Rabu, 10 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


84 % PERCAYA POLIS BERTINDAK GANAS SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Posted: 10 Aug 2011 09:42 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan `Poll" (undian) berkaitan tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Soalannya berbunyi, "PDRM KATA PIHAK POLIS TIDAK BERTINDAK GANAS SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2.0 YANG LALU, PENDAPAT ANDA?"

Daripada sejumlah 768 yang telah mengundi berakhir hari ini, keputusannya 84 % mendakwa TIDAK BENAR, manakala 11 % sahaja yang bersetuju dengan kenyataan PDRM tersebut. Keputusan terperinci seperti berikut:

Tidak Benar - 84 %
Benar - 11 %
Kurang Yakin - 3 %
Tidak Tahu - 2 %

Di sini, jelas bahawa terlalu ramai yang tidak percaya bahawa pihak Polis tidak bertindak ganas sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Ertinya, usaha media kerajaan yang menayangkan beberapa klip di TV bagi menunjukkan `kemesraan' pihak Polis ketika perhimpunan jelas tidak mempengaruhi orang ramai./wfauzdin.blogspot.com

NAJIB DAN ROSMAH YANG DIPANGGIL, PENCACAI TUKANG KIPAS PULA YANG TAWARKAN DIRI

Posted: 10 Aug 2011 01:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Najib dan Rosmah dipanggil untuk menjadi saksi kes fitnah Liwat II DS Anwar, maka beberapa ekor pencacai berebut-rebut mahu dipanggil menjadi saksi agar dapat dilihat sebagai `Panglima' untuk `cover' bos mereka.

Ezam sesumpah, Zul Kulim `firaun besar' termasuk juga Gobala yang didedahkan dapat wang jutaan ringgit keluar parti itu serta beberapa ekor lagi sanggup menjadi `tukang sapu' najis bos mereka. Ezam sesumpah mendakwa mengapa Najib dan Rosmah dipanggil sebagai saksi sedangkan mereka berdua tiada kena mengena dengan kes tersebut.

Terlalu tumpul otak Ezam sesumpah bila berkata sedemikian. Bukan Ezam sesumpah tidak tahu siapa orang pertama yang ditemui oleh Saiful untuk melaporkan bahawa kununnya dia diliwat. Malahan Saiful ke rumah Najib dengan mudah untuk menceritakan kejadian tersebut. Masih tiada kena mengena jugakah dengan kes Saiful?

Beberapa ekor pencacai ini merasa terlalu hina apabila DS Anwar tidak melayan mereka sejak dari dulu lagi. Mereka lebih merasa hina apabila semua program ceramah mereka untuk memburukkan DS Anwar tidak berjaya mempengaruhi rakyat, bahkan rakyat semakin Linkmenyokong Ketua Umum PKR tersebut. Sebab itu, mereka sanggup jadi pencacai untuk hadir ke mahkamah demi Najib.

Tidak perlu panggil beberapa ekor pencacai ini ke mahkamah kerana watak penting di dalam kes tersebut adalah Najib, Rosmah dan Musa Hassan. Cukuplah dengan mereka ini sahaja untuk kita ketahui kebenarannya nanti. Jika watak penting ini takut atau gentar untuk menjadi saksi, tidak lojik untuk kita dengar cerita dari pencacai `tukang karut' yang mahu mencari makan ini. Lepas ini kita akan tahu siapa lebih `jantan' samada Najib atau Rosmah atau kedua-duanya `betina' belaka./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Najib ada 11 pegawai media, 30 menteri. ...USA hanya 12 menteri

Posted: 10 Aug 2011 11:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin  bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi

Warga London simpati pada Asyraf - bantu kutip derma

Posted: 10 Aug 2011 08:44 PM PDT





Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop.

Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.

Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit).

Semakin popular

"Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen.

"Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya".

Maznah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air.

Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu.

Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London.

Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang.

Dia kini dirawat di Royal London Hospital".

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa.

"Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya.

Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk.

Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa.

- Bernama

Rusuhan London : Ashraf, pelajar Malaysia di hospital (VIDEO)

Posted: 10 Aug 2011 03:28 PM PDT

Guinness World Record : Letak kereta terpantas dan tersempit ... saksikan

Posted: 10 Aug 2011 07:01 AM PDT

bumiperak

bumiperak


Penjelasan komuniti berhubung majlis di Gereja

Posted: 10 Aug 2011 04:01 PM PDT

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al Baqarah: 120 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penganjur majlis makan malam muhibah di sebuah gereja minggu lalu yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam, sebaliknya menegasan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. 

Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan "kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah" sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama.

"Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas, namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier.

Annuo memberitahu The Malaysian Insider bahawa majlis makan malam muhibah itu boleh diadakan di mana-mana seperti Dewan Komuniti Cina tetapi Harapan Komuniti memilih Gereja Methodist Damansara Utama kerana pihak gereja menawarkan lokasi dengan percuma.

"Kerana ia (Harapan Komuniti) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan mencari lokasi yang mudah dan murah," katanya.

Beliau menambah, Harapan Komuniti – diketuai ahli lembaga daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India – selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gereja Methodist Damansara Utama dan pernah menyewa dewan gereja sebelum ini.

Annou juga berkata "doa kesyukuran" turut dibacakan semasa majlis makan malam itu atas bantuan yang telah diberikan bersama kira-kira 120 orang daripada pelbagai latar belakang agama.

"Ini bukan doa Kristian, ia lebih kepada berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa," katanya.

Beliau berkata dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Malaysia turut dinyanyikan - "Allahu Akhbar" dan "Allhamdulillah" – tetapi menegaskan ia lagu untuk semua. "Ia satu lagu umum kepada Tuhan yang memberikan bantuan," katanya menambaha, tidak tahu berapa ramai yang menyanyikan lagu itu.

Annou juga menolak dakwaan bahawa kitab Injil versi Bahasa Malaysia dan soalan-soalan tentang Islam diberikan dalam majlis makan malam itu untuk menghina agama itu.

"Ia bukan untuk memurtadkan sesiapa, ia tidak mempengaruhi sesiapa... mereka fikir ini bulan Ramadan, jadi mereka anjurkan kuiz tentang Islam," katanya. 

Peguam enggan patuhi arahan JAIS
Seorang peguam bela mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Rabu lalu, berkata mereka telah diminta membantu siasatan berhubung usaha mahu memurtadkan umat Islam.

Lim Heng Seng berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Jais pagi tadi -meminta kesemua anak guamnya hadir memberikan keterangan. "Pagi tadi kami telah menerima surat daripada Jais yang memaklumkan mereka sedang menyiasat satu kes yang melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam di bawah Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

"Kami faham ini untuk menyiasat majlis kesyukuran dan kutipan derma di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu anjuran Harapan Komuniti dan kami akan nasihatkan anak guam kami dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan ringkas itu, Lim mempertahankan tindakan anak guamnya yang tidak hadir memberi keterangan kepada Jais semalam atas alasan arahan yang dikeluarkan tidak lengkap.

Jelas beliau, anak guamnya tidak hadir memberi keterangan kerana mempersoalkan tindakan Jais yang mengarahkan mereka untuk menghadiri satu "sesi kaunseling" bukan untuk membantu siasatan.

"Pertama ingin saya katakan hanya 10 orang beragama Islam yang terlibat bukan 12 orang, anak guam kami telah menerima notis arahan pada 3 Ogos supaya menghadiri sesi kaunseling pada 9 Ogos 2011 (semalam).

"Selepas membaca notis arahan ini, kami mendapati terdapat percanggahan dan telah meminta supaya ia ditangguhkan melalui surat yang telah kita hantar pada 8 Ogos 2011, ia adalah kehendak anak guam kami," katanya.

Tambah Lim, anak guamnya berhak tidak menghadirkan diri kerana Jais semasa mengeluarkan notis arahan yang tidak mengatakan sebab mengapa mereka perlu hadir.
"Jais berhak untuk mengeluarkan notis arahan untuk memanggil anak guam, namun dalam notis itu tidak dinyatakan butiran kesalahan dan mengapa mereka harus ke pejabat Jais.
"Selain itu anak guam saya diminta untuk menandatangani notis arahan itu tanpa sebarang penjelasan dibuat," katanya.

Justeru beliau sekali lagi mempersoalkan sama ada anak guamnya diminta untuk menghadiri "sesi kaunseling" atau memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
"Tujuan anak guam saya dipanggil dalam notis arahan itu adalah untuk menghadiri sesi kaunseling sebelum Jais mengambil keterangan untuk membantu siasatan.

"Adakah anak guam saya dipanggil sebagai suspek atau saksi?" katanya. -MInsider

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


PM ada 11 pegawai media mengejutkan

Posted: 10 Aug 2011 09:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.
Read More / Baca Lagi >>

Bantuan zakat guna kupon untuk cegah judi, pelacuran

Posted: 10 Aug 2011 09:29 PM PDT

Oleh: rozmal

"Kecoh dengan isu bantuan zakat, bantuan kebajikan dan gereja. Tapi kita mungkin terlepas pandang satu perkara. Ada segelintir kecil penerima bantuan zakat dan kebajikan ini menyalahgunakan wang bantuan tersebut untuk kegunaan lain, lebih buruk lagi untuk tujuan maksiat seperti berjudi dan melanggani pelacur.

Sehubungan dengan itu agensi berkaitan terutamanya Baitul Mal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat harus dari masa ke semasa memperkemaskan sistem penyampaian dan pengagihan bantuan ini untuk meminimakan penyalahgunaan wang bantuan yang akhirnya tidak sampai kepada sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan. 
Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan UMNO peringkat bahagian wajib bersatu kata Najib....Boleh kaa..!!!

Posted: 10 Aug 2011 09:26 PM PDT

Najib telah mengingatkan pimpinan Bahagian-Bahagian supaya bersatu dan melaksanakan tugas parti secara bersatu bagi menghadapi pilihanraya yang mendebarkan yang akan tiba beberapa bulan sahaja lagi. Najib mengingatkan pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian ini semasa majlis berbuka puasa dengan sahabat-sahabat semalam.

Apa yang dikatakan oleh Najib itu semuanya benar kerana tanpa perpaduan di kalangan pimpinan bahagian UMNO dan BN akan menghadapi jalan sukar untuk memenangi pilihanraya nanti. Itu adalah asas kekuatan sesuatu parti apabila menghadapi pilihanraya nanti. Perpecahan diperingkat akar umbi pasti akan membawa bencana kepada UMNO.

Perlu di akui yang hanya UMNO sahaja yang masih dan mungkin boleh bertahan sedikit sebanyak dalam pilihanraya nanti kerana parti-parti MCA, Gerakkan serta MIC hampir pasti akan lenyap ditelan arus kebangkitan rakyat menentang komponen BN ini. Tetapi UMNO juga tidak terlepas dari menghadapi persepsi yang buruk dari pandangan rakyat ramai kerana terpalit dengan isu-isu negatif yang membimbangkan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Sistem komputer Kementerian Pelajaran mendera guru

Posted: 10 Aug 2011 09:20 PM PDT

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja. 
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : 600 peralatan biometrik daftar pendatang diubahsuai..sebab tu mati-mati SPR nak guna biometrik..!!!

Posted: 10 Aug 2011 09:18 PM PDT

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P.

Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.
Read More / Baca Lagi >>

SPR Mendahului JPN Dalam Proses Memadam Maklumat Isacc Yavon !!

Posted: 10 Aug 2011 09:15 PM PDT

Oleh: edyesdotcom

Lewat petang semalam, blog edyesdotcom telah buat pendedahan bahawa penama Isacc Yovan A/L K Pitchay mempunyai 2 kad pengenalan yang telah diambil dari JPN. Sila rujuk ke entri PECAH LAGI!! Isacc Yovan Boleh Mengundi 2 Kali di Parlimen Lembah Pantai !! 

Ketika bersahur hari ini, seorang pengguna facebook telah memaklumkan kepada saya bahawa setelah beliau usul periksa dalam sistem semakan SPR, beliau mendapati salah satu nombor kad pengenalan yang membawa kepada pengundian di lokaliti R/Pangsa Seri Pahang dalam daerah mengundi Bukit Bangsar, telah DIPADAMKAN. Semakan oleh pengguna facebook tersebut dilakukan jam 1.30 pagi bertarikh hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Shuhardi mahu saman penulis blog yang fitnah beliau dalam Bersih 2.0

Posted: 10 Aug 2011 09:13 PM PDT

blog and pod castingShuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Berlutut, BANG! BANG! : PENDEDAHAN Laporan Bedah Siasat Ke 3

Posted: 10 Aug 2011 09:09 PM PDT


Laporan bedah siasat ke atas mangsa ketiga yang terbunuh di dalam kejadian tembakan polis menemban di Glenmarie, Selangor akan dikeluarkan oleh peguam untuk keluarga mangsa pada hari Khamis. Dengan pendedahan hasil bedah siasat akhir ini, keluarga ketiga-tiga mangsa akan membuat laporan polis untuk memanggil siasatan kes pembunuhan.

Menurut peguam hak asasi manusia Latheefa Koya, sidang media akan diadakan selepas laporan itu dibuat di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada 11 pagi ini.Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : 5,000 keturunan Myanmar didaftar sebagai pengundi di Terengganu

Posted: 10 Aug 2011 09:06 PM PDT


DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.

Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

"Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH
P/s: Satu lagi projek petualang negara?

Unsolicited and free insight on BN's options

Posted: 10 Aug 2011 09:04 PM PDT

Unsolicited and free insight on BN's options These past three years since, BN has been fast sliding down the road of political survival. Hence today it is very evident that BN has gone on the defensive with the 'opposition' coalition party trenching into an offensive advantage.
Why?
The problem is the leaders and power brokers within the BN army have been operating from an out-dated mindset for far too long. They failed to grasp the revolution taking place within societies with Malaysia being no exception in this globalizing and networked society.
Civil society, through the liberating technologies of the new-age millennium, has increasingly harnessed the power of democratic governance. Our leaders have failed to take cognizance of the fact that society is "being changed from arborial beings, rooted in time and space, to rhizomic nomads who daily wonder at will without necessarily moving (their) bodies at all" (Mark Poster, 1990).
Read More / Baca Lagi >>

Menteri Palanivel dan macam-macam cerita

Posted: 10 Aug 2011 08:57 PM PDT

KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.

Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.
Read More / Baca Lagi >>

Trail that led all the way to the PM: Lorrain takes BMF secrets to the grave

Posted: 10 Aug 2011 08:48 PM PDT

Trail that led all  the way to the PM: Lorrain takes BMF secrets to the graveIn the eyes of the world, former Bumiputera Malaysia Finance chairman Lorrain Esme Osman, who died in exile in London on Monday was an unknown banker until the day, one of his auditors, Jalil Ibrahim, turned up murdered in July 1983 in a banana grove in Hong Kong.
Lorrain, 79 and a Eurasian from Penang and an ex-Christian, eventually took the initial rap and pleaded guilty in London in 1993 under a plea bargain to a charge of financial negligence in giving unsecured loans to the tune of RM 2.5 billion in the 1980s to George Tan, a Sarawakian who headed the Carrian Group of Companies until it collapsed like a house of cards.
Even now RM 2.5billion is a huge sum to embezzle and take out of the country without any involvement of top government leaders. The Malaysian financial system makes this virtually impossible, and more likely than not, such deals are transacted on behalf of the top politicos of the day.
Read More / Baca Lagi >>

‘Mystery’ shrouded deal to save AirAsia?

Posted: 10 Aug 2011 08:47 PM PDT

Why is Khazanah giving away 20.5% in 'asset'-rich MAS, which has an extensive network and priced position in the Tier-5 airline market, for a stake in debt-ridden AirAsia?

The boss of Khazanah Nasional says that the MAS-AirAsia deal is, among other things, "not a bail-out" of MAS.
Well, we have questions for him.
Firstly, why was this deal worked out in the first place? Why AirAsia? Isn't AirAsia operating at some 40 times its price earning (PE) ratio?
Looking at its numbers and the fundamentals, the high PE could mean that AirAsia stocks are overpriced.
That may mean some boys are cooking up the numbers to set up the market and make killings.
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad said MAS "can learn" from AirAsia on ways to cut costs.
Does that mean all those damned exercise carried out by former MAS chief Idris Jala wasn't enough? Why don't we learn from Singapore Airlines or Qatar Airlines?
Read More / Baca Lagi >>

The real lesson from the Jais-DU church row

Posted: 10 Aug 2011 08:46 PM PDT

The real lesson from the Jais-DU church rowThe recent controversy over the Selangor Islamic Religious Department (Jais) raid on the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) reminded me of a visit I made to a shelter for Muslim HIV patients in Subang Jaya a few years back.
One of the members of my PKR division was active in a mosque in that area. She introduced me to the shelter, which was being run by the local Muslim community.
Such institutions are important for, as we all know, the stigma against people living with HIV and AIDS is still rampant in our society and hence many of them have a tough time re-integrating with their families and communities upon leaving hospital.
The fact is some Muslim HIV and AIDS patients who are so ostracised are given a lifeline by the charitable works run by the Christian churches. This of course doesn't reflect well on Malaysia's Islamic religious authorities who are supposed to be looking out for the welfare of all Muslims with their hundreds of millions of ringgit of resources.
Read More / Baca Lagi >>

Alarm over 100,000 new citizens-cum-voters

Posted: 10 Aug 2011 08:45 PM PDT

Alarm over 100,000 new citizens-cum-votersPAS vice president Husam Musa today lambasted the government's over the exposure that 100,000 foreigners had been given citizenship by the National Registration Department in order to register them as voters.

Husam also questioned the criteria for a person to be accepted as Malaysian citizen, and drew comparison with a neighbouring country's policy.

"In Singapore, the government filters applications taking into account an applicant's strength, such as one's talent and profession, for example sportsmen.

"But it is so different in our country. As long as they will vote for the government, they will be given citizenship by filling up the forms," said Husam.
Read More / Baca Lagi >>

Jeyakumar: Detention was horrible

Posted: 10 Aug 2011 08:44 PM PDT

The PSM leader recalls his 28-day ordeal and speaks about his party's plans for the next election and its relationship with Pakatan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Despite the grassroots popularity that he and his party enjoy, Dr Michael D Jeyakumar does not want Parti Sosialis Malaysia (PSM) to scramble for seats to contest in the coming general election.
"It is important for the opposition to be united," he told FMT. "We do not want to split votes or cause three-cornered fights. We also don't want to be the cause of any fights within the opposition."
He said PSM fully supported Pakatan Rakyat when it came to fighting Barisan Nasional (BN). But he added that this did not mean it agreed with all of the opposition alliance's policies.
Read More / Baca Lagi >>

Jenayah jual warganegara oleh UMNO-BN..

Posted: 10 Aug 2011 08:42 PM PDT

Umno-Barisan Nasional nampaknya cuba 'bermain dengan api', melakukan kerja yang amat berisiko tinggi gara-gara bimbang kuasa yang dipegang sejak sebelum merdeka, tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Umno-BN jangan cuba hendak mengelak bahawa selama ini, merekalah mengambil kesempatan daripada kemasukan sejumlah besar pendatang asing, sehingga berjuta-juta pendatang masuk ke dalam negara tanpa sebarang sekatan, sama ada dengan permit atau tanpa permit.
Ramainya pendatang asing, dapat kita lihat sendiri kebanjiran mereka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, khususnya pada hujung minggu, terutamanya pada cuti umum musim perayaan.
Kita akan dapati pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan sebagainya bertaburan di merata-rata lokasi di pusat bandar.
Read More / Baca Lagi >>

Saham MAS: GLC akan ditelan konglomerat gergasi

Posted: 10 Aug 2011 08:38 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar DPPM, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, penjualan itu berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan atau government link company (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.
DPPM, katanya mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.
Beliau menambah, MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.60 juta untuk tahun 2010.
Menurutnya, dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Britain’s riots – a reflection of social malaise

Posted: 10 Aug 2011 08:37 PM PDT

The children and teenagers involved in the violence represented a 'lost generation' faced with a life devoid of hope and aspiration, and 'written off by society'.

By Anna Tomforde
LONDON: As the pictures of burning and looting tarnish Britain's image around the world, the mostly young rioters and social analysts agree on one thing: This was an event waiting to happen.
"I'll keep doing this every day until I get caught. When I get home nothing is going to happen to me," a teenager laden with looted goods told a BBC reporter in Manchester early yesterday.
"The prisons are overcrowded. So what are they going to do?" he added for good measure.
Children as young as 10 were seen carrying off looted goods in plastic bags from shops in the northern city, laughing and joking as they threw the items in the air with delight before disappearing down side streets and alleyways to escape the police.
Read More / Baca Lagi >>

Wang Rakyat : 10 projek terbesar ETP guna wang GLC....Mangsanya rakyat tanggung laa..!!

Posted: 10 Aug 2011 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata sumber dana untuk membiayai projek utama yang diumumkan kerajaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), masih diselubungi rahsia.
Menurut Rafizi, Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetap dan diumumkan sebagai  strategi utama menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Sebelum ini, katanya, PEMANDU dengan gah mengumumkan 92 peratus daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah ETP yang bernilai ratusan bilion ringgit, akan dibiayai swasta.
Read More / Baca Lagi >>

Apa Dah Jadi : T'ganu rayu bina segera hospital baru di Dungun..janji RMK8, projek pitih ehsan he..he..!!!

Posted: 10 Aug 2011 08:30 PM PDT


Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak.

kt by election 070109 ahmad saidMenteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (kanan) berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana.

"Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa di Dungun semalam. Read More / Baca Lagi >>

Kajian: M'sia antara negara sekat kebebasan agama..top ten yooo..!!

Posted: 10 Aug 2011 08:27 PM PDT

azlanUntuk pertama kalinya, Malaysia disenaraikan sebagai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang mengenakan sekatan ke atas kebebasan agama yang berbeza.

Menurut kajian Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada di kumpulan yang sama dengan negara-negara seperti Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : Putrajaya arah GLC, Danaharta gugur kes saman Tajuddin Ramli

Posted: 10 Aug 2011 08:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan 'orang kepercayaan' Daim Zainuddin.
The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
"Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah," kata surat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Warga London simpati nasib Asyraf, kutip dana bantunya...kalau kat Malaysia..he.he..faham2 ajer le..!!!!

Posted: 10 Aug 2011 08:23 PM PDT

Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.
Read More / Baca Lagi >>

'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali Sabah

Posted: 10 Aug 2011 08:21 PM PDT

NONEBerdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong (kiri) yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.
Read More / Baca Lagi >>