MIMPI SENJA |
- Serbu Gereja : Enakmen 1988 beri Jais ruang tindak ke atas bukan Islam
- Nak pi Genting tak boleh, depa main dalam semak ...ini lah padahnya ...
- First Lady kena tangkap tak puasa di P Pinang
- Demi Citra, PM Malaysia suap Statiun TV - Kompas.com
Serbu Gereja : Enakmen 1988 beri Jais ruang tindak ke atas bukan Islam Posted: 06 Aug 2011 08:22 PM PDT Oleh Clara Chooi dan Debra Chong PETALING JAYA, 7 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipercayai telah bertindak mengikut lunas perundangan ketika menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama di sini kerana enakmen diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1988 membolehkan tindakan ke atas bukan Islam. Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, peruntukan itu bermakna pihak berkuasa hanya boleh bertindak mengikut undang-undang syariah. Justeru kata Lim, tindakan berkaitan dakwaan bahawa majlis makan malam anjuran gereja menggunakan kalimah "al-Quran" dan "doa" untuk memurtadkan orang Islam tidak tertakluk dalam konteks penguatkuasaan agama. "Sementara Jais kemungkinan ada kuasa perundangan untuk memasuki premis, ia harus dilakukan menggunakan asas perundangan yang betul, di mana satu kesalahan didapati telah dilakukan. "Daripada fakta-fakta yang wujud, tiada asas bagi tindakan menyerbu," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel kepada The Malaysian Insider. Menurut Lim terdapat empat undang-undang yang memberi kuasa yang luas kepada pihak berkuasa untuk bertindak dalam soal berkaitan dengan agama iaitu Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran. Beberapa kesalahan yang digariskan termasuklah memujuk atau menggalakkan Muslim untuk tukar agama, menerima arahan ataupun untuk menyertai mana-mana aktiviti demi kepentingan agama bukan Islam; jika bukan Islam berkomunikasi dengan seseorang yang beragama Islam bagi mengakibatkan mereka didedahkan kepada sebarang ucapan berkaitan agama bukan Islam dan jika seseorang menggunakan sesetengah perkataan untuk menggambarkan kepercayaan agama bukan Islam. Seksyen 11 enakmen itu juga menggariskan kesalahan-kesalahan yang "berat", di mana di bawah Kanun Prosedur Jenayah tidak menghalang polis daripada menyerbu mana-mana kawasan persendirian seperti yang disaksikan di premis Gereja Methodist Damansara Utama. The Malaysian Insider difahamkan wakil rakyat DAP pernah menimbulkan bangkangan mereka ketika enakman itu digubal di Dewan Undangan Negeri Selangor 1988 atas alasan itu menghakis hak asasi masyarakat bukan Islam. Bagaimanapun enakmen itu diluluskan termasuk dengan sokongan wakil rakyat bukan Islam, khasnya dari MCA. Penasihat DAP Lim Kit Siang mengesahkan kontroversi itu dengan menegaskan, enakman itu sebagai sesuatu yang tidak munasabah. "Saya tidak boleh ingat dengan spesifik butiran undang-undang itu, tetapi DAP telah menentang dengan keras," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Pun begitu, Lim enggan mengulas apabila ditanya sama ia bermakna MCA dan BN harus dipersalahkan berbanding Pakatan Rakyat yang memerintah kerajaan negeri Selangor ekoran serbuan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. "Buat masa ini, kita masih tidak tahu dengan tepat asas Jais mengadakan serbuan, jadi sukar untuk mengatakan siapa yang salah dan siapa yang betul. "Biar kita tunggu (Menteri Besar Selangor Tan Sri) Khalid Ibrahim membuat kenyataan," kata beliau. Kerajaan negeri Selangor berhadapan dengan kecaman ekoran laporan bahawa Jais menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lalu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga mengecam Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jais. Hasan, exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama, dijangka akan memberi penjelasan kepada PAS hari ini - The Malaysian Insider |
Nak pi Genting tak boleh, depa main dalam semak ...ini lah padahnya ... Posted: 06 Aug 2011 06:40 AM PDT SUNGAI PETANI: Dua lelaki mati lemas manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam Sungai Muda untuk menyelamatkan diri daripada polis yang menyerbu sekumpulan lelaki yang bermain judi di Kampung Kuala Lengkuas, Bukit Selambau, di sini, semalam. Ketua Polis daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali, berkata mayat kedua-dua mangsa ditemui terapung di sungai berkenaan, kira-kira pukul 3 petang dan 5.50 petang ini oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang mencari mereka sejak pagi tadi. Beliau berkata, seorang berbangsa Melayu berumur 43 tahun dan seorang lagi keturunan Siam berumur 60 tahun. Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah-siasat. Pasukan Polis Bukit Aman yang membuat serbuan itu berjaya memberkas 12 lelaki bagi membantu siasatan kerana disyaki berjudi, katanya. Hashim yang dihubungi petang ini berkata, gerakan mencari dan menyelamat seorang lagi lelaki yang terjun ke dalam sungai itu masih dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat. Sementara itu, seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Pian berkata lelaki yang lemas itu bersama rakan dikatakan bermain judi di kawasan semak hujung kampung tersebut kira-kira 6 petang semalam. "Selepas menyedari anggota polis membuat serbuan, dia bersama beberapa lagi rakannya melarikan diri dan terjun ke dalam sungai untuk mengelak daripada diberkas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini. Pian berkata, kumpulan lelaki itu dikesan bermain judi di kawasan tersebut sejak beberapa minggu lalu. - BERNAMA STONE : Takziah pada keluarga mangsa. |
First Lady kena tangkap tak puasa di P Pinang Posted: 06 Aug 2011 04:20 AM PDT Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan. Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini. Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar. Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa. Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu. "Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam," tegasnya. Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari. Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. - mStar |
Demi Citra, PM Malaysia suap Statiun TV - Kompas.com Posted: 06 Aug 2011 03:15 AM PDT KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Stasiun TV internasional CNBC membatalkan siaran program utama mereka World Business yang diduga menerima suap dari Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk wawancara khusus dan pencitraan pemerintah Malaysia. Situs themalaysianinsider.com pada Kamis malam (4/8/2011) merilis laporan FBC Media sebuah perusahaan jasa humas di Inggris menerima uang jutaan Ringgit Malaysia untuk merekayasa pemberitaan. CNBC menyatakan sedang menginvestigasi sepak terjang FBC Media dengan PM Najib dan pemerintah Sarawak agar stasiun TV internasional yang dipercaya pelaku bisnis dunia itu tidak terkena nasib seperti tabloid News of The World, yang tutup setelah terlibat skandal pemberitaan yang melanggar hukum. "Sebagai jawaban atas pertanyaan Malaysian Insider kami mengakui sudah menutup program World Business karena dugaan jual-beli berita dan mulai menginvestigasi FBC dan praktik bisnis mereka," kata Wakil Presiden Komunikasi dan Pemasaran CNBC Charlotte Westgate dalam surat elektronik. - seterusnya DI SINI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan