Sabtu, 27 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Hoi SPR ... sampai bila hampa nak buat kerja menipu ni? ...

Posted: 27 Aug 2011 11:21 PM PDT

DAP kesan lagi 'penipuan' daftar pemilih Pulau Pinang

Susan Loone
Ogos 28, 11

DAP Pulau Pinang telah mengesan pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama dan bimbang mereka mungkin pengundi hantu.

Parti itu juga mengesan nama pengundi yang berusia 90 tahun ke atas telah dipotong, sedangkan mereka masih hidup.

ADUN Komtar, Ng Wei Aik (kanan) berkata pengundi dengan
nombor kad pengenalan yang sama itu dikesan dalam senarai pemilih di Kem Tun Razak, Markas 2 Divisyen di Batu Maung.

Batu Maung adalah kerusi yang diwakili ADUN PKR, Abdul Malik Abul Kassim, dan baru-baru ini kawasan tersebut didapati mempunyai pertambahan 1,400 pengundi baru.

Ng berkata tiga set pengundi dengan nombor kad pengenalan yang sama yang dikesan setakat ini ialah: Roziah bt Nordin dan Sujiah bt Mohd Sidek (7225477); Gustina bt Ahmad dan Zarina bt A Rahim (A1283855) dan Norazwani bt Daud dan Rohaila bt Zulkifli (A3455269)

"Selepas kami mendapati terdapat 1,400 undi pos baru didaftar di kem Batu Maung, kami menggunakan (program) Excel untuk menyemak senarai pemilih, dan mengesyaki mereka adalah pengundi hantu.

"Kami mendapati enam orang mempunyai nombor kad pengenalan baru yang berbeza, dan suami mereka yang merupakan anggota tentera, juga mempunyai nombor yang berbeza (daripada kad pengenalan sebenar mereka)," tambah saya.

"Ini menunjukkan ada yang amat tidak kena dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," tambahnya. - Malaysiakini

Murtad : DAP gesa Rais 'hukum' TV1

Posted: 27 Aug 2011 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — DAP menggesa kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyiarkan satu laporan menerusi saluran TV1 semalam — didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook "Murtads in Malaysia and Singapore" menerusi segmen berita perdana 8 malam tadi, mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.

Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.

Kandungan laporan itu mendakwa pemimpin-pemimpin itu sebagai anggota kumpulan tersebut.

Laporan itu memetik Setiausaha Gabungan NGO Malaysia Jurit Ramli berkata, pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan segera kononnya memurtadkan Muslim sebagai ancaman yang sebenar.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) berkata, menjadi tanggungjawab Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memastikan mereka yang bertanggungjawab menyiarkan bahan itu dipecat dengan segera.

"TV1 sangat tidak beretika dalam menyiarkan laporan itu tanpa memastikan kesahihan maklumat dengan pihak-pihak relevan yang dikaitkan oleh laman Facebook terbabit, memandangkan mereka merupakan pemimpin Pakatan Rakyat yang boleh dihubungi dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pua berkata, TV1 kelihatan jahil ataupun enggan mengetahui bahawa fungsi 'add to group' dalam Facebook tidak boleh menghalang pentadbir kumpulan daripada menambah anda dengan mana-mana kumpulan.

Oleh itu katanya, mereka yang didakwa sebagai penyokong laman sosial itu tidak berhasrat atau tidak tahu bahawa mereka telah menyertai kumpulan tersebut.

Ahli Parlimen itu menambah, saluran tersebut memilih untuk menyebarkan berita palsu dengan menekankan kononnya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kumpulan berkenaan sedangkan ia sepatutnya mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab mengaitkan kepimpinan perikatan itu.

Pua juga mendakwa, media dikawal umno memilih arah aliran liputan berita sedemikian selepas langkah yang sama diambil oleh TV3 pada 21 Ogos kononnya sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama mahu memurtadkan Muslim.

Aduan dibuat oleh Surau Al-Musyrikin ke atas pusat tuisyen itu dan ia telah ditutup sejak itu.

Wakil rakyat dari Petaling Jaya Utara ini mendakwa Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyebabkan ketegangan kaum sebagai salah satu cara untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami amat mengecam tindakan stesen-stesen TV ini dan mahu Datuk Seri Dr Rais Yatim memohon maaf bagi pihak stesen-stesen TV yang membuat laporan palsu dan bersifat hasutan," katanya lagi sambil menambah, Rais seharusnya mengadakan satu siasatan dengan segera berhubung sikap tidak profesionalisme TV1 dan TV3.- TMI

Cincin 24juta Rosmah : Pengurus Operasi disoalsiasat SPRM sehingga jam 3 pagi

Posted: 27 Aug 2011 08:07 PM PDT

Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin telah menggugurkan bom dalam pos terbaru blog beliau. Pegawai-pegawai SPRM telah pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menemubual seseorang, A, Krishnan, yang namanya telah muncul di paparan gambar pangkalan data Kastam yang menunjukkan pembelian cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa sebagai dibeli oleh Wanita Pertama itu.

Walaubagaimanapun, adalah tidak jelas mengapa SPRM menemubual Pengurus Operasi itu, sama ada untuk mengetahui siapa yang membongkar cerita urus niaga atau untuk menyiasat jika cincin itu memang telah dipesan oleh Rosmah dan mengapa cukai tidak dikenakan ke atasnya.

"Saya mendapat tahu dari sumber-sumber saya bahawa berikutan laporan saya, pegawai-pegawai SPRM pergi ke KLIA untuk menyiasat perkara itu. Mereka telah menahan A Krishnan selama berjam-jam sebelum melepaskan beliau pada pukul 3 pagi" kata Badrul dalam blognya

"Laporan saya mestilah tepat, jika tidak, mengapa pegawai-pegawai SPRM mahu menyiasat perkara itu di KLIA dan membawa masuk pegawai itu untuk disoal siasat?"

Wujudkan penipuan yang baru

Badrul juga menegaskan bahawa beliau akan terus mendedahkan maklumat lanjut dan apabila sudah tepat pada masanya, akan ada usaha-usaha oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menutup skandal tersebut.

"Saya bukan hendak angkuh dengan mengatakan 'samanlah saya' tetapi jika ia berlaku, saya akan melihat ia sebagai peluang untuk mendedahkan lebih banyak lagi perihal barang kemas yang mahal Rosmah," tulis Badrul.

Walaupun cantik, cincin berlian yang indah yang diimport dari sebuah kedai yang berpangkalan di New York-tukang emas Jacob & Co telah juga membawa longgokan skandal dan imej buruk untuk Rosmah dan Najib.

Wanita berusia 60 tahun itu, yang Badrul yang sebut sebagai 'Imelda' Rosmah kerana menyerlahkan kecintaannya kepada barang-barang mewah, telah mengelak persoalan sama ada cincin itu kepunyaannya. Najib, pada hujung minggu lepas telah menafikan isterinya dan keluarganya mempunyai apa-apa kaitan dengan cincin tersebut.

Tetapi ramai rakyat Malaysia percaya bahawa beliau mencipta penipuan baru untuk menutup penipuan lama. Pada hujung minggu lepas, orang kuat beliau meminta akhbar Kompas memohon maaf kepada Najib atas cincin itu. Kompas pada 4 Ogos telah melaporkan cincin itu sebagai milik Rosmah dan juga melaporkan bahawa Maira Nazarbayey, ibu Kazakh, menantu Najib mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

Media kerajaan Malaysia, dengan segara mengambil kesempatan menyiarkan permohonan maaf akhbar itu justeru memberi gambaran bahawa laporan berita itu adalah fitnah. Namun Kompas tidak pernah mengeluarkan apa-apa permohonan maaf secara rasmi dan tidak pernah menarik balik laporan Ogos 4 itu.

Editor dan Reporter Kanan akhbar tersebut yang sebenarnya meminta maaf apabila mereka diterbangkan dari Jakarta untuk menemu bual Najib yang jarang dilakukan beliau. Adalah dipercayai bahawa mereka kesal disebabkan rasa malu terhadap Najib dan keluarganya dan tidak pula menyatakan bahawa laporan mengenai cincin itu palsu begitu juga mengenai Maira.

Ini bukan kali pertama Najib dan Rosmah telah terperangkap dalam situasi sedemikian, dan mengakibatkan kehilangan kredibiliti mereka.

Malaysia Chronicle menyertakan teks penuh pos blog Badrul di sini

Lelaki bermata kamera

Posted: 27 Aug 2011 07:40 PM PDT

TORONTO - Mata bercahaya merah seperti watak Terminator kini bukan lagi hanya boleh ditemui di dalam filem Hollywood apabila seorang pembuat filem dokumentari menukar mata palsunya kepada kamera video kecil.

Rob Spence dari Toronto, Kanada mampu merakam apa yang dilihat melalui mata kanannya melalui peranti mini berukuran sembilan milimeter dilengkapi kamera video, pemancar tanpa wayar dan bateri yang dimasukkan ke dalam soket mata.

Alat itu tidak disambungkan kepada otak Spence dan juga tidak mengembalikan penglihatannya yang hilang akibat kemalangan semasa kecil tetapi mampu menghantar video masa sebenar kepada komputer bimbit.

Penghasilan peranti unik itu sebelum ini mendapat perhatian dunia apabila ia dinamakan oleh majalah Time sebagai antara 50 ciptaan terbaik di dunia pada 2009. -  SH

SANTAI : Lelaki ke 2 terkecil di dunia kini di Malaysia

Posted: 27 Aug 2011 09:20 AM PDT

Pemegang Rekod Lelaki Kedua Terkecil di Dunia, Khagendra Thapa Magar, 19
melambai ke arah jurugambar ketika sidang media sempena melawat Malaysia di sini, pada Sabtu.
Nama Khagendra pernah tercatat dalam "Guinness Book of Record" lahir pada 14 Oktober 1992
di Nepal dengan ketinggian 0.67 meter (2 kaki 2 inci).
Sebagai Duta Pelancongan Nepal, beliau akan membuat persembahan kebudayaan
di Johor Bahru, Penang, Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang pada 28 Ogos hingga 1 September ini. --BERNAMA

Gani Patail nafi disogok Ho Hup

Posted: 27 Aug 2011 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat tersebut.

Dalam tulisan menerusi blognya Malaysia Today pada 23 Ogos lalu, Raja Petra mendakwa bahawa Lye telah memberi sogokan kepada Gani dan menggunakan dana Ho Hup untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan.

Dalam respons pertama berhubung dakwaan Raja Petra, Gani memberitahu The Malaysian Insider, beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada syarikat pembinaan tersebut.

"Saya tidak menerima satu sen pun daripada Ho Hup. Saya ada satu peraturan, saya tidak ambil duit," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau memiliki rumah di Seremban, Gani berkata: "Saya tiada rumah di Seremban ataupun di mana-mana di Negeri Sembilan."

"Saya tidak tahu apa nak kata. Semua ini berlaku pada 2009 tetapi kes itu dibawa sejak 2010, jadi tidak masuk akal," kata beliau merujuk kepada kes yang difailkan ke atas Datuk TC Low.

Raja Petra mendakwa Peguam Negara telah menggunakan pengaruhnya bagi pihak Lye untuk mendakwa Low di mahkamah tahun ini berhubung isu pendedahan kepentingannya dalam syarikat tersebut.

Editor Malaysia Today itu juga menyiarkan foto di blognya invois-invois yang dijana daripada komputer, bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama "AG's Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa", satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah "AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow at Seremban 2 — Sri Carcosa" bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.

Lye dan Low yang masing-masing mempunyai pegangan 28 dan 26 peratus ketika itu terlibat dalam pertikaian menguasai lembaga pengarah Ho Hup.

Bagaimanapun Lye telah diundi keluar pada mesyuarat tergempar Ho Hup pada Mac ini.

Pada Mei lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah membersihkan Gani daripada tuduhan rasuah berkaitan dengan urusan menunaikan haji tahun lalu - TMI

KES NAYA!!! Polis jadi mangsa pencacai UMNO

Posted: 27 Aug 2011 06:35 AM PDT

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Kecoh seketika di majlis Sumbangan Aidil Fitri Untuk Anak2 Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Alor Mengkudu apabila seorang anggota polis mendakwa dia diarah menyiasat laporan yang dibuat oleh pihak tertentu kononnya majlis tersebut adalah ceramah politik yang diadakan di masjid.

'Tepuk dahi' pihak penganjur dengan pengakuan pihak polis itu, kerana majlis tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan politik sebesar tungau pun. Ia adalah program anjuran bersama PKWR Dr. Ismail Salleh (ADUN Alor Mengkudu), KFA, Telekom (TM) dan KMC.

Antara yang turun bagi pihak KFA ialah Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hasan, Radhi Md Din, Ahmad Sobri Ismail, ketua pasukan Kedah serta seluruh pemain Kedah. TM dan KMC pun menghantar orang-orangnya untuk menghulurkan bantuan.

Pihak polis jadi malu sendiri, akibat laporan salah oleh pecacai AMCO. Apa yang UMCO jadi meroyan sangat kalau Exco Kerajaan boleh berucap di perkarangan masjid, walhal tak sepatah pun sebut isu politik?

Depa yang dok ceramah kat premis kerajaan termasuk masjid, PAS tak kisah pun. Sekali Exco PAS bercakap di perkarangan masjid, puak UMCO dah naik sasau.Sedihnya aku melihat teruknya perangai UMCO, ketakutan sudah berada ditahap gaban.

Apa yang kerajaan negeri buat semuanya 'menakutkan' mereka. Dengar tapak kaki Exco PAS pun belaga kepala lutut. Kesian dekat pihak polis yang sentiasa teraniaya dek UMCO, depa guna polis dalam semua perkara.

Sabaqla sat polis, tunggu tak berapa bulan lagi depa tunggin kat Pusat, barulah polis dibebaskan dari menjadi hamba abdi UMCO.

Kedah La

Tiada ulasan: