Sabtu, 6 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - USTAZ AZHAR IDRUS SELESAIKAN MASALAH DENGAN `PANTUN' SAJA

Posted: 06 Aug 2011 04:47 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

NAMA Ustaz Azhar Idrus sememangnya amat terkenal, bukan kerana dia tokoh politik mana-mana parti tetapi ketokohan beliau dari segi penyampaian dakwah dan ilmunya kepada masyarakat. Di mana pun Ustaz Azhar ini pergi menyampaikan kuliah atau syarahannya, kehadiran orang ramai amat membanggakan malahan kadangkala mengalahkan sambutan terhadap mana-mana tokoh di dalam PAS itu sendiri, tokoh dari Umno lagilah jauh bezanya.

Begitulah Allah kurniakan kehebatan dan kemuliaan pada seseorang yang berjuang dengan ikhlas dan tidak takut kepada pemerintah untuk menyuarakan yang hak. Ada yang mendakwa Ustaz Azhar adalah penyokong kuat PAS. Hakikatnya, beliau adalah pejuang Islam dan di dalam Islam politik tidak boleh dipisahkan. Politik mestilah mengikut Islam, dan kerana itu mahu tidak mahu Ustaz Azhar mesti mempunyai pendirian politik beliau.

Tetapi, Ustaz Azhar tahu di dalam keadaan bagaimana beliau mesti menyebut tentang politik ketika beliau menyampaikan kuliahnya. Beliau selalunya mengajar mengikut apa yang terkandung di dalam Kitab yang diajarnya. Jika terdapat soalan yang bertanyakan tentang masalah yang ada kaitan dengan politik semasa, Ustaz Azhar akan menjawabnya berpandukan kepada ajaran Islam beserta dengan nas dan dalil. Adakah itu bermakna Ustaz Azhar berpolitik di dalam masjid?

Video di atas, satu klip yang menunjukkan betapa Ustaz Azhar mampu menyelesaikan satu `masalah' hanya dengan berpantun. Mungkinkah ada unsur politik di situ atau tidak? Sama-samalah kita menilainya sendiri. Apa pun, ianya sesuatu yang melucukan tapi pedas./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Serbu Gereja : Enakmen 1988 beri Jais ruang tindak ke atas bukan Islam

Posted: 06 Aug 2011 08:22 PM PDT

Oleh Clara Chooi dan Debra Chong

PETALING  JAYA, 7 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai telah bertindak mengikut lunas perundangan ketika menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di sini kerana enakmen diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1988 membolehkan tindakan ke atas bukan Islam.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, peruntukan itu bermakna pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut undang-undang syariah.

Justeru kata Lim, tindakan berkaitan dakwaan bahawa majlis makan malam anjuran gereja menggunakan kalimah "al-Quran" dan "doa" untuk memurtadkan orang Islam tidak tertakluk dalam konteks penguatkuasaan agama.

"Sementara Jais kemungkinan ada kuasa perundangan untuk memasuki premis, ia harus dilakukan menggunakan asas perundangan yang betul, di mana satu kesalahan didapati telah dilakukan.

"Daripada fakta-fakta yang wujud, tiada asas bagi tindakan menyerbu," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada The Malaysian Insider.

Menurut Lim terdapat empat undang-undang yang memberi kuasa yang luas kepada pihak berkuasa untuk bertindak dalam soal berkaitan dengan agama iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Beberapa kesalahan yang digariskan termasuklah memujuk atau menggalakkan Muslim untuk tukar agama, menerima arahan ataupun untuk menyertai mana-mana aktiviti demi kepentingan agama bukan Islam; jika bukan Islam berkomunikasi dengan seseorang yang beragama Islam bagi mengakibatkan mereka didedahkan kepada sebarang ucapan berkaitan agama bukan Islam dan jika seseorang menggunakan sesetengah perkataan untuk menggambarkan kepercayaan agama bukan Islam.

Seksyen 11 enakmen itu juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang "berat", di mana di bawah Kanun Prosedur Jenayah tidak menghalang polis daripada menyerbu mana-mana kawasan persendirian seperti yang disaksikan di premis Gereja Methodist Damansara Utama.

The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat DAP pernah menimbulkan bangkangan mereka ketika enakman itu digubal di Dewan Undangan Negeri Selangor 1988 atas alasan itu menghakis hak asasi masyarakat bukan Islam.

Bagaimanapun enakmen itu diluluskan termasuk dengan sokongan wakil rakyat bukan Islam, khasnya dari MCA.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengesahkan kontroversi itu dengan menegaskan, enakman itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

"Saya tidak boleh ingat dengan spesifik butiran undang-undang itu, tetapi DAP telah menentang dengan keras," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Pun begitu, Lim enggan mengulas apabila ditanya sama ia bermakna MCA dan BN harus dipersalahkan berbanding Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan negeri Selangor ekoran serbuan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

"Buat masa ini, kita masih tidak tahu dengan tepat asas Jais mengadakan serbuan, jadi sukar untuk mengatakan siapa yang salah dan siapa yang betul.

"Biar kita tunggu (Menteri Besar Selangor Tan Sri) Khalid Ibrahim membuat kenyataan," kata beliau.

Kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan kecaman ekoran laporan bahawa Jais menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga mengecam Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jais.

Hasan, exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama, dijangka akan memberi penjelasan kepada PAS hari ini - The Malaysian Insider

Nak pi Genting tak boleh, depa main dalam semak ...ini lah padahnya ...

Posted: 06 Aug 2011 06:40 AM PDT

SUNGAI PETANI: Dua lelaki mati lemas manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam Sungai Muda untuk menyelamatkan diri daripada polis yang menyerbu sekumpulan lelaki yang bermain judi di Kampung Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, di sini, semalam.

 Ketua Polis daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali, berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan, kira-kira pukul 3 petang dan 5.50 petang ini oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang mencari mereka sejak pagi tadi. Beliau berkata, seorang berbangsa Melayu berumur 43 tahun dan seorang lagi keturunan Siam berumur 60 tahun. Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah-siasat.

 Pasukan Polis Bukit Aman yang membuat serbuan itu berjaya memberkas 12 lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki berjudi, katanya.

Hashim yang dihubungi petang ini berkata, gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi lelaki yang terjun ke dalam sungai itu masih dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pian berkata lelaki yang lemas itu bersama rakan dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung tersebut kira-kira 6 petang semalam.
"Selepas menyedari anggota polis membuat serbuan, dia bersama beberapa lagi rakannya melarikan diri dan terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada diberkas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Pian berkata, kumpulan lelaki itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu. - BERNAMA

STONE : Takziah pada keluarga mangsa.

First Lady kena tangkap tak puasa di P Pinang

Posted: 06 Aug 2011 04:20 AM PDT

Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang

BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan.

Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini.

Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar.

Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu.

"Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam," tegasnya.

Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari.

Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. - mStar

Demi Citra, PM Malaysia suap Statiun TV - Kompas.com

Posted: 06 Aug 2011 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Stasiun TV internasional CNBC membatalkan siaran program utama mereka World Business yang diduga menerima suap dari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk wawancara khusus dan pencitraan pemerintah Malaysia.
 
Situs themalaysianinsider.com pada Kamis malam (4/8/2011) merilis laporan FBC Media sebuah perusahaan jasa humas di Inggris menerima uang jutaan Ringgit Malaysia untuk merekayasa pemberitaan.
 
CNBC menyatakan sedang menginvestigasi sepak terjang FBC Media dengan PM Najib dan pemerintah Sarawak agar stasiun TV internasional yang dipercaya pelaku bisnis dunia itu tidak terkena nasib seperti tabloid News of The World, yang tutup setelah terlibat skandal pemberitaan yang melanggar hukum.
 
"Sebagai jawaban atas pertanyaan Malaysian Insider kami mengakui sudah menutup program World Business karena dugaan jual-beli berita dan mulai menginvestigasi FBC dan praktik bisnis mereka," kata Wakil Presiden Komunikasi dan Pemasaran CNBC Charlotte Westgate dalam surat elektronik. - seterusnya DI SINI

~penarik beca

~penarik beca


Padan muka Menteri Besar Selangor!

Posted: 05 Aug 2011 09:50 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


ISU CEROBOH GEREJA, JADIKAN KISAH SAYYIDINA OMAR SEBAGAI PANDUAN

Posted: 06 Aug 2011 08:43 PM PDT

Isu serbuan oleh JAIS terhadap sebuah Gereja di Selangor nampaknya mendapat respon yang berbagai dari berbagai pihak. Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan lebih bijak dan profesional dengan meminta JAIS mengemukakan laporan lengkap di atas kejadian tersebut.

Benarkah Gereja tersebut terlibat di dalam aktiviti memurtadkan umat Islam? Apakah tujuan Gereja tersebut mengadakan jamuan di situ? Dan, jika terdapat umat Islam yang berada di dalam Gereja berkenaan, apakah tujuan mereka di situ? Semua ini perlu dijelaskan oleh JAIS di dalam laporannya beserta segala bukti jika ada.
Read More / Baca Lagi >>

Serbuan Jais: Perspektif dakwah dan undang-undang

Posted: 06 Aug 2011 08:26 PM PDT

Mohd Aizat Mohd Salleh

7 OGOS — Saya merujuk kepada isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila Jais menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam.
 Apabila berhadapan isu agama dan sensitif, sewajarnya kita perlu mengambil kenyataan daripada sumber-sumber yang tepat agar tidak disalah-tafsir atau salah memberi pandangan. Ia bukan sekadar menggambarkan keburukan kepada agama Islam, bahkan memberi nilai yang negatif kepada undang-undang yang menjadi rujukan kita.
Read More / Baca Lagi >>

Caught buying image-makeovers, Najib and Taib now pariahs to the global media

Posted: 06 Aug 2011 08:13 PM PDT

Caught buying image-makeovers, Najib and Taib now pariahs to the global mediaAs the world reels over the Murdoch phone-hacking scandal that saw the demise of The News of The World tabloid, another media scandal is starting to rock. CNN, BBC and CNBC are all rushing to contain the fallout and hoping that their industry regulators do not call for a similar public inquiry.
But if they do, it would not only jolt the networks into greater alertness but also suck Prime Minister Najib Razak and Sarawak Chief Minister Taib Mahmud into another tailspin of global contempt, which will surely have devastating repercussions for Malaysia's already-battered image.
Both men were caught red-handed buying glowing, gushing and good reports of themselves through a corrupt UK firm FBC Media. It is not unusual at all for top leaders to try to project a positive image, but surely none have gone to the depths of desperation or spent as much money as Najib has just to get a shot at world fame.
Read More / Baca Lagi >>

MCA to field new, young faces in next GE

Posted: 06 Aug 2011 08:12 PM PDT

The party's strategic move is to fish the ever increasing vibrant, vocal and influential cyber-savvy young voters.
GEORGE TOWN: MCA will field only winnable candidates, with more young, fresh faces, to contest the party's 40 parliamentary and 95 state seats in the next general election.
In its quest to regain its lost position as leading Chinese-based party in the country, the party has decided to field a mix of old, middle aged and youthful candidates.
The drastic transformation in the political landscape in the last general election resulted in the DAP replacing MCA as country's leading Chinese-dominated party.
MCA president Dr Chua Soi Lek however, indicated that the youth would have a better chance for candidacy.
The party's strategic move is to fish the ever increasing vibrant, vocal and influential cyber-savvy young voters.
Read More / Baca Lagi >>

Is SUPP’s David Teng going for the kill?

Posted: 06 Aug 2011 08:11 PM PDT

SUPP president George Chan's preferred successor, Wong Soon Koh, may not survive a straight fight against grassroots 'hero' David Teng.
KUCHING: After being overlooked and sidelined for more than 28 years, Sarawak United Peoples Party (SUPP) treasurer, David Teng may well be gunning for the party presidency.
The spiciest rumour here yet, is that Teng is finally ready to risk all.
But the mood at the helm of the ailing party, which suffered a humiliating defeat in the April 16 state election, is far from supportive.
Incumbent George Chan is dead against Teng's bid. He wants Teng to quit the party along with other old guards.
Chan has tendered his reignation and so too has party secretary-general Sim Kheng Hui. But they were asked to stay on till the Triennial Delegates Conference in December.
Read More / Baca Lagi >>

Dalam usia 86 tahun, Mahathir masih memerintah Umno

Posted: 06 Aug 2011 07:37 PM PDT

Dalam usia 86 tahun, Mahathir masih memerintah UmnoImbas kembali tahun 2008, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin tersangatlah gembira dan bersedia membantu Mahathir Mohamad menggulingkan Perdana Menteri Abdullah Badawi. Sebelum itu, Mahathir telah mencuba mengetuk Abdullah, cuma dia tidak mendapat tukulnya. Ini kerana Badawi agak bijak untuk mendapatkan mandat dari rakyat, sesuatu yang Najib sebagai penggantinya gagal untuk mendapatnya dan sesuatu yang terpaksa dibayarnya dengan harga yang mahal hari ini.
Pada tahun 2004, Badawi merupakan pengganti lantikan Mahathir yang membawa BN menang besar, dengan rekod sebanyak 95 peratus. Kemenangan yang serta-merta mengundang maklum balas kecemburuan dari bekas bosnya bahawa penguasaan yang terlalu besar di Parlimen tidak bagus untuk negara. Namun, Mahathir tidak perlu bimbang kerana pada tahun 2008, Badawi diremukkan jatuh. Dia telah membawa BN kepada presetasi pilihanraya yang paling buruk, malahan hilang penguasaan majoriti BN di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Why Malaysians leave and what will bring them back

Posted: 06 Aug 2011 07:36 PM PDT

Why Malaysians leave and what will bring them back
Following Dana Kay's article "Brain Drain: The story behind the dwindling Chinese in Malaysia", I believe this applies not just to the Malaysian Chinese population, but Malaysians in general.
As a parent, there is absolutely nothing wrong with wanting the best for your child. Sending them to the best schools, private tuition, sending them for music lessons, taking them for sports coaching and then sending them to overseas universities. The kids grow up to become upstanding members of society, but not in our country. In the US, UK or Australia. When asked about coming back, it is shrugged off as a nonsensical suggestion.
In June, the MCA shot a question back to the DAP, "What has the DAP done to attract back foreign talent?". That is a good question. As I mentioned before, Talent Corp headed by Dato' Seri Idris Jala is supposed to attract our talented Malaysians abroad to come back home. They are supposed to do so by cutting their income tax by 1% and giving them a discount on their first two cars. I do not know if entering the government makes you more stupid, but surely these are completely nonsensical and trivial issues which Malaysians abroad would pay no attention to.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali Tidak Patut Jinakan Diri Dengan Utusan

Posted: 06 Aug 2011 07:33 PM PDT

HARI ini ada dua berita yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia (MM) yang saya merasakan penyiarannya bermotif politik yang sangat jelas, bukan atas semangat kebebasan bersuara ataupun menempati prinsip-prinsip journalisme. Dua berita itu ialah, penegasan Exco Selangor Hasan Ali yang mengatakan dia rela dipecat demi kepentingan akidah umat Islam. Berita berkenaan disiarkan di muka hadapan di jadikan headline dengan judul "Saya rela dipecat."

Berita kedua di sebelah dalam mengenai kenyataan Timbalan Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Antara lain berita itu melaporkan Nik Abdul menggesa supaya pemimpin Islam sepakat dalam isu akidah. Berita itu dibawah tajuk "Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah."

Kalau dibaca kepada tajuk laporan itu tidak menyeleweng ia merupakan pendirian dan sikap yang terpuji dan hasanah. Misalnya Hasan sedia untuk dipecat oleh parti dan juga digugurkan dari jawatan Exco kerana tindakannya itu. Ini bermakna beliau yakin dengan apa yang dilakukan. Laporan itu juga memberi gambaran Hasan adalah hero dalam membela Islam di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Negara sudah hilang kepimpinan

Posted: 06 Aug 2011 07:23 PM PDT

Aspan Alias

7 OGOS — Satu kehairanan yang pada pandangan saya ialah kita tidak serius dalam membentuk serta menyediakan kepimpinan melalui Umno di setiap peringkat. Saya bukan orang pandai tetapi oleh kerana saya menumpukan pemikiran saya tentang isu ini ditambah pula dengan segelumit pengalaman saya amat takut dengan nasib kepimpinan Melayu pada hari ini.
Saya telah menulis tentang isu ini tetapi oleh kerana saya merasakan ianya merupakan isu yang begitu kritikal maka saya di desak oleh perasaan yang ada di dalam diri saya ini untuk menulisnya lagi. Saya berharap kepada sesiapa yang mengambil serius tentang isu penting ini elok bersama-sama memikirkannya dengan serius.
Read More / Baca Lagi >>

NGO Sentiasa Berdampingan dengan Rakyat Jelata

Posted: 06 Aug 2011 07:19 PM PDT

Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (Friends of SUARAM) Negeri Johor akan meraikan ulang tahun ke-10 pada 11 September 2011, jam 2 petang hingga 6.30 petang, bertempat di Sport Club Taman Universiti, Skudai.  Program ulang tahun terdiri daripada dua bahagian di mana satu forum akan bermula tepat jam 2 petang hingga 5 petang, manakala jamuan makan akan bermula pada 5 petang dan tamat pada 6.30 petang.
Read More / Baca Lagi >>

Kepimpinan Rosti lemah, gagal memartabat pendidikan Unisel

Posted: 06 Aug 2011 07:17 PM PDT

KUALA LUMPURl Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Rosti Saruwono yang meletak jawatan secara mengejut baru-baru ini, sebenarnya gagal memartabat perkembangan ilmu sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri.
Malah, Pengarah Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata beberapa penyelewengan didakwa berlaku yang memerlukan siasatan segera, sekali gus menunjukkan Rosti seorang pentadbir yang lemah.
Pada kenyataan media, Abas berkata, Rosti juga gagal menyatupadukan kepimpinan Unisel dan tindak tanduknya terlalu memihak kepada parti tertentu.
Tidak hairanlah, katanya, Rosti pada 20 Julai lalu membatalkan program mahasiswa di saat-saat akhir dengan alasan rapuh.
"Beliau gagal membezakan ahli politik berjawatan kerajaan dengan ahli politik berjawatan politik," kata bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : RM5,000 untuk lesen PSV...siapa yang dapat projek PSV ni erk...!!!

Posted: 06 Aug 2011 04:17 PM PDT

Kos tinggi punca kurang pemandu bas ekspres warga tempatan

KUALA LUMPUR: Kos tinggi dipercayai mencecah RM5,000 bagi mendapatkan Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) menjadi punca menyumbang kepada kekurangan pemandu bas ekspres tempatan, sekali gus timbul cadangan menggunakan khidmat pekerja asing bagi sektor terbabit.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (PPBEM), Datuk Ashfar Ali, berkata bayaran yang terlalu tinggi untuk memperoleh lesen PSV dan faktor gaji diakui menghalang warga tempatan bekerja sebagai pemandu bas.
Ashfar berkata, soal untuk menanggung kos mendapatkan lesen tidak timbul kerana pengambilan pekerja asing terbabit hanya membabitkan mereka yang sudah memiliki lesen PSV di negara masing-masing sebelum dibawa masuk ke negara ini. Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks: Kumpulan penggodam isytihar perang siber terhadap polis AS

Posted: 06 Aug 2011 04:03 PM PDT

LAS VEGAS: Satu kumpulan Penggodam mendakwa "merosakkan dan menghapuskan" banyak laman web agensi polis Amerika Syarikat (AS) sebagai tindak balas susulan penahanan rakan seperjuangannya yang dituduh menggodam laman web Pusat Agensi Risikan (CIA), Agensi Jenayah Britain SOCA dan Sony.

Kumpulan yang dikenali sebagai AntiSec (Anti-Security) dalam kenyataan di dalam talian, berkata pihaknya mengesahkan dakwaan yang dibuat dengan mengedarkan maklumat yang berjaya diambil daripada 70 agensi polis tempatan ketika serangan siber.
"Kami mengedarkan sejumlah besar maklumat sulit yang pastinya memalukan, menimbulkan kesangsian dan membukti bahawa mereka (polis) bersalah di sekitar AS," kata satu pesanan daripada kumpulan berkenaan. Read More / Baca Lagi >>

Hidup Dengan Ehsan Gereja : Nur tiada pilihan......Negara Islam eh..!!! Seremban tu kat Mongolia kot..!!!

Posted: 06 Aug 2011 03:47 PM PDT

Oleh SURAYA ROSLAN
BANTU...  Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
BANTU... Nur menceritakan bagaimana dia mendapat bantuan daripada pihak gereja.
SEREMBAN: "Saya tiada pilihan melainkan menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja," kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Nur, 40, yang mendakwa sering mendapat cemuhan segelintir pihak kerana mendapat bantuan daripada gereja untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia kini tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit, terutama asma, kencing manis, darah tinggi dan buasir.
Read More / Baca Lagi >>

Biometrik: Amaran kepada Kerajaan Umno / Barisan Nasional

Posted: 06 Aug 2011 03:38 PM PDT


Kepada sang penguasa yang rakus menghelah dengan pelbagai cara untuk terus menipu rakyat (bukti penipuan Barisan Nasional di sini) lebih baik batalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.

Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru (bukti di sini) juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih (tuntut Bersih 2.0 di sini) iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.
Read More / Baca Lagi >>

Kontroversi gereja: PAS berdepan ujian terbaharu

Posted: 06 Aug 2011 03:20 PM PDT

PAS berdepan ujian terbaharu berhubung isu hubungan antara agama melibatkan Kristian ekoran kontroversi tercetus selepas siasatan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais ke atas sebuah gereja Metodis di Damansara, Selangor minggu lalu.

Di peringkat dalaman, PAS Selangor menyaksikan pertembungan antara bekas pesuruhjaya, Datuk Dr Hasan Ali dengan timbalan pesuruhjaya yang dilantik semula selepas muktamar, Khalid Abdul Samad.

Di peringkat nasional, PAS berdepan kempen negatif terbaharu pesaing politiknya, terutama Umno sekiranya parti Islam itu menunjukkan pendirian rasmi yang boleh dilihat sebagai apologetik atau tunduk kepada tuntutan politik pilihan raya.

PAS telahpun berada dalam kedudukan defensif ekoran laporan-laporan media propembangkang yang memberi tafsiran sangat negatif terhadap tindakan ke atas majlis di gereja itu, perkembangan yang sangat menguji pragmatisme parti berasas agama itu.Read More / Baca Lagi >>

What's the future for Anwar Ibrahim?

Posted: 06 Aug 2011 03:18 PM PDT


 By Carmen N. Pedrosa, Philstar
I have met Anwar Ibrahim several times both in Kuala Lumpur and in Manila. The first meeting was at the UP many years ago after Mahathir Mohamad dropped him as his political protege. He came to deliver a lecture on Jose Rizal. I was surprised how well he knew our national hero whom he said he greatly admired.
"In a way, Malaysians envy Filipinos because they had a hero and patriot like Jose Rizal. We don't. And since he is called the Great Malay, we can also claim him," he said.

I was in Kuala Lumpur February last year when the defense sought access to certain "prosecutor evidence." His lawyers were optimistic that the evidence would not hold water and so they aggressively wanted it out. After much legal wrangling, the upshot of the court hearing was a mere postponement.
Read More / Baca Lagi >>

Is war brewing in central Umno?

Posted: 06 Aug 2011 03:17 PM PDT


By Daniel John Jambun

We know that the state Umno leadership is not at its most harmonious. There is factionalism as confirmed recently by sharp criticism by one group against another group. Even government policies have been questioned by Umno's own leaders. The Chief Minister himself had advised state leaders to avoid factionalism because it would not be good for the state-level Umno.
Component members of the state BN had on many occasions raised the voices against Umno, including the recent outburst by Sebatik Island PBS leaders who claimed to have been sidelined by Umno on that island. But while this has become a common story at the state level, there are now reports of problems creeping up at the highest level in central Umno. Datuk Khairy Jamaluddin, as the Umno Youth Chief, had been critical of some decisions by his party's decisions, including the arrest of the six leaders of Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tengku Razaleigh Hamzah too has been out on a safari shooting at all sorts of targets in Umno as if he is no longer in Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Along Kerajaan : Razali terhutang sebanyak RM95,000.00 selepas 8 tahun ladangnya ditanam semula oleh Felda...!!!

Posted: 06 Aug 2011 03:15 PM PDT

Oleh Suhaimi Said

Setelah saya melihat penyata hutang yang diberikan oleh Felda kepada Razali (bukan nama sebenar) bahawa beliau terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00, saya menentukan sikap yang serius bahawa Felda telah memperjudikan peneroka-peneroka Felda dengan hutang yang besar.

Saya tidak yakin dan diatas apa alasan sekali pun saya tidak yakin bahawa peneroka tersebut terhutang begitu banyak.

Ketidakyakinan saya ini berlandaskan kepada pendapatan yang diperolehi seorang peneroka lain yang tidak menyerahkan ladangnya kepada Felda tetapi menguruskannya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Kenapa Sesama Islam Bergaduh?

Posted: 06 Aug 2011 03:13 PM PDT

Oleh: kopi_o

"Kenapa pada hari ini kita banyak melihat baik di Malaysia dan juga di dunia luar sana sesama bangsa, sesama Islam sentiasa bergolak? Adakah tiada jalan perdamaian diantara satu sama lain? Mari kita sama-sama memahami artikal ini. Walaupun pendek, rasanya kita akan mendapat jawapan darinya.

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Read More / Baca Lagi >>

SAPS : Muhyiddin, tolonglah turun tengok masalah guru ni....kalau tak lebih baik letak jawatan jerk..!!!

Posted: 06 Aug 2011 03:12 PM PDT

Oleh: rozmal

"Tak tahulah apa nak cakap lagi kepada Timbalan Perdana Menteri kita merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tolonglah turun padang, tengok Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang sepatutnya canggih tapi sebaliknya menyebabkan para guru bangun 4 pagi pergi kafe siber nak masukkan data peperiksaan dan pelajar. Tolonglah jangan dengar penerangan dari Pengarah Pelajaran atau Pegawai Pelajaran Negeri dan Daerah.

Read More / Baca Lagi >>

Kod "71" : Skandal "Mismah-gate": Hampir SEJUTA Lagi Tunggu Giliran!!

Posted: 06 Aug 2011 02:59 PM PDT

"Mismah-mismah" yang berjaya "dicekup" ketika sedang beratur menunggu
giliran masing-masing dapat "DUA" warganegara dengan hanya perlu bayar
RM35 kepada Umno-APCO kah kah kah...

Data-data yang diperolehi begitu menakutkan.

Di Selangor, lebih 150 ribu PATI sudah mendaftar.

Di Pulau Pinang, lebih 32 ribu PATI berjaya "diseludup" masuk ke dalam sistem daftar pemilih Malaysia.

Di Kedah, hampir LAPAN ribu PATI yang berjaya dikesan disumbat sekitar Alor Setar dan Sungai Petani.

Ini semua contoh-contoh terkini, belum lagi negeri-negeri lain yang sama parahnya.Read More / Baca Lagi >>

GE13 - THE LADIES, GENTLEMEN, OGRES, KING MAKERS, MOVERS, SHAKERS & SPINNERS

Posted: 06 Aug 2011 02:58 PM PDT

THE PREDICTION

THE GOOD, THE BAD, THE UGLY &...
Read More / Baca Lagi >>

Hancurkan UMNO?

Posted: 06 Aug 2011 02:56 PM PDT

Perlu diakui walaupun Tun telah berada dihujung usia namun daya pemikirannya masih tajam walaupun kadang-kadang nampak macam dah nyanyuk..

Artikel ini dipetik daripada blog Che Det

Menghancurkan UMNO

1.Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.


2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.Read More / Baca Lagi >>

Islam Mesti Progresif Bukan Negatif.

Posted: 06 Aug 2011 02:55 PM PDT

Selain dari siasatan terperinci oleh pihak berwajib keatas isu yang hangat diperkatakan sekarang kita perlu mendesak atau teruskan dengan henjutan keatas jabatan-jabatan Agama dan badan kebajikan atau NGO Islam mahupun diperingkat Pusat atau pun negeri mestilah lebih Progresif bukan bersifat Negatif . Kerana kita tidak boleh menghalang mana-mana manusia untuk memberi bantuan atau kebajikannya kepada orang ramai tak kira ugama mahupun bangsa . Sepatutnya jabatan islam dan NGO islam baik badan kebajikan islam mestilah lebih awal turun padang dan memberi kebajikan atau bantuan kepada masyarakat terutama umat Islam dan lebih perihatin kepada apa yang terjadi kepada rakyat dan umat islam itu sendiri.. Supaya tida terkebelakang berbanding organisasi agam lain ..
Read More / Baca Lagi >>