Sabtu, 6 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - USTAZ AZHAR IDRUS SELESAIKAN MASALAH DENGAN `PANTUN' SAJA

Posted: 06 Aug 2011 04:47 PM PDT



Oleh: WFAUZDIN NS

NAMA Ustaz Azhar Idrus sememangnya amat terkenal, bukan kerana dia tokoh politik mana-mana parti tetapi ketokohan beliau dari segi penyampaian dakwah dan ilmunya kepada masyarakat. Di mana pun Ustaz Azhar ini pergi menyampaikan kuliah atau syarahannya, kehadiran orang ramai amat membanggakan malahan kadangkala mengalahkan sambutan terhadap mana-mana tokoh di dalam PAS itu sendiri, tokoh dari Umno lagilah jauh bezanya.

Begitulah Allah kurniakan kehebatan dan kemuliaan pada seseorang yang berjuang dengan ikhlas dan tidak takut kepada pemerintah untuk menyuarakan yang hak. Ada yang mendakwa Ustaz Azhar adalah penyokong kuat PAS. Hakikatnya, beliau adalah pejuang Islam dan di dalam Islam politik tidak boleh dipisahkan. Politik mestilah mengikut Islam, dan kerana itu mahu tidak mahu Ustaz Azhar mesti mempunyai pendirian politik beliau.

Tetapi, Ustaz Azhar tahu di dalam keadaan bagaimana beliau mesti menyebut tentang politik ketika beliau menyampaikan kuliahnya. Beliau selalunya mengajar mengikut apa yang terkandung di dalam Kitab yang diajarnya. Jika terdapat soalan yang bertanyakan tentang masalah yang ada kaitan dengan politik semasa, Ustaz Azhar akan menjawabnya berpandukan kepada ajaran Islam beserta dengan nas dan dalil. Adakah itu bermakna Ustaz Azhar berpolitik di dalam masjid?

Video di atas, satu klip yang menunjukkan betapa Ustaz Azhar mampu menyelesaikan satu `masalah' hanya dengan berpantun. Mungkinkah ada unsur politik di situ atau tidak? Sama-samalah kita menilainya sendiri. Apa pun, ianya sesuatu yang melucukan tapi pedas./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: