitnah mengenai Rosmah Mansur.
"Anuar tahu keadaan sebenar dalam Umno – menyedari bahawa semua keputusan secara tidak langsung datang dari Rosmah. Beliau cuba untuk menunjukkan sokongan beliau untuk menarik perhatian Rosmah. Beliau berharap agar beliau mendapat peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang" ujar Badrul
Read More / Baca Lagi >>

:Ahaaks : Kenyataan Mat Sabu khianati pejuang bangsa, negara - Muhyiddin

Posted: 27 Aug 2011 08:07 PM PDT


Kenyataan Mat Sabu khianati pejuang bangsa, negara - MuhyiddinKenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan.
Mohamad membuat kenyataan itu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar.
Muhyiddin berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.
Read More / Baca Lagi >>

Dipukul tanpa sebab oleh SRS..!!

Posted: 27 Aug 2011 03:45 PM PDT

KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam.
KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam. 
 
GEORGETOWN: "Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan," dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi, di sini, malam Khamis lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Gaddafi lari ke Algeria?

Posted: 27 Aug 2011 03:41 PM PDT


Seorang pemberontak Libya bergambar sambil tangannya menunjukkan isyarat 'V' (kemenangan) di kerusi berbentuk ikan duyung diperbuat daripada emas milik anak perempuan Muammar Gaddafi, Aisha di rumahnya di Tripoli, kelmarin. - AFP


TRIPOLI 27 Ogos - Satu konvoi enam buah kereta Mercedes yang mungkin membawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilihat menyeberangi Libya ke Algeria semalam, lapor agensi berita Mesir MENA yang memetik sumber pemberontak.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Gaddafi jadi tanda tanya

Posted: 27 Aug 2011 03:39 PM PDT



MENUMBANGKAN Gaddafi bukanlah kejayaan kecuali mewujudkan persefahaman antara puak-puak di Libya.



RAKYAT Libya bersorak riang selepas pemberontak berjaya menawan Tripoli beberapa hari lalu. Tripoli adalah benteng terakhir Presiden Muammar Gaddafi dan ini bermakna Libya telah jatuh ke tangan pemberontak yang menuntut demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Pemberontak Libya kepung bandar kelahiran Gaddafi

Posted: 27 Aug 2011 03:34 PM PDT


BEBERAPA pejuang pemberontak menangkap seorang askar Gaddafi ketika operasi mencari pemimpin Libya itu di Tripoli kelmarin.


TRIPOLI - Pemberontak Libya menawan pos kawalan Ras Jdir di kawasan sempadan dengan Tunisia dalam usaha menutup laluan keluar yang boleh digunakan Muammar Gaddafi untuk meninggalkan negara ini.
Lokasi persembunyian Gaddafi masih menjadi misteri tetapi pemberontak percaya pemimpin berusia 69 tahun itu masih berada di Libya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia telah iktiraf Pembangkang Libya

Posted: 27 Aug 2011 03:30 PM PDT


Kerajaan Malaysia telah mengiktirafkan pihak berkuasa pemberontak Libya walaupun Kerajaan Libya belum lagi jatuh sepenuh nya.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman, menyatakan Jumaat malam kelmarin, bahawa telah menerima Dewan Peralihan Nasional (NTC) yang dibentuk pemberontak, yang kini menguasai Tripoli pada awal minggu lalu. Read More / Baca Lagi >>

Libya: Dari Zon Larangan Terbang ke Zon Perang

Posted: 27 Aug 2011 03:28 PM PDT




Kejayaan Revolusi Libya menumbangkan rejim Muammar Gaddafi, bukan sahaja menghidupkan semula rentak Pemberontakan Arab yang seakan-akan menempuh jalan buntu selepas mencipta kejayaan di Tunisia dan Mesir, tetapi juga mempersegar campur tangan asing, lazimnya, kuasa besar bersama-sama Nato  di mana-mana negara yang bergolak.  Alasan yang diberikan untuk campur tangan ini ialah kemanusiaan yang jika tanpa campur tangan, pastinya berlaku pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat jelata.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Libyan rebels claim victory in Bin Jawad

Posted: 27 Aug 2011 03:25 PM PDT