bumiperak |
Penjelasan komuniti berhubung majlis di Gereja Posted: 10 Aug 2011 04:01 PM PDT Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al Baqarah: 120 KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Penganjur majlis makan malam muhibah di sebuah gereja minggu lalu yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menafikan dakwaan terdapat usaha mahu memurtadkan umat Islam, sebaliknya menegasan ia adalah program menyampaikan bantuan kepada golongan miskin tanpa mengira kaum dan agama. Pengarah Eksekutif Harapan Komuniti berkata organisasi itu komited untuk membantu golongan miskin dan 'melarat' dan penghidap HIV dan Aids melalui pendekatan "kasih sayang, harapan, keamanan dan maruah" sambil menegaskan menyewa premis Gereja Methodist Damansara Utama. "Harapan Komuniti membantu mereka yang memerlukan terutamanya golongan miskin dan mereka yang ditindas, namun Jais bertindak untuk mengganggu acara amal ini pada 3 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguamnya Annou Xavier. Annuo memberitahu The Malaysian Insider bahawa majlis makan malam muhibah itu boleh diadakan di mana-mana seperti Dewan Komuniti Cina tetapi Harapan Komuniti memilih Gereja Methodist Damansara Utama kerana pihak gereja menawarkan lokasi dengan percuma. "Kerana ia (Harapan Komuniti) adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan dan mencari lokasi yang mudah dan murah," katanya. Beliau menambah, Harapan Komuniti – diketuai ahli lembaga daripada orang Melayu, orang Cina dan orang India – selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Gereja Methodist Damansara Utama dan pernah menyewa dewan gereja sebelum ini. Annou juga berkata "doa kesyukuran" turut dibacakan semasa majlis makan malam itu atas bantuan yang telah diberikan bersama kira-kira 120 orang daripada pelbagai latar belakang agama. "Ini bukan doa Kristian, ia lebih kepada berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa," katanya. Beliau berkata dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Malaysia turut dinyanyikan - "Allahu Akhbar" dan "Allhamdulillah" – tetapi menegaskan ia lagu untuk semua. "Ia satu lagu umum kepada Tuhan yang memberikan bantuan," katanya menambaha, tidak tahu berapa ramai yang menyanyikan lagu itu. Annou juga menolak dakwaan bahawa kitab Injil versi Bahasa Malaysia dan soalan-soalan tentang Islam diberikan dalam majlis makan malam itu untuk menghina agama itu. "Ia bukan untuk memurtadkan sesiapa, ia tidak mempengaruhi sesiapa... mereka fikir ini bulan Ramadan, jadi mereka anjurkan kuiz tentang Islam," katanya. Peguam enggan patuhi arahan JAIS Seorang peguam bela mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam, yang dilapor berada di gereja ketika serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Rabu lalu, berkata mereka telah diminta membantu siasatan berhubung usaha mahu memurtadkan umat Islam. Lim Heng Seng berkata, pihaknya telah menerima surat daripada Jais pagi tadi -meminta kesemua anak guamnya hadir memberikan keterangan. "Pagi tadi kami telah menerima surat daripada Jais yang memaklumkan mereka sedang menyiasat satu kes yang melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam di bawah Seksyen 4 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. "Kami faham ini untuk menyiasat majlis kesyukuran dan kutipan derma di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu anjuran Harapan Komuniti dan kami akan nasihatkan anak guam kami dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan. Dalam kenyataan ringkas itu, Lim mempertahankan tindakan anak guamnya yang tidak hadir memberi keterangan kepada Jais semalam atas alasan arahan yang dikeluarkan tidak lengkap. Jelas beliau, anak guamnya tidak hadir memberi keterangan kerana mempersoalkan tindakan Jais yang mengarahkan mereka untuk menghadiri satu "sesi kaunseling" bukan untuk membantu siasatan. "Pertama ingin saya katakan hanya 10 orang beragama Islam yang terlibat bukan 12 orang, anak guam kami telah menerima notis arahan pada 3 Ogos supaya menghadiri sesi kaunseling pada 9 Ogos 2011 (semalam). "Selepas membaca notis arahan ini, kami mendapati terdapat percanggahan dan telah meminta supaya ia ditangguhkan melalui surat yang telah kita hantar pada 8 Ogos 2011, ia adalah kehendak anak guam kami," katanya. Tambah Lim, anak guamnya berhak tidak menghadirkan diri kerana Jais semasa mengeluarkan notis arahan yang tidak mengatakan sebab mengapa mereka perlu hadir. "Jais berhak untuk mengeluarkan notis arahan untuk memanggil anak guam, namun dalam notis itu tidak dinyatakan butiran kesalahan dan mengapa mereka harus ke pejabat Jais. "Selain itu anak guam saya diminta untuk menandatangani notis arahan itu tanpa sebarang penjelasan dibuat," katanya. Justeru beliau sekali lagi mempersoalkan sama ada anak guamnya diminta untuk menghadiri "sesi kaunseling" atau memberikan keterangan bagi membantu siasatan. "Tujuan anak guam saya dipanggil dalam notis arahan itu adalah untuk menghadiri sesi kaunseling sebelum Jais mengambil keterangan untuk membantu siasatan. "Adakah anak guam saya dipanggil sebagai suspek atau saksi?" katanya. -MInsider |
You are subscribed to email updates from BUMI PERAK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan