Rabu, 3 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NASIB BAIK BERSIH WUJUD, JIKA TIDAK JPN ATAU SPR TERLENA TERUS

Posted: 03 Aug 2011 12:58 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, berkatalah JPN bahawa insan yang bernama Mismah (Mismah binti ? ) sebenarnya telah diluluskan menjadi warganegara ini mulai Januai 2011 lagi. Ertinya, sehingga awal bulan Ogos, tiada kemaskini oleh JPN sehinggalah terbongkar kisah Mismah yang berstatus PR tetapi boleh mengundi.

Malaysiakini melaporkan sebelum ini, " Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238). Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

azlanBagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru" (Malaysiakini).

Lulus bulan Januari, tetapi baru sehari dua ini dikemaskinikan? Betapa cekapnya JPN bekerja untuk satu isu ini. Bagaimana boleh berbulan-bulan tidak mampu secekap ini?

Pelik bin ajaibnya, walaupun JPN belum kemaskinikan status Mismah, namun `kecekapan' SPR mengatasi JPN apabila nama Mismah tersenarai di dalam daftar Pengundi di dalam website SPR. Timbul persoalan, dari mana rujukan atau panduan SPR boleh membenarkan Mismah boleh mengundi sedangkan nama beliau ketika itu masih berstatus PR? Mengapa SPR tergesa-gesa memasukkan namanya? Bukankah SPR sering menyebut bahawa apa yang dipamirkan di dalam senarai pengundi berdaftar di dalam laman webnya adalah berpandukan daripada JPN?

Maka, Pengerusi SPR pun menjawab bagi pihak JPN bahawa `kecuaian atau kesilapan' teknikal berlaku di dalam sistem JPN. Ini bermaksud, tidak mustahil banyak lagi boleh berlaku `kesilapan teknikal' di dalam JPN dan tidak mustahil boleh berlaku di dalam SPR juga sehingga tarikh PRU diumumkan nanti.

Agak-agaknya apa pula jawapan JPN atau SPR terhadap kisah di sini (klik). Terdapat 9 orang yang sempat disemak di kawasan Parlimen Pekan (kawasan Najib) yang No Kad Pengenalannya tiada dijumpai di dalam semakan di Website JPN (ertinya orang itu tidak wujud), tetapi wujud No Kad Pengenalan dan namanya di dalam Website SPR? Bertanya lagi kita, di mana SPR dapat orang-orang ini? SPR merujuk daripada siapa? Bukankah SPR sering menyebut, sekiranya ada yang telah meninggal dunia yang JPN sendiri telah sahkan, SPR akan membersihkan nama orang itu. Sekarang, apa status sebenar 9 orang tersebut? Jika sudah meninggal dunia dan memang telah dibuang dari JPN, mengapa masih wujud di dalam SPR?

Itu pun jika benar memang meninggal dunia. Dalam kes di atas, ternyata `hubungan' JPN dan SPR tidak rapat atau `tidak sepakat'. Di kawasan Parlimen Pekan, difahamkan bukan 9 orang itu sahaja bahkan lebih dari itu dan kami akan buktikan selepas ini. Apakah alasan terbaru JPN dan SPR selepas ini nanti? Adakah masih dengan alasan `kecuaian dan kesilapan teknikal'? Jika satu atau dua kes yang tersilap, boleh juga diterima akal tetapi jika sudah berpuluh malahan beratus kes kita rasa seperti ada `something wrong".

Melihat kepada beberapa situasi yang melanda JPN dan SPR sekarang, rasanya tidak layak Pengarah atau Pengerusi mereka mendapat markah tinggi malahan boleh dianggap `gagal' di dalam KPI mereka. Nasib baik BERSIH wujud, jika tidak sampai kiamat mungkin JPN atau SPR masih tidor./wfauzdin.blogspot.com

BONGKAR LAGI !! KALI INI `HANTU' DI KESAN DI PARLIMEN PEKAN?

Posted: 03 Aug 2011 12:26 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM kehangatan orang ramai mempertikaikan ketelusan SPR dan JPN di dalam pendaftaran Pengundi dan PR, saya juga ingin mencelah sedikit tetapi bukanlah kes yang besar sepertimana kes rakyat asing diberi taraf warga negara tidak sampai 24 jam itu.

Saya cuma ingin berkongsi maklumat, dan maklumat ini saya perolehi dari rakan saya yang sekarang ini masih mencari maklumat-maklumat lain. Maklumlah, di zaman Najib ini kita tidak boleh malas untuk mencari maklumat jika kita tidak mahu diperbodohkan seperti puak-puak mereka.

Maklumat ini adalah berkaitan dengan senarai nama Pengundi yang berdaftar di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang tetapi No KP dan Nama Pengundi tersebut tiada di dalam Pencarian di JPN. Maksudnya, nama ada di dalam Web Carian SPR, tetapi tiada di dalam carian JPN. Adakah ini yang dimaksudkan `Pengundi Hantu'?. Bagaimana seseorang yang tiada di dalam JPN boleh terdapat di dalam Daftar Mengundi di SPR?

Sebenarnya banyak jumlah yang dapat dikesan di Kawasan Parlimen Pekan, iaitu kawasan Najib yang baru-baru ini berjanji akan memBERSIHkan SPR. Tetapi, buat permulaan saya senaraikan 9 nama sahaja dahulu seperti di bawah ini dan anda boleh taip NO KP mereka ke dalam carian JPN, kemudiannya anda taip NO KP yang sama ke dalam carian SPR. Anda sendiri saksikan keputusannya.....

1. 101222755365 ABDULLAH D/O KUNJI MAHIDIN

2. 111231325542 KUNCHIR BINTI DAYANG

3. 131231329576 MEK TEH BINTI DOLAH

4. 141231328417 TANJONG BIN LAMBAK

5. 181231328245 TI VO SO

6. 280623715459 PERUMAL A/L RENGASAMY

7. 300410715346 TAN SAI KEOW

8. 461114715138 SAROJAH A/P SAMY

9. 480225715177 UPAK

Senarai ini adalah di antara bukti yang menunjukkan `ada yang tidak kena' dengan SPR atau pun JPN itu sendiri. Jika nama tiada di dalam JPN, mungkin penama tersebut telah meninggal dunia tetapi mengapa masih wujud di dalam SPR? Bukankah SPR berulangkali menyebut pembersihan telah dilakukan? Di zaman IT dan serba canggih ini sukar sangatkah untuk bekerjasama dengan JPN?

Justeru itu, usahlah kita asyik berbicara pasal Biometrik sekiranya isu seperti ini pun amat lembab untuk diatasi. Oleh yang demikian, memang wajar BERSIH berhimpun baru-baru ini kerana terlalu banyak `kotoran' yang perlu diBERSIHkan./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kalangan dalaman Umno mahu Najib 'turun' sebelum PRU 13

Posted: 03 Aug 2011 09:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: There is a move within Umno to oust Prime Minister Najib Tun Razak before the next general election, said PAS secretary-general Mustafa Ali.

Quoting Umno sources, he said Najib is aware of the mutiny.

"But he refuses to step down," he added.

Mustafa claimed that some top guns in Umno consider Najib a liability due to various issues such as the Scorpene submarine scandal.

"Wait for another one or two weeks. You"ll see it more clearly," he said.

Mustafa's revelation today followed a report by FMT yesterday that an organisation representing former Umno parliamentarians has voiced its lack of confidence in Najib's leadership and wanted him to step down.

The organisation called Penawar is headed by former Cabinet minister Aziz Shamsuddin, who was Dr Mahathir Mohamad's political secretary from 1981 to 2002.

A Penawar member told FMT that the organisation decided in a meeting last week that it was time for Najib to relinquish his post

Tarik balik iklan sahur di TV9 - Pemuda PAS

Posted: 03 Aug 2011 06:46 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur. (http://www.youtube.com/watch?v=NgITD5aEGqs&feature=player_detailpage)

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya," ujarnya

Sifatkan Zahrain sampah : TGNA

Posted: 03 Aug 2011 06:40 PM PDT

Isu Anwar-Ku Li: Nik Aziz sifatkan Zahrain sampah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sebagai "sampah" kerana mengaitkan beliau dalam isu pelantikan Ketua Pembangkang yang baru.

Menurutnya, beliau tidak mengenali Zahrain dan begitu juga sebaliknya.

"Dia orang yang melompat parti, orang seperti ini saya kira sampah, tempat serangga bersarang," kata beliau di Kota Baru semalam mengulas kenyataan Zahrain kelmarin, menegaskan pertemuan antara Nik Aziz dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Zahrain mencabar Nik Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota dalam laman sosial facebook.

Menurut Zahrain, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu tersebut.

Selasa lalu, Nik Aziz dalam laman facebook beliau menyifatkan khabar angin yang mengaitkannya dengan perbincangan rahsia untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar sebagai satu "lawak jenaka."

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Kelantan itu menafikan laporan sebuah blog bahawa beliau menghidap sejenis barah yang sukar dirawat sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) baru-baru ini untuk mendapatkan rawatan.

Sebaliknya, Nik Aziz mengakui pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan berhubung tiga saluran jantungnya yang tersumbat serta melakukan pemeriksaan kolesterol dalam badan.

"Saya cuma ada tiga saluran tersumbat. Saya pergi baru-baru ini untuk rawatan, tiga bulan sekali saya pergi. Alhamdulillah kolesterol pun baik, turun. Saya gurau dengan doktor, eh musim durian kolestrol turun, jadi dakwaan itu tidak betul," katanya

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kenapa Muhyiddin & Umno WAJIB singkir Najib..

Posted: 03 Aug 2011 09:38 PM PDT

Oleh: miramny68

"

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.

Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.
Read More / Baca Lagi >>

Khianat Negara : Parlimen perlu dedah konspirator isu PR

Posted: 03 Aug 2011 09:33 PM PDT

KOTA BHARU, 4 Ogos: PAS menuntut diadakan sesi 'pendengaran awam' (public inquire) diadakan di seluruh negara bagi menyelesaikan isu penduduk tetap yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, pembongkaran isu PR yang disenarai sebagai pengundi selepas mendapat MyKad perlu diselesaikan secara telus kerana ia melibatkan isu keselamatan.
"Tindakan agensi tertentu menyenaraikan PR dalam senarai pemilih perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kemungkiran mereka dibenar mengundi pada pilihan raya umum  ke-13 nanti," katanya ketika ditemui di Qaryah Ramadan malam tadi.
Sebelum ini portal berita mendedahkan seorang PR bernama Mismah disenaraikan sebagai pengundi berdaftar yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Umno - Bn Gadai Maruah Negara ?

Posted: 03 Aug 2011 09:31 PM PDT

Oleh Angkasanuri
Sejak dari awal lagi apabila kerajaan Umno/BN beria-ia secara besar-besar mehttp://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/spr.jpgndaftarkan pendatang tanpa izin di negara ini saya menaruh perasaan curiga dan bimbang. Ternyata telahan saya berasas apabila satu persatu tembelang 'keikhlasan' kerajaan mendaftar pendatang tanpa izin terbongkar.

Sepantas membuat mee segera, pendatang tanpa izin di negara ini boleh mendapat status penduduk tetap sebelah pagi dan menjadi warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di sebelah petang!
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan jatuhkan Najib dalam Umno : Mustafa Ali

Posted: 03 Aug 2011 09:26 PM PDT

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib letak jawatan daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.

‘Malays less sensitive on corruption than Chinese’ - Mat Sabu

Posted: 03 Aug 2011 09:15 PM PDT

The Chinese are more concerned about corrupt practices of the nation's leaders, says PAS deputy president Mohamad Sabu.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: PAS deputy president Mohamad Sabu said many Malays do not seem to know that it is part of the Islamic teachings to have zero-tolerance for corruption.
Instead, the Chinese seem to be more sensitive and concerned about corrupt practices of the nation's leaders.
"The second Qaliph Umar Al Khattab had a large country under his rule and when he often wore new shirts, the people would ask where he got his money from to buy them.
"That is what Islam asks of you, to be critical and check your leaders," said Mohamad, better known as Mat Sabu, during a live interview on FMT RAW yesterday.
"But now when we mention to the Malays that Rosmah (Mansor) has a ring costing RM24 million, they are not stunned. But the Chinese are. In that sense the Chinese seem to be practising Islamic culture more than the Malays," he said.
Read More / Baca Lagi >>

How dare Palanivel challenge Najib!

Posted: 03 Aug 2011 09:10 PM PDT

I thought I wouldn't have to write again about MIC and its president G Palanivel. Yet I find myself pulled towards writing yet another article.
In his address, post-announcement as minister odd-job and Prime Minister Najib Tun Razak's dogsbody, Palanivel issued a statement.
He declared that he will pull out of Barisan Nasional (BN) if another Indian-based political party or parties are accepted into the BN. He wants MIC to be the sole representative of the Indians.
I have written before that maybe Najib is better off accepting Palanivel's bluff and substance-less audacity.
See whether Indian votes will improve with no MIC ministers around.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah wants to ‘pour out its heart’ to Najib

Posted: 03 Aug 2011 09:09 PM PDT

The newly-formed NGO is seeking a meeting with the prime minister to discuss the various problems facing the country.

SERI KEMBANGAN: Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) will seek a meeting with Prime Minister Najib Tun Razak to "pour out its heart" to him about the state of the nation.
The group's deputy president Abdul Kadir Sheikh Fadzir said that it would be Amanah's first attempt at making an impact towards "rebuilding" the nation.
"We will seek an appointment with the prime minister and in a closed-door session pour out our heart to him. I'm sure he'll be happy to hear some of our suggestions," Kadir, the former tourism minister, told FMT in an interview at his office here yesterday.
No date has been given for the proposed meeting but Kadir said this will be the group's first agenda after the festive months.
Read More / Baca Lagi >>

BN’s PR slots get BBC, CNBC into trouble

Posted: 03 Aug 2011 09:08 PM PDT

UK-based FBC Media has been accused of flouting broadcasting regulations over its campaign to promote Prime Minister Najib Tun Razak and other BN leaders.

KUALA LUMPUR: British Broadcasting Corporation (BBC) has allegedly launched an investigation into programmes produced by FBC Media, the public relations company commissioned by Prime Minister Najib Tun Razak and several other Barisan Nasional leaders to prop up their political image.
FBC Media, which doubled up as a TV producer, has been accused of deceiving millions of viewers by purchasing airtime on networks such as BBC, US-based CNBC and CNN, with the aim of airing feel-good tales about Najib and the BN.
Najib administration had allegedly paid FBC Media RM57 million for a global television media campaign in 2008-2009. Another RM42 million was paid out last year for a 'global strategic media campaign'.
Read More / Baca Lagi >>

EC’s imaginative yarn on phantom voters

Posted: 03 Aug 2011 09:07 PM PDT

Should Bersih 3 be the appropriate response to continued electoral fraud?, asks DAP MP Charles Santiago.

By Charles Santiago
Sometimes, I cannot help but think that Malaysia's Election Commission is very creative.
This time around, the electoral body is struggling to spin an imaginative yarn over new evidence which clearly show that the Election Commission has been subtly registering Permanent Residence (PR) holders as eligible voters.
Following the case of Mismah, who was given a citizenship in a matter of hours to facilitate voter registration, more facts and figures are emerging from the bowels of the government's electoral manipulation to ensure it stays in power.
Read More / Baca Lagi >>

Phantom voters: Yong calls for public debate

Posted: 03 Aug 2011 09:06 PM PDT

Local opposition party SAPP has accused PKR's Dr Chong Eng Leong of 'diverting' attention away from Umno and onto to SAPP chief Yong, with the phantom voters issue.

KOTA KINABALU: Former Sabah chief minister Yong Teck Lee has challenged PKR Sabah senior leader Dr Chong Eng Leong as well as Umno and other parties to a public debate on the issues of illegal immigrants and phantom voters.
The challenge by Yong puts a new twist to the decades-long controversy over the presence of the so-called 'phantom voters' on the electoral rolls as the nation prepares for impending snap general election.
Noting that since the issues are of paramount concern to the people of Sabah, Yong who is also president of Sabah Progressive Party (SAPP) said he is ever ready to have a public forum on the illegal immigrants issue and phantom voters with Chong, Umno and other parties, preferably after Ramadan.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal "Mismah-Gate": Apa Yang Tak Kena Dengan Penjelasan SPR??

Posted: 03 Aug 2011 09:04 PM PDT


Anda percaya lebong Pengerusi SPR, Aziz Yusof mengenai status seorang PATI bernama Mismah??

Kalau anda terus percaya bulat-bulat macam si BANGANG ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahalan, walaupun dia tau skandal Projek IC Sabah pada 1995 yang menghancurkan negeri sendiri, sah otak anda belum cukup umur!
Read More / Baca Lagi >>

Hanya UTUSAN yang mampu adu-domba dan melagakan orang Melayu......!!!

Posted: 03 Aug 2011 08:59 PM PDT

Utusan Malaysia sekali lagi memandang penubuhan AMANAH oleh YBM Tengku Razaleigh sebagai isu penting dalam kolum 'cuit'nya. Beliau memberi pandangan yang pesimistik terhadap penubuhan AMANAH, sebuah NGO baru pada 22hb Julai yang lepas. Penulisnya Zaini Hasan memberikan pandangan yang negatif terhadap NGO ini sambil menuduh AMANAH sebagai satu lagi pertubuhan yang akan memecahkan lagi umat Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Rabun tanda Umno sudah uzur

Posted: 03 Aug 2011 08:51 PM PDT

Tongkat Bahaman

4 OGOS — "Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat….." Prof Shamsul Amri Baharudin.
Ini bukan nasihat dari seorang professor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin Umno supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar. Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad 21 dan bukan lagi era tahun 60an abad 20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!
Read More / Baca Lagi >>

Dr Rosti letak jawatan ekoran Siasatan Dalaman

Posted: 03 Aug 2011 08:41 PM PDT

SHAH ALAM, 4 Ogos: Perletakan jawatan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) adalah berpunca dari Siasatan Dalaman (Internal Inquery) yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor ekoran laporan ketidakcekapan dan tidak profesional sesetengah pegawainya.

Namun begitu, Naib Canselor Unisel itu 'tidak mampu bekerjasama'  dengan semua timbalan Presiden Unisel bagi melaksanakan segala resolusi yang dicapai dari siasatan dalaman itu.

Ekoran itu, Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku pengerusi Unisel telah memberikan tempoh dua minggu untuk naib canselor untuk bekerjasama bagi kebaikan Unisel.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS Dakwa Iklan Ramadan Tv9 Hina Islam

Posted: 03 Aug 2011 08:40 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 OGOS : Belumpun kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan.

Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan yang dipetik Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Mudahnya status warganegara dilacurkan untuk kuasa di Putrajaya.

Posted: 03 Aug 2011 08:38 PM PDT

Menjadi warga kepada sebuah negara berdaulat dan amat istimewa seperti Malaysia sememangnya adalah suatu anugerah yang tidak ternilai.  Ia tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit, atau dengan satu pangkah undi mahupun dengan maruah peribadi.  Hasrat menjadi warganegara Malaysia menuntut pengorbanan yang sangat tinggi. 

Malaysia yang kita diami ini tercetus hasil perjuangan pejuang dan pahlawan silam yang hebat-hebat belaka.  Jika kita berkorban harta, mereka berkorban nyawa.  Kemerdekaan yang diperjuangkan bukan baru 54 tahun lalu, tetapi telah berterusan zaman berzaman ratusan tahun lamanya.  Memang diakui sudah hampir pupus bangsa Melayu yang asli, memang payah dibezakan antara warganegara yang dijemput masuk dengan warganegara yang lahir di bumi bertuah ini.  Namun semuanya itu sudah tidak penting lagi dalam konteks negara bangsa Malaysia pada hari ini.  Bangsa Malaysia moden menuntut taat setia yang tidak berbelah bahagi daripada setiap warganegaranya tidak kira dari rumpun mana sekalipun.
Read More / Baca Lagi >>

Jais, polis serbu gereja anjur majlis makan malam..!!!

Posted: 03 Aug 2011 08:36 PM PDT


PETALING JAYA, 4 Ogos — Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.
Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.
Ho berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Program CNBC digugur selepas kaitan Taib & Najib didedah

Posted: 03 Aug 2011 08:34 PM PDT

Berikutan pendedahan oleh laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud membayar RM15 juta kepada sebuah firma perhubungan awam antarabangsa bagi membersihkan imejnya, badan penyiaran berita global CNBC telah menggugurkan rancangan World Business.

NONE"Memandang keseriusan soalan yang ditimbulkan minggu lalu, CNBC dengan segera menjalankan siasatan ke atas FBC dan amalan perniagaannya serta mengambil keputusan menarik terus rancangan 'World Business'," menurut laman webnya yang memetik kata naib presiden pemasaran dan komunikasi CNBC Charlotte Westgate.

CNBC adalah antara badan penyiaran berita antarabangsa yang menyiarkan program berita TV yang diterbitkan oleh FBC Media Ltd, sebuah firma perhubungan awam yang berpangkalan di Britain yang didakwa menerima bayaran jutaan ringgit daripada ahli politik BN supaya imej mereka kelihatan hebat di luar negara.Read More / Baca Lagi >>

Persekutuan Pengakap defisit RM350,000, Putrajaya digesa tindak segera

Posted: 03 Aug 2011 08:33 PM PDT


KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Putrajaya digesa bercampur tangan mengatasi masalah kewangan yang dialami Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) - defisit perbelanjaan RM350,000 - dipercayai buat pertama kali wujud dalam pertubuhan beusia satu abad ini.
Dalam satu surat diedarkan kepada kepimpinan PPM seluruh negara, Ketua Setiausaha Eksekutif PPM Mohd Zaki Nurud-Din @ Nordin berkata, "dukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia sedang mengalami defisit perbelanjaan lebih kurang RM350,000."
Read More / Baca Lagi >>

Krisis DBP-Dawama: Ukas akan putus status konsesi

Posted: 03 Aug 2011 08:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Kerajaan menyerahkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) untuk menentukan status konsesi mencetak dan memasarkan buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkash.
Ukas, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, merupakan badan persekutuan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek penswastaan.
"DBP tidak boleh memutuskan sama ada untuk menamatkan (konsesi dengan Dawama) ataupun sebaliknya," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga gagal cabar arahan usirnya dari Sarawak.

Posted: 03 Aug 2011 08:28 PM PDT

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini gagal mencabar notis pengusirannya dan tidak membenarkannya memasuki Sarawak pada pilihan raya negeri April lalu oleh jabatan imigresen.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini yang menolak permohonan Ambiga bagi kebenaran semakan kehakiman yang difailkan
Read More / Baca Lagi >>

Datuk Seri, beri I pinjam Rosmah sehari... boleh tak?

Posted: 03 Aug 2011 03:46 PM PDT

Datuk Seri Najib, you kan Perdana Menteri... I tau you sibuk... banyak kerja.... banyak masalah negara.... masalah rakyat.... yang you nak kena fikirkan... apa kata sempena hari baik bulan baik ni....  you beri I pinjam Rosmah Mansor sehari dua ke.... boleh tak? I harap sangat you tak hampakan harapan I yang satu ni.

You percayalah kat I, Datuk Seri.

I bukan nak buat apa pun kat isteri you yang montel tu.... I janji... cuit dia pun I tidak akan....

I cuma nak cakap sikit je pada Rosmah Mansor, isteri you tu.

Datuk Seri, kalau izinkan dengan rela hati.... I gerenti.... you tak perlu bimbang dengan projek Tan Sri Muhyiddin Yassin... sebab I akan beritau Rosmah pasal hal ini.

We just need one day to send Umno-BN packing
Yes Mr PM, it's 'all about politics'
MCLM candidate steps down

Kerajaan Rakyat.

SIAPA KENA NASI KANG KANG

Posted: 03 Aug 2011 03:43 PM PDT

MAT MONGOL SUDAH KENA


GADAI KESELAMATAN NEGARA - harakah daily

Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata, berdasarkan bukti-bukti tentang penipuan yang sedang berlaku dalam senarai pengundi, pilihan raya umum ke-13 akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia, lapor Roketkini.
Read More / Baca Lagi >>

Renungkan Wahai Orang Melayu ....Negara Dikhianati Untuk Kuasa.....!!!

Posted: 03 Aug 2011 03:32 PM PDT



Salah satu komponen rahsia tapi dah kantoi PUAK GEROMBOLAN SONGKOK TINGGI KETUANAN MELAYU APCO sekali lagi telah melakukan kesilapan dengan selambanya! SPR asyik berkata TAKKAN warga asing dibenar berdaftar sebagai pengundi, tapi sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Razak dan Umno Selangor pengkhianat sebenar

Posted: 03 Aug 2011 03:29 PM PDT

DATO Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor wajar memikul tanggungjawab apabila telah terbukti satu kempen 'Jus Soli' telah dilakukan oleh puak berkepentingan dengan memberi pengiktirafan warganegara sah kepada pendatang asing yang memegang kad pemastautin tetap sebagai pengundi yang secara besar-besaran telah di bongkar hari ini.

Budaya yang mula menyubur ini bukanlah isu terpencil yang melibatkan hanya 2 atau 3 kes, sebaliknya Pakatan Rakyat dan KEADILAN Selangor telah mengesan lebih 160 pemastautin tetap telah menjadi warganegara Malaysia dan pengundi sah hasil carian beberapa hari ini sahaja. Ratusan kecurangan pada sistem ini diyakini akan bertambah menjadi ribuan dari hari ke hari. Kita juga mengesan pendaftaran pengundi warga asing ini tertumpu di kawasan Parlimen yang mana BN / UMNO Selangor telah kalah pada tahun 2008 lalu.
Read More / Baca Lagi >>