Khamis, 18 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Skrip sumpah 'PATI' : KDN minta bukti

Posted: 18 Aug 2011 09:00 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.

Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.

"Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, anggota parlimen Ampang itu menyifatkan program itu sebagai muslihat untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Katanya, Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk rasional keselamatan.

Usaha itu, tambahnya, penting dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

Mahmud juga berkata data biometrik yang diperoleh daripada program itu juga dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap PATI dan terbukti berjaya menangani jenayah rentas sempadan.

Jenayah seperti pemerdagangan orang, penyeludupan manusia dapat dikurangkan sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara, katanya.

Baginda mohon ketepikan saman fitnah Ummi Hafilda

Posted: 18 Aug 2011 07:56 PM PDT

Ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memohon untuk mengketepikan saman fitnah yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham memberi amaran kepada kedua-dua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah yang mungkin memberi kesan ke atas kes berkenaan.

"Saya juga baca akhbar. Saya alu-alukan media membuat laporan kerana ini membantu ketelusan dan mempercepatkan kes.

"Bagaiamanapun, awak mesti memberi keterangan di dalam mahkamah dan bukannya di luar," katanya yang dipercayai merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Ummi Hafilda pada Selasa lalu.

Dalam sumpahnya itu, dia mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda.

Singham kemudiannya menetap 12 September bagi mendengar permohonan itu.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Turut dinamakan sebagai defenden pada saman fitnah itu adalah Mkini Dotcom Sdn Bhd yang didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya - malaysiakini

Kristian guna hak asasi ganggu akidah Muslim, dakwa NGO Islam

Posted: 18 Aug 2011 08:36 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa kumpulan-kumpulan Kristian "mempergunakan" Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Tegas Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kumpulan-kumpulan Kritian juga berselindung di sebalik badan-badan kebajikan dengan tujuan yang sama.

"Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan beragama dalam Perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia.

"Tanpa kita sedari sebenarnya mereka (kumpulan Kristian) menggunakan peruntukan Perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru jelas beliau, kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya membuktikan agenda memurtadkan umat Islam wujud.

"Hasil siasatan Jais menjadi bukti jelas bahawa kegusaran umat Islam selama ini terhadap aktiviti memurtadkan bukan lagi menjadi perkara yang tersembunyi.

"Isu ini menjadi sensitif bagi umat Islam bukan sahaja kerana kerosakan akidah yang berlaku di kalangan masyarakat Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja tetapi lebih penting daripada itu, kita perlu memahami bahawa usaha tersusun pihak bukan Islam yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.

Tegas Abdullah Zaik, kumpulan Kristian telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan agama lain disebarkan kepada umat Islam.

"Pada hari ini, kumpulan Kristian berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terang telah melanggar peruntukan Perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu.

"Dalam Perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut Islam," katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu - TMI

Tony Fernandes (Air Asia) kuasai kelab bolasepak Inggeris

Posted: 18 Aug 2011 06:24 AM PDT

Tony Fernandes kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers

LONDON, 18 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan memiliki 66 peratus saham.

Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau memiliki pegangan itu dengan membelinya pada harga £35 juta (RM168 juta).

Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan kadar pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007.

Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

"Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah Kelab London seperti QPR, adalah satu peluang yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja," kata Fernandes lagi.

"QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadikannya satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh," kata beliau lagi.

Laporan semalam menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal semalam melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak AS$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia - TMI

Undi pos - pendedahan bekas anggota tentera : Panglima ATM tak perlu melatah

Posted: 18 Aug 2011 03:35 AM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin supaya tidak melatah berhubung penipuan undi pos.

Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.

"Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.

"Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan," katanya kepada Keadilandaily.

Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.

Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.

"Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan," ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.

Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.

"Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.

"Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya," ujarnya.

Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.

Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19139

~penarik beca

~penarik beca


Bila puak melantak babi nak berlakon jadi hero Islam

Posted: 17 Aug 2011 11:20 PM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN

Posted: 18 Aug 2011 10:58 AM PDT

Gambar hiasan wibawa seorang badut
Oleh: WFAUZDIN NS

MULAI sekarang, sesiapa yang mempunyai masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' boleh menghubungi TV 3 untuk sesi wawancara. Stesyen TV ini sudah melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyiarkan masalah mereka dan Saiful insan terpilih pertama yang mendapat `keistimewaan' itu. Baca di sini.

Anda tidak perlu menghadiri uji bakat untuk menjadi bintang di dalam Akademi Fantasia bagi mendapatkan nama dan glamour. Memadai anda ada kes menjadi mangsa atau sukarela di rogol mahupun diliwat atau anda hanya sekadar pembawa fitnah sudah cukup untuk memohon diwawancara asalkan si dituduh atau yang anda fitnah itu DS Anwar. Anda boleh cuba hubungi TV 3.

Jika bukan melibatkan DS Anwar, mohon maaf, sukar rasanya anda mendapat tempat istimewa itu. Itulah yang dapat kita saksikan bagaimana si Saiful mendapat `keistimewaan' tersebut. Saya tidak mengikuti sangat wawancara sedemikian kerana bimbang takut termuntah. Apa yang pasti, sepanjang wawancara itu adakah kita dapat dengar soalan ini kepada si Saiful;

- Mengapa anda berjumpa Najib untuk mohon biasiswa?
- Mengapa anda bersumpah di dalam masjid sehari sebelum hari Penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang mana DS Anwar sebagai calon sedangkan kejadian liwat itu berlaku sudah lama dan dikatakan berulangkali?
- Mengapa di dalam sumpah laknat anda berkata `dipaksa' liwat, sedangkan di dalam kertas pertuduhan tidak menggambarkan sedemikian?
- Mengapa seluar dalam anda tertinggal di dalam rumah teman wanita anda?
- Adakah anda mengaku mengadakan hubungan intim dengan salah seorang bekas Tim Pendakwaraya iaitu seorang wanita?
- Selepas kejadian anda kononnya `dipaksa' liwat, anda boleh minum kopi dan makan karipap?
- Selepas kejadian yang `menfobiakan' anda itu, mengapa anda hadir ke rumah orang yang `paksa' anda liwat tersebut tanpa rasa takut, benci atau jijik?
- Anda seorang pemuda yang gagah dan sihat. Mengapa anda tidak melawan atau sekurang-kurangnya menjerit atau lari ketika mahu diliwat, sebaliknya anda sendiri mandi dan memakai tuala? Tidakkah orang yang anda dakwa memaksa anda itu seorang yang berumur dan mempunyai rekod sakit pinggang dan tulang belakang memudahkan anda untuk melawannya?

Dan, terlalu banyak soalan yang patut ditanya kepada si Saiful untuk TV 3 yakinkan rakyat yang bodoh bahawa kisah tersebut adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Apa pun, Hakim telah berkata bahawa pemuda yang tidak mencuci duburnya selama dua hari itu adalah BERWIBAWA! Samalah juga dengan SPR dan JPN, bongkarlah apa pun mereka tetap BERWIBAWA !!/wfauzdin.blogspot.com

ROSMAH MINTA RAKYAT BERSYUKUR ATAU DIA PATUT BERSYUKUR ?

Posted: 18 Aug 2011 12:26 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ROSMAH Mansor mahu rakyat Malaysia bersyukur hanya kerana cukup makan, cukup pakaian dan selamat (benarkah selamat?). Tetapi Rosmah tidak nyatakan bagaimana pula untuk menzahirkan kesyukuran itu. Mungkin, tanda bersyukur itu adalah dengan menyokong kepimpinan lakinya Najib.

"Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam (Malaysiakini).

Memang negara kita cukup makan, tetapi harga makanan bagaimana? Siapa kata negara kita rakyatnya tidak berpakaian, semua berpakaian tetapi bagaimana keadaannya? Negara kita selamat? Cuba tanya pihak Polis, ada berapa banyak lagi kes budak, remaja bahkan orang tua yang hilang tidak dapat dikesan? Selamatkah seorang ahli perniagaan wanita bersama dua lagi rakannya yang hilang, kemudian dijumpai dibakar itu? Diberitakan masih banyak lagi orang seperti arwah yang hilang tanpa dapat dikesan.

Kes Norita Shamsudin sudah selesaikah? Kes Altantuya, selamatkah beliau datang ke Malaysia? Bukan sahaja beliau didapati `lebur' di dalam hutan, malahan namanya pun `lebur' dari rekod keluar masuk negara ini. Banyak jika mahu diceritakan betapa `selamat'nya negara ini sehinggakan orang yang berhimpun secara aman pun boleh meninggal dunia dan patah kaki.

Rosmah bercakap seperti orang tua-tua yang duduk di hulu, yang tidak tahu apa-apa. Sepatutnya beliau bersyukur kerana dapat menggunakan duit rakyat untuk bermalam di hotel-hotel mewah, membayar bil air/api dengan puluhan ribu ringgit dan mungkin mampu memakai beg tangan dan cincin yang mahal-mahal. Cuma, beliau belum mampu mahu membeli sehelai tudung, agaknya.

Ingin kita maklumkan pada Rosmah, tanda kita bersyukur kepada apa jua nikmat Allah adalah dengan kita mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya. Caranya, tolak kerajaan yang terang-terang engkar perintah Allah, yang zalim dan rasuah. Pilih kerajaan yang lebih baik dari yang rasuah, yang belasah duit Peneroka Felda dan sesuka hati meminjam wang KWSP. Jatuhkan kerajaan yang mengekalkan akta zalim, Akta ISA yang terang jelas haram di sisi Islam.

Jangan kita jadi seperti ayam daging, yang terus `bersyukur' diberi makan minum dan tempat tinggal yang dijaga rapi, diberi rawatan dan sebagainya, tetapi cukup masa, badan sudah gemuk, ayam daging akan ditimbang untuk dijual dan disembelih. Pedulikan nasihat dari bini Najib yang sudah merasa dirinya semakin ke penghujung dari tampuk kuasa. Beliau tahu lakinya kini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dengan berbagai pendedahan yang dikeluarkan.

Najib dan Rosmah adalah beban kepada negara ini, justeru itu sebelum jatuhkan Umno, tentukan kedua-dua manusia ini jatuh dahulu./wfauzdin.blogspot.com

AdlyZahari

AdlyZahari


Siasat Penipuan Undi Klon!

Posted: 18 Aug 2011 09:02 PM PDT



Sidang akhbar berhubung kewujudan banyak "Pengundi Klon" di Melaka.


Urusan daftar pemilih yang dipertikaikan.
1.1 Wujud daftar pemilih dengan no kad pengenalan yang sama, tapi ada 2 tempat mengundi yang berbeza. Contoh: Daud b Mohd (6830901) dan Jariah bt Alias (470822-04-5416)

1.2 Undi POS, ada 3 kategori
1.2.1 Pengundi POS yang bertindih
a. Azlan Shah b Amat T1130546 & T1130545
(Boleh mengundi di Sg Udang & Bandar Tun Razak, KL).
b. Abidin b Md Sahak T3008570 & T1110727
(Boleh mengundi di Sg Udang & Tapah, Perak)
c. Sulaiman b Jamlus T536040 & T3008649
(Boleh mengundi di Sg Udang & Selayang, Selangor)
d. Muhammad b Ariffin T1147743 & T1144743
(Boleh mengundi di Sg Udang & Peng. Chepa, K'tan)

1.2.2 "Pengundi POS yang Sah" dan "Pengundi Biasa yang Sah"
a. Jefree b Jantan T1082833 & 670807-05-5321
(Boleh mengundi POS di Sg Udang dan mengundi biasa di Kuala Linggi, Masjid Tanah)
b. Razalli b Hujut T1080267 & 681014-10-5775
(Boleh mengundi POS di Sg Udang dan mengundi biasa di Rembia, Alor Gajah)
c. Jamalludin b Isnin T1082811 & 710413-10-6679
(Boleh mengundi POS di Sg Udang dan mengundi biasa di Lembah Pantai, KL)

1.2.3 "Pengundi Biasa di Dun A" dalam proses pindah sebagai "Pengundi POS". Tapi,
statusnya adalah "Pengundi Biasa di Dun B". Contoh:
Mohamad Zaidi bin Ani
No Kad Pengenalan Tentera: T1087317
No Kad Pengenalan (MyKad): 700215-04-5079
Lihat contoh dibawah

"Pengundi Biasa di Dun Lendu" dalam proses pindah sebagai
"Pengundi POS di Sg Udang"
.
Tapi, statusnya juga adalah "Pengundi Biasa di Dun Kuala Linggi". (tekan untuk besarkan)



[admin]

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MRA BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN

Posted: 18 Aug 2011 07:15 AM PDT

Tautan Kasih VI berjalan dengan baik

Seramai 60 orang merangkumi peserta dan kakitangan sokongan MRA telah terlibat didalam simulasi latihan Tautan Kasih VI yang ditelah diadakan di Pos Bersih, Slim River, Perak. Program ini juga merangkumi Pos Keding, Pos Tenau dan Pos Gesau.

Sebanyak 7 modul latihan telah diaplikasikan sepanjang program latihan ini disamping dua tim medikal telah dibentuk dan hampir 200 lebih penduduk kampung telah berjaya diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Program yang berlangsung dalam bulan Ramadhan ini benar-benar menguji kesediaan setiap peserta simulasi ini untuk memberikan yang terbaik sepanjang latihan ini.

Shahru Peshawar

Zunar terus dapat pengiktirafan antarabangsa

Posted: 18 Aug 2011 06:54 AM PDT

Zunar terus dapat pengiktirafan antarabangsa

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Kartunis Zunar telah diberi penghargaan dengan dipilih sebagai salah seorang Artists-in-Residence 2011 dalam program "Art and Censorship" (Seni dan Penapisan) anjuran BilbaoArte/Fundacion BBK, iaitu sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.

Menurutnya, BilbaoArte menganjurkan program tiga bulan bagi membantu artis-artis memperjuangkan dan mempertahankan hak berkarya mereka yang menghadapi penapiasan/tekanan pihak berkuasa.

Katanya, seramai 20 artis dari seluruh dunia yang merupakan pelukis, pengukir dan pencipta hasil seni yang lain dipilih untuk menyertai program ini bagi tahun ini.

"BilbaoArte BilbaoArte menyediakan geran khas kepada artis untuk mengusahakan projek khas dalam tempoh itu, dan saya memilih politik Malaysia sebagai subjek.

"Dengan menyertai program ini saya akan berada di Sepanyol dari awal Oktober hingga akhir Disember tahun ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, beliau juga akan mengambil bahagian dalam VI Festival Against Censorship (Festival Melawan Penapisan ke V1) yang akan diadakan dari 7 hingga 15 November juga di Bilbao.

Festival itu, ujarnya menampilkan karya-karya seni penyanyi, pemuzik, penulis, pelukis, pengarah filem dari seluruh dunia yang ditapis/diharamkan.

Beliau akan mempamerkan 70 karya-karya kartun editorial yang pernah dihasilkan.

"Saya juga merasa bangga kerana diberi penghormatan untuk mencipta dan mereka bentuk poster untuk festival tersebut bagi tahun ini," katanya yang mempunyai nama sebenar Zulkiflee Anawar Ulhaque.

Menurutnya lagi, pemilihan sebagai Artists-in-Residence oleh BilbaoArte-Producciones Serrano ini bukan sahaja merupakan satu pengiktirafan kepada karya-karya kartunnya, malah merupakan satu kejayaan bagi aktivis-aktivis yang berjuang menentang penapisan dan kekangan hak bersuara di Malaysia.

"Pengktirafan ini memberi kekuatan baru untuk saya menghasilkan karya-karya yang lebih tajam dan berkesan dalam usaha menentang korupsi, pembaziran wang rakyat, salah guna kuasa dan kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah di Malaysia," katanya lagi.

Beliau menambah, ia juga merupakan satu isyarat kepada kerajaan Malaysia menghentikan segala bentuk ancaman, ugutan dan tindakan jenayah terhadap beliau dan artis-artis lain di Malaysia, kerana masyarakat seni di seluruh dunia sedang memerhatikan segala tindak tanduk mereka.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat, penyokong, pembaca, teman-teman dan semua pihak sentiasa memberi sokongan sehingga membolehkan saya mencapai ke tahap ini.

Bookmark and Share

Strategi Komunikasi K'jaan Langgar Etika

Posted: 18 Aug 2011 04:23 AM PDT



SHAH ALAM 18 OGOS : Sikap berdiam diri kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak bersabit perlantikan firma penerbitan Tv dan komunikasi strategik, FBC Media bagi menjalankan kempen media secara haram menimbulkan tanda tanya, kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Nik Nazmi, tindakan membayar firma media Britain itu dengan jumlah jutaan ringgit untuk memperoleh perkhidmatan komunikasi strategik dan pengeluaran sama sekali melanggar undang-undang asas dan etika media antarabangsa.

"Apa yang dipertikaikan ialah bukan amalan mengambil penasihat media atau firma hal ehwal awam tetapi pengambilan mereka yang dibayar dalam jumlah yang besar hanya untuk menyokong dan memberikan imej yang baik kepada kerajaan sahaja," katanya dalam kenyataan media.

Awal bulan lalu PKR menuntut pihak terbabit menjelaskan bahawa FBC Media dibayar sebanyak RM15 juta setahun oleh Kerajaan Sarawak.

Ini berikutan pendedahan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di Parlimen bahawa Kerajaan Persekutuan menerusi Pejabat Perdana Menteri telah membayar sebanyak RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009.

Dalam pada itu, Nik Nazmi memberitahu bahawa FBC Media turut membayar syarikat perunding Israel, APCO untuk mempengaruhi Amerika Syarikat bagi pihak kerajaan Malaysia.

"FBC kini berjaya menarik perhatian akhbar-akhbar dunia dan telah menjejaskan nama Malaysia di peringkat global berikutan sikap kerajaan yang gemar menggunakan cara yang salah dalam menjalankan kempen," jelas beliau.

Tambahnya, tindakan FBC Media itu sama sekali bercanggah sebagai penerbit TV dan firma komunikasi yang menerbitkan program berat sebelah bagi penyiaran antarabangsa.

"Peranan bercanggah FBC Media sebagai penerbit TV dan firma komunikasi strategik menimbulkan persoalan memandangkan mereka menerima bayaran daripada Kerajaan Persekutuan dan Sarawak untuk menerbitkan program TV yang berat sebelah dan ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC," ujarnya lagi.

Skandal kerajaan membelanjakan jutaan ringgit dalam membiayai kempen haram ini timbul selepas kerajaan menapis majalah the Ecomist berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada Julai lalu.

Sekaligus menyebabkan Perdana Menteri diasak untuk mengalah supaya menyiarkan polisi mengenai akta penapisan negara.

Izzah Gesa K'jaan Teliti Semula Gred Gaji Penjawat Awam Sektor Perubatan

Posted: 18 Aug 2011 04:22 AM PDT


Slug : Izzah-PPUM
KUALA LUMPUR 18 OGOS: Pakatan Rakyat menggesa kerajaan agar lebih prihatin terhadap perbelanjaan sektor kesihatan di negara ini dengan mengambil kira aspek penyelarasan semula skim gaji para medik dimana ia perlu dipertingkatkan serta diberi keutamaan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar Ibrahim berkata, ini kerana skim gaji para medik itu kini dilihat tidak berbaloi dengan usaha dan penat lelah mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

"Jika dilihat sistem kesihatan di Malaysia, doktor yang bekerja di pusat perubatan kerajaan memiliki gaji yang rendah berbanding hospital swasta tetapi mereka tetap memberikan perkhidmatan terbaik, begitu juga dengan jururawat mereka. Jadi kita perlu pertahankan mereka.

"Perkara ini juga perlu diambil secara serius kerana pada masa depan nanti, saya fikir sistem kesihatan yang sedia ada perlu peningkatan dari segi perbelanjaan, perkapita dalam perubatan di Malaysia." katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 300 pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap bidang kesihatan ini di negara ini berikutan kurang mendapat perhatian kerajaan terutamanya dalam penyediaan bajet kesihatan yang semakin berkurangan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

"Saya nampak apabila dalam mana-mana belanjawan Malaysia, perkara pertama dipotong adalah bajet kesihatan. Maka kalau kita pergi ke klinik-klinik farmasi di hospital kerajaan rata-rata banyak ubat-ubatan yang kekurangan kerana mereka menjadi mangsa dalam potongan kepada belanjawan."

Lantaran itu, beliau meminta kerajaan mengkaji semula perkhidmatan kesihatan yang disediakan oleh pihak kerajaan selama ini yang dilihat terdapat banyak kelonggaran dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Dalam mana-mana negara pun, tanggungjawab menyediakan perkhidmatan kesihatan adalah tanggungjawab kerajaan. Maka tidak wujud istilah perkhidmatan kerajaan atau perkhidmatan swasta.

"Khusunya Petronas dengan Prince Court dan sebagainya."

"Kerana kerajaan perlu jadi pengatur, dia memantau selia bagaimanakah perjalanan perbelanjaan dan gajian pada doktor dan jururawat yang perlu dipertingkatkan sekarang ini." ujarnya lagi.




Fuziah Dakwa Pembahagian PSC Berat Sebelah

Posted: 18 Aug 2011 04:17 AM PDT


KUALA LUMPUR 18 OGOS : Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz untuk mewujudkan awatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya bagi menjamin proses pilihan raya umum akan datang berjalan dengan bebas, adil dan demokratik disifatkan sebagai hanya sekadar wayang kerajaan pemerintah.

Malah, menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh amalan bermain wayang ini sering menjadi pilihan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dalam memberi gambaran baik kepada dunia bahawa mereka dalam cerdik mentadbir sesebuah negara.

"Pengumuman itu hanyalah wayang, nak tunjuk pada satu dunia yang kononnya (UMno-BN) akan melaksanakannya tapi apa pula dengan kenyataan Nazri yang tidak menjamin pembersihan daftar pengundi sebelum pilihanraya?

"Mereka juga tidak bersungguh-sungguh dan tidak memberikan komitmen dengan betul," katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, sama sekali tidak bersetuju dengan pembahagian Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan Nazri Aziz semalam ekoran pembahagian kerusi yang tidak adil.

Menurut Fuziah, jawatankuasa yang dicadangakn itu jelas berat sebelah dimana ianya dianggotai sembilan wakil - lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Tambahnya lagi, ahli parlimen dari bebas tidak berhak mendapat pembahagian walaupun seorang, berdasarkan jumlah kesuluruhan ahli parlimen.

"Jika kita lihat pada peratus kerusi di Parlimen, Ahli Parlimen bebas yang memiliki 8 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan tidak mewakili 1 peratus dari 8 ahli jawatan kuasa,"

"Kita boleh lihat ketidakseimbangan pembahagian jawatan kuasa ini kerana bebas tidak sampai 0.5 peratus pun untuk dilantik menjadi jawatankuasa. Satu wakil bebas dan hanya tiga wakil dari PR tidak mengikut pembahagian,"

Nazri yang dipetik dalam laporan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew semalam berkata, walaupun penggubalan undang-undang adalah satu proses yang panjang, tetapi kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjangka jawatankuasa itu akan diketuai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala wakil-wakil pembangkang pula akan diputuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Selangor digesa siasat dakwaan Umno dalang

Posted: 18 Aug 2011 09:35 PM PDT


SHAH ALAM, 19 Ogos: Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini mahu kerajaan negeri menyiasat dakwaan PAS bahawa isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama didalangi Umno.
Gesaan itu merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Umno terlibat dan berperanan di sebalik pemeriksaan Jais itu.
Sehubungan itu, mereka meyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohd Ali.
Pemuda PAS Selangor diwakili ketuanya, Hasbullah Ridhwan dan timbalannya, Mohd Sany Hamzan.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Dr. Hassan manakala bagi pihak Menteri Besar, memorandum tersebut diterima setiausaha sulitnya Mustapha Mohd Talib di pejabat masing-masing di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

Pitfalls in the zakat system

Posted: 18 Aug 2011 09:34 PM PDT

In light of allegations that impoverished Muslims are being converted, experts says zakat institutions need to be more proactive in handing out aid to the needy.


PETALING JAYA: The distribution of zakat (tithe) has come under fresh scrutiny following the Selangor Islamic Religious Authority's (JAIS) raid on Damansara Utama Methodist Church (DUMC) two weeks ago.
Following the raid, mainstream Malay dailies such as Berita Harian and Harian Metro had carried reports alleging that Christian organisations were secretly trying to convert impoverished Muslims by offering welfare aid.
The zakat distribution system's pitfalls have drawn criticism from prominent cleric Dr Mohd Asri Zainul Abidin for its immense red tape. Even Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin had "sounded" the institutions managing zakat distribution to be more proactive in identifying the needy to prevent them from seeking assistance from "others".
Read More / Baca Lagi >>

‘The spate of hate crimes must be stopped’

Posted: 18 Aug 2011 09:33 PM PDT

A DAP MP says that the torching of the state DAP headquarters yesterday was the work of a group of extremists who turn to crime to settle their political differences.
GEORGE TOWN: There are groups of extremists who are turning to hate crime to settle their political differences. And Bukit Bendera MP Liew Chin Tong thinks that this could be the reason for torching the state DAP headquarters.
He also blames acts of political violence in other parts of the country on these political extremists.
He said these extremists were resorting to hate crime because they refuse to exhaust existing avenues to settle political differences.
He added that these people should have adopted diplomatic channels to raise grievances, address contentious issues and find amicable solutions to problems.
Read More / Baca Lagi >>

Isu murtad kena selidik betul-betul, kata Dr M

Posted: 18 Aug 2011 09:32 PM PDT

"Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.

JERLUN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil tindakan dalam isu
dakwaan cubaan memurtadkan umat Islam di negara ini sebaliknya perkara itu perlu diselidiki dahulu.
"Kadang-kadang tuduhan itu benar, kadang-kadang tak. Kalau gopoh untuk menyiasat, esok bila (tindakan itu) salah, orang dah tak percaya lagi. Tunggu dulu sehingga dapat maklumat yang benar," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat sini malam tadi.
Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan  Anggota Parlimen Jerlun.
Read More / Baca Lagi >>

Bangsa Jujur : Rakyat Jepun pulangkan wang RM246 juta

Posted: 18 Aug 2011 09:30 PM PDT

Penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai berjumlah £50 juta (RM246.41 juta) yang mereka temui di beberapa  kawasan, lapor sebuah akhbar semalam.
Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu.
Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.
Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.
Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat.
Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.
Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Merapat Jurang Realiti 4

Posted: 18 Aug 2011 09:22 PM PDT

Oleh: MSK
Bila aku tanya tentang apakah "economic empowerment" yang telah dibuat..sama ada Pas atau PKR, sapa pun tak mau jawab. Masalah ini bukan hanya dalam blog ini..tapi kat mana saja aku pi…bila aku tanya soalan ini..sapa pun tak mau jawab. Kalau hangpa pun tak tau..macam mana aku nak cerita kat orang? Kalau nak cerita buruk Umno…hangpa tak payah cerita kat aku pun aku tau.
Orang Melayu diluarbandar hidup penuh dengan masalah. Aku berasal dari kampong…dewasa dikota metropolis Georgetown, Bangkok, Dhaka, Calcutta dan New Delhi. Sekarang sudah 11 tahun aku balik kekampung.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa wanita menjadi sasaran utama dihancurkan oleh yahudi?

Posted: 18 Aug 2011 09:14 PM PDT


"Seorang kanak-kanak yang rosak masih boleh menjadi baik asalkan dia pernah mendapatkan penjagaan seorang ibu yang baik. Sebaliknya, seorang ibu yang rosak akhlaknya, hanya akan melahirkan generasi yang rosak pula akhlaknya. Itulah sebab mengapa wanita menjadi sasaran utama untuk Yahudi hancurkan. "

Ucapan di atas dilontarkan oleh Muhammad Quthb, dalam sebuah ceramahnya puluhan tahun silam. Muhammad Quthb adalah ulama Mesir yang concern terhadap pendidikan Islam sekaligus pemikir ulung abad ke-20. Dia tidak hanya dikenali sebagai aktivis yang tidak gentar melawan terhadap rejim Imperialisme Mesir, tetapi juga cendekiawan yang terkenal luas ilmunya.Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS: Kami tak gunakan bekas tentera, dakwaan mereka ikhlas

Posted: 18 Aug 2011 09:11 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk mendedahkan mengenai kepincangan undi pos yang dinafikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam.
Sebaliknya Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat, Mohd Adram Musa berkata, keempat-empat bekas anggota tentera yang mendedahkan perkara itu tidak pernah dipaksa.
"Saya merasa terkejut dengan kenyataan Penglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : 'SPR, apakah kriteria untuk meminda daftar pemilih?

Posted: 18 Aug 2011 09:09 PM PDT

Reaksi spontan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk 'membersihkan' daftar pemilih selepas kesilapan mengenainya dilaporkan oleh pihak media, telah menimbulkan persoalan sama ada daftar pemilih boleh dipinda begitu saja oleh suruhanjaya tersebut.

Sejak dua minggu lalu, orang ramai dan pihak pembangkang telah membangkitkan pelbagai kelemahan dalam daftar pemilih, termasuk pengundi dengan dua identiti, pengundi tersilap nama 'Kg Baru' dan pengundi dengan nombor MyKad yang tidak wujud.

Setiapkali kesilapan tersebut didedahkan, SPR terus memperbetulkannya, sama ada dengan menukar butiran pengundi berkaitan atau memotong nama mereka daripada daftar pemilih.
Read More / Baca Lagi >>

JK Khas Parlimen: PAS buat cadangan balas

Posted: 18 Aug 2011 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) membuat cadangan balas agar Jawatankuasa Khas Pilihanraya dibentuk bagi mengkaji sistem pilihan raya negara agar ia diterima dan diyakini oleh rakyat.

Cadangan ini dibuat beliau untuk memberikan keyakinan kepada rakyat berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang untuk membaikpulih sistem pilihanraya yang ada yang dianggap tidak bersih dan adil.

"Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihanraya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?"

Tuan Ibrahim membuat cadangan ini sebagai reaksi  terhadap pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya akan diketuai oleh seorang menteri, lima ahli parlimen BN, tiga dari PR dan seorang ahli bebas.
Read More / Baca Lagi >>

'Skrip bersumpah' PATI: KDN minta bukti jelas

Posted: 18 Aug 2011 09:01 PM PDT

NONEKementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.

Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam (bawah) berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.

"Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

SU Agung Umno: Saya kasihan dengan ‘nasib’ Hasan Ali..he..he..sayang sangat ku nan nie..!!! buka pekung dah..!!

Posted: 18 Aug 2011 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kasihan dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang didakwa Umno tersepit di sebalik isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.
"Dalam isu pemeriksaan oleh Jais ke atas (Gereja Methodist Damansara Utama) DUMC, saya kesiankan Datuk Hasan Ali, Hasan cakap lain, datang Pemudanya (PAS) cakap lain, datang pula (Menteri Besar Tan Sri) Khalid (Ibrahim) cakap lain," kata Tengku Adnan dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

"Tangan Ghaib Dan Pemain Lama" : Bekas pegawai kanan polis sahkan pertalian Tajudin

Posted: 18 Aug 2011 08:55 PM PDT

Sebarang penyelesaian dengan Tan Sri Tajudin Ramli atau arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman undang-undang ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu perlu dikaji semula.

Menurut bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, tindakan itu perlu bagi menjamin bahawa kepentingan awam terpelihara bukannya mengambil-kira kepentingan Tajudin atau individu berkaitan politik lain.Read More / Baca Lagi >>

Mustafa Tolong Dedahkan Segera Penglibatan Umno Dalam Isu Jais-Gereja

Posted: 18 Aug 2011 08:53 PM PDT


mstfaSetiausaha Agung PAS, Mustafa Ali melalui Harakah 19-21 Ogos menegaskan UMNO menjadi dalang kepada isu JAIS dan Gereja. Telah penulis ingatkan kepada Mustafa iaitu, seharusnya PAS tidak cuba mengusutkan keadaan kerana ia kelak akan memakan diri.
Jika UMNO dalangnya, maka kredit adalah kepada UMNO dan rakyat akan mula mempercayai bahawa PAS bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam.Sudahlah PAS membuang jauh-jauh slogan Negara Islam yang menyebabkan penyokong-penyokong kuat mula meragui parti ini, kini PAS pula seolah-olah lebih cenderung membela gereja berbanding akidah umat Islam. Manakala UMNO pula dilihat sebagai parti yang tegas membendung gejala murtad.
PAS sebenarnya berpeluang 'menyucikan' diri di mata rakyat jika bertegas dalam isu ini dan tidak berdolak dalih atau menuding jari.Menyatakan pendirian yang sama dengan UMNO dalam isu yang membabitkan agama Islam tidak akan merugikan PAS langsung.
Read More / Baca Lagi >>

Saiful, Don’t Be Such A Baby

Posted: 18 Aug 2011 08:52 PM PDT


saifulAs if the constant hitting and punching Dato' Seri Anwar through the prime media ain't enough, UMNO had to use TV3 to continue beating him indirectly through an exclusive report on Saiful Bukhari, the so-called Anwar's sodomy victim.
The report, complete with heartrending, tear-jerking background music was designed to gain sympathy and influence the judge to lock-up our beloved leader, Dato' Seri Anwar Ibrahim.  The tactic is meant to destroy his credibility, image and his life to pieces.
But we believe that the rakyat will not be fooled with the drama.  Majority is convinced that Anwar is a victim of conspiracy and that sodomy is just a make-believe story told by Najib and Rosmah and the UMNO goons who feel threatened by the oppositions.
The question is, who is this Saiful that we need to listen to his stories?  If it's true that he had been sodomized time and time again why was it that he took so long to report it?  Why didn't he file a report right after the first time it happened?
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah : Kek Yang Terlebih Ising..

Posted: 18 Aug 2011 08:51 PM PDT


rosmah2-282x300Saya tersenyum apabila membaca komen pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian mengenai 'Wanita Pertama' Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Menurut Ibrahim, pusat bancian Merdeka Center percaya Rosmah tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, walaupun itulah yang ditanggapi ramai.
Bagi Ibrahim, segala-galanya bergantung pada liputan media.
"Media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif. Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Tetapi media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,"katanya.
Bagaimana berita itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Projek NCO bernilai RM2 bilion: PKR desak hentikan rundingan dengan SAPURA

Posted: 18 Aug 2011 08:48 PM PDT

KEADILAN telah dimaklumkan bahawa sebuah projek besar sedang dirunding antara Sapura Secured Technologies Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan untuk memajukan Network Centric Operations (NCO) untuk Angkatan Tentera Malaysia.

KEADILAN telah dimaklumkan bahawa program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua apliaksi system, pengesan, system arah dan kawal dan persenjataan dan dianggarkan bernilai lebih RM 2 billion untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun.

Kami memahami bahawa pihak ATM telah pun memiliki sistem yang hampir sama, yang dimajukan beberapa tahun yang lalu.  Apatah lagi, projek ini telah mendapat kritikan yang menyeluruh daripada anggota ATM sendiri, dan keprihatinan mereka tidak diendahkan oleh semua yang mengarahkan projek ini untuk diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Gereja Dan Jais ,Memang Umno Hipokrit

Posted: 18 Aug 2011 08:37 PM PDT

Oleh periapahit

"Aku malas nak mengulas perihal serbuan JASI keatas sebuah gereja di PJ tetapi melihatkan betapa hipokritnya puak-puak UMNO ni bila mengulas isu ini maka aku terpangil untuk turut mengulasnya.
Bagi aku, tidak salah seorang pendakwah kristian berdakwah mengenai agamanya kepada sesiapa sahaja. Sejak dahulu lagi kita boleh melihat orang India beragama HINDU memeluk agama krisitian. Cina jual sayur kat pasar pun menganut agama kristian. Begitu juga melayu, ramai yang menganuti agama krisitian.
Read More / Baca Lagi >>

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah

Posted: 18 Aug 2011 08:35 PM PDT

Oleh Pembaca anti murtad
Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk "Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?" Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.
Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa "Murtad" tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Read More / Baca Lagi >>

Isu murtad PAS pilih Jais atau DAP

Posted: 18 Aug 2011 08:34 PM PDT

MASHITAH IBRAHIM
Sekali lagi Pas berada di persimpangan, sama ada berpaksi kepada perjuangan 'amal makruf nahi mungkar' atau tunduk saja kepada DAP atas dasar setia kawan dalam pakatan politik untuk memenangi pilihan raya.

Kemelut Pas berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan pemeriksaan di gereja, dipercayai cuba memurtadkan orang Islam minggu lalu, membuka pekung di dada. Rakyat, termasuk penyokong Pas sendiri mahu melihat yang mana menjadi pilihan parti bernama Islam ini.


Andainya Pas memilih dasar perjuangannya mendaulatkan Islam, mereka mesti menyokong tindakan Jais, yang bertindak atas laporan awam dan bahan bukti. Mesti berdiri tegak di belakang Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor, yang mempertahankan tindakan Jais mahu menyelamatkan akidah 12 Muslimin.
Read More / Baca Lagi >>

Pusat Zakat Pun Dah Jadi Bodoh...!!!!

Posted: 18 Aug 2011 08:33 PM PDT

Ohhh.... baru gua tau... kemana menghilangnya wang zakat...!!!!

Patut laaaa... ramai umat islam yang merempat dan menghadapi pelbagai masalah birokrasi apabila ada yang cuba memohon bantuan zakat..., hinggakan terpaksa meminta2 dengan kaum/agama lain....

Apakah Peguam Syarie juga tergolong dalam 8 kumpulan Asnaf yang wajib menerima bantuan wang zakat...???
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS: Bertindak tegas ke atas pihak murtadkan orang Islam

Posted: 18 Aug 2011 08:32 PM PDT

Beliau berkata, pihak berkuasa agama perlu bertindak proaktif untuk membuat siasatan terhadap segala pendedahan yang telah dibuat.
PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) meminta pihak berkuasa agama negeri terutamanya Negeri Selangor mengambil tindakan  tegas terhadap pihak lain yang cuba memurtadkan orang Islam.
Tindakan tegas mengikut enakmen dan undang –undang sedia ada  supaya polemik berkenaan usaha memurtadkan orang-orang Islam dapat dibendung, kata Ketua DPPNS,  Hasbullah Mohd Ridzwan.
Beliau  berkata, pihak berkuasa agama perlu bertindak proaktif untuk membuat siasatan terhadap segala pendedahan yang telah dibuat.
Read More / Baca Lagi >>

ANAK and BAPA turn heat on Felda, Felcra

Posted: 18 Aug 2011 08:30 PM PDT

ANAK and BAPA turn heat on Felda, FelcraNational Felda Settlers' Children's Association (ANAK) will lodge a report with Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) over Felda's recent RM6 billion loan from the Employees Provident Fund (EPF).
Its chairman Mazlan Aliman said the decision was taken following muted response from the minister in charge, deputy minister in the Prime Minister's Department Ahmad Maslan, on the purpose of the RM6 billion loan by the body from EPF.

According to Mazlan, there were speculation that RM1.5 billion from the sum was used to buy sugar factory Malayan Sugar Manufacturing Co (MSM) from billionaire tycoon Robert Kuok.
Read More / Baca Lagi >>

Bentang masalah Felda di Parlimen

Posted: 18 Aug 2011 08:29 PM PDT

Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Parlimen akan menyemak laporan khas yang dibentangkan oleh perdana menteri itu.
TELOK KEMANG: Ahli Parlimen PKR Telok Kemang mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan masalah yang dihadapi Felda  di Parlimen.
Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, Parlimen akan menyemak laporan khas yang dibentangkan oleh perdana  menteri itu.
"Felda sejak akhir-akhir ini. sibuk dengan kes mahkamah disaman ataupun menyaman pihak lain, ini tidak lain dan tidak bukan sudah pasti adanya masalah urus tadbir yang kurang cekap di peringkat Felda itu sendiri termasuk pentadbiran oleh Pengerusinya yang baru Tan Sri  Mohd Isa Abdul Samad.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Melayu Umno telah lahirkan sebuah negara Cina

Posted: 18 Aug 2011 08:27 PM PDT

NOTA: Singapura adalah negara Cina yang dilahirkan oleh pemimpin Umno. KESEMUA empat calon Presiden Singapura berbangsa Cina. Sejarah jelas membuktikan betapa pemimpin-pemimpin Melayu Umno telah mengadai, menjual dan melupuskan hak, khazanah dan kedaulatan Bangsa Melayu 
KESEMUA empat calon Presiden Singapura malam tadi berucap buat kali pertamanya kepada rakyat menerusi siaran televisyen dan radio, masing-masing menjelaskan mengapa mereka mahu bertanding dan bagaimana mereka mahu melaksanakan tugas Presiden jika dipilih.
Read More / Baca Lagi >>