MIMPI SENJA |
- Najib ada 11 pegawai media, 30 menteri. ...USA hanya 12 menteri
- Warga London simpati pada Asyraf - bantu kutip derma
- Rusuhan London : Ashraf, pelajar Malaysia di hospital (VIDEO)
- Guinness World Record : Letak kereta terpantas dan tersempit ... saksikan
Najib ada 11 pegawai media, 30 menteri. ...USA hanya 12 menteri Posted: 10 Aug 2011 11:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media. Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja. "Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya. Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia). Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM). Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley. Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru. Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan. Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri. "Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. (Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan) Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini. Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru. Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir. "Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai. "Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya. Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima. Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir. "Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi |
Warga London simpati pada Asyraf - bantu kutip derma Posted: 10 Aug 2011 08:44 PM PDT Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu. Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'. Beliau berkata turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja Hip-Hop. Di laman web itu juga The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu. Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit). Semakin popular "Sejak kejadian itu, Ashraf semakin popular di sini, setiap hari berita mengenai kejadian samun itu disiar di akhbar dan YouTube, dan seingat saya Perdana Menteri David Cameron pun turut memberi komen. "Secara peribadi, saya tidak mengenali pelajar itu... tetapi rata-rata warga London amat bersimpati dengan beliau, masih ada ramai orang British yang baik hati termasuk The Minimalist yang menunjukkan sikap prihatinnya dengan membuat laman web itu," katanya ketika dihubungi menerusi laman sosial Facebooknya hari ini. Sementara itu, satu daripada portal berita British, London Evening Standard hari ini memetik ibu Asyraf di Malaysia Maznah Abu Mansor, 47, sebagai bekata: "Pada mulanya saya amat risau tetapi saya gembira dia selamat. Bagaimanapun, saya masih tidak berpeluang bercakap dengan dia kerana kecederaannya". Maznah berkata beliau diberitahu mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu oleh pegawai Mara di tanah air. Portal itu memetik pemimpin masyarakat Malaysia di London sebagai berkata mereka cuba memindahkan semua penuntut mereka dari kawasan itu. Kolej Kaplan, tempat Mohd Asyraf menuntut, menawarkan kursus persediaan kepada penuntut asing yang berhasrat meneruskan pengajian ke universiti lain di London. Portal itu memetik Presiden Kelab Umno Malaysia London Dzuhair Hanafiah sebagai berkata: "Ia adalah kawasan yang sangat bahaya walaupun sebelum rusuhan bermula. Rakan-rakan Mohd Asyraf berjaya menyelamatkan diri tetapi dia diserang. Dia kini dirawat di Royal London Hospital". Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain Datuk Zakaria Sulong berkata seorang pegawai telah dihantar untuk membantu mangsa. "Kami akan tahu apa yang boleh dibantu selepas menemuinya," katanya. Portal berita itu boleh dilayar di www.thisislondon.co.uk. Isnin lalu, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan Mara di Kolej Kaplan, patah gigi dan cedera di rahang apabila diserang dan disamun sekumpulan lelaki yang terbabit dalam rusuhan ketika beliau dan rakannya menunggang basikal untuk pulang berbuka puasa. - Bernama |
Rusuhan London : Ashraf, pelajar Malaysia di hospital (VIDEO) Posted: 10 Aug 2011 03:28 PM PDT |
Guinness World Record : Letak kereta terpantas dan tersempit ... saksikan Posted: 10 Aug 2011 07:01 AM PDT |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan