Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Tong sampah 1Malaysia – Oleh Wan Pok Wan Malini

Posted: 26 Jul 2011 11:10 PM PDT

27 July 2011
27 JULAI – Bayangkan…jika tong-tong sampah yang berselarak di Kota Kuala Lumpur ini ditukar menjadi tong sampah 1Malaysia. Niat yang murni ini akan terserlah dalam bentuk faedah kepada rakyat jelata.

Antara faedahnya ialah ia akan mencantikkan kota Kuala Lumpur dengan tong-tong sampah yang baru siap dengan simbol 1Malaysia, menawan, beraneka corak dan bergaya sekali. Dan hasilnya, tong-tong sampah ini akan dilihat seragam sebagaimana tiang-tiang lampu mewah di Putrajaya.

Dengan cara itu, masyarakat kota akan mula sedar betapa pentingnya membuang sampah ke dalam tong sampah 1Malaysia. Maka berduyun-duyunlah rakyat dari segenap pelusuk kampung dan pekan akan datang ke Kuala Lumpur untuk membuang sampah ke dalam tong sampah 1Malaysia itu.

Malah pelancong-pelancong yang datang ke Kuala Lumpur juga akan berebut-rebut mengambil gambar bersama tong-tong sampah 1Malaysia, idea yang lahir dari benak Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Selain daripada itu, kontrak-kontrak membuat tong-tong sampah 1Malaysia yang baru ini akan diagihkan kepada kontraktor-kontraktor sahabat UMNO dan Barisan Nasional yang dapat menambah pendapatan mereka.

Mungkin juga akan lahir kontraktor-kontraktor baru yang bakal menjadi kroni UMNO- BN dari pelbagai bangsa sebagai manifestasi 1Malaysia. Inilah buah fikiran 'glokal' Najib.

Bersih

Bayangkan lagi…

Jika ada orang yang menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai yang terlanggar tong-tong sampah 1Malaysia ini hingga menyebabkan ianya rosak dan pecah. Maka orang-orang ini telah melakukan dua jenis kesalahan.

Pertama, kerana menyertai perhimpunan yang difatwakan haram oleh pemerintah yang takut kepada rakyat sendiri, dan kedua, kerana merosakkan imej dan idea 1Malaysia dengan cara memecahkan tong-tong sampah 1 Malaysia.

Di mana-mana mahkamah pun, sudah hampir pasti anda akan disabitkan dengan kesalahan jenayah yang 'mengancam' imej negara tercinta ini serta mengisytiharkan perang terhadap tong-tong sampah 1Malaysia.

Melanggar dan memecahkan tong-tong sampah 1Malaysia ini akan dituduh sebagai menjatuhkan maruah bangsa dan kerajaan. Malah ia bertentangan dengan Perlembagaan kerana melakukan kerja-kerja subversif dengan menjahanamkan tong-tong sampah 1Malaysia.

Bayangkan pula…

Para pemilik tong-tong sampah 1Malaysia ini, baik secara individu atau pun organisasi, akan mendesak organisasi Bersih atau Pakatan Rakyat untuk membayar pampasan kepada mereka kerana bukan sahaja telah merosakkan tong sampah 1Malaysia ini, malah memcacatkan keindahan kota Kuala Lumpur yang selama ini dihiasi oleh tong sampah Najib.

Maka muflislah Pakatan Rakyat kerana disaman oleh individu dan kerajaan dengan jumlah pampasan yang berjuta-juta itu.

Takut

Bayangannya…

Jika semua benda dan perkara yang ada di Malaysia hendak di '1Malaysia'kan oleh kerajaan, sudah pasti rakyat biasa yang berjalan ke mana-mana pun di Malaysia ini akan terpaksa berhati-hati agar tidak melanggar, merosak atau menyentuh segala benda fizikal atau perkara yang mungkin akan menjadikan mereka penjenayah 1Malaysia.

Kita semua akan berada dalam ketakutan kerana segala rutin harian akan terus dikaitkan dengan konsep 1Malaysia.

Kita takut kalau-kalau tidak makan makanan yang ada tanda halal 1Malaysia, jika tidak mungkin dianggap memakan makanan 'haram'.

Hendak membeli dan memilih mesti di kedai 1Malaysia. Nak bercakap atau berbincang, kena faham dan kaitkan dengan agenda 1Malaysia dulu. Nak berkahwin pun kena buat majlis yang ada simbol 1Malaysia.

Jika tidak mengikut jalan ini, maka anda dianggap sebagai musuh 1Malaysia, yakni anti-kerajaan. Hal yang digambarkan sebagai anti kerajaan ini samalah dengan dakwaan penderhakaan yang sering dikaitkan oleh UMNO kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Hinggakan, mana-mana parti pembangkang yang berani berbahas menegur kerajaan di Parlimen akan dituduh sebagai anti 1Malaysia.

Salam

Bayangkan…

Salam atau berjabat tangan pun mungkin kena ada cara 1Malaysia, dengan mudah kita akan mengenal siapa yang 1Malaysia dan siapa dia yang bukan 1Malaysia. Mungkin salam satu jari sebagai lambang 1Malaysia.

Sesiapa yang didapati bukan dari golongan 1Malaysia, maka masa depan anda akan dicampakkan ke dalam tong-tong sampah 1Malaysia.

Jurang

Idea 1Malaysia ini penting kerana yang hanya benr-benar berjiwa 1Malaysia layak menikmati habuan kerajaan UMNO-BN. Tidak penting sama ada ia akan menjarakkan lagi jurang perbezaan antara kerajaan sebagai pemerintah dengan rakyat jelata yang berbeza pandangan dan pendirian.

Maka 1Malaysia ini sama dengan kata-kata George W. Bush Jr, "sama ada kamu bersama kami atau kamu musuh kami".

Memang belum ada lagi tong-tong sampah 1Malaysia, tapi tak lama lagi mungkin wujud di seluruh pelusuk bandar dan pekan. Sekiranya ada antara kita yang menolak konsep 1Malaysia termasuk tong sampahnya, maka kita akan dianggap sebagai anti kerajaan dan tidak patriotik.

Tidak hairanlah jika Pakatan Rakyat, malah rakyat tak berparti yang bebas befirkir, telah dituduh dengan bermacam gelaran yang hina kerana tidak mahu kepada 1Malaysia yang nampak indah tapi amalannya busuk dan hapak.

Inilah gaya politik baru UMNO-BN laung-laungkan. Yang menegur, mengkritik dan tidak bersetuju dengan mereka, diibaratkan seperti sampah-sarap 1Malaysia. – Roketkini.com

Wahabi : Fitnah liar, tuntut penjelasan segera dari Putrajaya - Mufti Perlis

Posted: 26 Jul 2011 09:28 PM PDT

Oleh G. Manimaran
July 27, 2011

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, yang didakwa turut dinamakan sebagai antara personaliti perlu dipantau berhubung isu Wahabi, mahu pihak berkuasa memberi penjelasan mengenai polemik terbaru itu dengan "segera."

"Saya minta penjelasan segera... agar pihak berkuasa dapat memberikan penjelasan dengan kadar yang segera mengenai isu terbaru ini," kata Juanda ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Mengenai tempoh segera yang dimaksukan, Juanda berkata, "secepat yang mungkin."

"Saya mengharapkan satu penjelasan segera sebab ini membabitkan fitnah yang amat liar," kata beliau ketika ditanya bahawa nama beliau turut dilaporkan, antara yang disenaraikan sebagai personaliti diminta agar dipantau berhubung isu amalan Wahabi dan dipercayai boleh menjurus kepada pemikiran radikal dan aktiviti terorisme.

Selain Juanda, turut dinamakan ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan sekitar 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Kata Juanda, beliau sudah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai perkembangan terbaru, tetapi belum ada maklumat terbaru.

Kata beliau, penjelasan pihak berkuasa sangat penting memandangkan isu terbaru ini turut dikaitkan dengan pembabitan beberapa negara.

Tanpa menamakan negara-negara yang dimaksudkan, kata Juanda, "pihak berkuasa tidak harus membisu... sebab apa yang dikatakan boleh menjejaskan hubungan diplomatik (Malaysia) dengan negara-negara terbabit."

"Keadilan itu adalah universal, kita kena berlaku adil kepada semua manusia," kata beliau.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada empat pemimpin politik dan agama dinamakan dalam senarai "dikehendaki" dalam isu fahaman Wahabi awal tahun lalu.

MKN dalam satu mesyuaratnya kelmarin dikatakan telah meminta agensi-agensi agama negeri dan para mufti memantau perkembangan amalan Wahabi.

Seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberitahu The Malaysian Insider isu amalan Wahabi semakin serius dan rumit sejak sejak setahun lalu.

Selain Juanda, turut dinamakan tahun lalu lalu ialah bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Isu fahaman Wahabi juga dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin dari Perlis, tetapi ia telah berulang kali dinafikan oleh Asri dan Shahidan sendiri.

Dalam komennya, Shahidan juga berkata MKN sepatutnya sensitif mengenai hubungan baik kerajaan Malaysia dan Arab Saudi apabila menyentuh isu-isu seperti Wahabi.

"Berdasarkan laporan media, saya mendapati nama Saudi ada disebut. Jadi, saya fikir MKN sepatutnya sensitif... kita mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Saudi, tidak dengan begitu mudah membuat penilaian sedemikian (berkaitan isu Wahabi)," kata Shahidan lagi dengan merujuk kepada sokongan dan bantuan yang diberikan oleh Arab Saudi semasa memindahkan rakyat Malaysia dari Mesir melalui Jeddah.

"Kerajaan negeri Saudi telah menyediakan kemudahan, tanpa bayaran dan pesawat secara percuma... mengapa tidak ambil kira perkara ini, kita kena sensitif apabila membincangkan isu-isu seperti ini," kata beliau lagi.

Isu Wahabi muncul sekali lagi April lalu ekoran kehadiran Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais dan didakwa beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini.

Dalam kenyataannya 27 April lalu, Juanda telah menafikan perkara tersebut.

Kata Juanda ketika itu, kenyataan bahawa Sheikh Abdul Rahman telah menggunakan platform jemputan kerajaan untuk menyebarkan amalan Wahabi di Malaysia adalah "satu fitnah."

Malah kata beliau, pandangan seorang pegawai kanan Jakim, walaupun bersifat mengesyaki, tetapi ia menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan di kalangan umat Islam memandangkan Sheikh Abdul Rahman mengimamkan solat di Masjid Wilayah Persekutuan dan di Masjidil Haram di Arab Saudi yang turut dihadiri jemaah haji.

"Ia kenyataan keterlaluan," kata beliau. - The Malaysian Insider

Wanita ketuk ketampi berbogel di balai polis Petaling Jaya 2005 dapat pampasan

Posted: 26 Jul 2011 08:20 PM PDT

oleh Hafiz Yatim

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya.

Penyelesaian kes itu dicatatkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini.

Mimpi ngerinya bermula enam tahun lalu apabila video yang dirakamkan diedarkan sehingga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja terpaksa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Dzaiddin Abdullah.

Hamisa diwakili oleh peguam Baljit Singh Sidhu dan Hazizah Kasim manakala kerajaan diwakili oleh Nor Mastura Ayob. - Malaysiakini


'Suaram' dijadikan 'hantu' bagi usir saya - Bourdon

Posted: 26 Jul 2011 07:14 PM PDT

William Bourdon, peguam hak asasi Perancis yang diusir dari Kuala Lumpur minggu lalu tidak memandang ringan dakwaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kononnya beliau "dipergunakan dan dijadikan mangsa" oleh NGO hak asasi - Suaram.

Menurut Bourdon, beliau hanya bertindak sebagai peguam untuk NGO berkenaan dan tidak melihat bagaimana Suaram mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Malah katanya, hak anak guamnya untuk mendapatkan perwakilan perundangan dinafikan apabila pegawai imigresen menahannya di pesawatnya ketika mendarat di Lapangan Terbaang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Jumaat lalu.

"Penjelasan rasional yang dapat saya rumuskan berhubung kenyataan pihak berkuasa ialah mereka cuba menjadikan Suaram sebagai 'hantu' dalam usaha memberi justifikasi arahan yang tidak dapat dijelaskan bagi mengusir saya," katanya kepada Malaysiakini dari Paris.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen mendakwa tindakan itu diambil kerana peguam berkenaan mencabuli syarat pas lawatan sosialnya ke Malaysia.

Dalam responnya ke atas pengusiran Bourdon, Ahmad Zahid pada Ahad lalu berkata jika peguam Perancis itu mahu meneruskan kes itu, beliau sepatutnya berbuat demikian di Perancis dan bukannya di Malaysia.

Tegasnya urusniaga pembelian dua kapal selam oleh Malaysia itu adalah sesuatu yang telus sebagaimana yang telah dinyatakannya di Parlimen dan berkata beliau sanggup memberi keterangan di mahkamah.

Beliau turut memberi amaran terhadap pihak yang didakwanya mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis - Malaysiakini

The ghosts of Mahathirism

Posted: 26 Jul 2011 06:29 PM PDT

by Stanley Koh

Najib has failed the leadership test in his handling of Bersih 2.0

Is Mahathirism back with a vengeance?

Recent events do make it seem like the Najib regime has decided to adopt the former prime minister's authoritarian style in saving its flagging political fortunes. It has resorted to using draconian laws and shameless propaganda in the face of an awakening electorate and increasing exposures of its misdeeds.

The government seems to have ignored the strong signal given by the 2008 election result that Malaysians want more democratic space. And what was Bersih 2.0's July 9 rally if not a reaffirmation of that demand?

But instead of using the occasion to promote his much-vaunted liberalist image, Prime Minister Najib Tun Razak seemed to have done what Dr Mahathir Mohamad would have done—crush them and damn what the world says.

After May 13, 1969, Mahathir ominously proclaimed: "There is not going to be a democracy in Malaysia. There never was and there never will be." He was speaking then as a critic of the government, but during his 22-year tenure as prime minister, he seemed to have applied himself to ensuring that his prediction would be realised.

Khoo Boo Teik, in his Paradoxes of Mahathirism, wrote: "Certainly Mahathir did not balk at using authoritarian means to restore his control over mass dissent in October 1987. Then he professed to lament the irresponsibility of misfits who had abused his liberalism, not unlike how, after May 13, 1969, he spoke of the immaturity of the people as an obstacle to the full practice of democracy."

The Mahathir era witnessed the full exploitation of repressive laws, notably the Internal Security Act and the Police Act. The latter law requires police permits for public gatherings. This condition was stringently enforced against opposition groups but ignored for government parties. Things have not changed.

Mahathir's government amended the Societies Act in 1981 and the Official Secrets Act in 1986 to constrict further the arena of public debate. It also consistently exploited its two-thirds majority in Parliament to make constitutional amendments aimed at strengthening its political position.

Money politics

It was also during the Mahathir era that the Malaysian judiciary lost its independence and respectability. Mahathir tried to keep whittling away at that independence even in the last years of his tenure. In 1999, he was quoted as suggesting that the judiciary needed further reform because judges "tend to favour" the opposition.

The practice of "money politics" deepened its roots during the Mahathirism era. Scholars Graham K Brown, Siti Hawa Ali and Wan Manan Muda wrote in their research paper on Policy Levers in Malaysia: "Initially, under the guise of the 1971 promulgated New Economic Policy, the regime developed a fearsome machinery for dispensing patronage to supporters of the government. This money politics involves both state and private funds the BN parties control between them, a massive corporate empire that operates on the individual, corporate and even state level. The abuse of public funds is often unabashed."

Another defining feature of Mahathir rule was electoral gerrymandering. A Commonwealth observer group invited to oversee the 1990 general election concluded that the conduct of the elections in the country was free but not fair.

Academician Lim Hong Hai, who conducted research on the delineation of electoral constituencies, said regular constitutional re-delineation exercises carried out by the "nominally independent" elections committees invariably favoured the ruling regime.

In the 1999 general election, the BN regime won more than three quarters of the electoral seats on a popular vote of barely 56%. There were allegations of actual fraud during the election, but these have always been difficult to substantiate with proof.

In October 2003, Abdullah Ahmad Badawi succeeded Mahathir, inheriting a governing structure and a political system centralised in the hands of the prime minister. But he promised reforms and, largely on the strength of those promises, helped BN win a landslide victory in the 2004 general election.

But the ghosts of Mahathirism got the better of Abdullah. Vested interests in BN, particularly Umno, prevented him from delivering on those promises. And so he met his Waterloo in 2008.

Leadership blunders

Will Najib repeat the same mistakes? Before Bersih 2.0, many used to argue that Najib, born a snake according to the Chinese horoscope, was unlikely to commit the same leadership blunders, despite the limited success of his 1Malaysia campaign and widespread criticism surrounding his "transformation from within" rhetoric.

However, his handling of the Bersih issue has changed that perception somewhat. In the age of the social media, it is indeed a major mistake to resurrect the ghosts of Mahathirism, which thrived on government propaganda aimed at an electorate that had little access to alternative information.

The glossary of words used in Internet discussions about the anti-Bersih operation are telling: "demonise, discredit, doublespeak, double standards, draconian detention".

Najib has failed in the leadership test, principally because of his failure to exorcise the ghosts Mahathirism.

Should we allow our nation to be made the laughing stock of the 2st century by our dependence on the communist bogey to silence dissent and by our use of black ink to censor articles widely available on the Internet?

Ironically, the one way we can escape ridicule is by following an advice given by Mahathir himself. In a press interview in 1995, he said the only form of censure he found acceptable for an elected government was its replacement through an election. "Hence, if they prefer another government, they are welcome to it."

The choice is yours, Malaysians.

Stanley Koh is a former head of MCA's research unit. He is also an FMT columnist

- Free Malaysia Today

“Diam lah Najib!” ....... hahahahaha

Posted: 26 Jul 2011 06:09 AM PDT

Warga internet minta Najib diam ......

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 200,000 pengguna Facebook mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri, laman peminat beliau pula diserang dengan mesej 'diamlah' dari warga internet.

Mereka menulis di ruang komen dan masukan (posting), meminta perdana menteri itu supaya 'diam', berikutan kenyataannya sejak mutakhir ini.

Pengguna laman sosial itu dilapor memulakan sindiran selepas tengah malam semalam, setelah Najib memuatkan pautan ke artikel dalam blog terbarunya yang menyentuh soal tanggungjawab pemimpin dan keamanan negara.

Blok atau tulisan besar 'diam lah Najib' dan 'Tolong diam Najib' ditampal di dinding laman peminat berkenaan, malah ada yang menyukai laman itu semata-mata untuk menampal kata-kata tersebut.

Meskipun terdapat segelintir warga internet pro Najib cuba mempertahankannya, namun ia tidak mampu menandingi jumlah komen warga internet di kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang jauh lebih besar.

Sementara itu laman Facebook menuntut agar Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, digemari lebih 210,000 pengguna Facebook di negara ini.

Laman peminat itu yang dinamakan '100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation' sebelum ini berjaya mencapai sasarannya hanya dalam masa kurang 48 jam selepas ia diwujudkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17597

Polis perlu tarik balik ancaman terhadap orang awam - Keadilan

Posted: 26 Jul 2011 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: KEADILAN menggesa Ketua Polis Negara menarik semua ancaman kepada orang awam yang membuat laporan mengenai keganasan polis yang dilakukan terhadap peserta Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Naib Presidennya, N Surendran berkata, polis juga seharusnya bertindak adil dengan menyiasat kejadian tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan pasukan polis di KL Sentral pada hari itu.

Dalam kejadian tersebut, pengawal Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kecederaan teruk sehingga remuk tulang pipi akibat terkena tembakan kanister gas, manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut mengalami kecederaan parah di kepala.

Surendran mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah yang mengatakan orang ramai yang membuat dakwaan palsu terhadap polis akan dikenakan tuduhan jenayah.

Acryl dilapor berkata individu yang membuat laporan palsu terhadap pegawai dan anggota polis ketika perhimpunan 9 Julai lalu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

"Ia tugas pasukan polis untuk secara adil menyiasat semua aduan awam mengenai salahlaku polis. Ancaman seperti itu dikira menanam ketakutan ke dalam publik dan menghalang mereka dari melaporkan aduan terhadap jabatan polis," kata Surendran.

Berdasarkan undang-undang, kata Surendran perbuatan berkenaan berupaya mengakibatkan kematian dan boleh dianggap sebagai satu cubaan membunuh.

"Kami menggesa siasatan kejadian di laluan bawah KL Sentral itu dikelaskan sebagai cubaan membunuh di bawah seksyen 37 Kanun Acara Jenayah dan meneliti sebab itu," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17591

Kes Teoh : Nazri setuju debat dengan Kit Siang

Posted: 26 Jul 2011 04:31 AM PDT

by Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Datuk Seri Nazri Aziz hari ini menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Lim Kit Siang berhubung hasil siasatan suruhanjaya diraja mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Menerusi pegawai medianya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu (gambar) yang kini berada di London berkata, beliau akan menerima jemputan Lim tetapi meminta penasihat DAP itu agar berdebat dengannya selepas bulan Ramadan.

Dalam tulisan blognya semalam, Lim mengecam Nazri atas kenyataannya bahawa suruhanjaya diraja telah membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tuduhan membunuh dan oleh meminta menteri itu menjustifikasikan pendiriannya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa Nazri berbuat demikian pada satu forum di ibu negara malam ini di bawah tajuk "Laporan Suruhanjaya Siasatan — Di Mana Kebenaran Dijanjikan?".

Dalam mesej Twitter yang dihantar hari ini, pembantu Nazri berkata: "Nazri Aziz menerima cabaran YB Lim Kit Siang untuk berdebat sebagaimana diposkan oleh Lim Kit siang, masih menunggu respons daripada YB ..."

Ketika dihubungi, Lim mengesahkan mesej Twitter itu dan berkata akan memberikan respons malam ini.

"Saya tidak menggunakan perkataan debat ... saya mempelawa beliau ke forum malam untuk menjelaskan pendiriannya. Tetapi, menerusi pegawainya, beliau berkata beliau menerima debat, jadi saya akan memberi respons malam ini," katanya.

Wahabi : Surat terbuka Dr Asri pada polis

Posted: 26 Jul 2011 03:30 AM PDT

Susulan isu Wahabi, Asri tulis warkah sentuh tanggungjawab polis

Oleh G Manimaran
July 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang semalam mendapat perhatian ekoran laporan bahawa menjadi fokus pihak berkuasa berhubung isu Wahabi dan terorisme, hari ini menulis warkah sambil meminta polis dapat mempertahankan keadilan sebaik mungkin agar "dibenci" dan "diragui" rakyat.

Bekas mufti Perlis ini berkata bidang tugas dan kuasa "saudara yang menghalang kezaliman itu, jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya."

"Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya," kata beliau dalam tulisannya bertajuk "Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis", yang bersifat umum, yang diedarkan kepada media hari ini.

Tulisannya tidak merujuk kepada mana-mana kes khusus.

Mengikut laporan media semalam, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan agar agensi agama negeri dan para mufti memantau pergerakan fahaman Wahabi dan dipercayai boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

Asri dilaporkan antara nama yang disenaraikan. Turut disenaraikan ialah mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan sekitar 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Asri dari dulu menafikan beliau mengamalkan fahaman Wahabi.

Hari ini dalam tulisannya, kata Asri, jika keadaan itu berlaku, maka "rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas."

"Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui," kata beliau yang tidak merujuk kepada mana-mana kes secara khusus.

Asri, yang dilihat sebagai tokoh agama progresif, banyak memberikan pandangan peribadinya mengenai isu-isu semasa termasuk yang terbaru mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung pada 9 Julai.

Pihak polis diberi tanggungjawab menangani perhimpunan 9 Julai, tetapi tindakan mereka disifatkan sebagai terlalu oleh sesetengah pihak dan mengakibatkan mereka berhadapan kritikan dan kecaman.

Pentadbiran Najib mempertahankan tindakan polis.

Asri antara lain berpandangan bahawa rakyat harus diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun.

Dalam tulisannya hari ini, Asri juga berkata pasukan polis boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab di hadapan Allah.

"Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

"Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara," kata ahli akademik ini.

"Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: 'Benar adalah amanah, bohong adalah khianat'. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia," kata Asri lagi sambil menyifatkan tulisan ini sebagai "pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya."

Katanya, tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak di mana rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua.

"Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara.

"Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara," katanya lagi.

Asri seterusnya berkata tiada siapa yang dapat menyelamatkan dirinya daripada hukuman Tuhan.

Kata beliau, seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya atau si mangsa juga mungkin terlupa ataupun pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

"Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

"Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana," kata beliau lagi.

Sambil menarik perhatian bahawa dunia ini sementara, kata Asri, setiap "kita akan ada hari akhirnya."

"Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan," katanya lagi. - The Malaysian Insider

Fitnah II - Kita tunggu tengok, berani ke Najib, Rosmah nak ke mahkamah, . ..

Posted: 26 Jul 2011 01:17 AM PDT

Fitnah II: Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.

Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid .

Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.

"Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu," kata Ram.

Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.

Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.

Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

"Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya," kata Anwar dalam afidavitnya.

Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.

Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17543

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KE MANA NAJIB PERGI, PASTI BELIAU TERUS `DI SERANG"

Posted: 26 Jul 2011 12:57 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA membaca laporan dari Malaysiakini di sini, saya amat bersimpati dengan Najib. Ke mana pun beliau pergi, beliau pasti di`serang' sehinggakan ke luar negara sekali pun.

Di alam siber, Najib seperti terus dipersendakan. Laman Face Book beliau sendiri sudah tidak mampu untuk menguatkan sokongan terhadapnya. Apatah lagi laman Face Book yang sememangnya anti-Najib.

Ini lah kali pertama dalam sejarah negara kita mempunyai PM yang begitu `diserang' oleh rakyat yang semakin celik. Sewaktu era Mahathir dulu, beliau juga turut diserang dengan hebat bahkan pernah dimalukan oleh Al-Gore Naib Presiden Amerika waktu itu ketika Al-Gore melawat Malaysia. Tiada bezanya dengan Najib, dan paling memalukan bila Queen Elizebeth di London sendiri memakai pakaian KUNING sewaktu Najib bertemu dengan Queen Elizebeth.

Ketika zaman Mahathir, era ICT belum meluas lagi. Oleh yang demikian, `derita' Mahathir ketika itu tidaklah seberapa. Berlainan dengan Najib, beliau menjadi PM ketika era ICT agak berkembang luas. Segala pembohongan Najib, tidak sampai satu hari dapat dijawab oleh rakyat samada melalui FB mahu pun blog. Media pencacai mereka pun sudah tidak mampu menjadi pelindung buat diktator ini.

Percayalah, selagi Najib tidak berundur atau diundurkan, beliau akan terus `diserang' dan kesannya sampai kepada isteri tercinta beliau Rosmah. `Menyerang' Najib sama lah juga seperti menyerang Rosmah dan begitulah sebaliknya. Ini adalah kerana rakyat sudah menganggap bahawa negara ini hanya ditadbir oleh dua insan diktator ini./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Video - Free EO6 vigil - Ambiga: "We will only celebrate when they are released."

Posted: 26 Jul 2011 09:19 PM PDT

Video - Wahabi, terorisme: Menteri agama elak ulas

Posted: 26 Jul 2011 09:18 PM PDT

Wahhabism in Malaysia: But terror for whom?

Posted: 26 Jul 2011 09:15 PM PDT

Wahhabism in Malaysia: But terror for whom?Something is serously wrong in this country. Since the dawn of 2011 the BN federal government seems to be in a heightened state of alert. There seems to be no end to the slew of warnings from the government of some sort of security threat or other that could affect the peace and sovereignty of this nation.
It all started when Perkasa made a statement that the Chinese were going to take over the country. Perkasa went on to say that the Chinese had taken over the Malaysian economy, and were now eyeing the Malay-dominated political administration.
The UMNO-owned Utusan also accused the Christians of planning to take over the country and install a Christian Prime Minister, even though the Christians make up barely 10 per cent of the nation's population. Islam accounts for close to 60 per cent, while Buddhism, Hinduism and other minor religions made up the rest.
Read More / Baca Lagi >>

SINDROM PENAFIAN DALAM UMNO CUKUP TEBAL !

Posted: 26 Jul 2011 09:14 PM PDT

Hantar pulang William Bourdon - peguam Perancis tiada kaitan politik, kata Hisham

Sindrom penafian sudah menjadi sebati dalam darah daging Umno/Bn.
Kes Liwat 98 adalah konspirasi tertinggi UmnoBN – lalu berbuihlah  mulut Mahathir dan seluruh pemimpin Umno membuat penafian!  walau pun begitu banyak bukti menunjukkan mereka berkonspirasi !

Najib di tuduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya kerana terbukti banyak fakta kes – telah dighaibkan!, ..lalu pemimpin-pemimpin Umno dan mahkamah sepakat menafikan!
Read More / Baca Lagi >>

Najib harus diundurkan

Posted: 26 Jul 2011 09:13 PM PDT

Rakyat menyambut kepulangan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak dari lawatan ke tiga buah negara Eropah 22 Julai 2011, dengan tekad untuk meneruskan reformasi yang digerakkan melalui Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lepas.
Walaupun keberangkatan Najib ke luar negara mendapat liputan hebat daripada media arus perdana, hakikatnya Najib sendiri berada dalam keadaan yang amat tidak selesa.
Najib menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-58 pada 23 Julai lepas dalam keadaann yang tidak selesa kerana populariti yang cuba dibinanya, selepas mengambil alih jawatan PM daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 4 April 2009, semakin jatuh merudum.
Najib ternyata gagal mendapatkan sokongan rakyat, apabila banyak slogan dan dasar yang dijajanya tidak mendapat sambutan.
Malah, Najib semakin kehilangan sokongan dari dalam Umno, kerana banyak tindak tanduknya dilihat tidak membantu memulihkan Umno yang terjejas teruk sejak Pilihan Raya Umum Mac 2008.
Yang paling teruk ialah apabila media dalam dan luar negara membuat kritikan yang amat keras terhadap Najib kerana cara kerajaan Umno-BN pimpinannya mengendalikan pra dan pasca Perhimpunan Bersih 2.0 dianggap yang paling buruk dalam sejarah demokrasi Malaysia moden.
Read More / Baca Lagi >>

The folly of perceptions: When a leader starts to believe in his own PR

Posted: 26 Jul 2011 09:07 PM PDT

The folly of perceptions: When a leader starts to believe in his own PRMalaysia is a country built on perception. Reality may be far from what we are fed to believe and certain truths are either over-glossed or seriously under-rated by the powers that be.
Najib Razak is struggling to regain his public image and if you read the mainstream media he is having the upper hand, but reality speaks otherwise. And while Malaysia has a well-oiled government-controlled propaganda machine in place to puff its leaders up, and create perceptions that are favorable for the country, reports and studies that sit outside the reach of the BN tell a different story.
The Corruption Index from Transparency International is always controversial.
Transparency International's Corruption Perceptions Index (CPI) is the world's most credible measure of of domestic, public sector corruption.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Komen terhadap video taklimat Polis

Posted: 26 Jul 2011 09:04 PM PDT

Oleh: anak_perelih

"Apabila pihak polis memberi taklimat video bersih versi polis kepada wartawan, saya telah memberi beberapa komen pada video youtube taklimat tersebut. Saya tidak publish posting komen saya terhadap video taklimat tersebut didalam blog ini kerana kesibukan. Tetapi apabila Rais Yatim menerusi RTM menyiarkan video versi polis, saya mengambil sedikit masa untuk publish komen saya seperti berikut : (anda lihat sendiri video taklimat )tersebut dan nilaikan sendiri....

perusuh perusuh..???? peserta Bersih merusuh ke...?? siapa yang merusuh sebenarnya???? peserta tak lebih 10,000??? yg kena tangkap tu 16 peratus lebih ke???? (1600++)

Read More / Baca Lagi >>

Apa jaminan biometrik bebas manipulasi?

Posted: 26 Jul 2011 08:54 PM PDT

Oleh IBNU AHMAD

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, akhirnya bersuara menyatakan akan mengimplementasikan sistem biometrik untuk perjalanan proses pilihan raya di Malaysia.

Sistem biometrik ini, sekalipun belum diperincikan, tentunya kedengaran menarik dan mengujakan rakyat Malaysia secara amnya.

Sebelum kita pergi lebih jauh menerobosi kebarangkalian kejayaan yang bakal dicapai melalui sistem yang mengujakan ini, eloklah kiranya kita menahan gejolak nafsu kita yang sangat teruja dengan kita menggariskan beberapa perkara yang seharusnya menjadi pokok perbincangan, iaitu, masalah semasa yang dihadapi, gerak kerja inisiatif sendiri oleh parti-parti bertanding, matlamat yang ingin dicapai, dan cara atau sistem yang bakal digunakan.Read More / Baca Lagi >>

Fungsi MPM Sekadar Mahu Kongkong Media - Hata Wahari

Posted: 26 Jul 2011 08:53 PM PDT


SHAH ALAM 27 JULAI : Cadangan penubuhan majlis perundingan media (MPM) oleh kerajaan di sambut hambar oleh bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari.

Beliau yakin penubuhan majlis perundingan itu tidak lebih dari sekadar mahu mengongkong dan mengawal media selain mengumpul media- media pro UMNO BN yang sekaligus membayangkan kerajaan pemerintah mempunyai agenda 'tersirat'.  

"Sebab utama kerajaan menubuhkan MPM ini hendak mengongkong dan mengawal media, dan mereka hanya mengumpulkan media-media menyebelahi kerajaan sahaja dan mengenepikan media atas talian seperti TV Selangor, MalaysiaKini, Malaysian Insider dan secara jelas mereka tidak ikhlas dan mempunyai niat yang tidak baik," kata Hata.
Read More / Baca Lagi >>

Punish Bersih or risk losing support, Utusan warns BN

Posted: 26 Jul 2011 08:52 PM PDT


Police arrested nearly 1,700 people during the July 9 rally in Kuala Lumpur. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, July 27 — The Barisan Nasional administration must penalise the outlawed Bersih 2.0 movement and the people behind it or risk  losing electoral support for its perceived weakness, the Umno-owned Utusan Malaysia said today. "The government needs to learn from this incident. To ensure peace and public safety, the authorities should immediately act against the troublemakers. Don't waste the support of more than 4,000 non-governmental organisations and individuals who have lodged police reports against Bersih.
Read More / Baca Lagi >>

ACCIN gesa kerajaan tegas terhadap penjualan arak secara bebas

Posted: 26 Jul 2011 08:40 PM PDT

Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara.

ACCIN meminta supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap orang Islam yang didapati meminum arak.  Pihak Jabatan Agama perlu lebih hebat memantau kawasan-kawasan "panas" untuk mencegah perbuatan tersebut.

ACCIN bimbang dengan gejala ini dan melihat ianya boleh menjejaskan modal insan yang ingin dibina di dalam negara kita.  Golongan yang minum dan ketagih arak ini perlu dibendung.  Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana mereka boleh menyebabkan berlaku banyak masalah sosial.

Oleh itu, wajar bagi pihak kerajaan dan pelbagai agensi yang bertanggungjawab supaya memberikan perhatian serius tentang masalah ini.Read More / Baca Lagi >>

Sistem Biometrik: Bukan masalah teknikal, tapi hilang percaya...

Posted: 26 Jul 2011 08:37 PM PDT

Adakah sistem biometrik yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal membasmi penyelewengan "pengundi hantu", dalam pilihan raya yang akan datang?  Pakar dalam bidang biometrik mengakui bahawa dari segi teknikalnya, ia adalah mudah, digunakan secara umum, malah kosnya tidak tinggi, namun sistem ini gagal membasmi penyelewengan sepenuhnya.

Teh Hon Seng (gambar kanan) yang berkecimpung dalam sistem biometrik berkata, sistem ini telah wujud di negara kita, iaitu cap jari dan maklumat yang terkandung dalam MyKad.  Beliau mengambil contoh bagaimana MyKad dan cap jari sudah memadai apabila kita menyemak akaun kita di bank mahupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.  Identiti pemilik MyKad boleh dikenalpasti kerana Mykad mengandungi maklumat cap jari pemiliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Dari kaca mata PSM: Sugu rakan seperjuangan yang berani

Posted: 26 Jul 2011 08:36 PM PDT

Sugumaran atau lebih dikenali sebagai "Sugu" adalah anak kepada Munisamy a/l Maniam dan Sinnamah a/p Sinniah. Beliau telah dilahirkan pada 28 April 1961. Beliau adalah anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik. Ibu bapa beliau adalah pekerja ladang. Tahap pendidikan beliau adalah sehingga Tingkatan 3. Walaupun berbekalkan tahap pendidikan yang boleh dikatakan rendah, namun beliau mempunyai tahap pengalaman yang luas. Beliau bekerja sebagai juruteknik dan juga menolong ibu bapa untuk menoreh getah.

Jika kita melihat sejarah perjuangan Komrad Sugu (gambar kanan), pada tahun 1986 iaitu ketika beliau berusia 25 tahun, beliau telah  mula menyertai "Kalvikuzhu" dan telah mengorganisasi pusat tuisyen di lima buah ladang di Sungai Siput.
Read More / Baca Lagi >>

The unfortunate ones of Ladang Bukit Jalil

Posted: 26 Jul 2011 08:32 PM PDT

After living in the estate all their lives, the government now wants to take over the land and shunt them into cubicles called high-rise flats.

PETALING JAYA: There is something whimsical about Ladang Bukit Jalil. The houses still have chimneys, and the roads that lead to these homes look like something out of an Enid Blyton book. The houses are simple, but spacious and sitting inside one of them will make you oblivious to the scorching heat. It seems an idyllic, placid place; nothing about it says that the 41 families residing there are in danger of losing their homes.
But today, however, they have chosen fun over fret, forgetting the bulldozers, local authorities and the police, just to mention a few of their daily concerns. Kuala Lumpur City Hall (DBKL) is invoking the Emergency Ordinance (1969) to evict the 41 families who still reside there, which their lawyer claims is illegal as they are licensed former estate workers.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga clear ‘winner’ in debate with EC

Posted: 26 Jul 2011 08:31 PM PDT

The EC deputy chairman was often booed for his evasive replies.

SHAH ALAM: Feisty Bersih 2.0 chairman S Ambiga emerged a clean, clear winner at a public dialogue with Election Commission deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar here today.
Although the face-off did not produce sparks, the "Iron Lady" scored points against Wan Ahmad who was most of the time booed by the audience for his evasive replies.
His standard tactic, which did not go down well with the audience, was always to put the blame on other parties.
Several times he tried to reason with the hostile participants on the floor who were evidently upset and angry at his unintelligent answers.
Read More / Baca Lagi >>

The Amanah agenda (Part 3)

Posted: 26 Jul 2011 08:30 PM PDT

Sakmongkol AK47

JULY 27 — There's a practical side as to why I usually break up my articles into several parts. One is that I am writing from memory and therefore the output depends on my power of recall; if the issue at hand has decelerated, I can discontinue. I am also able to include responses to comments that come in if I judge them to be of material relevance.
Many of the comments on my articles on Amanah for example said they know of Tengku Razaleigh Hamzah's well-meaning intentions and all that. But they lamented that this country needs action. The action will come in the next elections is the short answer.
I think, if I may put it as such, we don't have to rush Tengku Razaleigh into doing something strategically inopportune. It will eventually be incorporated into a political agenda on a political platform. For the moment a little patience is prudent.
Read More / Baca Lagi >>

The ghosts of Mahathirism

Posted: 26 Jul 2011 08:28 PM PDT

Najib has failed the leadership test in his handling of Bersih 2.0.

Is Mahathirism back with a vengeance?

Recent events do make it seem like the Najib regime has decided to adopt the former prime minister's authoritarian style in saving its flagging political fortunes. It has resorted to using draconian laws and shameless propaganda in the face of an awakening electorate and increasing exposures of its misdeeds.
The government seems to have ignored the strong signal given by the 2008 election result that Malaysians want more democratic space. And what was Bersih 2.0's July 9 rally if not a reaffirmation of that demand?
Read More / Baca Lagi >>

PAS akan bongkar penyelewengan SPR

Posted: 26 Jul 2011 08:26 PM PDT

BUKIT KATIL, 27 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad  berkata, PAS Pusat akan membongkar kecelaruan SPR khususnya berkaitan daftar pemilih secara besar-besaran dalam masa dua minggu ini.
"Mesyuarat khas PAS Pusat yang berlangsung semalam memutuskan untuk membongkar penyelewengan dan kecelaruan daftar pemilih dengan menugaskan beberapa orang pakar IT untuk menjalankan tugas tersebut.
"PAS telah mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi tetapi SPR tidak pernah mengakuinya, akhir-akhir ini barulah SPR mula mengaku," katanya.
Beliau berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih: Kita ada video tulen 'baiknya' polis pada 9 Julai...

Posted: 26 Jul 2011 08:23 PM PDT

BUKIT MERTAJAM, 27 Julai: "Sekiranya pihak berkuasa mendakwa mereka mempunyai video yang menunjukkan polis begitu baik kepada peserta himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, kita mempunyai bukan saja video tulen, tetapi begitu banyak 'kebaikan' polis sehingga kecederaan dan keganasan terhadap rakyat dapat dipertontonkan," kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Ucapan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh ribuan hadirin yang membanjiri Pasti Kebun Sireh, Bukit Mertajam malam tadi, sebaik saja video yang memaparkan keganasana polis dipertontonkan kepada hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

Umno can’t risk sacking Ku Li

Posted: 26 Jul 2011 08:19 PM PDT

To sack Tengku Razaleigh Hamzah from Umno is to precipitate the party's own implosion.

Why is Umno quiet about Tengku Razaleigh Hamzah and his Amanah? The answer is that they simply can't do anything about it.
Even among Umno members there is increasing disquiet about how things are managed.
Saifuddin Abdullah's recent 'out-of-line' statements and Khairy Jamaluddin's conscientious objections are only tips of the icebergs.
Tengku Razaleigh is merely pointing out the realities. He is still an Umno member – so what can Umno do at the moment?
Umno can't sack a person of his stature without precipitating its own implosion. So go ahead- sack him and it will make the days of many.
Read More / Baca Lagi >>

Najib patut belajar semula ‘apa itu demokrasi’

Posted: 26 Jul 2011 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai: "Saya sarankan beliau (Najib) kembali ke bilik darjah untuk dalami semula apa itu demokrasi yang sebenarnya," kata Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar).
Ini, katanya kerana demokrasi merupakan pelajaran pertama dalam silibus KBSM tingkatan satu.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menjelaskan perhimpunan Bersih di ibu kota baru-baru ini dengan alasan sekiranya dibenarkan, bagaimana rakyat yang lain yang bukan Bersih.
Baginua, itu adalah kenyataan yang keanak-anakan dan cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang punya hak untuk berhimpun.
"Saya ingin menjelaskan adalah tidak wajar dengan menafikan hak rakyat untuk berhimpun sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Negara apabila Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menggambarkan bahawa bukanlah demokrasi jika membenarkan hanya satu kumpulan sahaja berdemonstrasi, tetapi tidak memberikan kebenaran tersebut kepada orang lain," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

PAS mahu SPR guna dakwat kekal, bukannya biometric

Posted: 26 Jul 2011 08:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai — PAS berpendirian bahawa Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) wajar menggunakan dakwat kekal berbanding sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, pihaknya berpendirian bahawa penggunaan sistem biometrik bukan penyelesaian terbaik mengatasi isu pengundi hantu.
"PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Dapur ibu seisi rumah

Posted: 26 Jul 2011 08:14 PM PDT

Makanan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Salah satu perkara yang menyenangkan hati suami apabila pulang ke rumah ialah menikmati hidangan yang dimasak sendiri oleh isterinya. Begitu juga dengan anak-anak.
NONETidak ada perkara yang lebih membahagiakan daripada menikmati hidangan hasil air tangan ibu mereka. Malah makan bersama merapatkan lagi hubungan antara seisi keluarga.

Tetapi kini keadaannya sudah jauh berubah. Memasak makanan di rumah dan kemudian makan bersama sudah tidak menjadi amalan keluarga zaman sekarang. Memandangkan semakin ramai wanita bekerja di luar rumah, memasak untuk keluarga sudah jarang dilakukan.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan yang murah dan mudah diperolehi. Terdapat makanan dijual di pasar malam, gerai penjaja dan restoran makanan segera, sementara tempat-tempat makan yang dibuka 24 jam yang menjual capati dan teh halia boleh dinikmati oleh sesiapa saja yang lapar selepas tengah malam.
Read More / Baca Lagi >>

Mualnya bila Najib kata mahu lindungi rakyat

Posted: 26 Jul 2011 08:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melindungi kepentingan rakyat amat memualkan sekali.
Begitulah respons beliau ketika diminta mengulas laporan akhbar Utusan semalam yang bertajuk  'Lindungi kepentingan rakyat'.
Najib yang juga Presiden Umno dipetik berkata: "Justeru, sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya melindungi secara serta-merta kepentingan rakyat berbanding sesetengah kelompok''.
Sehubungan itu, Nik Zawawi menyeru supaya Najib tidak berbohong dan ikhlas dalam mengungkapkan ucapan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Ketuk ketampi bogel 2005: K'jaan bayar pampasan pada mangsa.

Posted: 26 Jul 2011 08:13 PM PDT

Penderitaan wanita berusia 28 tahun yang dipaksa membuat ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sambil dirakamkan oleh pihak polis di balai Petaling Jaya berakhir hari ini apabila mereka yang bertanggungjawab dan kerajaan bersetuju membayar pampasan yang tidak didedahkan jumlahnya.

Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, yang sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak bagaimanapun tidak hadir di mahkamah hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT