WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
TEMUBUAL SAIFUL DI TV 3 - SAIFUL TETAP BERWIBAWA SEPERTI SPR DAN JPN Posted: 18 Aug 2011 10:58 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS MULAI sekarang, sesiapa yang mempunyai masalah di`rogol', `diliwat', atau sukarela `dirogol mahupun diliwat' boleh menghubungi TV 3 untuk sesi wawancara. Stesyen TV ini sudah melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menyiarkan masalah mereka dan Saiful insan terpilih pertama yang mendapat `keistimewaan' itu. Baca di sini. Anda tidak perlu menghadiri uji bakat untuk menjadi bintang di dalam Akademi Fantasia bagi mendapatkan nama dan glamour. Memadai anda ada kes menjadi mangsa atau sukarela di rogol mahupun diliwat atau anda hanya sekadar pembawa fitnah sudah cukup untuk memohon diwawancara asalkan si dituduh atau yang anda fitnah itu DS Anwar. Anda boleh cuba hubungi TV 3. Jika bukan melibatkan DS Anwar, mohon maaf, sukar rasanya anda mendapat tempat istimewa itu. Itulah yang dapat kita saksikan bagaimana si Saiful mendapat `keistimewaan' tersebut. Saya tidak mengikuti sangat wawancara sedemikian kerana bimbang takut termuntah. Apa yang pasti, sepanjang wawancara itu adakah kita dapat dengar soalan ini kepada si Saiful; - Mengapa anda berjumpa Najib untuk mohon biasiswa? - Mengapa anda bersumpah di dalam masjid sehari sebelum hari Penamaan calon PRK Parlimen Permatang Pauh yang mana DS Anwar sebagai calon sedangkan kejadian liwat itu berlaku sudah lama dan dikatakan berulangkali? - Mengapa di dalam sumpah laknat anda berkata `dipaksa' liwat, sedangkan di dalam kertas pertuduhan tidak menggambarkan sedemikian? - Mengapa seluar dalam anda tertinggal di dalam rumah teman wanita anda? - Adakah anda mengaku mengadakan hubungan intim dengan salah seorang bekas Tim Pendakwaraya iaitu seorang wanita? - Selepas kejadian anda kononnya `dipaksa' liwat, anda boleh minum kopi dan makan karipap? - Selepas kejadian yang `menfobiakan' anda itu, mengapa anda hadir ke rumah orang yang `paksa' anda liwat tersebut tanpa rasa takut, benci atau jijik? - Anda seorang pemuda yang gagah dan sihat. Mengapa anda tidak melawan atau sekurang-kurangnya menjerit atau lari ketika mahu diliwat, sebaliknya anda sendiri mandi dan memakai tuala? Tidakkah orang yang anda dakwa memaksa anda itu seorang yang berumur dan mempunyai rekod sakit pinggang dan tulang belakang memudahkan anda untuk melawannya? Dan, terlalu banyak soalan yang patut ditanya kepada si Saiful untuk TV 3 yakinkan rakyat yang bodoh bahawa kisah tersebut adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Apa pun, Hakim telah berkata bahawa pemuda yang tidak mencuci duburnya selama dua hari itu adalah BERWIBAWA! Samalah juga dengan SPR dan JPN, bongkarlah apa pun mereka tetap BERWIBAWA !!/wfauzdin.blogspot.com |
ROSMAH MINTA RAKYAT BERSYUKUR ATAU DIA PATUT BERSYUKUR ? Posted: 18 Aug 2011 12:26 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS ROSMAH Mansor mahu rakyat Malaysia bersyukur hanya kerana cukup makan, cukup pakaian dan selamat (benarkah selamat?). Tetapi Rosmah tidak nyatakan bagaimana pula untuk menzahirkan kesyukuran itu. Mungkin, tanda bersyukur itu adalah dengan menyokong kepimpinan lakinya Najib. "Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam (Malaysiakini). Memang negara kita cukup makan, tetapi harga makanan bagaimana? Siapa kata negara kita rakyatnya tidak berpakaian, semua berpakaian tetapi bagaimana keadaannya? Negara kita selamat? Cuba tanya pihak Polis, ada berapa banyak lagi kes budak, remaja bahkan orang tua yang hilang tidak dapat dikesan? Selamatkah seorang ahli perniagaan wanita bersama dua lagi rakannya yang hilang, kemudian dijumpai dibakar itu? Diberitakan masih banyak lagi orang seperti arwah yang hilang tanpa dapat dikesan. Kes Norita Shamsudin sudah selesaikah? Kes Altantuya, selamatkah beliau datang ke Malaysia? Bukan sahaja beliau didapati `lebur' di dalam hutan, malahan namanya pun `lebur' dari rekod keluar masuk negara ini. Banyak jika mahu diceritakan betapa `selamat'nya negara ini sehinggakan orang yang berhimpun secara aman pun boleh meninggal dunia dan patah kaki. Rosmah bercakap seperti orang tua-tua yang duduk di hulu, yang tidak tahu apa-apa. Sepatutnya beliau bersyukur kerana dapat menggunakan duit rakyat untuk bermalam di hotel-hotel mewah, membayar bil air/api dengan puluhan ribu ringgit dan mungkin mampu memakai beg tangan dan cincin yang mahal-mahal. Cuma, beliau belum mampu mahu membeli sehelai tudung, agaknya. Ingin kita maklumkan pada Rosmah, tanda kita bersyukur kepada apa jua nikmat Allah adalah dengan kita mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya. Caranya, tolak kerajaan yang terang-terang engkar perintah Allah, yang zalim dan rasuah. Pilih kerajaan yang lebih baik dari yang rasuah, yang belasah duit Peneroka Felda dan sesuka hati meminjam wang KWSP. Jatuhkan kerajaan yang mengekalkan akta zalim, Akta ISA yang terang jelas haram di sisi Islam. Jangan kita jadi seperti ayam daging, yang terus `bersyukur' diberi makan minum dan tempat tinggal yang dijaga rapi, diberi rawatan dan sebagainya, tetapi cukup masa, badan sudah gemuk, ayam daging akan ditimbang untuk dijual dan disembelih. Pedulikan nasihat dari bini Najib yang sudah merasa dirinya semakin ke penghujung dari tampuk kuasa. Beliau tahu lakinya kini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi dengan berbagai pendedahan yang dikeluarkan. Najib dan Rosmah adalah beban kepada negara ini, justeru itu sebelum jatuhkan Umno, tentukan kedua-dua manusia ini jatuh dahulu./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan